TUBUH
pun tak hilang penat lagi. Aku buka mata
masa tu hari dah kembali gela p dan sejuknya
musim luruh ni buat aku rasa nak korek tula ng
sendiri. Sengal sampai ke tula ng hitamlah oran g
cakap.
Aku
cari kelibat Ayie. Dia tak ada atas
katil dan aku pula terlena menyungkur di birai katil. Padahal sebelum tidur tu aku ralit dok
perhatikan wajah Ayie yang nampa k
sangat kepenatan.
Mana
pulak dia? Aku angkat tubuh dan
menggeliat sedikit membetulkan ur at
saraf. Gamaknya dah masuk Isyak semula
kot? Aku selak langsir bilik hotel dan
memang suasana dah nampa k gela p dan keindahan neon malam mula
memancar.
“Lena tidur?”
Bila
aku nak buka baju panas, ada tangan lain
yang singgah pada bahu aku. Membantu
aku membuka baju luar yang tebal alam tu.
Aku
terkejut sedikit. Sikit lagi mujur aku
tak back-hand dia. Suka terkejutkan aku.
“Ayie
ni, terkejutlah…,” tukas aku sambil menolak tangan dia dan membuka baju panas
tu sendiri.
“Dah
masuk Isyak kat sini,” ujar Ayie.
Aku
angguk. “Arya nak mandi dulu. Sejuk pun mandi jugaklah. Bagi segar sikit.”
“Water
heater ada…”
Aku
angguk dan terus menarik diri hendak berlalu daripada tingkap tu. Tapi Ayie pulak menahan. Bila dia terbalikkan tubuh aku, aku rasa nak
pitam terus.
Okey,
dia sekarang hanya pakai tuala tu. Bawah
pusat dan atas paras lutut. Buat pertama
kalinya dia macam ni dengan aku. Selama
ni tidur kemain berkepit pun, dia tetap berpakaian lengkap. Sama macam aku.
“Lebih
baik Ayie pergi pakai baju. Kalau demam
musim luruh ni akan jadi sangat teruk,” gesa aku yang ternyata dah kaku.
Tawa
Ayie meletus. “Kakak malu tengok adik
eh?” usik dia.
Aku
mencemik. Dulu aku nak panggil adik dia tak bagi. Mengusik nombor satu. Bala yang menantu tu langsung tak
difikirkannya. Jenuh.
“Merepek…
merepek…” marah aku.
Dia
sengih lagi. “Memang sejuk, kak. Mari sini minta haba sikit…”
Dia
langsung menarik tubuh aku ke dalam pelukan dia dan menolak aku kembali rapat
ke birai tingkap. Bahu aku ditolak
menjadikan aku membelakangi dia dan aku terus menatap keindahan daun-daun yang
menguning di bawah lampu malam.
“Winter
is coming,” ujar Ayie.
Aku
angguk biarpun dada aku memang dah nak pecah.
Sikit lagi Ayie buat perangai pelik-pelik, jantung aku akan sampai dekat
jalan raya sana . Main lompat
kijang dek penangan budak Ayie ni.
“Dah
lama tak tengok salji,” akui aku pula.
“Kali
ni boleh tengoklah. Berdua pulak
tu. Lagi syok kot… dulu Arya dekat US A ,
pergi mana je?” tanya dia tiba-tiba
berminat dengan sejarah penjajahan aku ke Negara asing mencari ilmu.
“Tak ke
mana. Pernah datang Munich sekali. Ikut kawan-kawan. Pernah jelajah Europe
dengan keretapi. Sangat seronok. Lepas tu ma dengan pa jelah datang. Tak pun atuk dengan nenek kalau diorang ada
hal. Diorang singgahlah. Aryan je tak pernah sampai,” jawab aku.
Ayie
mengangguk beberapa kali. Dia rendahkan
wajah dia dan menyangkut dagu dia di bahu aku.
“Lepas
ni nak dinner dekat mana? Dalam ke
luar?”
Sebut
pasal makan malam, aku memang dah tahap kebulur ni. Sejak daripada pagi memang teguk air masak
dan roti je. Siang tadi pun sama.
“Tengoklah
kat mana. Tapi, kat luar hotel la… nak
imbau balik kenangan zaman muda-muda dulu…”
“Wow,
dah rasa tua ke sekarang?” tanya Ayie
memangkas.
“Bolehlah
daripada tak ada…” Kecil hati aku
okey.
Dia
ketawa halus. “Arya matang. Bukan tua.
Umur tu angka je. Orang kata,
kalau kahwin dengan oran g
muda, kita pun akan jadi muda. Begitulah
sebaliknya. Biarlah Ayie jadi matang
juga untuk Arya eh?”
Aku
siku peru t
Ayie tanpa sengaja. Mengaduh budak tu
dibuat aku. Terus terlepas pelukan dan
dia terdorong ke belakang beberapa tapak. Aku kalih melihat dahi dia yang
memang dah berlapis-lapis.
“Sakit?”
Dia
angguk. “Ganas betul.”
“Itu
baru sikit eh… jangan dok usik Arya pasal umur-umur lagi. Daripada awal Ayie dan seantaro dunia ni dah
tahu berapa umur Arya,” ujar aku memberi amaran dalam senyuman.
Ayie
angguk. “Yalah-yalah… my bad. Tapi, ni Ayie nak tanya soalan ni…”
Aku
tidak terus memberikan izin dia bertanya.
Sebaliknya aku luruskan telunjuk menghala tubuh dia.
“You
better get dressed, Ayie. Demam nanti,”
arah aku sedikit tegas.
Ayie
terus menapak ke arah katil dan diselongkar beg galas milik dia tu. Beg yang setinggi hampir semeter. Beg hiking.
Dikeluarkan sehelai baju T putih longgar dan juga sehelai jeans. Baju tersebut dah selamat menutup tubuh.
Huh,
kurang sikit seksa mata aku ni. Barulah
rasa boleh melihat dengan luas. Jeans
pula dia pegang lama.
“Ayie
nak tanya soalan,” ulang dia.
“Okey…” Aku buka baju panas kedua.
“Berapa
soalan?” tanya aku pada dia sambil
tangan membuka lilitan selendang pula.
“Satu
je…”
“Okay
then… go on. Satu soalan je. Lebih tak boleh,” tegas aku.
Yalah,
asyik dia je tanya. Aku ni sejak
daripada hari kejadian lagi nak tanya dia macam-macam soalan. Itu tak termasuk bahasa Jerman yang dia
bisikkan pada aku masa kami turun bas siang tadi. Tak sempat lagi aku nak google.
“Kenapa
tenung Ayie masa Ayie tidur tadi?” soal
dia tenang, jujur dan telus.
Aku
telan liur.
Mata
aku bulat.
Nafas
aku sesak tiba-tiba.
Terkantoi
okey.
Tapi,
kalau dia tidur macam mana dia boleh tahu aku renung dia? Tak kan
sebab aku terlentok menyungkur pada katil dia boleh agak. Eh, tak logik ni.
“Mana
Ayie tahu? Entah-entah Ayie yang renung Arya tak? Sebab tu Ayie perasan yang Arya renung
Ayie?” Soalan itu berbalik semula pada
dia. Sebab aku nak lindungi resah hati.
Dia
sengih senget sambil duduk dibirai tilam yang diselimuti kain putih bersih
tu. Seluar dia sarung penuh cermat. Tak terselak langsung tuala dia.
“Ayie
mengaku. Lampu samar-samar macam tu,
Ayie boleh nampa k
mata Arya makin layu renung Ayie.
Kenapa? Tak percaya?”
Tak
percaya? Apa Ayie tanya aku tu. Memang aku berdebar amat bila dia mengaku
memang dia renung aku sama. Senget jugak
aku ni. Macam mana boleh tak perasan aku
renung oran g tapi oran g renung aku balik?
Huh,
ada ke macam tu? Ni mesti bahana mata
melihat tapi otak dok fikirkan perkara lain.
“Apa
maksud Ayie tak percaya?” Tak jadi aku
nak cari pakaian aku dalam bagasi tu.
Mata
Ayie memandang aku tunak. Lama sebelum
dia mengalihkan pandangan dia dan membawa tuala tu menutup kepala dia. Dilap rambutnya yang sudah agak panjang tu
dengan rakus.
Sikit
lagi aku rasa nak tersiat kulit kepala dia dengan gaya dia lap rambut tu.
“Tak
percaya yang Ayie ni tak ada perasaan pada perempuan?” sambung dia lagi.
Aku
telan liur. Dalam kata lain dia nak
cakap yang dia tu memang seperti yang ma dan pa dia syak. Dia memang suka kaum sejenis dan dia memang
songsang? Macam tu?
Ohmai…
apa hamba nak buat ni, Ya Tuhan…
Menggigil
tubuh aku. Hari tu dia kemain
nafikan. Kata dia diperangkap la, apa
la. Dia lurus tak bengkok. Dia normal bukan abnormal. Dia minta aku percayakan dia tapi bila dia
dah heret aku sampai beratus ribu batu jauh daripada keluarga aku, ini
pengakuan dia.
“You’d
been set up, hadn’t you?” Soalan tu
masih kedengaran normal dalam getaran.
Renungan
aku ni dah boleh tembus kepala Ayie dah kalau ianya sejenis senjata
membunuh.
Ayie
senyum lagi dan seperti biasa. Menyenget
ke kiri.
“Sungguh
memang Ayie tak ada rasa pada perempuan ke?”
Okey, ini dah kali kedua aku tanya.
Hari tu
dia angguk mengiyakan dan kali ini…
Okey,
dia angguk juga. Aku terus berpaling
semula ke tingkap. Ada beberapa oran g
berjalan dalam cuaca yang boleh buat hati dan jiwa beku. Macam aku sekarang ni. Freezing…
Airmata
aku dah nak menitis. Aku memang tak ada
niat nak mandi dah. Aku nak heret bagasi
aku sekarang jugak pergi ke airport. Aku
nak lari jauh-jauh daripada semua oran g.
“Arya
rasa nak cari makan sikit kat bawah.
Don’t wait,” ujar aku dan terus saja aku capai pakaian panas aku yang
tebal tu, mahu meluru ke pintu.
Tombol
tak sempat aku capai tapi tangan dulu direntap Ayie. Terkaku tubuh aku bila dia mencerlang pandang
macam helang nak terkam mangsa.
“You
promised me. Arya janji nak percayakan
Ayie no matter what, kan ?”
Aku
angguk. “Arya… Arya…” Aku gagap.
Dan…
ada air jernih mengalir.
Aku
menangis.
“Arya…,”
seru Ayie bila aku larikan mata aku daripada pandangan dia.
Baju
panas tu dia tarik dan dicampaknya merata-rata.
Hey, itu baju panas yang ma dengan pa beli dekat butik tu. Harga tiga bulan gaji gaji aku. Seronok dia je main campak.
“Baju
tu hadiah daripada ma dengan pa… jangan main campak je?” tegur aku dalam kesedihan.
Ayie
sengih. “Sedih pun boleh risaukan baju
tu eh? Ke nak Ayie campak Arya je ke
bawah?” soal Ayie sinis.
Aku
gigit bibir. Tahan hati je dengan budak
ni. Kalau kat rumah keluarga kami tu tak
berani pulak dia layan aku macam ni.
Memang budak ni terpesong sungguh.
“Tak
payah campak. Arya boleh turun sendiri
dan Ayie duduklah dengan Khai tu.” Itu
ayat gera m
bercampur sedih jugak. Bergetar hujung
suara tu.
“Aryana…,”
seru dia sekali lagi bila aku sebut nama kekasih gela p dia tu.
Bila
aku tak kalih, dia pegang pipi aku dengan tangan dia yang sejuk tu.
“Look
at me,” suruh dia.
Aku rajin-rajinkan
diri pandang mata dia.
“Petang
tadi Ayie ada cakap benda, Arya dah boleh faham?” soal dia.
Aku
geleng. “I don’t understand Germany …”
“Then
google it. Go out and ask them… tak ingat apa Ayie cakap, biar Ayie tulis,”
ujar dia separuh marah.
Terbalik
okey… siapa patut marah ni?
“Arya
nak keluar,” tekan aku tapi dia tetap menahan.
“Ayie
memang tak ada rasa pada perempuan yang tak…”
Ayat
Ayie mati bila loceng bilik berbunyi.
Aku terkebil-kebil menanti patah perkataan yang seterusnya tapi Ayie
terus menyambung ayat lain.
“Who?” Dahinya berkerut.
Aku
jongket bahu. Manalah aku tahu, kan ? Bukan tempat aku ni. Ini tempat dia. Tak kan
oran g hotel pulak?
Perlahan-lahan
dia tarik tangan aku dan terus membuka pintu.
Bila daun pintu terkuak, Ayie gamam.
“What
are you doing here?” tanya Ayie jelas
beriak terkejut dia tu.
Aku
pandang Ayie dan Ayie pandang aku sebelum kami memandang makhluk Allah yang
tercegat di depan pintu ni.
“I am
looking for you,” jawab dia tenang.
Aku
perhatikan dia tapi nampa k
kurang jelas sikit wajah yang dilindungi topi tu. Malam-malam pakai topi, matahari mana
ada?
“Mana
tahu Ayie dah balik sini?” Ayie dah
bertanya dengan suara yang lain macam je rentak dia.
Aku
pandang wajah Ayie yang kian tegang.
Tangan aku digenggam kemas. Sakit
pun aku tahan jelah. Kotlah dia nak
tumbuk budak depan kami dia, sempat aku halang.
“Ada yang nampa k
Ayie turun bas dan masuk sini,” jawab dia.
Ayie
mengeluh.
“Siapa?” soal aku.
Ayie
tidak menjawab sebaliknya dia menghulurkan tangan dia hendak bersalaman dengan
manusia di depan ni.
“You
scare me, Khai…”
Dan
mata aku terjojol keluar.
~~> bersambung
Yeaa... ade jugaa... tggu nii kak RM,.. hehehhe
ReplyDeleteooo akak...sikit nyeee.... xpe la.. TQ jugak!
ReplyDeletearghhh...si Khai ni muncul plak dah....aihh
ReplyDeleteOhmai...arya bertembung 4 mata ngan khai?¿?¿
ReplyDeleteSebuk la khai ni...
ReplyDeleteKacau je...
Sabar arya...
Da jmp da org yg da dtgu...
Aiyooookkk.. Khai ni kot yg tergilakan Ayie ni!
ReplyDelete..nak lagi..bestnye....
ReplyDeleteohmai..knpa terasa mcam...P E N D E K..ke x?
ReplyDelete>>k<<
ohmai *ciplak kejap hehehe
ReplyDeleteSukanya..ada post hari ni..kacau je la khai tu
ReplyDeleteLme menanti akhir nye ade jgak.....bala sudah dtg
ReplyDeletebetullah kot ayie ni kena perangkap..khai tu yg bengkok..n ayie nk ckp dia xda perasaan kt perempuan yg bkn halal tuk dia..
ReplyDeletewlu apa pun andaian, hanya sis yg tau...thanx sis, kluarkan bab 17 di saat kepala bz dgn esemen
'Kekasih sejati' dh entefrem..
ReplyDeletea'aah, sama ler kite kat sini ayie ooiii....alahai Cik RM ooiii, tak tido lena ler i mlm ni....
ReplyDeleteBestnye.terubat rindu .RM nak lg.....konflik dah bermula.huhi.....
ReplyDeleteeeeeeyaaaiiiiiii......
ReplyDeleteRM cepat sambung,akak pulak yg berdebar ni
ReplyDeletexsbar nak tahu pa jadi...berbaloi tunggu malam ni
ReplyDeleteAdoyai potong betul x smpt nk dgr apa yg ayie nk ckp
ReplyDeleteWp skit tp tq byk2. Sambunglh lg......cepat2 deh rm
ReplyDeletewuhuu khai dah muncul.bertahanlah ayie.jangan mengalah arya!
ReplyDeletePergh...khai dh muncul dh...
ReplyDeleteLAGI LAGI LAGI??!!!
ReplyDeleteOhmai lepas rindu tq kak next n3 kak hihihi(imah)
ReplyDeleteada kuasa magic ker si khai nie....bole kacau orang tengah honneymoon......sengal lah nie....
ReplyDeleteGeramnya kt khai ni. Ayie pn sma..bengang snguh..sbr la hti..
ReplyDeletelalallaaaa...bestnyer sbb ada N3 bru..hehehe..x lena tdo tgu N3 nie..hehehhe..
ReplyDeleteBL LAGI NEXT N3, NAPE RM TAK REPLY KMEN2 KAMI? SEDIHNYE.... TAKPE2 APEPE PUN JANJI N3 ADA :)
ReplyDeleteadoyaiiii...suspen le plak...hukhuk...
ReplyDeleteArghhh....tension....suspen betul la.
ReplyDeleteRM....mcm pendek aje....next n3 plzzzzzzzz.....dah berdebar2 nie....
ReplyDeletehuhukk dah nangis dah ni,, cepatlahRM n3 seterusnya... hati ni dah berdebar2 je bi hehehehe
ReplyDeleteKhai ni buat orang sakit lain sakit jiwa tau.... jiwa kacau betul...
ReplyDeleteBukan Ayie yang x betul tapi Khai yang x betul ... jadi tugas Ayie dan Arya yang kena betulkan budak Khai tu.... hehehe
yalah, pendek sgt. next n3 RM. ki tu dok nyebuk kt sini wat pe? jgn kacau org tgh honey moon la.
ReplyDeleteyeay..kekasih gelap dh muncul..hehe..biarla hero gay pun..sesekali wat kelainan kan..br la mencabar..macam cerita HIKC, hero mati..sedih tapi puas sebab lain dr lain...
ReplyDeletecongrat's RM...sebab berani mencuba dan berjaya menghasilkan kelainan yg sgt best...hehe
* tak sabar tunggu next entry..hehe
whoaaahhh, Khai sudah muncul...
ReplyDeleteapa lah yg jadi lepas ni ya.
Bnyakkan bersabar ya Arya..
ayoyoyoyoyoy..... khai sudah mari... baru nak manja2 hahaha
ReplyDeleteayaya...ayie ni pun dgn kawan laki pun bahasakan nama mcm tu..manja semacam..haha
ReplyDelete