BARU
dua hari majlis tu berlangsung. Rasanya
baru semalam je. Letih masih tak nak
hilang daripada tubuh. Hanya Ayie yang
lincah ke sana-sini membeli keperluan yang nak dia bawa ke sana dan jangan tak percaya dengan apa yang
dia bawa.
“Ini
apa?”
Aku
yang sedang mengacau air milo panas di dalam teko terhenti seketika. Cepat-cepat aku menjenguk ke ruang tamu
melihat mama mertua aku yang sedang membantu Ayie mengemas bagasi.
“Kenapa?” Ayie menyoal mamanya dengan riak yang serius.
“Ini
pun Ayie bawak?”
Saat
ini, mama mertua aku sedang menunjukkan dua bungkus mamee slrrp extra pedas
yang dia korek daripada bagasi milik Ayie.
Aku tahan hati. Nak gelak tengok
muka mama mertua aku tu macam serius benar.
Karang, dengan aku sekali kena.
Naya.
“Ala , waktu-waktu
kecederaan nanti boleh makan,” jawab Ayie selamba sambil terus menyilang kaki dan
membelek majalah Asiavawe edisi cover oleh Yoo A-In. Aku cam sangat mamat Korea sorang ni sebab dia pun
nampak macam Ayie, bila dia berlakon.
“Apa
yang cederanya? Mama tengok barang yang
Ayie bawak ni boleh injurt jiwa mama,” bebel mama Resa pada Ayie.
Aku
sengih dan kembali ke cabinet mahu sudahkan proses membuat air untuk sarapan
pagi. Seusai Subuh je Ayie dah merengek
dengan aku nak balik rumah mama dia.
Dengan alasan, nak siapkan barang untuk balik semula ke Jerman nanti.
“Jangan
cakap Ayie nak bagi Arya makan benda ni je nanti masa dok sana eh?
Mama cubit Ayie nanti,” bebel mama Resa lagi.
Aku
senyum memasang telinga, mendengar perbualan dua beranak itu. Papa Zaf tiada. Ke pejabat awal-awal pagi. Pak ngah Zafrin dan Mak su Zafrina pun baru
balik semalam, jadi mungkin hari kami berangkat nanti baru mereka semua muncul
semula, kata mama Resa.
“Mama
ni... mana ada. Itu bukan untuk
dia. Itu untuk perut Ayie je. Mama ingat mudah ke nak cari makanan segera
halal kat sana . Alang-alang balik, Ayie bawak jelah ke sana dua tiga
bungkus. Nanti, Arya tu kami carilah
makanan lain. Sambil-sambil jalan, cuci
mata,” jawab Ayie lembut.
Aku dah
siap bancuh air. Cawan aku susun di atas
dulang dan terus saja aku letakkan teko di tepi cawan tersebut. Nasi lemak yang mama masak beserta dengan
pancake... mata aku bulat.
Pancake? Pancake Melayu ke apa macam ni? Bibir aku menguntum senyum. Tak pernah nampak orang buat pan cake macam
ni. Kira bolehlah daripada tak ada, kan ?
Aku
letak juga di dalam dulang dan terus aku tatang ke meja depan. Dengan penuh cermat, aku susun di atas
meja.
“Mama...
makan jom,” ajak aku bila semuanya dah siap terhidang.
Mama
Resa kalih. Dia senyum dan bangkit dari
duduknya. Hanya Ayie yang masih
berbaring menyilang panggung membelek majalah itu tadi.
“Ayie,
makan jom...” laung aku sekali lagi.
Mama
berkerut dahi memandang aku. Ayie juga
kerutkan kening. Lepas tu mulut dia
terkumat-kamit membaca jampi serapah pada aku.
Apa
pulak masalah Ayie dengan mama ni?
Pandang aku macam nak telan je.
Ohmai, aku dah rasa nak buka langkah seribu balik rumah mama. Kalau macam inilah keadaan mak mertua, aku
tak nak jadi Kassim tak selamat tu.
“Err...
kenapa mama dan Ayie pandang Arya macam tu?”
Aku sengih menyembunyikan kecanggungan diri.
Ayie
campak majalah di atas meja kopi. Dia
bangkit dan melompat sofa satu itu dan
berlari pada aku. Pinggang aku dipaut
tak sempat mama mendekati. Bibirnya dia
didekatkan pada telinga aku.
“Ayie
dah pesan jangan panggil Ayie... mesti mama dah perasan.”
Aku
ketap bibir. Aku pandang semula wajah
mama Resa. Okey, dia memang tengah
kerutkan kening dia. Yang pasti, tanpa
senyuman.
“Dah tu
nak panggil Ay...”
“Hah? Arya panggil ayang sarapan ke? La, kenapa tak panggil awal-awal. Arya ni... Ayang dah lapar ni,” jerit Ayie
kuat.
Tiba-tiba.
Memang
itu tiba-tiba.
Spontan
kot keluar daripada mulut dia.
“Mama,
jom ma... lapar dah Ayie ni. Wow, ada
pancake la. Arya tahu tak masak pancake
macam ni? Nanti boleh masakkan eh. Ayang
memang suka pancake macam ni,” ujar Ayie lantas dia melabuhkan duduk di sisi
aku.
Mama
senyum dan duduk setentang dengan kami.
Okey,
baru aku faham kenapa Ayie tiba-tiba
biasakan diri dia Ayang. Tapi, tak
nampak pelik ke? Sangat pelik okey? Patutnya aku biasakan diri aku ayang tapi dah
dia nak panggil diri dia ayang, aku ikutkan sudah.
“Ha’ah,
ma... marilah kita sarapan,” ajak aku pula penuh tertib.
Pinggan
mama dan Ayie aku isikan dengan nasi lemak separuh pinggan. Lauk pula mereka cedok sendiri. Sambal, telur rebus, timun, ikan bilis,
kacang dan juga ayam goreng.
“Arya
makan sikit je?” tegur mama Resa saat
aku menarik pinggan aku daripada terus dihujani nasi lemak tu.
Aku
sengih. “Arya tak biasa sangat sarapan
pagi, ma... biasa malam lewat sikit. Dah
biasa macam tu. Busy kat pejabat
pagi-pagi. Paling tidak pun, Arya minum
milo,” jelas aku.
Mama
Resa sengih dan mengangguk. Tanda
mengerti.
“Lepas
ni kena biasakan diri sarapanlah. Ayie
ni memang suka makan pagi. Pagi-pagi dah
lapar. Itu belum tengok dia bulan puasa. Sahur tu macam orang makan tengah hari,” ujar
mama mengusik Ayie.
Aku
sengih. Dah kehilangan kata dah.
“Tapi, kan ? Kenapa Ayie biasakan diri Ayang? Tak pelik ke?
Eii... Ayie macam perempuan dah pulak,” tegur mama Resa.
Ayie
tersedak nasi. Cepat-cepat aku hulurkan
secawan milo panas dan dia teguk tanpa ada rasa panas tapi lepas tu, wajah dia
merah dan lidah dia juga nampak merah.
Bibir tak payah cakaplah.
“Mama
ni... itu pun nak pelik,” balas dia bersahaja sambil mengipas mulut dia dengan
tangan kiri.
“Mana-mana
je. Lagipun, Arya cakap Ayie manja
dengan dia. Jadinya, biasakan ayang
boleh. Tanda sayang tu.” Ayie menambah dan membikin cerita.
Aku
siku lengan dia. Memberi amaran. Jangan kelepet mama.
“Kan , Arya? Arya suka kan
panggil ayang, ayang, kan ?” Dia kedipkan matanya sekali dan aku juga
lambat-lambat kena terima.
Yalah,
dah dia ghairah mengatakan begitu, tak kan
aku nak caras pulak. Kami tak adalah
bergaduh tapi risau mama fikir kami tak dapat nak sesuaikan diri langsung.
“Korang
berdua ni cepat betul boleh sesuaikan diri, kan ?
Suka mama tengok,” puji mama Resa lagi.
“Sebab
Arya rasa layan dia macam adik...”
“Eh,
ayang tak pernah rasa Arya ni matang dari ayang tau. Ayang memang rasa kita sebaya je, saling
memerlukan, melengkapi,” cantas Ayie.
Aku
telan liur. Salah cakap lagi ke? Mata Ayie aku pandang. Macam-macam bentuk amaran dan aku nampak dari
dua belah matanya tu.
Perbuatan
kami mengundang tawa mama Resa. Dia
menggeleng kecil sebelum bersuara.
“Korang
ni memang sesuai bersamalah. Tak sia-sia
mama dengan papa pilih Arya untuk Ayie.
Dan Arya... mama harap Arya juga boleh terima Ayie seadanya,” pinta mama
pada aku.
Tidak
dapat tidak, aku mengangguk. Dah jadi
suami pun. Jika inilah dia apa adanya,
tak nak lagi aku meminta-minta. Yang
mana terlebih biarlah dia melengkapi diri aku yang kurang ni. Kalau mana-mana yang terkurang tu, aku pasti
akan jadi kelebihan dia.
“Insya-Allah,
mama,” balas aku dan aku tunduk semula memandang nasi lemak yang dah hampir
habis.
Tanpa
sedar, tangan kiri aku yang ada pada lutut dipegang dan diramas perlahan. Bila aku pandang Ayie, dia buat muka
tenang. Dihala suapan demi suapan ke
mulut dia. Berselera sungguh.
Bila
aku nak tarik dia tarik kembali. Hingga
akhirnya aku terpaksa biarkan saja tangan dia terus meramas tangan aku. Nak makan pun tak lalu. Dah gelisah semacam. Ayie ni tak tahu ke perbuatan dia tu buat
jantung aku rasa kena palu. Bergerak ke
kiri dan kan an
tak ubah macam ladung? Dia tak tahu
ke? Atau dia saja usik aku?
“Arya
dah siap, ma…” Aku cuba bangkit tapi suara mama
menahan.
“Sikit
je makan? Dah lah sikit, tak habis
pun. Kurus kering nanti, dok tepi jalan
je terus terbang ke tiup angin,” ujar mama mengusik.
Aku
sengih saja. Dia tak tahu aku dah nak
tercabut jantung ni dek kerana anak jantan dia ni. Ayie pun tak agak-agak. Kat rumah aku sana pun dia macam ni. Pantang lepa tak ada oran g, mulalah mengusik.
Mujurlah
aku ni jenis tak mudah lentok atau lembik tengkuk dengan usikan dia. Paling tidak pun aku pujuk hati suruh
bertenang dan layankan saja perbuatan Ayie tu.
“Arya
memang makan banyak ni je, ma…”
Aku
tarik pinggan dan tangan aku serentak tapi masih tak mahu lepas.
Mama
mertua aku dan senyum aneh. “Atau tangan
tu melekap je bawah meja sampai tak lalu nak makan?” usik mama lagi.
Aku
tahan wajah yang mula rasa membahang.
Nak senyum tak kena, nak ketawa lagilah tak kena. Rasa mahu menangis ada bila mama pun boleh
agak apa Ayie buat bawah meja ni.
Tapi
Ayie… masih tenang menyuap nasi ke mulut dia tanpa ada rasa segan sedikit
pun.
“Ayie? Buat apa bawah meja tu?” soal mama pada dia.
Ayie
panggung kepala dan sengih. Dia selamba
angkat tangan kami yang masih bersulam jari-jemarinya di depan mama.
“Pegang
tangan isteri, ma… tak salah, kan ?”
Okey,
soalan itu aku rasa nak letak dalam soalan SPM tahun depan kalau aku jadi
cikgu. Dia nak mama dia jawab atau nak
malukan aku dengan romantikus dia yang
over tu?
“Ayi…”
Mata
Ayie terjegil. Memberi amaran dan mulut
aku terus terkatup rapat seketika sebelum membukanya semula.
“Ayang
lepas tangan Arya kejap. Orang nak basuh
tangan ni,” suruh aku berbisik tapi aku tahu, mama sedang pasang telinga.
Aku
terkesan senyuman mama. Nampak lega dan
puas hati dengan pergaulan aku dan Ayie.
Tanpa dia tahu aku dah hampir kena sakit jantung melayani karenah Ayie
ni. Mana ada matangnya?
“Tak
nak… ayang rindu Arya la…” Ayie
merengek.
Okey,
itu dipanggil rengekan manja. Manja yang
mengada-ngada. Masa kami berdua manja
dia tak macam ni.
Mama
dah bantai gela k. “Ayie ni, kot ya pun kemaruk, biarlah Arya tu
basuh tangan dulu,” tegur mama.
Dia
sengih. “Okey, Ayie dah siap. Jom baby, kita basuh tangan sama-sama,” ajak
Ayie.
Dan
aku, hampir tepuk dahi dengan tangan kan an
yang kotor dengan sambal tumis dengarkan dia panggil aku baby.
“Ayie
merepek eh? Saja nak kenakan saya depan
mama Ayie, kan ?” tegur aku bila kami sama-sama sampai di depan
sinki.
Dia
tanpa rasa apa-apa mengangguk.
“Suka
gila Ayie tengok muka Arya merah tadi.
Serius, rasa macam Arya kena jemur.
Merah macam epal.” Dia sengih.
Killer
grin lagi.
“Tak
payahlah sengih macam tu. I don’t like
it…”
“Tak
suka eh?” Dia terus lebarkan sengihan
dia.
“Ke
kakak tergoda ni?”
Sekali
lagi dia panggil aku kakak. Aku tahu,
kalau aku panggil dia adik, memang masa tu aku nak kenakan dia dan begitulah
sebaliknya.
“Kalau
tergoda, wedding night beberapa hari sudah dah lama kakak tak bagi Ayie tidur…” sela aku meleret sambil.
Aku
basuh tangan di bawah air paip yang
sedang mencurah-curah. Ayie pandang aku
bila aku mencapai kain untuk lap tangan.
“Habis
tu kenapa tak kejut Ayie je kalau tergoda?”
soalnya serius.
Kepala
paip ditutup rapat. Sepi seketika.
Aku
pandang dia dan dia pandang aku.
“Kakak
tak tergoda pun… kan
dah cakap. Macam mana nak kejut
Ayie?” Aku sengih.
Satu kosong.
Ayie dah terkena. Dia memang tak
pernah tahu dan tak akan tahu betapa rasa hati aku yang satu tu hampir
membuatkan aku dekati dia.
Ayie
melompat duduk di atas kabinet. Dia tarik
tangan aku secara tiba-tiba dan terus saja dia kepit tubuh aku dicelah-celah
kakinya. Bahu aku dipeluk kemas.
“Ye ke
tak tergoda?” soal Ayie.
Dia
kembali sengih.
“Sungguh…” Bersungguh-sungguh aku jawab.
Tapi,
riak wajah Ayie tak percaya. “Ayie tak
caya.”
“Terserah…” tukas aku sambil cuba melepaskan diri.
Dalam
pada tu, aku tahu Ayie sedang meratah wajah aku. Tak lepas sesaat dan tak kurang seinci ruang
pun. Tudung aku yang sedikit senget
dibetulkan.
“Apa
Arya rasa masa Ayie peluk Arya? Masa
kita tidur sama? Masa nampa k Ayie tak pakai baju? Masa Ayie cium Arya? Masa seperti sekarang ni?” tanya dia.
Tiba-tiba
lagi.
Suka
tiba-tiba.
Buatnya
aku tiba-tiba pitam dengar soalan dia tu, apa dia nak jawab dekat ma dan pa aku
nanti.
“Biasa
jelah. Saya terima Ayie seadanya…”
“Ya ke
terima?” giat dia.
“Kalau
tak terima, saya mungkin dah tak ada kat Malaysia ni, Encik Zakhri
Adha.”
Aku
ketap gigi. Geram bila dia tak percaya
tapi memang patut kalau Ayie tak percaya.
Aku sendiri pun sedang menipu diri.
Gila tak rasa apa-apa. Tak normal
ke apa aku kalau tak rasa apa-apa?
Dia
senyum dan menarik kepala aku. dikucupnya dahi aku lama sebelum tangannya
jatuh pada kedua-dua belah pipi aku.
“Ayie
tahu Arya tak sedia sepenuhnya. Yalah,
benda tiba-tiba, kan ? Kalau Arya tak nak ikut Ayie balik, Arya
tunggu Ayie balik sini. Ayie tahu Arya
berat hati, kan ? Kalau tak sedia sepenuhnya, Ayie tak paksa
sebab Ayie sendiri pun tengah cuba
untuk adapt adanya seorang isteri dalam hidup,” ucap dia agak serius kali
ini.
Riak
wajah dia juga serius. Tak main-main
lagi.
Aku
berhenti bersuara. Pandangan aku
sepenuhnya pada dia. Memikir kembali
kata-kata dia. Benar kata Ayie, memang
aku dan dia tak sedia lagi. Kalau tak,
tak mungkin dia terkejut hari pertama aku kejut dia bangkit tu.
Dan aku
pulak, tak mungkin aku boleh buat tak tahu je hak dia yang satu tu. Alang-alang dia tak meminta aku tak mungkin sesekali
tersua-sua.
“I
knew…,” jawab aku ringkas.
“Ayie
not ready yet. So do I. Betul ke tak nak saya ikut balik Jerman? Tak rasa rugi tiket pak cik mak cik dah
sponsor?”
Aku
sengih. “Arya kan banyak duit. Ganti jelah…” Gela k besar dah dia.
Aku kecilkan
anak mata. Baru tadi rasa dia matang ni
rasa dia kurang masak pulak. Kurang
empuk.
“Amboi…
suka kenakan oran g…”
“Oran g tu Arya je. Oran g
lain Ayie serius je…”
“Boleh
macam tu…”
Dia
angguk. “Dengan Arya semua boleh.”
Kami
sama-sama tahan tawa pada asalnya tapi terhambur jua bila masih-masih dah
kembung-kembung pipi dah.
“Thank
you for trusting me, Aryana,” ucap Ayie bila tawa aku reda.
Aku
kerutkan kening. “Trust?” Aku mula rasa aneh dan bau hanyir lagi.
“Percayakan
Ayie untuk jadi imam Arya duit dan akhirat?”
Kening dia naik.
“Do not
brea k that
trust,” pesan aku disulami senyuman tipis.
Tapi tetap manis. Baru aku tanya
diri sendiri beberapa hari sudah tentang ini dan dia dah pun menjawabnya.
“So,
nak saya ikut ke tak ni?” Aku perlukan
pengesahan dia sekali lagi. senang nak
jawab dengan ma dan pa kami.
Dia
angguk. “Ayie tak nak susa hkan Arya…”
“Tak susa hkan. Tiket dah ada. Boleh dikira holiday la…”
“Tunggu
Ayie balik jelah. Okey?”
“Okey je.” Aku angkat ibu jari di depan
dia.
“Selamanya?” tanya Ayie.
“If you
wis h,”
selaku.
Wajah
Ayie nampa k
bercahaya. Dipautnya lembut tubuh aku
dan diusapnya lembut kepala aku dan dibaluti selendang.
“Apa
pun jadi, you have to trust me, baby,” bisik Ayie.
Aku
angguk dibahu dia. “You too… apa pun
jadi kena balik sebab saya tunggu Ayie
dekat sini.”
Pelukan
terlerai. Ayie tolak bahu aku dan dia
melompat turun dari kabinet. Kami
berbalas senyuman dan bila kami mahu menuju ke pintu keluar, mama mertua aku
tercegat di situ untuk berapa lama pun aku tak tahu la.
Yang
pasti wajah dia mendung. Aku dan Ayie
saling berpandangan.
“Masak…”
Ayie menggumam sendiri.
~~> bersambung
RM : hehh.. apakah? kah kah kah dan kah? (mengantuk la pulak)
fantas...
ReplyDeleteRM, PLS JGN TDO LG NAK 1 JE LAGI BAB, PLZ.....
ReplyDeletetabahlah hati,sabarlah jiwa..besok kita sambung lg yer....kakak RM dah penat tu...tidurlah...
ReplyDeleteRM PLZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ............................NK LAGI...............1 JE PLZ PLZ PLKZ.............
ReplyDeleteAla..napa arya jual mahal..ikut la ayie ke german..
ReplyDeletewaaa sgt berbaloi bukak tenet pas blik keje ni,.terus dpt 2 entry skali gus keke,.esok hupdATE lg eh cik writer keke,.
ReplyDeleteknpa ase mcm x suka watak Aryana ni..mcm bodoh jerk ada..x reti nak sesuaikan diri nagn keadaan.
ReplyDeleteish x puas hati betul kalo ada prmpuan mcm ni.. (emo emo emo)
rasa dia bodoh better jangan baca..hehh.. btw bodoh is a means words you... watak2 dalam dunia ni mana ada yang sempurna.. dalam cerita jugak sama sbb ni cerita RM..kalao cerita org lain mgkin watak tu perfect..
Deletehahaaha.anon emo lebih... org lain pun emo juga bila baca tp dah lg nama novel.. Rehan Makhtar.. jgn pedulikan komen2 camni.. sebab nya kehidupan sebenarpun ada mcm2 watak...
Deletesaya sangat suka baca karya Rm kerana ada kesinambungan dari 1 kisah ke satu kisah. dan kisahnya x klise dan kita pun x akan dpt menjangka plot akan dtg mcm mana..
rasanya klu terima suatu tu bulat2 tanpa rasa curiga, tanpa fikir buruk baiknya.. lagi lah bodoh... apa2 pun fikiran perlu terbuka dan berfikir secara matang.. tak lah jadi bodoh...
Deletepegi main jauh-jauh kalau tak suka arya...
Deleteapakah.. kah kah kah...
ReplyDeleteohmai...
haha... i Loike 'Killer Grin'
Nah, kan dh dah kt Ayie ni Gay, sbb tu dia tknk Arya ikut dia, Arya..dont u smell smthing fishy? RM ape ni? Nape hero gay?Hu hu esk nk n3 la eh? tp biarlah Arya ikut gi JERMAN....its a request
ReplyDeletebest! tq,RM :)
ReplyDeletebau2 hanyir tu dh sampai sini dh..adoi ayie..dh ckp kan, jgn cuba nk cari pasal ngan arya..arya ramai protector..satu team 'kisah hati' n blog ijo lempang laju2 kot nnt..
ReplyDeleteerk!! xsmpt ari la nk lempang ayie. xsmpt nk angkat tangan dh cari dgn killer grin ayie!! hahaha....
DeleteErm... Btul la.......rasanya ayie ni gay. N khai yu pasangan dia. waa..... sian aryana. Kena ikut jgk ayie pegi german ni...
ReplyDeletemacam tak logik je kalau dia gay. no offense ya but i dont think so. its just that theres something behind that yang ayie tak cakap dekat ayra and maybe his parents misunderstood keeee abt that thing kann. ehehe thats just my opinion. -ika
ReplyDelete10q for the 2 n3's...tersedar dr tido trus carik blog ijo...adoi! Dh tertinggal train rupanyer tp best dpt baca 2 n3 skaligus.
ReplyDeleteSambil baca geram la plak kt couple nih...dua-dua cam x serious jer
Ada typo skit..tang imam dunia & akhirat patut nyer kan.bkn imam duit & akhirat...
ReplyDeleteHa mesti mama resa dgr yg ayra x nk ikut g jerman tu
Syahdu lak rasa Arya xik Ayie gi Jerman.
ReplyDeletemmg masak la korang pas ni...
Mama Resa dh dengar tu... hahah
Kak RM, bg la arya ikut ayie g jerman...cara ayie ckp "apa pn terjadi, u have trust me..."
ReplyDeletemcm something akn berlaku...huhu
best! next entry kak rehan =)
ReplyDeletechaiyok2!!
next n3 plzzzzzzzzzzzzzzzz......
ReplyDeleteayoyooo..masakkk...
ReplyDeleteAyoo...terbau sesuatu apakah dia rehan dup dap jantung menunggu charpter seterusnya..
ReplyDeleteSuka bila arya ckp dia akn tunggu ayie... kekadang rs couple ni romantik sgt tp romantik yg cool gitu
ReplyDeletenak lagi...plzzzz !!!
ReplyDeleteayie gay ke?..mama ayie sedih le tu arya tak ikut ayie..
fuh best2...
ReplyDeletearya dh nk ikut gi jerman ayie plak yg x nk bg arya ikut....apahal pulak ayie ni...
ReplyDeleteayang utk ayie dan baby utk arya. mcm pelik plop panggilan diorg. tp mcm ada sesuatu yg xkena jer bila ayie mcm xbagi arya ikut dia ke jerman. mcm ayie ada sorokkan sesuatu yg xmahu arya tau ttg kehidupannya.
ReplyDelete