Saturday, March 24, 2012

Ku Ingin Milikimu [21]

BAB 21

RAYUAN Mukhlis benar-benar membuatkan aku hampir menitiskan airmata. Dia benar-benar ingin bersua denganku namun aku terus menolak. Bila aku katakan yang aku benar-benar memaafkan dia kerana membawa Aryana pergi tanpa izinku, aku benar-benar maksudkannya namun hendak bersua empat mata dengannya, rasanya aku masih belum kuat.

Seboleh-bolehnya, aku tahan hati dan harus ku lemparkan segalanya jauh dari minda ini. Panggilan daripada Siti Munirah, Editorku bakal membantu aku membuang segalanya bila dia meminta aku mempercepatkan proses penyudahan manuskrip terbaru itu. Lantas, tiada apa yang harus aku fikirkan kala ini.

Setelah Aryana terlena, aku bangkit menuju ke bilik air, membersihkan muka dan menggosok gigi lalu aku meratakan wudhuk ke seluruh anggota badan. Rambut panjang ini, aku sanggul tinggi.

Setelah itu, aku hampar sejadah dan menyarungkan telekung ke tubuh. Menghadap kiblat hendak menunaikan solat sunat dua rakaat demi ketenangan diri dan memohon keampunan dari Allah yang Esa.

Usai mengaminkan doa, aku terus membuka komputerku. Pada mulanya, aku menghalang hatiku melayan pembaca malam ini namun tuntutanku sebagai seorang penulis, memujuk segalanya.

Laman sosial itu aku buka dan sungguh, seperti ku telah setelah sekian lama nama itu tidak muncul, hari ini muncul lagi.


Jumpa abang kejap, Ann.


Aku terus larikan jari jemariku di atas papan kekunci.


Cukuplah hal kita di sini saja. Ann penat dah. Cukuplah awak kejar Ann. Ann tak tahu nak lari ke mana dah.


Setelah seketika, dia membalas lagi.


Abang tak suruh Ann lari tapi abang nak jumpa Ann untuk beri penjelasan


Aku ketap bibir menahan geram. Buat apa dia hadir menyerah andai dulu dia suka melemparkan batu lantas menyorokkan tangannya?


Yang sudah tu sudahlah. Ann maafkan dan tolong. Andai benar cintakan Ann, tolong jangan buat Ann macam ni lagi


Aku tekan ENTER agak kuat. Menzahirkan geram yang semakin menduduki takhta hati.


Abang memang tak layak dapat peluang kedua ke, sayang? Sekarang untuk penjelasan pun tidak layakkah?


Membaca pesanan itu membuat aku berfikir sejenak tapi akhirnya, aku menidakkan segalanya lalu aku membalas saja pada dia.


Layak atau tidak, awak sendiri yang dah pilih, Mukhlis! Pergilah, pergi. Jangan toleh lagi! Titik!!


Dan kali ini, dia diam tidak membalas. Lama juga aku menanti dia membalas, tapi hingga akhirnya tiada tanda merah itu muncul, aku menebak sendiri yang dia akan pergi dari kami.

***

AIRMATA Kak Pah mengalir tak henti-henti. Berpuluh kali sudah dia merayuku namun aku hanya membatu saja. Jauh di sudut hati, bohong andai ku katakan yang aku langsung melupakan segalanya. Rapuh sudah kepercayaanku pada dia setelah apa yang dia lakukan padaku.

“Maafkan Kak Pah, Ana,” ucap dia untuk kali berapa, aku juga tidak pasti.

Dia bangkit dan mendekat padaku yang sedang membelai rambut Aryana. Duduknya rapat padaku lantas belakang tanganku disapa lembut dan digenggamnya erat. Airmata itu mengalir lagi.

“Maafkan Kak Pah, Ana. Kak Pah tak jaga amanah Ana dengan baik sebab biarkan dia pergi dengan suami Ana.”

“Bekas suami, Kak Pah. Bekas suami!” Aku mencantas kata-kata Kak Pah memperbetulkan kenyataannya.

Dia angguk bagaikan pesalah. “Maaf Ana. Tapi, kalau Ana tak mampu nak maafkan, Kak Pah faham.”

Kak Pah langsung bangkit dan berlalu ke pintu rumahku yang sudah sedia terkuak daripada tadi. Aku hanya memandang dia dengan ekor mata saja. Dalam hati, menimbang-nimbang sebuah kemaafan yang tulus buat dia. Tapi, manusia juga bisa silap dan aku juga begitu. Sentiasa silap lantas aku bangkit menerpa ke arah Kak Pah. Aku paut lengannya.

“Ana maafkan Kak Pah dan Ana juga minta maaf,” ucapku pada dia.

Kak Pah memaut tubuhku erat. Tangisnya kian meninggi hinggakan kami sama-sama kehilangan kata.

“Tak apalah. Ana tak kisah dah. Lagipun, Aryana ikut papa dia cuma banyak betul soalan yang payah saya nak rungkaikan jawapannya. Tentang yuran jaga Aryana, rumah sewa saya dan kereta saya,” luahku luhur.

Pelukan terlerai dan Kak Pah memandangku. “Tentang tu, Ana tanyalah bekas suami Ana sendiri.”

“Tak apalah, Kak Pah… benda dah berlaku. Saya akan ganti balik semuanya.”

Kak Pah menyalami tanganku dan kami sama-sama menapak ke laman bila Kak Pah meminta diri hendak pulang. Baru saja aku hendak menutup pagar setelah setelah kelibat Kak Pah menjauh, sebuah kereta mewah berhenti tepat di hadapan pagar rumahku.

Nafas ini aku hela sedalam mungkin mencari sisa ketenganan yang masih berbaki hendak menatap wajahnya setelah aku fikirkan yang dia sudah menunaikan permintaanku untuk pergi saja dan usah menoleh lagi.

Aku hanya bersedia menerima dia yang datang tanpa diundang. Bila dia turun, wajah itu tetap kusam dan pakaiannya agak selekeh. Tak kemas langsung. Rambutnya juga tidak disikat rapi.

“Assalamualaikum, sayang.” Mukhlis menyapa lembut. Dia mendekat dan terus menolak pagar yang masih belum berkunci.

“Waalaikummussalam. Kenapa datang tiba-tiba?” soalku tenang.

“Ann tak pernah jawab call abang.”

Memang sejak kejadian hari itu, panggilan daripada dia dan seluruh ahli keluarganya aku biarkan saja. Andai diikutkan hati, mahu saja aku menukar saja nombor telefonku itu.

“Kan Ann dah cakap, Ann maafkan awak. Tak perlu awak nak datang jumpa Ann untuk menagih sebuah kemaafan. Lagipun, awak berhak atas Aryana cuma cara awak tu, tak betul sikit. Maafkan Ann sebab tampar awak tempoh hati tapi sungguh, hati Ann risau sangat masa tu. Ann hanya ada Aryana dalam hidup ni sedangkan awak ada segalanya,” luahku lembut berharap agar dia mengerti.

“Abang tak puas hati selagi tak tengok mata Ann. Tolong sayang… maafkan abang. Abang memang silap sebab bawa Aryana dan jumpa Aryana tanpa Ann sedar selama ni.”

Aku senyum saja. Padanlah Aryana itu nampak terlalu rapat dengannya. Memang dia Mohd Mukhlis yang dulu. Sentiasa tahu akan gerak geriku. Sentiasa mengekori setiap langkahku, menjadi bebayang yang tak mungkin hilang dari dalam diri ini.

“Berapa lama dah awak ikut Ann?” tanyaku.

“Dah lama. Sebelum kita jumpa di PWTC lagi,” jawab dia jujur.

“Awak memang Mukhlis yang pernah saya kenal. Diam-diam awak intip saya lagi. Pasti awak tahu kan, yang Nayli pernah datang sini?” Sengaja aku menduga andai dia sudi mengiyakan.

Bila Mukhlis mengangguk, aku lepaskan keluhan yang agak berat membebani hati. Sungguh adalah dia. Bukannya Zafran namun aku juga pelik, dari manakah Zafran tahu segalanya tentangku? Sarinakah?

“Maknanya, awaklah malam tu, kan? Malam Nayli ada kat sini tu?”

“Abang memang tahu Nayli curi nombor telefon dan alamat sayang dari handphone abang dan abang juga nampak sayang, Nayli dan Jeslina dekat bawah pejabat lama sayang tempoh hari,” akuinya tanpa ku paksa.

“24 jam awak ekori Ann, Mukhlis. Kenapa baru sekarang berani nak masuk dekat setelah hati Ann hampir mati kerana cinta awak?”

“Abang takut sayang… abang takut Ann tak nak lihat muka abang lagi lepas abang beranikan diri jumpa sayang masa dekat SACC Mall hari tu. Lepas Ann nekad larikan diri dalam hujan, abang jadi makin takut. Abang sentiasa salah pada Ann dan tak pernah sekalipun buat Ann bahagia sebab tu abang lebih memilih untuk memerhati Ann dan Aryana dari jauh je. Abang sentiasa silap, kan?”

Suara Mukhlis lirih dan semakin sebak. Wajah itu berkerut-kerut menahan tangis mungkin.

“Ya… memang awak sentiasa silap. Silap masa, silap ketika,” sambungku pantas.

“Sekarang juga awak silap sebab Ann tak mampu nak terima apa yang dah awak buat ni. Sekali ini je Mukhlis. Tolong mengaku. Awak ke yang bayar segalanya selama ni? Awak ke yang selesaikan sewa rumah ni dan pinjaman kereta saya?”

Mukhlis tunduk lama. Tiada suara yang terbit dari bibirnya. Hanya bahu lebar itu yang agak terangkat sikit menahan sendu yang mula hadir kerana aku juga sedih melihatkan dia begini tapi entah mengapa, sukar hendakku terima pengorbanan dia itu. Bukan tidak sudi malah terasa yang dia tidak berani menghadapi kenyataan.

Marah hatiku tidaklah lama kerana aku tidak tahu bagaimanakah marah itu sendiri. Rajuk hatiku juga tidaklah lama kerana aku tak reti hendak merajuk.

Bila dia angkat wajahnya, sungguh dia menangis. Mata itu merah, bibir itu bergetar hebat. Aku sendiri penat menyeka airmata setelah sekian lama aku haramkan airmataku menitis kerana lelaki ini.

Lama-lama, Mukhlis senyum dan menggeleng. “Kalau abang katakan abang, Ann percaya ke?” soal dia.
Tak mampu hendak menjawab, aku diam saja.

“Pasti Ann tak percayakan abang lagi, kan? Jadi, rasanya haruslah Zafran yang membayar semuanya untuk Ann. Dia cintakan Ann.

Abang pun cintakan Ann tapi sayang, abang hanya nak miliki Ann, hanya dia yang mencintai Ann,” ucap dia membuatkan aku terkedu lagi.

Apa maksud dia? Bisik hati ini sendiri.

“Apa maksud awak?” soalku.

Dia menggeleng. “Abang tak maksudkan apa-apa. Perkara baik macam tu, haruslah Zafran yang lakukan. Abang tak pernah baik, Ann. Abang sentiasa susahkan dan sakiti Ann,” ucapnya.

“Kalau awak tahu macam tu, kenapa awak datang?” Sebaknya hati bila dia berkata demikian namun, aku tidak mahu tewas lagi. Cukuplah sekali.

“Abang datang untuk sebuah kemaafan.”

“Ann maafkan dan Ann dah tekan, awak boleh pergi dan jangan kalih lagi!”

Dia senyum kemudiannya.

“Ann berhak bahagia tapi bukan dengan orang macam abang. Bukan dengan Mukhlis yang memang hanya tahu memberi keperitan dalam hati Anahara. Mewujudkan kisah hati yang memang menyakitkan antara kita. Biarpun beribu sesalan yang abang katakan pada Ann, abang tahu… hati lembut tu terluka teruk dan abanglah penyebabnya. Abang perlu pergi, kan? Dan abang akan pergi kalau ini yang memberikan bahagia buat Ann,” luah dia tenang biarpun mata itu terus basah dek airmata.

“Jadi kisah kita berakhir di sini, kan? Hari ini?” tanya Mukhlis sambil mengesat juring matanya. Tanpa sedar, aku jatuhkan kepala mengangguk, mengiyakan kata-katanya.

“Okeylah... Dah Ann cakap macam tu, mulai hari ni, abang akan pergi. Sesiapa pun tak akan dapat kesan abang lagi. Terima kasih, sayang. Ann mengajar abang erti cinta sejati, Ann juga mengajar abang erti sakit rindu malah Ann juga mengajar abang mencintai tak semestinya memiliki,” luah dia sebak.

“Abang silap kerana lambat sedar yang abang memiliki Ann bukan hanya untuk memiliki malah untuk mencintai. Abang kesal kerana abang hanya mengajar Ann tentang airmata dan derita sengsara cinta. Ku ingin milikimu dan ku ingin mencintaimu tapi abang tersungkur sebelum pintu itu sempat abang kuak sekali lagi, malah kali ni lagi teruk, bila abang tersadai dan melurut jatuh tanpa sempat abang lihat segarit pun indah sinar cinta kita yang mungkin masih tersisa. Abang tak akan menoleh lagi kerana jika abang menoleh ke belakang pasti hancur luluh hati abang lihat sayang bersama yg lain. Memang derita tu sentisa bersama abang lepas abang biarkan Ann pergi. Saat abang benar-benar mencintai Ann dan hati Ann abang miliki, abang persiakan. Sudahnya, ini takdir kita maka abang lepaskanmu, Anahara binti Rahman. Abang pasrah pada takdir walau hakikatnya abang tak redha pemergian Ann dari hidup abang Assalammualaikum, sayang…”

Bicara Mukhlis berakhir di situ. Aku hanya mampu memandang kepergiaannya. Kelu hendak mencerna setiap patah ayat yang dia ungkapkan padaku bersama linangan airmata kekesalannya.

Bila Porche Cayenne S itu berlalu dari terus menjauh, aku akhirnya sedar namun tidak mampu berkata apa lagi. Terjelepuk aku ke lantai bersama airmata yang mengalir sepi. Tanpa sedar, ada tangan kecil yang menyapa. Aryana senyum padaku bersama teady bear pemberian papanya membuatkan aku berfikir berkali-kali betapa kejamnya aku.

~~~> bersambung

Cik Penulis : Pendek ye.. Bab2 akhir haruslah pendek. Kasih suspen sikit. Maaf andai terasa KIM dah jadik sinetoron atau dan mendatar... Ending nanti, saya cuba yang terbaik..

42 comments:

  1. mmg suspen pun akak...
    xleh nk predict cner la endingnya nnt...

    ReplyDelete
  2. kak rehan...bestnye!!!! tp nape sedih ya amat nih!!!!! hehe.. menusuk kalbu btol..pape pn tq kak sbb bertubi2 n3 baru masuk..wink3

    -nurul syuhadah-

    ReplyDelete
  3. Sebak dada baca n3 ni...

    ReplyDelete
  4. harus akak tolong lap air mata sy nih...

    ReplyDelete
  5. sedihnya. memang tiada peluang kedua buat mukhlis ke? minta2 la lepas nie ana akan rasa bersalah bila aryana rindukan si papa. hehe :)

    ReplyDelete
  6. hentakan tetap ada..sinetron tu byk tak logik je...mana sama..

    ReplyDelete
  7. sy mmg xmenangis...tp dahi si berkerut biir sy mncebik habis nih! heeeeee sy nk mukhlis!

    ReplyDelete
  8. sedihnye.nak ann dengan mukhlis bersatu balik,kesian dng aryana kurang kasih sayang

    ReplyDelete
  9. Sedih lar....takkan berpisah cam tu jew???putus kasih cam gitu??waaaaaa....sian Mukhlis....

    ReplyDelete
  10. alamak,,,sdey le ayt mukhlis tu,, ayt yg mnyntuh aty,,,hehehe
    xsbr nak bce n3 seterus nyer nie,,,
    -cter nie best le-

    ReplyDelete
  11. xmo la mcm ni..ksian kat mukhlis...zafran tu campak laut je..x yah pk...wat semak je...mukhlis la ek???hehehehe

    ReplyDelete
  12. sedihnya dkt muklis... pilih mukhlisla... bg peluang kedua...

    ReplyDelete
  13. Thanks tuk n3 yg sedih sgt nie.......
    Xkn xde lngsung peluang ke-2 wat mukhlis....?
    -Setiap manusia berhak dpt peluang ke-2-
    xsuke zafran.....

    ReplyDelete
  14. mukhlis ni x keje ke? asyik mengekor ana jeh?
    nak mengintip dua puluh empat jam!!!
    dia x ada tanggungjawab lain dah ke? aishh..
    nmpak sngat asyik mementingkan cinta jeh..
    mukhlis kena sedar, dia bukan Tuhan yang boleh
    tahu semua benda yang Ana buat...
    walau dia ada harta berjuta-juta,
    dia x akan mampu membayar harga sebuah kemaafan..
    sungguh kesian kat aryana,,, kesian klau dipisahkan dengan bapak dia... tp tetap x boleh time mukhlis..

    kak an,,, sy arap, akak boleh buat saya jatuh sayang dengan mukhlis... buat sesuatu y boleh buat sy time ann bersama ngan muklihs..hehe.. cara pujukan n rayuan tuh,,, msih x kuat untuk membuktikan mukhlis mampu jaga ann... sy rasa, lebih kepada nak menguasai Ann... hmm

    ReplyDelete
  15. nak mukhlis jgk.

    ReplyDelete
  16. menguasai n memiliki n mencintai adalah 3 perkara yg byk bezanya... hope mukhlis dpt mentafsir dgn akal bkn dgn perasaan ye cik RM... spt mana sy tertarik dgn mukhlis yg dulu.. hope sgt cik RM..

    ReplyDelete
  17. rasa nak gugur airmata jantan ni ha!

    ReplyDelete
  18. gila sardis....huhu...mukhlis pnya ayat superb!!!!mnta2 ann cair..huhu...nk mukhlis dgn ann...

    ReplyDelete
  19. Huwaa~ sedehnya . Anahara , tolong la terima Mukhlis balek . Kesian gila dekat Mukhlis . Tolong la jangan dia pilih Zafran . Tak sukaaa . Huhu

    ReplyDelete
  20. sedih wa cakap lu!krehan, cepat lap airmata ni..huhuhuh, muklis dah pegi betul2 ke ni...

    ReplyDelete
  21. klu dah ann hepi bile x nampak muka muklis, nak wat cemana kan.terima jer la si zafran tu abes cite ann oiii.

    ReplyDelete
  22. kak rehan, be nice okay? ann dengan mukhlis eh? tolong lah~ tak suka zarfan, tak suka tak suka tak suka! :)

    ReplyDelete
  23. sokong Ann dgn. Zafran
    bagilah Ann bahagia pula..
    sbb Mukhlis x pernah nak menghargai..
    menuduh tanpa usul periksa
    menceraikan Ann tanpa mendengar penjelasan dulu
    bila tersedar segalanya telah terlewat..
    peluang kedua?
    saya fikir peluang tersebut patut diberikan kepada
    Zafran...

    ReplyDelete
  24. nak mukhlis jugak.. ann kena bagi peluang pd mukhlis perbetulkan kesilapan dia, semua orang berhak dpt peluang kedua, lagipun ann memang cintakan mukhlis....tq rehan tetap best..

    ReplyDelete
  25. hamboi sara...panjangnya komen hehehe....

    tak tau nak ckp apa dah...terkedu baca ayat2 cik penulis...ann memang tuk mukhlis cz ann still syg pd mukhlis..walau zafran cinta ann but ann tak cinta pun zafran so tak da chance lah zafran..hahaha

    ayat2 cik penulis membuai perassan lah...u memang gifted la sis..caiyok2...hehehe

    sis anid...

    ReplyDelete
  26. x taw nk ckp apa dh..nk predict sapa pn x tw...tah2 dua2 pn xdpt....
    dalam hati ada cinta tp nk memiliki 2 susah..tp dalam hati sebenarnya nk cuma takut pisang berbuah dua kali jer...
    ayat jiwang mukhlis utk ann....
    mmg lh sedih..tp cukup ke ayat jiwang 2 je..
    -miss A-

    ReplyDelete
  27. Aduhaiii...sedih giler bab ini...apa2 pun saya nak mukhlis gak...Ann tolong la maafkan mukhlis demi aryana....pleaseeee....

    ReplyDelete
  28. hahaa....Ann terlalu sombong dalam menegakan diri. dia perlu sedar, dia wanita sekuat2 wanita ada kelemahannya.. segagah2 lelaki ada kepincangannya.. sekrang Ann boleh berbangga bila dia ada peminat yang sentiasa menyokong dia.. tapi sebenarnya hati dia kosong,, dia takut dengan diri sendiri, hanya berada meluahkan rasa apabila berhadapan dengan layar kosong aje. sedangkan hati dia sakit.. Ann jangan sombng... bila orang yang sering hadir menagih kasih sudah kecewa dan tidak berpaling.. masa tu baru dia faham erti satu rayuan kasih sayang..

    ReplyDelete
  29. Kesian nye Mukhlis...
    Ann nie ego lh...
    Adoi sakit jiwa betol lah sis...
    Boleh ubatkn x sis????hehehe

    ReplyDelete
  30. ala kcian y si mukhlis ...
    t'jtuh larh plak ble bce ayt mukhlis 2 ...
    best cgt ...

    ReplyDelete
  31. hai... ann.. dah ko tak boleh nak memandang muka mukhlis tu.. pilih ajelah si zafran... boleh ke???
    takut nanti dgn zafran pun tak boleh jgk, sbab hati masih kat papa aryana...
    ann ni memang sepupu dgn Jelita..
    sama2x hati kayu.. mulut kata tak tapi hati nak...
    suka hati kaulah ann...nak pilih siapa ...
    hahaha ... rehan... ayat reverse psycho... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha betul2.. setuju sgt... ann ni mcm jelita mulut cakap x nak tp dlm hati duk tertunggu2 n duk tertanya2 kenapa mukhlis x dtg jenguk aryana la bla bla la... kan dia pun ada ckap dekat nayli klu btl mukhlis sayang dia kenapa mukhlis x dtg cari dia n aryana.... bila mukhlis dtg merayu siap mintak maaf mcm org gila dia tolak pulak.... dah la mukhlis oi.. dh org x nak tgk muka lagi pegi la jejauh... nanti bila dh mukhlis tu langsung x muncul baru ann nak sedar kot yg dia tu masih sayang n cintakan mukhlis.... haish panjang la pulak komen kali ni....

      Delete
    2. alaa.... Mukhlis.. jgn la pergi~ sedih la... Ann, jgn la marah Mukhlis lagi... tak suka Zafran!!! xnak Ana ngan Zafran! nak Ana ngan Mukhlis.... yg sudah tu sudah ler... kesian kat Mukhlis...

      Delete
  32. Nak Mukhlis ngan Ann... Ann nie eo sgt..Jgn salahkan Mukhlis jer Ann yg suruh kahwin ngan Jeslina sape suruh. Mukhlis x cari marah...dah cari pon marah juga... Lepas nie padan muka Ann dpt mamat psiko... Jgn Ann plak gila talak dah ler coz Mukhlis dapat lenyap dari hidup Ann.

    ReplyDelete
  33. nak ngan mukhlis la...tp ann ni mcm jelita jugak ....ego...mulut kata x mau x hati tertanya-tanya bila mukhlis x dtg.... harap ann dpt terima mukhlis sbb kluarga mukhlis pun dah insaf, beri pluang kpd mereke utk baiki kesilapan...

    ReplyDelete
  34. sedih giler entry ni...nape lar anahara tak bleh rasa cinta mukhlis...btw,hrap2 ending dya anahara dengan mukhlis.....

    ReplyDelete
  35. mukhlis membayar semua hutang ann sbb tanggungjawab dia pd anknya...sy rasa lh...tp bg sy lh klu nk bg zafran pd ann just bg tp biarlah watak mukhlis menjadi duda hingga tua sbb menjaga cintanya yg 1.

    blue caldina gt4

    ReplyDelete
  36. kesian la plak kat mukhlis...
    aish....kesian2

    ReplyDelete
  37. arrrrrr.xth nak ckp apa dah.letih lyn perasaan.

    ReplyDelete