BAB 6
WAJAH keruh doktor lewat
40-an dan jururawat muda itu aku pandang tak berkelip. Kabur sebenarnya. Kabur dengan airmata yang mula bertakung pada
tubir mata. Tapi, tak sempat air jernih
itu jatuh ke tengah pipi, aku seka dengan hujung jari. Rasa tidak kena andai aku menitiskan mata
pada saat ini. Rasa aneh kerana yang
diselubung itu bukanlah sesiapa pada aku.
“Puan… saya…”
Aku angkat tangan
menahan doktor itu dari terus bersuara.
Rasa tak sanggup telingaku menerima kata-katanya yang seterusnya. Kaki ini menapak dan terus menapak hingga aku
benar-benar berdiri di sisi katil Nine, barulah aku berpaling pada doktor
tersebut.
“Puan nak ambil
keterangan ke?” soal jururawat yang
manis itu pula.
“Pada asalnya,” jawabku
ringkas.
Pandangan kami
bertaut. Aku ketap bibir dan mengangguk
payah. Dia senyum tawa. Matanya memandang doktor dan kulihat, mata
mereka berbicara sesama sendiri, menghantar maksud yang aku sendiri sukar
hendak fahami melainkan jasad Nine yang sedang terbujur kaku.
“Masa tak sesuai,” ujar
doktor itu padaku.
“Dan tak akan ada lagi
masa yang sesuai,” gumamku sendiri dengan bahu tegap yang jatuh akhirnya. Lemah segala sendi. Sakitnya hati.
Bila tubuh hampir jatuh,
aku sempat berpaut pada kepala katil.
Mata dipejamkan. Telefon aku
tarik keluar dari seluar. Hendak
menghubungi Tuan Radzi. Mengatakan kami
dah terlambat. Aku tak mampu selamatnya
dia. Aku tak pernah ada kuasa hendak
menentukan apa yang aku mahu. Tiap kali
merancang tetap tewas juga dan tiap kali, aku tetpa memaksa diri ini reda
menerima.
Nine bukan sesiapa. Dia bukan sesiapa. Aku berbisik pada diri sendiri. Mata aku buka. Skrin telefon aku sentuh pantas.
“Kalau boleh, saya nak
dapatkan laporan post-mortem body
ni,” pintaku pada doktor itu dan dahinya berkerut.
“Post-mortem?”
Aku mengangguk. “Saya kena siasat kes ni lebih lanjut dan
Encik Dzulkarnain adalah saksi kejadian.
Memandangkan kami tak sempat nak dapatkan keterangan dia, kami harap
doktor boleh sediakan laporan
kematiannya. Saya akan dapatkan surat daripada mahkamah,”
jelasku pada dia lagi.
Wajah masing-masing
kejung. Aku dail nombor Tuan Radzi dan
bila talian disambut selang beberapa ketika, aku dengar suara Tuan Radzi
tenang.
“Macam mana Nine?”
“Bad news, tuan.”
Kala hendak mengatakan
berita itu, aku kehilangan kata tiba-tiba.
Rasa tidak pandai bertutur malah persis orang bisu juga. Tanpa suara dan talian masih bersambung serta
suara Tuan Radzi bergema memanggil namaku, mataku menjeling pada Nine. Terketar-ketar tanganku menarik kain yang menutup wajah tampannya. Pucat.
Bagai tidak berdarah.
“Naina… awak dengar tak
saya tanya ni?” Suara Tuan Radzi aku
biarkan saja.
Terasa hangat juring
mata aku. Terasa berat kelopak
mata. Serasa bagaikan hanya aku dan
mayat Nine saja saat ini biarpun masih
ada dua pasang mata lain yang memandang.
“Tuan… Encik Nine… dia…
dia…” Aku gagap. Tak mampu hendak menyatakan hakikat.
Jika Tuan Radzi tahu,
tentulah kecewa tapi aku, menghadapi perkata begini biarpun bukan buat pertama
kalinya, hati rasa luka. Jika mencurah
laju darah daripada luka di bahu Nine, deras lagi darah yang mengalir dari luka
hati aku.
“Naina… are you
okay? Zunaina!” Tuan Radzi sedikit menjerkah.
“Ya… ya, Tuan. Saya okey.
Encik Dzulkarnain dia… dia…”
“Berapa kali I nak
beritahu, panggil je I Nine… kalau boleh buang encik kat depan nama Nine
tu. Lagi merdu bila you panggil macam tu,” cantas satu suara.
Terkejut bukan kepalang,
telefon jatuh ke kaki. Berkecai sarung
dan bateri. Tanganku menggigil. Wajah Nine aku pandang. Wajah yang tadinya pucat dan tak berdarah
masih kekal begitu tapi bibir itu sudah tersenyum dalam kepayahan.
“Tadi I marah doktor… I
suruh dia keluar sebab I nak tidur.
Tiba-tiba ada pulak suara lain yang menggeletar masuk dalam kepala I… and thank God… it was you,” bisik Nine
lagi.
Aku berpaling pada
doktor tersebut. Dia senyum.
“Itulah saya terkejut puan
nak post-mortem. Dia dah lepasi fasa bahaya. Cuma banyak kehilangan darah masa kejadian. Tak apa, kami masukkan darah dan dia hanya
perlu rehat secukupnya sampai luka dia sembut.
Tak boleh nak lasak-lasak. Puan
boleh ambil keterangan Encik Dzulkarnain tapi jangan terlalu beri tekanan. Kami keluar dulu…” ucap doktor tersebut
membuatkan aku malu sendiri.
Wajah aku kelat. Tak mampu hendak senyum. Malu, marah, sedih dan geram bercampur
gaul. Semuanya lumat dalam satu adunan.
“Err… ter… terima kasih,
doktor,” ucap aku gagap.
“Sama-sama and I guess you are the one you save his
life. Who wipes his blood,” tukas
doktor itu sebelum dia berlalu.
Aku memandang kemeja
pada tubuh. Biarpun sudah aku basuh,
pakaian lembab itu masih jelas dengan
merah darah. Darah Nine.
“You scare me,” bisikku dalam pada mendamaikan nafas yang tadinya
resah.
“You scare me, either. Dengan
baju berdarah. I ingatkan you luka. Teringat pula tu darah I. Kenapa tak tukar baju?”
“Kenapa buat macam orang
mati? Berselimut macam tu?” balas aku pula tanpa menjawab soalannya.
Nine senyum sinis. Senyuman sinis seorang lelaki pada perempuan
dingin seperti aku.
“Diorang bising. Itu ini… itu ini… dan I sangat letih. I need
rest…”
“Kalau macam tu, lain
hari I datang ambil keterangan Encik Nine…” Aku mahu berpaling tapi tangan Nine
pantas menyambar pergelangan tanganku.
“Don’t go. I won’t let you go. Doktor dan nurse, orang yang paling annoying
pada I sejak dari dulu. Tapi sebab
terpaksa, I dok juga sini. Ikut hati I
nak lari tapi tubuh I sangat letih. I
rasa lemah,” ujar Nine menahan kepergian aku.
Perlahan-lahan, aku
lepaskan tangannya dari terus memegang tangan aku. Punggung aku labuhkan di sisinya. Dekat dengan Nine. Memandang dia lama tanpa senyuman di bibir.
Hanya wajah tiada riak semata-mata.
“Are you okay?” soalku tanpa
memikirkan apa yang dia katakan sebentar tadi.
Dia senyum. Mengangguk lagi.
“Sakit?” Keningku naik.
“Tak sesakit bila I rasa
airmata you menitik atas muka I masa you bagi bantuan pernafasan pada I,” jawab
Nine.
Matanya redup dan terus
diredupkan, memanah tepat pada mata aku malah sampai ke hati panahan itu. Biarpun tiada senyuman, tapi kehangatan
pandangan Nine jelas tergambar pada hujung matanya.
Wajah aku merona
merah. Mengingatkan perkata itu, itu
adalah kali pertama aku sentuh bibir lelaki.
Mungkin waktu itu keadaan tegang tapi bila dia mengungkit begini, rasa
gelisah semacam.
“Don’t mention it. Dah tugas
I dan I bersyukur Encik Nine okey. Saya
harap perkara ni tak jadi lagi. Kalau
kata saya ada kat dalam pasti…”
“You yang kena Naina dan
I tak nak lihat you tercalar biarpun pada hujung kuku,” sampuk Nine menjadikan
kerutan pada dahi aku bertambah lagi segaris.
Mata kuyu itu tepat
memandang aku. “You tergesa-gesa datang
jumpa I sampai tak sempat tukar baju?
Buat I terkejut bila I buka mata tengok you berdarah. I ingat you luka and I feel so bad if you hurt. You risaukan I sangat ke?” Nine mula bermain bahasa.
Aku menggeleng menafikan
telahan Nine. Sejujurnya hati aku menjawab
ya tapi akal aku menafikan sekeras-kerasnya.
“I datang atas
arahan. I ada dengan you atas
arahan. Kalau kata I kat sana dan I yang terkena, I
rela terkorban sewaktu menjalankan tugas daripada lihat orang yang patut I jaga
terjejas keselamatannya. You adalah
amanah, Encik Nine. Sementara you ada
bawah kawalan I… I harap you dengar kata-kata I lain kali. Apa-apa jadi, you remain dekat belakang I tapi satu I pelik…”
Bicaraku berjeda. Aku keluarkan pen dan kertas. Wajah Nine kembali aku tatap.
“…biasanya sniper ni akan menembak tepat pada
sasaran. Penembak tepat hanya punyai
satu prinsip… one bullet, one head. Sangat jarang kalau penempak tepat terlepas
sasaran yang membawa maut. Atau boleh
jadi you cuba
selamatkan orang? Tuan Benjaminmungkin?’ duga aku pada Nine. Memulakan siasatan awal secara spontan.
Dia diam seketika. Lama-lama dia senyum lagi. Sesekali dia menyeringai. Menahan sakit barangkali.
“So, sekarang Inspektor Naina nak ambil keterangan dah, ya?”
tanya dia. Sinikal.
Aku yang sudah sedia
dengan pen dan buku nota kecil mengangguk.
Memang ini tugas aku. Seperti
mana yang diarahkan. Inilah yang aku
akan lakukan.
“Saya menjalankan tugas,
Encik Nine.”
Dia senyum. “You betul, Naina. Semua sniper
pegang rule macam tu. Sebutir peluru untuk satu kepala tapi I
terlepas daripada sasaran…”
“Then… ceritakan kejadian tengah hari tadi,” pinta aku sedikit
menggesa.
“Ada salah seorang ahli mesyuarat selak
langsir. I tak tahu bila. Tak sedar sebab terlalu busy dengan presentation. I rasa tak sedap hati dan bila kaca pecah, I
terus tolak Uncle Ben sebab I yakin, peluru tu adalah untuk dia…”
“You jadikan diri you
galang ganti?” potong aku tak sabar
hendak mengetahui apakah yang terjadi di dalam bilik tersebut.
Bibir Nine mencebir. “Yeah…
kalau tak I, siapa lagi, kan ? Lagipun, kalau kata tergadai nyawa pun, I
masih tak mampu nak balas jasa uncle pada I…”
“I’m too curious, kenapa Tuan Benjamin kena serang? Pernah terjadi ke sebelum ni?” Pen menari sedikit. Wajah Nine aku pandang lagi.
Dia diam tidak
menjawab. Memandang aku tak lepas dan cuba
bergerak sedikit tapi aku menahan tubuhnya.
Melarang dia bangkit, takut lukanya
kembali terkoyak.
“Tak terkira,
Naina. Sebab tu I sanggup mohon Bukit
Aman kawal keselamatan dia dan Naim. Dia
businessman besar dekat Thailand
dan you tak pernah tahu macam mana Negara jiran. Peluru adalah mainan diorang. Siapa di atas, dialah dijadikan buruan dan
pemburu akan memburu bila-bila masa bila disua dengan umpan yang besar. Uncle Ben dikenali di sana . Di
mana-mana saja ada musuh dia yang bersedia hendak menyerang,” jelas Nine
padaku.
“Tapi, pasti bersebab, kan ?” Aku masih punyai rasa ingin tahu yang
meluap-luap dalam diri. Hendak tahu akan
perniagaan yang mereka jalankan.
Nine gelak. “Bisnes keluarga I biasa-biasa saja,
Naina. Kalau you nak tahu lebih dalam,
you kena join keluarga I. Setuju?”
Kening lebat Nine naik tinggi.
Mencabar jawapan daripadaku.
Kali ini, aku pula
tersenyum sinis. “I dah biasa
bersendiri, Encik Nine. Lebih selamat dan
tak melukakan hati orang sekeliling andai apa-apa berlaku pada I…”
“Untuk tu you pilih
kerja mencabar ni?” pangkas Nine
menyoal.
Aku diam. Terus mencatit beberapa perkara.
“I risik tentang you,
dengar kata you adalah salah seorang penembak tepat UTK, betul?” tanya dia lagi.
Aku masih lagi
diam. Pen terus menari.
“I pun sendiri, Naina
tapi sejujurnya I tak malu nak mengaku pada you, lepas I tengok you, I ada
keinginan untuk hidup berkeluarga,”
tukas Nine lagi.
Kali ini, berjaya
menarik perhatian aku agar aku memandangnya.
“Satu hari nanti, kita
juga perlu sendiri bila dikembalikan pada Pencipta, Encik Nine dan soal ini tak
ada kaitan dengan kes kita. Kalau Encik
Nine tak keberatan, saya nak bertanya lagi,” selaku dingin. Langsung tidak aku beri peluang akan apa yang
dia cuba
sampaikan.
“Encik Nine kat mana
masa tembakan tu melalui cermin?”
“I tengah buat presentation...,” jawab dia yakin.
Aku mengangguk beberapa
kali. Logik jika dia dalam keadaan
berdiri dan menolak tubuh Tuan Benjamin.
Menerima peluru di bahu kanannya.
“Naim?”
“Sebelah daddy dia.”
“Ada Encik Nine syak
sesiapa?”
Bibir Nine terkatup
rapat. Lama-lama, Nampak bergerak
sedikit. Kering dan pucat. Nampak dahaga.
“Kalau you datang
sebagai Naina, I suka you datang tapi kalau you datang sebagai Inspektor Naina,
you make me feel exhausted. You may leave… dah sihat nanti I sendiri
akan cari you,” bicara Nine lantas dia
rendahkan tubuhnya dengan segala daya dan cuba menutup kembali wajahnya
dengan selimut.
“Wait…” Tanganku menahan perbuatan
Nine dengan sendirinya. Bersentuhan
dengan kulit Nine bagaikan punyai renjatan
yang hebat.
“… soalan penting untuk
keselamatan you, Encik Nine…”
“As Naina, I akan jawab, as
Inspektor Naina, tolong datang lain kali sebab I nak rehat,” tukasnya sedikit
keras dan dia berpaling ke arah lain.
Persis merajuk.
“As your bodyguard…”
“Not my bodyguard at all…”
“I care about you. Bodyguard yang betul-betul risau akan
keselamatan Encik Nine,” cantas aku.
Nine merengus. “I have
no enemies. Tapi lepas ni mungkin I
ada sebab I mula jatuh suka dengan seseorang.
Kekasih orang mungkin. I bakal kena pelangkung dengan kayu golf,
boleh jadi,” ucap dia lagi.
Aku ketap gigi. Berdebar bagai hendak terpenggal salah satu
tulang rusuk bila Nine berkata demikian sambil merenung tepat ke mata aku.
“Err… I tak kata Encik
Nine… boleh jadi Encik Naim atau juga Tuan Benjamin sendiri?” tebak aku melarikan topik yang sedang Nine
hangatkan di dalam jiwa.
“Musuh Tuan Benjamin
adalah musuh I juga. Tapi kami tak
bermusuh dengan orang. Orang yang
bermusuh dengan kami.”
“Tak kiralah siapa bermusuh dengan siapa. Apa yang saya nak tahu, ada tak Encik Nine
syak sesiapa?” tegas aku pula.
Dalam kepala aku, aku
mahu Nine menyebut nama Neo. Aku mahu
dia gambarkan wajah Neo. Biarpun jelas
di mata aku wajah Neo yang kurang jelas di dalam fail jenayahnya, aku masih
mahu Nine menyebut nama itu dan aku akan buru lelaki itu hingga ke helaan nafas
yang terakhir.
Lama Nine diam. Berfikir tapi akhirnya, jawapan yang keluar
adalah sama juga. Membuatkan aku kecewa sedikit. Hendak memaksa juga tiada guna memandangkan
dirinya yang masih tidak berkudrat mana.
Emosi juga boleh jadi terusik.
“Uncle Ben ahli
perniagaan terkenal. Musuh ada di
mana-mana tapi di sini…” Nine angkat
tangan dia. Dilekapkan ke dada.
“… terasa aneh juga,”
sambung dia berbisik.
Aku pantas bangkit. Buku nota aku masukkan ke dalam poket
seluar. Pen aku selit di poket kiri.
“I got to go dan Encik Nine juga perlukan rehat. Apa-apa hal, saya akan datang lagi. Jangan risau, kami akan jaga kelamatan Encik
Nine 24 jam dan Amar sedang escort
Tuan Benjamin dan Encik Naim ke airport. Kalau Encik Nine nak apa-apa, saya boleh
dapatkan sebelum saya balik ni,” ujarku
lancar.
Tak mahu lagi Nine cuba
memancing minat dan pandangan aku padanya.
Aku tunduk mengutip telefon yang berkecai. Memasang kembali dan aku letak di dalam poket
sambil menilik pakaian yang kotor.
“I ada jaket. You ambil dalam alma ri tu,” ujar Nine tiba-tiba.
“Tak apa. Saya dah nak terus balik ke rumah.” Aku pandang dia dan kugariskan senyuman
tipis. Tawar.
“Ala s kat luar pun tak apa, Naina,” bicara
Nine dalam kepayahan.
Aku menggeleng pula.
Kerusi aku tolak rapat ke katil. Selimut
Nine aku betulkan sedikit menutup dada yang terdedah itu. Terasa dingin hujung jari Nine.
“Tak apa… I dah biasa
kotor macam ni. Nak perlahankan air-cond?”
Dia diam tidak memberi
reaksi.
“Erm… kalau macam tu, I
balik tu. Nanti esok saya datang dengan
Tuan Radzi dan Amar.”
Aku mula menapak tapi
hanya selangkah, Nine memanggil lagi.
“Tak apa kalau you dah
biasa kotor tapi you boleh ambil jaket I… alas luar dan tutup apa yang tak sepatutnya I atau lelaki lain nampa k,” kata Nine
lagi.
Aku ketap bibir. Memandang tubuh sendiri bila Nine berkata demikian. Garisan singlet jelas kelihatan. Tali halus di atas bahu juga mungkin
jelas. Biarpun punyai alas lain di
dalam, tapi pastilah nampa k
segala lekuk yang ada. Pada Nine, aku
berkalih.
“I pinjam dulu.”
Segera aku menapak ke
arah alma ri. Pintu gelungsur itu aku tolak sedikit. Sehelai jaket hitam tergantung kemas. Bila aku capai daripada penyangkut baju,
menyarungkan ke tubuh, ada bau wangi yang menggoda rasa. Nine senyum.
“Cantik dengan you tapi
agak besar. Tunggu I dah sihat, kita
beli yang sesuai dengan saiz tubuh you.
Nampak smart,” puji Nine.
Aku mencebirkan
bibir. “Thanks anyway…rehatlah. I
keluar dulu.”
Nine mengangguk. Mata dipejamkan. Aku terus menapak menuju ke pintu. Lega bila dia sudah lepasi zon bahaya tapi
aku bimbang jika Neo masih menyerang.
Aku yakin Neo pasti muncul lagi.
Sekitar bilik aku
pandang. Langsir bertutup. Langsung tidak nampa k suasana di luar. Saat aku pegang tombol pintu, Nine bersuara
lagi.
“Tadi sebelum you cakap
nak balik, you kata kalau I nak apa-apa, I boleh minta dan you akan dapatkan, kan ?” soal Nine pada aku.
Aku memandang dia yang
masih memejamkan mata.
“Ya… Encik Nine nak
apa-apa ke?”
Dia tidak menjawab. Hanya segarit senyuman payah terukir. Menghantar berbagai makna yang tersirat pada
aku.
~~> bersambung
Buat terkejut org aje
ReplyDeleteSweet talker la nine ni..bikin org cair..he3
ReplyDeleteSiapa nine sebenarnya. Oh. So sleepy. See all tomorrow dears.
ReplyDeletejeng...jeng apakah yg Nine nk tu ^^...... HATI NAINA la... tnya boleh :D
ReplyDelete-Syira Azmi-
Alaaa,banyak betul belitnya nine niy...
ReplyDeleteFeel masi suspen kat dia jugak,hehe..
Atau neo adalah naim... Iah betul2 bikin jiwa kacau ni kakRM
ReplyDeleteYeah, manisnya mulut si nine ni... Tak payah buh gula... Pandai dia mengayat nak trap naina ni... Tgk mcmana akal dia kelak.. He..he..
ReplyDeletekijam... kijam... rehan kijam. adoi, camne ni nine suka bagi org jatuh hati dekat dia lah. hai lah
ReplyDeleteBest....baru dpt tarik nafas lega RM. Thank you RM.....
ReplyDeletesukaaaa...nine dgn naina..padan
ReplyDeletebes2...teruja ni rm nk ag
ReplyDeleteentah2 itu Nine adalah Neo...siapa tahukan..
ReplyDeletealahaiiii jatuh cinta ngan ninee....hehhee tq rehan the besttt
ReplyDeleteperghhhh.....baru ler stabil jantung nii...
ReplyDeletei nk uuu naina...hehheheee...
ReplyDeleteThank RM. Hidupkan kembali watak Nine.
ReplyDeleteAduhaiiii...luruh jantung baca NINE pagi niee....
ReplyDeleteaduhaiii misterinya nine..
ReplyDeletemasa aritu kata lebih rela naina yg tembak dia..
musykil.. apa2 pun cerita ni mmg best..
aksi kepolisan the best! =)
really in love dgn cite ni...tq RM for this story,...
ReplyDeleteada juga terasa aneh itu...
ReplyDeleteAgak2 pesta buku nanti sempat siap x mini novel ni, RM ?
ReplyDeletesuke....suke
ReplyDeletelega nine masih hidup,risau tau hero macho ni tak ada.asal la nine ni macam nak sorok ajer siapa yg punya angkara ni semua.mesti ada musuh dalam selimut ni.good job RM tak sabar nak baca lg.
ReplyDeleteI nak u hahahaha
ReplyDeleteidea prubahan yg bagus...rase mcm citer csi je....good job..
ReplyDeletenice story rm.. something different from ur usual writing. tp kan.. boleh tak kurangkan grammatical error.. terstop kejap tang tgh syok2 baca.. anyway good job and happy writing and thanks for being creative and imaginative.. -along-
ReplyDeleteeee RM ni suka tau wat suspen...
ReplyDeleteaaa... sweet ahhh hero niiii!!!
ReplyDeletesuka Mr Nine La...
ReplyDelete<3
boleh x kak RM?
sweet dan misteri...harap2 xada yg terluka...
ReplyDeleteaduhai leleh leleh dah rasa hati nie...hero kak rehan nie kalau x bikin orang cair memang x sah! :)
ReplyDeletestill wondering.....
ReplyDeleteAdakah neo=Nine? Hihi
ReplyDeletearghhh,, suspen betul.. mati2 sy igt nine dah mati.. and sy harap sambungan dia nnt, nine ckp '' saya nak hati awak,,'' >< * saya mmg kuat berangan..* ! apa2 pon,, mcm biasa.. karya kak rehan tetap best.. x pernah bosan ;D
ReplyDelete-athirah-
Nine ni mcm perisik pulak.. perahsia sangat. entah2 dia ni perisik ke apa ke yg menyamar sb nk th kat mana musuh tuan benjamin sebenrnya.. atau blh jadi nine tu neo.. tp siapa nine sebenarnya hanya kak RM yg blh jawab. kan..kan..hehe
ReplyDelete