BAB 7
CURAHAN air yang
mengenai kepala langsung tak mengurangkan rasa hangatnya wajah aku saat
ini. Air yang mengalir, berlalu bersama
warna merah itu. Membawa pergi darah
Nine yang terkesan pada tubuh aku.
Tak terduga, aku
tersenyum sendiri. Permintaan Nine
meresahkan hati. Rasa tak masuk akal
tapi riak wajah Nine langsung tidak menunjukkan dia hanya bermain kata.
“Apa yang Encik Nine
perlukan? Saya cuba dapatkan.” Itulah yang aku ajukan pada Nine siang
tadi.
Nine senyum tapi mata
itu masih terpejam rapat. Nafasnya
terhela tenang. Wajah itu tetap pucat
tak berdarah tapi tenangnya wajah dia, mampu menghalau gundah di hati aku
menjauh dan terus menjauh biarpun untuk seketika.
“Kalau I perlukan
hati you… boleh you dapatkan untuk
I?” tanya Nine lancar.
Matanya terbuka. Terus memandang aku. Senyuman mati. Aku diam.
Nine membisu. Suasana terus
kaku.
“Err… hati I… err… I…”
“Tak boleh bagi?”
Bila aku diam tidak
bersuara, Nine menyambung lagi.
“I dah tahu tapi saja
nak tanya juga. Saja nak bagi hati
sendiri rasa ngilu,” sambung dia dalam tawa yang perlahan dan dibuat-buat.
“You need rest…” Pujukan aku
disambut dengan gelengan.
“I need you more,” sela Nine dan dia terus menarik selimut hingga
menutup seluruh tubuhnya.
Katilnya aku
dekati. Selimut Nine aku sentuh. Membetulkan selimut itu agar menutup bahu
sasanya yang terdedah sedikit. Berbalut. Ada
kesan merah.
“Kalau Encik Nine tak
selesa, I ambil keterangan... I minta Amar datang nanti, ya?” beritahuku.
Biarpun aku yakin yang
Nine cuba
meraih hati aku tapi aku tak mampu. Tugas dan tanggungjawab mengekang rasa saat
ini atau mungkin selamanya. Dengan
keadaan tugas yang berbahaya, tak
sanggup hendak biarkan Nine menitiskan
airmata bila satu hari dia terpaksa menghadapi kehilangan aku dan aku juga tak
mampu dihadapkan dengan kehilangan buat kali kedua setelah ayah dan ibu.
Serta-merta kain
selimutnya ditarik kasar dengan tangan kiri.
Matanya tepat merenung mataku.
“Kalau orang lain datang, jangan harap I nak
bercakap, Naina!” tegas dia.
Bibir aku masih
kaku. Biarpun dalam hati hendak senyum tapi tak mampu. Tak mampu hendak kuguriskan senyuman buat
sesiapa. Hanya senyuman sinis yang aku
reti. Itulah kata Amar dan juga mak ngah
sebelum ini. Suryani, adik sepupu aku
juga mengatakan aku lokek dengan
senyuman.
“Kenapa? You tak nak jumpa I dah?” Wajah Nine yang sedia pucat itu bertambah
putih.
“I bukan tak nak jumpa,
tapi I rasa setiap kali I tengok Encik Nine, seems like you tak selesa dengan
I. Ada
baiknya I minta Amar je ganti dengan I.”
Lama Nine memerhatikan
aku sebelum membuka mulut.
“You memang tak tahu
atau you buat-buat tak tahu?”
Aku ketap bibir. Anak rambut yang jatuh ke dahi, aku tolak
sedikit ke belakang.
“Apa yang I tahu, I
bertanggungjawab atas keselamatan Encik Nine.
I balik dulu. Tak esok, lusa... I
datang, bergantung pada tahap kesihatan you.
Kami tak boleh nak bagi tekanan pada you sangat. Take
care....” Sekali lagi, aku meminta
diri untuk pulang.
Nine merengus. “I tak nak jawapan tu.”
Tak jadi aku melangkah
bila Nine berkata demikian.
“Jangan bersikap macam
budak-budak, Encik Nine... Not suit you
after all...”
“You tahu tak... orang
sakit ni memang suka buat perangai macam ni?
Minta dimanjakan. You pernah
sakit, kan ? Pernah rasa nak dimanjakan, betul tak?” sergah dia lemah.
Aku menggeleng
menafikan. Dalam hati menjawab rasa itu
pernah ada tapi pada riba siapa perlu aku rebahkan kepala?
“Saya tak pernah rasa
macam tu. Saya dah biasa jaga diri sendiri
sebab saya tak ada siapa yang boleh saya bermanja,” jawabku lembut.
Wajah Nine berubah
lagi. Terentang kerut pada dahinya.
“Samalah kita. Tapi, boleh tak I nak bermanja dengan you
sekarang?” tanya dia polos. Tak ubah seperti kan ak-kanak berumur 12 tahun.
Tak mampu aku uk ir senyum
juga, aku sekadar menggeleng.
“Tak sesuai untuk
kita. Lagipun, saya bertugas. Rehat, ya?
Saya keluar dulu.”
Kaki aku pantas
mengatur langkah menuju ke pintu. Aku
tahu Nine memandang langkah aku tapi aku tak mampu berpaling lagi kerana aku
yakin, bila aku berkalih sekali lagi, tak mungkin aku mampu meninggalkan dia
lagi.
“Hati-hati, Naina,”
pesan Nine sedikit kuat.
Tangan aku angkat tanpa
memandang dia dan pintu aku rapatkan kembali.
Aku sandarkan tubuh pada dinding.
Nafas lega aku hela. Lega bila
terlepas daripada asakan Nine dan renungan dia yang meresahkan.
“Are you finish?”
Aku pandang ke
kiri. Doktor tadi. Dia senyum dengan memegang stetoskop pada di
tangannya.
“Oh, doktor… belum.
Nampak dia kurang bermaya hari ni.
Mungkin esok atau lusa, kami datang lagi dapatkan statement dia. Apa-apa hal, saya minta doktor hubungi saya,
ya?” Sekeping kad aku keluarkan dari
poket seluar dan aku hulurkan pada doktor tersebut.
Dia mengangguk. “Dia tak ada keluarga ke?”
Aku jongketkan bahu
biarpun aku ingat akan kata-kata Nine yang mengatakan dia tak ada ibu dan
ayah. Sama seperti aku. Hanya berharap kasih sayang daripada ayah
angkat dan juga adik angkatnya. Aku pula
pada mak ngah dan Suryani saja.
“Tak apalah. Saya dengar dia tak tinggal kat Malaysia ?”
“Erm… dia lama ada
dekat Thai. Jalankan bisnes dengan keluarga angkat
dia. Saya Cuma ditugaskan untuk jaga
keselamatan dia je. Erm… saya balik
dulu. Apa-apa hal, doktor jangan segan
telefon saya, ya?”
Segaris senyuman tipis
aku lepaskan. Senyuman di wajah
penat. Pastilah kelat dan masam.
“You look tired. Go home and get
some rest,” ujar doktor itu pula.
Aku senyum lagi pada
hujung bibir dan terus menapak lemah.
Jaket Nine aku kemaskan sedikit.
Lengan jaket itu aku sinsing hingga ke siku. Memang besar.
Susuk tubuh aku dan Nine terlalu jauh berbeza.
Sebelum kaki aku keluar
daripada bangunan Gleaneagles, sekali lagi aku berkalih dan memandang ke
belakang. Bagaikan Nine ada di situ memerhati.
Aku lepaskan keluhan
tipis. Menghela nafas dalam dada yang
kian bergelora. Ganas. Perlahan-lahan,
aku berpaling dan terus menapak keluar sambil menarik zip jaket kulit milik Nine
rapat ke leher. Fuh… nafas aku lepaskan
laju. Tapi gemuruh tapi juga tenang.
Mata aku pejam seketika
dan bila aku buka mata, ternyata curahan air masih jatuh menyentuh wajah
aku. Peristiwa petang tadi berlalu pergi
dari minda.
Kepala paip aku putar. Menutup air dari terus bercucuran. Tuala aku capai dan bila aku pandang cermin,
wajah Nine berlalu tapi kata-katanya masih tinggal diam di dalam memoriku.
BARU saja aku siap
keringkan rambut, telefon menjerit nyaring.
Nam a
Amar naik pada skrin. Cepat-cepat aku
jawabnya.
“I baru dah mandi. Kenapa?”
soalku seusai menjawab salam Amar.
“Tuan Radzi tak
call?”
“Tak ada. Kenapa?
Ada yang
tak kena?”
Amar mengeluh. “Dia call I.
Minta I stand-by dekat hospital.
Jaga Nine. I baru balik dari
airport, Naina. Letih. Tak balik rumah lagi,” jawab Amar
kepenatan.
Aku senyum. Bila berpaling pada cermin, ternyata senyuman
sinis lagi.
“Oran g lain tak ada ke?”
“Dia percayakan kita
je.”
“Eh, susa hlah macam tu. Kita pun perlu rehat apa. I pun balik tadi terus mandi. Siap mandi, you terus call. Dah tu macam mana?”
Amar diam
seketika. Memikirkan jawapan
barangkali. Tapi, setelah itu dia
kembali bersuara.
“Kalau you ikut I… I
pergi hospital. Boleh I rehat kejap kat sana nanti dan you
berjaga. Okey tak?” cadang Amar.
Aku pandang jam pada
dinding. Rumah sewa yang aku sewa sendirian. Masih belum dapat peluang untuk mendiami
kuarters. Hampir 8.00 malam.
“You dah makan?” soal aku pula tanpa memberikan persetujuan.
“Dah…”
“Kalau macam tu, you
tapaukan apa-apa untuk I… nanti jemput I, boleh? I boleh makan dekat sana nanti,” pintaku.
Amar ketawa halus. “I tahu you penat and thanks sudi temankan I… nanti I belikan apa-apa. Lagi setengah jam, I sampai depan rumah you,”
balas Amar dan talian mati.
Aku rebahkan tubuh ke
atas tilam. Melunjurkan kaki, membetulkan
sedikit ur at
saraf yang terasa kejang. Setelah puas
menggeliat ke kiri dan kan an, aku bangkit dan
menuju ke arah alma ri.
Mataku liar mencari
pakaian yang sesuai. Akhirnya, sepasang jeans biru cerah dan juga baju T
berkolar warna hitam aku sarung ke tubuh.
Jaket Nine aku capai dan terus saja aku menapak keluar sambil
membetulkan rambut. Tak lama setelah
itu, Amar tiba dan kami terus bergerak menuju ke Jalan Ampang.
SEMASA kami menolak
pintu bilik yang menempatkan Nine, dia tiada di dalam bilik. Amar pula ke kedai berhampiran bila mana dia
masih belum membeli makanan untuk aku.
Hati mula resah bila kulihat katil Nine kosong dan tingkat terbuka luas. Angin malam berhembus garang. Hanya langsir yang berterbangan.
“Encik Nine?” seruku sambil menapak masuk.
Diam.
“Encik
Dzulkarnain?”
Sepi.
“Encik Nine?” Kali ini lebih kuat dan mata terus melilau di
dalam bilik kelas pertama yang luas ini.
Hening.
Hati mula berlagu
bimbang. Aku telan liur yang berasa
kelat tiba-tiba. Nafas mula berhembus
kasar. Telefon bimbit aku
keluarkan. Mahu menghubungi Amar. Baru saja aku dail nombor Amar, telefon
bimbitku dirampas oran g.
“I ada sini.” Nine menyelak langsir.
Dia senyum dan aku
menghela nafas lega.
“You kenapa
menyorok? Buat I takut,” rungutku sambil
melepaskan keluhan lega.
“I tak nyorok. I nak pakai baju. You buat apa kat sini?”
Wajah Nine masih
pucat. Aku nampa k tubuhnya yang sedikit menggigil
itu. Sehelai baju T ada di tangan tapi
aku tahu, gera kan
dia terbatas.
“I terima arahan untuk
jaga you malam ni,” jawabku sambil memandang baju yang dia letak di sisi katil.
Nine mencebir. “Seronok I ada oran g temankan. Nak tidur pun tak boleh.” Dia lantas bangkit dan menuju ke tepi tingkap
yang terbuka.
Aku membontoti langkah Nine
hingga aku menghentikan langkah tepat di sisinya. Dekat dengan bahunya. Aku mendongak ke langit. Gelap gelita tanpa bintang.
“Siapa buka
tingkap?” tanyaku sambil menjeling dia.
“I. Teringin nak tengok langit malam.”
“Bahaya ,
Encik Nine… lagipun sejuk ni. Tak sesuai
untuk oran g
sakit macam you…”
“Sebab tu, I nak pakai
baju tapi tak mampu.”
Aku berpaling ke
belakang. Menapak mendekati katil dan
menggapai baju T milik Nine. Juga warna
hitam. Hanya baju tanpa lengan
sebenarnya.
“I tolong,” ucap aku
dan bila aku menyarungkan pakaian tersebut pada kepala, Nine tidak
membantah. Menurut saja.
Tangan kirinya aku
angkat. Dimasukkan tangan ke dalam
lengan baju sebelah kiri. Sewaktu mahu
menyarungkan tangan kan an,
Nine mengaduh.
“Sakit? Maaf-maaf…”
ucap aku dan bila aku memanggung pandangan, Nine sedang redup merenung
mataku.
Dia senyum. “Kalau dengan you, luka tembakan ni pun I tak
rasa sakit, Naina.”
“Kalau tak sakit,
kenapa you mengaduh?” tanyaku pula. Sekadar hendak bermain ayat dengan aku, dia
tersalah oran g.
“Sebab I nak you
pandang muka I. Kalau dengan I, you
selalu pandang ke lain. Nak senyum pun
payah. Kalau senyum pun, you senyum
macam Amar cakap… senyum menyenget,” komen Nine dengan bibir yang sengaja dia
juihkan.
“Memang I macam ni,”
selaku sambil menurunkan bajunya.
Setelah itu, aku
betulkan balutannya sedikit. Nam pa k
seperti memeluk dia tapi tidak pada hakikatnya.
“Okey dah. Tapi, baju lain tak ada ke? Baju hospital kenapa tak pakai?”
“Tak selasa.” Mudah jawapannya.
“Kalau macam tu…”
Aku buka jaket dia yang
aku pakai sejak keluar rumah tadi. Jaket
yang menarik minat Amar memandang aku.
Pandangan aneh.
“… pakai ni.” Aku tebarkan jaket itu di belakangnya.
Biarpun susuk tubuh dia
yang tinggi itu membataskan, tapi aku tetap memakaikan dia jaket tersebut. Nine menolak pada mulanya.
“I tak nak pakai
jaket!” tegah Nine manja sambil cuba
menolaknya tapi aku menahan.
Wajah dia sudah
cemberut. Aku tunduk sedikit dan menahan
senyum sebelum kembali memandang dia dengan wajah tanpa riak.
“Kalau tak nak pakai,
pakai baju hospital. Kalau tak… pakai je
jaket ni. You kena sihat. Kami tak nak you jatuh sakit. So,
sekarang, you bari ng. I tutup tingkap. Bahaya.
I takut ada pengendap kat luar. We better more careful. Jom…”
Aku hulurkan tangan pada dia tapi Nine memandangnya sepi.
“I boleh jalan
sendiri…” balasnya persis merajuk.
“Up to you,” tukasku pula dan melihat saja Nine yang sedang menapak
ke arah katil sendirian.
Aku menarik tingkap dan
menutupnya rapat-rapat. Langsir aku tarik
bagi menutup tingkap. Baru saja
berpaling dan hendak melangkah, aku nampa k
tubuh Nine yang tidak stabil.
Dengan pantas, aku
berlari dan menyambut dia yang hampir tersungkur jatuh di sisi katil. Tubuh sasa itu aku peluk kemas. Bertahan dengan lutut dan siku agar dia tidak
tersembam di atas lantai.
Wajah Nine melekap ke
leherku yang terdedah. Dia mengaduh kuat
dan aku pula bertahan dengan debar yang hebat.
Saat itu, pintu ditolak dari luar dan wajah Amar muncul. Bungkusan makanan jatuh di kakinya. Matanya merah dan bibirnya bergetar tapi aku
Nine masih begitu. Po sisi
tanpa ada ruang antara tubuh aku dan Nine.
~~> bersambung
terkejut si amar tu... hehehe.. mengadalah nine ni tapi i like... hehehehe
ReplyDelete♡♥♡♡♡♥♡♥♥♡♡ it k.RM
ReplyDeletenak lagi... fuh terbaiklah kak rehan...
ReplyDeletesian nasi tu... erk.. apa kes? nine..behave, or naina yg patut lagi behave yer? erm.. thinking..
ReplyDeleteWawa,,amar terkejut beruk ke apa sampai jatuh habis makanan.. mcm comel jep nine ni mengada.. Saya suka!best!
ReplyDelete-Athirah -
owhhhhh......meltinggggg
ReplyDeletetekejut sgt smpai nasi bgkus bole jatuh...hehe
ReplyDeletehoho terjojol kot mata en. Amar kita (:
ReplyDeletebest2...makan ati la amar...suke2 sgt prngai ngada2 nine...sweet sgt...nine n naina...
ReplyDeleteamar jeles? huhu
ReplyDeleteNak lg......... cepat sambung ya.....
ReplyDeletewahlawei...
ReplyDeletehuhu
smbung ae kak rm...
aduhaii kak Rehan ooii.......sambung laa cepat, jgn stoppppp.....
ReplyDeletewah...amar terkezut + jeles tu..nine manja nya...i like words...i need you more..pppergghh..
ReplyDeleteEL
pergh....mengamuk la amar...
ReplyDeletePandainya si nine ni menjalankan strategi internasional dia ya... I'm impressed Rehan... You make me smile menyenget la pulak...
ReplyDeleteSuka suka.....nak lg
ReplyDeletekurang kasih sayang sungguh si nine ni!...
ReplyDeleteamar pon suka naina eh?
ReplyDeletesaya suka, saya suka!... nine, buat hati nanina bergelora
ReplyDelete-ina
amboi.. nine ambik kesempatan dalam kesusahan.. but i like.. ada chance nak bermanja kan.. make full use of it.. tp still kena ingat at d moment naina & nine still tak ader hubungan yg halal.. kena xtra careful.. -along-
ReplyDeleteNine Kenal Dengan Naina Kah Sebelum Ini?????? <3
ReplyDeletesy suka citer mcm ni,,haha~
ReplyDeleteopocot...huh..ada2 je RM ni tau..hehehe..suka2..
ReplyDeletebestx3.... hihi.. rmai na yg nk kt naina.. (^.^)v
ReplyDeletekesian nine..tak ada org ug kisah..bila dia sakit telantar dihospital..ditemani hanya polis polis yg menjaga keselamatan dirinya..bagi akak nine ni jejaka yg sungguh misteri..dan adakah amar akan membuat spekulasi?
ReplyDeleteAmar dah jatuh jelesssss..
ReplyDeletebest sangat2.
ReplyDeleteSian nine... Tkt bila terpikir kemungkinan neo adlh nine
ReplyDeleteterkejut saya.
ReplyDeleteIni terambil kesempatan ni...
ReplyDeleteowh...melting!! like3x ..<3
ReplyDeletemelting.......RM
ReplyDeletewoooo.gatal ko Nine.pandai amek ksmpatan..
ReplyDeletebest karehann
>>k<<
Oooooooo sian Nine , sakit ekkk ? Rasa rasa penah makan kasut tak?
ReplyDeletehahahha... amar tekejut comel... smpai nasi jatuh :D
ReplyDelete-Syira Azmi-
so sweet... Amar terkejuttt...
ReplyDeletemenyampah dengan nine 24 jam nak mengayat. kalau saya jadi naina rimas!
ReplyDelete