BAB 4
PANGGILAN daripada Tuan
Radzi aku jawab sopan. Amar di sebelah
hanya memerhati.
“Ya, tuan... kami masih
dekat sini. Diorang masih di dalam.”
“Erm... ada apa-apa yang
mencurigakan?” Soalan Tuan Radzi
menambah debar di hati.
Aku pandang Amar di sisi. Wajah dia juga sudah berubah.
“Setakat ni tak ada,
tuan,” jawabku dalam keyakinan yang semakin berkurang.
Nafas lega Tuan Radzi menyapa telinga. “Good to hear that tapi unit risikan kita
baru beritahu, Neo ada di Malaysia . Yang lebih mengejutkan saya lagi dia dikatakan
menjejaki Tuan Benjamin.”
Mata ini aku
redupkan. Kerut pada dahi
terentang. Rambut yang mencecah cuping
telinga, aku tolak sedikit. Hati sudah
berdegap lain macam.
“Apa kena mengena dia
dengan Tuan Ben, tuan?” Aku menyoal Tuan
Radzi. Resah.
“Tuan Benjamin adalah
ahli perniagaan terkenal Malaysia
yang bertapak di Thailand
dan beberapa buah Negara di Asia.
Daripada apa yang saya dengar, Neo dah lama buru Benjamin. Setiap kali Benjamin ke Malaysia , dia
akan mohon bantuan kita dan saya rasa tak sedap hati pulak. Awak dengan Amar lebih baik lebih hati-hati,
Naina. Kalau perlu, saya hantar
bantuan,” jawab Tuan Radzi.
“Baiklah, tuan. Saya faham,” sahutku tegas tanpa sebarang
persoalan lagi kerana aku yakin, sekembalinya kami ke ibu pejabat, kami akan
diceritakan secara lebih terperinci lagi.
Talian mati. Wajah Amar aku pandang. Gundah.
“Kenapa, Naina?” soal Amar juga mula beriak risau.
“Neo mungkin sedang buru
Tuan Benjamin, Nine dan Naim,” jawabku.
Mata Amar membulat. “Kat sini?
Tempat awam ni?”
Aku tahu Amar tidak
percaya tapi rekod jenayah Neo sudah cukup untuk kami simpulkan akan tindakan
yang bakal dia lakukan, bila-bila masa dan di mana saja.
“I tak rasa dia akan
bertindak kat sini,” ujar Amar menolak prasangka aku.
“Sekarang bukan masa
untuk kita rasa, Amar tapi untuk kita berhati-hati. Kita tak akan pernah tahu tindakan dia. Penjenayah ni kalau ambil tindakan, dalam
pada kita tak duga. I rasa elok kita
masuk dalam. I jumpa Nine dulu. Nanti I datang pada you,” ucapku tegas.
Amar mengangguk. Tanganku menolak daun pintu. Terkuak saja pintu, Nine terlebih dahulu
berkalih dan barulah yang lainnya sebelum mereka kembali menatap skrin lebar di
mana tertera gambar-gambar kontena yang entah apa isinya. Rombongan yang hanya ada sepuluh orang tapi
pertemuaan di adakan di tempat sebegini sepi.
Memang mampu mengundang malapetaka.
Jari-jemariku menggamit
Nine yang masih memandangku. Dia berbisik seketika pada Benjamin dan terus
bangkit menuju ke arahku. Kotnya dikancing
dan rambutnya dikuak ke belakang dengan langkah yang kemas dan teratur.
“Kenapa?” tanya dia bila dia berdiri tepat di depan
aku.
“Kami baru dapat berita
buruk,” jawabku bila Nine merendahkan tubuhnya sedikit untuk memudahkan aku
berbicara dekat dengan cuping telinga dia agar tidak mengganggu yang lain.
Serta-merta lenganku
dipaut dan aku ditarik ke belakang tiang
yang besar. Menjadikan kami
terlindung dari mata sesiapa saja termasuk Amar.
Telapak tangan Nine
mendarat pada tiang, dekat dengan bahuku.
Matanya redup dan kian meredup.
“Apa masalah?”
“Err...” Nafas aku terasa sedikit sesak. Sesak dan terasa sempit segala ruang bila
Nine berdiri begini.
Jika ternampak dek mata
Amar, boleh jadi dari pandangan belakang aku dan Nine sedang bercumbu sedangkan
tubuh kami tetap berjarak.
“... kami baru dapat
berita, penjenayah yang kami tengah cari sekarang ada di Malaysia .”
“Okey?” Kening Nine naik. Menyoal.
“Apa kena mengena dengan
kami?” Dia nampak tidak puas hati.
“Berita yang kami dapat,
dia sedang buru Tuan Ben.”
Mata Nine membulat. Lebih bulat dari Amar tadi. Tangannya jatuh ke bawah. Bahuku dicengkam dan tubuhku ditarik rapat
padanya.
“Are you kidding me?” tanya
dia.
Aku jatuhkan kepala
mengangguk. Cuba untuk bertenang menghadapi
Nine yang sudah nampak gelabah.
Berkali-kali Nine berkalih pada unclenya dan juga Naim. Dia mengeluh dan merengus kecil.
“Apa masalah dia dan
uncle I?” Nine menyoal, tapi lebih pada
dirinya sendiri.
“I just don’t know tapi ada baiknya supaya Encik Nine minta kawalan
diperketatkan. Saya akan tunggu dalam
bilik ni...”
“No, you can’t!” Separuh
menjerit, Nine membantah. Nampak pelik
sedikit.
“Kenapa? Ini tanggungjawab saya. Kita tak tahu salah seorang daripada mereka
mungkin orang yang kami buru tu dan nyawa Tuan Ben, Encik Naim dan Encik Nine
sendiri dalam bahaya,” tekanku tak puas
hati dengan larangan Nine.
“Tak... tak... you tak
boleh ada dalam bilik ni,” larang dia lagi.
“I have too, Mr. Nine.” Aku
tetap bertegas.
Padaku, tiada guna jika
dia memohon kami mengawal keselamatan ahli perniagaan besar yang berasal dari
Negara ini dan berjaya di Negara oran g? Aku tahu, pasti ramai musuh. Pasti ada yang dengki hingga sanggup
membunuh.
Cengkaman pada bahuku
semakin kejap. Wajahnya direndahkan
sedikit hingga hidung kami hampir bertemu.
“Tempat ni bukan untuk
you. You tunggu kat luar hingga kami
selesai. Carefull. Urusan dalam ni, I
ada. Jangan risau. Apa-apa jadi I jerit,” pujuk Nine dan
tanganku terangkat menolak tangan Nine yang masih memeluk bahuku.
Dia menarik lenganku dan
menguak daun pintu sedikit.
“Encik Nine, tolonglah
faham,” pujuk aku agar dia mengizinkan aku berada di dalam.
“Nope, Naina... you jaga kat luar je. I dengan Naim ada dekat dalam,” bisik dia
lagi matanya dikedipkan sekali.
Tak sempat Nine
merapatkan daun pintu yang kedap bunyi itu, aku menahan dengan telapak
tangan.
“Nine, please... you need me. Me and Amar...” Tanpa kusangka, nama itu
aku seru tanpa gela ran
pada pangkalnya.
Nine yang mahu berlalu,
kalih seketika. Dia sengih sedikit dan
menggeleng pada aku. Sengih yang lain
macam. Nampak lembut menyapa peluput
mata.
“Yeah, I need you.... only you not Amar.” Kata-kata Nine kali ini
membidik tepat mengenai hati aku. Terasa
lemah bila dia berkata dan memandang aku begitu.
“…but not now. You stay here. Apa-apa hal, baru you masuk, ya?”
Aku kalah memujuk orang
yang telah dipertanggungjawabkan untuk aku jaga keselamatannya.
Daun pintu terkatup
rapat. Suara Amar menyapa resah.
“Kenapa you
keluar?”
“Dia tak bagi I ada kat
dalam,” jelasku kesal.
Amar mengeluh. “Bisnes apa yang rahsia sangat tu? Kita ni penjaga amanah. Semua dekat bahu kita. Tak adanya kita nak jual maklumat company diorang tu,” bebel Amar
marah.
Aku berpaling dan
menepuk bahu Amar sekali. “Sabar. Tak ada hak kita nak paksa. Kita hanya menurut arahan. Cumanya, I risau sebab diorang tak ada
senjata. Apa-apa berlaku, setiap orang
kat dalam tu pasti dalam bahaya,” ucapku.
Kami bersabung
pandang. Amar mengangguk dan bibirnya
digigit sedikit.
“Apa-apa jadi, macam
mana kita nak jawab? Diorang legasi
besar daripada Negara jiran. I tak expect benda macam ni boleh jadi
sekarang.”
“We better expect the unexpected, Amar. Benda sedang berlaku,” selaku cuba
menenangkan Amar.
Dia mengangguk, bersetuju. “Tuan Radzi hantar bantuan?”
Aku angguk.
“Tapi, I takut Neo
menyerang beberapa waktu je lagi. You
ada jenguk belah-belah sana ?” tanyaku pula.
Kali ini, giliran Amar
mengangguk. “Tak ada yang
mencurigakan.”
“Staff Sime Darby semua, mana?”
“Dekat bawah. Ada
beberapa orang je. Nampak macam tak ada function hari ni melainkan bilik ni
je. Kat floor ni I tak nampak orang melainkan kita.” Amar melingas ke kiri
dan kanan. Juga ke atas dan bawah.
“You kena hati-hati
Amar,” pesanku.
Gugup sebenarnya pertama
kali berhadapan dengan perkara ini biarpun latihan yang aku terima sebelum ini rasanya sudah
cukup. Namun, bila berdepan dengan
realiti. Realiti yang membawa nyawa
manusia sebagai pertaruhan, bohong aku katakan aku tak gentar langsung. Jika nyawa sendiri, mudah aku aturkan. Ini, dengan nyawa ramai oran g lagi… tak mampu aku katakan.
“You tu sepatutnya lebih
hati-hati. I tahu you terima latihan
khas, I juga. I tahu you juga jadi
penempak tepat tapi kena hati-hati juga.
Kita sama-sama hati-hati,” ujar Amar sambil tersenyum.
Senyuman yang sedikit
melegakan hatiku. Tapi hati aku,
benar-benar bimbang akan keselamatan mereka di dalam. Keselamatan Tuan Ben, Naim dan yang pastinya
keselamatan Nine kerana aku yakin, dia
akan membawa dirinya menjadi galang-ganti.
Bibirku menyebut nama
Tuhan berkali-kali. Berharap moga tidak
muncul dia yang kami cari waktu ini.
Jika benar, biarlah aku dan Amar berhadapan dengannya. Nine gagah.
Tubuhnya sasa tapi dia orang awam
yang hanya menjalankan perniagaan bersama keluarga dan kaum
kerabatnya. Tapi aku dan Amar,
terlatih. Terpilih masuk ke dalam unit
khas.
“Ya Allah...
permudahkanlah,” doaku bergumam.
Pucuk pistol dirusuk
kiri aku pegang. Amar juga. Dia tarik HK P9S dari sarung dan diselitkan
pada belakang pinggangnya, di bawah kotnya.
Aku mengikut jejak Amar. Bersedia
dengan segala kemungkinan.
“Are you okay, Naina?” Suara
Nine bergema di telinga. Melalui wayar
penghubung yang ada di telinga.
Aku sentuh sedikit
telingaku sebelum menjawab.
“Kat luar tak ada apa
yang mencurigakan,” jawabku sambil terus
tajam memerhati.
“Kalau macam tu, tak ada
apa nak risau. Kejap lagi kami
keluar. You take care. You both,”
pesan Nine dan suara dia mati.
Amar mendekat
tiba-tiba. Peluh kecil merenik di
dahinya biarpun penghawa dingin semakin menggigit kulit. Membawa kedinginan pada tubuh dan aku
sendiri, peluh dingin terbit sedikit demi sedikit.
“I rasa elok you masuk,
Naina. Kat luar ni nampak aman tapi I
takut ada sniper dari mana-mana
bangunan berdekatan. Macam mana keadaan
dalam bilik?”
“Tadi masa I masuk,
semua tingkap dilitupi langsir.
Sepatutnya orang dari luar tak nampak sesiapa di dalam...,” jawabku
sambil cuba
mengingati bilik yang suram dan malap.
“Kita tak dapat jangka
andai kata dia lepaskan tembakan rawak.
Lebih membahayakan,” ujar Amar.
Aku mengangguk. “Tapi, Nine kata dia akan jaga kat dalam...”
“Harap semuanya tak
apa-apa,” putus Amar mematikan perbualan kami dan dia bergerak ke kiri
bilik. Mahu meninjau kawasan sekitar dan
aku masih setia berdiri di depan pintu, menanti arahan Nine yang seterusnya.
Butang kot aku buka,
membiarkan rasa sejuk masuk mengelus tubuh melalui ruang antara butang kemeja
putih yang aku pakai. Belakang tengkuk
mula basah. Pistol otomatik di belakang,
aku pegang tapi masih tidak dikeluarkan.
Amar juga. Dia berundur setapak
dan baru saja Amar berpaling, jeritan bergema hingga ke luar.
Tanpa berlengah, Amar
menendang pintu berwarna coklat gela p
itu dan aku meluru ke dalam. Saat ini
aku lihat, semua tetamu sudah berlindung di bawah meja. Masing-masing memegang kepala dan kertas di
atas meja bertaburan ke lantai.
Mataku liar mencari
susuk tubuh sasa milik Nine. Naim
mungkin atau Tuan Benjamin. Keadaan
malap bilik benar-benar membataskan penglihatan.
“Naina, you ke depan,”
arah Amar lantas dia berlari bersama senjata yang sedia di tangan. Menuju ke arah cermin yang berderai di
bahagian kiri bilik.
Kaki aku menapak
laju. Beberapa kali, cuba menenangkan tetamu dan bila
aku tiba di depan bilik, Naim sedang tunduk di atas lantai. Melutut.
Menekan sesuatu. Lampu Amar
nyalakan.
Saat itu, pintu
ditendang lagi dan beberapa oran g
pegawai yang lain masuk. Bantuan yang
lambat tiba. Hanya beza beberapa waktu
saja dan bila aku menepuk bahu Naim, dia berpaling. Wajahnya keruh dan matanya merah.
“Tuan Benja…”
“Bertahan Nine. Kami dapatkan bantuan polis,” bisik Naim
antara dengar dan tidak.
Lutut aku longlai menden garkan nama itu
disebut oleh Naim. Baru aku meneka yang
tergolek itu ada Tuan Benjamin tapi bila Tuan Benjamin keluar daripada bawah
meja dan mengesot menghampiri tubuh yang terkesan dengan warna merah itu, aku
yakin benar nama yang dipanggil oleh Naim.
~~> bersambung
speechless..... mantap de....
ReplyDeletetolonglah jangan jadi apa2 kat nine....
ReplyDeleteadui nine kena tembak,minta nyawa cepat2.ala mn boleh hero kena tembak ni.
ReplyDeletewohooooo....semakin mantap...oh my nine...jgn cedera parah
ReplyDeletePas kena admitted nanti, leh la mengada dgn naina soh jaga 24 hours gitu..
ReplyDeletefuhyoooo. ..br lah gempak..cite cm nie..wahhh
ReplyDeleteaduh..dada ni yg terasa sakit..moga nine selamat..
ReplyDeletewow.. makin menarik n suspen... dub dap dup dap time bace...
ReplyDeleteAdoi...saspen nyer . Cam tgh tgk cite hawaii five 0 la plak
ReplyDeleteOohhh tidak , hero tak boleh mati
ReplyDeletekaq RM mnta update entry baru segera. jantung nk gugur ni! huhu
ReplyDeletei love u kak rehan hahaha
ReplyDeletehuhuu..nine kene tembak ke....next pls...chaiyok2
ReplyDeletei love this story. Plzzz sambung cepat! Rasa dap dup dah ni.
ReplyDeleteoh my...not my herooo....erk..nine tu hero ke RM..
ReplyDeleteaduh....saspen..saspen..tu la nine degil sgt...huhu
ReplyDeleteha...tgk nine ni..degil, naina dh bgtau td...x nk dgr..
ReplyDeletealah...................... rehan, cepat sambung.. tak maulah nine mati.. dup dap dup dap dh ni...
ReplyDelete-ika hatika-
hhah!.. rasa terhenti kejap denyut jantungku.. saspen!..
ReplyDeleteKak Rehan , cepat - cepat sambung tau . Taknak Nine mati . Btw cantik gambar IRIS tu . Hihii .
ReplyDeleteWhoohoooo.....Speechless... my heart beat dup dap dup dap.. macam nk terkeluar..
ReplyDeleteRM, Nine hero kan? hero tak mati kot kalau kena tembak. Firasat kak mengatakan NIne adalah Neo yg sanggup buat apa saja & huru hara itu strategi dia....apa2 pun...silalah sambung RM, sgt2 ditunggu!!!
ReplyDeleteOH NOO!!!
ReplyDeleteHERO KENE TEMBAK????
BUT WHY???
KAK RM........NK LAGI!
X SABAR NAK TAHU CITER SETERUSNYA...
ReplyDeletenine 2 neo ka?? saspen betul:)
ReplyDeletesaspen nyer... nine kena tembak ke?? but who shot him? who is nine actually? was neo actually at the scene? why was naina not allowed to be in the meeting room? what was the meeting actually about? the delegates that attended the meeting - who are they actually? big question mark.. -along-
ReplyDeletebc dgn laj selaju degupan janting naina..huu..keep it up!
ReplyDeletehuish! dah macam city hunter dah lebih kurang! nice :)
ReplyDeletelagiiii.. malam ni ehh?
ReplyDeleteadakah yg tertembak itu Nine..dan apa yg Neo mahukan dari keluarga ini..
ReplyDeleteperghh..rs cm real..wk2 bce debar smacam je
ReplyDeleteAduhai...
ReplyDeleteBest...saspen tol ler...
ReplyDeleteapakah???? NINE kene tembak???........ dush *pengsan
ReplyDelete-Syira Azmi-
Entah kenapa terasa family nine ni mcm ada something je yg tersembunyi..family diaorg jht erk kak RM?
ReplyDelete~ ema ~
ALAMAK, SUSPEN NYE
ReplyDeleteNtah2 naim tu neo.......
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny