SEBAIK sahaja dia tiba di lobi pejabat, pemandunya sudah sedia menanti. Namun, wajah itu sedikit suram. Nampak takut dan kecut. Dahinya berkerut lebat. Fuzah rapati. Pintu tidak dibuka seperti biasa. Dia tidak kisah sebenarnya. Andai perlu, dia boleh buka sendiri. Tetapi, dia tidak pernah dididik untuk lakukan sesuatu yang bukan tugasnya. Dia telah diasuh untuk letakkan benteng yang tinggi antara dirinya dan sesuatu yang bukan tempatnya.
“Maaf, cik puan.” Suara Anas menyapa telinga.
“Kenapa?” Permohonan maaf Anas kedengaran asing. Lelaki ini jenis tak banyak bicara dan jarang
melakukan kesilapan.
“Baru sekejap tadi sebelum cik puan turun, engine kereta mati. Saya dah pergi servis minggu lepas cuma tak pasti apa masalahnya lagi. Saya dah cuba hidupkan tapi tetap tak boleh. Maaf, cik puan. Saya tahu cik puan nak cepat.” Suara Anas kian gugup.
Kerana dia kenal
siapa wanita muda ini. Andai dikatakan
Tan Sri Zain itu kejam, wanita ini lebih lagi.
Fuzah pandang
Rolex di pergelangan tangan. Masa kian
suntuk dan dia perlu tiba lebih dahulu daripada yang lain. Pertemuan ini adalah
sesuatu yang penting.
Dia pandang
Anas. Tidak ada rasa mahu marah. Bukan salah lelaki muda itu.
“Tak apalah. Telefon Puan Zana sekarang…”
Anas cepat
menghubungi pembantu peribadi Fuzah. Namun, panggilannya tidak bersambut.
“Cik puan, Puan
Zana tak jawab. Cik Puan tunggu sekejap,
saya pinjam kereta orang lain.” Dia
terus berlari masuk ke bangunan pejabat.
Fuzah tak sempat
melarang. Dia hampir mengeluh. Dia bukan tidak boleh menunggu kereta lain
tetapi dia tak boleh gagal untuk hadir dan tidak juga boleh lambat.
Jam berdetik, masa berlalu.
Saat ini sebuah
kereta yang dia percaya sebuah e-hailing berhenti di depan pintu masuk
lobi. Dia pantas masuk apabila
penumpangnya sudah keluar.
“Cik ada pesan e-hailing
ke?” soal pemandu tersebut seraya
menoleh dan setelah itu menatap skrin telefon di depan mata dengan wajah
berkerut.
Dia telan liur
berkali-kali melihat wajah indah di depan mata yang memandangnya tanpa
perasaan.
“Kena pesan dekat
mana? Bukan saya perlu masuk dulu dan
bila sudah sampai ke destinasi, baru saya bayar?” soal wanita itu, polos.
Lelaki itu mahu
ketawa namun dia hanya menahan. Lihat sahaja dari gayanya, dia yakin, wanita
ini benar-benar tidak tahu.
“Ya, cik. Ada aplikasi. Cik kena pesan dulu. Nanti pemandu terima dan datang jemput
cik. E-hailing tak macam teksi,
cik.”
“Kalau saya tak
buat pesanan dulu, tak boleh ke?” soal
Fuzah pula.
“Kalau macam itu,
tak boleh naik cik.”
“Tapi, saya nak
cepat.” Riak wajah Fuzah mula berubah.
“Saya faham. Cuma itulah.
Saya dah terima order orang lain.” Lelaki itu menunjukkan skrin telefonnya.
“Tak boleh
batalkan?”
“Boleh tapi saya
kena penalti.” Fuzah mengeluh di dalam hati. Sistem kerja e-hailing ini
tidak semudah yang disangka.
“Saya akan bayar
tambang dan penalti itu,” tegas Fuzah.
Adoi. Lelaki itu menggaru kepala yang tidak gatal.
Susahnya nak bagi
wanita ini faham.
“Itu satu hal,
cik. Tapi, rating saya pun akan
turun nanti. Sekarang, kerja macam ay
ani pun banyak persaingan, cik. Kalau customer
bagi rating yang teruk, habis saya. Boleh jadi, kena blacklist,”
jelasnya.
Mendengarkan
cerita lelaki ini, Fuzah masih tidak mengerti.
Yang dia tahu di dalam kepalanya, dia perlu sampai ke tempat yang
dijanjikan dalam masa dua puluh minit.
“Saya tahu kerja
banyak persaingan. Anggap saja awak sedang
membantu seseorang yang sangat memerlukan pertolongan. Saya akan bayar dua kali ganda atau berapa saja
yang awak nak. Batalkan pesanan dan
hantar saya ke Mandarin Oriental. Saya
perlu sampai dalam masa dua puluh minit,” ujarnya, mendatar.
Lelaki itu kerut
dahi. Nampak tidak senang kerana pada
pendengarannya, kata-kata itu lebih kepada arahan.
“Tolong,” tambah
Fuzah sepatah.
Sepatah kata yang
hampir tidak pernah diucapkan. Dia sudah
berhenti menyebut perkataan itu sejak sekian lama. Kerana baginya, permintaan yang nampak mudah
itu tidak pernah dipenuhi, walaupun daripada darah daging sendiri.
Luth menghela nafas. Permintaan itu kedengaran cukup tulus dan
terdesak. Dengan berat hati, dia menekan
batal pada aplikasi itu dan menutupnya.
Saat ini, mata
redup itu ditatap. Wajah wanita ini tampak
pucat. Bibirnya ada nampak merah
sedikit. Pastinya kesan lipstick.
Rambutnya juga disikat rapi.
Nampak kemas dengan kot hitam dan kemeja warna kuning cair di
dalamnya.
“Mandarin
Oriental, kan?”
“Ya.”
Kereta Honda City
itu meluncur perlahan-lahan daripada perkarangan lobi Mahazera Tower. Fuzah lepas nafas lega. Dia bersandar dengan mata terpejam. Dia tahu dia sedang tidak sihat. Dia kepenatan. Dia perlukan rehat dan dia hanya perlukan
lelap di sepanjang perjalanan ini supaya dia boleh terus rasa ‘hidup’.
No comments:
Post a Comment