BAB 1
BELAKANG TANGAN dah jamah dahi. Okey, panas.
Aku demam. Hidung mula rasa ketat. Tersumbat.
Ohmai...
Macam mana nak pergi
kerja esok? Papa bukan boleh kalau aku
ponteng. Katanya sebab baru kerja. Nanti orang cakap papa guna kuasa veto masukkan
aku kat syarikat. Biarpun nenek kata,
satu hari nanti kami-kami juga yang akan uruskan syarikat tu bila papa
bersara.
Nak tak nak, esok kena
dapatkan medical leave bila aku tak
henti-henti bersin. Semalam tak hujan
pun tapi panasnya, tak terkata. Semalam
seharian melepak dekat tapak projek dengan Aryan, adik lelaki aku.
Balik saja muka dah terbakar. Usah
kata muka, hati lagilah terbakar.
Mata dah mula rasa
berat. Sikit lagi nak tertutup penangan
panadol tadi. Rasa bagai ada kaki yang dok pijak-pijak kelopak mata nak bagi
pejam. Aku tarik bantal peluk. Baru saja nak mengiring ke kanan, aku dengar
pintu diketuk sekali dan krekk... terus ditolak daripada luar tanpa izin pulak
tu.
Ohmai...
Siapa pulak ni? Aku buka mata dan tengok siapa. Ternyata, wajah mama muncul, tersenyum dan
mendekati birai katil. Tersengih kemudiannya
dan dah kenapa pulak mama ni?
“Mama ni kenapa?” Senada aku menyoal.
“Yang Arya ni kenapa
pulak? Demam?” Tangan mama dan ringan menyentuh dahi
aku.
Tak dan nak tepis dah
singgah dulu dan kening mama terangkat tinggi
matanya menjeling air mineral yang sudah separuh aku teguk dan juga
sarung panadol yang kosong.
“Sikit je.”
“Sikit apa macam ni
panas? Macam mana nak ikut papa pergi
meeting esok?” soal mama.
Aku bulatkan
mulut. Konon terkejut padahal papa dah
pesan siang tadi pada Aryan. Cakap dekat
Kak Arya, esok papa ajak meeting. Pergi dari
rumah. Naik kereta papa. Jangan bawa kereta sendiri.
Huh...
“Arya sakit kepala ni,
ma... cakap dekat papa ajak Aryan boleh
tak?”
Mama diam lama. Dia pandang aku dan aku jeling dia. Lama-lama mama senyum dan mengangguk
sambil membelai kepala aku.
“Nantilah mama cakap
dekat papa. Arya tidurlah. Kalau kata tak tahan nanti, panggil
mama. Kita ke klinik,” pesan mama seraya
bangkit.
Dia senyum lagi.
Mama aku? Nama dia Anahara. Pelik kan nama dia tapi pada aku sangat
unik. Anahara binti Rahman. Seorang penulis. Cantiknya tak kurang malah semakin
bertambah. Sekarang dah berumur tetap
lembut dan anggun bergaya.
“Arya nak makan bubur tak? Mama masak,” pelawa mama tiba-tiba.
Aku tersentak. Baru rasa nak amati wajah mama
betul-betul. Rasanya Aryan ikut muka
mama. Aku lebih pada muka papa. Putih, bujur sirih dan perengus sedikit. Macam papa.
“Tak naklah...” Aku bergolek ke kiri membelakangi mama.
“Mama kunci pintu,
ya. Arya nak tidur awal sikit...”
sambung aku.
“Iyalah...” sahut mama dan aku dengar daun pintu rapat
kembali.
Aku bukan apa tak nak
pandang mama lama-lama. Tiba-tiba
teringat cerita petang tadi. Cerita yang
aku dengar daripada mulut Aryan masa dekat tapak projek yang membahang. Membuatkan hati aku turut sama terbakar.
KEPALA aku toleh ke
kiri bila rasa ada tangan memeluk bahu aku kemas di bawah matahari
memancar-mancar ni.
“Kakak, papa pesan esok
ada meeting.”
Aryan!
“Aryan jelah
pergi. Kakak rasa tak sihat la,” balas aku lemah sambil menadah wajah ke
langit.
Berpinau biji
mata. Panas sungguh. Lencun rasanya belakang bahu. Banjir wajah aku dengan peluh.
“”Papa ajak kakak. Kata papa kakak lagi pandai dari Aryan,” ujar
Aryan lagi.
Aku kalih pada dia dan
mencerunkan pandangan.
“Dah tu, kalau kakak
dah pandai, papa patut ajak Aryan pergi dengan dia. Belajar apa yang tak reti lagi. Kalau asyik ajak orang yang dah reti, bila
masa orang yang tak pandai nak pandai...” sinis aku.
Geram okey. Asyik-asyik aku padahal yang belajar bidang
kejuruteraan adalah budak Aryan ni. Bukan
aku. Aku baru pasang cita-cita nak jadi
macam mama. Hidup dalam dunia sendiri
dan keluarga terrsayang. Menulis untuk
kepuasan diri sendiri tapi papa tak bagi.
“Dunia glamour macam
tu, papa tak suka. Papa tak nak Arya
kena kejar dengan maniac. Lepas tu
berebut-rebut orang nak bergambarlah, itulah, inilah...” Itulah kata papa dulu masa aku mula-mula
suarakan hasrat di hati.
Huh... macam ada
bau-bau hanyir ikan di situ. Tapi malas
nak bantah bila nenek dan atuk pun tak menyokong.
“Owh...” Bibir Aryan bulat.
Dia menggoyangkan jari
telunjuknya di depan aku sambil
berdecit.
“Kakak tak boleh cakap
Aryan tak reti atau tak pandai...”
“Habis tu nak kata apa?” selar aku menahan hati.
Dengan suara kuat
melawan bunyi bising kerja-kerja piling yang baru berjalan semalam.
“Kurang pandai atau
kurang reti, lebih molek bunyinya.”
Aryan dah mula loyar buruk.
Aku mencemik. “Huh, sama jelah tu maksud dia. Pergi tanya mama betul ke tidak.”
Aryan gelak. “Tak pandai tu a means word la, kak. Kejam tu kata adik kurang pandai...”
Aryan... pandai
bercakap. Petah macam papa. Kalau mengayat, memang bagi kat dia. Tapi sampai sekarang tak melekat dengan
mana-mana perempuan pun dari dulu. Rasanya
yang dekat dengan dia sebab dia ke kampus bawa Mini Cooper, atau kadang-kadang
bawa Evo. Tapi semuanya harta
keluarga.
“Kalau dah tau means
word, Aryan kenalah tukar jadi kind words... okey?” Kening aku terangkat tinggi mencabar Aryan.
Banyak sangat main
lepas habis belajar. Konon, nak tunggu serius
lepas sambung master. Huh, bila? Hari tu peluang ada dia main-main. Kononnya tak apa. Nenek menyokong. Atuk tak kisah. Papa tak larang. Mama je berkerut sedikit. Tak puas hati.
“Aryan tak sukalah kak
kerja-kerja site ni,” ujar Aryan ttiba-tiba jujur pulak dah.
Aku kerling dia. Mencemik sedikit dengan senyuman
menyenget.
“Bagi tahu papa
nanti.... nak?”
Dia jongket kening dan
berjalan beberapa tapak ke belakang. Lari
sedikit dari kebingitan kerja-kerja piling ini.
Aku ikut jejak langkah Aryan. Rasa
macam dia serius tiba-tiba.
“Aryan!” seru aku bila dia terus lagi melangkah.
“Muhamad Aryan!” Dah naik satu oktaf suara.
Dia masih diam menapak ke
arah tempat yang teduh.
“Muhamad Aryan bin
Mukhlis!” tempik aku dan tiba-tiba saja
kerja-kerja piling berhenti.
Okey, aku tahan
wajah. Ramai yang sedang pandang
aku. Pekerja-pekerja kontrak semua dah
pandang pelik. Kenapa bos jerit? Okey, bos tak pernah jerit tapi sebab adik
bos yang sorang ni, bos terpaksa jerit.
Aku buat muka tak
bersalah dan terus berlari anak mendapatkan Aryan yang dah.... huh, dah elok duduk tempat
teduh. Selesa.
“Aryan ni, kakak
panggil kemain tak menyahut eh,” tegur aku berjauh hati lalu aku ambil tempat
duduk di sisi dia.
Bahu Aryan naik. Nampak sedih.
“Dah Aryan ni
kenapa? Kakak tak maksudkan apa-apa pun
pasal Aryan pandai ke, reti ke. Kakak nasihat
je tu.” Aku peluk bahu dia sedikit.
Aryan tak menepis,
sebaliknya dia pegang tangan aku kembali.
Kemas. Mata kami saling merenung
dan dia senyum serta menggeleng.
“Tahu kakak tak
maksudkan tapi Aryan maksudkan tadi... Aryan tak sukalah nak kerja bawah
papa. Nak inherit syarikat ni daripada
papa. Aryan nak cari harta sendiri. Apa guna Aryan belajar tapi akhirnya Aryan
dok bawah papa jugak. Aryan nak
merantaulah, kak. Boleh tak?”
Aku jegilkan mata dengan
pengakuan Aryan yang aku kira.... berani pitam.
Sebab boleh pitam dia nanti kalau papa jerit kalau anak-anak nak bawa
haluan sendiri.
“Ohmai...” Aku tekap pipi dengan kedua-dua belah telapak tangan.
“Aryan tak boleh macam
ni. Nanti papa marah, padan muka. Tak nak kerja dulu, Aryan pergi belajar
lagi. Biar kakak uruskan dulu. Then, once you are ready, I will welcome you
here.”
Tapi... Aryan
menggeleng. Tak nak jugak.
“Aryan nak buat master
dekat luar Negara.”
“Lepas tu ada niat tak
nak balik.... nak kerja dekat sana? Macam
tu?” tebak aku dan rasa nak demam, bila
Aryan mengangguk.
“Mama?”
“Ada papa dan kakak
apa,” jawab Aryan pantas.
“Nenek dengan atuk?”
“Ada papa, pak long dan
ramai lagi apa?” jawab dia lagi.
Huh, aku rasa nak luku
budak ni. Tapi, aku tak mampu sebab aku
mengerti perasaan dia. Dia ada minat
lain dan aku juga tapi apa kami mampu buat bila papa bertegas tak nak lepaskan
kami dengan angan-angan kami?
“Aryan sungguh nak ikut
impian sendiri?” tanya aku.
Dia jatuhkan
kepala. Mengangguk. Pandang aku dan senyum lagi.
“Impian kakak?”
“Dah lama terkubur...”
“Dan bakal lebih dalam
lagi kubur tu digali,” sambung Aryan buatkan kening aku hampir bertaut.
“What do you mean?”
Aku memang dah rasa ada
bau hanyir ikan di mana-mana. Sungguh ni
tak tipu. Pandangan Aryan dah lain
macam. Daripada hal cita-cita dan
keinginan dia, dah beralih pada hal aku sepenuhnya.
“Mama suruh Aryan cakap
dekat kakak, yang papa kata bila nenek sebut-sebut hal ni lepas tu dapat pulak
sokongan atuk, diorang nak...”
Huh, berbelit kepala
aku. Sikit lagi otak kanan dan kiri nak
bertukar kedudukan. Aryan ni dah buat
ayat telefon karat yang pernah aku dengar masa sekolah dulu.
“Nak apa?” soal aku tak sabar.
“Nak kakak kahwin.”
Tiga patah ayat yang
terakhir dari mulut adik aku tu buat aku nak rebah ke bumi. Serentak itu bunyi bising kerja-kerja
penanaman cerucuk kembali berdengung. Tong...
tong... tong....
Tapi, kenapa muzik dia
aku dengar...
Kepak... kepak...
kepak... kepom... kepom... kepom... kompang dipalu, pengantin baru. Duduk bersanding tersimpul malu.
Apa ni? Ohmai...
~~> bersambung
RM : Ingat lagi tak nama2 mereka? hehh... ingat2 kan la eh...
eheh... Anahara... Ohmai... ni versi anak-anak dia. Arya dan Aryan eh. kena cari lirik lagu ni, baru blh ada feel.
ReplyDeleteOkey... next!
*psst... bukankah kata nak rehat? Ohhmai, EL anda tidak diluluskan ker? ngee
hamboi kak shaf... hahaha demam neh.. selsema teruk..demam dh kurang.. ini kot ubat dia..ubat klinik tak jalan pon.. hahaha.. EL sy diluluskan tp utk short term.. LOL...
Deletehuh????kat sini rupanya budah zz neh melepak...x perasan la plak
Deleteeh..eh..ni smbungan cerpen ku ingin miliki mu...♥♥♥
ReplyDeletebest nye mukhlis n anahara..;))
~uly ct~
hehehe... mcm best jer, cer sambung lagi...
ReplyDeleteSAMBUNGAN MINI NOVEL...
ReplyDeleteCAYA LA K.RM...
SATU2 NYE PENULIS YG WT SAMBUNGAN NOVEL........
adalah, Anis Ayuni alaf 21 dh lm buat, apapun RM sy ttp follow..
Deleteya Allah dh besar anak2 ini..haih la rasa tua plak.. dulu (beberapa bln yg lps hehe) suka dkt batch mama papa mereka(paling suka kat uncle zhafran). tak kan skrg nk suka ngan couple baru ni kot..ohmai..tak kisah la kapel muda pon..yg penting besttt..
ReplyDeleteyess RM dh start bt sequel e-novel..
ReplyDeletebest2..
mmm....menarik versi generasi plak...ok2....
ReplyDeleteWah rinnduhye kt diorg..
ReplyDeletenk lg !!...best !!
ReplyDeleteooo...ni kisah ank2 diaorang pulak ya....best2...cpt smbng...
ReplyDeletehaish baru nk suh buat kn cite psl ank2 die lak..sekali dah de la plk...teruja giler nie
ReplyDeleteAdakah Mukhlis dan Zafran akan menyatukan anak2 mereka berdua...mereka kan dah jadi best friend so mungkin apa perancangan utk berbesan.....mesti sweet.....
ReplyDeleteagak2 arya bakal kahwin dgn sapa erk?.. anak2 diorang jugak?!... kopak dinding.. kopak dinding...
ReplyDeletewahh.. nmpk interesting! please next entry =)
ReplyDeletesuka suaka...teruskan..
ReplyDeletesuhaila idris
kena revise balik kuingin milikmu. lupo nama watak sih. oh nama! =)
ReplyDeleteemmmm..... RM d best...
ReplyDeletex sabar nak baca next n3
-sab-
to welcome back..mukhlis & anahara..heh..
ReplyDeletenew generation ;)
ReplyDeleteanak-anak ,mukhlis n anahara , nama anak diorang pun comel-comel..hehe
cerita anak2 bila dah besar plk kali ni...best2..
ReplyDeletesapa hero baru RM :)
ReplyDeletewelcome Aryana's love story...
ReplyDeleteWelcome back Mukhlis & Anahara
selamat kembali ke dunia Anahara n Mukhlis, dh jd second character lah
ReplyDeleteohmai.. ada citer br... mesti lh ingar pd anahara dan mukhlis...
ReplyDeleteHaha...saya gila balik...Anahara-Mukhlis are back....
ReplyDeletebest! hehehehe.
ReplyDeletecik penulis,
ReplyDeletenak betul kan sikit kat ayat means word tu
cik penulis maksudkan perkataan kejam kan?patutnya mean word.
contoh : you are mean! (awak kejam!)
jangan marah ye cik penulis ^_^
sambung cete anak-anak pulak... bestttt
ReplyDeleteMy programmer is trying to persuade me to move to .
ReplyDeletenet from PHP. I have always disliked the idea because of the expenses.
But he's tryiong none the less. I've been using WordPress on various websites for about a year and am worried about switching to another platform.
I have heard excellent things about blogengine.
net. Is there a way I can transfer all my wordpress content into it?
Any kind of help would be greatly appreciated!
Here is my website - click here
Yeah,bestnya. Cite pasal ank2 anahara dan mukhlis pla.hehe
ReplyDeleteoh...sequence dr buku RM sndiri...hehehe
ReplyDeleteCite dh best,tp rasanya trlalu bnyk penggunaan ohmaii,,mcm x sesuai pulak..maaf ye menegur kak RM
ReplyDeletewoah!!!!1 nie yg sayang kak rehan nie :) best kot bce cter nxt generation nie.... nie cter psal ank2 diorg plak.... zafran n resa??? hehehhe :)
ReplyDeleteKREATIF...SMBGN CRITA PSL ANAHARA...GOOD JOB!!!!
ReplyDeleteeh, eh, kita baru nak baru nak start baca la... best la... gaya penulisan RM yang bersahaja mcm ni... x boring. btw, jemputlah singgah jengah penulisan kita di blog juga... huhu... baru berjinak2.. =)
ReplyDelete