PAGI ini sangat ind ah. Nyaman dan menyegarkan sebab dinihari tadi
tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
Memberi tidur yang selesa dan lena.
Sedar aje aku rasa ada tangan melilit pinggang aku.
Aku tahan hati. Tahu itu Ayie. Tapi, hembusan nafas dia dekat dengan wajah
aku ni, apa hal pulak? Menghangatkan
pagi aku yang dingin ni aje.
Kacau.
Aku buka mata. Wajah aku dan Ayie terpisah pada jarak dua
inci saja. Sangat dekat dan dia sangat
lena. Aku beranikan diri menyentuh wajah
dia. Terasa kulitnya kasar kesan
cukuran. Aku tepuk pipi dia
perlahan. Kejut kuat-kuat karang,
buatnya dia tertendang aku, tak ke aku terperosok bawah katil.
“Ayie,” seru aku cukup
perlahan.
“Ermm…” Dia menjawab tapi dengan rengusan.
Nampak macam tak sedar
lagi tapi tangan semakin menarik aku rapat pada dia.
“Ayie, bangunlah…,”
suruh aku lagi.
“Dah masuk Subuh
ni. Jom, kita bangun subuh dulu,” ajak
aku sedikit kuat.
“Bangun dululah, Khai. Ayie nak tidur kejap lagi.”
Aku kerutkan
kening. Pelukan pada pinggang aku
terlepas. Khai? Siapa?
Dia ingat dia peluk Khai ke ni?
Dia ingat dia lena dengan Khai ke semalam dan Khai tu lelaki ke
perempuan? Biar betul Ayie ni.
“Ayie…” Aku sentuh lengan sasa dia.
“Khai mana pulak
ni. Ini Arya la…”
Mata Ayie celik
serta-merta. Dia pandang aku dan terus
dia bangkit dari lena. Duduk tegak dan
meraup wajah dia.
“Ayie panggil Arya apa
tadi?”
“Khai,” jawab aku. “Siapa?” soal aku lagi sekali sambil mengikat
rambut yang sedikit tidak kemas.
Ayie diam. Wajah dia cuak tiba-tiba.
“Kawan. Budak rumah
sewa dekat Jerman. Err… maaf, Ayie lupa
Ayie ada Arya sekarang. Arya pergilah
mandi dulu. Ayie nak bari ng kejap lagi. Nan ti dah
siap, kejut Ayie eh?” pinta dia bersama
sengihan sumbing.
Nampak aneh bila Ayie
sedikit gemuruh pagi ni. Apa kes?
Entah-entah, Khai tu adalah
Khairiah? Atau Kharisa atau
Khariza? Dan itu nama perempuan.
Mungkinkah?
Boleh jadikah?
Ayie?
Khai?
Kekasih lama?
Dan… tinggal sekali
dulu?
Ohmai… aku rasa nak
rebah. Serius, hidung aku terhidu bau
hanyir semula setelah beberapa hari dicucuk oleh wangian lavender yang memenuhi
setiap ruang kamar yang masih cantik terhias.
Ayie rebahkan tubuh di
atas katil. Barangkali kerana kesan
penghawa dingin yang terpasang, dia menarik gebar di lantai dan menutup seluruh tubuhnya. Mata aku tunak merenung sekujur tubuh yang berbungkus tu. Serius aku rasa aneh dah. Ayie ni biar betul? Buat perkara tak elok ke dekat luar Negara sana
sampaikan mama dan papa dia desak dia kahwin dan calonnya adalah aku?
Malas nak fikir
bukan-bukan buat masa sekarang, aku terus melangkah ke bilik air. Pintu ditutup dan aku terus membuka
paip. Gigi aku gosok. Setelah itu aku kumur pula dengan Colgate
Plax. Berharap moga fikiran aku yang
kotor ni pun dibersihkan sama sekali dengan kuman punca masalah gigi.
Tapi sayang, tidak.
Bila aku cuci muka
kesan keruh dan ingin tahu tu masih jelas terpancar pada wajah aku. Ayie ni biar benar. Tak kanlah?
Aku rasa mama dan papa dia tu tak adalah open-minded sangat
orangnya. Mama Resa tu tegas jugak
orangnya. Papa Zaf pun lagilah. Pak cik dan mak cik dia pun aku tengok sopan
orangnya. Dah tu, kenapa Ayie ni semakin
aku terhidu bau hanyir?
“Arya...”
Aku tersentak. Cepat-cepat aku tutup paip dan capai tuala
lalu aku lap wajah yang basah dengan wudhuk.
“Ya?”
“Ayie nak pakai bilik
air. Arya buat apa lama sangat? Termenung ke?” soal dia sambil terus mengetuk pintu bilik
air perlahan.
Aku kerutkan
kening. Tadi kata nak tidur? Aku rasa tak adalah lama aku dok dalam bilik
air ni tapi Ayie dah bersuara pulak.
“Ada ni ha... tak
termenung pun. Dah siap pun haa...”
Serentak itu aku tarik pintu dan wajah Ayie tersembul depan aku.
“Arya buat apa lama
sangat?” Dia sengih sambil menyoal.
“Tak ada apa. Gosok gigi, cuci muka, ambil wudhuk je.”
Aku menjawab sambil
melangkah melepasi dia yang ternyata memberi
ruang untuk aku. Tak menanti Ayie
bersuara, aku hampar sejadah. Telekung aku
sarung ke tubuh bila Ayie bersuara semula.
“Tunggu eh. Kita solat sama-sama. Lepas solat baru sambung tidur balik,” ajak
dia siap dengan perancangan setelah ini.
Aku pandang Ayie yang
sedang senyum di pintu bilik air.
Mengangguk dan terus
duduk di birai katil menanti dia keluar.
TENANG.
Satu perkataan yang
payah hendak aku capai. Biasanya kalau baru nak tenang, pasti ada
kerja-kerja pejabat buat aku rasa lintang pukang. Kalau di rumah, baru hendak bersantai-santai,
pasti datang papa tak pun mama menyoal soalan boleh membunuh dulu. Kali ini tak ada dah sebab dah dapat menantu.
Tak pun lebih teruk
diserang Aryan dengan macam-macam cerita dan propaganza dia tu. Boleh ribut kepala tapi sekarang tenang
seusai menunaikan solat Subuh pertama dengan Ayie, imam aku dunia akhirat.
Tapi... mampu ke?
“Ayie,” seru aku.
Dia berpaling sambil
membuka kopiahnya dan sedang hendak berjalan ke katil. Mata dia nampaknya mahu kembali tertutup.
“Apa?” Ayie menyoal aku sebelum dia rebahkan
tubuhnya di atas katil dan bersedia menarik gebar.
“Do you mind if I ask
you one thing?” tanya aku sambil melipat
telekung dan aku terus letakkannya di dalam almari.
Mata Ayie separuh
tertutup. Aku tahu dia merenung aku. Tangan
dia bergerak, melambai. Menggamit aku
pada dia.
Nak tak nak, aku dekati
Ayie. Punggung aku labuhkan di sisi dia
dan tangan Ayie spontan memeluk pinggang aku biarpun tidak kemas.
“Arya nak tanya apa?”
“Err... Khai tu siapa?” Jujur, telus dan terang soalan aku.
Buat apa nak berselindung dengan soalan
berlapik-lapik. Aku pun tak reti nak
berlapik sangat kalau betul aku ada rasa nak tahu.
Wajah Ayie aku
jeling. Bibir dia senyum menyenget.
“Jealous?” soal dia sepatah.
“Patut ke saya jealous?” tanya aku semula.
Mata yang separa terbuka itu terkatup rapat buat
seketika sebelum dia kembali membuka matanya seperti sediakala.
“Patutlah kalau Arya
jealous tapi tak patut kalau Arya curiga.
Arya cemburu ke curiga ni?”
Apa jenis soalan Ayie
ni? Aku tanya dia nak kan jawapan. Alih-alih dia pulak menyoal dan tagih jawapan
daripada aku. Tak ke bau hanyir t uterus
menyengat hidung.
“Ayie main-main eh?”
“Mana ada...” Dia senyum dan menafikannya.
“Ayie tanya je. Kalau kata Arya cemburu memang patut tapi tak
patutlah nak cemburukan Khai tu. Dia senior
Ayie. Dah macam abang. Biasa dialah tukang kejut kami semua dekat
rumah sewa sana. Biasalah masing-masing liat nak bangun. Kenapa?
Arya rasa Khai tu, Khairiah atau Khairiza? Macam tu?”
duga Ayie bersama penjelasan.
Okey, tepat mengena
dahi aku. Memang itu nama yang terlintas
dalam fikiran aku tadi.
“Nama dia Khairulizam. Bukan Khairunisa ke apa,” tokok Ayie bila aku
diam.
“Lagi satu, kalau Arya
nak curiga jugak, Ayie rasa macam tak sesuai je. Nak curiga pada apa? Takut-takut Ayie ni pernah duduk sebilik
dengan perempuan ke apa?” ujar dia lagi.
Kali ini juga, dush...
aku rasa tumbukan pada batang hidung aku.
Tepat juga bidikan budak Ayie ni.
“Ayie tak buat
kerja-kerja tu. Lelaki dan perempuan
bukan muhrim bersekedudukan bukan ke dosa.
Tapi, kan...” Ayie berjeda.
Aku jadi tak sabar nak
tahu kata-kata dia selanjutnya. Rasa macam
ada tak kena lagi ni.
“Ayie tarik balik
kata-kata Ayie semalam. Yang Ayie cakap
Arya wanita pertama bersentuhan dengan Ayie...”
Tengok...
Kan aku dah cakap. Budak ni
kelepet aku je lebih. Boleh tak
kalau aku campak dia keluar ikut beranda sebagai hukuman menipu. Sebenarnya aku tak kisah kalau itu betul di
zaman jahiliah dia. Tapi mengaku
la.. setiap orang ada ruang dan
peluang untuk bertaubat. Kalau dia dah bertaubat, aku siapa nak
menghakimi dia lagi?
“Ayie tipu!” Tone aku dah naik satu tangga.
Marah di pagi hari.
“Tertipu, sister...” jawab dia bersama senyuman.
Aku tahan hati. Boleh dia cakap TER?
Lama-lama aku tengok
Ayie ni boleh terbakar jantung aku. Macam
hati kena panggang dah rasa. Bila aku
nak bangkit, Ayie menarik tangan aku membuatkan aku jatuh tepat di sisi dia dan
dia terus mengiring, mengunci tubuh aku dalam pelukannya.
Mata Ayie terpejam
bersama bibir yang tersenyum manis. Wajah
dia dekat ke sisi wajah aku. Dapat aku rasakan hembusan hangat nafasnya di pagi yang dingin.
“Tepi, saya nak turun
bawah ni.” Aku melarang sambil menolak
tangan dia tapi Ayie masih begitu.
“Tepilah...” Kuat sikit rengusan aku kali ini.
Ayie ketawa halus. “Stay still for a moment. Selesanya...,” ucap dia berbisik.
Aku ketap gigi. Selesa dia kata. Lepas tipu aku masih rasa selesa?
Ohmai... dia ni aku
rasa nak bagi kucing makan je.
“Ayie dah tipu saya
semalam, sekarang selesa peluk saya ye?”
marah aku perlahan.
“Ayie tak tipu tapi itu
tak jugak betul...”
Haih... pening kepala
aku dengan budak Ayie ni. Apa yang dia nak sampaikan ni. Ke saja nak bagi darah aku menggelegak dan
aku nampak terlebih-lebih lagi tua daripada dia? Macam tu?
“Ayie saja duga kakak
eh?” Itu soalan mengenakan Ayie bila aku
tahu dia tak suka aku biasakan diri aku kakak.
Serta-merta mata dia
terbuntang. “Tak nak panggil Ayie abang,
tak apa. Ayie faham. Tapi, jangan biasakan diri tu kakak. Ayie rasa Ayie peluk kakak sendiri je. Tidur dengan kakak sendiri. Eii... geli ar...”
“Dah tu... Ayie tu...”
Tak sempat habiskan
ayat, Ayie memangkas.
“Ayie tipu tak itu juga
perkara sungguh. Arya kira wanita ke
berapa entah yang Ayie pernah pegang tangan.
Pertama mama, Kak Auni, Kak Aina, nenek, mak ngah, mak su... itu kira
perempuan, kan? Dan Arya jugak
perempuan. Kira Arya dah yang ke berapa
dah entah. Malam tadi, Ayie kemain takut
bila teringatkan kata-kata Ayie tu. Eh,
Arya bukan yang pertama. Macam mana nak
betulkan pada dia... haa... itulah yang Ayie fikir. Itu yang Arya kejut pagi tadi terus rasa kejung
tu. Takut...”
Dia sengih mengakhiri
penerangan dia.
Dia ni memang
budak-budak. Ada ke macam tu pun dia
kenakan aku. Mulalah ada rasa nak luku
kepala orang ni. Aku gigit bibir bawah
lama dan meredupkan pandangan bila aku menjeling Ayie.
Dia sengih. “Marah?”
“Such a loyar buruk...”
“Tak apa... buruk pun
suami siapa, kan?” balas dia.
Dalam hati aku menghela
rasa lega. Ayie ni memang saja nak
mengusik. Aku ketap bibir lagi menahan
senyuman yang mahu mekar. Takut dikenakan
Ayie lagi.
“Tak apa kalau
dipanggil loyar buruk pun... janji nama atas surat nikah tu tak tertukar lagi
nama isteri Ayie ni....” Dia menyambung
sebelum memejamkan matanya semula dan menghela nafas yang kian teratur.
“Such a sweet talker,”
cemik aku cukup perlahan.
“Told you... I was born
with it, Madam Aryana,” jawabnya yakin.
Aku tepuk dahi. Dia memang...
~~> bersambung
RM : Mengantuknya hari ni...
Cair dgn ayie..tq sis gembirakan reader dgn novel ni..hari setiap satu jam..saya check blog sis..hehehe
ReplyDeleteSweetnya...... Mcm nk jgk la somi muda.....hahhahahahha
ReplyDeletependek sangatlah rm...x puas baca
ReplyDeleteHaha i liKe...thanks RM....
ReplyDeleteRm.. Biarla ayie bahaskn diri dia abg wlypn arya xmau panggil mcm tu... Blh ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteeeeee....kakak jgn la wak mcm tu kat ayie..kang ayie fkrkan kakak dia, x psal2 ayie dpt dosa
ReplyDelete>>k<<
nak lagi kak rehannnn..plezzz.. :D
ReplyDeletehilang tekanan sekejap, rasa terbuai-buai... kaka rehan. nak lagi please....
ReplyDeletek.rehan buat sy sakit jantung baca citer ni..hehe..igtkn si ayie ni gay..huhu
ReplyDeletehaha khai..
ReplyDeletemujul khairulizam..klau pompuan...adeh..
ReplyDeleteboleh tak nak buat request?? nak happy ending. tak naki citer cam nine ngan naina , sakit dada..... mase bace yg pasal khai tu dah ingat du perkara jek, sama ade die ade gf or die gay, luckily not...hehe.. tak sabar nak tunggu lagi....tunggu dari semalam nie
ReplyDeleteAyie2..pndai je nk mengenakan Arya kan..ksian Arya.. hihi.. btw..Ayie ni sweet lh..terpikat pulaknkat Ayie... kekekeke *-*
ReplyDeletetp xpuas lah...terasa nk lagi..lagi lagi lagi n lagiiiiii ..blh x kak RM???
#Schariedah Schalus
comel je ayie n arya ni :)
ReplyDeleteBanb bang boom Arya...
ReplyDeletehah, cuak jgak kan...
panadai Ayie ya... =)
Cair hehehehe
ReplyDeleteRM best la..suka sangat dengan ayie.
ReplyDeleteCuak je..Ohmaiii
ReplyDeletebest cite nieh sis..
seperti biaseee..
Meltinggg...
OH Ayieee, Oh Aryaa...
akk...nk vitamin SAK plezzz
ReplyDeleteborn with it...yes you are..
ReplyDeleteBestnyeeeeeee...... more2...
ReplyDeletesuke2..nk lg kak RM..HEHHEHE..
ReplyDeleteRM, ayie ni gay
ReplyDeleteke? Rs mcm ye je....
Apepun im waiting for next n3....
ReplyDeleteGay ke? Ayie? Ohmai....Arya...siannye.... Khai tu mmgla lelaki kn? n its still wrong Ayie...RM wht is going on?
ReplyDeleteso sweettttttttttttt....BORN WITH IT........hahahaha
ReplyDeleteuit..uit...tersengih senget pepagi nih..
ReplyDeletecair.............
ReplyDeleteNak tau sape khai tu, saya lah orgnya hihihihi
ReplyDelete