BAB 8
“ARE you okay?”
Soalan itu aku ajukan
pada Nine sambil menolak tubuh dia perlahan daripada terus melekap pada
tubuhku.
Dia menggeleng. “I rasa sakit!” Dahinya berkerut.
Aku betulkan posisi
sendiri sebelum mengangkat Nine. Amar
yang baru saja meletakkan plastik berisi makanan itu juga menghampiri. Hendak membantu.
“Apa jadi?” soal dia mendatar sambil memaut lengan Nine.
“Dia nak jatuh…I
sambut,” jawabku jujur.
Amar ketap bibir. Dia menjeling pada aku tapi tidak lama bila
dia mengangkat Nine naik ke katil.
“You jangan terlalu
banyak bergerak, Encik Nine. Nanti luka
you kembali koyak,” pesan Amar sedikit tegas.
Nine senyum sinis. “I dah biasa…” Perlahan saja suaranya tapi masih mampu
singgah pada gegendang telingaku.
“Apa yang biasa?” tanyaku pula.
Juga perlahan bila tanganku menarik selimut untuk dia.
“I dah biasa jatuh, terluka…
bangkit balik. Jatuh lagi, terluka lagi…
bangkit balik. Terluka lagi, terjatuh
tapi buat pertama kalinya tak sempat menyembam lantai. You sudi hadang dengan tubuh you…,” jelas
Nine lalu dia pejamkan mata.
Meninggalkan aku dengan
kening dan wajah yang berkerut seribu cuba
mencerna sebaik mungkin apa yang cuba dia sampaikan.
Amar yang sedang duduk
di atas sofa mula merebahkan dirinya.
Tangan naik ke dahi dan kakinya disilangkan. Aku juga melabuhkan duduk di sisi Amar. Bungkusan makanan aku capai. Air kota k
aku cucuk. Aku sedut hingga separuh bagi
menghilangkan dahaga.
“Siang tadi I nampa k you buat CPR pada
dia. Malam ni you sambut dia dengan
tubuh you pulak.”
Tak jadi aku hendak
mulakan suapan pertama bila Amar bersuara.
“I hanya jalankan kerja
I je, Amar.”
“Sebab dia Nine? Kalau oran g
lain…”
“Oran g lain pun sama, Amar. Pada you sekalipun… I akan buat perkara sama
kalau tak ada pilihan. Nine nak jatuh
tadi. Daripada biarkan dia terus luka,
lebih baik I cuba
sedaya-upaya,” jelasku perlahan dan menjeling pada Nine. Melihat dia yang nampa knya mula terlena.
Amar buka mata. Mengeluh berat sudahnya. Dia cemburu tapi tersilap oran g.
Bukan pada aku sepatutnya dia cemburu kerana aku bukan sesiapa pada
dia. Kami hanya rakan sekerja dan aku
mula rasa tidak selesa jika Amar terus begini.
“Sorry, Naina… entah kenapa I rasa tak selesa bila nampa k you dengan Nine. Jenuh I cakap pada diri I, you berdedikasi
jalankan tugas tapi ada masan ya
I tak boleh nak terima jugak,” jawab Amar pada persoalan yang berlegar dalam
kepala aku.
Suapan pertama sampai
ke mulut. Aku kunyah perlahan dan aku
telannya dengan penuh rasa syukur kerana masih ada rezeki untuk aku hati
ini. Tersilap langkah siang tadi, boleh
jadi kata-kata Nine menjadi nyata. Aku
akan menerima kaliber itu bagi pihak dia.
“Tak apa, Amar. I tak tahu kenapa you rasa macam tu. Tapi pada I, selagi I ditugaskan untuk kerja
ni, I akan jalankan sebaik mungkin. Buat
masa sekarang, keselamatan Nine yang terumata.
You tahu, kan ?”
Amar mengangguk dan
matanya kembali terpejam.
“You makanlah. Tak tahu sedap ke tidak. I nak lena kejap. Apa-apa hal, you kejutkan, ya?”
Amar terus mengiring ke
kan an. Mengadap belakang sofa. Membelakangi aku yang sedang merasa
makanan. Tak daya hendak aku telan, tapi
aku paksa juga demi meraih kembali kudrat yang hilang sepanjang hari.
Malam semakin sepi.
Suapan juga semakin perlahan tapi nasi masih banyak berbaki. Helaan nafas Amar sesekali kasar. Menandakan dia benar-benar terlena.
Aku bangkit dan membetulkan
jaket Amar yang tersingkap. Melihatkan
dia mengerekot, aku tahu dia kesejukan.
Bila aku pandang pada katil Nine, dia sedang bersandar pada kepala katil
dan tersenyum dalam kesamaran bilik yang hanya diterangi oleh lampu malam.
“I lapar,” ujar Nine
tiba-tiba.
“You kena pantang, kan ?”
“I teringin nak makan
apa yang you makan,” ujar dia tanpa
mempedulikan kata-kataku.
Aku pandang nasi goreng
kampung yang berbaki. Kemudian memandang
Nine semula.
“Makanan ni tak sesuai
untuk orang sakit macam you…”
“Don’t worry, Naina… I ni sakit ke apa ke, I makan je kalau I rasa
nak makan. Jangan risau, body I…I lebih tahu keadaannya. Satu hari nanti mungkin you akan kenal body I macam mana. Tapi buat masa sekarang, I ajar you
sikit-sikit tentang keadaan body I…,”
ucap Nine sambil mengenyitkan mata padaku.
Aku sedikit
terngadah. Mengerti dengan kata-kata
tersirat yang Nine cuba
sampaikan.
“Ini tak sesuai. Luka you masih baru lagi!” tegasku tapi Nine menggeleng.
“Kalau you tak bagi I
makan nasi tu, you nak suruh I makan you ke apa?” Nine serius.
Aku spontan angkat
kedua belah tangan menutup dada. Nine
ketawa halus dan aku mengeluh bila yakin, aku terkena dengan usikan Nine.
“Kenapa tak
tidur?”
“I dah hampir lena tapi
I nampa k you
dengan Amar. Seronok pulak tengok Amar
tidur situ dan you tunggu situ,” jawab Nine.
Aku capai bekas nasi
dan mendekati katilnya. Kerusi aku tarik
dan duduk dekat dengan katilnya.
“I dok dalam bilik ni
sebab you. Bukan sebab sesiapa. Sepatutnya Amar sorang yang bertugas tapi dia
letih. Dia ajak I temankan dia. Arahan pihak atasan. Dia tak boleh nak bantah dan I tak boleh nak
biarkan rakan sekerja I letih sorang-sorang,” jelasku biar terang pada
kekaburan fikiran Nine.
“I ingatkan you sorang
tadi…”
“Tak…” Aku menggeleng.
“I sepatutnya rehat
tapi ingatkan Amar… itu yang I kat sini,” sambungku lagi.
“He likes you,” tukas
Nine ringkas.
Aku berpaling pada Amar
bila Nine mencebirkan bibirnya ke arah Amar sebelum aku kembali memandang
wajahnya.
“I like him too. Dia baik.
Rakan sekerja I lagipun…”
“Itu saja?”
“Ya, Encik Nine… dah
jangan sembang lagi. You rehat. Sehari dua lagi kami nak dapatkan statement
you. Better you get well soon.” Aku bangkit cuba menurunkan bantal Nine tapi
dia menarik tanganku dan diletakkan di dadanya.
Jaket tadi sudah hilang
entah ke mana. Hanya tinggal baju singlet yang membaluti tubuh.
“Kenapa?”
“Mujur tembakan tu tak
kena kat sini.” Dia bawa telapak
tanganku menepuk dada kirinya. Pada
hati.
Mataku memerhati. Jiwa aku merasa dan hati aku berkata-kata
dengan sendiri.
“Kalau kena tapi Tuhan
masih panjangkan umur you, you akan tetap selamat, Encik Nine,” pujuk aku bila
mengerti akan trauma yang sedang dia alami.
Sesiapa saja pastilah
trauma. Tembakan yang mampu membawa maut
melalui tubuhnya. Apatah lagi dia oran g awam biasa
saja.
“I tak kisah apa-apa
tentang nyawa I… tapi I risau, kalau I kena kat sini, I survive dengan hati yang luka, pasti I tak mampu rasakan perasaan
ini tentang you,” jawab Nine menyusun kata yang mampu membuatkan berdirinya aku
agak goyah.
Mata bertentang
lama. Nine meredupkan matanya. Bibir pucatnya terukir dengan senyuman manis
biarpun nampa k
tidak bermaya.
“You sedang mengayat I
ke?” Jujur saja soalan itu aku usulkan.
Nine ketawa halus. Dia menggeleng.
“I tak mengayat…I nak
cakap I suka pada you.”
“Terima kasih,” ucapku
mudah.
Wajah Nine
berkerut. “Terima kasih je?”
“Dah tu?”
Lama kami diam. Nine mengeluh tipis. Dia meraup rambutnya yang sedia terpacak itu
belakang.
“I expect more… tapi tak apalah.
You pergilah rehat. I tahu you
penat. Jangan risaukan I… I nak tidur
jugak ni,” suruh Nine.
Dia menghulurkan
jaketnya tadi padaku.
“Baju you nampa k nipis. Selimut pakai ni,” suruh dia.
Jaket itu tidak aku
sambut. Hanya memandang dengan pandangan
kosong dan penat.
“Ambillah dulu jaket
ni. I ada selimut.” Bibirnya Nine nampa k tersenyum nakal. Tersungging kemas pada hujung bibirnya.
“… ambil jaket ni,
Naina… tunggu I dah sihat dan satu hari tu tiba, you tak perlukan jaket tu dah. Biar I je hangatkan you biarpun kita
tercampak ke kutub,” seloroh Nine.
Darah merah menyerbu ke
muka. Aku tahan nafas yang mula tak
lancar. Hujung jari aku
menggeletar. Menggeletar lebih daripada
saat aku didenda berlari dengan menjunjung M16 dulu kerana kesilapan salah
seorang pelatih. Saat itu, aku rasakan
peluru adalah perkara menakutkan tapi tajamkan kata-kata Nine mampu memberi
tembakan yang tepat dan mendalam pada hati aku.
Mujur saja suasana
bilik suram, jika tidak aku tak tahu hendak aku sembunyikan wajah aku di
mana.
“Good night…,” ucapku tapi Nine cepat menyambung.
“Mimpi I.” Dia kenyitkan mata dan terus memejamkan mata
tapi bibirnya masih tak lekang dengan senyuman.
Huh… aku mengeluh berat
dan terus menapak duduk semula di atas sofa, dekat dengan Amar terbaring. Kepala aku lentokkan sedikit tapi mata tak
mampu aku pejamkan bila tiba-tiba nama Neo menerjah minda dengan rakus.
Di mana kau, Neo? Siapa kau dan apa kau nak daripada Nine? Soalan yang tak mampu aku jawab buat masa
ini.
SARAPAN pagi. Aku dan Amar sama-sama berada di dalam bilik
Nine. Tak sesaatpun kami biarkan Nine
tanpa pengawasan. Apatah lagi setelah Amar
menerima panggilan daripada Tuan Radzi Subuh tadi mengatakan yang Tuan Benjamin
meminta kawalan pada anak angkatnya ini diperketatkan.
“Pasal kes ni kan … apa you rasa,
Naina?” tanya Amar setelah dia
meletakkan gela s
Nescafe di atas meja.
Aku menjeling Nine yang
nampa knya masih
lena pulas. Wajah Amar aku pandang
kemudiannya.
“Laporan you dah
buat?” tanyaku pada Amar kembali.
Amar menggeleng. Roti bakar dia suap ke mulut.
“Kena siapkan secepat
mungkin sebelum Tuan Radzi bising lagi.”
Nafas berat aku lepaskan sebelum menyambung.
“I rasa kes ni memang
dirancang dari awal lagi. Kedatangan
Tuan Benjamin dan ahli del igasi
lain adalah rahsia. SDCC pun dikosongkan
tanpa apa-apa event hari tu. I berani
kerat jari…I rasa salah seorang daripada del agasi
tu adalah perancangnya. Cuma, I tak
pasti siapa. Kata Nine, pada asalnya
langsir itu tertutup dan dia tak sedar bila langsir itu diselak masa dia buat
pembentangan,” jelasku pada Amar.
Kening Amar naik. “You percayakan Nine?” Perlahan saja suara dia.
Aku mengangguk. “Tak ada sebab untuk I tak percayakan
dia. Semuanya logik. Kaliber sampai hari ni tak jumpa. Entah dah tembus ke mana. Tak jumpa lagi, kan ?”
Giliran Amar pula
mengangguk.
“Tapi, you tak pelik
ke… biasa penembak tepat ni dia akan tembak tepat pada sasaran. Sekali shoot, sharp. 100%... mangsa terus jalan tapi ini…”
“Kata Nine dia selamatkan
Tuan Benjamin…”
Kerut sudah terentang
pada dahi Amar. “Tuan Radzi kata Neo
buru Tuan Benjamin. Pasti bersebab. Sekarang ni, Neo pun kita tak tahu siapa dan
kat mana dia sekarang. Setahu I, gambar
Neo I kita dah hantar ke semua lapangan terbang, malah jalan darat dan air pun
kami dah edarkan gambar. Macam mana dia
boleh lepas dekat KLIA?”
Dalam hati aku
mengiyakan kata-kata Amar. Penjenayah
telah dikenalpasti dan gambarnya juga diedarkan dalam senarai dikehendaki tapi
masih boleh terlepas sekatan.
“Dia pasti menyamar,
Amar. Kita tak tahu nama sebenar dia dan
I yakin, Neo tu nama gela ran
je. Nama passport dia kita tak tahu.”
“Erm… betul jugak
tu. Macam-macam perkara boleh jadi. Dah nama penjenayah. Apa-apa pun boleh janji dapat lepaskan diri,”
sokong Amar.
Kepingan roti terakhir
dia suapkan penuh ke mulut. Amar bangkit
dan hendak berlalu ke pintu.
“You nak pergi
mana?”
“I nak pergi Surau
kejap. Nak tukar baju.”
“Eh, bilik ni kan besar…”
Amar sengih. “You ada.
Tak selesa.”
“Bilik air?”
“I nak telefon Tuan
Radzi kejap. Nanti I datang balik. Nine pun tidur tu. You makan dulu. Kerja makin memenatkan ni,” pesan Amar
prihatin.
Aku mengangguk. Kembali duduk menikmati sarapan pagi biarpun
hanyalah roti bakar yang disediakan oleh pihak hospital. Setelah siap, aku angkat pinggan tersebut ke
bilik air. Saat ini, aku nampa k Nine masih lagi
lena.
Setelah aku membasuh
pinggan dan mencuci tangan serta muka, aku terdengar suara Nine yang bertutur
dengan seseorang. Pintu bilik air yang
sememangnya tidak tertutup rapat membawa suara Nine yang perlahan itu singgah
tepat ke telingaku.
“No, uncle. Jangan risau.
Saya tahu jaga diri dan semuanya.
Tak… tak… tak ada siapa tahu pun.
Saya okey je kat sini.”
Aku memasang telinga.
“Naina dan Amar ada
semalam tapi ni tak nampa k. Mungkin dah balik atau keluar. Erm… saya balik secepat mungkin ke sana . Tak apa uncle tak hantar private jet
pun. Saya balik dengan MAS,” ujar Nine
lagi.
Dia diam seketika
sebelum berkata-kata lagi.
“Luka sikit je uncle. Janji semuanya selamat, saya mampu tanggung
semua ni,” jawab Nine sopan.
Aku tarik sedikit daun
pintu dan aku lihat dia sedang bangkit.
Menjatuhkan kakinya ke sisi katil dan cuba berdiri biarpun dalam keadaan susa h payah. Wayar
yang ada di lengannya, direnggut agak kasar.
Darah merah dia tekap dengan selimut hingga titisan darah itu
terhenti.
“Hari ni jugak,
uncle…” Nine mengerutkan wajahnya.
Entah kenapa, aku nampa k kepedihan yang
bermukim dalam dadanya. Setelah talian
mati, dia mencampakkan telefonnya di atas katil. Baju tanpa lengan itu dia buka. Terdedah tubuh sasa Nine di mataku.
Dia menapak ke arah alma ri dan mengambil beg
galasnya. Sehelai kemeja hitam dia pakai
dan tanpa memikirkan kebarangkalian aku ada di dalam bilik ini, dia membuka
seluarnya dan aku cepat-cepat menyorok di balik dinding. Terasa malu amat biarpun tak sempat terbias
pada mata akan diri Nine yang tidak sempurna pakaiannya.
Beberapa ketika, aku
mengintai kembali dan Nine sudah siap berpakaian. Beg galasnya disangkut pada bahu. Dia mengilas ke seluruh bilik. Kasut disarung. Dia terus menapak keluar daripada bilik tanpa
kebenaran doktor dan tanpa dimaklumkan pada aku terlebih dahulu. Hati aku curiga. Kenapa dia begitu tergesa-gesa?
~~> bersambung
kak rehan.. tak baik aw citer separuh jalan hakhak. sambung sambung
ReplyDeleteWahh . nak lagi kak RM . hihi .. Misteri la Nine nii .
ReplyDeleteSiapa nine ni sbnrnye ek? Ermmm...
ReplyDeletenk g mana tu?
ReplyDeletesi Neo menyamar????
ReplyDeleteDoctor = Neo
Neo = Doctor....hihihi
_aniesue_
Uncle mn yg tpon tu?benjamin? Xkan dia x tau nine tgh sakit..
ReplyDeleteSaya rasa Nine nilah Neo dak? Ekekeke.
ReplyDeleteWoww sempat lagi mengayatt tueee.... Ermmm who's Nine??
ReplyDeleteSomething smells fishy here....
Great story sis,always make me smile with nine >____<
Neo tu Naim kot???....jeng..jeng....nk kena siasat nie...nyway tq rehan...
ReplyDeletenk lagi...
ReplyDeleteJgn nine=neo...huuuuuu
ReplyDeletex mo la nine tu neo,,sedih plak hati kte ni,,
ReplyDeleteNine tu neo kot
ReplyDeletehuh......semakin mendebarkan....RM nak lagi...
ReplyDeleteNak lagi sgt mendebarkan apasal nine wat cam tu huhu x sbr nye
ReplyDeleteNak lagi dan lagi dan lagi......... ;)
ReplyDeleteadehhh sakit dada weishhh ...... siapa si nine nie...adooiii misteri2 ...huhuhuhuhuhu............ nak lagi....
ReplyDeleteMcm Nine tu Neo je. Misteri la. Something totally different fm RM. i like.
ReplyDeleteSalam, RM citer semakin meletup ni. Rasanya Nine kenal Neo, mungkin dia ni undercover tak? Nine kena menyusup keluar bagi mengelakkan diketahui oleh Naina n keluarga Benjamin tak? Suspennyer...
ReplyDeleteMisteri loooo
ReplyDeletealohh... nak lagi..best2..thumb up! =)
ReplyDeleteSaya rasa Nine=Neo
ReplyDeleteSebab dia buru tuan benjamin mungkin ada kena mengena dengan mak ayah dia yang hilang tu, mungkin tuan benjamin ke yang menyebabkan kematian mak ayah dia
Sy yakin nine ngan tuan benjamin mesti ada jalankan kwgiatan haram
ReplyDeletekesian mamat tu kan..siapa nine sebenarnya..kenapa bila dia menerima panggilan talipon tu..dia terus berlalu pergi..sedangkan dia masih dalam pengawasan Dr..dan lukanya belum sembuh lagi..Siapakah yg sebenarnya menalipon dirinya..adakah itu dari bapa angkatnya ..dan kenapa perlu tergesa gesa berlalu..tanpa meninggalkan pesan..pada 2 pegawai polis yg sedia mengawalnya..
ReplyDeleteapakata RM jdkan cter ni novel? i mean dlm versi cetakkan... BEST sgt!!!!!
ReplyDeleteok..sy rase ade betulnye pndpt reader yg lain.. nine tu adalah neo..dan die ingin balas dendam kat tuan benjamin..mgkn ada sbb yg trsndiri..bg mengaburi pihak polis..die buat la plan kene tembak tu..tp lastly mgkn die x jd nk buru tn.benjamin sbb die sygkan naina..mcm aq plak yg jd polis ni..-far-
ReplyDeleteerk!!!! Nine nak g mne?? kelam kabot nie.... :D
ReplyDeletea'ah saya pon rse Nine tu Neo... tpi time dia nk bunuh benjamin tu msti dia x smpai hati tu yg die defend benjamin... or
tu mmg plan Nine bila dia jdikan dri dia kne tembak so nnti org x suspect die tu yg jdik Neo......
hahahhaha.... bnyak gila prediction :D
-Syira Azmi-
Assalamualaikum :)
ReplyDeleteSaya suka dengan karya awak, cukup menyentuh hati, dan suka lagi saat awak menyentuh harapan kepada Allah, saya tahu awak cuba menyerapkan islam (menyerah diri kepada Allah saat rasa lemah menemuh kehidupan) kepada para pembaca, semoga Allah memberi ganjaran atas niat itu, tapi saya rasa karya yang ini agak tergelincir sedikit daripada landasan itu. Mungkin kalau awak perbaiki lagi akan menjadi satu lagi kebaikan buat kita semua dan karya yang membahagiakan buat awak di akhirat kelak. :) selamat berkarya
-Maria-
Sambunglh cepat rm.........
ReplyDelete