KEADAAN
dalam kereta miliknya sangat tenang.
Ditambah pula kedudukan kereta yang ada di tempat letak kereta bawah
tanah bangunan pejabat, menjadikan semuanya sunyi sepi. Hinggakan dia dapat dengar dengan jelas
degupan jantung wanita di sebelahnya saat ini.
Namun,
dia pula sebaliknya. Dadanya tidak
tenang. Melainkan segalanya sedang bergelodak. Sungguh.
Persoalan demi persoalan muncul dalam kepala. Kenapa mesti dia libatkan diri dalam masalah? Padahal dia dah dapat baca, wanita ini tidak
lain dan tidak bukan… adalah satu masalah.
Ya… dia tak tahu apakah masalah itu.
Tapi, perlukah dia palitkan masalah ini dalam hidupnya yang selama ini
sangat tenang dan tersusun?
Lukman raup wajah berkali-kali. Dia tunduk. Merapatkan dahi pada stereng kereta. Aduhai… sakit kepala. Sejak dulu, dia tak pernah kisah akan masalah orang. Tugasnya sebagai peguam menjadikan dia begitu bijak meletakkan benteng yang cukup tebal dan tinggi dalam setiap urusan yang diuruskan.
Melainkan
urusan itu adalah milik majikannya, Maliki dan isterinya Daneen serta anak-anak
mereka Dareeyan, Daneeya dan Dazeeya. Juga
urusan adiknya Lara dan Syaqir suami isteri serta anak saudaranya… selainnya
benar-benar tidak memberi bekas.
Cuma
sekarang…
Lukman
lepas nafas dengan cukup perlahan. Dia
mengintai Tiani di sebelah melalui ruang lengan kekarnya. Tiani sudah tidak menangis. Nampak lebih tenang. Hanya pada zahir. Melihat dada yang berombak, dalaman wanita
ini masih merusuh dan sukar ditenangkan.
Dia
tunduk semula pada stereng. Bibirnya
koyak dengan senyuman tipis tanpa sedar.
Tak sangka, dia dah jadi hero Korea.
Tapi, memikirkan Tiani hanya ikut rentaknya, itu membuatkan senyuman dia
koyak lebih lebar. Tapi, rasa tak kena
pula untuk senyum di saat musibah biarpun bukan itu maksud senyumannya.
Lukman
berdeham kecil. Angkat kepala dan
bersandar tenang.
Udara
dalam kereta ini terasa sarat tiba-tiba.
Entah apa yang perlu ditanya bagi meredakan rasa sarat ini.
“Cik
Tiani nak pergi KLIA, kan?”
soalnya. Membunuh kesunyian yang meresahkan.
“Hurm…” Tiani menjawab perlahan, tanpa menoleh. Wajahnya merah.
Rasa
segannya pada Lukman jatuh bertalu-talu menimpa wajahnya. Dia sedang merancang untuk keluar daripada
perut kereta dan berlari selaju mungkin.
Tapi, nanti jadi kisah melodrama pula.
Dia julingkan mata ke atas. Nafas
dihembus perlahan.
Dia
benar-benar harap untuk berikan tanggapan pertama yang baik pada lelaki ini
sebagai wakil majikan. Sudahlah lelaki
ini seperti memandang rendah bila dia adalah bukan berpangkat besar dalam
syarikat milik mama. Walau Lukman
menafi. Ditambah dengan kejadian yang
baru sebentar tadi terjadi, kredibilitinya boleh dipertikai tanpa mampu dia
nafi.
“Saya
minta maaf,” ucapnya, kerana dia rasa inilah yang paling logik sekarang.
“Terima
kasih,” tambahnya lagi kerana ini juga yang paling tepat.
Lukman
senyum. Tiani mengucapkan dua ayat itu
tanpa menoleh. Dengan suara rendah dan
sangat lunak.
“Pertama
sekali, tak perlu minta maaf. Tak ada
apa nak dimaafkan. Cik Tiani tak buat
salah…”
Tiani
gigit bibir. Menahan perasaan yang
kembali sebu.
“Keduanya…” Lukman hentikan suara seketika sebelum
menyambung sejurus Tiani menoleh.
“…sama-sama.”
Mata
redup Tiani tunak memandang wajah Lukman.
Senyuman terus bergayut pada bibir Lukman. Matanya yang dipejam rapat seketika.
“Saya
harap apa yang jadi ni, tak menjejaskan kerjasama kita…” Nadanya separuh merayu.
“Tentang
ni, jangan risau. Walaupun saya diberi
kuasa penuh untuk membatalkan perjanjian ni jika saya rasa ada yang tak kena,
saya tak akan lakukan. Saya tak sekeji
tu. Apa yang jadi, adalah urusan
peribadi. Bisnes adalah bisnes,” jawab Lukman.
Jujurnya,
dia nak tanya apakah yang terjadi?
Kenapa keadaan Tiani sangat teruk?
Tak ubah seperti sedang ketakutan akan sesuatu yang berkaitan hidup
mati. Namun, dia juga tahu… dalam
perkenalan singkat mereka, Tiani pasti tak selesa dengan persoalan itu. Lantas, dia telan sahaja persoalan itu untuk
diaju satu hari nanti yang entah bila tiba.
Boleh jadi tak akan pernah muncul langsung.
“Saya
tak judge orang. Apa yang jadi pada cik
dan cara cik berurusniaga, itu dua perkara berbeza.” Lukman terus cuba meyakinkan Tiani.
Seperti
tadi, mata redup Tiani terus merenungnya.
Tak berkelip. Tak ubah seperti
mata bambi. Berkaca, suci dan
comel.
“Cik
Tiani nak pergi KLIA dengan apa tadi?
Saya ingat cik memandu sendiri.”
Tadi,
dia cuma serkap jarang. Jika untung
batu, tenggelam. Untung sabut,
timbul. Kerana itu dia berlari
turun. Jika Tiani memandu, tidak
mengapa. Jika Tiani menunggu kereta
datang menjemput, dia juga tak kisah.
Tapi, yang dilihat itu berbeza.
“Saya
naik ERL.” Dia baru sedar yang dia perlu
mengejar penerbangan balik. Dalam masa
yang hanya berbaki kurang dua jam, tak pastilah sempat atau tidak.
“Saya
minta diri dulu,” pintanya sopan. Cuba
membuka pintu kereta bila Lukman tiba-tiba sahaja menguncinya.
Tiani
menoleh dan mengerut dahi. Dia tak fikir
lelaki ini akan bertindak demikian atau boleh jadi ada niat buruk padanya. Seketika, matanya melilau ke segenap
kawasan. Baru dia sedar, tempat letak
kereta ini sangat sunyi. Tiada seorang
pun lalu-lalang. Debar dalam jantungnya
kembali rancak. Biar sedaya upaya
dikawal, dia tahu Lukman pasti dapat mendengar degupan itu.
Mata
Lukman jatuh di tengah dada Tiani yang bertutup sopan dengan tudung yang
dipakai. Kemudian, bola mata itu naik
semula merenung mata yang jelas nampak takut.
“Saya
hantarkan. Hari hujan lagi dekat
luar. Tak tahu bila dapat e-hailing,”
ujarnya cuba menghalau perasan takut Tiani.
“Tak
apa. Saya boleh pergi sendiri…” Rasanya, dekat-dekat sini ada LRT juga. Dia akan jalan sedikit.
“Hujan
lebat. Guruh pun tak putus berdentum
sakan. Saya tak nak jadi macam tadi
lagi. Kalau jadi masa saya ada, tak
apalah. Kalau jadi masa saya tak ada…
bahaya…”
Dahi
Tiani berkerut. Tak faham. Lukman kemam bibir, menahan senyum. Berlagak serius.
“Sebab
tak semua orang macam saya…”
“Awak
macam mana?” Dia dah lupa panggilan
asalnya kepada Lukman.
“Hurm…
saya tak nak cakap saya macam mana. Masa
akan beri jawapan pada pertanyaan awak tu," balas Lukman lantas
mengalihkan pandangan ke depan bila keretanya mula bergerak.
Dia
sempat kerling Tiani. Wanita ini juga
tidak lagi memandangnya. Hanya merenung
ke depan dengan pandangan suci itu dengan dihiasi kerutan pada dahi. Dia tahu Tiani mengutuk dia. Lukman kemam bibir. Menyembunyikan senyum.
Aik…
kena kutuk pun boleh senyum?
Bagi panjang2 sikit la kak Rehan...
ReplyDeleteLoveee sangatt ♥️
ReplyDeleteTq update kak rehan 😊
ReplyDeleteBoleh tak nak request dekat akak buat 2 bab sehari. Sebab tak cukup 😭 saya ni bukan penyabar orgnya. HAHAHHAHAHAHA
ReplyDeleteYer weii HAHHA Klau boleh nk terus skli semua x yah nk tung
Deletegu ii
arghhh tlg la keluarkan novell 😭 srs tak puas la baca 😭😭
ReplyDeleteBetul, saya setuju...
Deletethankyou update akak rehan <3
ReplyDeleteAla, tak puas baca hari ni. Pendek betul. Heheheehhe
ReplyDeleteCOMEL LA
ReplyDelete