BAB 29
WAJAH lena Nine aku
pandang. Bibir yang dihiasi darah kering
itu menyentuh hati aku yang sedia luka.
Nine...
Kenapa macam ni sekali
hubungan kita? Jika aku menyoal, adakah
jawapan itu untuk aku. Lama aku tatap
dia yang sedang lena di sisi aku.
Rasanya sudah semalaman berlalu.
Nine masih di sini menemani aku yang langsung tak nampak matahari dan
bulan.
Bila aku mengesot
sedikit, Nine juga sama. Dia akhirnya
buka mata dan memisat matanya beberapa kali sebelum bangkit dan bersila tepat
di depan aku.
“Awak tak tidur ke?”
Aku menggeleng.
“Lapar?” tanya dia lagi.
Aku menggeleng juga.
“Sakit tak?” Tangan Nine mahu naik menyentuh hujung bibir
aku.
Aku mengelak sedikit
tanpa memandang dia.
Telinga aku menangkap
keluhan tipis Nine. Kecewa. Mungkin.
“Saya tak tahu nak kata
apa…”
“Jadi jangan cakap
sepatah pun,” tegas aku mencaras kata-katanya.
Nine mengeluh ke sekian
kalinya.
“Saya tak minta semua ni
jadi…”
“Saya pun tak minta
dipertemukan dengan penjahat macam awak…”
Tak minta untuk jatuh
cinta pada penjenayah seperti awak, Nine.
Hati aku sakit. Peritnya tak
terkata.
Terngiang-ngiang
kata-kata Amar. Mampukah aku menerima
jika kebenaran terbongkar? Bersediakah
aku menghadapi semua ini bila aku benar-benar telah sampai ke penghujung jalan
cerita?
Ternyata… aku tidak
bersedia.
Dan kerana itu… aku
terluka.
Luka yang teruk.
Dalam.
Mampukah akan sembuh
nanti?
Nine mengesot pada
aku. Aku juga mengesot ke belakang
dengan susah payah kaki tangan teringat kejap.
“Naina… jangan macam
ni,” pujuk dia.
“Kalau tak macam ni, kau
nak aku macam mana?”
Di luar sedar, aku
bertempik nyaring. Tak sengaja tapi
segalanya di luar kawalan. Tapi,
logiklah jika aku marah. Patutlah jika
aku benci. Orang gila saja mampu menerima
semua ini.
“Macam mana kau nak aku
buat, Nine? Setelah apa kau lakukan… kau
buat aku jatuh suka dekat kau, kau datang dalam keluarga aku, buat diorang
terima kau, tapi kau…” Aku ketap bibir
sekuat hati.
Airmata jatuh
berjuraian.
Tak mampu aku bertahan
lagi. Bukanlah Naim atau Neo yang
menjadi kebencian aku saat ini. Tidak
juga Tuan Benjamin yang pada asalnya
adalah Bohari yang telah berubah segalanya.
Tapi dia…
Dia di depan mata!
“Kenapa kau kejam
sangat, Nine? Apa salah aku pada
kau? Lepas kau bunuh orang tua aku, kau
nak bunuh aku pulak?” soal aku geram.
Nine diam menunduk.
Menjadi pesalah.
“Saya… tak…” Dia menggeleng.
“… saya tak bunuh orang,
Naina… tak pernah.”
“Heh… jangan tipu aku
lagi, Nine. Aku mungkin lemah tapi
cukuplah aku jadi bodoh sebab kau.
Patutnya aku percayakan Amar. Dia
dah lama syak kau tapi aku tetap nak percayakan kau. Kes tembakan dulu memang kau rancangkan nak
kaburi mata kami. Betul kan ?” jerkah aku.
Nine mengangguk. “Tapi, bukan rancangan saya, Naina… itu
kehendak Neo…”
“Tapi kau
bersubahat…”
Sungguh aku rasa hendak
hancurkan jasad di depan aku kini. Biar
hancur bersama hati aku saat ini.
“Padanlah kau tak bagi
aku siasat kes kematian arwah ayah dan umi aku… sebab kau risau aku bunuh Neo
dan Bohari, kan ? Semuanya telah dirancangkan!”
Wajah Nine
terangkat. Dia merenung aku lama. bibir itu nampak bergetar. Lama, dia menggigit bibirnya sendiri dan
airmata lelaki itu mengalir lesu.
Lemah.
Letih.
Pedih.
“Saya tak pernah
rancangkan apa-apa, Naina tapi saya silap…”
Dia mulakan bicara.
“Silapnya saya sebab
jatuh cinta pada awak. Silapnya saya
sebab saya tak boleh dan dilarang untuk jatuh cinta pada sesiapa. Silapnya saya tak sedar siapa saya
sebenarnya. Silapnya saya sebab terlalu
nak lindungi awak. Silapnya saya sebab
tinggalkan kumpulan tu sebab awak.
Silapnya saya kembali ke sini dan tinggalkan awak bila Neo mengugut
hendak hapuskan seluruh ahli keluarga awak…”
cerita dia tertahan-tahan.
Airmata di pipinya
kering. Dia mendongak semula.
Mata kami
bertatapan. Nine meneruskan bicara.
“Masa Neo mengugut, saya
nampak wajah ramah mak ngah… saya terbayang usikan nakal Yani dan saya nampak
airmata awak mengalir. Jika tanpa awak,
dah pasti saya hancurkan Neo tapi sebab awak…”
Nine menggeleng. Tak mahu menyambung lagi.
“Silapnya saya sebab
bodoh… hanyut dalam renungan awak, Nine…”
sambung aku.
Nine memejamkan matanya
rapat-rapat.
“Saya salah, Naina tapi
untuk kali terakhir… izinkan saya bantu awak keluar dari sini. Dengan apa cara sekalipun… sebelum diorang bertolak ke Negara lain dan
bawa awak sekali. Masa tu saya pasti tak
mampu buat apa-apa,” pinta Nine.
Aku senyum sinis.
Senyuman pertama kali
yang aku hadiahkan pada dia dulu.
“Saya boleh jaga diri
sendiri, Nine. Kalau awak betul-betul
nak bantu saya, buat kali terakhir saya perlukan semua maklumat yang awak
ada. Call Amar. Biarpun tak nak bagitahu saya kat sini, tapi
bagitahu dia tentang segalanya. Saya dah
tak kisah diri saya, Nine… setelah apa yang saya tahu, saya sungguh tak
kisahkan diri saya lagi,” ujar aku kembali berlembut.
Mata Nine aku
pandang. Masih basah dan berair.
“Jika hari tu, ada jugak
tujuan untuk saya teruskan menjadi oran g
biasa tapi setelah semalam, tujuan tu dah tertutup dengan sendirinya. Saya sebatang kara. Kematian saya tak memberi kesan pada
sesiapa. Mungkin saya akan dihargai,
dapat pingat dan penghargaan tapi itu semua sementara. Lama-lama, saya akan dilupakan. Tapi diorang…” Aku dekatkan wajah pada wajah Nine.
Berbisik.
Bimbang didengari.
“… diorang akan terus
buat jena yah,
Nine. Kalau awak betul-betul nak tolong
saya, bantu Negara. Perangi jena yah. Serah diri.
Biarpun saya mungkin tak akan maafkan awak tapi cukuplah undang-undang
dan Tuhan memaafkan awak.”
Seusai berkata demikian,
aku dengar Nine bersendu.
“Saya masih nak hidup
dengan awak, Naina…”
“Tapi sayang, awak pilih
untuk biarkan saya mati sendiri. Apa
pilihan yang kita ada lagi?” tanya aku.
Nine tidak
menjawab.
Sebaliknya dia mengapit
kedua-dua belah pipi aku dengan telapak tangan suamnya.
“Saya akan selamatkan
awak dan saya akan serah diri dan bantu pihak berkuasa. Awak yang terutama, Naina… sebab awak saya
temui haluan hidup yang saya rasakan semua pintu telah tertutup. Rupanya, Tuhan hantar awak untuk beritahu
saya yang Allah sedang bukakan pintu dan jalan lain untuk saya jadi manusia,”
ucap Nine bersendu.
Aku menggeleng.
Hendak ditepis tangannya
yang mengusap pipi, aku tidak mampu.
Hendak mengalihkan renungannya yang menikam tepat ke mata aku, aku juga
tidak berdaya. Terkunci.
“Alhamdulillah… tapi
cukuplah saya jadi penyebabnya Nine… dengan apa yang awak lakukan… biarpun awak
tahu siapa yang bunuh oran g
tua saya, awak tetap…”
Aku menangis kuat. Menangis dan terus menangis.
Wajah umi dan ayah
terbayang di mata.
Sungguh aku sangkakan
aku akan bahagia seperti umi dan ayah biarpun buat sementara tapi bahagia bukan
untuk aku.
Nyawa sekarang menjadi
taruhan. Sila perkiraan, aku bakal mati
begitu saja. Dan nasib Nine, tidak mampu
aku tebak.
Nine menarik bahu aku
rapat ke dadanya. Sekali lagi tubuh
lemah aku dipeluknya erat. Penuh kasih
dan sayang tapi entah kenapa, aku rasakan pelukan itu semakin dingin dan beku.
“Saya akan selamatkan
awak biarpun nyawa saya menjadi taruhan, Naina,” bisik dia.
Serentak itu, pintu
ditendang dari luar.
“Well… well… well…” Naim menepuk tangan dan ketawa sinis.
“Pasangan kekasih sedang
memadu asmara . Sila… sila… aku tak halang sebab tak lama
lagi sekor aku hantar ke laut, sekor aku campak ke gunung. Mampus korang berdua. Puas hati aku…” Kakinya maju pada Nine yang masih duduk
memeluk aku.
“Dan kau Nine…” Rambut Nine direntap kasar.
Tapi Nine, sesaat pun
bagai tak ingin melepaskan tubuh aku.
“Pertama kali aku
rasakan aku menang sepenuhnya atas kau lepas daddy aku selama ini percayakan
kau lebih dari aku. Lepas kau jatuh
cinta, segalanya hancur dan aku akan hancurkan sampai jadi abu,” bisik Naim
mengetap gigi.
Dia beralih pula pada
aku.
“And you, Miss Naina…”
“Encik Naim,” seru aku
lemah.
“Or should I call you…
NEO?!”
Naim ketawa kuat. “Naina… Naina…” Seraya itu dia bangkit.
Menjauh sedikit dan
bercekak pinggang dalam pakaian seolah-olah penjenayah antarabangsa.
“I memang nama Naim dan
Neo adalah nama bila I ubah identiti.
Nama yang diberi untuk Nine tapi
dia tak mampu buat apa-apa. Jadi nama tu
jadi milik I dan you… kalau you tak jadi polis dan tak cuba siasat semula kes kematian oran g tua you, I rasa kita berdua mungkin akan ada
kesudahan yang baik dan pastinya I akan layan you macam permaisuri.”
“Tak mungkin…” Aku menggeleng menafikan.
“Tak lama lagi aku akan
layan kau macam raja… raja dalam penjara buat seumur hidup Neo!” gertak aku tapi hanya menerima tawa Neo yang
kuat.
Dia menghampiri aku dan
menarik rambut aku kuat.
“Jangan Neo… jangan kau apa-apakan
dia. Kalau kau nak, kau boleh bunuh aku
tapi jangan sentuh dia,” pinta Nine separuh merayu.
Melarang dan menarik aku
berlindung daripada perilaku Neo yang menggila.
Neo ketawa. “Apa-apa jelah, Nine… kau dah tak ada
power. Budak-budak pun tak nak dengar
arahan kau lagi. Kau dan dia,
sendiri. Bila-bila masa aku boleh hapuskan kau tapi daddy tak bagi. Katanya kau perlu tahu lagi satu rahsia besar,”
ujar Neo bersama tawa.
Dia melangkah keluar dan
menutup kembali pintu dengan kasar.
Aku hela nafas dan
mengumpul kudrat untuk bersuara.
“Nine, call Amar.”
Nine menggeleng. “Saya tak ada telefon, Naina…”
Mengeluh aku
dibuatnya. Kecewa.
“Telefon saya,
mana?”
Dia menggeleng lagi
sekali.
Hampa.
“Awak keluar… cari jalan
call Amar atau Tuan Radzi. Bagitahu
lokasi dan awak lari jauh-jauh dari sini.
Jangan toleh lagi.”
“Saya tak nak tinggal
awak…” bantah dia.
Aku senyum
menyenget. “Awak dah tinggalkan saya,
Nine. Awak dah pun tinggalkan
saya.”
Berubah airmata wajah
Nine saat ini.
“Apa patut saya buat
untuk tebus semua silap saya sebab hidup dengan penjenayah yang awak
kehendaki?”
“Tolong kami tangkap
diorang,” pinta aku.
Nine pejam mata dan
menunduk.
Dia bangkit dan
melangkah lemah menuju ke pintu. Sebelum
ditariknya daun pintu, dia berpaling sekali lagi.
“Biarpun awak benci,
saya hanya nak jadi lelaki yang selalu awak cinta, Naina,” ujar Nine tenang dan
dia mengesat wajahnya dan terus keluar.
LAMA aku rasakan tapi
entah berapa lama berlalu aku tidak pasti.
Bila aku buka mata dari terlelap, aku dengar suara oran g bertekak dan merayu.
“Tuan lepaskan dia dan
saya jamin dengan nyawa saya tuan…”
Suara Nine.
“Sepatutnya aku bunuh
saja kau dulu, Nine. Aku tak bela kau
sampai hari ini untuk lihat kau belot pada aku.
Sebab dia, kau sanggup kena pukul teruk tapi tak melawan.
Lepas tu kau lari, terbang cari dia sampai ke kampung dia. Aku hantar Neo pujuk pun kau masih tak nak
pulang. Bila aku ugut nak hapuskan
seluruh ahli keluarga dia yang berbaki tu baru kau nak tinggalkan dia. Kau memang tak mengenang budi!”
Suara Bohari pula. Aku cam.
Dulu aku kenali dia sebagai Benjamin.
Bibir aku mengukir senyuman
sinis pada diri. Terjatuh cinta. Terjerumus.
Berjanji. Tapi sayang, segalanya
silap. Orangnya silap dan cinta aku juga
silap.
“Tuan dah janji nak
lepaskan saya hidup macam manusia lain, tuan.
Saya betul-betul sayangkan dia, tuan… kalau kata tuan nak bunuh saya,
bunuhlah. Daripada dulu, memang saya
hanya jasad tanpa nyawa tapi jasad saya ni rasa bern afas semula bila Tuhan temukan saya dan
dia secara empat mata. Dinginnya renungan
dia bagai mengerti kesepian saya. Senyuman
dia, lirikan mata dia biarpun kaku… tetap buat hati hati berdegup. Lepaskan dia dan saya akan jadi gantinya…” Nine merayu dan terus merayu.
Aku pula, sedaya-upaya
sedang mencerna semua kata-katanya. Aku paksa
otak aku menerima kata-katanya, tidak tertinggal barang sepatah pun tapi
payah. Otak aku tetap mengatakan dia
penjenayah.
Usah dikatakan belot
pada Negara tapi dia belot pada cinta aku…
… cinta kami.
~~> bersambung
RM : Sikit lagi... sikit lagi... RM pun dah pening haa...
laju-laju, laju lagi :P
ReplyDelete=')
ReplyDeleteJgn sad ending!nak naina dgn nine! Plz kak rm
ReplyDeletehuwaaa...nk kene standy tuala...(tissue cepat habis!! rugii...) hehehe.. wow it's almost to d finishing line oredy yer?..it's ok to have a heart-wrenching..heart-breaking ending once-in-a-while...just to remind ourselves that life is not a bed-of-roses all d time...it's ok to cry-once-in-while..right?
ReplyDelete-niwati- :)
lagi kak rehan pleaseee....
ReplyDeleteSob...sob...sob...nine n naina
ReplyDeletesedih nyer bila naina kna hadapi nine dlm situasi mcm ni..
ReplyDeleteI thought Nine dah dapat keluar and inform Amar and Tuan Radzi.Naina kan suroh dia lari jauh-jauh jangan toleh lagi..hmm...thanks!
ReplyDeleteRM nak lg huwa sedihnye....
ReplyDeleteNext entry plsss....xblh sabar ni..
ReplyDeletetak terduga, tak tahu dalamnya cinta... trademark RM kini....
ReplyDeletekesiannya kat nine.........and naina. berdebar ni. x boleh nk agk apa yg jadi. best3 :)
ReplyDeletemakin sedey...sob..sob..
ReplyDeleteeeemmm....apakah rahsia besar yg perlu Nine tau? adakah ibubapa Nine pun dibunuh oleh Benjamin? arggghhhh.... tensen ! tensen ! tensen !
ReplyDelete-sab-
cepat2 ....nak lagi...hehe
ReplyDeletemoga nine kembali ke pangkal jalan..jdlah org yg berbakti pada negara nine.
ReplyDeleteTragis bto la citer ni.....nxt n3 msti lg sedih
ReplyDeleteYayo
huwaa... nak lg.
ReplyDeletehwaaaaa.......... sedih gila serious.....
ReplyDeleteSian nine, sian naina....mcm mane ler endingnya, x sabo sudah
ReplyDelete