BAB 10
BAHUKU dicuit
sedikit. Aku berpaling dan Nine sedang
tersenyum sambil menghulurkan sebotol air mineral padaku. Aku yang sedang bercakap di telefon, menyambut
huluran itu dan berlalu, menjauh dari dia beberapa tapak.
“No, Amar… you have to
understand me. I tengah jalankan
tugas. Atas arahan. I tak buat semua ni saja-saja. Lagipun, I dah dapat sikit maklumat. Cumanya, Nine macam tak tahu apa-apa. I tak nak desak dia. Tapi, I tetap akan sediakan report balik ibu pejabat nanti,” ujarku
bila tiba-tiba menerima kata-kata Amar yang berbaur amarah saat aku menjawab
panggilannya.
Salah aku. Tak sedar akan Amar yang pastilah sedang
kerisauan. Nine hilang. Aku juga.
Memang salah aku dan padanlah andai Amar mengamuk sakan.
“I don’t trust him!” tekan
Amar di hujung talian.
Aku mengeluh. “Apa yang you tak nak percaya? I pun tak percayakan sesiapa, Amar. Tapi ini arahan Tuan Radzi. Selagi dia di sini, bawah tanggungjawab
kita... I akan jalankan tanggungjawab I,” tekanku sedikit geram dengan sikap
Amar.
Dalam hati aku
terdetik, jika cemburu sekalipun... biarlah pada yang sepatutnya. Aku bukan seseorang yang layak untuk dia
cemburui. Dalam hati aku, jujur diakui...
aku tergerak hati dengan sikap dan usikan Nine tapi setakat itu saja. Tiada lebih.
Aku yakin.
“I risaukan you,
Naina...”
“I know. I tahu you risaukan
I dan I nak pesan berkali-kali pada you, I tahu jaga diri. Sekarang ni, I dengan Nine dekat Putrajaya. I jadi driver
dia. Malam ni dia bermalam dekat
Renaisance. You, kalau tak puas hati
dengan dia, you boleh datang serang dia malam ni. I ada kerja nak jalankan sekarang. You jaga diri,” pesanku biarpun hati
mendongkol geram dengan sikap Amar.
Talian aku matikan
langsung. Aku raup wajah berkali-kali
bersama nama Allah yang aku sebut. Sabar
aku kian carik.
“Siapa?”
Aku terkejut
sendiri. Tangan mendarat pada dada dan
aku usapnya perlahan. Sungguh, aku
terkejut dengan teguran Nine.
“Amar?” tanya dia lagi.
Tidak dapat tidak aku
mengangguk.
“Dia nak apa?”
Aku menggeleng. Tak kutemui jawapan buat waktu ini. Keliru dengan sikap Amar. Nampak kian hilang kemesraan dan kematangan
dalam diri dia.
“Dia mesti nak you,
kan?”
Kata-kata Nine kali ini
membuatkan aku memandang dia tajam.
“Apa maksud you?” tanyaku buat-buat tidak tahu seraya membuka
tutup botol air mineral tersebut.
“Maksud I... kalau
betul Amar nak you, dia kena langkah
mayat I dulu. Over my dead body first tapi tak tahu kenapa, biarpun masa tu I dah
jadi mayat dan Amar langkah mayat I, I tak rasa you akan pilih dia
akhirnya...”
Nine senyum bersama
makna tersirat yang penuh mendalam. Aku
pula... bingung.
“Encik Nine...” Nama Nine aku seru lembut.
Duduk di tepi tasik, berdekatan dengan bangunan Perdana Putra yang
gah, mengambil angin lewat pagi yang
agak hangat waktu ini. Lengang. Waktu yang tepat untuk bersiar-siar. Tidak sesak.
Mendamaikan.
“Boleh I tanya satu
soalan?” sambungku mengemukakan
soalan.
Nine mengangguk memberi
izin. Mata itu sesekali menjeling aku
tapi tidak lama bila dia lemparkan pandangan dia jauh ke tengah tasik yang mula
menampakkan fatamorgana. Bebayang keindahan
yang akan hilang dalam waktu yang singkat.
“Kenapa you selalu
cakap bukan-bukan dekat I?” Terasa telus
saja soalan itu tapi itulah yang berlegar dalam kepalaku.
Tawa kecil Nine meletus.
Tapi tak panjang bila dia
terbatuk kecil. Topi di atas kepalanya
dibetulkan. Aku pula menyentuh rambut
yang menyentuh cuping telinga.
“Kenapa you tanya
soalan tu?”
Aku kerutkan dahi. Cukup tak suka bila soalan aku dijawab dengan
soalan. Rasa teramat bodoh sungguh saat
ini.
“Tak apa tak nak jawab. I tak paksa.”
Aku lantas bangkit dan
menapak pada pagar. Memerhatikan air
tasik yang tenang. Nak ajak Nine naik
cruise pun, bukan masa yang sesuai. Menggelegak kepala nanti.
“I suka you,” akui Nine
yang entah bila ada di sebelahku.
Kepalaku spontan
berpusing memandang dia. Pandangan yang
penuh rasa terkejut biarpun telah kujangkakan daripada awal lagi tentang
perasaannya padaku. Tentang pandangannya
pada aku. Pandangan yang penuh
bernafsu. Pandangan yang punya jiwa dan
bernafas.
“Terima kasih,” balasku
ringkas.
Sesungguhnya, aku
kehilangan kata. Tak tahu hendak berkata
apa melainkan ucapan terima kasih semata-mata.
Rasa malu menjalar dalam diri biarpun bukan pertama kali aku menerima
kata-kata berbaur cinta daripada lelaki.
Tapi, Nine adalah yang pertama membuatkan aku tak mampu merenung dalam
matanya.
“Terima kasih je?”
“You expect I nak jawab apa?” Aku mengerling dia.
Nine kedipkan matanya
sekali. “I expect more. Macam you cakap, I suka you jugak... boleh
tak macam tu?”
Aku menggeleng.
“I bertugas
sekarang...”
“Kalau luar
tugas?” cantas Nine tidak sabar.
“Still the same. You amanah
I. I akan jaga you dengan nyawa I tapi
soal suka atau tidak, eloklah you letak tepi je, Encik Nine,” nasihatku pada
dia.
Tapi, Nine
bukanlah jenis mengalah. Bukan jenis macam Amar. Sekali aku menjeling, kecut. Jalan menunduk. Nine lain.
Dia merenung dan terus merenung.
Tajam menikam. Bagai tembus ke
belakang. Tak ubah seperti kaliber Lapua
.322 yang mampu menembusi badan dan meninggalkan kesan yang amat hebat.
“Tapi, we already kissed,” ujar Nine tiba-tiba.
Spontan, aku tekup
mulut sendiri dan melarikan wajah. Nine
ketawa.
“You sengaja atau
memang you nak selamatkan I hari tu?”
Aku tahan nafas. Tak mahu cepat melatah.
“I tak ada pilihan masa
tu. I terpaksa...”
Kepala Nine nampak
terangguk-angguk.
“Let say masa tu, I cakap I sengaja buat-buat pengsan tapi I masih
sedarkan diri, you marah tak?” duga
Nine.
Kali ini, aku
memusingkan tubuh empat puluh lima darjah.
Menghadap dia sepenuhnya.
“Itu soal hidup mati,
macam mana Encik Nine boleh buat main-main?”
soalku kembali dengan oktaf suara yang sudah meningkat sedikit.
Rasa diperbodohkan
sedangkan aku hampir melayang separuh jiwa melihatkan dia terluka dan
tercungap-cungap nafasnya.
“I memang hampir tak
sedarkan diri masa tu. Tapi, tiba-tiba I
nampak cahaya dan I rasa ada sesuatu yang lembut singgah pada mulut I... meniup
udara kuat ke dalam dada I, menekan dada I dan bila wajah itu dekat lagi
memberi bantuan pernafasan pada I, I rasa hangat titisan airmata orang tu. I cuma nak tahu, dia tu menangis ke masa buat
CPR pada I? Kalau, ya... kenapa dia
menangis sedangkan I bukan sesiapa?
Setakat amanah saja dan I yakin, dia telah jalankan kerja sebaik mungkin
atau you tahu kenapa dia menangis, Naina?”
Nine tenang bersuara. Merenungku
dengan pandangan yang amat lembut dan
menggoda.
Aku memutarkan kembali
ingatan aku pada hari kejadian. Dua kali
aku menyapa bibirnya. Dua kali aku
menahan getar di dalam dada. Dua kali jantung
aku hampir terhenti dan aku mula yakin, dua titis airmata aku menitik atas
wajah Nine.
“Mungkin dia
terkejut...,” selaku tapi Nine menggeleng.
“Masa tu... I mula rasa
yang dia sukakan I. You percaya tak?”
Terkedu aku dengan
sikap tenang Nine. Dia yang Nine
maksudkan adalah aku. Dia yang dia
maksudkan adalah yang berada di depannya kini.
“Kalau dia yang you
maksudkan tu adalah I... I suka nak jawab yang I hanya jalankan tugas...”
Wajah kecewa Nine
terbias pada pandangan mataku. “You
percaya cinta pandang pertama?”
Aku menggeleng. “I tak pernah jatuh cinta...”
“Tak apa... sebab wajah
dan sikap you dah cukup untuk orang jatuh cinta pada you. Tapi, I... tak ada sebab untuk suka you. Lagipun, I rasa tak layak pun. Kita baru kenal. You pun jalankan tugas. I ni je pandai ambil
kesempatan pada you...” Nine ketawa
seusai berkata demikian.
“Lagipun, esok I dah
nak balik Bangkok... lepas kejadian hari tu, tak pasti bila lagi kami akan ke
sini. Atau elok je kami tinggal di mana
kami bermastautin, kan? Masa tu, I takut
tak ada ruang nak beritahu you tentang apa yang hati I rasa. So,
sebab tu I ajak you temankan I hari ni alang-alang you halang pemergian I,”
tokok Nine lagi.
“Biarpun I dah tahu
jawapan you, Naina dan dengan I, you tak payah jatuh cinta sebab I sendiri
jatuh dalam cinta you. Di tempat yang
paling dalam,” sambung dia sedikit lirih.
Aku menelan liur
sebutir-butir. Lelah jasad aku dengan
karenah Nine. Lemas jiwa ini dengan
renungan dia yang begitu berombak.
Lambat-lambat, aku
mengoyak senyuman tipis. Senyuman yang
jarang-jarang aku ukir. Senyuman khas
buat dia. Khusus untuk resah
hatinya.
“Antara kita tak sesuai
nak bincangkan hal ni. I akan jaga you
selagi I diperlukan tapi untuk soal cinta... hati... perasaan...” Aku menggeleng mesra.
“... I tak rasa I
sesuai nak belajar semua tu.”
Nine nampak tercengang
tapi dia ukir senyum juga seraya
mengangguk.
“Seperti yang I
jangka. Memang itu jawapan you,” tukas
dia lantas dia kembali memandang ke tengah tasik.
“So, apa yang menarik dekat Putrajaya ni? Dah lama sangat I tak datang sini. Dah banyak membangun. Bandar pintar yang dulunya macam tak logik
nak dibina tapi berdiri gah kini.
Tersusun, teratur... cantik dan canggih,” puji Nine.
Aku senyum lagi. Lega bila dia mengubah topik.
“Entahlah...” Aku jongket bahu.
“I sendiri jarang ke
sini. Lepas tamat latihan, I terus posting.
Balik kampung sekejap je jumpa mak saudara I dan lepas tu terus dapat
tugas. Iaitu you,” balasku.
Nine ketawa. “Padanlah you pun sesat tadi. Lepas jambatan, jambatan kita jumpa. Pusing lagi, jumpa jambatan lagi. Pening I... tapi nasib baik you yang bawa
I... kalau orang lain I terjun tasik dah,” gurau Nine bahagia.
Bahagia yang
dibuat-buat... boleh jadi. Hati aku
merumus sendiri.
“Kalau you nak Amar
atau orang lain temankan you, I tak ada hal.
Boleh je nak call bos I sekarang.
Nak?” tanyaku bernada ugutan.
Nine menggeleng laju
sambil menggawang-gawangkan tangannya. Lama
kami saling merenung hingga akhirnya tawa kami pecah berderai. Bila aku masih tertawa, Nine sudah mati
tawanya. Hanya gurisan senyuman tipis
yang menghiasi bibir nakal itu.
“Kata hati I memang
tepat. You memang tersangat cantik kalau
ketawa. Kenapa you susah nak ketawa, ya?”
“Ehem...” AKu berdeham panjang. Cuba hentikan tawaku dengan tiba-tiba.
Biarpun Nine memandang,
aku lebih selesa memandang ke arah lain.
“Tak ada perkara yang
boleh buat I ketawa,” jawabku.
“Mesti ada sesuatu yang
telah ragut tawa you, kan?”
Aku diam. Tidak menjawab pertanyaan Nine. Dalam kepala nama arwah ibu dan ayah naik
lagi. Berlegar membelit otak yang kian
berserabut. Mereka terbunuh dalam satu
kemalangan jalan raya setelah ayah menerima anugerah daripada PDRM atas khidmat
cemerlangnya menumpaskan jenayah besar
masa tu.
Sungguh aku tak
mengerti kerana usia saat itu terlalu muda dan mentah. Hendak menangis pun aku tak mampu kerana
terlalu sedih. Rasa kering airmata. Siasatan yang dijalankan mengatakan ayah
memang kemalangan. Tapi, entah kenapa
hati aku kuat mengatakan lain. Seperti dirancang. Seperti orang mahu ayah padam dari dunia
sementara ini.
“Sebab parent you?” tebak Nine.
Aku berpaling pada dia.
“Macam mana you tahu?”
“Kan you pernah cakap,
you tak ada parent.” Dia senyum dengan jawapan yang tenang
terlontar dari celah bibirnya.
Mengimbau kembali
kata-kata aku pada Nine, aku juga tersenyum tawar. Rasa sendiri sungguh dalam dunia ni. Kerana rasa sendirian inilah menjadikan aku sanggup
mempertaruhkan nyawa buat agama, Negara dan bangsa.
“You pun tak ada parent
dah, kan?”
“Erm... I pun tak ingat
I ada parent ke tidak, Naina. Rasanya bila
I dah mula pandai melihat, merasa... I ada Uncle Ben je. Tak lama lepas tu, ada Naim. Bila dah besar sikit barulah I tahu, I ni
anak angkat,” jawab Nine jujur.
“At least you ada seseorang untuk you bersandar bila you lelah,”
balas aku persis memujuk.
Nine menggeleng. “You tak faham dan rasanya you tak akan faham
apa yang I lalu. Lagipun, kalau kata I
dah ada tempat untuk bersandar... you juga dah temui tempat untuk you bersandar
kalau you lelah.”
Dahiku berkerut. Dalam diam aku menyoal pada Nine tentang
maksud kata-katanya.
“Sini... you boleh
bersandar kat sini bila-bila masa je andai you berasa lelah...” Nine menepuk
bahunya perlahan.
“... dan tangan ni...” Dia menggoyangkan jari telunjuknya pula di
depan aku.
“... akan menyapu
airmata you kalau you menangis,” sambung Nine serius.
Liur yang aku telan terasa pahit. Peluh kian merenik di dahi. Rusuk pula
hampir patah satu persatu menahan hentakan hebat dari dalam dada dan
yang pastinya, hati aku merasa sebu. Apatah
lagi melihatkan rambut yang agak panjang itu terjuntai ke dahi. Langsung tak ditolak ke belakang. Tak sedar, airmata mengalir setitis.
Dzulkarnain a.k.a Nine (pakwe terbaru RM) LOL
~~> bersambung
RM : Entah apa RM melalut pun dah tak tahu... kena penyakit Imsomnia dah beberapa hari. Oh great RM. by the way, RM akan ada di KB Mall Jumaat (22.03) 3-5 ptg & Sabtu (23.03) 12-2 ptg. Yg sudi, jom... dan dah buka balik komen anonymous... T_T
sambil berehat, layan bab ni dulu...ayat 9 jiwang tahap langit ke tujuh tu....
ReplyDeletenak tumpang sandar kat bahu Nine tu leh tak??????
ReplyDeleteso sweet...
ReplyDeletesalam k rehan.. adoiyaii. bukan setakat naina ja terasa sebu hati.. farah pun sekali.. tapi tetap best mcam biasa.. and penuh suspens macam biasa jugak.. x leh nk agak next episode.. hiih
ReplyDeletesenyum smpi ke telinga.... :)
ReplyDeletetulang rusuk ku patah riuk, remuk.. tak dapt sandar di bahu nine... kecewanya..
ReplyDeletebelahan jiwa... hari ni untuk meluahkan perasaan hati ja.. so sweet.... hehehe
ReplyDeletelaju-laju buai ku lajuuu...terbuai2 rasenye hatiku nih..nk tumpang sandar gak ler..heh..
ReplyDelete9 naina...amar pun okay..
ReplyDeletesian naina & nine...sape2 yatim piatu...
ReplyDeletei love u nine~~~~
ReplyDeleteNine ni ble buat org melting la..sweet tul..naina pon dh pandai ketawa...
ReplyDeleteSUKANYA.....
ReplyDeletepergh..kedua duanya ada duka yg sama..tiada parents ..dan mereka adalah manusia manusia yg masih mencari erti sebuah bahgia..
ReplyDeletemmm...
ReplyDeleteso sweet...
i like sembilan...
wow sumpah hensem pakwe baru kak rehan :D
ReplyDeleteSeksanya nk tggu next epsd..adeh (-_-")
ReplyDeleteauwww... nine ni jiwangnya..
ReplyDeletenaina terharu.. =)
Rehan...mana awak cari hot stuff si nine ni? Punyalah perrghh!... Adoyai... Mengetarrkan jiwaaaa.....
ReplyDeleteRomantiknya nine. Bisakah akan ku dapat.. Naina walaupun dah suka ngan nine terpaksa pendamkan rasa hati sbb rasa tamggungjawab pd tugas. Rm - dlm ramai2 hero nine the best..
ReplyDeletehi! brp rame la ya pakwe RM neh? hope nain n naina. amar jenis fause jek. hihihi next entry ya.
ReplyDeleteKak Rehan nanti ada tak novel Cinta Biar Saja Ada di KB Mall...
ReplyDeleteNak bahu
ReplyDeletekerasnyaa hati nainaaa..huhu.
ReplyDeleteseterusnya.......sambungan ceritanya
ReplyDeleteHensemnya nine...
ReplyDeleteHaiiiii..Cakkk!!
ReplyDeletedone follow sini no. 1756
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/