KENAPA
boleh jadi macam ni?
Okey,
itu soalan dan kalau aku ada jawapan, aku tak tanya lagi. Sekarang ni kalau tanya mama dan papa mertua
aku pun nescaya mereka pun tak temui jawapan.
Yang pasti, haruslah mama dan papa teramat kecewa dengan Ayie. Yalah, anak lelaki tunggal dalam
keluarga. Diberi didikan agama yang
sempurna dan latar belakang yang berpendidikan tinggi semuanya tapi ini yang
terjadi pada Ayie.
Aku
yakin mama Resa pasti dah letih menangis bila tatap gambar tu siap dengan nota
kat belakangnya. Kekasih sejati? Huh.
Aku
sendiri pun rasa nak korek mata aku.
Tunggu raya haji, ganti dengan mata lembut. Sebabnya tak sanggup nak ingat dan
ternampak-nampak je gambar Ayie dengan lelaki tu dan aku yakin, itulah
Khairulizam. Putih oran gnya.
Nampak sedikit lembut.
Aku
pejam mata rapat-rapat dan memisatnya kuat-kuat. Biar hilang gambaran aksi mereka tu. Serius aku geli. Tapi entah kenapa, jauh disudut aku rasa Ayie
ni tak salah. Bukan sebab aku isteri
baru aku pilih untuk sokong dan yakin dengan dia tapi aku memang rasa dia tak
salah.
Cumanya,
aku curiga. Yalah, bukti depan
mata. Siapa tak ragu. Nak-nak aku tak pernah kenal dia sebelum ni. Susur galur yang baik tak menjanjikan dia pun
akan jadi baik. Iman tu tak dapat
diwarisi. Boleh jadi Ayie pun macam
ni.
Kalau
kata ya, memang aku ada tanggungjawab besar yang telah Allah hantar untuk
aku. Nak meroyan tak tentu hala, tak ada
guna lagi. Aku dan dia dah terikat. Sah dan kukuh ikatan tu. Sampai mati kalau Ayie tak terlanjur kata melepaskan
aku pergi semata-mata sebab Khai.
Dahi
aku rapat ke meja kopi. Sejak daripada
tadi dengan keluh kesah sendiri. Datang
sini sebenarnya nak hantar kertas serah tugas tu pada Aryan tapi melekat kejap
sementara Ayie izinkan ni.
“Kenapa
ni?”
Aku
tidak angkat wajah langsung. Kenal suara
mama. Tahu dia dah duduk belakang aku di
atas sofa.
“Aryana?” seru mama.
Tangan dia mendarat pada belakang aku.
“Malam
ni nak berangkat dah, macam ni susa h
hati?” soal mama lagi.
Aku
masih diam. Kepala aku sarat dengan
pelbagai perkara. Serius ni. Nak cerita dekat mama, bagai menjatuhkan
maruah Ayie sekeluarga dan paling teruk, mama paksa aku dan Ayie berpisah. Aku tak mahu itu. Aku errr… errr… dah sayang kot dekat Ayie
ni.
“Tak
payah nak sedih, Arya… Arya ikut suami, kan ? Besar pahala ada di sisi suami waktu susa h senang dia. Kan
mama selalu pesan, kat mana lagi tempat seorang isteri kalau bukan di sisi
seorang suami…”
Ya,
memang itu pesanan mama daripada dulu.
Sejak aku dah capai umur untuk menjadi isteri tapi baru sekarang impian
ma dengan pa tercapai.
Kepala
aku angkat dan aku toleh sepenuhnya pada mama di belakang. Aku sandarkan kepala pada lutut mama dan
menarik tangan mama agar memicit kepala aku.
Sakit sungguh.
“Hai…
sampai sakit kepala? Sakit kepala nak
tinggalkan mama dengan papa ke atau sakit kepala dengan karenah Ayie?” soal mama nakal.
Eleh,
mama. Aku bukan budak untuk berlakon
suci untuk tebak apa yang mama cuba
sampaikan tu.
“Mama
ni, ke situ pulak. Suka usik Arya,” keluh
aku resah.
Mama
ketawa. “Eh tak betul mama cakap. Sebuah perkahwinan tu menjanjikan semua
tu. Hubungan yang halal. Diredhai Allah. Cumanya, kalau tak boleh nak sesuaikan diri
tu, mungkin kena ambik masa sikitlah.
Belajar sabar untuk semua perkara. Bertindak tu kena ikut akal bukan hati. Kalau nak menilai pun guna akal. Payah cari jawapan, tanya Allah. Insya-Allah adalah tu jawapan daripada Dia,”
pesan mama.
Hai…
mama macam tahu je aku ada masalah dengan Ayie.
Tapi, pada aku mama agak aku dan Ayie ada masalah lain. Dia tak tahu anak dan menantu dia ni tengah
hadap masalah sebesar alam. Salah
langkah, aku pun terheret sama dalam dosa Ayie.
“Mama
ni cakap atas pengalaman je…,” sela aku menutup resah hati.
Mama
angguk. “Memang pun. Mama cakap apa yang ma dengan pa lalu. Mama tak pernah cakap pasal oran g lain.
Dugaan tu akan buat Arya kuat dan hidup sendiri berjauhan daripada
keluarga nanti lebih lagi buatkan Arya kuat,” ujar mama mengakui itu semua
daripada pengalaman dia yang aku sendiri tak pernah tahu.
Nak
tanya, itu kenangan dia katanya. Biarlah
dia dan papa saja yang tahu. Sesekali nenek dan atuk buka juga cerita tapi
macam papa tak selesa nak cerita kisah lama dia dan ma. Kami sebagai anak-anak, tak dapat tidak,
menghormati.
“Ayie tu
memang muda. Mama tahu Arya tak mudah
nak terima. Nak-nak semua ni sekelip
mata. Mama kenal Ayie tu dan dia budak
baik…”
Memang
baik tapi ada perasaan terbalik. Itu
hati aku menyambung kata-kata mama.
“Keluarga
dia pun ada didikan yang baik. Semuanya
sopan je. Adik-adik Zaf dan ipar-ipar
dia semua sopan dan baik. Pandai dan
menjaga akhlak…”
Itu
diorang, ma. Ini Ayie. Aku sambung ayat mama lagi tapi dalam hati.
“Kalau
kata Ayie tu terbaran dekat Arya, Arya pujuklah dia. Arya lagi matang daripada dia tapi ingat, hak
dan tempat dia sebagai suami tu lebih tinggi daripada Arya, tau.” Berbuih dah mulut mama menasihati aku.
Aku
angguk. Semua kata-kata mama betul tapi
aku tetap katakan, Ayie tak menurun papa dengan mama dia. Dia dah jauh tersasar. Entah sampai mana hubungan diorang, aku memang
tak mampu nak tolak daripada memikirkan itu.
“Doa
yang baik-baik jelah untuk kami, ma…,” pinta aku pada mama.
Mematikan
kata mama yang sedang mengurut leher dan kepala aku. Aku pejamkan mata menikmati ur utan mama
yang entah bila lagi aku mampu rasa sebab aku dah nak terbang malam
ni.
Teringat
pula peristiwa dua malam lepas.
Peristiwa lepas aku tahu yang Ayie tu ada perasaan menongkah arus. Songsang!
Bercinta dengan kaum sejenis!
Huh…
TIADA
suara daripada mulut Ayie. Hanya pelukan
dia saja semakin hangat dan terus hangat.
Aku juga diam. Malas dah nak
bersuara. Kepala aku dah sangat semak
dan kalut untuk memikirkan apakah yang bakal berlaku nanti.
Tak
payah untuk esok atau minggu depan, tapi untuk sesaat setelah ini. sesaat setelah Ayie lepaskan tubuh aku
daripada pelukan dia. Sesaat setelah
kami bertentangan mata dan sesaat setelah kami membuka mulut untuk bersuara.
“Things
will be in the right place soon, Ayie,” pujuk aku perlahan.
Ayie angguk
di bahu. Semakin kemas aku rasakan
lengan sasanya melilit bahu aku.
“Arya
akan percayakan Ayie, kan ?”
Giliran
aku pula mengangguk. Menjawab pertanyaan
Ayie. Tapi, sampai bila aku mampu
pertahankan kepercayaan aku ni, kan ? Sungguh, aku mohon Allah pinjamkan aku
secubit sabar dan sikap rasional.
“Ayie
betul ke macam tu?” soal aku.
“I’ve
been set up.”
Aku
tolak bahu Ayie pantas. Dahi aku
berkerut. Tak percaya. Kalau betul kena perangkap dalam gambar macam
tu, ada yang nak fitnah dan buat khianat pada dia, tak kan lah dia boleh termimpikan Khai tu?
“Ayie
bohong eh?”
Dia
ketap bibir. Mata dia nampa k merah.
“Arya
pun tak percayakan Ayie…,” keluh dia resah.
Aku
gamam dua minit. Bukan aku tak percaya
tapi curiga tu ada di mana-mana. Memang bahu
hanyir semakin menyengat dan terus memonopoli deria bau aku. Apa nak buat?
Tinggal nak cari je kat mana ikan hanyir tu disembunyikan.
“Ayie
tersilap panggil nama Khai sekali dalam tidur.
Dengan gambar segala, bohong kalau Arya tak curiga. Arya bukan tak percaya tapi Arya curiga. Itu mungkin membawa maksud yang sama tapi tetap perkataan berbeza. Sungguh ke Ayie tak ada rasa dekat perempuan?”
Ayie
mengangguk. Aku juga. Mata aku terkebil-kebil seketika. Yalah, dah dia mengaku begitu, tak kan aku nak senyum
lagi. Lama-lama senyuman aku jadi
sumbing.
“No
wonder Ayie cakap tak pernah ada kawan perempuan. Musykil bila anak muda macam Ayie tak ada
kawan perempuan. Ini memang
puncanya. Cumanya, Arya nak tahu, Ayie
memang nak Arya bantu Ayie ke apa? Atau
Ayie memang tak sudi Arya bantu langsung?”
soal aku jujur.
Lelaki
di depan aku ni diam. Tangan dia
menjalar lagi menarik lengan aku agar tubuh kami menjadi lebih rapat.
“I need
some space…”
“How
big?” soal aku cepat.
“Big
enough. For you and me.”
Kening
aku naik. “Kita lari ke Marikh,
nak?” Aku sengih.
Sajalah
nak redakan suasana tegang ni. tak larat
dah nak kerutkan kening dan nak masamkan wajah.
Boleh tua lagi aku dua tiga tahun dalam masa sehari.
“Jauh
sangat dan kat sana
panas,” balas Ayie tanpa senyuman.
“Jerman
sudah…” tukas dia.
Aku
hanya jatuhkan kepala. Sekali lagi
kepala dia aku tarik dan aku benamkan tepat di leher aku. Saja nak goda Ayie kot-kot terbuka kehendak
dia ke arah jalan yang lurus. Selama ni
kemain dia goda aku tapi hakikatnya, dia biarkan macam tu saja. Rupanya ini kekdahnya.
Kaki
aku terjingkit sedikit bila Ayie menarik pinggang aku.
“Banyak-banyak
solat dan mohon taubat. Allah menden gar permohonan Ayie
dan Arya ada di sisi menemani sampai Ayie betul-betul pulih,” bisik aku dan aku
kucup telinga dia lama.
Memberi
rasa hangat pada Ayie. Itu pun kalau dia
nak rasa kehangatan itu atau dia nak kekal dengan kedinginan dia. Apa yang pasti, kami sama-sama terlena dek
kerana keletihan otak memikirkan perkara yang tak terjangka ni. Aku lebih-lebih lagi. Langsung tak mampu lelapkan mata.
“Tadi
Arya kata nak tidur dengan Ayie?”
Ayie
menegur masa aku masih duduk mengadap skrin laptop yang gela p gelita di dalam bilik yang hanya ada
cahaya yang samar-samar.
Aku
pandang dia. Wajah dia tak nampa k tapi aku senyum
juga menerima pertanyaan dia. Aku yakin,
dia juga sedang nak berubah. Dia pun
mesti tak minta jadi macam ni. tubuh aku
angkat dan mendekati katil.
Perlahan-lahan
aku labuhkan duduk di birai katil.
“Ayie
nak Arya tidur dengan Ayie ke?”
Dia
angguk.
Aku pun
malas nak bersuara lagi dah. Dah sangat
lewat malam. Aku rebahkan tubuh di sisi
dia dengan detak jantung yang semakin kencang biarpun air wajah beriak tenang.
“Katalah
apa saja. Tapi, mata dan hati Ayie tak
boleh nak terima perempuan-perempuan gedik di luar sana , but you…”
Itulah
kata-kata Ayie pada aku sebelum dia pejamkan mata dengan memeluk pinggang aku
sampai pagi. Meyakinkan aku yang dia
memang tak suka perempuan dan aku pun boleh jadi sebab dah jadi isteri
dia. Kena suka juga biarpun tak
cinta.
“EH,
Arya ada kat rumah? Sorang?”
Aku
tersentak daripada mimpi yang kurang ind ah tu. Hilang wajah Ayie dan kembali dingin tubuh
aku saat ini.
Papa
dan Aryan.
“Bila
Arya sampai?” Papa duduk di sisi mama
dan memeluk bahu mama erat bila mama pun gapai tangan mama untuk bersalaman.
Aryan
tepuk bahu aku dan duduk berlunjur di depan aku. Gaya
letih semacam dan memang aku rasa dia sangat letih kalau ikut papa buat
kerja.
“Pagi tadi. Nak balik dah kejap
lagi. Papa datang rumah Ayie dulu ke
atau ke airport terus?”
“Kita
berkumpul kat sana lah. Zaf dah call papa tadi. Dia nak kita gera k sekali.
Adoi, macam manalah papa nak berjauhan daripada Arya ni?” tanya papa dengan nada yang sedikit lirih.
Kepala
aku dikucup lama. Helaan nafas papa pun
dah buat aku tahu dia memang sedih nak berpisah dengan aku.
“Arya
dah jadi hak oran g,”
sela aku.
Papa gela k sudahnya. “Papa lupa, Arya. Pada papa you are still my little girl. Ingat senang nak dapat Arya dulu,” tokok
papa.
“We
gonna miss you, kakak,” sampuk Aryan.
Aku
sengih pada dia. Sengih dalam resah
memang nampa k
serba tak kena. Aryan dah perasan dengan
riak wajah aku sebab kami je bertentangan mata.
Mama dan papa ada di belakang aku.
Kening
Aryan dah berkerut sana - sini. Aku dah telan liur. Tak lama lepas ma dengan pa naik atas, Aryan
duduk di sisi aku.
“Nah…” Aku tolak sampul surat warna coklat yang telah Ayie cetak dan siap
dijilid tu. Teballah jugak.
“Apa
ni?”
“Tugas
kakak yang bakal menjadi tugas Aryan.
Senang Aryan nak buat rujukan.
Payment, progress, senarai consultant dan semua pelanggan. Funder dan macam-macamlah. Simpan buat rujukan nak tolong papa ur uskan Muhara,” pesan
aku.
Aryan
tarik dan menarik kertas setebal seinci itu dan ditolak masuk semula. Tak berminat.
“Nan ti kena
baca. Bagi faham. Sia-sia je nanti kakak sediakan tu untuk
Aryan,” tambah aku lagi bila lihat Aryan tak berminat.
Aku
pejam mata dan aku letakkan kepala aku pada belakang kerusi. Selesa.
“Kakak
ada masalah dengan Ayie eh?” tebak
Aryan.
Dah aku
katakan, dia memang boleh kesan kalau aku ada tak kena. Tapi jarang sangatlah aku nak tunjuk muka
serba tak kena aku ni. Cuma memang kali
ini memang tak kena.
“Can I
cry?” tanya aku datar dengan mata yang
masih terpejam.
“Tak
boleh. Kena cerita dulu baru boleh
nangis!” tegas Aryan.
Mata
aku bulat. Aku jeling dia. “Kakak ni jahat ke eh?”
Tiba-tiba
terpacul soalan tu. Yalah, kot-kot
memang jahat padanlah muka aku kena kifarah.
Bukan ke oran g kata jodoh baik untuk oran g baik dan begitu
sebaliknya.
“Apa
soalan tu?” Aryan tunjuk muka tak puas
hati.
“Itulah…” Aku mengeluh tipis dan bangkit lalu rebahkan
tubuh di atas sofa. Lagi selesa.
“Itulah
apa?” gesa Aryan.
“Your
brother in-law is gay.” Laju terluncur
ayat tu daripada mulut aku.
Dengan
Aryan tak payah nak selindung. Selama ni
dia adalah penyimpan mohor besar rahsia aku segala. Aku pun sama.
“Laa…
itu je ke?” balas Aryan bersama tawa.
Tapi,
itu pada mulanya. Dan lepas tu…
“Hah? Apa kakak cakap?” Berdentum suara Aryan.
Cepat-cepat
aku tekup mulut dia. Budak ni kalau
terkejut tu, over-react sungguh.
“Suara
tu, nak pakai speaker tak?” sindir aku.
Mata
Aryan masih bulat. “Sungguh ke,
kakak?”
“Bila
kakak pernah tipu Aryan? Aryan je pernah
tipu kakak sekali kata tak kenal Ayie!”
bidas aku.
Tiba-tiba
gera m pulak
ingat hal pertemuan pertama aku dan Ayie di klinik dulu.
“Kakak
jangan cakap macam tu. Fitnah besar tu,
kak. Baik kakak bunuh je Ayie tu,” suruh
Aryan kononnya aku ni buat dosa besar memfitnah.
Aku
jegilkan mata. “Kalau kakak mampu,
memang kakak dah pancung dia masa mula-mula kakak dapat tahu dan tengok bukti
sekali!” gumam aku menahan gera m.
Aryan
terduduk di atas permaidani. Dia
menggaru kepalanya. Habis kusut
rambut. Dia menggeleng tak percaya.
“I just
can’t believe this, kakak…”
“You
have to. Thing is happening now,
Aryan. Dan kakak adalah isteri pada
seorang suami yang tak ada rasa pada isteri,” ujar aku tenang.
Aku
angkat tubuh dan duduk bersandar tegak.
Apa lagi nak aku katakan.
Buntunya hanya Allah yang tahu.
Rasanya aku perlu lebih tabah dan kuat bila kami di luar Negara
nanti.
Jauh
daripada pandangan mata keluarga, Ayie pasti lebih liar dan memberontak kalau
aku melarang.
“Kakak
nak buat apa?”
“Buat
bodoh sudah…” Aku sendiri tak tahu nak
buat apa, Aryan boleh tanya pulak.
“I am
damn serious, kakak…” Nada suara Aryan
dah lain macam.
Aku
pandang dia dan sengih. Pipi dia aku
pegang memujuk agar jangan nak marah-marah sangat.
“Aryan,
perkara ni ma dengan pa tak tahu, tau.
Aryan kena jaga rahsia ni sampai bila-bila. Jaga maruah suami kakak dan keluarga
dia. Tentang Ayie tu, tahulah kakak nak buat dia kembali ke jalan yang
benar. Aryan doa yang baik-baik je
eh?” pinta aku pada Aryan.
Wajah
Aryan tegang sikit. Tak ada senyuman
langsung.
“Kakak
cerai jelah dengan dia,” suruh Aryan tiba-tiba.
Gila
adik aku ni. Bergegar tiang Aras hy. Boleh
patah riuk lama-lama kalau semua masalah nak diselesaikan terus dengan
penceraian.
“Janganlah…
maruah keluarga kita nak kena jaga. Atuk
tu bukan calang-calang oran g. Papa dengan ma pun. Aryan kena fikir tu jugak. Lagipun, masih baru. Kakak yakin Ayie boleh berubah. Bagi masa, biar kakak bantu dulu. Boleh jadi kami dijodohkan sebab Allah nak
kakak bantu dia, kan ? Who knows?”
Aku cebirkan bibir dan jongket kening.
Positif…
Positif…
Dan
terus positif…
“What
will happen to you, kakak?” tanya Aryan
risau.
“Nothings
terrible. Trust me. Ayie will change. Kakak yakin and you too… kena yakin.”
Aryan
angguk. “Kalau Aryan boleh tumbuk dia
sekali…” Dia mengeluh dan menggeleng.
“Kalau
boleh kakak dulu nak tumbuk…” Aku ketawa
halus.
Itu
tawa dengan jiwa dan parah jadi tawa aku tu tak berapa nak merdu dah.
~~> bersambung
RM : Jom melancong ke Jerman dalam bab seterusnya nanti.
hai,, kecewanya.. tapi still the best kak rehan.. i want some more....
ReplyDeletehuhu sedihnye cian arya..ish pehal la ayie ni..kak RM bt la watak baru kasi ayie jeles ckit
ReplyDeleteherm... naper citer dekat Aryan... itu kan rahsia umahtangga. atau mungkin arya dah tak ada sesiapa yg blh dipercayai lagi kan...
ReplyDeletesedihlah pulak.....
ReplyDeleteohmai... more more insteresting will happen
ReplyDeletewalawei...next plz...
ReplyDeletecepat!!! pi cari punca bau hanyir tu!!!...
ReplyDeleteAdoi...x best la cam ni
ReplyDeletealahaiiiiiii jgn laa ayie gay kata killer grinn....kecewaa nye klu jd aryaaaaaaa
ReplyDeleteOh God..how could this happen to arya...kuatkah dia?how could...how could..so on..so on...huwaaaaa!! ~liyahuma~
ReplyDeleterehan confirm ayie gay!!!! apa ni........ kuciwa teramat. pls katakan this is just a misunderstanding ye rehan. akak frust sangat kut.
ReplyDeletearya yg matang...huhu
ReplyDeletelagilah hu hu hu hu... kasian kat Arya -_- semoga Ayie boleh berubah ke jalan yang benar yee... cepat sambung kak RM :D :)
ReplyDeletecian arya.. huhu.. next..
ReplyDeletealaaa arya..jangan la percaya..tak confirm lagi :(
ReplyDeleteadoiiiiii..... takkan ayie gay kot..... ni mesti misundertanding ni..... yg si ayie ni pun explain btul2 skit..... yg p angguk kepala apa hal, ke mmg btul ni...... sian arya......
ReplyDeleteayat ayie x habis...msti dia nk ckp dgn arya dia rasa lain kan?? oh pliz tolong la rasa debar2 ayie...
ReplyDeletesaya pun dah frust sesangat...tak mungkin..ini tidak mungkin terjadi...
ReplyDeleteSambunglh cepat2 rm, dok brape nok sabooooo dh ni
ReplyDeletealahai sian nye kt arya br je nk happy...tp ok kut ade konflik ringan cmni..bkin pembace suspen....gud job RM...
ReplyDeleteNak melancong ke german dlm bab seterusnya..waiting for your upload rehan hehheh
ReplyDeleteSukanya...which part of jerman tu??
ReplyDeleteapa dah jadi.... arya tabahlah hadapinya....
ReplyDeleteYeah.. Arya shouldn't pecah lobang kat aryan.. Budak ni bukan leh pecaya.. Kang dia roger whole family Muhara.. Habis havoc gegak gempita...
ReplyDeleterasanya kan ayie kena fitnah kot.
ReplyDeletemungkin si khai tu minat ayie
tapi ayie tak suka sbb tu la dia fitnah ayie
gmbr tu kan boleh edit. hehe..
andaian je nie..
next entry kak rehan =)
next plz...x sabar nak tunggu ni !!
ReplyDeleteKesian arya.
ReplyDeletecarilah punca masalah ni...
ReplyDeleteArya kena bagi semangat untuk Ayie .....
cepat sambung
pada mulanya cter ni biasa2 saje trus bertukar ke luar biasa...huhu sunggu2 best :)
ReplyDeletetahan napas tul ngan peel dak ayie nih...nak kate ye..takkan ler kot..nak kate tak..mcm tul je...sighhh..sabar je la arya..
ReplyDeletekesian kt arya..
ReplyDeletetabah betul..
Sian arya,best nak lg.
ReplyDeleteish ish ish kat mana isi plastik isi perut ikan nie terletak...aduhhhhhhhh!!!!!!!!!!
ReplyDelete-sj-
best giler.....tak sabor nak gi german dgn ayie dan arya.
ReplyDeletemenitis air mata bila baca part ni...
ReplyDeletex tau nak describe sama ada ayie gay @ x . kalau fitnah kenapa smasa tido pun sebut nama khai. maybe dia baru terjebak tp dia sendiri kata xder nafsu tgk perempuan.
jawapannya hanya penulis ajer yang tau....kena tunggu kesimpulan dari RM
nangis juga akhirnyer huhuhu... RM cepatlah buat n3 baru tak sabar ni ... nak cepat2 g jerman apa plan arya pada ayie...
ReplyDeletesian nyer arya...ayie kna buktikan klau btul itu fitnah...
ReplyDeleteTolong pulgkn blik prasaan ayie pd prmpuan....please2 rm
ReplyDeleterasany konflik Arya ni blh tunjukkan sisi Arya yg mewarisi sikap@sifat sabar & penyayang sprti Anahara....
ReplyDeletebru la nmpk like mother like daughter!!!
:-)
sambung sis plsss tk sabor nk membace neh..
ReplyDeleteadeh! sesak nafas jap. but it's happen in real life too so if btl la Ayie tu mr. G, Arya kna goda dia bnyk2 la. bkn senang nk compete dgn Khai. hahaha...
ReplyDeletehadoi kak Rehan....jgn la wat cite gini...injuried hati sy baca....dah la cite nine tu hero mati...lau filem dah kena bakar panggung....
ReplyDeletebagus jgk citer ni..asik storyline same je..mcm kisah sdara kwan saya kesian...suami ceraikan isteri die disebabkan lelaki lain...
ReplyDelete~su~
jommmm2 pi jerman...mulakn projek memikat suami, pasti si khai tu jeles dgn arya....xpe RM de jawapannye.
ReplyDeletealaaa..jgnlah ayie tu gay..kak rehan buatlah betul dia kena perangkap.just dia blm da perasaan kt perempuan je, blm tiba masa je. sian kt arya klu betul gay..the next is jerman..hehe..what will happen
ReplyDeleteAduh sakit jantungku berdebar lebih kencang seperti tentera mau perang jom pe Germany jumpe hitler khai hehehe emo pulak next N3 kak RM ( imah)
ReplyDeletesad but dis story give strength to fight 4 better life.=).i guess,itu ler Arya...xsabar nak tgu cmne Arya 'sekolah' kan Ayie n Khai tu...^_^
ReplyDeletebenda mcm ni memang ada berlaku..klu watak ayie tu betul mr. g n nak berubah byk yang perlu dia hadapi...watak arya kene kuat utk bantu dia...tapi alahai xleh nak imagine klau dok tempat arya..sedihhh..
ReplyDeletetak sabar tggu next n3 sampai dua tiga kali dah check dr tadi...
best n lain dr yg lainm., tp bangga jgk la sbb im the one who guess that ayie is a gay! :) next n3 ada lg tk hr ni?
ReplyDeleteApa la yg akn jd kt arya d jerman nti.ksian dij.
ReplyDeleteSemoga Arya kuat utk hadap karenah Ayie yg sengal...
ReplyDeleteHarap2 gambar tu bukan seperti yg difkirkan
Harap2 gmbr tu x btol.ad org nk trap ayie je maybe cuz x puas aty ngn dia.arya please trust ayie...Siti
ReplyDelete