AKU tekup wajah ke meja
solek. Lampu dah lama malap. Serius aku rasa nak menangis. Bila aku jeling ke arah katil, aku nampa k Ayie yang sedang
tidur pulas. Masa ni sedih aku ni tak
terkata dah.
Rasa nak terbang balik
dan menyorok dalam pelukan ma dan pa. Baik
aku dengar lawak sengal Aryan daripada dok terbayang-bayang perbualan Ayie dan
Khai tadi.
Ayie tu kata je tak, tapi
nampa k ye. Sesekali nampa k dia main-main tapi dengan Khai tadi
kemain serius. Aku tarik Samsun g Note II daripada
dalam poket. Nombor mama aku terus
dail. Biarlah berapa pun bil, aku dah
tak kisah.
“Arya?”
Hampir sepuluh minit
barulah aku dapat cakap dengan mama.
Talian macam busy je. Itu suara
mama menyapa. Aku dah ketap bibir nak
menangis.
“Aryana?” panggil mama lagi.
Aku terus mengalirkan
airmata. “Ma…”
Talian sepi. “Pukul berapa kat sana tak tidur lagi?
“12.00 tengah malam
kot? Ma buat apa?”
“Tak ada buat apa. Duduk-duduk je. Pa tak ada.
Dekat office. Kat sini dah siang. Arya tak apa-apa ke? Kenapa suara lain macam je?” soal mama.
Aku tahan hati. Memang aku dah menangis.
“Arya okey je tapi Arya
rasa Arya tak boleh nak duduk sinilah, ma.
Tak sesuai. Daripada budaya,
makanan…” Dan oran g sekeliling. Itu hati aku sambung sendiri.
Mama ketawa. Jelas je suara mama bagai dia ada di sisi.
“Arya kena kuat. Nak ubah oran g kita kena kukuh. Kena ada tiang yang
memang menjadi teras dalam hubungan tu…”
Aku kerutkan dahi. Tubuh aku tegak. Apa maksud mama ni? Tak mungkinlah ma dengan pa...
Ohmai...
“Dah kenapa mama cakap
macam tu?” Aku lap airmata di pipi.
“Maafkan ma dengan pa,
Arya tapi sejujurnya ma dengan pa dah tahu tentang Ayie.”
Kata-kata mama buat
macam langit runtuh menimpa bumbung hotel.
Terus retak bangunan ni dan sikit lagi nak hempap kepala aku.
Ma? Pa? Tahu? Tapi buat-buat tak tahu?
“Apa maksud mama?”
“Mama dan papa mertua
Arya dah beritahu kami sebelum korang bern ikah
lagi. Ma dengan pa cakap Ayie bukan
macam tu tapi Zaf dengan Resa sangat risau Ayie makin jauh.
Sementara dia masih boleh diubati ni, kita ubat dia…”
“Dan ubat dia adalah
Arya?” soal aku pada mama. Dah garang sikit.
Mama terdiam.
“Sampai hati mama
eh?”
“Aryana, bukan macam
tu…”
“Habis tu macam
mana?”
Ohmai, aku rasa nak
melolong masa ni jugak. Rasa nak terbang
naik katil dan pijak Ayie bagi kecil balik.
Sumbat balik dalam peru t
mama dia dan biar dia lahir suci murni semula.
“Ayie ada reason dia, kan ? Arya kenalah percayakan Ayie. Kami pun percaya, macam mana Arya sebagai
seorang isteri tak nak percayakan suami sendiri?” soal mama lembut.
Mama tak lihat, tapi
Arya lihat. Hati aku berbicara
sendiri.
“Aryana… hubungan
perkahwinan ni bukan terletak pada hubungan lahiriah dan batiniah
semata-mata. Ayie dan Arya ada
tanggungjawab masing-masing dalam memberi nafkah zahir dan batin dan itu
dituntut agama. Tapi, kita sering lupa… Allah tak beri hubungan kita setakat tu
je tapi Dia akan anugerahkan hubungan hati juga. Percaya pada hati sendiri dan kalau rasa hati
tu dah pandai belot, serah pada Allah.
Biar Allah pandu Arya ke jalan yang betul. Berbicara dengan Allah, tanya Dia moga Dia
berikan jawapan yang mana haq dan yang mana bathil. Ini sebenarnya hubungan yang sedang Arya bina
ni. Jangan sebab Ayie lebih muda
daripada Arya, Arya rasa dia memang layak kena smash je kalau silap. You too, Aryana. Tilik diri dan kata pada diri, aku kuat sebab
tu Allah jodohkan aku dengan dia,” pesan mama panjang lebat.
Aku berpaling dan
memandang Ayie. Lama. Jatuh kasih jatuh hati dan jatuh daripada
langit jugak aku rasa bila muncul budak ni dalam hidup aku. Terus huru-hara.
“Faham apa ma nak
sampaikan ni?” tanya mama bila aku
mendiamkan diri.
Aku angguk dan airmata
aku jatuh setitis.
“Arya minta maaf, ma,”
pinta aku.
Aku tahu mama tengah
senyum. “Dahlah. Pergi tidur.
Arya dah matang. Gunakan
kematangan. Jangan turut memberontak. Tak ke mana.
Lagi satu, mama bangga dengan Arya.
Biarpun dah tahu Ayie tu mungkin songsang, tapi tetap tak bagitahu ma
dengan pa. Jaga maruah dia dan keluarga
dia,” puji mama.
Itulah pesanan terakhir
mama sebelum talian mati. Aku letak
telefon bimbit di atas meja dan terus bangkit.
Sehelai demi sehelai pakaian aku buka.
Hanya tinggal spaghetti je.
Sendat mengikut bentuk badan.
Aku sarung seluar
aerobick dan terus aku duduk di birai katil.
Dulu rasa tak selamat tapi sekarang rasanya Ayie tak mungkin apa-apakan
aku memandangkan dia pun tak ada rasa pada perempuan.
Selama ni rupanya hanya
aku yang berdebar dengan dia dan dia memang tak ada rasa. Sebab tu suka-suka dia je tarik aku dalam
pelukan dia. Aku rebahkan tubuh. Malas nak tarik selimut. Tak sejuk pun bila Ayie awal-awal dah
hidupkan pemanas haba.
“Telefon siapa tadi?” soal Ayie.
Tiba-tiba.
Suka tiba-tiba.
Buat jantung aku
melompat tiba-tiba dan aku sendiri pun hampir tergolek jatuh ke bawah kalau dia
tak tarik tangan aku yang memang separuh tubuh dah melepasi katil.
“Ma,” jawab aku.
Masa ni sebelah tangan
Ayie menghidupkan lampu di kiri katil.
Sebelah tempat dia tidur. Terus
dia tarik aku laju dan mata itu merenung aku tak lepas bila aku tepat bersila di
depan dia. Dekat sampaikan lutut pun
bersentuhan.
Aku dah telan
liur. Daripada cara Ayie pandang tu aku
dah tahu yang dia memang dah dengar perbualan aku dengan mama.
Mati aku.
“Err… saja tanya
khabar,” beritahu aku biarpun Ayie tak tanya.
Kejap lagi kena smash
sia-sia je.
“Ayie tak tanya pun,”
selar dia.
Huh, kan aku dah cakap memang kena punya. Aku tayang muka selamba. Dengan pakaian sekecil alam ni berdepan
dengan dia. Terdedah bahagian atas dada
yang putih dan menampakkan urat kehijauan.
Kepala aku ligat
memikirkan kata-kata mama tadi. Kalau
mama yakin, kenapa aku nak goyah? Kalau
dari awal aku berlatih, kenapa dah turun ke perlawanan yang sebetulnya aku nak tarik diri dan bagi
pihak lawan menang tanpa bertanding?
“Kenapa pakai macam
ni?” Pertanyaan Ayie buat aku memandang
dia semula.
Aku tilik tubuh
sendiri. Ini dah dikira sopan ni. Seluar panjang dan memang ini cara aku pakai
masa tidur kat bilik sendiri pun. Cuma sejak
kahwin fesyen pakaian tidur dah berubah.
“Saja…” Aku menjawab
sambil rebahkan semula tubuh dan aku tarik gebar sampai ke paras pinggang.
“Pakai T, please. Musim luruh ni kalau demam teruk, tau
tak?” suruh dia.
Copy paste ayat aku
tu.
“Jangan kopipasta ayat oran glah…”
Dahi Ayie
berkerut. “Kopipasta? Bahasa apa tu?”
Jelas di riak wajah dia
memang tak faham. Budak-budak zaman sekarang
mana reti bahasa rosa k macam aku guna tu. Kalau dia tak bagi aku faham apa maksud
bahasa Jerman dia tu, aku pun malas nak bagitahu.
“Bahasa Sanskrit,”
selamba aku membidas.
Ayie mengulum senyum
tapi tak lama bila aku tolak gebar tebal ni sampai ke kaki. Panas… panas.
Membara dalam dada aku ni.
“Arya, please… pakai
T. Mana baju, Ayie ambil,” pelawa
diri.
Rajin tak
bertempat. Aku dah mengantuk letih
ni. Dia nak main-main pulak.
“Jangan risaulah…,”
ujar aku bila dia tak lepas merenung aku.
“Ayie kan dah buka pemanas bilik. Tak sejuk pun. Lainlah Ayie nak halau Arya tidur dekat luar,
barulah Arya pakai baju panas tu,” sinis aku lalu aku pejamkan mata.
“Kenapa Arya buat Ayie
macam ni?” Aku dengar keluhan berat
Ayie.
Heh, siapa buat siapa
okey? Awak buat saya, awak tanya kenapa
saya buat awak pulak? Mendongkol
jugaklah hati aku menahan gera m.
Malas dah nak bersuara,
aku terus pejamkan mata. Aku paksa juga
mata aku pejam dan akhirnya, aku terlena begitu saja. Entah bila dan yang aku tahu ada Ayie di sisi
cumanya dia dah sedikit menjauh tak seperti malam-malam sebelumnya.
SUBUH.
Bilik terasa hangat dan
nyaman. Malah rasa ada renik peluh
membuatkan aku tolak gebar sampai ke kaki biarpun aku pakai fesyen tak cukup
kain.
Terngiang-ngiang suara
mama malam tadi. Betul apa yang mama
katakan. Aku kena yakin.
Aku kena selamatnya Ayie.
Tekad!
Khai pun aku dah
jumpa. Aku dah tahu setakat mana dia dan
setakat mana Ayie biarpun aku tetap rasa Ayie ni ada berselindung daripada aku
tentang siapa Khai pada dia. Tak
mungkinlah setakat kawan. Cakap
membiasakan nama, kalah aku.
Geli okey...
Aku luruskan tubuh yang
sejak semalam mengiring ke kan an. Bila aku kerling ke sebelah kiri, Ayie tak
ada di situ. Aku angkat tubuh dan terus
melilau mencari kelibat Ayie. Awal betul
bangun tapi tak ada pulak aku dengar bunyi air dalam bilik air?
Bila aku intai ke sana sedikit, aku nampa k dia terlena di atas sofa di depan ruang
menonton. Dah kenapa dia tidur kat
situ? Aku heret kaki turun dan terus
berjalan pada dia. Tubuh aku membongkok
sedikit hendak mengejutkan dia. Tak
hirau dah akan bahagian tubuh yang masih dan mungkin terdedah.
“Ayie,” seru aku
lembut.
“Ayie,” panggil aku
lagi bila tiada sahutan.
Dia kejap memeluk tubuh
dia dan berselubung penuh. Siap dengan
jaket panas segala. Aku tengok pun rasa
nak berpeluh dah. Serius aku rasa dia ni
terkena demam ke apa sampai suhu yang agak okeylah… tak sejuk sampai dia nak
berbungkus macam ni.
“Ayie demam eh?” Aku sentuh dahi dia tapi suhu dia normal
je. Macam aku jugak.
“Ayie,” seru aku sekali
lagi.
Dia buka mata perlahan-lahan tapi lepas tu terbuntang
luas memandang aku. Tak sedar, tindakan refleks
dia... dia tertolak aku ke belakang membuatkan aku jatuh terduduk di atas
permaidani. Rasa nak patah tula ng punggung.
Wajah aku
menyeringai. “Kenapa Ayie tolak
Arya?” tanya aku tak puas hati sambil
menggosok bahagian yang aku rasa sakit ni.
Dia telan liur. “Ma… maaf.
Tak sengaja,” ucap dia lalu dia zipkan lagi baju panas dia hingga ke
leher.
“Dah kenapa pakai baju panas segala ni? Arya mati-mati ingat Ayie demam. Dah tu pulak, kenapa nak tidur kat sofa. Katil tu tak cukup besar ke apa?” soal aku menyindir.
Masa ni aku dah bangkit
dan berdiri bercekak pinggang di depan Ayie.
Pertama kali aku nampak Ayie menikus di depan aku. Serius nampak comel tapi nampak jengkel
jugak. Apa masalah budak ni pagi ni?
“Dah kenapa Ayie
ni? Pucat je. Nampak hantu eh?” duga aku serius.
Aku duduk mencangkung
di depan dia. Pipi dia aku sentuh
sedikit. Serius sejuk macam air
batu. Dingin tak hengat padahal bilik
terasa kian suam.
Menggeletar jari-jemari
dia.
“Ayie kenapa
sebenarnya?” soal aku sekali lagi.
“Jangan buat Arya
risau, okey…” Aku dah masuk mood
memujuk.
Macam pujuk adik
tu. Nak belikan lollipop kedai tak bukak
lagi. Jangan dia menangis kat sini
sudah. Aku telefon mak bapak dia
nanti.
Bibir Ayie
bergetar. Tapi sepatah haram pun tak
terkeluar daripada mulut dia. Dia
pandang aku atas bawah dan bawah ke atas.
Kemudian dia tarik gebar dan menutup kepala dia.
Terkejut aku.
Terus terdorong ke
belakang.
“Ayie kenapa?” sergah aku.
“Dah Subuh, kan? Arya guna bilik air dulu. Nanti Ayie nak pakai pulak,” ujarnya.
Aku melepaskan
keluhan. Bibir aku tersenyum. Eleh, ingat aku ni budak kecik ke nak hadam
apa yang sedang bermain dalam kepala dia.
Bak kata mama, dia umur je muda tapi dia suami.
Aku bangkit dan senyum
menyenget. Fasa pertama dah berjaya
nampaknya dan aku rasa ini adalah salah satu cara perubatan yang agak berkesan
pada emosi dia. Boleh aku cuba lagi lain-lain kali.
“Jangan tidur eh? Kalau nak tidur jugak dan kalau sejuk sangat
kejap lagi Arya peluk Ayie,” seloroh aku dan aku tahu Ayie dah tergolek jatuh
ke bawah daripada atas sofa tu.
Aku tutup daun pintu
bilik air dan aku gelak bisu hingga tubuh aku hampir nak tergolek-golek
dah. Serius lucu dengan Ayie. Dan aku yakin, ada jalan terang untuk
kami.
“Yeah... I’ll show you
the light, ayang...”
~> bersambung
hambik ko ayie...ha..tergoda abis dh tu
ReplyDeleteyeahhh...go baby go....u can show him the light....
ReplyDeletenk lagi....
ReplyDeletehehe.. cute arya..
ReplyDeleteLELAKI Normal jugak kau, Ayie. hehehe.
ReplyDelete"ayang,pls wake up"....
ReplyDeletecaya la arya u can do it
masa ni ayie mmg nampak comel...
ReplyDeletei like...i like... chaiyok arya. goda ayie abis-abisan. biar dia melutut di kaki ;-)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehahaha...ayie betul normal..tp dia mcm fobia dgn perempuan
ReplyDeletemmg best......bc smbl senyum sorang2....muahhhhh....the best la RM....
ReplyDeleteSong for Ayie from Arya...
ReplyDeleteBaby, when the lights go out
Every single word could not express
The love and tenderness
I'll show you what it's all about
Babe, I swear you will succumb to me
So, baby, come to me when the lights go out
hihihihi....
I like the "succumb" part.. Hope it will be forever and everlasting..
DeleteI like the "succumb" part.. Hope it will be forever and everlasting..
DeleteHa ambik kau ayie..dah tak tahan daulat... penangan arya.
ReplyDeleteNak lg.
hamboi kemain sampai berselubung habis.hebat arya! haha
ReplyDeletetersenyum...dan terus mengharap...really like it...
ReplyDeleteTak sabar nak beli versi cetak la, bila nak bukukn?
ReplyDeleteYeah,aja2 fighting arya..(sambil sengih sampai ke telinga)hehe.
ReplyDeletehehehe yess nah ko, mengeletar ayie tgk arya tu baru sikit je tu...
ReplyDeletehikhikhik..x gaynya budak ni..smpai gtu skali cra nak jga hati Arya yek...ko suami la Ayie
ReplyDeleteayie normal la. confirmed x bengkok! hahaha.... cuma dia xreti dgn girl yg bukan halal untuk dia. hahaha... pandai2 jer. LOL! apa pn, chaiyok Arya!!! teruskan to nx phase utk goda Ayie!
ReplyDeleteAmboi Arya pandai ya nak kenakan Ayie... dibuatnya Ayie dah normal mahu lintang pukang nak lari..... hehehe...
ReplyDeletebtl3.....mau satu blk maen kjr2...haha.btw,ayie cute sgt mcm tu.....hahaha
DeleteSuke...suke...suke...dh x de kerja couple nih. Arya sakat Ayie, jap lagi Ayie sakat Arya smula
ReplyDeleteHahahah, cayalah Arya.
ReplyDeleteteruskan usahamu.
Goda..jangan tak goda arya...show him the light..bukan malap punya light kasi spotlight terus..hehehehe....good job lah arya...
ReplyDeleteEL
Arya bgi therapi mental kt Ayie....huhuhu..◑▂◐
ReplyDeletemlm ni hrp ada la next n3 ek..
ReplyDeletenak lagiiii hehehe
ReplyDeletehow sweet???...ckp MAN tp ada timenye mcm BABY...giler cute.
ReplyDeletehahaha lwk sungguh la ayie ni,.
ReplyDeleteAyei bukan gay pun. Semua org salah paham, Ayei pun nakal saja beteka-teki dgn semua org. Go Baby go mulakan langkah nak goda Ayang. Heheheheehe
ReplyDeleteini..MAN lah....tapi versi suci..teruskan usaha..
ReplyDeleteprojek pikat suami..teruskan usahalah...kami tolong ketawa....tq RM...
superb...ternanti-nanti...nak buat keje lain tergendala....alahai
ReplyDeleteMaybe Arya pun tak sangka Ayie akan sampai berkelubung bagai. Baru yg sikit2 aja, belum yg penuh lagi.. Confirmed Ayie ni suci dan innocent lg..
ReplyDeletehahhaa...isteri goda suami pulak... :-)
ReplyDeletemuahaha,,, ayie dh tergpda..
ReplyDeletehahaha..lawak lah ayie sampai pucat gitu!
ReplyDeletearya teruskan usaha! =)
next n3 plz? mlm ni? plz3 tk leh wat kje lain ni...
ReplyDeleteHaha..menggeletar badan dan pucat lesi muka....
ReplyDeleteBest........ bes
ReplyDeleteNk lg rm
np tah bila tingat ayie ni mesti terbayang JONGHYUN CNBLUE...sgt sweet :)
ReplyDeletebaru ayie tau penangan Arya.....go go...aja aja fighting.....pasti Ayie kecundang nanti....hehehehe
ReplyDeleteCiter nak makin hangat nie...bila nak wat dlm versi cetak ye? Leh sakit jantung la nak tunggu next n3...good job n ciayok....fighting!
ReplyDeleteamekaw....xmenahan si ayie nih..muehehe..gambate RM..heh
ReplyDeletehaha..hambek ayie..tu baru spagetti.. moga arya betul2 membawa cahaya dlm hidup ayie..
ReplyDeletekakaka...tapi x paham istilah spagetti tu -.-' *xkisahsebabxmasukexam :p*
ReplyDeletespaghetti strap...baju yg tali halus ....
ReplyDeletearya...pakai nightgown pulak ye...biar terjojol mata ayie...hehehe
Hehehe....ayie takut terterkam arya haha
ReplyDelete