BAB 25
DARI JAUH aku nampa k sebuah kereta
mewah terparkir kemas di tengah laman di depan rumah. Bila aku kecilkan anak mata, tertangkap satu
susuk tubuh lelaki yang keluar daripada peru t
kereta dan itupun setelah pintu kereta dibuka oleh oran g lain.
Seorang lelaki segak
dengan kot hitam dan cermin mata hitam menapak ke arah rumah. Tanpa salam, dia disapa oleh suara mak
ngah.
“Cari siapa? Naina?”
Aku memasang telinga dan
mencerlungkan pandangan. Suryani ada di
sisi mak ngah di anjung. Lelaki itu pula
semakin mendekati.
“Ya, dia ada?” tanya suara asing itu.
Tapi, bila aku amati,
rasanya tidaklah seasing mana.
Kaki aku maju ke pintu
utama. Nampak mak ngah sedang memegang
penyapu lidi dan Suryani pula setia menemani.
Pintu aku kuak sedikit
bagi menonjolkan diri. Wajah lelaki itu
melangut memandang aku yang ada di depan pintu.
Bibirnya nampa k
tersenyum tipis. Senyuman sinis. Cermin matanya dibuka dan dahi aku berkerut
seribu.
Tak salah aku, dia? Dan dia buat apa kat sini? Secara tiba-tiba?
“You ni…” Aku cuba meneka tapi masih
teragak-agak.
Rasa tak logik.
Macam sasau kepala
hendak aku fikirkan kenapa dia ada di depan rumah aku dan itupun di kampung?
“Yeah, you tak salah oran g,” jawab dia bersama
bibir yang menceber.
Mak ngah memandang
aku. “Kawan kau ke?”
Aku menggeleng pada mak
ngah. Bukan kawan. Bukan juga musuh tapi seseorang yang aku
pernah kenal tapi tak mahu aku temui lagi.
“Dah tu siapa?”
“Seseorang yang Naina
kenal,” jawab aku.
“Kalau macam tu, mak
ngah ke dapur dulu.” Mak ngah terus
berlalu ke dapur.
Hanya Suryani yang aku
paksa menemani aku saat ini. kaki ini
melangkah turun dari anjung ke anak tangga pertama.
“Kenapa you datang dan
macam mana boleh sampai ke sini?” soal
aku.
“Nine,” jawab dia
sepatah.
“Apa?” Berkerut dahi aku saat ini.
“Dia bagitahu alamat
ni?”
Lelaki ini
mengangguk. “Tak percaya?” duga dia.
Aku tidak berkata
apa. Senyuman mati. Dalam hati berkira-kira sendiri. Tak mungkin Nine atau kerana dia Nine perlu
pergi?
“You paksa Nine
balik?”
Wajah lelaki ini
tersenyum. “I tak perlu paksa… dia tahu
daripada mana dia datang dan kepada itulah dia harus kembali.”
Terasa hendak aku tembak
tepat ke kepala dia bila dia menjawab aku begitu. Terasa Nine dalam bahaya dengan kata-kata
dia.
“So, apa masalah you
sampai cari I ke sini?”
“I need you,” jawab dia
sambil menyeluk poket seluarnya.
“What kind of need? I off duty.
Why don’t you just call Tuan Radzi, perhaps…,” cadang aku.
Dia gela k kecil.
“I dah biasa dengan you. Pertama
kali I ke sini pun, you jaga I. now, I
ada conference I nak you guard I…”
Aku pandang Suryani yang
sudah memaut lengan aku. Nam pa k
takut dengan penampilan lelaki di dalam sut hitam ini.
“Maaf tapi I tak
boleh. Sia-sia je you datang sejauh
ni…,” jawab aku lembut dalam ketegasan.
“You mesti ingat apa
yang I pernah katakan dulu, kan ?” soal dia.
Aku diam, membiarkan dia
menyambung kata-katanya.
“I akan dapatkan apa dan
sesiapa saja I nak. Termasuk barang dan oran g yang Nine sayang,”
jawab dia bongkak.
Hati aku menggelegak
tiba-tiba. Lengan Suryani aku tolak
sedikit kasar dan kaki aku laju menuju pada dia
yang terlalu kurang ajar saat ini.
“Naim, sejujurnya I tak
pernah tahu apa masalah you dengan Nine.
Mungkin dia tu hanya pekerja pada bapak you tapi you kena ingat, dia pun
manusia biasa. Ada rasa dan perasaan. Kalau dengan mengugut dia you boleh cari I
sampai ke sini dengan harapan I akan ikut telunjuk you…” Kata-kata aku terhenti.
Aku berdecit lama.
Menggeleng.
Tersenyum sinis.
“…you dah tersilap oran g!” tekan aku menahan gera m.
Bibir Naim tersungging
dengan senyuman tipis pada hujungnya.
“Interesting, Naina…
sangat mengujakan. You dan Nine
sama-sama nak pertahankan diri masing-masing.
You tak nak dia sakit dan you pun sama tapi I ada kuasa. Nine tu tak ubah macam lembu yang dicucuk
hidung. Dia akan ikut apa saja I cakap
dan dia tak boleh nak cederakan I walaupun dengan segaris calar…”
“Habis tu, you expect
dia akan serahkan I pada you dengan harapan you bahagia? macam tu?”
tanya aku mencantas kata-katanya.
Bibir aku mengukir
senyuman tipis. Mata Naim aku
tentang.
“Ini yang buatkan I
teruja dengan you, Naina. I nak sangat
tahu di sebalik kekerasan you ni, ada tak kelembutan yang boleh mencairkan hati
lelaki seperti I ni…,” gumam dia memjawab bentakan aku.
Suryani di belakang
sudah turun merapati aku. Ditariknya
lengan baju, bagai bimbang aku akan jatuhkan penumbuk tepat ke muka Naim.
“Nine tak akan jumpa you
lagi, Naina dan kalau pun dia nak jumpa, you akan tolak dia jauh-jauh. Kalau you tak percaya, you ingat kata-kata I
ni. Masa tu, kalau you rasa I betul, you
datang cari I. I sentiasa nantikan
kehadiran you pada I,” ujar Naim lagi lantas dia selitkan sekeping kad pada
poket baju T yang aku pakai.
Matanya dikenyitkan
sekali.
“Sejauh ini I datang
tapi hampa juga tapi I tak akan putus asa.
Call me when you are ready,” suruh dia sebelum dia berpaling dan berlalu
ke arah keretanya.
Tak sempat Naim menarik
pintu kereta, aku menahan langkah dia.
“Apa masalah you dengan
I, Naim? Apa yang I buat pada you
sampaikan you kacau hidup I macam ni?
Sedangkan I hanya ditugaskan untuk menjaga you sebelum ni dan I dah
laksanakan tugas I sebaik mungkin. Nine
yang ditembak, bukan you atau daddy you.
Apa yang buat you jejak I sampai ke sini?” soal aku bertubi-tubi.
Sudahlah Nine juga pergi
meninggalkan aku lemas dalam pelbagai soalan yang melanda. Tidaklah sedikit malah semakin terbeban
kepala aku dengan persoalan apatah lagi bila Naim juga muncul dan itu pun
dengan tiba-tiba.
Ironinya, setelah Nine
pergi beberapa saat.
Tubuh Naim berpusing 180
darjah memandang aku. Kakinya kembali
menapak mendekati aku dan cermin mata hitamnya diturunkan. Bibirnya nampa k sinis dan renungannya kian tajam.
“Sebab you adalah
perempuan yang Nine cinta,” jawab dia separuh berbisik.
Aku kerutkan dahi. Hampir bertemu antara dua kening di
tengah-tengahnya. Naim berpaling dan
melangkah pergi. Menghilang di dalam
kereta Lexus hitam mewah itu dan kini, hanya kesan tayar yang tertinggal.
Juga, kata-kata akhirnya
yang membuatkan aku berfikir bukan sekali malah dua kali dan beratus kali. Mencari arah dari mana kata-kata itu pernah
aku dengari.
Sungguh.
Aku yakin dan amat
yakin,
Aku pernah dengar suara
itu dalam intonasi yang lain. Aku pernah
dengar ada yang menjawab demikian bila aku menyoal kenapa.
Aku hampir pasti.
Hampir yakin.
Namun jika ya…
mampukah?
BERKALI-KALI aku cuba
menelefon Nine tapi sayang, taliannya tidak bersambung. Namun aku, tak mungkin berputus asa. Sekali lagi mencuba, masih kecewa
Sekali lagi, juga
kecewa.
“Dapat?”
soal mak ngah yang juga nampa k
menggelebah.
Dia nampa k gusar setelah aku ceritakan tentang
kedatangan Naim yang tidak diundang siang tadi.
Suryani sedari tadi diam tak berkata apa. Nampak ketakutan dalam riak mata
masing-masing.
Aku menggeleng pada mak
ngah. Dia mengeluh kecewa.
Jika dia kecewa, aku
berjuta lagi patah riuk hati ini. Naim
sentiasa wujud antara kami. Pertama kali
dulu, dia pernah bersikap kurang ajar tapi Nine menghalang. Kali ke dua juga tapi adakah untuk kali ke
tiga? Atau mungkin kali ke empat? Jika ya, di mana?
Aku tekan sekali lagi nombornya dengan
menyebut nama Allah berkali-kali. Jika
dia untuk aku, dia akan menjawab panggilan yang sengaja diputuskan talian
ini.
Beberapa kali deringan,
akhirnya…
Mata mak ngah aku
pandang. “Dapat,” ujar aku tanpa
suara.
Dia usa p
dadanya. Lega. Sudahnya, dia heret Suryani menjauh.
“Nine, saya… Naina,”
tegurku memulakan bicara.
Talian di sebelah sana sepi.
Biarpun begitu, aku
yakin Nine sedang menden gar.
“Saya tahu awak dengar, kan ? Awak kat mana? Kenapa tinggalkan kami macam tu je?”
Dia masih lagi diam
menerima soalan aku.
“Kenapa? Sebab Naim ke?” tanya aku sambil membawa tubuh sendiri
mendekati jendela yang ternganga lebar
membiarkan angin malam masuk.
“Awak kata awak nak
lindungi saya tapi kenapa awak lari? Sebab
awak tahu Naim akan datang cari saya di sini?
Rumah mak ngah ni?” tanya aku
tenang.
Aku dengar Nine menelan
liurnya kasar.
“Naim datang cari awak
kat sana ? Bila?”
Akhirnya, dia bersuara dan aku menghela nafas tenang.
“Sian g
tadi. Lepas awak pergi.”
Keluhan demi keluhan
Nine lepaskan. “Are you okay? Awak dan keluarga awak okey ke?” soal dia kerisauan.
“Kalau saya kata kami
tak okey, awak nak berlari ke sini ke?”
soal aku sedikit sinis.
Nine ketawa kecil. Tawa yang dibuat-buat.
“Saya dah bawa awak ke
arah bahaya, Naina. Awak dan keluarga
awak,” ujar Nine lemah.
“Apa maksud awak?” Dahi sudah berlapis-lapis menerima kerutan
dan persoalan.
“Saya tak patut jatuh
cinta pada awak. Saya patut sedar siapa
saya. Saya tak layak untuk mana-mana
perempuan lebih-lebih lagi awak. Sudahlah
tak mampu buat awak bahagia, sekarang ni buat awak berada dalam bahaya
pulak. Ampunkan saya, Naina...,” luah
Nine beremosi.
“Apa yang awak katakan
ni, Nine?” Aku semakin keliru dengan
kata-kata dia.
Lain yang aku
rancangkan, lain yang jadi.
Aku mahu luahkan
segalanya tentang Naim. Menyedari bahayanya
Naim pada dia dan aku sendiri, aku mahu dia ada di sisi aku setiap masa biar
mudah aku menjaga keselamatan dia yang begitu
mudah digertak oleh Naim.
“Nine, balik sini. Biar saya jaga keselamatan awak,” cadang aku.
Tapi sayang, cadangan
itu diterima oleh tawa yang pelik.
“Saya yang patut jaga
awak, Naina… bukan awak jaga saya,” tegas Nine kemudiannya.
“Kalau macam tu, saya
perlukan awak kat sini. Ada masan ya
saya rasa Naim tu menakutkan. Dia siapa? Kenapa saya rasa saya pernah kenal dia dan
saya pernah jumpa dia setelah kes dulu tu?
Awak bagi tahu saya siapa dia?”
pintaku tapi sayang, Nine hanya diam.
“Apa pulak dendam dia
dengan awak, Nine sedangkan awak dan dia bersama-sama selama ni? Tak ubah macam Neo,” sambungku lambat-lambat
menyebut nama Neo.
Mengingatkan nama itu,
rasa tercarik hati. Rasa sakit seluruh
tubuh dan rasa hangat tepi bibir kesan tampa ran
dia dulu. Rasa koyak jiwa bila
mengingatkan yang Nine pernah ditembak.
“Saya akan lindungi awak
dari jauh, Naina… hanya dengan cara ni saya mampu lindungi awak. Maaf, tak patut saya libatkan awak. Tak patut saya jatuh cinta pada awak,” ulang
dia sekali lagi.
“Tak… jangan katakan
cinta, tapi saya tak patut jumpa awak dari awal lagi,” ujar dia pasrah.
“Nine…” Suaraku sudah sebak.
Kata-kata terputus.
Terjerut di leher.
“Apa masalah dia, Neo
dan kita ni sebenarnya, Nine?”
Nine diam. Membiarkan talian berasa kosong begitu buat
jangka masa yang lama. Aku sudah hampir
menangis bila rasa tak sedap hati.
Resah.
“Naina,” panggil Nine
lembut.
“Saya nak minta dari
awak satu perkara, boleh?” soal dia.
Tanpa menanti kata-kata
daripada aku, Nine bersuara menyambung.
“Boleh tak awak biarkan
je niat awak nak siasat kes kematian arwah ayah dan umi awak tu? Saya rasa semuanya akan jadi terlalu bahaya
untuk awak dan keluarga awak.”
Menerima permintaan Nine
yang aku rasakan tidak masuk akal itu buatkan aku hampir pitam.
Aku menggeleng
perlahan. “Tak mungkin, Nine. Saya dah mulakan dan saya akan pastikan
semuanya akan berakhir dengan baik.”
Nine mengeluh
tipis.
“Kalau macam tu, saya
akan lindungi awak, Naina,” ujar Nine cukup perlahan menujah gegendang
telingaku.
bersambung
RM : Get ready guys... (ready utk apa pon RM tak tahu)..
aduh..tiap kali baca..jantung mmg rasa nk terkeluar..selalunya sbb melting skrg sbb saspen..
ReplyDeleteape plak masalah kali ni...
ReplyDeletetakutnyerrr...jgn le jadi apa2 kt naina dan nine dan makngah dan suryani..adoyaiii...
ReplyDeleteknapa nie..... tetiba jdi takot la plak dgn ayt last abg nine nie.... walaweh... dup dap dup dap da nie :(
ReplyDeleteMesti neo adalah naim kn.....nk smbg baca lg, suspen sudah
ReplyDelete