DIAM tak diam, aku
memang terdiam dalam bilik ni bila pintu bilik ditolak daripada luar. Jangan aku teka lagi siapa kalau bukan
dia. Mama dan papa memang tak naik dah
bilik aku sekarang. Ini juga jadi kawasan
larangan buat Aryan.
“Assalamualaikum?”
Aku terkaku bila ada
suara parau memberi salam. Nak tak nak
jiwa yang berdetak dipalu ini aku pujuk sehabis daya. Siang tadi kemain meriah kenduri. Letih sengih sana-sini. Melayan tetamu hingga malam ni aku rasa tubuh
aku kena gilis dengan bulldozer.
“Waalaikummussalam…” jawab aku sopan.
Wajah Ayie yang nampak
lelah aku pandang dari dalam cermin. Aku
baru saja nak buka tudung waktu ni. Baru lepas hantar nenek dan atuk
balik. Baru nak bersihkan diri. Baru nak rehat lepas ni.
Tak jadi aku buka tudung
bila Ayie merapatkan daun pintu. Hanya
tangan yang masih ligat mencuci mata dengan make-up remover.
“Dah mandi ke?” soal aku cuba melindungi kecanggungan hati.
Ayie menggeleng dan
terus saja dia rebahkan tubuhnya di atas katil aku. Tilam aku dan tempat peraduan aku yang sangat
aku sayangi. Dia rebah tak mandi?
“Mandi la dulu sebelum
baring. Tak mandi dah baring lagilah
letih.”
Aku letak kapas kotor di
dalam plastik kecil yang memang aku sediakan daripada awal. Kaki aku melangkah menuju ke arah almari dan
membuka pintunya.
Sehelai tuala aku
capai. Untuk Ayie.
“Nah…” Aku menghulurkan pada dia yang masih lagi
terbaring dengan mata yang terpejam.
“Ayie?” seru aku.
Sepi tiada jawapan.
“Ayie…” Sekali lagi aku memanggil.
Masih diam. Hanya nafas yang terhela tenang.
“Zakhri Adha?”
Ini dah kali ketiga, sekali
lagi aku terus seret dia masuk bilik air.
Aku bercekak pinggang dengan tuala yang masih ada di tangan.
“Adik Ayie oi…”
Ayie buka mata. Dia menyoroti mata aku yang sedang berdiri
tegak di depan dia.
“Cantik bahasa, kakak?” sinis dia menyoal sebelum matanya kembali
terpejam.
Aku ketap bibir. Okey, aku terkurang ajar sikit dengan
dia. Tapi, orang panggil dengan baik dia
buat-buat tak dengar.
“Dah kakak panggil
baik-baik adik Ayie tak nak dengar… kakak kejutlah kuat sikit.” Aku sengih menyembunyikan rasa bersalah.
Kali ini, mata Ayie
terbuntang luas. Tapi, dia tetap
terbaring lesu begitu.
“Siapa adik siapa
kakak?” sergah dia tak puas hati.
“You adik, me…” Ibu jari aku menunjuk pada diri sendiri.
“… kakak.” Aku sengih.
“Jangan panggil macam
tu. Abang tak suka!”
Ohmai, ayat Ayie buat
jantung aku menari tango.
Aku telan liur
berkali-kali. Menggelepur jiwa aku bila
Ayie biasakan diri dia abang. Serius aku
rasa nak rebah mencium permaidani buatan Itali ni. Serius aku rasa bilik aku dah bertukar jadi
taman rama-rama.
Mata Ayie tertutup
kembali. “I’m a man or my words. MAN,” tekan dia.
“Ingat tu, abang ni
lelaki. Belajar panggil abang. Just like our parents,” arah Ayie tegas pada
aku yang memang kelu seribu bahasa.
Serius aku tak rasa dia
umur muda daripada aku. Matang semacam
je mamat ni. Teragak-agak dah aku nak
bersuara.
Menggigil tangan nak
hulurkan tuala pada dia.
“Err… ini tuala. Pergilah mandi dulu,” suruh aku
tergagap-gagap.
Ayie buka mata. Dia hulurkan tangan dia pada aku. Mahu mencapai tuala tersebut. Bila aku hulurkan pada dia yang masih
terbaring, selamba dia memaut pergelangan tangan aku membuatkan aku jatuh tepat
menghempap dia.
Ayie sengih lagi bila
wajah kami agak dekat dan aku rasa tangan dia memeluk pinggang aku.
Killer grin!
“Errr…”
“Tak tahu nak kata apa, kan ?” soal dia berbisik.
Liur aku telan mula rasa
macam sup pasir. Kesat semacam. Ayie pulak makin kuat membelit tubuh
aku. Aku rasa tangan Ayie menjalar naik
ke belakang kepala aku.
Sungguh.
Bila aku nak angkat
kepala Ayie menahan.
“Nak pergi mana?”
“Mandi,” pantas aku
menjawab.
“Shall we take a bath
together?” Dia kenyitkan mata.
Aku berdeham lama. Merepek budak ni. Dahlah aku letih. Dia main-main pulak. Bukan aku tak tahu dari riak mata dan air
wajah dia aku tahu dia memang nak kenakan aku lagi seperti hari-hari
sebelumnya.
“You know some rule, in
our house, dik?” soal aku cuba
menenangkan diri sendiri biarpun aku tahu Ayie mampu rasakan detak dalam dada
aku.
Dia angkat kening. “Please…”
Aku sengih jahat.
Tangan aku menongkat tubuh sendiri biarpun dada kami rapat tanpa ada
sedikit ruang membiarkan angin masuk menerobos.
“Dalam rumah ni ada
pantang. Kalau sesiapa tidur tak mandi,
boleh kena penyakit kulit yang sangat berbahaya. Kata papa ini sumpahan keluarga dia dari
turun-temurun. So, you better get up and
take a shower,” ujar aku dengan suara yang sengaja aku buat-buat takut.
Wajah Ayie
berkerut. “Sungguh ke?”
“Huh, mahu tak
sungguh. Ini betul-betul ni tau…,” balas
aku menggumam.
“Sebenarnya papa dengan
mama tak nak awak tahu tapi yalah, kan ? You are a part of my this family now, tak
manislah kalau awak tak tahu peraturan kuno rumah ni,” giat aku lagi.
Wajah Ayie nampa k pucat. Bibir dia nampa k bergetar.
“Sungguh ke?” Dua kali dia tanya soalan yang sama dan aku
juga dua kali berikan jawapan yang sama.
“Saya mandi dulu,
ya? Awak mandi lepas ni.”
Aku cuba bangkit tapi Ayie
menahan. Lama-lama wajah yang ketat itu
longgar riaknya. Bibir dia mekar dengan
senyuman.
“Baik punya alasan. Langsung tak logik. Huh, kita zaman apa ni main sumpahan kuno
lagi. Kalau takut cakaplah takut…,” balas dia ketawa.
Pinggang aku dilepaskan
secara rela. Cepat-cepat aku bangkit dan
membetulkan pakaian sendiri.
Tudung yang senget ini
pun aku pegang sedikit dengan mata masih menatap benin g mata Ayie yang tersisa tawa
dia.
“Memang itu alasan tapi
agama kita menganjurkan kita bersih apa.
Kebersihan itu kan
sebahagian daripada iman. Dah, pergi
mandi sana . Saya siapkan baju awak.”
Aku membidas kembali dan
terus menapak ke arah alma ri
dengan niat nak cari baju untuk Ayie.
Tapi, kenapa aku cari baju dia dalam alma ri aku?
Mana pakaian dia.
“Mana beg pakaian
awak?” Aku terus berkalih dan saat ini,
longgar lutut melihatkan Ayie yang sudah hilang bajunya.
Hanya tubuh dia yang
terdedah pada mata aku. Nak tak nak, aku
tahan mata dan terus memandang. Tak
salah pun tapi ada rasa segan dalam diri.
Aryan dengan papa pun paling selekeh pun pakai singlet. Ini?
Hai… tango lagi la jantung aku.
Gamaknya Ayie perasan
dengan keadaan aku yang serba tak kena.
Dia ketawa kecil dan terus menyangkut tuala pada tubuh dia.
Okey, dah kurang
terdedahnya.
“Tak bawak…” Selamba dia menjawab.
“Habis tu bawak apa je
datang?”
Sungguh aku tak puas
hati. Rumah kami tak adalah dekat sampai
dia boleh jalan kaki balik ambik pakaian dia.
“Bawak tubuh jelah…
bukan malam ni kita nak pakai tubuh masing-masing ke?” tanya Ayie tenang bersama langkah yang sedang
menghampiri pintu bilik air.
Aku ketap gigi. Sikit lagi aku ketap gigi, rahang aku pasti
retak kesan menahan gera m
dengan Ayie ni.
“Amboi cakap… nak
hangatkan suasana saja eh?” sinis aku
berwajah kelat.
Ayie ketawa kecil. Dia sudah sedia memegang tombol pintu bilik
air.
“Tak apa. Kalau rasa hangat nanti, kita kuatkan
air-cond. Habis cerita, kan ?” soal dia bersama kening yang terjongket.
“Ayie… you!” Aku dah mula nak marah.
Lupa diri lagi dia siapa
aku siapa. Tak jadi Ayie nak tutup pintu
bilik air. Kepala dia terjengul keluar
memandang aku yang sudah bercekak pinggang.
“Don’t call me Ayie… I
don’t like it. Cal l me abang. Berapa kali nak ingatkan? Hrmm?”
soalnya dan aku hampir saja nak campak perkakas yang ada di atas meja
solek tu pada dia.
Sabar jelah hati aku
dengan budak ni.
( Zakhri Adha bin Zafran a.k.a Ayie with his simple killer grin)
SELESAI menunaikan solat
sunat dua rakaat, aku aminkan doa.
Berharap semoga rumah tangga aku dengan budak muda ini berkekalan. Bohong aku katakan aku tak suka dia. Aku suka tapi terlebih bohong kalau aku
katakan, aku cinta dia.
Tak ada perasaan. Tengah belajar memupuk ni. Janji semua oran g bahagia dan aku akan bahagia sama.
Fikiran melayang. Pesan nenek dan atuk bergema. Pesanan tok mak juga.
“Jadi macam mama
Arya. Dia baik, sabar dan pelengkap
pada keluarga kita.” Itu pesan atuk dan
nenek.
“Bila tok mak tengok
Arya, nampa k
Mukhlis. Bila tengok lagi sekali, nampa k Anahara. Aryana adalah kedua-dua mereka dan pastilah
Arya istimewa lebih daripada mereka.”
Ini pula pesan tok mak saat aku hampir diangkat menjadi isteri siang
tadi.
Aku bangkit dan berjalan
menuju ke cermin. Sungguh ke kata tok
mak? Mampu ke aku jadi sehebat mama
untuk menjadi seorang isteri apatah lagi melayani karenah Ayie yang aku
rasakan, terlebih manja dan mengada-ngada.
“Hai…” Mengeluh pulak aku secara tak sedar.
“Mengeluh ni perbuatan oran g yang tewas? Tahu, kan ?” tegur satu suara.
Aku tersentak dan
berpaling. Ayie.
“Masuk tak beri salam
pun,” sela aku dengan wajah mencuka sambil menyisir rambut di depan cermin.
Ayie merapatkan
pintu. Dia senyum dan mendekat pada aku. Tangannya singgah pada bahu aku dan aku
sedaya upaya memujuk hati, jangan berani nak menari tango lagi.
“Nam pa k oran g tu ralit sangat depan cermin. Fikir apa?”
Aku pandang mata Ayie
dari dalam cermin. “Berdoa,” jawab aku.
“Doa apa?”
“Apa-apa je…”
Dia sedikit
merengus. “Kan kita dah patut share semua perkara,
Arya?”
Aku tahu, suara Ayie
kedengaran macam dia sedikit berjauh hati.
Pada aku pula, ada perkara yang perlu aku simpan sendiri dan ada yang
perlu aku kongsi.
“Tak ada apa… saya
doakan yang baik-baik untuk kita sekeluarga,” jawab aku akhirnya.
Bila aku mahu bangun,
Ayie menahan aku untuk terus duduk.
“We need to talk,”
ujarnya cukup perlahan.
Rambut aku yang lepas
bebas diselak ke depan sedikit dan dia mencangkung di depan aku bila dia
berjaya buat aku berpaling tepat pada dia. Nampak matang dan tak ubah seperti
seorang lelaki seusia aku bila dia mengenakan sepasang baju Melayu teluk
belanga itu.
“Tentang apa?” Aku senyum pada dia. Pahala mudah untuk aku.
“Kita?” soal aku lagi bila dia tidak menjawab.
Ayie mengangguk. “I’m ready.
Are you?”
“Kalau tak ready, kita
tak akan ada di sini,” jawab aku mesra.
Telapak tangan Ayie
menjalar mencari tangan aku. Dia
menggenggam dan meramasnya perlahan.
Wajah dia mendongak dan
mata kami berlaga.
Lama, sebelum dia
mengoyak senyum.
“Arya tahu tak? Ini kali pertama Ayie pegang tangan
perempuan…,” akui dia.
Aku mencemik. “Such a talker…”
“This is true,
Arya. Ini kali pertama.”
Aku ketawa. Ketawa buat-buat. Dalam pada melindungi resah, aku tarik tangan
aku daripada terus digenggam oleh dia dan aku tekup mulut melindungi tawa.
“Jangan bohong. Ayie student luar Negara, anak oran g berada kacak,
tegap…”
Mata Ayie bersinar. “Wow… pujian pertama Arya pada Ayie,” sampuk
dia.
Aku jegilkan mata.
Pandang oran g
puji dia mula la nak berlebih-lebih masuk baku l
gantung dekat pokok durian.
“Oran g tak habis cakap lagi ni. Nak bangga diri je tahu…” AKu menggeleng tak puas hati.
Dia senyum dan
mengangguk, memberi ruang aku terus bersuara.
“Saya tak percaya saya
perempuan pertama dalam hidup awak. Dok
luar Negara tu tak ada steady ke? Kat Malaysia
ke dulu-dulu…” duga aku.
Tapi… Ayie
menggeleng. “Memang tak ada.”
“Sorang pun…”
Dia mengangguk
lagi.
“Ohmai…” Aku buat-buat pegang pipi. Mata terjegil dan wajah keruh.
“Such a waste. Ayie buang masa sungguh…”
“Mana ada… sekarang okey
apa. Dapat yang halang. Nak pegang mana-mana pun boleh…” balas dia tersengih.
Aku redupkan pandangan
bila mengesan renungan mata Ayie yang
dah macam trafik light tanda ‘bersedia’.
Kuning amat.
Tapi, dalam hati
bangga. Siapa tak bangga kalau suami
sendiri tak pernah menyentuh kulit mana-mana perempuan sebelum ini. Aku juga tak pernah bersentuhan dengan
mana-mana lelaki.
“Mana Ayie boleh pegang
pulak ni?” tanya dia sambil menolak
tangan aku yang memegang pipi sendiri.
“Boleh pegang
sini?” Telapak tangan Ayie berganti pada
pipi aku.
Aku bulatkan mata. Rasanya wajah aku dah merah padam ni.
“Atau sini?” Sebelah lagi dia pegang.
Bila aku tidak memberi
reaksi, dia beralih tempat lain pula.
“Atau sini?” Tangannya turun hingga ke bahu.
Aku masih kaku. Sebenarnya terkaku. Tak terkata apa dengan tindakan budak ni.
“Atau boleh jadi dengan
ni…” Dia menurunkan tangannya dan
mendekatkan wajah dia dengan wajah aku.
Hampir saja bibir kami
menyapa sesama sendiri tapi tapi aku tekup mulut, Ayie bahankan. Ketawanya terhambur.
“Penakut,” cebik dia.
“Heh, mana ada
takut. Dahlah… saya nak tidurlah. Ayie pun, take some rest. Letih betul hari ini,” ujar aku mengubah
topik.
Aku bangkit hendak
bergerak ke tempat beradu.
“Ayie tidur dekat lantai
ke?” soal dia.
Aku berpaling laju. Dah kenapa pulak nak tidur dekat lantai? Aku ni jahat sangat macam kakak tiri ke nak
suruh dia tidur atas lantai?
“Dah tu kenapa nak tidur
dekat lantai? Katil ni tak cukup besar
eh? Oh… kalau macam tu esok saya minta
papa beli katil double king size, okey?”
Ibu jari aku tegak, bertanya.
Dia mencerun
pandang. “Bukan apa. Kot-kotlah kita ni tipikal kahwin paksa. Isteri suruh suami tidur atas lantai takut
ehem-ehem…”
Boleh dia sebut
ehem-ehem.
“Kita bukan kahwin paksa
pun. Tak mainlah tipikal kahwin paksa,
okey. This is what we called, arrange
marriage. You are my husband and I’m
your wife. Islam ajar, di mana tempatnya
seorang isteri kalau tak di sisi suami.
Kalau kata Ayie nak tidur atas lantai, tak ada hal… saya hampar
gebar. Kita landing sama-sama.”
Selamba aku
berkata. Dari mana keberanian pun aku
tak tahu. Buatnya sungguh aku tu
bertindak, mana aku nak menyorok. Huh…
Aku terus menarik gebar
dan menghampar gebar lebar itu di sisi katil, tepat atas permaindani yang tebal ini. Bantal aku letak di hujung sana satu, dan untuk aku juga satu.
“So, boleh kita
tidur?” soal aku sambil merebahkan
badan.
Ayie sengih dan berjalan
ke arah gebar. Gila tak aku? Katil ada kemain selesa tapi melayan karenah
budak ni, aku pun sama-sama jadi budak dah.
“Tidur je ke ni?” usul Ayie sambil mengurut pangkat lehernya
sebelum turut sama rebah di sisi aku.
Sedikit berjarak.
Aku pandang dia. Kening aku naik. “Kalau tak tidur nak buat apa?”
Lama kami diam. Ayie lama-lama sengih dan bersuara.
“For tonight, tidur
jelah dulu eh… Assalamualaikum, sayang,” bisik Ayie lantas dia kucup dahi aku
pantas.
Okey, ini kali
kedua. Kali pertama tadi tak rasa
sangat. Aku rasa lebih pada lakonan je
pun sebab depan oran g
dan kamera. Ini tanpa oran g
dan bersaksikan Allah dia kucup dahi aku lagi sekali sebelum dia berbaring
menghadap siling dan matanya dipejam.
Aku tekap dahi aku
tempat Ayie kucup tadi. Berderau
darah. Kalau macam ni, jangan cakap
apalah kalau aku yang tak bagi Ayie tidur.
Huh…
“Nak kucup kat mana
lagi?”
Aku terngadah. Ayie buka mata kembali dan dia mendekatkan
wajah dia sekali lagi pada aku.
Cepat-cepat aku menarik kepala ke belakang sikit.
“Selamat malam…,” ucap
aku pantas dan terus meluruskan badan.
Mata terkebil-kebil
dalam cahaya lampu yang kian sambar.
“Jangan risau, Ayie tak
salahkan Arya kalau tiba-tiba kejap lagi Arya kejut Ayie dari lena. Ayie faham…”
sambung dia dan diakhiri dengan tawa halus.
Mengerti dengan apa yang
dia mahu sampaikan, aku terus tarik bantal daripada bawah kepala dan menutup
muka.
Gila kalau rasa tak
malu. What a wedding night!
~~> bersambung
RM : (senyum senget)
Yeay...dah sambung..lebih 20x buka blog ni..tggu update..tq ya sis
ReplyDeleteoh akak Rehan...so noty heheh
ReplyDeletet'tibe melting plk..... oh RM,,,,
ReplyDeleteOh akhirnya ade juga n3 tq kak rm walaupun lambat sengeh depan I pan ne hehehe( imah)
ReplyDelete##i pad##
DeleteLol aftr24h....hoho funny.... xoxo
ReplyDeleteSweet je ayie nih.. terbuai perasaan :)
ReplyDelete~Ema~
wah!! wedding night yang terbaik. hahaha.
ReplyDeletesakit rahang dok sengih3 dari tadi ag. kekeke.
senyum sorg tgh mlm ni..hehe..sweet je ayie ni duk usik arya..wedding night lak tu
ReplyDeletehuhuhuu...tersedar dr tdo n nmpk ada n3..bestnya cmni..
ReplyDeletedorang tdo kat bwah ke?hahaha
>>k<<
mimpi indah2 la mlm ni....thanx k.rehan..^^
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteterbangun tido at 1.45pg...terus ambik phone..terus tekan opera mini..terus ke blog ijo...emmm senyum sampai ke telinga sbb ada new n3....akhirnya...... kalah sungguh org bercinta....〓 penangan SAK pd diriku :)
ReplyDelete-sj-
Ada ayat "dapat yang halang" dlm ni..mcm pelik skit ke sbnr nyer RM nk tulis "dapat yang halal" ?
ReplyDeletehahhahaha.... serious diorang comel :)
ReplyDeleteHmmm....so sweeettt....
ReplyDeleteHmmm....so sweeettt....
ReplyDeletesweet giler adik Ayie.....
ReplyDeleteai pun blushing sama mcm Arya.
keje nk menyakat je inche hubby tu ye keke
ReplyDeleteyg tukang bc ni pula malu2.... haha
ReplyDeletedah makin parah batuk nie ..sebab ketawa
ReplyDeletei dah rasa mcm asyik2 babak ajak mandi. asyik2 babak gini aje rm. hurmmm
ReplyDeletenoty2...haha
ReplyDeleteSaya pn asyik senyum2 senget sambil baca n3 ni
ReplyDeleteheh..tilam empuk ada, lg mau td atas lantai..
ReplyDeleteArya bila dah halal nak pegang mana-mana pun boleh...
ReplyDeleteada kati x nak buat tempat tidur ...
so sweettt
nak gelak senget gak ler..ekekekeke...
ReplyDeleteOhmai.. sweetnya!
ReplyDeletewah...memang senyum senget....sangat....hehehehe...
ReplyDeleteSenyum sorang2,how sweet.
ReplyDeleteakhirnya,penat tgu utk smbungan kak RM..Apa2 pn TQ ye Kak RM..kt senyum sorang2 bca cter nie..sweet sngt..NK LG..X CKUP LA..HEHEHHE...
ReplyDeleterehan jgn le sambung lambat sangat..
ReplyDeleten3 seterusnya rm............
ReplyDeletebestttttttt sangat kak rehan...
ReplyDeletecpt buat SAK 11, x sabar dah... :)
senyum tak habis-habis :P
ReplyDeletearya yang kejutayie? ke ayie yg kejut arya? hehehe.. x sabar nak tunggu next entry
ReplyDeleteRM terbaikkkkkkllkk......
ReplyDeleteterbaik kak rehan .
ReplyDeleteohmai .. sweet la ayie ni.. :D ai pulak yg malu lebih yuu.. haha
ReplyDelete-athirah-
halal bkn halang kn, RM? o my! sweet giler dia org ni. tulisan RM.... ikut suka dia la nk wt topik cm na pn. kalo x sudi bc, jgn buka lgsung blog ni. hihihi
ReplyDeletesek sengeh je bace n3 nie...ayie noti sesangat...
ReplyDeletesuch a 'sweet talker' jer ayie ni. kena panggil 'abang' lg. mcm nk tergeliat jer lidah arya.
ReplyDelete