BAB 30
PIPI AKU ditepuk
perlahan. Bila aku buka mata, memang dia
lagi muncul. Tertoleh ke kiri dan kanan,
depan dan belakang.
Kalut.
“Naina, bangun sayang,”
suruh Nine. Berbisik. Cukup perlahan di pendengaran aku.
Setelah memasang
telinga perbualan mereka tadi, aku kembali hanyut. Lemah tanpa makanan. Entah siang entah malam. Di mana bantuan dan boleh jadi memang di sini
telah Tuhan tetapkan mati aku. Siapa
mahu menduga dan aku tak mampu menolak.
Airmata bertakung pada
tubir. Mengalir laju melalui juring mata
bila Nine memangku kepala aku dan mengangkat aku duduk tegak.
“Naina... boleh jalan,
kan?” tanya dia.
Aku kekal diam.
Matanya aku tatap.
Bibirnya pecah
teruk. Wajah itu lebam sana sini. Tiada lagi wajah kacaknya. Tapi, aku tetap mampu merasa kasih sayang
dalam sinar matanya yang memudar.
“Naina... sedar tak ni,
sayang?” soal Nine sekali lagi.
Mendengarkan dia
memanggil aku sayang, hati aku bersepai.
Luluh.
Hancur.
Menjadi debu.
Jujur, aku mahu
panggilan itu kekal buat aku setelah segalanya selesai. Akan aku tinggalkan segalanya untuk dia tapi
kenapa ini pengakhiran kami?
“Saya dahaga,” jawab
aku lemah.
Nine mengangguk. “Tahu... tapi kita kena keluar dulu. Bangun, ya?”
Nine mengangkat tubuh
aku. Jaket kulitnya yang pernah mendakap tubuh aku sekali lagi
dipakaikan pada tubuh aku yang longlai.
Butang kemeja yang terbuka di
atasnya, dipasang.
“Pelan-pelan,” bisik
Nine lantas memapah aku berjalan.
Ikatan pada kaki sudah
dileraikan. Hanya gari pada tangan tak
mampu dia buka. Pelukan Nine pada
pinggang aku kemas. Kaki aku tidak mampu
lagi melangkah. Hanya mampu menyeret
jalan.
Mata Nine meliar. Bila daun pintu ditolak dan ternyata kawasan
itu kosong, dia cepat-cepat menarik tubuh aku keluar.
“Kita kena keluar dari
sini sekarang jugak. Nanti Amar dan
pasukan awak sampai untuk selamatkan awak.
Tapi, saya takut diorang terus serang dan awak mungkin tercedera. Saya kena keluarkan awak dulu...” bisik dia lagi.
Aku membulatkan mata
yang sedikit layu.
Mendengarkan kata-kata
Nine, aku terkejut sendiri.
“Tapi awak cakap...”
“Saya baru dapat hantar
SMS pada Amar melalui telefon Neo tadi.
Saya baru dapat peluang bila Benjamin jumpa pembeli kat deck.”
“Kita kat mana?” Aku jeling Nine seketika.
“Kita dekat port. Awak dikurung dalam kontena,” jawab dia.
Kaki terus melangkah
perlahan-lahan tapi aku tergelincir akhirnya.
Pantas Nine menyambut dan memeluk aku erat.
“Boleh jalan,
kan?”
Aku menggeleng. “I’m going to die here, Nine... saya dah tak
berdaya.”
Ya, siapalah yang berdaya biarpun aku seorang pegawai yang
terlatih tapi terikat kaki dan tangan.
Dibiarkan begitu saja menjadi tebusan.
“Nope... jangan cakap
macam tu, sayang. Awak tak akan mati kat
sini. Sini bukan tempat awak. Saya akan selamatkan awak. Jangan risau.”
Tak semena-mena, Nine
mencempung tubuh aku ke dalam gendongannya.
Kali ini langkahnya sedikit laju biarpun terpaksa menampung keberatan
tubuh aku.
“They will be here in
any minutes, Naina... You... You just hang on, honey...” pujuk Nine lagi bila melihatkan airmata aku
mengalir.
“Saya tahu awak
sakit...” ujar Nine.
Ya, saya sakit hati,
Nine...
“Saya tahu awak
dahaga...” sambung dia lagi.
Ya, saya dahagakan
kasih sayang awak tapi kenapa begini pula jadinya?
“Awak kena kuat...”
tekan dia memujuk.
Semangat saya pergi
bila saya tahu siapa awak sebenarnya.
“Saya pesalah, bukan
awak...” Matanya memandang aku.
Dan hati aku terus
menjawab...
Saya juga pesalah cinta
bila ternyata awak bagai tidak ditakdirkan untuk saya. Mengalir lagi airmata.
Elok saja Nine menolak
pintu kedua dengan bahunya, tubuh kami sama-sama terlontar di tengah kontena
yang besar. Bunyi pintu dan tawa
bercantum menjadi satu.
Neo...
“Kau memang pembelot,
Nine...” jerit Neo.
“Aku ingatkan bila aku
dan daddy beri jaminan nak lepaskan Naina pergi, kau tak belot kami tapi kau
lagi bodoh.”
Nine gugup. Cepat-cepat dia letak aku ke bawah dan memaut
pinggang aku kemas.
“Apa kau cakap ni,
Neo?” soal Nine cuba bertenang.
Dalam kepala aku
memikirkan, Nine telah lakukan perbuatan yang mereka marah. Yang tak mungkin dimaafkan.
“Apa kau tanya
aku? Apa, ya? Ini?”
Neo mengunjukkan telefon bimbitnya pada wajah Nine.
Sempat aku mengerling
dan ternyata, nombor telefon Tuan Radzi terbias pada mata. Nine mengeluh. Menyesali kesilapan diri hingga dikesan oleh
Neo.
“Aku tak percayakan kau
dan ayah kau lagi, Neo. Kali pertama dan
terakhir aku minta lepaskan aku hidup sendiri, kau dan ayah kau tetap buru aku
sampai ke kampung Naina. Aku tak mungkin
percaya kau akan lepaskan Naina dengan mudah!”
jerkah Nine berani.
Dia membawa tubuhnya
berada di depan aku. Melindungi aku
daripada renungan Neo sekalipun.
“Dah tu sekarang kau
ingat, kau boleh lepas dengan mudah? Kau
dan Naina? Macam tu?”
Nine ketawa dengan
kata-kata Neo.
“Aku tak pernah Berjaya
lepaskan diri daripada genggaman korang tapi aku akan pastikan Naina lepas
dengan selamat. Ini hal kita, Neo. Bukan Naina...”
“Tapi, bapak dia yang
lepaskan RPG dekat daddy sampaikan muka daddy hancur dan kena buat plastic
surgery. Terlantar sekian lama dan
mencacatkan bisnes kita...” cantas Neo.
Aku ketap bibir lama
sebelum bersuara.
“Kalau aku di tempat
arwah ayah aku waktu tu, pastilah ayah kau dah tak ada di muka bumi ini,
Neo!”
Neo tersentak. Nine juga.
“Celaka kau,
perempuan!” Neo meluru.
Bila Neo terus meluru
cuba mendapatkan aku, penumbuk Nine singgah tepat ke wajahnya. Neo tersungkur. Nafas Nine kasar turun naik menahan marah.
“Aku dah cakap
berkali-kali, Neo... jangan sentuh dia!”
tegas Nine lantas dia acukan muncul pistol automatic tepat ke depan Neo
yang gamam.
“Jangan paksa aku
lepaskan tembakan. Kau bukan tak tahu,
setiap tembakan aku pasti tepat pada sasaran dan kau mampu sekali gus. Jangan desak aku, Neo,” ugut Nine dan Neo
menikus sedikit.
Dia memandang kiri dan
kanan mencari bantuan tapi sayang, tapi tiada siapa yang memabantu. Yang ada beberapa orang yang meluru pun
terdiam bila Nine bersuara.
“Korang jangan campur
urusan aku dan Neo. Kalau kata nyawa
korang sebelum ni pun hampir tergadai sebab dia dan akulah yang selamatkan,
jangan buat aku cabut nyawa korang pulak!”
jerkah Nine nyaring.
Mereka menapak ke
belakang. Lengan aku dipaut oleh
Nine. Kami menapak ke pintu dengan
muncung pistol masih tepat pada kepala Neo.
Bila saja hampir tiba,
muncul pula wajah Benjamin.
Merah.
Dia bercekak pinggang.
“Memang aku patut bunuh
kau seperti mana aku bunuh orang tua kau, Nine!” ujar Benjamin bergumam.
Marah bila melihatkan
darah daging sendiri diugut begitu tapi dia, di manakah perikemanusiaan bila
membunuh keluarga orang lain?
Mata Nine bulat. Lengan aku terlepas. Dia menapak pada Benjami hinggakan jarak
mereka hanya terpisah dalam satu meter.
“Apa kau cakap?” tanya Nine kasar.
“Memang aku patut bunuh
kau seperti mana aku bunuh orang tua kau supaya kau tak jadi macam anjing yang
tersepit. Lepas aku bela kau, aku kau
gigit. Ini kau nak bunuh anak aku
pulak?” tempik Benjami berani.
Neo ketawa. Dia bangkit dan mendekati ayahnya.
“Betul tu, daddy... heh
Nine, kalau kau nak tahu, mak ayah kau memang daddy yang bunuh. Secara tak sengaja by the way... sebab tu
daddy ambik kau bela. Bagi makan. Kalau tak kau mampu tepi jalan,” tambah Neo
menyakitkan Nine.
Hati aku juga sakit,
apatah lagi Nine. Dia pastilah terluka
teruk bila sekarang baru saja dia ketahui hakikat kehilangan kedua-dua orang
tuanya. Dibesarkan oleh pembunuh orang tuanya sendiri dan kini, nyawa sendiri
hampir melayang.
“Apa semua ni?”
“Tinggalkan perempuan
dekat kami, Nine...” suruh Benjamin tanpa
menjawab soalan Nine.
Dia mendekati Nine dan
cuba merampas senjata di tangan Nine.
“Apa semua ni?”
Tak sempat Benjamin
tiba, Nine membentak dalam tangisan.
Laras pistol itu naik lagi kali ini silih berganti dengan wajah dua
beranak di depan kami.
Tangan aku kembali
dipegangnya. Kuat.
Bagai meminta kekuatan
dengan apa yang terjadi. Aku pula,
terasa mahu memeluk dia buat pertama kalinya.
Terasa memang kami ditakdirkan bersama dengan nasib sebegini tapi keadaan
terlalu genting.
Dalam hati aku berdoa,
moga Amar dan pasukan tiba tepat pada waktunya.
Jika tidak, Nine pasti menjadi pembunuh buat pertama kalinya.
“Nine, jangan...”
larang aku bila dia mahu menarik trigle.
Dia menggeleng tanpa
memandang aku.
“Apa yang jangan
Naina? Awak dengar dia cakap apa? Dengar dia cakap? Dia mengaku bunuh ayah saya... dia bunuh
orang tua awak. Dia besarkan saya macam
anjing. Ikut kata dia dan hari ni dia
nak bunuh perempuan yang saya cinta.
Saya bunuh dia, Naina... saya bunuh,”
jerit Nine bagai hilang pedoman.
Neo mendepangkan tangan
di depan daddynya. Berani.
Nine pula masih tidak
berganjak biarpun sedikit.
Yang lain hanya
memerhati. Barangkali sisa hormat pada
Nine masih menebal. Lantas menunduk saja
biarpun Neo menjerit memaksa mereka menangkap aku dan Nine.
“Nine, awak bukan
pembunuh, kan? Awak sayang saya,
kan?” pancing aku.
Biarpun belum tentu aku
mampu maafkan dia, tapi aku tak mahu dia mencemari tangannya dengan darah
mereka.
“Nine...” Perlahan dan mendayu aku menyeru nama
dia.
Bila Nine berpaling,
sekalip mata Neo menendang senjata tersebut lantas jatuh ke hujung dinding
sana. Dia ketawa bila kali ini, giliran
dia pula mengacukan pistol pada kami.
Nine gugup seketika
tapi bila Neo mengarahkan kami keluar daripada kontena tersebut, yang lain
mengikut.
Matahari terik
memancar. Aku mengecilkan mata. Genggaman tangan Nine aku balas kemas. Sebelah lagi tangan Nine memegang bahu kanan
aku mahu melindungi aku jika Neo benar-benar hendak mencederakan kami.
“Neo, tamatkan. Kita dah tak ada masa. Pihak berkuasa dalam perjalanan,” arah Benjamin.
“Yang lain naik
bot. Kita perlu berlepas secepat
mungkin.”
Mengikut kata, yang
lain berlari laju masuk ke bot laju.
Hanya Neo yang masih senyum sinis pada aku dan Nine.
“Aku akan biarkan kau
hidup Nine tapi tak semudah tu...”
Picu nampaknya sedang
ditarik tapi tak sempat ditarik, tubuh Neo jatuh tersembam ke bumi.
Aku berpaling. Nine juga.
Dari jauh, aku nampak
cahaya berkelip. Setelah itu kedengaran
suara-suara penyelamat datang. Mengepung
tempat kejadian.
“Serah diri. Kamu semua telah kami
kepung,” arah satu suara dan aku yakin, itu adalah suara Amar.
Yang ada di dalam bot
bertempiaran lari. Benjamin juga. Tapi, tidak lepas. Aku menjatuhkan pandangan bila Nine menunjuk
cuba mengambil senjata milik Neo tadi.
Diacukan pada Benjamin tapi aku tetap melarang.
“Nine, tolong...
jangan...”
“I have too...”
“No, you
shouldn’t...”
Aku nampak titisan
airmata Nine mengalir. Dia pejamkan mata tapi bila aku kalih ke arah
Benjamin yang hendak melepaskan tembakan balas tapi tepat ke arah Nine, aku
menapak laju dan terus meletakkan tubuh aku di depan Nine lalu tembakan itu...
... tepat mengenai
bahu.
“Naina!!!” Nine menjerit nyaring.
Aku jatuh melutut tapi
sempat Nine sambut pinggang aku dan satu lagi tembakan dilepaskan. Aku nampak Benjamin tumbang. Boleh jadi tanpa nyawa dan di depan aku,
hanya beberapa meter, ada tubuh Neo kaku terbaring dengan kesan darah yang
masih belum berhenti mengalir.
“Nine...” seru aku.
Bibir aku menguntum
senyum. Lega. Benar-benar lega.
Airmata dia mengalir
dan terus mengalir.
“Naina, bertahan
sayang,” pujuk dia.
Aku senyum lagi dan
mengangguk.
Saat ini, Amar datang
menghampiri bersama Sarjan Mazlan. Yang
lain terus mengepung penjenayah yang berbaki.
Maklumat Nine tepat tapi dia juga akan terpisah daripada aku. Namun, cukuplah aku tahu dia masih bernafas
dan ada di atas muka bumi ini.
Aku akan nantikan dia
biar siapa pun dia. Hati aku dan dia,
hanya kami mengerti dan hanya Allah yang tahu.
“Naina, bertahan. I
dapatkan bantuan,” ujar Amar.
Gari di belakang tangan
aku dilepaskan. Merah pergelangan tangan
dan Nine pantas mengusapnya tanpa mempedulikan Amar yang sedang merenung
pedih.
Aku mengangkat tubuh
sedikit dan bersandar pada tubuh Nine.
Cuba menghela nafas tenang. Moga
tidak panik dan membiarkan darah semakin mengalir.
Kawasan pelabuhan
terasa hingar. Aku pejamkan mata
beberapa kali. Amar bangkit dan berlari
mendapatkan bantuan. Perlahan-lahan, aku
cuba bangkit dengan bantuan Nine...
“Saya tunggu awak,
Nine... serah diri dan saya akan nanti awak kembali. Masa tu, bukan lagi Inspektor Zunaina tapi
hanya Naina pada awak. Hanya Naina...
saya akan lepaskan segalanya untuk awak seperti mana yang saya janjikan bila
awak kembali dan saya selesaikans segalanya,” pujuk aku.
Nine mengetap bibir dan
mengangguk.
“Sudi ke awak terima
seorang banduan nanti?”
“Selagi nama awak
Dzulkarnain, tempat awak adalah dalam hati saya,” balas aku dan kami sama teresak-esak.
Nine memapah aku menuju
ke land-rover yang sedia menanti. Mujur
terkena bahu. Tak parah mana biarpun
tetap pedih dan banyak darah yang mengalir.
Nine kemudiannya berlari terlebih dahulu cuba membantu Amar mengeluarkan
stretcher.
Hampir saja kami tiba,
tiba-tiba nama Nine diseru.
“Nine!!!”
Aku berpaling.
Nine juga.
Kemudian, kami saling
memandang.
Neo bangkit
berdiri.
Kesan merah pada
perutnya membuatkan imbangan dia tidak stabil tapi bila dia mengacukan pistol
itu pada aku, Nine bulatkan mata. Jarak
aku dan Nine sudah beberapa meter jauhnya.
Sasaran Neo adalah aku kini.
Tepat di depannya.
Aku cuba mengangkat
senjata yang Amar tinggalkan tadi. Tapi,
Neo lebih pantas menarik trigle dan bunyi tembakan dilepaskan terus pada aku.
BAM!!!
Tubuh aku tercampak ke
belakang. Pedihnya kian terasa. Airmata mengalir laju dengan wajah yang berkerut seribu. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Tapi, aku bangkit dengan sedaya upaya.
Pistol itu aku halakan
tepat ke arah Neo.
BAM!
Sedas tembakan, tepat
mengenai tengah dahinya. Dia rebah
tersungkur dan aku jatuh melutut dengan raungan yang kuat.
“Nine...”
Mengesot aku
mendapatkan Nine.
Tubuh yang hampir kaku itu aku peluk kemas.
“Jangan tinggalkan
saya, Nine,” rayu aku sambil memangguk kepala Nine.
Amar mendekati. Tuan Radzi juga.
Darah merah keluar dari
celah bibir Nine. Jika dulu, lukanya
hanya pada bahu tapi kini, tepat di tengah tubuh. Hampir pada jantungnya.
Aku tekap dengan tangan
darah yang mengalir. Bibir Nine
bergerak-gerak lalu aku dekatkan telinga aku pada bibirnya.
“Saya kekal jadi lelaki
yang awak cinta, kan Naina?” soal Nine
lemah.
Aku hela nafas
dalam-dalam. Esakan aku tahan sehabis
daya. Bibir aku ketap kuat dan mata aku
memandang ke atas melarang airmata dari jatuh berderai. Tapi, tak berdaya, tak berkuasa.
“Ya... ya... Ni...
Nine...” Gagap aku membalas.
Bahu aku ditepuk
Amar. Aku dengar Amar menghubungi
bantuan dengan segera tapi aku bimbang jika Nine tak mampu bertahan lagi.
“Sabar, Nine...” pujuk
Amar.
Peristiwa lalu kembali
menyerang kepala. Di mana dia ditembak
dan aku juga bimbang saat itu. Kali ini,
aku hampir mati melihat dia begini.
“Naina, saya... saya
bahagia kenal awak...” Nafasnya
tersangkut lagi.
“... biarpun
sementara. Saya bukan penjenayah,
kan? Saya dah bantu polis, kan?” tanya dia.
Aku angguk dan terus
mengangguk. Dia bukan penjenayah. Dia membantu dan akhirnya dia terlantar
begini.
“Awak lelaki yang akan
selalu saya cinta, Nine... yang selalu akan saya cinta, buat selamanya,” ujar
aku juga bersendu.
Nine senyum. Senyuman yang semakin lebar dan terus
lebar.
Tangan merah itu naik
menyentuh pipi aku. Lama sebelum
akhirnya, aku dengar dia berbisik syahadah, tangan itu terkulai dengan
sendirinya.
Matanya tertutup
rapat.
Helaan nafasnya cukup
perlahan.
Bibir itu tetap dengan
senyuman manis. Mengingatkan pertemuan
pertama kami.
Dan akhirnya, nafas itu
putus dan denyutan nadi dia terhenti.
Aku termangu lama.
Tidak berkata apa
biarpun Amar mengusap bahu aku lama.
Wajah Nine yang kaku
aku pandang. Aku hadiahkan dia sekuntum
senyuman yang tak akan aku ukir pada mana-mana lelaki lagi.
Perlahan-lahan aku
bangkit. Luka di bahu tiada rasa
lagi. Luka dijiwa yang sedang aku
imbangi kesannya pada hidup aku.
“Naina...” seru Amar bila aku berdiri menjauh dari jasad
Nine yang kaku.
“Katakan pada dia
Amar... katakan pada dia, dia kekal menjadi lelaki yang akan saya cinta... buat
selamanya,” beritahuku pada Amar dan terus aku renung wajah Nine hingga
beberapa pegawai lain juga mendekati jasad kaku itu.
“Mungkin awak akan
terima jasad kaku saya setelah semuanya selesai...”
Terngiang-ngiang
kata-kata Nine pada aku sementara kami di kampung hari itu. Kenangan indah yang akan aku kenang biarpun
jasad rasa terbeban.
Aku pedih.
Aku mahu merintih tapi
ada yang menghalang.
Kenangan Nine...
Kekuatan dia...
Kesungguhan dia dalam
mencintai aku... Dan kelekaan aku dalam
menghargai dia...
Pada diri sendiri aku
bisikkan, apakah maknanya cinta jika kita mesti bersama dengan orang yang kita
cinta sedangkan takdir itu bukan kita yang merencanakannya. Lepaskan, jika kita mencintai dia. Jika dia kembali, ternyata dia adalah untuk
kita dan jika dia tetap pergi, dia tidak tercipta untuk kita.
Dan Nine... aku
mencintai dia.
Menyayangi dia...
Dan bakal merindui dia...
Tapi, satu hakikatnya,
rindu aku, cinta aku dan sayang aku padanya tidak mampu mengatasi sayang, cinta
dan rindu Pencipta pada setiap hamba-hamba-Nya.
Surat Nine aku
buka. Surat yang setia ada dalam poket
seluar sejak hari pertama Suryani menyerahkannya dulu.
Dengan pandangan yang kabur, aku buka lipatannya.
“Kita dekat, teramat dekat... namun sayang
bila kita mampu saling melihat tapi terpisah oleh kaca jernih yang tetap
memisahkan. Kita saling nampak tapi
nafas kita tak mampu bersatu. Tangan kita
tak mampu menggapai... hingga akhirnya, perlukah kita pasrahkan hubungan kita
bila kita benar-benar terduga?” - Nine
Di dalam hati ini aku menangis
Seiring satu luka yang telah kau beri
Kau tinggalkan ku sakitiku
Sungguh ku tak percaya semua yang terjadi
Kau tinggalkan diriku dalam air mata
Tanpa kau merasakan sakit yang ku rasa
Sungguh terlalu dirimu kekasih
Biar aku pergi tanpa sisa cinta
TAMAT
21.2.2013 - 03.05.2013 / 1646 hrs.
RM : Alhamdulillah, T.A.M.A.T... Yu guys have no idea bila saya tulis perkataan TAMAT tu rasa nak lompat sampai bumbung (konon) So far feedback ok je tapi ada juga yang kurang teruja. RM pun kurang jugak teruja nak taip cerita ni. Tapi sebabkan VARIASI tu, RM cuba. Mungkin banyak cela di mana-mana. Lain kali kita baiki lagi eh... Doakan RM. So lepas ni, apa projek? RM diamkan diri boleh tak? Hehh... Maaf mana2 kekurangan. Sudi2 dapatkan Suami Tak Kuhadap di pasaran. Selamat balik mengundi. Hati2 di perjalanan. Dan last but not least... do comment... kasik tahu kelemahan RM. Kalau padi katakan padi, tidak RM tertampi-tampi, kalau tak sudi buat-buatlah sudi, komen anda RM sangat hargai... hehh... sayang semua...
sedihnya. :'(
ReplyDeletesedih...menangis seorg2 depan pc...
Deletesedih.......RM sambung pula Naina and Amar
Deleteakhirnya....
ReplyDeletesedihnya....
thanks RM, will always support u
-sab-
sedih..RM tu ending lain blh x?uhu...
ReplyDeletehuhu..turut bersedih atas kehilangan n pemergian nine..kesian naina. moga naina jumpa bahagianya nnt..huhu..sedih ;(
ReplyDeletesedihnya..........
ReplyDeleteTahniah rm...your story mmg variasi tp maybe nak cepat ada ayat yg salah..neway i enjoy sgt...siap menitik air mata lagi..nnt buat citer best lagi ek..
ReplyDeleteSedihnya...*sob sob* Thanks cik Author!
ReplyDeleteohmai!.. heroku.. hanya ingin kau cinta!!.. syabas RM!!.. kesudahan yg sukar dilupus dlm ingatan...
ReplyDeleteSedih nya
ReplyDeletearghhhh....sedihnya...
ReplyDeletesad ending...huhuhu...mmg lain dr yg lain...
ReplyDeleteanyway sy dh bc Suami x ku hadap... best...congrat RM
Huk3...sedih kot...anyway cinta xbererti besama..walau perit kna hdpi gak..we belongs to creator..thumb ups RM!!!
ReplyDeleteRm , kalau jd drama bersiri ni best ni. Sgt best. Cerita yg akhirnya tetap yg baik menang tp tak dpt bersama yg di cinta dan terluah cinta tanpa dapat di balas nyata . Sedihnya . Sungguh aku cinta
ReplyDeletepearghhh....mati jugak hero kita...blh ending mcm ni je sbb x nk naina ngan amar..hahaha.kalo smbung mnculkan hero bru.
ReplyDelete.adoi.demand ko eh nick.
>>k<<
warrrgghhhh.... sedih..... tak rela... tak rela....
ReplyDeletesedihnya...x sangka Nine akan mati huhuuuu...
ReplyDeletealaaa!!!! mcm x complete jer. haha... xleh nk accept bila Nine kena tembak! Aigo.. aigo...
ReplyDeletesmoga nine bahagia di alam sana..eh keterujaan utk nine n naina dah berakhir..huhu sedihnya..pape pun smoga naina tabah..warghhh begini akhirnya kisah mereka..bye2 naina n nine..
ReplyDeletebehind all great battles, there's a fallen hero... great story rehan... gud job...
ReplyDeletekak rehan buatlah mini novel baru....lpeaseeeeee...merayu ni..hurm..
ReplyDeleteX boleh terima hakikat yg menyakitkan ini.sad ending.rasa tak puas hati sgt.Rm x leh + ke sikit lg.
ReplyDeletesedihnya.. thanks 4 the nice story
ReplyDeletekak RM, buatla semoga smua ini hanyala mimpi naina...huhu :(
ReplyDeletesedih...sedih sgt2... akan merindui Naina & 9... nak cover rindu nie,RM kena wat crita lg best..hehehehehe,blh ke RM?
ReplyDeletesedih...sedih sgt2... akan merindui Naina & 9... nak cover rindu nie,RM kena wat crita lg best..hehehehehe,blh ke RM?
ReplyDeletesedih...sedih sgt2... akan merindui Naina & 9... nak cover rindu nie,RM kena wat crita lg best..hehehehehe,blh ke RM?
ReplyDeleteRM... betul2 menagih airmata akak!!
ReplyDeletesedihnye rehan.... huhu
ReplyDeletesedihnya...Ending yg tak djangka..Tahniah RM.
ReplyDeleteMenjadi jg percubaan RM menulis cite cinta & aksi..Tahniah..Menanti new project dr RM plk...;-)
serius..mmg best gile n sedih sgt...hmpr2 nk menangis sensorang dpn laptop td
ReplyDeleteAduhaii..sedih nye..sian kat hero n heroin.. :'(
ReplyDeletealllaaaaaaaaaaaaaaa....sedih gilerrr ..kak rehan x kan abis cam ni jewwww
ReplyDeleteWill support u 4ever regardless og the ending. Saranghae .......
ReplyDeleteOh tidakkkkkkk.... Begini ke kesudahan cerita cinta double N... Tak lalu makan lah ai di buatnya....
ReplyDeleteSedihnya hero mati.
ReplyDeleteRM, kenapa matikn nine? sedih sgt....
ReplyDeleteGreat story tapi tak suker Nine mati huhuhu... kalau Naina mati sama2 lega ckit :). Ending tu mcm blm abis jer. Rasa nk tambh perisa sendiri yg Nine pengsan jer :P
ReplyDeleteKenapa ending sedih sgt? Huhu..
ReplyDeleteApa pon, tahniah utk kak rehan yg berjaya buat saya rasa mcm2 bila bca your karya. :)
sedihnya...Hero mati...
ReplyDeletexde cite la pasal kenapa Tuan Benjamin bunuh ibubapa Nine...
tertanya gak...
buat versi Nine xmati la Kak RM...
hehe...:)
Nine pergi jua akhirnya......sedey yg amat sgt....
ReplyDeletesob3...
ReplyDeletenine...huhuhu cdeh...
tahniah kak rehan...
mmg mencemaskn dan mendebarkn...
tukar laaa.. tukar laaa.. nak nine kawen dgn naina.... pleaseeee....
ReplyDeleteplease please please.............. nak nine hidup lagi.. nak nine kawen dgn naina... tolong laaa rehan...
ReplyDeleteTukar ending kak rehan..
ReplyDeleteBagilah mereka bahagia.. hehe :)
nk nangis, tp nape ntah xda feel lak mlm ni..tahniah sbb berjaya buat cerita yg berjaya ,emyentuh perasaan
ReplyDeletewaaaaaa bestnyer cter nih... excited bace for every entry.. kak penulis x kedekut pon nk share cerita best ngn pembace... hidup kak penulis
ReplyDeletekak rehan ad sp x?? eheheheh
ReplyDeletesaya da nges sorg2 dpn lappy pkol 1.30 am.........
serious best gila... jrang ad cter yg sad ending kebanyakkannya suma happy ending... best2
Nak happy ending pls..tlg la tukar ending cite ni
ReplyDeleteRM, mmg jarang novela/movie/drama yg berakhir tragis gini. Tahniah utk cik penulis. Mmg sadis bila tgk Nine kembali kpdNya. TETAPI, kalau cik penulis bisa buatkan 2 ending..mesti lagi best..apa kata? Mcm yg citer2 drama ..kkdg mintak pendapat peminat..ada 2 ending..yg sadis dan gumbira. terubat juga jiwa andai Nine bisa disatukan dgn Naina....cemana ya?
ReplyDeleteApa2 pun..mmg kak bekenan dgn penulisan RM, silalah terus berkarya!
sedihnya..=(
ReplyDeleteoh myy..nine dah takde..
apa2 pun cerita ni mmg best!
=)
SEDEY....
ReplyDelete(T_T)
THANKX KAK RM
RM asal heronya mati plakk,,,sedih aku ni,,huk..huk...bagi lah nine tu pengsan jeee.adushhhh tak tahan akuuuu,, meleleh..lelehhh niii
ReplyDeletewwannurr.
sedeyyyy...:(..nine mati jgk akhirnya..RM bt la cite psl naina dgn amar pula..
ReplyDeletesedih...sad ending tapi tahniah.....dlm kenyataan hidup pun tak semua berakhir dgn happy ending dlm percintaan
ReplyDeletesedihnya ending cite ni...
ReplyDeletenak sgt ending nine n naina kawin n hidup eppy..
:(
akak RM buat la mini novel smbungan naina ubat kedukkaan dia lps kehilangan nine..pleasee..
ReplyDeletelepas beberapa hari (sy x igt berapa hari) tak bukak blog akak,, sy tgk dah end.. tp,, saya baca balik dari bab 23 sbb sy bca last bab 22.. hati dup dap dup dap bila baca cerita ni.. (tahniah untuk akak sebab berjaya bagi kecut hati limpa jantung semua.. adeii) bila sampai bab 28 saya pening sebab x tau sapa neo yg sebenar,, konpius sat.. tp,, bila dalam bab 29,, saya dah jelas dgn watak2 ni.. naim neo bohari benjamin semua.. masuk bab 30 ,,naina kena tembak .. (BAM!!..) air mata saya dah macam air hujan..(nk bagitau kata lebat la ni) tp,, bila nine kena tembak (BAM!!) n bila dia tanya naina yang dia bukan penjenayah,, dia akan kekal sbg lelaki yang naina cinta,,, saya dah teresak2.. :(.. (air mata macam air terjun,, lagi laju dari td)... dan,,akhirnya kata2 nine terbukti,, bila semuanya selesai,, naina cuma akan terima jasad nine yang terbujur. yang kaku.. dan saya lap air mata (sambil senyum :P) bila akhirnya kisah ni ditamatkan dengan begitu lancar.. walaupun nine meninggal.. ending cita ni sgtlah PERFECT. TAHNIAH.. BEST dan tahniah tahniah dan tahniah .. (saya dah mengarut dengan panjangnya,, sebab saya dah x tau nk tulis apa dan sekian saja sampai sini ..hehehe) Tahniah kak rehan !
ReplyDeletep/s : tahniah jugak untuk STK sebab best sgt,, dan saya dapt belajar byk benda.. terima kasih !
-athirah-
U r so mean .. ... Sedihnya tak terhingga sampai menyusuk ke kalbu .... sambunglah lagi n hopefully itu semuanya hanya mimpi n Nine is actually perisik for the gov with the help of Thai pollce..... Pls pls sambunglah with happy ending .... melilih airmata saya Fr Aida
ReplyDeleteSedihnya.....pengakhiran yg cukup tragis ( guna smartphone abg.....)
ReplyDeleteAkhirnya tamat. Tamat semua. Kasihannn Naina... Tinggal sorang lagi.....
ReplyDeleteHuhuhu...
ReplyDeleteSad ending.....
RMRMRM.....N3 sepesel untuk nine dan naina.........nine hidup balikkk,,pengsan jeee tu....errrrrrrr...gerammmm neoo
ReplyDeletewwannurr
ahhh..knpe sdih sgt endigny...tahan sebak...
ReplyDeletesalam rehan..andai lah masa boleh merubah segalanya..boleh ke dihidupkan watak nine tu...pengakhiran yg tak boleh diterima kesudahan citer ini.. kesedihan yg mencengkam..
ReplyDeletehmm..sedih giler..y nine mati..tak bole accept ni..=(
ReplyDeletekenapa ek rehan selalu buat ceta yg mruntun jiwa? Dr terlerai kasih smpai hanya ingin kau cinta. Sob33
ReplyDeleteWaaaaaaaaa abg nine dah mati.....sedih2
ReplyDeleteWaaaaaaaaa abg nine dah mati.....sedih2
ReplyDeleteWaaaaaaaaa abg nine dah mati.....sedih2
ReplyDeleteWaaaaaaaaa abg nine dah mati.....sedih2
ReplyDeleteSedihnyaaaa :'( :'(
ReplyDeleteWhua.....Nine dah takde Naina...huhuhu...tapi siapa ayah Nine sebenarnya dgn Benjamin ha...????
ReplyDeleteRM kena buka smula cite siapa senarnya ayah nain. sian nain n naina coz mak ayah dia org mati krn penjahat yg sma. haruslah kau dia org dpt hidup bersama pasti romantik kn? u are the best,RM? double tums up. truskn nulis. next mini novel lak k.
ReplyDeleteair mata tak mampu bendung woo!
ReplyDeletesedihla sis RM...tkmo la akhir dia gini..
ReplyDeletesedih....sambil bace dengar pulak lagu setengah mati merindu,,lagy laa tangkap leleh..huhuuuuhhu,,tahniah kak RM..citer y sangat bez,,pas nie nak start bace suami tak ku hadap pulak..
ReplyDeletenape plk nine kene mati..xnk la..:(
ReplyDeleteAdehh terlepas cerita menarik, nk kena baca dari mula la supaya lebih fhm.
ReplyDeleteApapun pengakhiran cerita yg sgt sedih..huhuu
story yg menyentuh hati sy..................good job really love it..love nine n naina
ReplyDeletemerindui mikhail lah rehan..hmmmmmmmmmmmmmmm setelah kehilangan nine...
ReplyDeletesedihnya. menitik air mata :'(
ReplyDeletex nak nine mati...cik writer...buat la nine idup blik...please3..(^_^)..
ReplyDeleteSedihnyaaaa..speachless. .x tau nak komen apa dah..very sad ending..waaaaaaa
ReplyDeleteUwaaaaaaa....trus down mood :(.
ReplyDeletesedihnya... hiksss.... :(
ReplyDeletespeachless... huhuhuhu... x_x
banjir air mata *tissue mana, mana tissue ??
Kak RM napa sedih sangat ending HIKC...
nak tau kelanjutan nasib Naina :D :D :) ;)
'love Naina n' Nine'
ehem2.. meh RM berkata2 sikit eh... (RM demam woo)
ReplyDeletemula2 terima kasih atas sokongan anda pada RM..tak berbelah bahagi.. cerita sedih ke, hepi ke, best ke tidak ke, yu all baca je... sungguh RM terharu..
idupp... beginilah. Ada sedih ada hepi. Mgkin ini kisah mereka, kisah kita tak tahu lagi kan... maaf atas kekurangan eh... nanti kita lepak dgn cerita baru pulak. (tgh pk nk buat cite apa)
RM tak sambung dah kot cite ni.. kata pruf read RM ini ending terbaik untuk kisah ni. untuk perjalanan mereka. (mujur RM tak jadi lagi kejam kata dia).. hehhh..
RM tak dan nk balas komen2 satu2 tp RM baca... setiap masa baca (kalo berkesempatan)...
pada yang sukar nak terima ending HIKC... sudi2kanlah terima... paksa2 lah diri anda terima eh.. hehheh.. daripada awal pun RM memang nak buat sad ending. cuma flow dia patut lebih kejam tapi RM baik sikit tukar...
so inilah seadanya (tajuk dari awal pun pening nk pilih).. hohoho.. sayang semua..
teruja tiap kali ada entry br.....setia menanti karya br RM.....
ReplyDeleteTahniah RM kerna berjaya pelbagaikan cerita anda, Wlpn tamat dgn perasaan sedih tapi itu realiti kehidupan, syabas RM gua caya sama lu. Celebrate the diversity beb he he
ReplyDeleteSedihnya..Sampi teresak esak..
ReplyDeleteSedih sangatttt.... ikut sama menanggis... huhuhu
ReplyDeleteSedihnyer... airmata meleleh sampai member opis tegur kenapa,.. lama tak bukak blog RM tgk2 dah end story ni, rasa2 nya RM nak terbitkan tak novel ni, Congrat RM. nanti buat story yang best2 lagi erk
ReplyDeleteNic buatla sart s.e with happy ending hehehe
ReplyDeleteBest sangat citer ni...walaupun sad ending. Actually nak harapkan keajaiban supaya nine hidup bahagia ngan Naina...nangis sorang2 depan lappy huhu...congrats RM, suka sangat ngan jalan citer ni...baca berkali2pun tak bosan biarpun berkali2 tu juga nangis sorang2...
ReplyDeleteSeandainya ada versi cetak..mesti akan usaha utk dapatkan. Mini novel yg sebelum ni pun dah complete, x pernah missed ngan karya RM.
All the best for u RM, semoga akan terus berkarya dan terus berjaya dalam bidang penulisan..Aamiin .
sblum baca abes..bace komen dulu.. trus xsemangat..why4?..huhuhu...
ReplyDeletetahniah kak kerana buat saya menangis..cerita yang sangat best..sedih sangat..mampu memebuatkan air mata saya mengalir...cinta yang tidak mampu di satukan...cinta yang tidak mampu di luarkan atau dizahirkan...cinta yang indah...cinta juga tidak semestinya bersatu antara dua insan...tapi dua insan ini memahami isi hati masing2 walau pun tidak dizahirkan...naina and nike.....
ReplyDeletesedih nya ending mcm ni. ingt kan nine dpt hidup bahagia dgn naina...
ReplyDeleteTahniah RM kerana buat airmata saya klr merambu rambu pagi2 buta ni menghadap smart phone..
ReplyDeleteSedih giler oiii...nak nine happy dgn naina...tp x apalah kena terima hakikat hidup tak selalu seperti yg kita rancang..lbh2 lg sbagai penjenayah dgn penguatkuasa..huhuh
Apapun tahniah...teruskan berkarya!!!
xnak nine mati.. huhuhu sedihnya ending
ReplyDeletehabis dah ke?huhu..sedey =( bole tak kalu request crta ni disambung n nine selamat =( huhu....
ReplyDeletedidalam hati ini aku menangis..nine pergi tinggalkan naina,sungguh ku tak percaya semua terjadi.Aduh!!!sedih,alamak..terlebih sudah.Thanks,,RM bestt..cite ni teruskn berkarya selamat maju jaya-nm
ReplyDeletedlm banyak cerita ni jaa yg hero & heroin tak bersatu...tapi cinta depa bersatu...sungguh tak boleh stop bila baca cerita ni...hati teruja...suspen,berdebar semua ada..yg nyata kesedihan memuncak...andai kata cerita ni dipanjangkan sikit memory masa mereka berdua & masa neo cuba merampai naina..rasa mesti lebih gempak...tapi apapun cerita ni Ilham RM..diolah dengan sempurna ...saya suka ..
ReplyDeleteOh my god i hate sad ending..tp citer dia memang best...love love love it
ReplyDeleteStory nie mmg best gila
ReplyDeleteTersentap jiwa bila ending mcm nie...
Mcm nk Nangis je 😢
Sedih.....
ReplyDeletekalau buat drama tv memang terkesan di hati penonton ni..huh sedihnya
ReplyDeleteSedih sangat�� tapi best gila
ReplyDeleteNine😭😭😭
ReplyDeleteNine😭😭😭
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny