Wednesday, March 28, 2012

Ku Ingin Milikimu [25-Akhir]

BAB 25 (Akhir)

CINCIN emas itu berkilau di mataku. Bibir ini tidak lekang dengan senyuman. Akhirnya, bahagia sudi juga hadir menjengah ke dalam diri ini setelah apa yang aku lalui selama ini.

Aku pandang jari manisku lama. Lama sungguh jari itu kosong. Pernikahan pertama dulu juga jari itu kosong sebenarnya. Apatah lagi dengan segala persiapan dan persalinan. Tapi hari ini, lain macam pula. Aku bangkit dan membawa tubuhku ke hadapan cermin.

Melihat diriku yang sudah dirias cantik dan sempurna oleh Mak Andam. Tidak ku sangka, aku berpeluang memakai perhiasan sebegini indah dan diraikan di dalam majlis yang cukup meriah dan besar. Sungguh aku rindu dia tapi sungguh juga kudrat bukan di tanganku lantas aku menerima percaturan takdir dengan penuh redha dan rasa syukur.

Inai yang merah di jari memberikan seri pengantin yang aku sendiri sukar hendak menggambarkan rasa hatiku kala ini. Sungguh aku syukur lantas aku raup wajahku berkali-kali.

“Moga segalanya menjadi yang terakhir buat hamba kali ini, Ya Allah,” doaku perlahan.

Tanpa sedar, mak menolak daun pintu. Dia berjalan menuju ke arahku. Tubuhku dibelek dari atas ke bawah.

“Alhamdulillah, mak bersyukur sebab dapat tengok Ana dalam persalinan pengantin ni,” ucap mak agak sayu.

Aku paut tubuh mak dan memeluknya erat. “Maafkan Ana, mak,” ucapku pula.

“Ana tak salah. Yang terjadi, biar saja terjadi. Terima aturan Allah dengan hati yang terbuka kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat Ana,” balas mak tenang.

Aku angguk sekali. Ada air yang bergenang di tubir mata lantas aku bawa hujung jariku menyekanya. Tidak mahu merosakkan kecantikan seni andaman ini kala hendak menyambut si dia yang telah halal buatku.

“Ana betul-betul yakin dengan pilihan Ana kali ini, kan?” duga mak. Aku nampak kerisauan di dalam riak wajahnya.

“Ana yakin, mak. insyaAllah. Moga dia yang menjadi yang terakhir buat Ana,” ucapku meyakinkan mak.

Mak angguk dan dia menarik wajahku lantas dahiku dikucup seketika sebelum dia berlalu keluar dengan mengesat juring matanya. Aku pandang ke sekitar bilik yang dihias cantik. Segalanya putih bersih. Hanya beberapa kuntuman bunga lili berwarna ungu saja yang menghiasi sudut-sudut bilik dan juga katil pengantin. Bilik yang sama kala pertama kali aku bergelar isteri dulu dan hari ini, status itu kembali lagi menjadi miliki atas izin Allah.

Cadar putih itu aku sentuh. Material yang selembut sutera hasil ilham mertuaku sendiri. Agak cerewet dia sebenarnya. Tapi, kekalutannya itu cukup membuatkan aku dan suami ketawa sendiri.

Katanya, biarlah dia meraikan pernikahan kami dalam suasana yang meriah buat pertama kali dan buat terakhir kali ini. Betapa kami memujuk dia agar tidak mengadakan majlis ini di mana-mana hotel besar dan akhirnya dia bersetuju dengan kehendak kami suami isteri dengan wajah yang keruh.

Aku pejam mata kala menyentuh cadar lembut itu. Suara dia terngiang-ngiang di telinga memujukku kala itu. Benar, mencintai dia membuatkan aku rasa detak hati ini terhenti kala dia melangkah pergi. Cinta yang membuatkan aku sedar, Allah memang mahu kami miliki jodoh itu hingga ke syurga.

***

“AWAK okey, Ana?” tanya Zafran risau.

Aku kalih pada dia yang nampak sedih di sisiku. Berdiri kaku di pintu masuk KLIA melihat pengunjung dari segenap pelusuk dunia yang bergerak tak henti-henti sedangkan bagiku, waktu itu telah lama terhenti setelah dia tiada lagi di sisi.

“Ana, jawab saya. Awak okey, kan?” tekan Zafran lagi sekali.

Aku angguk saja sedangkan dalam hati ini menidakkan segalanya. Menidakkan hakikat tapi sungguh, tiada kudrat hendak melakukan demikian.

“Nope, you are not okay, Anahara. You are not. Jangan macam ni, Ana. Kita tahu Mukhlis ke mana. Kita pergi cari. Saya temankan awak cari dia,” cadang Zafran padaku membuatkan aku memandang dia dengan tidak berkelip-kelip.

“Saya tak akan cari orang yang tinggalkan saya, Zafran. Memang salah saya sebab silap tak dengar penjelasan dia, tapi dia yang pergi sebab dia memang dah sepatutnya lama pergi dari hidup saya dan hari ini, bila takdir membawa dia pergi, saya tak akan kesali. Percayalah!” tekanku pada Zafran yang nampak sedang menahan airmata lelakinya dari gugur.

“Kenapa nak jadikan hidup awak macam kisah novel yang pernah awak buat, Anahara? Novel itu takdir di tangan awak. Tapi, hidup awak ni, takdir di tangan Allah.”

“Sebab tu, saya katakan saya tak akan kejar orang yang pergi dari hidup saya. Dia pergi kerana dia rasanya perlu. Sebab takdir yang berkata begitu. Saya sedar, saya penulis dan takdir watak itu dalam tangan saya, tapi ini memang di luar kudrat saya dan saya terima dengan hati yang terbuka,” sahutku pantas bersama airmata yang akhirnya bertali arus setelah lama aku menahan.

Zafran ketawa sinis. “Terima dengan redha tapi menangis. Jangan menipu, Ana sedangkan awak bukan pandai nak menipu pun. Riak awak, bahasa tubuh awak, lirikan mata awak, semuanya ada Mukhlis. Tak mungkin awak boleh lupakan dia.”

“Saya boleh dan saya doakan moga Allah terbalikkan hati saya sekarang juga. Menerima apa adanya yang telah dia berikan pada saya termasuk awak, Zafran,” luahku bersama esakan dan pandangan yang semakin kabur.

Zafran nampak terpaku. “Saya tak nak jadi pengganti macam tu je, Ana sedangkan saya tahu, awak tak ada cinta untuk saya,” bantah dia.

“Saya tak perlukan cinta lagi. Saya cuma perlukan setia dan saya tahu awak mampu setia dan menjaga saya. Maaf atas keputusan drastic macam ni, tapi untuk melupakan yang lama, saya perlukan yang baru. Mulakan segalanya yang baru. Termasuk kisah hati saya,” luahku jujur.

“Jangan melulu buat keputusan, Ana. Saya takut Ana menyesal nanti.” Zafran meraup wajahnya.

Aku terdiam. Tidak tahu berkata apa lagi bila hati lebih menguasai akal lantas bermulakan ungkapan yang tidak memberi erti.

“Anahara, tanpa diri awak, saya mungkin hanya manusia tanpa cinta dan hanya diri awak yang bisa membawa syurga dalam hati saya dan saya ingin awak menjadi milik saya kerana saya akan mencintai awak, menjaga awak selama hidup saya. Saya berjanji hanya awaklah yang saya sayangi dan saya akan setia disini menemani awak jika itu yang telah Allah tetapkan. Tapi, jodoh memang jauh antara kita, Anahara dan hakikat itu saya dah lama terima sebenarnya kerana saya masih mahu mencuba. Kita bukan untuk antara satu sama lain, Ana dan saya yakin, satu hari nanti seseorang itu akan datang menyerah pada saya untuk menjadi milik saya, untuk saya cintai,” ucap Zafran tenang namun jelas sebak di dalam setiap patah ayatnya.

Aku telan liur berkali-kali. Bibir ini aku ketap hebat dan mata ini memandang ke atas namun airmata dan sendu juga tidak mampu terbendung lantas ku biarkan saya ianya mengalir lagi.

“Awak dah buktikan cinta awak pada Mukhlis dengan titisan airmata itu, Anahara. Untungnya dia memiliki dan merasai nikmat cinta awak. Saya yakin dia akan kembali, Ana. Percayalah.” Zafran terus memujuk.

“Saya tak harap… kan… tak a…kan harapkan… dia kembali la…lagi.” Suaraku terketar-ketar dan kali ini lebih ketara bila seluruh tubuhku bergetar menahan sendu.

Aku palingkan seluruh tubuhku menghadap Zafran. Wajah itu aku tatap sepenuh hatiku. Andai ini kehendak-Mu, Ya Allah, aku mohon, Kau palingkanlah hati dan cinta ini pada dia yang teguh berdiri di depanku. Buanglah sejauh mungkin cinta di hati ini pada dia yang telah pergi. Doa hatiku penuh rendah diri berharap belas ihsan dari Yang Maha Esa.

Esak tangisanku kian meninggi. Usah dikira malu, aku lebih rela menangis kala ini daripada terus menitiskan airmata di kemudian hari.

“Anahara… jangan macam ni. Awak buat hati saya sedih. Kita cari Mukhlis. Kita cari,” tekan Zafran sekali lagi.

Bila aku menggeleng, tanpa sedar kakiku kian longlai. Sudah tidak mampu menanggung batang tubuh sendiri dan pantas aku rasa tangan Zafran cuba memaut tubuhku yang hampir rebah namun belum sempat dia singgah menyapa lenganku, tanpa sedar aku kini berada kemas di dalam pelukan seseorang.

“Abang tak akan tinggalkan Ann lagi. Abang tak akan pergi jauh dari Ann lagi. Abang akan buang segalanya demi Ann dan anak kita. Abang tak sudi Ann dimiliki orang lain kerana abang nak buktikan kehebatan cinta abang pada Ann setelah abang berjaya miliki Ann sekali lagi. Abang tak pergi dan abang tak akan pergi. Kalau abang pergi, Ann harus ada di sisi. Demi sesungguhnya cinta abang pada sayang, terima abang kembali,” gumam Mukhlis yang tiba-tiba saja muncul.

Zafran mendekat dan dia menepuk bahu Mukhlis lantas berlalu bersama senyuman dan satu ucapan bisu.

“Saya doakan Ana bahagia.” Aku tahu bibirnya mengucapkan itu. Aku tahu itu dan aku hanya mampu mengedipkan mata saja menghantar langkah dia. Pada Yang Esa aku bermohon agar dia dipertemukan dengan wanita yang lebih baik dariku. Yang tercipta untuk menerima cinta daripada dia.
Perlahan-lahan, aku balas pelukan Mukhlis erat di tengah-tengah pintu masuk KLIA. Menghidangkan sebuah kisah cinta yang tragis antara kau dan dia bersama esak tangis yang kian menggila.

“Kenapa abang kembali?” tanyaku sayu.

“Abang tak pernah pergi, sayang. Abang nak pergi tapi abang tak mampu kerana hati abang di sini. Kisah hati abang ada dengan Ann. Macam mana abang nak hidup tanpa hati bila abang dah amanahkan hati itu untuk Ann jaga?” soal dia padaku. Pelukannya juga semakin kejap hinggakan aku terhimpit tanpa ada ruang lagi.

“Abang cinta Ann. Cintakan Ann Rahana dan cintakan Anahara. Dua-duanya terlalu istimewa buat abang. Terlalu dan sangat istimewa. Maafkan abang sebab tak pandai mencintai hanya tahu memiliki tapi kali ini, abang mohon beri ruang untuk abang miliki Ann sekali lagi dan abang akan buktikan cinta abang pada Ann,” ujarnya yang juga sudah bersendu.

“Ann cintakan abang, kan?” soal dia padaku.

Bahuku ditolak lembut. Jemari suam itu menyeka titisan airmata yang tidak mahu kering.

“Selama Ann masih bisa bertahan, selama Ann masih bisa bernafas, selama Tuhan masih mengizinkan, Ann ingin selalu bersama abang. Selama Ann masih bisa bertahan, selama Ann masih bisa bernafas, Ann akan selalu mencintai abang,” jawabku penuh beremosi bersama airmata yang kembali berjuraian.

“Abang sayang, Ann. Selamanya Ann akan hidup dalam kisah hati abang. Selamanya abang akan jaga cinta kita, sayang.

“Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku dan akan ku katakan padamu, aku sangat mencintaimu. Sesungguhnya, aku inginkan dirimu datang dan temui aku dan akan ku katakan berkali-kali yang aku amat mencintai dirimu dan demi semua yang aku jalani bersamamu ku ingin kau jadi milikku, ku ingin kau disampingku. Aku akan mencintaimu menjagamu seumur hidupku, Anahara binti Rahman dan kali ini, aku pinang dirimu dengan Bismillah berharap kau menjadi yang terakhir untukku biarpun kudrat itu tidak di tangan kita, sayang.”

Aku pandang mata Mukhlis yang merah berair. Lambat-lambat airmata itu gugur juga menitis wajah kusam itu.

“Dan aku terima kamu dengan Alhamdulillah, berharap kau adalah yang pertama dan terakhir untukku,” sahutku dan sekali lagi, Mukhlis memaut tubuhku.

“Syukur, Ya Allah. Terima kasih sayang. Terima kasih sangat-sangat,” ucap dia dekat pada cuping telingaku.

***

“Assalamualaikum,” ucap suara itu. Aku berpaling dan ternyata, mama dan abah serta Nayli juga ada bersama dengan mak, Kak Longku dan Abang Ngahku yang juga Aryana.

“Waalaikummussalam,” jawabku malu-malu.

Mukhlis mendekat, dia melutut di hadapanku lantas menarik jariku lembut. Kala ini, cahaya daripada kamer DSLR yang diupah khas oleh mama mertuaku berkerlipan sana sini.

Ada debar di hati. Detak yang tidak pernah aku rasakan seperti pertama kali dulu bila kami diraikan semula dalam suasana yang cukup meriah dan berbeza dan yang pasti, di bawah lembayung restu semua.

“Dah ready?” tanya dia separuh berbisik sambil menyoroti mataku.

“Ready apa?” Wajah ini mula kebas.

“Nak terima cincin abang?” tanya dia lagi.

Aku angguk.

“Dan malam ni,” sambung dia membuatkan aku terjerit kecil. Keluarga kami masing-masing ketawa.

“Apa abang ni?” tanyaku mengetap gigi. Mukhlis ketawa.

“Apa yang kamu cakap kat Ana tu, Mukhlis?” tanya abah kuat.

“Entah abang ni. Tak sabar nampak,” tokok Nayli pula.

“Biarlah dia cakap apa pun, janji tahun ni kena ada riuh suara kecil menangis ketawa dalam rumah kita tu,” sambung mama pula menambahkan sebal pada wajah.

Mukhlis menyarungkan cincin sebentuk itu ke jari manisku yang sebelah kiri pula. Berapa aku menghalang, dia tetap mahukan kami ditunangkan dahulu sebelum dia menjawab aqad dan kala suaranya bergema di dalam rumah Allah mengangkat aku sekali lagi menjadi wanita yang halal di sisinya, aku masih terdengar suara itu hingga kini. Lebih syahdu dari sebelum ini.

“Aku terima nikahnya Anahara binti Rahman…” Sungguh aku akan rindui saat itu sampai ke akhir hayatku.

“Sayang dah sampai mana ni?” Pertanyaan Mukhlis membuatkan aku tersentak. Cepat-cepat aku senyum pada dia.

“Salam abang,” suruhnya dan aku terus menyapa tangannya dan mengucupnya lembut dan usai itu, dia melabuhkan bibirnya ke dahiku lama dan airmataku menitis setitis menerima nikmat ini.

Alhamdulillah, Ya Allah kerana setelah kepahitan itu pastilah ada kemanisan buat kami. Ucap hatiku bahagia.
Bila kucupan terlepas, Mukhlis menarik aku bangkit. Pinggangku ditarik rapat ke sisinya.

“Tahniah isteri abang,” ucap dia.

“Tahniah juga suami saya,” balasku dan Mukhlis ketawa kuat.

“Cantik sungguh menantu mama ni. Lepas ni, memang nak pergi promosi buku kat mana-mana, Mukhlis kena ikutlah. Kalau tidak muncul pulak Mukhlis nombor dua buru Ann Rahana,” usik mama.

Wajah Mukhlis kelat memandangku. “Kalau Ann jumpa Mukhlis lain Ann pandang tak?” soal dia tiba-tiba.

“Tak la. Ann pejam mata,” jawabku.

“Kenapa nak pejam mata? Kan peminat tu. Kecil hati peminat nanti.”

“Haruslah pejam mata. Bukan apa, takut jatuh cinta lagi,” selorohku dan Mukhlis menjegilkan mata.

“Ada hati, ya?” tanya dia geram.

Aku ketawa pula. Suka melihatkan dia terkena dan bilik ini riuh dengan tawa kami sekeluarga dan di laman rumah mak, suasana juga semakin riuh dan meriah.

“Eh, abang mencintai kan? Bukan memiliki?” Aku saja mengingatkan dia.

Mukhlis mengangguk. “Abang memiliki dengan syarat abang akan mencintai,” balas dia.

Kala ini, tubuhku dipalingkan menghadap dia seluruhnya. Pinggang ini masih tidak lepas dirangkulannya. Bila aku menolak, dia semakin mengetatkan pelukan.

“Abang… semua orang ada ni,” larangku.

“Biarlah semua orang nak tengok. Sayang milik abang dan abang cintai sayang sangat-sangat. Tak mudah abang nak lepaskan rindu dendam di hati ni dan hari ni segala doa abang termakbul. Abang bersyukur dan abang nak maknanya kasih sayang kita tapi sayang tak nak pulak?” soal dia bernada rajuk.

Aku berpaling pada keluarga. Mereka senyum simpul. Terasa semakin menebal wajahku bila Mukhlis sudah menarik aku rapat ke dadanya.

“Abang… keluarga ada ni,” larangku terus.

“Kita pengantin baru apa? Kan orang tengah ambil gambar tu. Biarlah candid macam ni. Lagi menarik dan natural,” ujar dia beralasan.

“Dulu tak ada macam ni pun.”

“Dulu kita kahwin senyap-senyap. Sekarang abang dah tunaikan segala perkahwinan impian sayang apa?”

Aku pandang wajah dia. Nampak segak saja. Tiada lagi wajah kusam dan selekeh itu. Sungguh dia segak dan bergaya.
Lengan ini aku lilit ke lehernya. Menyambungkan kedua tanganku di belakang lehernya membawa dia sedikit terbongkok hingga wajah kami hampir mendekat juga.

“Kenapa dulu abang selekeh je?” soalku.

“Sebab tak ada sayang jaga makan pakai abang,” jawab dia.

“Kenapa tak tinggalkan Ann hari tu? Kenapa tak jadi naik flight?”

“Sebab passport abang tamat tempoh. Lupa nak renew.”

Aku bulatkan mata. “La, padanlah. Kata tak sanggup tinggalkan hati sendiri la apalah. Abang memang.”

Aku cuba leraikan pelukanku pada lehernya tapi Mukhlis segera menahan.

“Mana ada. Passport abang okey je. Abang tak nak berpisah dengan Ann masa tu tapi terima kasih pada Zafran. Dia yang SMS abang cakap Ann on the way tapi sukalah abang bila Ann dah pandai merajuk ni. Dulu tak pandai sikit pun sampai abang pun pelik, Ann ni ada perasaan ke tak ada,” jawab dia.
Aku ukir senyum. Minda ini pantas mengingatkan wajah Zafran. Hadir juga menjadi saksi pernikahan aku dan Mukhlis dengan senyuman. Jeslina juga telah selamat berangkat usai saja aku menjadi milik Mukhlis yang sah sekali lagi.

‘Dulu, aku relakan dia menjadi milik orang lain, tapi hari ini aku akan pertahankan kasihnya menjadi milikku seorang hingga ke akhir waktu kerana aku tercipta untuk dia, dan dia adalah untukku,’ desis hati ini.

“Ann cemburu pada yang sepatutnya. Ann merajuk pada yang sudi memujuk,” selaku.

“Abang adalah orang yang sepatutnya dan abang sudi memujuk tapi jangan merajuk sangat, yang. Abang tak pakar nak pujuk-pujuk ni.” Dia buat muka takut.

Aku ketawa nipis tapi tidak lama bila Mukhlis mendekatkan wajahnya ke wajahku. Membiarkan nafas kami bersatu hangat dan bila bibirnya bergetar hendak menyapa bibirku, aku dengar suara yang berdehem kuat.

“Hai, Mukhlis. Tak sabar nampak. Dah banyak sangat ke bil tertunggak?” tanya Along Mukhlis mengusik. Nayli mencebik. Abah dan mama ketawa.
Tapi Mukhlis, tetap merangkul erat pinggangku.

“Errr… pa… pa…,” ucap Aryana tiba-tiba. Tangan itu terhulur kepada kami lantas Mukhlis melepaskan pinggangku dan mengambil Aryana dari gendongan Nayli. Dia mengucup pipi Aryana dan pipiku silih berganti.

Kemudiannya, dia buat muka. “Pipi Arya natural beauty. Pipi mama tempek make-up. Tak best cium,” usik dia.
Aku cubit lengan itu sekuat hati dan dia mengaduh lantas disambut tawa semua. Aku hanya melihat dia mengusik Aryana dan hati ini bersyukur kerana kasih sayang Allah telah membawa kami bersatu kembali.

***

BERAT sebenarnya hati hendak melepaskan Aryana kembali bersama keluarga Mukhlis. Namun bila difikirkan, Aryana itu adalah darah daging mereka lantas aku relakan saja hati dan terus menjauh dari memikirkan yang bukan-bukan.

Selepas keluar daripada bilik air membersihkan muka dan mengambil wudhuk, aku terus kembali ke bilik. Waktu itu, Mukhlis tiada di dalam bilik lalu aku hela nafas lega. Takut sebenarnya kembali berdua-duaan dengan dia.

Rambut panjang milikku, aku ikat tinggi dengan ikatan tocang satu laku aku rapat ke almari pakaian hendak mengambil sehelai tuala dank ala aku merapatkan kembali daun pintu almari itu, wajah Mukhlis sudah tersenyum padaku dengan tangan yang menyilang ke dada.

“Eh, abang ni. Terkejut Ann.” Aku urut dada dan seterusnya hendak berlalu keluar kononya hendak membersihkan diri bersama tuala itu biarpun aku sebenarnya hendak melarikan diri. Hendak mengelat lagi seperti dulu.

“Nak mengelat abang lagi, ya?” tebak dia sambil meraih pinggangku dan memeluk tubuhku dari belakang.

Detak hati ini sukar hendak ku kata. Terasa hampir pecah apatah lagi bila Mukhlis sudah membenamkan wajahnya pada belakang leherku setelah rambut itu dia tolak ke depan. Nafas itu kian resah.

“Err.. abang dari mana?” tanyaku cuba berbahasa.

“Tiba-tiba je muncul?”

“Abang sembang dengan mak dekat luar tadi. Nampak Ann masuk abang terus masuk,” jawab dia bersama bibir yang masih menari menyentuh kulitku.

Rangkulan dia juga semakin erat dan terus erat. Semakin mencengkam dan terus mencengkam bagaikan tidak mahu di lepaskan lagi.

“Abang dah gosok gigi?” tanyaku lagi. Mukhlis mengangguk.

“Err.. dah basuh kaki?”

“Semua dah, yang. Tinggal nak bersama sayang je,” ucap dia merayu mendayu. Aku telan liur.

Dia membalikkan tubuhku menghadap dia. “Abang cintakan Ann. Sangat-sangat cinta dan abang akan buktikan.”
Aku geleng. “Abang dah buktikan. Cukuplah tu. Ann percayakan abang dan Ann tak akan izinkan abang jatuh cinta pada sesiapa lagi sebab Ann akan lawan sampai ke akhirnya,” ujarku pula.

Sungguh aku percaya yang dia mencintai setelah dia nekad hendak membantu Zafran mendapatkanku kerana merasakan aku bahagia bersama Zafran sedangkan hakikat itu Zafran sendiri tahu yang kami tak mungkin bahagia bersama kerana hati aku milik Mukhlis selamanya.

“Sayang dah pandai cemburu.”

“Sebab Ann sayang,” selaku cepat-cepat. Mukhlis mengangguk tanda faham.

“Dan Ann juga sentiasa cintakan abang, dulu kini dan selamanya,” sambungku lalu aku paut erat lehernya membawa tubuhku rapat pada dia setelah aku sendiri hampir hanyut dalam renungannya yang meresahkan jiwa.

“Buktikan pada abang cinta Ann. Dulu masa Aryana masuk hospital, masa Ann terpeluk abang, Ann ada cakap. Ann tak nak hilang anak kita tu sebab itulah satu-satunya anak yang kita ada. Tanda cinta kita. Tapi hari ni, abang nak lebih dari Aryana dengan Ann. Sorang,dua orang dan seterusnya selagi Ann mampu,” ucap dia berbisik membuatkan wajahku kebas serta-merta.

“Ann sudi tak berikan adik-adik Aryana pada abang?”

Aku renung dia seketika sebelum mengangguk. “Selagi Ann mampu, Ann akan berkhidmat untuk abang,” ucapku romantis.

Mukhlis merapatkan wajah tapi tindakan itu terhenti. “Errr.. sekarang ni abang peminat Ann ke, siapa ya?”

Aku bulatkan mata lantas aku sentuh pipinya dengan kedua belah telapak tanganku.

“Mohd Mukhls ni suami Anahara binti Rahman tapi peminat pada Ann Rahana, aci tak macam ni?” soalku.

“Aci ek? Kalau abang tarik sayang naik katil, aci tak macam tu?”

Aku menggeleng. “Mana aci. Ann nak edit manuskrip sikit lagi. Esok dateline ni.” Aku cuba melepaskan diri dari pelukannya tapi kudratnya langsung tidak terlawan olehku.

“Malam ni Ann hak abang sepenuhnya. Abang dah hack blog Ann. Facebook dengan Fan Pages Ann masa Ann mandi tadi,” akui dia.

“Eh, kenapa? Tak baik ceroboh hak orang,” ujarku sedikit tidak berpuas hati.

Mukhlis menarik aku rapat pada komputer riba miliknya.

“Ann tak tutup akaun siapa suruh. Nak, tengok.”

Dia larikan tetikus itu meliar pada skrin dan sungguh, blog, laman sosial itu dan juga fanpagesku sudah dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat setelah Mukhlis meletakkan gambar pernikahan kami.

Aku pandang dia. “Abang…,” seruku terharu.

“Mulai hari ni. Abang tak nak Ann menyorok lagi. Abang nak semua orang tahu Ann milik abang. Abang cintai Ann. Ke mana-mana saja Ann pergi, abang akan ikut. Abang akan temani Ann sampai bila-bila,” ucap dia.

“Ann juga akan kekal di sisi abang. Jaga hati ini dengan baik sebab Ann dah amanahkan buat abang.” Aku tarik telapak tangannya menyentuh dadaku.
Biarkan dia merasai debar di hati kala aku sedang mencari kekuatan hendak menerima dia kembali dalam diri ini.

“Dulu, Ann pernah mengelat dengan abang dan abang izinkan. Tapi, hari ini, abang banyak rindu yang terbuku di hati. Leraikan rindu abang, sayang. Lepaskan lelah abang selama ini. Abang rindukan Ann dan akan kekal rindu buat selamanya,” gumam dia rapat di cuping telingku.

Bila dia sekali lagi merangkul tubuhku erat, aku membalasnya juga lebih erat daripada biasa. Ikatan pada rambutku dilepaskan. Dia menyelak rambut sedikit lantas dia biarkan wajah dan bibirnya bermain di sekitar leherku sebelum kaki ini terdorong melangkah ke belakang bila tubuh Mukhlis menolak aku perlahan meminta aku melangkah ke belakang hingga akhirnya, aku terdampar di atas tempat peraduan yang dibaluti cadar putih bersih itu dengan haruman lavender lantas dia merapatiku.

Tubuhnya semakin menghimpit dan terus menghimpit lalu aku pejamkan mata bila bibirnya singgah tepat ke bibirku. Membiarkan kucupan itu singgah lama. Syahdu dan sayu saja. Setelah tautan kucupan itu lepas, Mukhlis memaksa aku membuka mata dan dia senyum saja merenungku dan bibir itu singgah lagi ke telingaku, mengucupnya lembut.

“Assalamualaikum, sayang,” bisik dia.

“Waalaikummussalam, abang,” balasku dengan suara yang sengaja aku lunakkan menerima dia kembali dalam hati ini dan akan aku diamkan dia selamanya di dalam kisah hati kami. Menjadikan kisah cinta kami sesuatu kisah cinta yang tak mungkin kami lupakan selamanya kerana takdir berkata ya setelah kami diduga.


***TAMAT***

15.03-28.03.2012

Cik Penulis :

 Maaf atas kekurangan mini novel ini . Sayang kamu semua..

76 comments:

  1. best2 .....
    time kasih yee Kak Rehan! muahhhhh

    ReplyDelete
  2. hepi ending :) so sweet...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....tq RM -liyahuma-

    ReplyDelete
  4. yeaaayayyyyyyy akhirnya mukhlis n anahara...

    ReplyDelete
  5. Best!!! Terkezut dgn kmuncal Mukhlis tiba2 tu... hehehe

    ReplyDelete
  6. Best sgt...Tahniah Cik writter....

    ReplyDelete
  7. huhu! kak annn~ ='(
    terharu baca ---> Tahniah dan selamat pengantin baru.

    Ya, hidup perlu diteruskan! Semoga kak ann terus tabah dan menjadi penulis yang hebat suatu hari nanti, ameen!

    by the way, cepat betul KIM ini. baru sebulan berapa hari! tahniah kak ann! ;)

    ReplyDelete
  8. Oh....no. Kenapa jadi gini? Tak pe la. Walau aku tak suka endingnya , itu takdir cerita ni. GOOD JOB RM.

    ReplyDelete
  9. yeeeeeeeee,,,, best tq rehan

    ReplyDelete
  10. Fuhhh lega sgt,.atlast dh de ending
    Congrate to cik Rehan (*^_^*)

    ReplyDelete
  11. beeeeeeeeeeeeeesssssssssstt sngt =)

    ReplyDelete
  12. Yesss..happy ending...akhirnya Ann milik Mukhlis...thumbs up and thank you buat cik writer..untuk sebuah cerita yg menyentuh perasaan...

    ReplyDelete
  13. Terbaekkk la . Thanks Kak Rehan . Naseb last2 kawen jugak ngan Mukhlis . Kalau tak memang frust la Ann kawen ngan Zafran . Huhu .

    ReplyDelete
  14. dah tmt.... lps nie mesti rindu dgn anahara n mukhlis... anyway ttp best ending nye... thanks RM...

    ReplyDelete
  15. tahniah.... saya sgt suka mini novel ni....terima kasih kerana bg hepi ending

    ReplyDelete
  16. Akhirnye Mukhlis & Anahara bersatu kembali...
    Good Job sis!!!!!

    ReplyDelete
  17. Terima Kasih..... Memang Terbaik Sis :)

    sayang betul KIM, ingin dimiliki mu n memiliki mu dengan penuh rasa cinta.. Ku miliki mu kerana ku mencintai mu TAHNIAH!!! buat ann & mukhlis di atas perkahwinan ke2 moga kekal bahagia selamanya...

    ReplyDelete
  18. best sgt KIM ni .. thanks Kak RM .:)

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah doa dimakbulkan....selamat pengantin baru 'Mukhlis & Ann' pasti merindui.............

    ReplyDelete
  20. leganya hati......Ann akhirnya kembali kepada Mukhlis....tahniah untuk Rehan....sgt. best.....

    ReplyDelete
  21. terbaik!!!!!!!!syg sis..hehe..trima ksih n tahniah utk RM kita..karya2 anda sgtlah menarik..xthu nk ckp ape..smga brjaya n trus brjya..

    ReplyDelete
  22. rafika dewi jahrulMarch 28, 2012 at 7:11 PM

    salam RM..
    fuyooooooooooo...seronok nyerr akhir nyerr mereka bahagia
    bersama bersatu...taniah memang 2 bab akhir dari ann memang sentap dan terasa sampai kehati..yg akhir bab lak malu..malu...naik merah pipi baca..hehe...
    besttttttt.....

    ReplyDelete
  23. salam RM..wei sedih giler..walaupun citer dia happy ending..perjalanan citer ni mmg best..tahniah RM membuat kami lemas dalam emosi yg digarapkan oleh RM..

    ReplyDelete
  24. best sgt2,suke ann ngan mukhlis...
    syg kak RM...

    ReplyDelete
  25. YES~!!!!!
    10q RM.... lap u lah....

    ReplyDelete
  26. Akhirnya RM... Syabas! Sangat-sangat menyentuh hati. Happy ending.... Walau kesian sangat pada Zafran tapi cinta dia tak cukup kuat.. Oh RM, awak buat Rosy nak jadi Ann...

    ReplyDelete
  27. best nya.....hapy endding....

    ReplyDelete
  28. wahhhh , hoo yeahhh ! bersatu akhirnya kisah hati anahara dan mukhlis nie. gumbiranya rasa di hati , happy ending akhirnya. tahniah kak rehan and thank you untuk Ku ingin Milikimu dan Ku Ingin Mencintaimu. menyengat seperti ketam , hehe. good luck for the next karya :)

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  29. thankyou kak rehan, akhirnya, habis jugak KIM dan ann dengan mukhlis! thats the best part! :D how sweet~

    ReplyDelete
  30. Tahniah RM akhirnya tamat juga. satu ending yg best...
    lepas ni ada lagi tak cite baru? Tak sabar nk tunggu dn
    baca karya yg RM yg terbaru pula..

    ReplyDelete
  31. malu la bab akhir tu~..hahahaaa..bdak baik

    >>nickhere<<

    ReplyDelete
  32. tq k.rehan..tahniah tuk KIM..

    ReplyDelete
  33. tersangat lah menyentuh emosi. seperti kisah benar rehan makhtar je. ayat rehan memang jiwang habis lah. good job sis

    ReplyDelete
  34. akhirnya terjawab sudah semua persoalan.. hehe
    tp zafran ttp terbaik lorh.. kih kih kih..
    kak,,, buatlah cerpen zafran jd hero pulak..
    hahaha.. tajuk dia, ku ingin mencintaimu tuh..
    hehe.. ubatlah hatiku yang terluka ini...haha..
    tahniah untuk KIM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong... pastu zafran tu dia minat penulis yang lain plak ezza mysara... hahahaha

      Delete
    2. hahaha.. aduhai...
      lawak btul lah..
      oh,,, kiranya kawan anahara lah eh..
      ai sudi je kalu zafran sudi.. hahaha

      Delete
    3. tetiba rasa nak like plak sini..hahaha

      Delete
    4. mcm comel jer kalau zafran n ezza mysara...:)

      kalau jadi cerpen pun ok tu.......

      Delete
  35. terbaik!!!! terasa macam di awang awangan, bahagianya kalau dicintai oleh Mukhlis tu... hehe :)

    ReplyDelete
  36. Garapan cerita yang sangat menarik. ... Tahniah !!!

    ReplyDelete
  37. waah..akhirnyer bersatu jua Ann & Mukhlis..
    walaupun ceritanye happy ending tapi perjalanannya
    amat berliku..semoga mukhlis & Ann akan lebih menghargai
    peluang kedua mereka ini..
    best! deabak!! Rehan..
    P/s: akak baca siap standby tisu..sedih wooo

    ReplyDelete
  38. Sekali lagi.. memang RM memberi yg terbaik kepada setiap nukilan yang RM karyakan.. betul kata RM, bila membaca ungkapan2 yg ditulis, saya boleh rasakan, bagaimana mendlmnya erti kata tiap2 ayat yg dilakarkan.. sehingga menusuk ke jantung hati...

    TQ kerana menyedarkan, Tahniah kerana menghidupkan tiap2 watak utama dan keadaan yg mereka lalui..

    RM memang yg terbaik.. semoga RM dianugerahkan sebagai penulis yang terbaik dan terulung..dan mendpt anugerah 'Writer of the Century"..!!

    ReplyDelete
  39. Kuingin engkau menjadi milikku
    Aku akan mencintaimu
    Menjagamu selama hidupku
    Dan aku kan berjanji
    Hanya kaulah yang kusayangi
    Ku akan setia disini
    Menemani…

    p/s~congratt mukhlis n ann a.k.a anahara

    tinkiyu rehan :)

    ReplyDelete
  40. Best sangat .. akhirnya bersatu semula Mukhlis dan Ana .... Lepas nie kena ada cerita lainlah yea ...

    ReplyDelete
  41. Besttt... Peluang kedua x boleh dipersia-siakan.... hargailah ia....

    ReplyDelete
  42. sangat best!!! sangat suka ann+mukhlis bersatu semula

    betul kata sue, peluang kedua x boleh dipersiakan....

    lps ni, segala bil tertunggak dorang dh boleh settle dh!!! :)

    ReplyDelete
  43. suke2...best.tahniah buat ann dan mukhlis

    ReplyDelete
  44. adeh sedihnya..smpai termimpi2 tau sy dgn KIM ni..huhu terbaik dr ladang la..sy sgt suka karya RM..pandai olah ayat..pandai bermain kata smpai rs mcm kita ade sm dlm watak2 tu..i salute u..

    ReplyDelete
  45. tahniah5.... best sgt2 cite ni.. nak lagi..nak lagi..;}

    ReplyDelete
  46. terima kasih kerana habiskan juga dkt blog...
    bukan nak komplen... ada penulis lain tergantung ending mini novella.. x bestla.. buat cam ni..
    mmg akan beli juga novel... kalau kluar..

    ReplyDelete
  47. salam...kak akhirnya tamat cerita nie....happy ending.....

    x salah bg peluang kedua bila die btul3 ingin berubah...

    best sangat cerita nie......feeling btol bc.....tahniah kak rehannnnnn

    ReplyDelete
  48. Tahniah saudari penulis!sangat memukau jalan ceritanya,dan ye!anda berjaya buat saya mengalirkan air mata:)
    teruskan penulisan ye:)

    ReplyDelete
  49. wow!! speechless..... best gler ending... klau ending Ann dgn Zafran maunyer frust....

    ReplyDelete
  50. assalamualaikum....aii kak rehan..
    saya suka semua citer kak rehan...saya tak tahu kenapa.but, i like it...sebab saya suka citer yang berkait rapat dengan kehidupan manusia..sebab kehidupan tak seindah yang kita harapkan..tahniah!!mula-mula saya baca cerpen citer nie..saya x taw pulak ada sambungannya...but memang best..saya suka citer dalam diriku tiada dia..minta2 ada keinginan nak buat novel citer macam tu but lagi gempakk...chaiyokkk!!!

    ReplyDelete
  51. sweet sngt kn bile ada pelung kedua.

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum.. satu cerita yang menarik,..berkisar dalam kehidupan masyarakat sekarang, tahniah dari saya

    ReplyDelete
  53. alhamdh.akhirnya happy ending cerita ni.bgt haru pas baca,smoga kak rehan bahagia slalu dan sukses serta sy slalu menantikan novel dan cerpen kk salam syang dari sy ratna....oya apa novel ni sdah ada dindonesia blm..kk? krna sy brkediaman dijakarta....

    ReplyDelete
  54. Best sgt jln cerita....good luck kak rehan...

    ReplyDelete
  55. habis.tamat sudah.bhgia jugk Ann akhirnya.zafran,smga brtemu bidadari sebaik kamu.Mukhlis,jg baik2 Ann.

    ReplyDelete
  56. Seharian menamatkn KIM....syahdu....sedih....terharu....kisah hati....kisah duka sebuah cinta....tiap ksabarn pasti ada manisss yg menanti.....tqvm.....

    ReplyDelete
  57. Tahniah atas cerita yg hebat.Masa baca cerita ni, I was really hoping in the end ada penjelasan yang sebenarnya Jes diceraikan "janda berhias'...kesian Ann terpaksa terima Mukhlis dengan tanda merah di dada masa masih bermadu dgn Jes..arghhh JK betul..Apapun this is really a very good read.Teruskan berkarya, saya tetap sokong anda!!!Tak sabar nak tunggu next chapter Ayie & Arya...

    ReplyDelete
  58. Waaa...best gile cerita ni. Mengalir air mata dibuat.......cerita yg sgt hebat....teruskan berkarya

    ReplyDelete
  59. Bestnye cite...bru bkesempatan menjenguk je blog ni...semoga berjaya!

    ReplyDelete
  60. dalam kesibukan n mencuri masa tamat juga pembacaan ini. Tahniah KakRehan. Sebuah cerita yang indah..jalinan cinta yang kudus. Moga terus sukses.

    ReplyDelete
  61. Wooow speechless
    Mmg best gila gila story nie

    ReplyDelete
  62. Best2, akhirnya mereka bersama wlapun begitu payah

    ReplyDelete
  63. i love it..muachh!!x2 ..hihi.u make me smile n sad in the same time.anyways good luck.😊ahaha..nth btl ke dok bhse kite nih.huhu😅😅

    ReplyDelete
  64. i love it..muachh!!x2 ..hihi.u make me smile n sad in the same time.anyways good luck.😊ahaha..nth btl ke dok bhse kite nih.huhu😅😅

    ReplyDelete
  65. i love it..muachh!!x2 ..hihi.u make me smile n cry in the same time.anyways good luck.😊ahaha..nth btl ke dok bhse kite nih.huhu😅.lantak lh😆

    ReplyDelete