MAKAN malam aku rasa
macam dalam penjara je. Itu pun penjara
akhir, sebagai banduan akhir yang ditemani rasa hening dan kesal tak
berkesudahan.
Huh, silap percaturan
sungguh. Aku mati-mati ingat aku ni dah
kuat bila hamba Allah tu datang depan mata.
Memang aku nak jumpa.
Berkali-kali aku tanya Ayie tapi bila dia muncul tanpa kami undang, aku
memang bagai melukut di tepi gantang la.
“Kenapa tak
makan?”
Aku angkat wajah
mengerling pada Ayie yang memang tunak merenung aku. Bibir dia mengulum senyum tapi aku mengulum
resah.
“Tak sedap ke?” Ayie dah risau.
Aku diam. Langsung tak jawab. Hanya mata dok kerling Khai depan mata. Gila tak kacak Khai ni.
Serius.
Kali ni aku tak payah
nak potong kuku kaki ayam. Aku berani
kerat jari sendiri yang Khai ni memang kacak tahap apa pun aku tak tahu. Kekacakan yang telah Allah bagi pada dua anak
Ada m di sebelah
kiri dan depan mata aku ni tapi sayang digunakan dengan tujuan songsang.
“Tak boleh telan eh?” duga dia lagi.
Aku menggeleng. Ini
makanan masakan ala India . Kalau kat Malaysia , kita panggil masakan mamak. Biasa je.
Kat Malaysia
pun aku pernah makan. Sebuah restoran
halal di tengah-tengah Bandar Berlin ,
iaitu Zam-Zam Restaurant. Letaknya tak
jauh daripada hotel kami. Dalam 3.8km je
di Haupt Straße.
“Tak lapar sangat. Mungkin sebab makan lambat jadi peru t pun dah
tak boleh nak terima makanan.” Aku beri
alasan.
Ayie senyum. Dia dekatkan bibir dia pada telinga aku.
“Kita bungkus, balik
bilik nanti Ayie suapkan eh?” bisik
Ayie.
Dan masa ni aku perasan
memang mata Khai tu merenung kami dengan perasaan yang sebu yang aku nampa k dalam sinar mata
dia yang kian pudar tu.
Terus mata aku berlari
jauh-jauh tapi tak tahu nak hinggap kat mana di dalam pinggan makanan. Liur aku telan. Bukan terliur dengan hidangan ala-ala nasi
briyani mamak ni tapi risau dengan keadaan yang boleh genting pada bila-bila
masa je melihatkan Khai yang memang tak nak beralih pun pandangan dia daripada
aku.
“Tak apa, Arya makan
sekarang.” Aku tarik sudu dan
garfu.
Sesudu masuk ke
mulut.
Kali kedua dan
seterusnya. Tanpa menjamah lauk.
“Kenapa tak makan
lauk? Ni sedap ni. Ayie kalau rindu masakan mamak datang
sinilah. Ke Arya nak order lain?”
Berdesup soalan Ayie
masuk dalam kepala aku. Aku panggung
kepala dan memandang dia seraya menggeleng.
“Ini pun dah
cukup.”
Dia senyum dan terus
tangan kiri dia menjalar di atas peha aku membuatkan aku tercekik sendiri. Cepat-cepat aku capai gela s air putih dan aku teguk perlahan. Huh, gela s
pun sejuk. Sikit lagi nak beku.
“Oh, where were we just
now?” soal Ayie pada Khai.
Khai senyum. “Tak ke mana?
Tentang Ayie dengan Khai? Macam
mana?” soal Khai.
Itu soalan sangat jujur
okey. Sangat telus menerobos masuk
telinga aku. Ayie dengan dia? Habis tu aku ni macam mana? Budak Khai ni aku kasik lipat maut baru dia
reti. Jangan kata apalah kalau sikit
lagi aku sumbat dia dalam mesin basuh pinggan restoran ni.
Sudu dan garfu aku
letak di tepi. Nak makan pun tak lalu,
tekak dah tak boleh nak terima. Baik aku
tumpukan terus pada budak berdua ni.
Jangan dia main mata di tengah-tengah umum dan paling penting depan mata
aku sudah. Memang naha s aku kerjakan.
Ayie dah jeling
aku. Muka dia cuak sikit. Tapi, lama-lama dia senyum juga. Eleh, itu senyuman aku sangat mengerti
okey. Senyuman minta simpati dengan
kata-kata,
‘Arya jangan buat hal
kat sini. Malu dekat oran g!’
“Hal Ayie dengan Khai
memang tak pernah ada, kan ? You know that. I bantu you je Khai. Both of you.
Khai kena ingat Khai siapa dan Ayie siapa? We’re different. Memang Ayie tak berminat dengan perempuan
tapi you are still…” Kata-kata Ayie
terhenti.
Dia renung Khai dan aku
baru perasan, mata Khai kian berair.
Tangan dia memang sejak dia tiba tadi lagi dah bersarung tangan warna
hitam. Dia tunduk menongkat dagu dan
tiba-tiba telinga aku dengar esakan halus Khai sebelum dia angkat wajah dan
senyum.
“Khai tunggu Ayie
balik,” akui dia lagi.
“I knew…” Selamba Ayie menjawab.
Pinggan makanan tu dah
dia tolak ke depan sikit.
“Sebab tu Ayie balik
rumah ma dengan pa dan terima cadangan diorang untuk Ayie terima seorang wanita
dalam hidup Ayie,” akui Ayie.
Wow, nampa k macam cerita hikayat songsang diorang
ni dah nak terselak dengan sendiri. Aku
tinggal jadi pemerhati sajalah.
“Jadi, Ayie terima
dia…” Sebut saja dia tu suara Khai
terhenti.
Dia merenung aku
seketika sebelum memandang Ayie semula.
“…sebab nak lari daripada
Khai, macam tu?”
Ayie angguk
tenang. Tangan kami yang sejak daripada
tadi bertaut bawah meja, Ayie angkat letak atas meja. Bulat mata Khai.
“You didn’t touch any
women, Ayie,” tegur Khai bila dia lihat tangan kami bertaut erat.
“Yeah… I didn’t touch
any woman whose not fated for me. I
didn’t touch you because you’re belongs to somebody else, Khai. Khai kena faham. Dan dia…”
Mata Ayie pandang aku.
Dia kedipkan matanya
sekali.
“…dia untuk Ayie, Khai…
kita tak mungkin terjadi.
Mustahil.” Sambung Ayie memandang
Khai yang memang aku nampa k
dah lain nafasnya.
“Jadi Ayie dok
pertahankan hubungan halal haram tu tapi sekarang Ayie dok sebilik dengan dia
dan pegang tangan dia depan Khai? Depan
umum?” Khai dah sedikit membentak.
Aku terkaku tapi Ayie tenang. “She’s my wife, Khai. Ich liebe sie so sehr, Khai…”
Okey, Ayie dah mula
ayat Jerman dia buat aku rasa bengong lagi.
Menyesal tak bawak tablet masa ni.
Kalau tak serta-merta aku boleh google.
“I don’t believe it…”
“You have too!” tekan Ayie pada Khai.
Tangan Khai yang memang
bersarung tu sekali lagi dia genggam erat.
Owh, nak tanggal jantung aku tengok suami aku pegang tangan lelaki yang
sukakan dia.
“You love him?”
Soalan itu Khai tanya
aku tepat-tepat. Aku diam menelan air
liur. Rasa kalut dalam dada. Apa aku nak jawab ni? Nak kata cinta tu macam tak ada. Rindu tu adalah sikit. Tapi dia suami, cinta aku memang untuk
dia.
“Kami sedang ingin
belajar bercinta, Khai,” jawab aku selepas aku yakin memang Ayie pun nak aku
jawab macam tu.
Yalah, kalau aku tak
jawab macam tu boleh jadi Khai masih menaruh harapan dan Ayie patah hati
kembali semula pada Khai? Macam tu? Oh tidak…
Aku tahu Ayie pandang
aku. Dia terkejut dengan jawapan aku
gamaknya. Tapi aku, dapat aura tenang
daripada Ayie tadi. Lagipun aku memang
dilahirkan untuk menjadi setenang air dikali masa sejuk dan sehangat api yang
marak kalau aku tengah marah.
“Tapi, Aryana….” Khai cuba nak bantah.
Dia tahu nama aku okey.
“Ya, saya?” Aku menyahut tenang.
“I love him!” tekan Khai bersungguh-sungguh.
Aku ketap bibir. Sempat aku tahan tangan di dada. Kalau tak memang jantung aku terus buat
lompat jauh sampai seberang jalan sana .
Aku sendiri tak pernah
mengaku macam tu pada Ayie dan Ayie sendiri pun tak pernah, macam mana dia
boleh mengaku cintakan suami aku itupun di depan aku dan yang paling teruk,
mereka ni sama kaum?
“Awak sedar tak apa
awak cakap ni, Khai?” soal aku.
Dia angguk. “I love him,” akui dia lagi.
Aku senyum. Ayie yang dok ramas tangan aku sejak tadi,
aku tolak kejap tangan dia. Aku pegang
tangan Khai yang bersarung tu. Kalau tak
bersarung, tak hingin nak pegang. Aku
tenung mata dia dalam-dalam. Nampak
sikit alis dia lentik. Kalah aku.
Ini kalau jadi mak
nyah, memang meletup.
“Love? Maksud dia sayang, cinta… dan ianya satu
perkataan yang subjektif. I believe you know it well. Love yang awak maksudkan tu mungkin sayang
dan sayang awak tu sayang pada seorang teman.
Bukan cinta. Saya tahu awak
berdua tahu yang ini salah. You both
knew it well. This is wrong. Allah murka dengan oran g
yang sukakan kaum sejenis, awak tahu, kan ?” tanya aku lembut.
Khai diam. Bibir dia nampa k bergetar.
“I… I…” Dia dah gagap dan aku perasan airmata dia
menitis setitis.
Dia terus rendahkan
topinya seraya bangkit. Baju panasnya
dibetulkan sedikit. Aku turut
bangun. Hanya Ayie yang duduk tenang dan
masa ni baru aku perasan yang Khai ni tak tinggi mana tapi agak tinggilah
sebagai lelaki Asia n. Hampir sama ketinggian dia dengan aku.
“Excuse me…,” ucap Khai
dan dia terus berlari keluar restoran.
Hampir nak terlanggar
pelanggan yang lain. Dari jauh aku hanya
merenung susuk tubuh dia yang berlari laju meninggalkan kami. Akhirnya hilang di dalam kepekatan malam.
Melihatkan airmata Khai
tadi, aku tak rasa cinta dia adalah cinta sebelah pihak. Pasti Ayie pernah juga menerima dia buat
seketika membuatkan budak tu terjerumus begitu dalam sekali.
“Baby, sit…” Ayie mengarah bila aku tegak macam patung
yang ada nyawa.
Aku tunduk memandang
Ayie.
“What you’d done to
him, ayang?” soal aku.
Ya, aku memang nak
panggil dia ayang bila kami sampai sini.
Nak wujudkan suasana romantis antara aku dan dia tapi Khai dah muncul
dulu. Ayang tu aku terluncur tanpa
sengaja. Entah kenapa aku rasa sedih
amat melihatkan anak muda, Melayu dan yang paling penting Islam… begitu sekali
sesatnya.
“Nothing, baby,” jawab
Ayie juga turut berdiri.
Aku senyum. “Arya dah kenya ng.”
Aku tarik baju panas
aku di belakang kerusi dan terus berlalu tak nak hiraukan Ayie buat sementara
waktu. Hati aku kelam kabut okey. Karang aku menangis tak berlagu pulak depan
dia.
Aku menapak
sendiri. Aku tahu Ayie kena bayar bil
dulu. Lepas tu nak tunggu dapat baki dan
kemudian baru terkial-kial keluar nak kejar aku.
Sungguh bagai ditelah. Ayie paut lengan aku menjadikan langkah aku
terhenti.
“Kenapa ni? Kita datang nak honeymoon ni. Arya kenapa keluar macam tu je. Ayie tak kenya ng lagi tadi,” keluh dia.
Heh, dia tak kenya ng dia
risau? Aku yang memang lapar nak makan oran g ni dia tak tahu ke?
“Siapa dia pada
Ayie?” tanya aku tepat merenung mata
dia.
“Nobody… kawan je…”
“Kalau kawan tak kan dia terjerumus macam
tu sekali pada Ayie?”
Keluhan Ayie menyapa
telinga aku.
“Okey, Ayie akui ini
silap Ayie tapi niat Ayie baik…”
“Niat yang macam
mana?” tanya aku mula tak sabar.
“Ayie nak ubah dia…”
“Tapi, Ayie yang
berubah, macam tu?” pangkas aku.
Ayie menggeleng. “I stand where I stood, baby. Kan Ayie dah
cakap pada Arya, Arya kena percayakan Ayie walau apa pun terjadi. Tak apa kalau ma dengan pa tak percayakan
Ayie sebab gambar tu tapi Ayie nak Arya percayakan Ayie,” rayu dia.
Aku diam tidak
menjawab. Hati aku jenuh memujuk akal
moga aku mampu cerna kata-kata Ayie dengan baik.
“Jom balik
hotellah. Arya penat,” ajak aku dan
terus berjalan sendiri.
“Baby…” Tangan aku sekali lagi ditarik Ayie.
“Bahaya jalan
sorang.” Tangan dia memimpin tangan aku
erat.
Sekarang ni aku ada dua
soalan nak tanya dia. Nak minta dia
translatekan bahasa Jerman dia tadi.
Mentang-mentang aku tak faham, boleh dia cakap dengan Khai macam tu? Entah-entah dia cakap, I love you too, Khai…
huh.
“Tadi Ayie cakap apa
dengan Khai?”
“Bahagian mana? Semuanya Arya dengar, kan ?”
soal dia semula saat kami sama-sama sedang menanti sebuah bas hendak
pulang ke hotel.
Dia senyum senget
memandang aku yang berkerut-kerut dahinya.
“Arya memang dengar
tapi ada sesetengah tu Arya tak faham.”
Senyuman senget Ayie
patah riuk. Dia kerutkan dahi. Padan
muka dia. Ada hati nak kenakan aku. Dahlah mood aku rosa k
teruk ni.
“Bahasa Jerman tu
ke?” soal dia.
Aku angguk.
“Google la. Usaha sikit.
Hidup ni tak mudah tau kalau tak berusaha,” sinis dia.
Masa ni bas dah
berhenti di depan kami. Dia heret tangan
aku naik bas dan setelah berbicara dengan pemandu bas beberapa patah ayat, dia
heret aku duduk di tengah-tengah bas.
“Ayie cakap Ayie
cintakan Khai eh?” tebak aku.
Dia sengih lama dan
tiba-tiba ketawa. “Something about love
tapi bukanlah gitu,” balas dia.
Aku ketap bibir menahan
hati. Kan dah agak. Bertepuk sebelah tangan tak akan
berbunyi. Ni mesti Ayie balas tepukan
tangan Khai ni barulah budak ni separuh mati gilakan Ayie.
“Ayie dah jauh
terpesong,” gumam aku sedih.
“Show me the light,
baby,” balas dia sebelum dia tarik bahu aku dan biarkan tubuh kami dalam satu
jaket.
Pening aku
sekarang. Rasa nak pitam tak nak bangkit. Dan bila aku bangkit aku harap ini semua
mimpi dan aku sedang ni sedang busy menguruskan Muhara dengan Aryan.
~~> bersambung
Teruk da khai ni..
ReplyDeleteTp sian arya kna gula2 ngan ayie. .
Cpt blja german
best3!!!!
ReplyDeleteilove her so much^^
ReplyDeleteRM ''sigh'' sy harap khai dapat terima dan arayie dapat bantu dia kembali ke pangkal jalan. Tak sabar nak baca next entry pasal kisah cinta arayie. N hopefully insomnia RM tidk memudaratkan sebab sy kalau tak boleh tidur of course hubby yang terpaksa menerima angin sy tak cukup tidur
ReplyDeletehuhhuh .. i love her so much !
ReplyDeletearya cepat translate !
=.='
huhu..adoiii mkin parah dah hati ni ngan si ayie ni..adoii arya cpat translate..kita pun nk tahu..malas nk g translate gak..haha..
ReplyDeletemembayangankan lelaki cantik menangis!... mesti syahdu!... huhu..
ReplyDeletex tau nak ckp apa..........next n3 plzzzzzzzzz.............
ReplyDeleteRM next time kalau ada bahasa jerman lagi boleh tak terus tulis translation dia . Hehe :)
ReplyDeletehaha bole2..
DeleteArya, cpt blajar bahasa Jerman. Ayie ckp dia cinta sgt kt awk la
ReplyDelete;-)
ReplyDeleteMesti Ayie cakap Ayie cintakan Arya seorang... hehehe
ReplyDeleteMugkin Ayie nak ubah Khai ke jalan yang betul tapi timbul masalah lain... jadi Arya bagi semangat pada Ayie untuk ubah Khai kembali semula ke pangkal jalan....
kasiahan Arya....
rm dah buat n3 untuk seminggu kan .....bole post lg tak...
ReplyDeleteok...akibat tidak menahan diri dari mnunggu arya men'translate'kan ayat tu...sya dah translate da..haishhh..cairrr kot ngan ayie ni..hehe
ReplyDeleteRM tahu tak citer ni sgt berat,seriously akak menangis
ReplyDeletesalam rehan..d best story ever..macam biasa..rehan menulis mmg ada umph..adakah ayie yg mencuba utk memperbetulkan perjalanan khai yg telah terpesong jauh tetapi telah disalah ertikan oleh semua orang..dan adakah arya sesedap hati dan jiwa ayie dipermainkan perasaannya..
ReplyDeleteso sweet..dpat blajar bahasa german..smbil menyelam minum air..best kak RM.. ;)
ReplyDeletesgt menarik... hati pun dup dap dup dap time baca... fuh!! :D
ReplyDeleteslalu gak jenguk blog x sabar nak baca entri baru..bleh requesr RM entry banyak2 x sehari? wakakakaka...
ReplyDeleteAyie communicate la clearly. Sian Arya.
ReplyDeletegoogle cpat la ayra oi...ayie kt "I love her so much" kat khai tu tau...
ReplyDeletetq RM n3 terbaru ni... rasanya cam nak n3 baru lagi lah, rasa tak sabar plak nak tahu apa yang terjadi pada khai,
ReplyDeletehehh..Rm tak tido dh banyak hari kot (eh ini tipu) tido tapi dalam sejam dua je tiap2 hari..hehh.. malam2 jadik drakula..(drakula tak tido langsung eh) apa2pun ada yg sedih Rm tak balas komen2 eh..alaa jgn la..sian RM.. RM baca komen2 yu all.. serius takdan nk reply.. Rm sangat hrgai tau..teruskan spekulasi..sakit hati ngn ayie, sian kt arya, menyampah kt khai..hahahaha.. be waiting..it's gonna be more excaiting..kononnnn.. LOL
ReplyDelete-_- pelik eeeiii....
ReplyDeleteRasanya ayie bkn gay.. :-).cpt2 kna google mksd bhsa jerman 2.
ReplyDeleteberjam2 menunggu dan akhirnya..lega walaupun sedikit kesian dekat khai...next n3....
ReplyDeleteasa mcm khai ni pompuan la plak..hikhikhik. sbb dia mcm sama tggi ngan Arya
ReplyDelete>>k<<
saya pun rasa khai tu pompuan :-D
DeleteRM khai ni girl ke? My instinct
ReplyDeleteCinta mati betul Khai ni kt Ayie.
ReplyDeleteHArap cepat dia sedar dan kembali ke pngkal jalan. Sian Arya yg duk curiga tu.
cepat2 belajat bahasa Jerman Arya.
* Ayie cakap ' I love her so much" kt Khai kan RM?
Tiap2 jam buka blog ijo...xsbr tnggu RM update
ReplyDeletekhai ni khunsa ke?! hehe
ReplyDelete"show me the light, baby.." how sweet..
ReplyDeletei love her so much
ReplyDelete