BAB 2
AMAR senyum melirik pada
aku biarpun tubuh itu tegap dalam keadaan senang diri. Kacak dan bergaya dalam sut berwarna hitam. Sesekali dia membetulkan wayar yang ada di
telinga kirinya.
“Nampak kacak sungguh
you, Naina,” puji Amar tersenyum simpul.
Aku jongketkan
kening. “Pujian ke apa tu?” balasku berbisik.
“Pujian. I susah nak puji orang, Naina. Kalau you tak percaya, you boleh tanya orang
lain kat UTK tu,” jawab Amar cukup hanya untuk pendengaran aku saja.
Aku senyum. Mengerti akan dia yang mahu mengusik.
“My pleasure.”
Kot pada tubuh aku
betulkan. Kolar kemeja putih di bawah
kot juga aku sentuh sedikit supaya nampak lebih kemas dan segak sementara
menanti tetamu yang perlu kami kawal keselamatannya.
“Lambat pulak diorang ni
sampai. Kata pukul 12.00 tgh hari, ni
dah dekat pukul 1.00,” rungut Amar tiba-tiba.
Aku sengih dan menjeling
pada dia.
“Biasalah… janji
Melayu,” selaku senada
“Eh, you tak boleh kata
macam tu, Naina.”
“La… apa pulak tak
boleh? Memang betul apa. Kalau orang kita janji, macam tu lah
jadinya,” bahasku pada Amar yang jelas nampak tak puas hati tapi dia sengih
lama kelamaan.
“Dia bukan orang
kitalah…”
“There’re all Malaysian, Amar.
Cuma tinggal dekat Negara orang dah lama. But
their flesh and blood, still Malaysians.
No offence.” Keningku sedikit
naik memandang Amar yang sedang mengangguk-ngangguk.
“Tapi, tak semua,
Naina…” Amar masih lagi membantah.
“Dan I kata tu secara
umum je, Amar.”
Bibir Amar koyak dengan
senyuman manis. Nampak tampan dan
bergaya. Dengan tubuh badan yang tinggi
dan tegap, Amar memang idaman gadis Melayu.
“Tapi, kalau janji I
janji yang tepat,” gumam Amar lalu dia ketawa kecil.
“Yeah... you jelah yang terbaik.”
Sengaja aku bidas Amar begitu.
Saja mengusik dia yang sedang menahan tawa dari berhamburan.
Tapi dia, biarpun baru
beberapa hari bertugas bersama, tidak mudah mengambil hati malah kuat menyakat
pula.
Amar mengangguk. “You ni tegas betul, kan ?
Jarang je I boleh nampak you senyum dan kalau you senyum pun, menyenget
je manjang. Macam sinis je.”
Mendengarkan kata-kata Amar
aku terus tersenyum lagi tapi seperti kata dia, senyum menyenget. Senyum nampak seperti sinis tapi itulah
aku. Tak mudah untuk senyum pada orang
kerana hidup telah mengajar aku agar lebih mengingati tangisan daripada
senyuman yang sia-sia.
“Ni I senyum dekat you,”
ujarku pada Amar seraya melebarkan bibir.
Amar mencemik. “Menyenget lagi,” komen dia hingga
menyebabkan aku ketap bibir hendak menahan tawa.
“You ni memang tak
pandai nak senyum, ya?” tanya Amar bila
aku kembali buat muka kelat.
Wajah Amar aku pandang
dengan ekor mata. Air wajahnya berubah
sedikit. Tidak lagi main-main. Nampak lebih serius apatah lagi setelah
rambutnya dipendekkan hingga hampir menampakkan kulit kepala.
“Nak I ajar cara untuk
senyum ke?” soal Amar lagi.
“Atau Cik Naina nak saya
yang ajar Cik Naina senyum? Saya pakar dalam bab-bab senyuman ni. Killer
grin punya.”
Tak sempat aku menjawab,
ada suara lain yang menegur kami dari belakang.
Suara yang cukup aku kenal biarpun baru beberapa kali kami berbicara
tentang urusan kerja. Suara yang hampir
membuatkan jantung aku jatuh ke bawah.
Tanpa salam dan tanpa tanda.
“Oh... Encik
Dzulkarnain,” sapa Amar sambil menunduk sedikit tanda hormat.
Tiada segaris senyum pun
yang terukir pada wajah aku melainkan pandangan tenang dan tidak beriak saja
aku lemparkan pada dia.
“Kami dah sedia, Encik
Dzul...”
“Panggil je saya Nine,
Cik Naina. Nine,” pangkas Nine padaku
lantas dia menapak selangkah dan tepat berdiri di sisi aku. Menjadikan aku berada di tengah-tengah antara
Nine dan Amar.
“Kejap lagi diorang
sampai. Mungkin Amar sorang je kot kena
bawak diorang ke bilik meeting sebab saya kena jemput kawan saya kat airport ni. So,
Naina... boleh awak jadi bodyguard saya?” soal Nine melirik padaku.
Aku pandang Amar yang
Nampak kaku. Barangkali tak menyangka
akan permintaan Nine.
“Err... saya boleh ikut
encik.” Mengerti dengan aku yang tidak
selesa, Amar menawarkan diri tapi Nine menggeleng, menolak.
“Nope... saya rasa saya akan lebih selesa dengan Cik Naina,” ujar
Nine tanpa memandang ke arah kami bila sebuah kereta menghampiri lobby dan dia bergegas turun diikuti
oleh Amar dan aku sendiri.
“How are you, son?” soal
seorang lelaki separuh umur bila dia keluar daripada kereta yang dibuka oleh
Nine.
“I’m good. How’s your trip?” soal Nine kembali lalu dia menarik tubuh
lelaki itu ke dalam pelukannya.
“Letih. Mungkin dah tua ni. Agaknya dah tiba masa Nine ambil alih semua
ni,” jawab lelaki itu bersama sengihan pendek.
Pelukan mereka terlerai
sebelum Nine membalas kata-katanya.
“Tak sampai masa lagi,
uncle. Saya masih perlu banyak belajar
dari uncle dan yang lain untuk teguhkan lagi syarikat kita.”
Nine senyum. Lelaki tua itu mengangguk dan menepuk bahu
Nine sebelum dia berpaling pada aku dan Amar.
“Ini?” Suaranya terhenti kala dia memandang Nine.
“Ini bodyguard uncle semasa kat sini. Harap uncle selesa.”
“Dan yang perempuan
ni?” Mata lelaki tua itu tunak memandang
aku pula.
Aku tunduk sedikit
dengan tubuh yang masih tegap. Baru
hendak menjawab Nine sudah terlebih dahulu bersuara.
“She’s my fiancée,” ujar Nine membuatkan Amar terbatuk kuat dan
lelaki tua itu membuntangkan mata.
“Are you kidding me,
son?” Uncle pada Nine menyoal tidak
percaya dan cepat-cepat Nine menggeleng.
“Gurau je. Ini pun sama.
Saya minta seorang je tapi dapat dua.
Kira okeylah. So, uncle naik
dulu, saya ke airport jemput Naim,”
balas Nine membetulkan kenya taan
yang menyimpang seketika tadi.
Aku dengar Amar menghela
nafas lega dan aku juga menghela nafas yang amat lega di dalam hati. Geram dengan gurauan Nine yang tak
bertempat.
“Emm… eloklah tu. Semua dah sedia, kan ?
Naim dia lambat sikit sebab dia dari Vietnam . Hati-hati.”
Lelaki tua yang Nine gela rkan ‘uncle’ itu
menepuk bahu Nine sekali lagi dan bila dia melangkah, ada dua orang lelaki mengekorinya
daripada belakang.
“Encik Amar, please…”
Nine menegur bila Amar masih membatu saat pak ciknya berlalu menapak
anak tangga hendak menuju ke ruang legar Sime
Darby Convention Centre ini.
“Oh… baik, encik,” balas
Amar tegas dan terus berpaling tapi sempat juga dia menjeling aku.
“So, kita ke airport
ke?” Aku menyoal bila Amar sudah
menjauh.
Nine tidak memandangku,
sebaliknya dia hanya mengangguk dan berlalu ke arah sebuah Audi 7 yang cukup
mewah dan bergaya. Siap sedia dengan
pemandu dan entah apa yang Nine bisikkan, pemandu tersebut berlalu dan
menyerahkan kunci keretanya pada Nine.
“Cik Naina, boleh kita
jalan?” tanya dia dan aku tanpa
teragak-agak, terus mendekat pada pintu sebelah penumpang tapi tak jadi hendak
membuka pintu kereta bila Nine menyoal.
“You boleh bawa kereta, kan ?”
Aku jatuhkan kepala
sekali.
“Boleh jamin keselamatan
I…”
“Dengan penuh
tanggungjawab dan amanah, encik,” jawabku tegas dan mendatar.
Senyuman Nine
tersungging pada hujung bibir. Nampak
sinis dan dia menggeleng beberapa kali sebelum terus bersuara.
“Kalau macam tu, you drive. I masuk belakang.”
Sejurus berkata
demikian, kunci kereta dicampakkan tepat di depanku dan dia terus masuk ke
dalam peru t
kereta dan duduk selesa di bahagian belakang.
Enjin aku hidupkan. Tali pinggang keledar aku pasang dan cermin
pandang belakang aku betulkan sedikit mengikut keselesaan. Tak sedar begitu ralit membetulkan cermin,
akhirnya pandanganku terpaku pada anak mata Nine yang jelas sedang merenung aku
tenang.
Aku telan liur yang mula
terasa payau. Nine senyum
menyenget. Tak ubah seperti senyuman
yang Amar gambarkan pada aku sebentar tadi.
Sinis.
“Boleh kita jalan,
encik?” tanyaku, meredakan ketegangan
dalam hati sendiri.
“Yes.” Nine menjawab sepatah
lantas dia keluarkan sekotak rokok dari poket kotnya beserta mancis, lalu puntung
rokok dinyalakan.
“Turunkan cermin,” arah
dia tenang. Langsung tidak memandangku.
Aku jeling wajah Nine
dari dalam cermin sambil jari telunjuk menekan punat otomatik bagi menurunkan
cermin yang hitam gela p
itu.
Nine menyandarkan
kepalanya pada belakang tempat duduk.
Memejamkan matanya rapat lantas disedut lagi rokok itu hingga asap
berkepul-kepul keluar dari rongga hidungnya.
“I’m sorry,” ucap dia tiba-tiba.
Aku kedipkan mata
sebelum beralih pandangan pada jalan raya yang agak lengang. Mencari lebuhraya hendak menuju ke KLIA.
“Sorry untuk apa?”
“Kata you tunang I…”
“Tak apa. Saya tahu Encik Nine bergurau,” balasku sebelum sempat Nine tamatkan
ayatnya.
“Kalau I tak cakap I
bergurau tadi, you nak cakap apa?”
Aku diam. Mencerna seketika kata-kata Nine.
“Tak ada hal macam tu
sebab encik dah mengaku yang encik bergurau,” kataku pada Nine, mematikan ayat
dia yang seterusnya.
Pedal minyak aku
tekan. Beberapa buah kenderaan aku potong
dan kelajuan bertambah lagi. Nam un, masih
tidak melebihi kelajuan yang telah ditetapkan di atas lebuhraya.
“Kalau you tak kisah,
boleh I tanya?” Nine bersuara lagi.
Seraya itu, cermin
kereta naik hingga rapat dan mengedapkan bunyi dari dalam. Terasa sepi dan hening. Hanya coro ng
penghawa dingin yang mengeluarkan bunyi sedikit.
“Silakan,” jawabku
secara profesional.
“Kenapa you nak jadi
polis? You cantik, tubuh pun lampai,
langsing… kenapa tak pilih bidang kerja lain?”
Seperti kuagak, memang
ini soalan yang mahu Nine kemukakan.
Soalan yang sama dan entah berapa kali diutarakan padaku. Entah dari berapa oran g menyoal aku begitu.
“Po lis
cita-cita saya. Menjaga keamanan Negara
adalah niat hati saya dari dulu.”
“Okey… jawapan tipikal
tapi let say, kalau you kena serang oran g
kumpulan bersenjata, you berani?” giat
Nine lagi.
Tanpa teragak-agak, aku
mengangguk. Bila aku jeling pada cermin
pandang belakang, aku nampa k
kerut yang terentang pada dahi Nine.
“Saya akan terlebih dulu
ke depan, Encik Nine. Saya tak gentar
kalau nyawa jadi taruhan, janji anak bangsa dan agama terjaga,” jawabku sedikit
lembut dalam ketegasan.
Nine mengeluh
tipis. Sebatang lagi rokok dikeluarkan
dan kali ini tak disuruh aku turunkan cermin, dia sendiri menurunkannya. Saat angin menerpa garang, rambut Nine
beralun mengikut rentak angin. Saat anak
rambut itu jatuh ke dahi, hati aku sudah berasa asing melihat dia. Lantas, cepat-cepat aku larikan
pandangan. Berdeham seketika, dan
kelajuan bertambah lagi.
“Semangat darah pertiwi
mengalir dalam tubuh you, Naina,” ujar Nine.
“In-syaa-Allah untuk
selamanya, Encik Nine. Hingga ke helaan
nafas yang terakhir,” balasku yakin.
“I harap kita boleh
bergaul dengan baik selama I ada kat Malaysia ni,” pinta dia tiba-tiba.
“Saya menjalankan tugas,
Encik Nine. Keselamatan encik dan
rombongan encik mendahului nyawa saya sendiri,” janjiku.
Nine senyum lagi dan tak
kusangka, dia naikkan cermin lalu dia bangkit dan membongkok sedikit hendak
masuk ke depan.
“Fuh… lega. I tak biasa duduk belakang. Biasa kalau dengan Naim pun, I dok depan,”
cerita Nine tanpa aku pinta.
“By the way, how old are
you, Naina?” Nine menjeling padaku yang
sedang fokus memandu.
“Err… 23.”
“So young?” Kening lebat Nine
naik tinggi. Bibirnya mengguriskan
senyuman.
Aku jatuhkan kepala
mengangguk.
“I rasa macam you ni
adik I pulak,” komen dia sendiri bersama sedikit tawa.
“You ada adik
beradik?”
Aku menggeleng
lagi. “Saya ada sorang adik sepupu
je.”
“Parent?”
“Dah lama tak ada.” Tenang aku menjawab biarpun hati sedikit
tergaris kisah lalu.
“Alone?”
“Nope… saya ada mak
cik. Adik pada arwah ibu saya,” jawabku
dengan suara yang mendatar memberi petanda bahawa diri mula rasa tidak selesa
bila diasak dengan soalan mengenai diri sendiri.
“Macam mana I nak anggap
you adik, ya?”
“Tak apa… saya dah biasa
hidup sendiri,” balasku menjawab pada soalan Nine yang kurasakan sedikit
mencuit hati.
Tak sedar, bibirku
menggariskan senyuman tipis dan pastinya menyenget lagi.
“Yeah… I pun tak nak
anggap you macam adik biarpun you masih sangat muda sebab I rasa kita boleh
pergi lebih jauh.”
“Lebih jauh?” Aku menyoal curiga.
“Naik bertingkat-tingkat
mungkin?” Nine mencebirkan
bibirnya.
Dia menjeling padaku
sebelum dia meraup rambut yang jatuh ke dahinya ke belakang.
“Tingkat di mana hanya
ada you dan I juga janji kita. You faham
apa yang I nak maksudkan?”
Aku menelan liur. Menggeleng buat-buat tidak tahu.
“Saya hanya menurut
perintah, Encik Nine…”
“Yeah… kalau I
perintahkan you berikan hati you pada I, you akan ikut perintah tu?” soal Nine tenang.
Mendengarkan soalan itu,
aku terkalih beberapa saat pada Nine.
Stereng kereta hampir beralih dari jalan yang lurus dan Nine cepat-cepat
menolak stereng menjadikan tangan kami bersentuhan lama sebelum aku kembali
fokus pada pemanduan.
“Ma… maaf, Encik
Nine. Saya terleka,” ujarku
tersekat-sekat, sedar akan kelalaian
diri.
Nine ketawa halus dan
kembali menyandarkan belakangnya pada kerusi.
“Tak perlu minta maaf,
Naina. Hidup I ni, I sentiasa sedia untuk
mati. Sekarang pun I sedia jika I mati
dengan you tapi I tak rasa you sanggup mati dengan I…,” ujar Nine lembut
bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
Matanya dipejamkan. Suasana dalam perut kereta kembali sepi. Aku sudah kehilangan kata dan kelajuan
bertambah lagi namun tak mampu menyaingi lajunya detak hatiku. Apakah ini?
~~> bersambung
RM : Inilah Aku Apa Adanya, RM tukar tajuk Sekali Kujanji Padamu. Tak kena tajuk, tangan takleh taip. Tukar tajuk, ada progress sikit...LOL.
Jejeng.... "naik bertingkat- tingkat mungkin" FUYOOO
ReplyDeleteNine ni kerja apa ek??? perisik perhaps... :/
ReplyDeleteKerja naina mengingatkan saya tentang pjuangan wira kita di lahad datu....
ReplyDeletesaya SETUJU!
Deletesmoga berjaya mereka disana.
amin.
takziah pada yang gugur..
hati batu betul naina tue
ReplyDeleteBest...nk lgi...
ReplyDeleteA good start for a complicated relationship perhaps...
ReplyDeleteAdakah Neo yang dicari Naina tu adalah Nine, Naim atau uncle tu? Suspennyer.
ReplyDeletesemangat tul bace citer2 kepolisan nih..pulak pas kes2 gugurnya wira2 negara hari tu..sgt menyedihkan..anyway, a very gud start writer..
ReplyDeletesyabas dear...semangat jati..
ReplyDeleteFuhh..nine ni mmg cpt la..tp bagus cpt2 tkt nnt dikebas org.. si amar pon dh nk buat janji dh..
ReplyDeleteInteresting...hopefully next n3 x terlalu lama
ReplyDeletejgn2 nine n neo org yang sama.. ooo cpt sgt menerjah!!..
ReplyDeletekan. saya pun dapat rasa benda yang sama. dan nine keje apa ye agak2?
DeleteSY RASA CAMTU GAK! HU HU SIAN NAINA...
DeleteRM, baru entry 2, dh rasa tak sabor nk baca sambungannya...
ReplyDeleteNine ni Neo ka?? silalah sambung...
jalan cerita yg best ..nine2 fuyoo ayt bertingkat-tingkat....haha..sambg lagi kak rehan
ReplyDeletenice story... hope rm continue lagi... jgn lama2.. tak sabar nak bc next n3
ReplyDeletekak rehan.. masukkan adegan naina kena berjuang kat lahad datu! baru thrill.. hee~
ReplyDeletesuke...buat ala2 thriller skit tau RM...
ReplyDeletebest......
ReplyDeletekak rehan,, bagilah naina dgn naim.. saya nk nine... :P best!
ReplyDelete-athirah-
RM, sekali kujanji padamu.....satu lagi karya yg akn menyebabkn sy singgah disini sehari 2 kali....BEST BEST BEST!!!!
ReplyDeletebest the beginning!!
ReplyDeletehope janji nine ditepati! =)
main tingkat-tingkat nmpak ^^ :D sulah ale bunge di taman :D
ReplyDelete-Syira Azmi-
serius best RM.....100%OK!! mbuat aq smakin teruja terus mbaca....
ReplyDeleteGARANG BETUL SI NAINA NI YE...
ReplyDeletesaspen tul...cam rasa nine ngan neo tu org yg sama...adehhsss
ReplyDeletesuspens..next!
ReplyDelete