BAB 27
KAKI AKU lemah
melangkah keluar daripada unit kajian forensik dan makmal jena yah.
Di mana adanya petugas pintar tentang IT dan teknologi yang akan memberi
jawapan tentang kes-kes berkaitan dengan kemahiran teknologi.
“Gambar kedua-dua oran g ini adalah sama,
Puan Naina.”
Itulah jawapan yang aku
terima. Sekarang, pada siapa hendak aku
menangis. Pada siapa hendak aku luahkan
rasa tidak puas hati ini.
“Macam mana?” soal Amar tiba-tiba muncul di sisi.
Aku pejamkan mata
seketika dan berpaling pada dia.
“Po sitif…”
Wajah Amar langsung tidak aku pandang. Kaki melangkah tapi bagai hilang arah
tujuan.
“As expected,” balas
Amar sambil mengangguk-ngangguk.
“So, apa nak buat
sekarang?” Langkah Amar mati.
Sebelah tangannya
menahan langkah aku. Dengan berat hati,
aku angkat wajah membalas pandangan Amar.
“Kuat?” Sepatah soalan Amar itu sudah member maksud
yang begitu mendalam pada diri aku.
Aku angguk. Sungguh aku tak menyangka, Neo adalah orang
yang terlibat dalam kes kemalangan arwah orang tua aku. Aku yakin, dialah merancang segalanya dan
dialah dalang untuk semua ini.
Kebetulan pula musuh
lamanya mengenali aku dan aku yakin, dia masih belum tahu aku adalah anak
kepada pegawai polis yang telah di bunuh beberapa tahun sudah.
“I nak kita siasat
lebih detail. Kita kena kumpulkan semua
maklumat yang kita ada sebelum bertindak.
Lagipun, Tuan Radzi sendiri nak kita dapatkan seberapa banyak bukti dan
petunjuk. Terbukti Neo dan sekarang, I
bukan lagi nak tangkap dia kerana orang tua I, tapi kerana keselamatan Negara,”
jawab aku yakin.
Cuba mengembalikan
kekuatan dan niat sebenar aku menjadi anggota keselamatan khas ini.
Amar mengangguk
sedikit.
“I dengar kata, dia
mudah keluar masuk ke Malaysia. Yang pastinya
dengan identiti yang berbeza setiap kali.
I akan hantar gambar ni ke Pejabat Kastam dan juga semua pintu masuk Negara. Kali ini, dia masuk...” Amar tersenyum sinis.
“... dia tak akan dapat
keluar.”
Bahuku ditepuk
sekali. Amar senyum manis.
“Apa pun jadi, I akan
lindungi you, Naina...,” bisik Amar.
Senyuman itu aku balas
seadanya.
“I akan lindungi diri
sendiri, Amar.”
Sebab I dah ada
seseorang yang akan melindungi I dan buat I rasa nak jaga diri sendiri sebaik
mungkin.
Mata Amar nampak
terkebil-kebil.
“Do you mind if I ask
you a question?” Pertanyaan itu keluar
bila kami sama-sama melangkah menuju ke pejabat Tuan Radzi.
Tanpa bersuara, aku
hanya jongketkan kening meminta dia meneruskan soalannya.
“You cintakan Nine?”
Telus soalan Amar.
Tenang dia bertanya.
Tapi, ada getar pada hujung
nada.
“Kenapa tanya macam
tu? Dah berkali-kali you tanya.”
“Sebab I dapat
rasakan...”
“Tak ada istilah cinta
pada I, Amar...” cantas aku.
“Selagi kita tak
tangkap Neo dan kumpulan dia, tak ada istilah cinta dalam hidup I.”
Ya.
Jika Neo bermaharajalela,
bagaimana kau dan Nine mahu hidup senang.
Biarpun tak senang,
janji hati kami lapang.
Ini tidak... sudahlah
ruang agak sempit, dihimpit pula oleh Neo dan juga Amar. Ditambah pula dengan Naim yang
menghempap. Lelah kami.
TUAN RADZI bersuara tegas. Aku, Amar, Sarjan Mazlan dan beberapa oran g lagi ahli pasukan
memasang telinga dengan teliti menerima setiap arahan daripada dia.
Setelah semuanya
bersurai, suara Tuan Radzi menahan aku. Pintu
terkatup rapat bila akhirnya susuk tubuh Amar hilang.
Aku berpaling dan tersenyum. “Ya, tuan!” tegas aku bersuara.
Tuan Radzi
mendekati.
Dia menelan liur
beberapa kali.
Mata itu merenung
aku.
“Kes kali ni mungkin
akan buat emosi ada cedera tapi saya
yakin dengan awak. Awak terlatih. Emosi dan fikizal. Penembak tepat juga. Cergas dan tangkas. Abaikan kes arwah ayah dan umi awak... sebab
bila kita dapat tangkap Neo, semuanya akan terbalas. One bullet for two heads. Saya harap awak faham,” ujar Tuan Radzi.
Aku angguk.
Faham benar dengan
kerisauan dia dengan emosi aku yang boleh jadi tidak mampu dikawal nanti.
“Bila kita jalankan
operasi ni nanti, saya tak akan letak awak sebagai kedudukan penembak tepat,
Naina... awak boleh terima, kan?” tanya
dia sedikit gementar.
Aku hanya mengangguk
dan mengangkat tabik hormat penuh disiplin.
“Baik, tuan...”
“Kalau macam tu,
rasanya tak perlu saya terangkan kenapa saya tak bagi awak kedudukan yang biasa
awak dapat dalam operasi macam ni,” tokok dia.
Aku menyilang kedua-dua
belah tangan ke belakang. Tenang mendengar
dan menerima arahan.
“Faham, tuan...”
Tiada apa lagi yang
perlu aku fahami bila Tuan Radzi berkata demikian. Dan aku juga, tak mahu menanti di satu sudut
atau di atas bumbung pada jarak beberapa ratus meter, menanti untuk menembak
mati penjenayah yang menolak untuk menyerah.
Kali ini, aku mahu
berdepan empat mata dengan lelaki yang aku mahu temui itu. Kami pernah bersua tapi mata itu
terlindung. Tak mampu aku cam mata yang
punyai panahan jahat itu.
Biar kali ini, dia
bertemu buku dan ruas. Jika tidak kerana
senjata Sniper pun, aku mampu tangani Neo secara berhadapan. Aku yakin.
“Sikit lagi maklumat
daripada Unit Risikan, kita akan jalankan operasi kita. Sedia, mental dan fikizal, Naina,” tegur Tuan
Radzi membawa aku kembali memandang dia.
Aku senyum dan
menjatuhkan kepala.
“Kalau tak ada apa-apa
lagi, saya mohon keluar, Tuan.”
Tuan Radzi
mengangguk.
Aku tunduk sedikit dan
terus berlalu. Bibir aku tersenyum
herot.
Neo...
Nama itu aku seru
berkali-kali atau boleh jadi juga nama Borhan pada asalnya. Biarpun wajah itu sangat berbeza, tapi dia
tetap dia. Identiti berbeza tapi dia
adalah yang aku kehendaki.
Langkah kemas aku
hayunkan menuju ke pejabat sendiri. Saat
melalui meja Amar, dia tiada di situ. Baru
hendak memulas tombol pintu, suara seorang pegawai menegur.
“Puan Naina...”
Aku berpaling.
“Ada orang cari puan
dekat menara utama,” sambung dia tanpa aku bersuara.
“Siapa?”
Dia jongketkan
bahu.
“Ada yang telefon tadi
masa puan jumpa Tuan Radzi,” jelas dia.
Aku senyum. “Terima kasih, ya?” ucapku dan dia terus berlalu.
“Siapa?”
Aku menggaru dahi yang tidak gatal. Rambut yang jatuh terjuntai ke dahi, aku
tolak ke belakang.
Tak jadi masuk ke
bilik, aku terus menapak laju menuju ke menara utama. Dalam kepala bertanya tak sudah-sudah,
siapa? Dalam hati yakin dengan dia tapi
sungguh ke?
Setibanya aku di ruang
legar menara utama, tercari-cari juga kelibat orang yang dimaksudkan. Beberapa kali aku melingas, masih tiada
siapa. Baru hendak bertanya pada
kaunter, seseorang mencuit bahuku.
Pantas aku
berpaling.
Seorang lelaki berkot
hitam dan segak tersenyum pada aku.
Naim...
“You?” soal aku mencerlung tajam.
“Minum?” pelawa dia.
Aku menggeleng.
“Waktu kerja.”
“I tak kata sekarang...
lepas waktu kerja? Okey?” cadang dia pula.
Aku menggeleng
lagi.
“I banyak kerja. I kena stay-back kat ofis. You datang sini kenapa?”
“I need you,” jawab Naim
pantas.
Aku mengeluh. Mata memandang sekeliling. Rasa ada mata yang memerhati.
Pelik bila ada lelaki
yang mencari Inspektor Naina di tengah-tengah waktu kerja. Pastilah menjadi bualan. Tak pernah-pernah terjadi.
“You balik jelah,
Naim. I ada banyak kerja kat atas.” Aku terus berpaling tapi suara Naim menahan.
“You know Neo?” soal dia.
“What?” Serta-merta aku berpaling pada dia.
“Siapa dia pada
you? You both? You dengan Nine? Neo memusuhi dia juga. Dia musuh keluarga you ke? Atau you datang ni nak bantu I bagi maklumat
tentang Neo?” soal aku bertubi-tubi.
Dia mengangguk dan
bibirnya menceber.
“Kalau you ikut I, I
akan bagi maklumat pada you tapi bersyarat?”
Naim mula meletakkan tanda urusniaga.
Aku jongket kening
sebelah. Tangan sudah masuk ke dalam
poket jaket dan menekan nombor Amar. Aku
biarkan terpasang saja kerana pada aku, Naim punyai niat yang tak elok tapi
bila dia tawarkan maklumat mengenai Neo, aku mahu menerima urusniaga dia.
“Apa syarat you?”
“You,” jawab Naim.
“You nak I?”
Dia jatuhkan
kepala.
“I dah lama nak
you. You boleh terima I?”
Aku menggeleng. “I bukan bahan untuk you...” tegas aku menolak.
“Kidding.”
Naim ketawa.
“Maksud I tu, I nak
minta you temankan I. Siapa tahu,
kan? Neo tengah follow I, stalk kita dan
dia mesti tahu yang I sedang nak beri maklumat tentang dia pada you...”
Aku ketap bibir. Aku yakin Amar sedang mendengar perbualan aku
dan Naim. Lambat-lambat aku jatuhkan
kepala bersetuju setelah beberapa ketika menimbang kehendak dia.
“I kena call Tuan Radzi
dulu...”
Dia mengangguk memberi izin.
KERETA Naim berhenti
tepat di depan Hotel Quality. Cermin mata
hitam yang dia pakai dibuka dan diletak di atas dashboard Audi ini. Melihatkan
Naim begitu, terus mengingatkan aku pada pertemuan pertama kami. Lebih-lebih lagi pertemuan aku dan Nine
sewaktu dia datang ke pejabat Tuan Radzi.
Hari ini, aku dan Naim
bersama dengan tiket maklumat yang aku
mahukan. Apa yang merasuk aku ke sini bersama dia dan
mengikut kehendak dia, aku tidak pasti.
Padanlah waktu itu kami
dari unit khas ini yang ditugaskan menjaga rombongan mereka. Rupa-rupanya mereka punyai musuh lama yang
mahu menghapuskan mereka bila ada peluang dan ruang.
“Kita makan sini, okey?” soal Naim.
Aku diam.
Pintu kereta sudah
terkuak bila dibuka oleh dua orang
pekerja hotel yang tersenyum mesra.
Naim keluar segak. Aku juga mengikut langkah Naim. Membetulkan kot hitam yang aku
pakai. Rambut yang jatuh ke pipi,
aku selit ke belakang telinga. Naim kini berdiri di sisi. Kereta telah dibawa pergi.
“After you...” Naim bersuara.
Aku tidak membalas
sebaliknya, hanya meniti anak tangga menuju ke meja yang telah dikhaskan untuk
VVIP dan orang kaya seperti Naim.
“I dah makan,” beritahu
aku sedang elok saja aku labuhkan duduk.
Naim angkat kening
tinggi. “Minum?”
“Water mellon juice...
less sweet and ice too.”
“Itu je?” Naim menongkat wajah di atas meja.
Aku angguk dan Naim
memesan secawan white coffee untuk dirinya.
Setelah pelayan itu berlalu, aku betulkan sedikit senjata yang ada di
rusuk kiri. Mata meliar. Berjaga-jaga.
Boleh jadi mereka sedang mensasarkan Naim, bukti dan saksi utama yang
aku ada setakat ini.
“Naina...” seru Naim panjang.
“Ya?” Kening aku naik.
“I’m talking to you,”
keluh dia.
“I dengar, Naim. You boleh teruskan. Kalau you sudi beritahu I semua, I akan
pastikan keselamatan you dan seluruh
ahli keluarga you.”
“I dah terjaga, Naina..
you tu.” Bibirnya muncung pada aku.
“I juga terlatih
menjaga diri...”
“Haa...” Mulut Naim
terngaga.
Jari telunjuknya
digoyangkan di depan aku.
“You mungkin tak tahu
tapi I tahu... Neo sangat bahaya. Dia sangat
licik, Naina... kalau tak macam mana pasukan you tak boleh tangkap dia. I dengar you kena culik hari tu? It that bad?”
Aku menggeleng dan
senyum sinis.
“Siapa bagi tahu? Nine?”
Naim mengangguk. “Kalau
hal you, siapa lagi dok kecah-kecah cerita itu ini,” cemik Naim.
“Dia ambil berat pada
you walaupun dia tahu dia tak layak,”
sambung Naim.
“I tak datang sini,
ikut you untuk dengar you cakap pada Nine.
I nak tahu pasal Neo. Apa saja
yang you tahu dan you jangan risau, I akan pertaruhkan nyawa I untuk
keselamatan you...” janji aku.
Naim kedipkan matanya
sekali. “You dah buktikan. You dah hampir gadaikan nyawa you untuk Nine,
kan?”
Merengus aku dibuatnya
dengan kata-kata Naim.
“Kalau macam ni you
cakap you nak bantu I dan pihak polis cegah jenayah, you memang mengarut. I nak balik.
Kalau you ada apa-apa nak bagi tahu, call this number...”
Aku letakkan sekeping
kad di atas meja. Tepat di depan
Naim.
Letih.
Sudahlah risau dengan
Nine dan juga kes yang sedang kami siasat.
Naim muncul tawarkan diri tapi hampa.
Sekadar hendak mengayat aku, baik dia lupakan.
“Naina... minum dulu,”
laung Naim.
Aku hanya angkat tangan
tanpa berpaling.
Cepat-cepat aku
melangkah keluar daripada Hotel
Quality. Kaki laju mencari hala
tuju. Mencari sebuah teksi hendak
kembali ke ibu pejabat dengan rasa hampa berjuta-juta kali menghempap hati.
Lengang.
Kawasan menanti teksi
di depan Menara Tun Ismail Mohamed Ali lengang sedikit. Tangan aku melambai-lambai beberapa buah
teksi tapi kecewa. Biarpun hari sudah
agak petang, namun panasnya tetap membahang.
Bila aku hendak menahan
sebuah lagi teksi, sebuah MPV dari jenis Nissan Elgrand laju menghala ke arah
aku. Cepat-cepat aku mengundur bila dia
menggunakan lorong untuk bas dan teksi.
Tak aku duga, kenderaan
itu berhenti tepat di depan aku. Pintu ternganga
lebar dan beberapa orang lelaki yang bertopeng muncul lalu menarik tangan aku
kasar.
Kudrat seorang wanita
dan tiga orang lelaki mudah saja menewaskan aku. Tubuh aku terlontar di tengah-tengah
kenderaan dan pedal minyak ditekan. Kereta
menderum laju.
Cecair klorofom yang
menyengat menujah ke dalam rongga hidung membuatkan aku tak mampu melawan. Mata kian layu. Pandangan pula berbalam. Bila aku berpaling ke luar tadi, aku nampak
senyuman dia.
Dan itulah, ingatan terakhir sebelum dunia aku
gelap gelita.
~~> bersambung
RM : do comment... dah bukak untuk komen cik-cik/puan-puan/tuan-tuan anonymous.. harap tak ada spam dah lepas neh.. haih.. ready guys... cerita ni mungkin tak sama dengan yang sebelum n. tak terbuai malah buat sakit kepala. Tapi inilah yang kita panggil, VARIASI... >___<
~~> bersambung
RM : do comment... dah bukak untuk komen cik-cik/puan-puan/tuan-tuan anonymous.. harap tak ada spam dah lepas neh.. haih.. ready guys... cerita ni mungkin tak sama dengan yang sebelum n. tak terbuai malah buat sakit kepala. Tapi inilah yang kita panggil, VARIASI... >___<
erm... cubit nak? inilah jadinya kalau baca versi blog. seksa menunggu satu-satu bab. heh. Siapa culik naina? akak rasa komplot Naim tu. dan nine tu ada hubungan [err mungkins edarah atau kisah yg sama dgn naina] dengan Neo @ bokhari.
ReplyDeletehuwaa... ni yg malas nak komen. karang akak lak jadi tukang karut nih.
haha....jgn mengarut agi kak
DeleteNice....... Go rm :-)
ReplyDeleteahhhhh...naina kene culik utk kali kedua??!! nx entry pls... rasa da nak nangis ni...
ReplyDeleteNur
alaaa..naina kena culik lagik..nine cpt tolong
ReplyDeletenext plz !!
ReplyDeleteagain kne culik..addeeii...suspen la weh...rse mcm nk g ikut sme g cri pjenayah tu..xcited giler..cpt2 nxt n3 cik writer..plzzzzz....:)
ReplyDeleteyayo
naina kna culik lg,..sian nyer..sape sebenarnyer dalang ni
ReplyDeletemesti Naim a.k.a Neo ni yg culik Naina.
ReplyDeletesapekah yang menculik tu??
ReplyDeletekena kidnap lg..ayoyoo..nape naina x hati2..scary tul camni..
ReplyDeleteTq rm.....
ReplyDeleteMarathon sungguh.......3 n3 dlm sehari. Bila nk masuk n3 baru?
adoi.....mkin tak sabar tggu next entri
ReplyDeletepenembak tepat tp gagal dalam menjangkakan keadaan/ situasi. mudah ditewaskan. mungkin sebab masih hijau dlm unit ni
ReplyDeletesakit hati!!... mmg sakit hati!!... dan betul2 buat sakit kepala!!... tapi kan yg last tu, rasa2 mcm naina nampak senyuman neo?.. betul ke?..
ReplyDeletearrggggghhhhhh..... sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan.... tengok drama kat TV tak sesakit ini...
ReplyDeletetakpe.. takpe.... Amar tentu ada mengekori....9 ada memerhati dr jauh.... tapikan...eeeemmmmmmm..... rasa2nya, sumber yg blh dipercayai (yg disebutkan Amar) tentu 9 kan kan kan...takkan lah dia confident sgt..... aduh!!!!!!....RM bukan setakat kena marathon 3 n3 sehari tp kena hbs kan terus HIKC nie...
ReplyDelete-sab-
sape senyum kt dia????
ReplyDeletehaisy..baru nak panas, dah kejat pulak my jantung. huhuhu........bila nak sambung ni?
ReplyDeletesape yg senyum tu ek..ermmm naim?nine?neo?
ReplyDeleteitulah ....siapa yg senyum kat dia... 3Ns nie mmg menguji tahap IQ lahh....
ReplyDeletexsabar nk tunggu nxt episod..hero,nine menyelamatkan heroiin...kot2 nine tu perisik jgk?hahhaha....ikut uncle to for undercover
ReplyDeleteRM, nak kasi idea la... wat la nine tu spy ala2 komando ker. hahahhaha;p naina n d geng xtau n salah phm kat dia. hahahha..xmo la saspen sgt. skt jantung kami ni RM oiiii=p
ReplyDeletehey hey hey confius cerita ning, payah nak tebak jalan cerita nya. Tak sabar . Good job rehan. bijak main perasaan.
ReplyDeleterse nak wacha je tp xtaw sape...xkan nak wacha tukang tulis plak..mmg xd ending ler....hahahahaha..
ReplyDeletenaina wacha je diorg semua..kata gagah perkasa..(ceh,dah cm citer charlie angel..hahahha)
ReplyDeleteDah makin fening .ni mesti keja naim yg jeles dgn nine.ape2 tgu sis RM yg putuskan....bedebor sesangat...
ReplyDeleteoh tq karehan sbb da bukak anonymous ni smula..da lma x komen.
ReplyDeleteknpa ase2 mcm Naim ni Neo..jht la ko Naim
>>k<<
x kn neo culik lg kot.... rsenya la naim = neo la..... alamak takot la plak.... :(
ReplyDeleteMana amar nie X tolong ke?
ReplyDeleteAku keliru~ menjadi buntu~
ReplyDelete~T_T~