DALAM
hidup ni, hanya Allah swt tempat aku mengadu dan hanya tiga orang yang aku
sangat-sangat percaya malah aku percaya lebih daripada diri sendiri. Mama, papa dan Aryan.
Tapi,
soal aku sekarang ni tak mungkin aku beritahu ma dengan pa. Aku takut mereka kecewa dengan nasib
aku. Yalah, aku ni anak kesayangan. Jadi, hanya pada Aryanlah tempat aku
bersandar. Tempat aku luahkan rasa. Tak kan
nak mengadu domba pada kakak-kakak Ayie pulak?
Gila?
“Kakak
jangan risau. Kalau kata kakak percaya
yang Ayie tu betul-betul kena perangkap, Aryan pun percaya. Ayie tu memang kurang suka perempuan tapi tak
bermakna dia sukakan lelaki. Selama kami
kawan ni, nampak biasa je. Tapi, tak
tahulah tiba-tiba jadi luar biasa bila dok Negara orang. Apa yang penting, kakak jaga diri. Aryan sayang kakak...”
Pesanan
Aryan masuk ke telinga. Aku senyum dan
menarik bahu dia dan memeluk Aryan erat tapi tak lama.
Ayie tarik bahu aku. Dia berdeham
kecil dan terus memeluk bahu aku erat.
“Tak
sopan Arya peluk Aryan tengah-tengah umum ni...”
Aku sengih
senget. Dah kenapa pulak Ayie ni? Aryan ni adik aku. Darah daging aku. Dulu masa budak-budak, kami pernah tidur
sama. Bersembang dan bergosip tak ingat
dunia. Sebeluh kahwin pun, Aryan banyak
terlena dalam bilik aku lepas bercerita.
“Kami adik
beradiklah, bro...,” balas Aryan kurang puas hati.
Bibir
Aryan menyenget. Aku tahu dia nak
hamburkan marah pada Ayie tapi dia tahan demi aku, kakak dia.
“Itulah...
kami ni rapat, Ayie. Ayie jealous
eh?” duga aku.
Yalah,
kot-kot dia dah kembali normal tiba-tiba.
Sampaikan dengan Aryan pun nak cemburu.
“Jealous
apa kebendalah pulak? Ayie tegur
jelah. Orang dok pandang nu haa...” Mata dia melingas ke kiri kanan sedikit.
Aku
senyum pada dia. Timbul rasa nak
mengusik. Rasanya sekarang kalau ada ruang
je memang aku akan giat dia. Tak kiralah
dengan cara yang macam mana.
“Atau
Ayie nak Arya peluk Ayie ni? Saja larang
kami adik beradik berpeluk eh?” jari
telunjuk aku naik. Menduga.
Ayie
mencemik. “Bukan tiap-tiap malam Ayie
peluk Arya ke tidur?” soal dia selamba
di depan Aryan.
Mulut
Aryan melopong. Dia pandang aku bila
Ayie bergerak ke tempat orang tua kami berkumpul.
“Kakak?”
Aku
tahu Aryan nak tanya apa. Ayie ni pun,
tak sudah-sudah nak kenakan aku dengan jawapan dan soalan dia tu. Nampak macam aku pulak menipu yang dia tu tak sukakan perempuan.
“Ayie
cakap apa tu?” gumam Aryan tak puas
hati.
“Err...
rahsia rumah tangga,” jawab aku dan aku terus berpaling tapi Aryan menahan.
“Betul
ke tak betul hal Ayie ni?” soal Aryan datar.
“Kakak jangan
main-main hal macam ni. Entah-entah
kakak fitnah suami sendiri sebab nak berpisah dengan dia tak?” duga Aryan sewenang-wenang dia je.
Hamboi…
suka suke sasuke dia ni tuduh aku macam tu.
Ini yang buat aku nak bercekak pinggang ni. Dia tak kenal ke kakak dia ni macam
mana? Bila aku pernah tipu dan bila aku
pernah sorok apa-apa daripada dia?
“Kakak
percayakan Aryan tau?” ujar aku agak
lirih.
Aku nak
dia mengerti akan keresahan hati aku dalam ayat tu. Aku tak nak marah masa ni. Tak sesuai.
Beberapa waktu je lagi aku dan Ayie akan masuk dalam perut kapal
terbang. Aryan pandang aku lama. Wajah dia dah tayang riak kesal sebab melulu
berkata-kata.
“Err…
Aryan minta maaf tapi ayat Ayie tadi tu…” Dia masih tak puas hati nampa knya.
Aku
angguk. “Kan kakak dah cakap, kakak akan bantu dia
jadi normal balik. Kakak nak jumpa
sangat Khai tu. Nak cakap dengan dia
dari hati ke hati tentang hubungan dia dan Ayie. Semakin lama, kita jadi kaum yang dilaknat
Allah macam zaman Nabi Luth. Kakak tak
kata Ayie je tapi hal ni ada merata-rata sekarang. Cuma rezeki kakak, kan … apa nak kata…” jawab aku tersenyum.
Memang
ini dikira rezeki jugak. Rezeki untuk
aku buktikan kekentalan hati, kesabaran jiwa dan ketahanan mental dan fizikal
nak hadap dugaan ini.
“Ya Allah,
kakak… Aryan tak tahu dah nak cakap apa saat-saat kecederaan macam ni haa…,”
ucap Aryan pada aku.
Dia
menggeleng lagi. Penumbuk dikepal dan
dia pandang Ayie yang sedang sengih pada kami.
“Kalau
Aryan tumbuk dia ni sekali, bersepai dia punya gigi…”
“Oh…” Aku goyangkan jari telunjuk di depan Aryan.
“You
better not… buruk rupa laki kakak nanti tak ada gigi,” seloroh aku dan aku
ketawa halus.
Tawa
yang menyembunyikan resah. Aku pandang
Ayie dan dia kenyit mata pada aku.
Tangan dia menggamit aku dekat pada dia.
Aku pandang Aryan dan mengajak Aryan sama. Sejak tadi aku dok dengan Aryan je
berbual. Meluahkan rasa. Kini, kena ikut serta seluruh ahli keluarga
sementelah pula panggilan pertama penerbangan daripada KLIA ke Frankfurt sedang bergema.
“Arya
dah ready?” soal papa.
Aku
senyum dan angguk.
“Jaga
anak papa elok-elok, ya?” pesan papa Zaf
pula.
Aku
senyum dan angguk lagi.
“Mama
akan rindui Arya,” akui mama sebu.
Aku
juga angguk dan mengusap bahu dia.
“Ada masa nanti kami melawat korang kat sana , ya?”
janji mama Resa kemudiannya.
Aku
masih lagi angguk.
“Aryan
akan bantu papa jaga Muhara macam mana kakak bantu papa sebelum ni,” janji
Aryan pada aku.
Aku
jatuhkan kepala buat kali terakhir.
Nafas aku hela lembut. Apatah
lagi bila tangan Ayie menggapai tangan aku.
Aku pandang mata dia dan hati aku bersuara.
Ayie
tak akan sia-siakan Arya dan perkahwinan kita, kan ?
Ayie
tak akan teruskan perasaan songsang Ayie tu, kan ?
Ayie
akan berusaha sampai mati untuk lawan kehendak mengarut Ayie tu, kan ?
Ayie
akan jaga Arya dan jadi suami yang baik untuk Arya, kan ?
Pandangan
Ayie yang membalas renungan aku tu nampa k
tenang dan menyembunyikan seribu satu rahsia.
Aku tahu dia tengah berperang dengan perasaan dan aku jugak. Ingat mudah ke? Kalau perempuan lain aku aci kerat jari kaki
ayam memang dia lari lelaju tinggalkan Ayie.
Ini
aku, Aryana. Anak pada seorang wanita
yang cukup sabar, iaitu Anahara dan seorang pencinta setia macam papa aku,
Mukhlis.
“Jom,
baby…,” ajak Ayie.
Aku
tersentak. Kemudian aku pandang wajah
keluarga aku seorang demi seorang.
Airmata aku rasa bertakung pada tubir mata. Dulu masa aku dihantar ke US A
untuk sambung belajar, aku teruja.
Langsung tak menangis. Atuk,
nenek, tok mak dan mama yang bersedih dan papa
yang paling teruk, siap menangis.
Tapi,
kali ni… aku pulak rasa sebu. Bukan
diorang suruh aku pergi perang. Pada aku
memang ini perang. Perang dalam
mengembalikan maruah seorang suami.
Dugaan kan
hidup aku?
“Emm…
jomlah. Kami masuk dulu. Nanti sampai sana esok pagi, Arya call, ya?”
Aku
sambut huluran tangan Ayie. Passport dan
boarding pass memang dah ada di tangan Ayie.
Kaki kami sama-sama melangkah masuk ke balai perlepasan. Wajah seluruh ahli keluarga aku pandang. Tak sempat pun nak mesra-mesraan dengan
keluarga mak ngah dan mak su Ayie, aku dah kena pergi.
Tangan
aku melambai. Aku nampa k mama rebah di dada papa. Nenek pun menangis di sisi atuk. Tok mak tak datang sebab jauh. Yang lain berwajah sugul dan bila saat-saat
terakhir mata aku bertentangan dengan mata mama dan papa mertua aku, aku tahu
mereka berbicara dengan aku. Berbicara
mengenai harapan yang boleh jadi layu atau boleh jadi kembang mekar.
“Sedih?” soal Ayie waktu dia hulurkan passport dan pas
penerbangan kami pada kaunter.
Aku
pandang dia dan menggeleng.
“Kalau
tak sedih ini apa?” Jari telunjuk Ayie
menyentuh birai mata aku.
Dia
tegakkan jari dia di depan aku. “This is
what we call tears, baby,” sambung dia.
Kata-kata
yang mengundang senyuman lebar pada bibir kastam wanita yang sedang menyemak
passport kami ni.
Ayie
senyum bila aku muncungkan bibir.
“Don’t
cry, baby… kita pergi untuk kembali, kan ?” tanya dia.
Aku
diam tak terkata apa. Kadang-kadang
romantiknya Ayie ni selamba. Tak
dibuat-buat. Biarpun ada masa amat
menjengkelkan tapi itulah dia. Zakhri
Adha. Bukan oran g lain.
Melihatkan
senyuman segan pada bibir cik-cik Malaysia Airlines ni memang aku
boleh duga yang dia dok kata dalam hati Ayie ni sangat romantik. Tapi, diorang tak tahu Ayie ni siapa? Taste dia siapa?
Dia
abnormal. Tahu tak?
“Kalau
kita tak boleh survive kat sana ?”
Soalan
itu aku ajukan pada dia bila kami dah nak masuk ke dalam balai perlepasan dan
untuk masuk ke peru t
kapal terbang dah.
Ayie
jongket kening. “Apa maksud soalan
tu?”
Dia
bawa tubuh dia menghadap aku sepenuhnya.
Beg sandang dia betulkan sikit agar tak melurut jatuh daripada
bahu. Beg tangan aku pun ada di tangan
dia. Mafela yang melilit leher aku
dibetulkan. Baju panas juga dia
betulkan. Selendang pun dia sentuh. Semua tempatlah. Tak ada tempat pakaian aku dia tak
sentuh.
Aku nak
jawab apa sekarang ni? Masalahnya soalan
itu double meaning. Aku tak mampu nak
tanya secara terus-terang yang aku nak tahu macam mana kalau dia tak boleh
berubah nanti? Yalah, tak ada Khai
bolehlah cakap nak berubah. Dah ada Khai
nanti, aku ke mana, janji dia ke mana dan sumpah dia nanti jadi sumpah-sumpah
terus.
“Arya
nak cakap apa sebenarnya tu?”
Aku
gigit bibir bawah. Ayie nampa k dah syak.
“Arya
nak cakap takut Ayie ni betul-betul gay?
Ada
hubungan dengan Khai? Tak boleh nak
berubah bila sampai sana ? Come on, baby… you were in USA last time. Germany is more crazy than US regarding lesbian and gay matters but not for
me. Mungkin oran g lain tapi Ayie tak…,” ucap dia tepat
dan padat.
Kata-kata
Ayie benar. Tak pelik budak-budak muda
boleh terjebak. Diorang tak ada iman
macam kita. Kita kat sini yang ada iman
dan dalam lingkungan masyarakat Melayu dan Islam pun tak kurang hebat dengan
hal-hal macam ni sekarang. Makin
berleluasa.
“Atau
Khai tu suka Ayie?” Aku mula fikir yang
pelik-pelik.
Segalanya
ada kemungkinnya. Mungkin Khai suka Ayie
tapi Ayie tak layan dan aku tetap rasa Khai tu perlu diselamatkan.
Ayie
jongket bahu. “He’s a nice guy. Very nice to me and others,” jawab dia
berselindung.
“Trust
me, baby… trust me… kalau betul Ayie gay pun, Arya ada untuk bantu Ayie
apa?” Dia sengih kononnya perkataan gay
tu seronok disebut dan bahagia didengar.
“We’ll
faced it together, will us baby?” tanya
dia saat dia tarik tangan aku untuk masuk ke peru t kapal terbang bila panggilan
kali ketiga bergema.
DUA
BELAS JAM bukan satu perjalanan yang panjang untuk aku. Dulu ke US A
dua puluh empat jam dalam kapal terbang.
Boleh sesat dalam waktu dan hari masa tu. Kami mendarat di Frankfurt lebih kurang jam
12.00 tengah hari waktu Malaysia . Jam pun aku tak ikut waktu Jerman lagi.
Kejap
lagi kena ambil penerbangan lain pulak untuk ke rumah sewa Ayie di Berlin. Dekat dengan tempat dia belajar di Technology
University of Berlin . Serius aku dah pening transit di lapangan
terbang Frankfurt ni. Terlalu sesak. Seingat aku pernah juga ke sini sewaktu
muda-muda dulu, terbang daripada US A
ke Jerman dalam penerbangan selama hampir tiga belas jam dan itu pun terpaksa
transit di Amsterdam.
Hari ni
aku tiba pula di sini biarpun bukan di Munich
tapi masih dalam bekas tanah jajahan Ado lf
Hitler.
Ayie
berjalan ke arah aku. Di tengah-tengah oran g ramai aku memang boleh nampa k
dia kerana pancaindera aku yang satu ni memang telah aku set kan wajah dia je dah. Dia menjinjit secawan kecil capucino dan
disuakan pada aku.
“Dah
dapat?” Aku sisip sikit kopi tersebut
sambil mengerling melihat tiket di tangan dia.
“Dah…
lagi sejam setengah.” Ayie menjawab
sambil menggoyangkan dua keping tiket tersebut di depan aku.
Aku
senyum. Aku sisip lagi capucino tersebut
yang aku rasakan sedikit kelat. Sekarang
ni kami kena ambil BerlinAir pula untuk ke Berlin
dan akan tiba di sana dalam masa satu jam lima minit lagi.
Tiba-tiba
teringat satu perkara. Mata Ayie aku
pandang.
“They
don’t speak English, don’t they?”
Ayie
angguk mengambil tempat di sisi aku di ruang menunggu.
“Maknanya
Ayie fasih Germany
ke?”
Dia
menggeleng. “Tak boleh nak dikatakan
fasih tapi masih boleh cakap sikit-sikit.
Sini tak macam Arya dulu. Arya
dulu dekat Florida , kan ?
Kat sana
diorang pakai standard English.
Komunikasi senang. Dekat UK pun
sama tapi Jerman lain sikit. To be
frank, Ayie pun pakai kamus jugak,” jawab dia seraya sengih.
“Tapi,
ramai dah sekarang cakap English.
Pelancongan mungkin. Jerman
sebuah negera yang sangat cantik. Nanti
ada masa Ayie bawak Arya jenjalan, ya?
Sekarang ni, Ayie tak sabar nak sampai rumah dan nak rehat. Seriously speaking, baby… I am damn
exhausted.”
Ayie mengurut
belakang leher dia dan memicit pangkal hidung dia sebelum dia jatuhkan kepala
dia dibahu aku seraya memejamkan kata.
“Hangatnya
bahu Arya di musim luruh ni,” gumam Ayie dan lepas tu aku hanya dengar helaan
nafas hangat dia.
Mata
aku melilau ke seluruh kawasan lapangan terbang. Canggih dan pihak kastam juga amat
cerewet. Tapi rasanya tak secanggih KLIA
kerana Malaysia
tetap di hati biarpun kehebatan negara lain mendahului.
Dipendekkan
cerita, lepas Ayie dah tidur pulas atas bahu aku, kami dah selamat mendarat di Berlin Tegel
Airport … Ayie mengheret
bagasi aku keluar daripada airport.
Bukan kata nak dapatkan limousine tapi dia heret aku berjalan kaki
sampailah ke perhentian bas sana
yang memang terpacak tiang berwarna kuning.
“Kita
naik bas. Tak jauh dah…”
“Bali k rumah sewa Ayie terus ke?”
Dia
menggeleng. “Tak panggil honeymoon la
baby, kalau kita balik rumah sewa yang entah macam kapal pecah ke macam pecah
kapal tu. Kita ke hotel la dulu. relaks-relaks sebelum Ayie masuk kuliah
lusa,” jawab dia.
Aku
mengangguk dengan bibir yang terceber.
Lupa perjalanan kami ni ditaja penuh oleh dua buah keluarga. Gila tak sayang diorang dekat kami? Tiket tadi pun kelas pertama okey biarpun
bukan Airbus 380 tu. Ingat murah?
Bayangkan
hancur lerainya hati mereka kalau tahu Ayie ni macam mana? Huh, tadi dah tak ingat siapa Ayie ni bila
dah ingat aku mula nak buat muka monyok balik.
Letih dan sedih, bercampur menjadi satu.
Cantik beradun.
“Ayie
dah booked Hotel Lützowplatz. Tak jauh
daripada airport ni. Dalam 8.5 km je.”
Seusai
Ayie berkata demikian, sebuah bas dah berhenti tepat di depan kami. Aku kalih belakang. Okey ramai jugak yang nak naik bas. Jimat.
Kami
masuk je dalam bas, pemandu yang berpakaian kemas itu senyum dan terus menyoal.
“Wo gehst
du hin?”
Aku
telan liur. Ayie senyum. “Hotel Lützowplatz…”
Tambang
dibayar dalam matawang Euro dan kami terus mengambil tempat duduk sementara tak
penuh ni. Nak berdiri biarpun untuk lima belas minit, kejung
jugak kaki aku yang dah terasa sembab ni.
“Dia
tanya apa tadi? Dia tanya nak pergi mana
eh?” Aku berbisik pada Ayie.
Dia
buat muka terkejut. “Arya tahu?”
“Mana
ada…” Aku geleng. “Dah Ayie jawab hotel, for sure dia tanya nak
ke mana?”
“Such a
bright girl,” puji Ayie.
“Born
with it…” Aku sengih dan melemparkan
pandangan aku ke luar bas.
“Bas ni
lalu jalan mana?” tanya aku tiba-tiba rasa nak tahu tentang negera oran g.
Daripada
tak tanya, aku fikir bukan-bukan jadi baik aku tanya sesuatu yang berfaedah.
“Saatwinkler Damm Straße. Kenapa?
Nak uk ur
jalan?” Kening dia terangkat. Bibir itu sedikit sinis.
“Tak payah uk ur. Tak jauh pun sebab tu ambik bas. Dalam 8.5km dah sampai. Kita rehat dulu. Nanti baru kita keluar uk ur jalan.”
Mendengarkan kata-kata
Ayie, aku tak bersuara lagi. Sekarang ni
dalam kepala aku hanya satu. Nak sangat
jumpa Khai tu. Sungguh ni.
“Ayie call dia?” tanya aku tenang.
Ayie berpaling. “Who?
Ma dengan pa?”
Aku geleng. Pada diorang aku dah SMS tadi aku dah
sampai. “Khai?”
Serta-merta wajah dia
berkerut.
“He’s just a friend of
mine, baby…”
“Tapi, gambar tu
buktikan sebaliknya…”
Okey, itu ayat dengan
suara sedih. Dah sampai sini dan jauh
daripada keluarga semangat aku boleh goyah.
Mana janji aku pada Aryan nak selamatkan Ayie? Mana janji aku pada ma dan pa mertua aku nak
bantu Ayie? Ya Tuhan, bantu hamba…
Kami sama-sama
diam. Aku dah hampir nak menangis. Tiba-tiba aku rasa aku keseorangan. Macam mana nanti Ayie sauk tangan Khai dan
biarkan aku terkapai-kapai sendiri?
Apa aku nak buat kat
sini melainkan aku heret bagasi aku terbang balik ke Malaysia je dan menjadi hamba Allah
yang tewas dalam menyelamatkan suami aku?
Macam tu. Lama aku diam mencari
buah fikiran hingga Ayie mencuit bahu aku.
Dia sengih. Sengih jahat.
Sangat jahat. Aku nampa k tanduk dia tumbuh
tetiba.
“Apa Arya nak buat
kalau betul Ayie ni gay?” tanya dia pada
aku.
Dia sengih dan aku tak
sempat nak jawab, bas berhenti tepat di depan hotel. Ayie bangkit.
Aku juga.
“Sie sind die Frau, die
ich bin in der Liebe mit,” bisik Ayie dan aku langsung tak faham.
Tak sabar dah nak belek
kamus dunia ni.
~~> bersambung
RM : Tak faham eh? tak apa, last sekali nanti kita translate... tak pun gugel saja.. hehh
they are the woman that I'm in love with :)
ReplyDeleteyou are the woman that i'm in love with.. hehh
Deletepjg nye ayt pndeknye maksud
DeleteBestnya...ayie nie nakal..saya tak pernah sampai frankfurt..tapi dah sampai munich..jalan2 tgk tempat org...
ReplyDeleteX sesia jengah blog ijo ni.. THNX RM...... nk lagiiiiiii.
ReplyDeletetau da...ko wanita yg aku cinta kan??
ReplyDeletehehehehe..main agak je..
Semakin lama baca, semakin berdebar rasa hati... X sabar tunggu next entry :)
ReplyDeleteada buat bekal ni..x sia2 along ni berjaga smpai pagi ni..hehehe
ReplyDeletetak sia2 lmbt tido.. dptlh bc n3 ni tp xpuas....
ReplyDeleteAyie ckp apa erk,xphm daAa..haha,
ReplyDeletewah,hbt kak RM ni kan,pndai ckp jermen lah..hehe
#Schariedah Schalus
ayie ni saje ye nakk bikin gempaqkan. takde gaynya la rasanye. fuh, rasa lega teramat......
ReplyDeletehey, sesekali rs ada tulnya ayie ni kena perangkap tapi bila die cl ki tu, mcm tul lak die org tuh ada afaire. cpt smbung next n3 plzze.
ReplyDeleteDh menggelabah tahap cipan si arya tu...
ReplyDeleteHa arya,kalu ayie tk nk berubah,kawin je dgn lelaki jerman.hehe.just kidding.
ReplyDeleteHebat rm ni,lpas bca ni terus je saya google maksud sie sind die frau die ich bin in der liebe mit.hehe.ble myelam smbil minum air bca cerita ni.he
ReplyDeletenext n3 plzzzzzzzzz....
ReplyDelete"You're are the women i'm in love with"...ohmai, ayie so romantik la...hehehe....
ReplyDelete-syad_ysl-
Sambunglh lg rm..... minggu depan nk ready utk exam lok
ReplyDeletehehe.. arya n ayie ni comel je..
ReplyDeletemanja ayie dengan arya..huhu..
sambung lagi kak rehan =)
Ayie romantik....love this couple...thanks rm.
ReplyDeletetenkiu RM!! hehe sebab tetiap hari letak entry :)
ReplyDeleteSaya sukaaaa sangat baca cerita RM, dari dekat penulisan2u dulu sampai la skrng
Nak lagi blh, rasa pendek sangat (tak pendek pun tapi sbb best rasa cepat je habis baca) hehe
X psal2 sy dok download kamus bahasa german la plak...ha ha ha
ReplyDeletedah khatam 10 kali dah nie...nak n3 lain bole tak.....
ReplyDeletetersenyum sumbing sendiri dah baca cerita nie
oh mai.. ayie sgt sweet ok.. <3
ReplyDelete-athirah-
best nak lagi.
ReplyDeleterasa simpati kat arya & kesian kat ayie
ReplyDeletetp gigih cari kat pakcik gugel maksud ayat ayie ni..hihi
thanks RM cerita yg menarik,topik ni org jarang nak sentuh,lebih suka mengelak dari berbincang psl ni cam taboo.. :(
**sori akak trlambat follow..** :)
memang best but i feel arya kena percaya ayie is not gay
ReplyDeleteakhirnya ade N3 bru..hehehhe..sukenye..nk lg kak RM..
ReplyDeletedont keep poking him......he is such a cute guy....RM u r the BEST......
ReplyDeleteCrita Rehan smuanya BEST!
ReplyDeleteromantica de amour betullah Ayie ni...
ReplyDeletemesti Ayie x gay...
xsabar nk tau apakah hal sebenarnya nih...
Kan bila arya tanya, tak ada rasa pada perempuan, ayie angguk. maknanya ada yg tk kena dgn ayie tu....
ReplyDeleteDont give up arya....cpt tbur bunĝa2 cinta utk ayie
ReplyDeleteHari ni dah jenguk blog hijau ni byk kali..rindu n x sbr tggu n3 baru.. RM mlm ni ada tak?.. smgt nk keja esok hehe
ReplyDeleteRM ni smting difrent dr penulis novel yg lain. Saya folow RM dr awl penulisan, skrang smakin ada byk info dlm cter RM berbanding dulu, mcm cter neo pmbaca dpt info psl polis, n skang ke germany pula, n sy yakin RM akan kupas byk lg isu psl gay. RM MMG PENULIS YANG BERKALIBER. Sbg seorang guru,dlm sibuk2 sy pasti jenguk juga blog RM ni. Wajib setiap hr, skarang pun sbenarnya sambil siapkan data murid, tapi singgah skejap cari N3 baru tp tkde pulak, hrp mlm ni dpt 2 n3 ke? :) thank u.. -AYSA- (ingt lg tak?)
ReplyDeletewaaaa....tak pahammmm....si ayie ni nk kene nih..suka suke sasuke nak kenakan arya..
ReplyDeletenak tahu apa ayie cakap terus tanya kakak kat opis yang pernah duk jerman 3 tahun hehehehe... best3
ReplyDeletegigih meng-google bahasa jerman. YES! tau pun...
ReplyDeletedh baca bab 18 n 19 baru nk baca bab 17, tak prasan terlepas 1 bab..tak kesah kan asal baca
ReplyDelete