BAB 5
“SIR, please stay calm!”
jerit Amar kuat bila keadaan sedikit hangar.
Aku berpaling pada dia
yang sedang mengawal keadaan. Kemudian
kalih pula pada Naim. Muncung pistol
Amar terarah ke banyak arah. Bersedia
dalam apa saja keadaan dan bila keadaan sedikit reda, dia mengerah beberapa
orang yang lain, bangkit... sedikit tunduk dan menapak ke luar mengikut
pegawai yang lain.
Setelah itu, aku kalih
semula pada Naim dan Tuan Benjamin yang nampak sugul. Wajahnya muram dan aku nampak airmata Tuan
Benjamin bergenang. Mata Naim aku
pandang lama.
“Dia…”
“Ditembak,” jawab Naim
sepatah. Menyambung kata-kataku.
“Ya Allah…” Nam a Tuhan yang Esa aku sebut
sekali. Lutut aku jatuh.
“Amar, ambulans… ada
yang cedera,” jerit aku lalu aku
menyelit pistol di belakang dan melutut di sisi Nine yang menyeringai menahan
sakit.
“Mana mana boleh
jadi?” soal Naim padaku.
“Saya tak pasti, Encik
Naim,” jawabku perlahan sambil cuba
membantu Nine yang nampak tercungap-cungap nafasnya.
“Tak pasti? Heh... bukan ke you all yang patut jaga
keselamatan kami? You all ditugaskan
untuk jaga kami. Biar tergadai nyawa, kan ? Kenapa you kat luar dan kami kat dalam? Sudahnya tengok... abang I terlantar!” marah Naim padaku.
“Saya minta maaf, Encik
Naim... Tuan,” pintaku mengakui silap sendiri yang berpunca dari Nine sendiri.
“Naim, sabar sikit,”
sampuk Tuan Benjamin bila airmuka aku sudah berubah.
Aku menggeleng. “Saya memang nak dok dalam, tapi Nine
larang. Baru nak masuk, kami dah dengar
bunyi bising. Mungkin penempak pakai
muncung kalis bunyi,” terangku pada Naim.
Andai kata aku
dipersalahkan saat ini, tak mungkin aku membantah melainkan menerima saja
herdikan dan maki hamun Naim dan Tuan Benjamin.
“You memang ikut arahan
dia je, kan ?” soal dia membentak tapi pantas ditegah oleh
Tuan Benjamin.
“Bend a dah jadi, Naim. Nine yang tak bagi dia masuk. Bukan salah cik ni.”
Naim diam. Aku juga.
Wajah Nine aku pandang. Wajah
lemah dan nampa k
pucat. Nafas dia juga semakin tersekat-sekat.
Melihatkan lukanya, aku
mampu hela nafas lega biarpun darah merah mengalir membuak-buak. Bidikan penembak tepat yang jarang-jarang
tersasar tapi terlepas sasaran saat melalui tubuh Nine atau boleh jadi dia menolak yang lain untuk mengorbankan dirinya.
Tak kupeduli pandangan Naim
yang sudah terduduk bila aku tertolak dia secara tidak sedar. Tangan Nine yang memegang bahu sendiri aku
capai. Mahu melihat lukanya. Aku telan liur melihat bahu yang
terkoyak itu. Tembus ke belakang.
“Are you okay, Nine?” soal
aku cuba
bertenang tanpa menghiraukan renungan tajam Naim lagi.
Nine sengih dalam
kesakitan. Anggukan menjadi
jawapan. Tubuhnya sedikit terangkat.
“You’re bleeding. Bertahan
sikit. Kami dapatkan bantuan. Tuan Benjamin, okay?” Aku beralih pada Tuan Benjamin. Kemudian pada Naim pula.
“Are you okay?”
Naim mengangguk
lemah. Aku hela nafas lega. Mujur hanya Nine yang tercedera dan laporan
kami juga pasti sukar. Silap hari bulan
dipersoalkan oleh pihak atasan.
“Naina, I…” Nine cuba
bergerak, tapi aku menahan.
“Jangan gera k. Encik Nine luka teruk. Tengok pada luka, saya yakin ni kaliber .322
Lapua. Kalau pendek umur, tepat ke
jantung atau dahi, boleh tembus ke belakang.
Luka di depan nampak halus tapi di belakang boleh jadi sebesar limau
gedang,” terangku pada Nine biarpun aku tahu dia tidak mengerti.
Aku mahu dia tahu
bahayanya peluru seorang penembak
hendap. Apatah lagi penembak hendap upahan. Yang pakar dan terlatih. Biar Nine tahu kenapa aku bersungguh hendak
berada di sisinya tadi. Tak mahu perkara
sebegini terjadi.
Risaunya hati aku
melihatkan wajah itu terkena darah. Tapi
dia, tetap senyum bila aku berkata-kata.
“You okey?” soal dia dalam kepayahan.
“Saya okey. Encik tu…”
Darah semakin
membuak. Naim bangkit, menuntun daddy
nya untuk berlalu keluar daripada bilik bila diarahkan oleh pegawai yang ada
sementara Amar mendapatkan bantuan. Bila
bahunya aku tolak sedikit, luka pada belakang bahu Nine benar-benar terkoyak
lebar.
“Ambulans will be here, in anytime.
Encik Nine, minta bertahan, ya?”
Suara Amar menujah gegendang telinga.
“Dari mana tembakan ni,
Amar?” tanyaku ingin tahu.
“Mungkin daripada
bangunan sebelah. I dah arahkan orang
pergi tengok. Kalau-kalau jumpa
kelongsong peluru kat sana . Gila.
Berani dia serang siang-siang hari.
Padanlah I rasa tak sedap hati je.
Memang ada serangan. Bantuan pun
lambat sampai. Huh…” Kata-kata Amar
menerpa gegendang telinga. Dia merungut
dalam kecewa.
“I rasa dia dah pergi…
apa-apa pun keselamatan yang lain kena utamakan,” pesanku dan Amar
mengangguk.
“You Naina… nak tunggu
sini atau you nak I…”
“I nak Naina temankan,”
sampuk Nine tiba-tiba.
Kerut pada dahi Amar
terentang tapi dia anggukkan saja kehendak Nine. Amar menepuk bahuku dan berlalu ke luar,
mengawal rombongan yang masih berbaki.
Setelah Amar berlalu, aku memandang Nine kembali.
Dia sengih seketika
dengan hujung bibir yang berdarah. Matanya terkebil-kebil dan wajahnya sedikit
terdongak. Menyeringai. Nafas dia tersekat-sekat. Hingga akhirnya Nine dia semakin tidak keruan
dalam menyedut udara, aku yakin lukanya mula memberi kesan pada emosi dan
fikizalnya.
“Nine, you okey
tak?” Aku tepuk sedikit pipi Nine dengan
telapak tangan berdarah.
“Nine, jangan macam
ni. Nine akan selamat,” bisik Tuan Benjamin pula.
“Jangan risau,
tuan. Dia akan selamat. Cuma darah mengalir banyak sangat.”
Sebenarnya, aku sendiri
resah. Desah nafas Nine turun naik. Mulutnya terbuka dan matanya mula
terbelalak. Anak mata menghilang. Yang ternampak hanyalah mata putih saja.
“Dia sesak nafas. Encik Naim tolong tepi sikit,” arahku seraya
menolak bahu Naim.
Dia mengesot
sedikit. Aku terus mengangkat kepala
Nine. Mendongakkan sedikit agar saluran
pernafasan lancar. Kerongkong terbuka
dan terus dapat membawa udara masuk ke dalam paru-paru.
“Nai... Nai... na...
I...” Sungguh dia mula kehilangan
nafas.
Tubir mata aku terasa
basah. Buat pertama kali setelah
bergelar pegawai polis, aku tersentuh.
Hati sakit biarpun bukan aku yang
terluka.
“Jangan cakap. Nanti you lagi letih,” pesanku.
Nine menggeleng. “Nai... Naina.. I...” Nafas Nine kian kalut. Beberapa kali disedut udara kasar, dadanya
yang berombak kencang mula mengendur.
Mengerti dengan apa
yang sedang terjadi, aku terus tunduk.
Mendekatkan wajahku pada wajahnya dengan telapak tangan kiri berada
tepat di bawah tengkuk dia.
Aku buka mulut sedikit. Mulut Nine yang sedikit ternganga aku
sapa. Udara aku tiup beberapa kali
sebelum aku bangkit semula dan menekan
dada dia.
“Satu... dua...
tiga...” Dan seterusnya, Nine masih
diam.
Aku dekatkan lagi bibir aku tepat ke mulut Nine yang
luka. Kutiup lagi udara ke dalam
paru-parunya. Moga dia bernafas. Moga dia menghela udara.
Beberapa kali begitu, akhirnya
Nine terbatuk kecil. Mata Naim sudah membulat. Tuan Benjamin menghela nafas lega. Nine buka
mata. Tepat memanah anak mata hitam
aku. Anak mata Nine semakin kuyu
merenung wajahku. Lemah.
Bibirnya tak lepas
dengan senyuman. Anak matanya dihiasi
oleh satu kelopak saja. Nampak sedikit
sepet, kuyu. Malah, mata kirinya nampa k lebih kecil berbanding mata kan an.
Hidungnya mancung terletak dan bibirnya sederhana tipis dengan wajah
yang sedikit cengkung. Menaikkan rahang
kiri kanan menampakkan dia persis lelaki sejati. Maskulin.
“You are staring me, Naina…”
Tersedar dengan teguran
Nine, aku pantas membuka kot hitam.
Membiarkan kemeja putih yang mengikut bentuk tubuh itu saja yang tinggal.
Alatan pendengaran di telinga aku buka.
“Darah you mengalir
lagi. Try bernafas dengan tenang dan bertahan. Sikit lagi.”
Pantas, aku lekapkan kot itu pada luka Nine setelah aku yakin, kain
jenis itu tidak akan meresap darah dengan banyak.
“Nan ti
kotor baju you,” tegur Nine.
“Kotor baju I, I boleh
basuh…”
“Luka I, I dah terasa
diubati bila you pandang I macam tadi,” cantas Nine membuatkan aku kelu.
Sendi terasa
longgar. Ada rasa asing yang berbisik. Aneh.
Pelik. Pertama kali melihatkan oran g terluka, hati aku
terluka sama. Malah rasanya lebih teruk
daripada kesan tembakan yang mengoyakkan bahu Nine.
“I… I…” Aku gagap.
Nine senyum dengan mata yang terpejam.
“Naina…” Amar menegur membuatkan aku tersedar bila
diri hampir terbawa-bawa dengan sakit kesan luka Nine.
“Ambulans dah
sampai. Ready,” bisik Amar.
Nine buka mata. “Sakit, kan … kena tembak?” Soalan bodoh itu terkeluar dari bibir Nine.
Amar pandang aku dan
aku pandang Amar.
“Memang sakit,” jawab
Amar.
“Encik Nine, simpan
tenaga. Jangan cakap banyak. Nanti makin berdarah,” pesanku bila dia nampa k hendak berkata
yang bukan-bukan dalam keadaan begini.
Selang beberapa ketika,
pasukan peru batan
meletakkan stretcher di sisi
Nine. Diangkat Nine penuh cermat tapi
dia, tetap menggenggam tanganku yang menekan lukanya.
“Satu hari nanti, kalau
ada peluru nak masuk tubuh I lagi… I lebih suka kalau peluru yang you lepaskan,
Naina,” bisik Nine bila dia meminta aku mendekatkan telingaku pada bibirnya.
Mata Nine kembali terpejam. Tangannya terkulai ke bawah bila pautan
jemari kami terlepas. Aku pandang
jari-jemariku yang merah dengan darah Nine.
Terasa menggigil. Dia aku pandang
hingga hilang dari pandangan mata.
“Forensik datang kejap
lagi. Kita keluar dulu,” ajak Amar
mencantas resah.
Lambat-lambat aku
mengangguk. Bagaimana aku hendak melihat
dia terluka sedangkan hati aku yang terasa peritnya?
( Dzulkarnain a.k.a Nine) Who's he to Naina?
TUAN RADZI
mengeluh.
“Kan saya dah cakap, Neo buru Tuan Benjamin
dan anak-anak dia. Perkara macam ni pun
kamu berdua tak boleh nak kawal?”
Dia memuntahkan lahar kemarahan
pada aku dan Amar yang tegak berdiri.
Berdiri dalam pakaian putih
yang merah separuhnya. Kesan darah Nine
tadi. Rambut yang tidak kemas dan wajah
juga comot dek terkena darah.
“Maaf, tuan. Kami dilarang oleh Encik Dzulkarnain untuk
masuk ke dalam bilik persidangan,” balas Amar tanpa riak.
“Ya, tuan. Saya dan Amar dah masuk pada mulanya, tapi
Encik Dzulkarnain mengarahkan kami
keluar,” sokong aku pula.
Meja dihentak
kuat. Tapi aku dan Amar tetap tenang
biarpun di dalam dada menggelegak.
“Kalau dia suruh keluar
kamu berdua keluarlah?” tempik Tuan
Radzi, semakin nyaring.
“Kami tak ada pilihan,
tuan... kami menurut perintah!” Aku
bertegas pula.
“Dan bantuan juga
lambat tiba, tuan!” Amar berkata dengan
begitu jelas. Jelas sedikit sinis pada
pegawai sendiri.
Aku nampak wajah Tuan
Radzi yang terngadah. Dia melabuhkan
duduk dan melepaskan keluhan berat.
“Perkara dah jadi. Mujur tak ada yang maut. Kalau tak lagi teruk saya nak bagitahu pihak
atasan. Kamu berdua, boleh keluar. Sediakan laporan lengkap untuk kes ni. Forensik sedang jalankan tugas. Katanya, kelongsong peluru tak dijumpai. Boleh
jadi dia kutip dan kaliber tu entah ke mana perginya. Lapua .322 boleh tembus dinding sejauh 1 kilometer
lagi lepas terkena sasaran dan Nine tu sangat bertuah,” jelas Tuan Radzi dan
dia memejamkan mata sambil memicit pangkal hidung.
Aku dan Amar sama-sama
mengangkat tabik hormat sebelum berundur, mahu keluar tapi nama aku diseru Tuan
Radzi.
“Naina, awak balik
tukar pakaian,” arah dia.
“Baik, tuan...”
“Lepas tu ke hospital
ambil keterangan Nine.”
Aku mengangguk sebelum
mata Tuan Radzi terbuka dan dia memandang Amar.
“Awak Amar... escort Tuan Benjamin dan Naim ke
lapangan peribadi mereka di Subang.
Pastikan semuanya selamat. Saya
tak nak perkara ni berlaku lagi.
Memalukan pihak kita dan Negara kita sedangkan Negara kita di aman
damai. Polis semua cekap dan pantas,”
arahnya tegas pada Amar.
“Baik, tuan!” Tidak dapat tidak, Amar mengangguk dan sekali
lagi mengangkat tabik hormat.
Aku dan Amar berlalu
lemah. Tertutup saja pintu bilik Tuan
Radzi, Amar menarik lenganku.
“You okey ke?”
Kepala aku
jatuhkan. Fizikal okey. Tersangat okey tapi hati gelisah.
“Kot mana?” soal Amar sambil merenung tubuhku seketika.
Menyedari persoalan
Amar, barulah aku sedar akan pakaian putih yang mula menampakkan alas di dalam
kesan basah peluh dan darah.
“Oh... I tekap luka
Nine.” Tangan mula mengawang-ngawang di
depan tubuh.
“I pergi tukar baju
dulu. Jumpa you nanti,” ucapku meminta
laluan dan terus berlalu dengan larian anak menuju ke bilik sendiri.
Setibanya di bilik, aku
mengeluh bila pencarian tidak berhasil.
Tiada baju yang aku simpan
seperti kebiasaannya sedangkan hati tidak sabar hendak berlalu ke hospital. Malas hendak memikirkan hal remeh, rambut aku
kemaskan sedikit dan wajah aku lap dengan tisu lembab. Setelah itu, aku terus menyelitkan pistol di
kaki kiri dan terus menapak keluar.
Setibanya aku di
hospital Gleneagles di Jalan Ampang, aku terus dibawa menuju ke bilik di mana
Nine berada. Terkuak saja daun pintu,
ada seorang jururawat dan juga seorang doctor di tepi katil.
Aku menapak masuk
selangkah. Dua langkah dan tiga langkah
tapi akhirnya langkah aku pegun bila jururawat dan doktor itu memandang ke arah
aku dengan wajah yang berkerut. Bila aku
mengintai sedikit, tubuh Nine dilitupi penuh dari kaki ke atas kepala. Memberi makna yang dia sudah tiada. Mimpikah ini?
Aku cubit lengan sendiri dan terasa sakit.
~~> bersambung
hmm... rescue Naina tak ikut aturan..hehehe
ReplyDeleteRM...Nine meninggal ke ????????????Jgn la tengah syok baca ni...
ReplyDeletePls cakap naina salah masuk ward. Kehkeh
ReplyDeletebetul2
Deleteha'ah jiwa kacau sampai silap masuk ward.... huhu
Deletemati? adeh... rehan kejam!
ReplyDeleteuish...x leh jd nie ...
ReplyDeletearghhhh...plzzz....nine jgn tinggalkan 'kami'
ReplyDeletesalah bilik kot... hehehe
ReplyDeleteape ni RM suspen btul n3 kali ni..
ReplyDeleteadeyyy jgn la nine yg prgi dulu
what?? x kan nine... mkin suspen....
ReplyDeletenaina slh masuk bilik kan sis
ReplyDeletehe's gone?... out of my life... i was wrong... hahaha.. tetiba je.. RM, moga cepat sembuh..
ReplyDeletei agak ni mesti di mati kan utk keselamatan:) hihihihi actually hidup lagi tue
ReplyDeletemacm tu ke
DeleteNine sebenarnye NEO kan RM....
ReplyDelete"satu hari nanti kalau ada puluru nak masuk tubuh I lagi.. I lebih suka kalau peluru yang you lepaskan, Naina.." ....hmmm..wonder y Nine said this to Naina....agak2 later2 part nanti Nine "jumpa" Naina lagi ker???? hahaha.... Nine might "die" but i think Neo will be "back"....
ReplyDeleteSaya pun agak nine tu neo dia sengaja buat mcm tu sbb nk ttp jejak
DeleteSaya pun rasa yg Nine aka Neo...erm..
ReplyDeleteohhh my! jgn bagi Nine mati dulu! Panjangkan sikit kisah cinta mereka.
ReplyDeletedrama ajer kot kata nine mati bg mengaburi mata neo.betul tak cik writer.....katakanlah betul tekaan saya ini.
ReplyDeletehero jarang yg mati kan Rehan kan??????
ReplyDeleteapakah???? hwaaa... nine mati ke??? ke Nine prank Naina jer....
ReplyDelete-Syira Azmi-
adakah in ini satu komplot utk membuat musuh nine menganggap dia sudah mati dan adakah dia sendiri yg merecanakan konspirasi ini untuk menutup apa yg telah dia sendiri rancangkan..Dan sebenarnya Nine masih lagi hidup dan bernafas..
ReplyDeleteMungkinkah watak Nine dimatikan sementara untuk mengaburi mata NEO ??? RM x sabar cepat2 update ya...best giler entry kali ni.
ReplyDeletetak naklah nine mati.....nie mesti salah satu plan utk kaburkan neo.....
ReplyDeleteKONFLIK konflik
ReplyDeleteMati??? Saja2 buat buat mati ke? Banyak muslihat la kesian Niana perasaan dipermainkan
ReplyDeletesaya rasa nine dan neo tu adalah org yg sama.....
ReplyDeleteYeah. I guess you right. Neo n nine is the same person. N mana mungkin nine matu. Dia tukan hero.
ReplyDeleteayat Nine sgt menggangu jiwa...dia ke Neo yg sbenanya?
ReplyDelete>>k<<
erk...x kan nine mati...saje trick dia utk Neo anggap Nine dh mati kut
ReplyDeletesuspens sungguh la cerita kali nie...
ReplyDeleteNine tu neo lah kan.
ReplyDeletedah berjanji nampaknya di situ,,kehkehkeh,, saya polo saya poloooooo
ReplyDeleteCakap nine kat naina tu buat i suspen j .. Kot dia tulah neo tapi menyamar j.. Lagi yg last tu.. Tetiba naina dah masuk bilik rawatan nine keadaan yg memelikkan pulak..
ReplyDeleteHuhu,RM thanks best cite niy.. Cepat sambong arh.. :)
oh myyyy...
ReplyDeleteCIAN NINE...BE STRONG NAINA..
ReplyDeleteMeninggal pulak, x mungkinnn......
ReplyDelete