KAMI berdua menaiki bas
di depan hotel untuk menuju ke tempat
pelancongan di sekitar Bandar Berlin.
Aku memang tak tahu. Ikut jelah
Ayie ni. Kalau kata duduk tepi tembok,
di situlah aku. Kalau kata dia lepak
tepi tasik, kat situ jugaklah aku. kalau
kata dia terjun gaung, itu aku tengok jelah.
Tak kan nak ikut terjun. Bunuh
diri namanya.
Perjalanan
tak adalah lama. Naik bas depan di
Lützowplatz Straße
melalui Straße Des 17, kami akhirnya tiba
di destinasi hanya dalam tujuh minit lebih.
Tak jauh pun. Tapi, kalau jalan
kaki boleh bengkok jugak kaki ni dalam jarak hampir tiga kilometer tu.
“Dah sampai.” Ayie tarik tangan aku turun daripada
bas.
Aku pandang dia. “Sini ke?”
Dia angguk. “Kita jalan sikit. Depan tu dah sampai.”
Kami sama-sama menapak. Tangan aku dilepaskan dan apa yang aku
perasan, lepas malam tadi dia tak mengendeng sangat dah. Tak ada nak mengada dah atau secara tepatnya
dia nampak nak jauhkan diri daripada aku.
“Tempat apa ni?” Aku beria-ia belek map Bandar Berlin yang aku
dapat daripada lobby hotel tadi tapi Ayie dah suruh aku simpan.
“Ni haa…” Dia tekan sisi kepala dia.
“Map ada kat sini. Biar Ayie jadi tour guide Arya. Kalau nak tahu kita sekarang kat tempat
paling bersejarah di Berlin ni. Tempat
ni nama dia Reichstaq. Dan depan kita ni
adalah Reichstaq Building.”
Aku pandang bangunan tersergam
indah depan aku ni. Okey, sebuah
bangunan yang sangat besar dan mudah aku gambarkan bangunan ni macam bangunan
sekolah Gurukul dalam cerita Hindi, tajuk Mohabbatien tu. Kalau kat Malaysia nampak macam bangunan
Sultan Abdul Samad tapi itu di tengah kota tapi ini di tengah padang yang
menghijau.
Sangat menenangkan hati dan
pandangan mata kalau kami di musim bunga atau musim panas ni. Kami masuk melepasi pagar. Apa yang aku perasankan rumput hijau dia tak
berapa hijau sangat. Boleh jadi sebab
musim luruh tapi orang tetap ramai berkunjung.
“Cantik bangunan dia. Nampak macam Dataran Merdeka, kan?” Aku sengih.
Ayie angguk. “Kalau rindu Malaysia, datang sini rasa lepak
dekat dataran,” ujar dia.
Aku senyum. Kami sama-sama berjalan dan terus berjalan
sampai di betul-betul di depan bangunan.
Aku dongakkan kepala. Menadah
wajah ke langit. Tertera tulisan pada
mercu tanda bangunan tersebut.
“Dem Deutschen Volke.” Perlahan aku menuturkannya entah betul atau
tidak pronouncing aku tu. Heh…
Aku kerling Ayie. Dia senyum.
“Kalau Arya nak tahu, maksud dia
To The Germany People. Lebih kurang
macam dedication oleh pengasas dia la.
Ayie tak tahu sangat pasal sejarah German ni. Yalah, datang sini belajar lain. Setakat baca-baca flyers tu bolehlah
tahu. Bangunan di dibuka pada 1894 tak
silap Ayie dan kalau Arya nak tahu lebih, sila baca ni…” Ayie layangkan sehelai kertas di depan
aku.
Aku mencemik dan dia sengih. “Malas nak terangkan. Baca jelah mudah. Tapi ni bangunan paling tualah. Dibina oleh Paul Wallot. Siapa tu Ayie tak kenallah. Dikira macam bangunan parlimen pada masa
tu. Ini dah tak dikira kurang sikit
originality dia. Dah diubah ni sebab
lama, kan? Tapi, kayu rasuk, kerangka
dia, tiang…”
Masa ni Ayie dan melilau mata dia
ke atas bawah dan kiri kanan bangunan sebelum memandang aku. Tipikal budak engine kalau melawat
bangunan. Nak-nak civil engine.
“… masih yang asli ni. Nak masuk dalam, tengok ada kubah kaca
tau…” Mata Ayie bersinar galak mengajak
aku.
Aku menggeleng. “Nak duduk kejap. Letih jalan.”
AKu sengih sambil mengurut betis
dan kami terus berlabuh duduk depan bangunan.
Atas rumput je memasang sila.
Rumput yang juga dah nampak menguning seperti warna bangunan.
“Dalam tahun 1980-an kan, dengar
kata megastars macam David
Bowie, Pink Floyd dan Michael Jackson ada buat konsert di halaman Reichstag ni,
tau. Wow, I wished I was there at that
time.” Dia sengih teruja.
Dia menunjukkan seluruh
halaman yang lapang ni. Ada ke macam
tu. Nampak sangat dia minat muzik
oldies.
“Ya… ya… dah cukuplah
tu penerangan Encik Tour Guide. Ni nak
tanya, Ayie minat muzik oldies eh?
Evergreen gitu?” Aku siku dia
sikit.
Dia angguk. “Macam tu jelah. Suka dengar muzik tapi ma dengan pa cakap,
baik dengar orang mengaji lagi tenang hati.
So, Ayie sekarang ubah lah minat kepada yang lebih baik. Minat dengan bacaan Syeikh Misyari Rashid
Al-Afasi. Dengar bacaan dia boleh buat
Ayie tenang dan kemerduan suara dia menjadikan ayat-ayat suci Al-Quran tu
melekap dalam kepala. Ma dengan pa kata,
kalau nak belajar menghafal, dengar alunan yang indah-indah. Mudah meresap ke jiwa.”
Aku terkedu.
Pertama kali ni.
Memang pertama kali dia
berbicara tentang hal keindahan agama dengan aku. Kalau dia begitu mengerti tentang agama,
masakan dia boleh buat perkara tak elok?
Atau sekadar belajar tapi tak diamalkan?
Tak menjadi jugak. Macam pokok rendang
tapi tak berbuah.
Kalau aku cakap dekat
Ayie mesti dia akan membalas.
Aku lempar pandangan ke
tengah padang. Ada beberapa orang
kanak-kanak sedang berlari-lari, bermain kejar mengejar dalam cuaca yang agak
dingin sedikit.
“Jangan jadi macam
pokok yang rendang tapi tak berbuah...”
Dia ketawa kecil. “Kenapa?
Tak ada buah pun tak apa. Janji rendang
dan memberi tempat berteduh pada orang. Tu
kira berbakti jugak tu...”
Huh, kan aku dah
cakap. Dia memang ada je buah fikiran
nak menyangkal peribahasa aku tu.
“Ayie tahu segalanya
tentang agama,” ujar aku.
“Tahu tapi masih banyak
kena belajar…”
“Antaranya?”
“Mencintai mengikut
apa yang telah agama tetapkan,” jawab
dia lembut bersama senyuman mengkar.
Aku ketap bibir. Apa maksud dia? Pelbagai soalan muncul dalam kepala aku
ni. Khai lebih-lebih lagi.
“Apa maksud Ayie dengan
bercinta seperti yang telah agama tetapkan?”
Ayie pandang aku dengan
hujung mata sebelum dia kembali melemparkan jauh pandangan dia ke depan. Lagak macam memikirkan masa depan la tu.
“Macam kita. Dah sah, baru belajar bercinta...” Ayie
menjawab tenang.
Aku mengangguk. Sangat betul kata-kata dia. Macam kami sekarang tapi kami ni lebih hebat
terduga sekarang. Tinggal nak galas atau
nak hempas ke bawah je beban tu.
“Ayie tak reti
bercinta?”
Dia senyum. “Arya ajarkan boleh?”
Mata Ayie aku
pandang. Rasa basah sikit kelopak mata
aku. Macam manalah aku nak ajar dia
kalau dia sendiri tak mahu menerima ajaran.
“Sejujurnya, Arya tak
pernah bercinta jugak. Selama hidup dua
puluh sembilan tahun ni, hidup Arya ada keluarga je. Lepas tu kerja. Yang lain Arya tak pentingkan sangat. Lebih baik Arya berbakti pada keluarga dan
juga akhirat…”
“Tak rasa sepi?” giat Ayie.
Aku senyum dan
menggeleng. “Hidup Arya sangat
tenang. Sepi tu biasalah kalau umur dah
meningkat. Tapi sejak daripada dulu pun
Arya memang kurang kawan. Mungkin pa
dengan ma hantar Arya sekolah biasa.
Jadinya bila orang tahu Arya ni cucu pada Tan Sri dan pa tu adalah ahli
korporat berjaya dengan Malaysia, diorang macam jauhkan diri. Kalau ada pun, mesti yang jenis nak ambil
kesempatan…”
“Macam yang Aryan
selalu kena?” soal Ayie mencantas.
Aku angguk. Teringat kata-kata Aryan dulu. Dia dan Ayie rapat. Bila Ayie ke Jerman pun diorang masih
rapat. Sampai sekarang semakin
rapat.
Aku ketawa kecil dan
angguk. “Kesian kan kami…”
“Same goes to me,
Arya,” balas Ayie lembut.
Dia melunjurkan kaki
dia dan mencondongkan tubuhnya ke belakang setelah dia memastikan tangannya selesa
menopang tubuh sendiri.
“Sebab tu Ayie tak suka
perempuan? Salah satu sebab dia,
perempuan ni suka merajuk? Macam tu? Lepas tu ada yang suka pandang Ayie sebab
harga dan rupa?”
Topik kali ini dah menjurus
ke arah yang lebih serius.
“Itu alasan je,
Aryana…”
Dup… jantung aku luruh
lagi sekali ke kaki. Cepat-cepat aku
kutip dan tempek semula ke dalam dada.
“Maksud Ayie?” Seboleh-bolehnya aku cuba bertenang.
Ingat pesan mama,
Aryana. Ingat harapan ma dengan papa
mertua kau tu. Ingat janji kau dan yakin
dengan Allah.
“Arya mesti nak kaitkan
ini dengan Khai, kan?”
Aku tidak memberi reaksi
langsung. Ayie memang dapat baca fikiran
aku dengan mudah.
“Khai tu baik,
Arya. Cuma dia tersesat sikit. Ayie dah cuba bantu dia tapi tak sangka dia
ada hati dekat Ayie. Sejujurnya Ayie
memang tak ada rasa pada dia. Macam mana
ya nak buat dia faham?” tanya Ayie lebih
pada diri dia sendiri.
Heh, manalah aku
tahu. Aku pun tengah kusut masai dah
otak ni.
“Yang gambar tu apa
penjelasan Ayie? Apa yang Ayie beritahu ma dengan pa Ayie tentang
gambar tu sampai diorang paksa Ayie kahwin dengan Arya?”
“Oh no, baby…” Ayie menggoyangkan jari telunjuk dia di depan
aku.
“Paksa tu is a mean
word. Tak sesuai gunakan perkataan paksa
tu dalam perkahwinan kita. Kalaulah Arya
ada tablet ke laptop ke, boleh ke cybercafé ke… untuk translate ayat Ayie beberapa
hari lepas, pasti Arya tak guna perkataan paksa tu, kan?” tanya dia.
Aku kerutkan
kening. “Arya tak bawa gadjet. Note ni pun macam tak boleh nak roaming
internet. Apa maksud dia? Kan mudah Ayie cakap jelas dan nyata.”
Ayie sengih lagi.
Killer grin.
Dah lama tak nampak.
Aku telan liur.
“Tak thrill la kalau
Ayie bagitahu maksud dia. Arya usaha la
sikit nanti. Ada peluang nanti, pergi
google eh. Berbalik pada Khai tadi dan
perkahwinan kita tu dan juga gambar tu.
Itu memang gambar Ayie dengan Khai.
Ada la tu siapa ambik gambar.
Yang Khai ni memang kaki tidur lasak punya. Sesiapa pun dalam rumah tu kalau terlena
sebelah dia memang macam dalam gambar tu lah jadinya. Cumanya Ayie tak sangka, gambar tu terbang
jauh ke Malaysia. Tepat dalam peti pos
rumah keluarga Ayie…,” cerita dia tenang.
Aku yang mendengar pula
rasa kalut. Sampai tahap tu ke ada orang
nak pedajal dia. Tambah pulak ma dengan
pa mertua aku tu sangat polos dan baik orangnya. Mestilah dia fikir bukan-bukan pada anak yang
jauh di perantauan.
“Habis tu yang ayat
Ayie berbelit kejap macam orang gay kejap macam tak…” Aku tekup mulut seketika sebelum bersuara
lagi.
“Okey maaf. Perkataan tu macam kasar sikit.”
Dia gelak. “Gay eh?
Kenapa cakap Ayie gay?”
Ayie tarik kaki dia
sampai rapat ke dada. Ditongkatnya siku
atas kepala lutut dia dan merenung aku yang dah terkebil-kebil sendiri.
“Bukan eh?” Soalan itu kedengaran polos daripada bibir
aku.
“Sebab gambar tu
ke? It proof nothing. Nanti kita siasat siapa tangkap gambar tu eh
dan kenapa? Apa tujuan dia...”
Aku angguk laju. Bila lagi nak jadi Sherlock Holmes.
“Ayie bukan gay ke? Dah tu kalau betul bukan, kenapa cakap tak
ada rasa pada perempuan? Dan ayat apa
yang Ayie nak cakap pada Arya malam mula-mula kita sampai masa Khai ketuk pintu
bilik tu?”
“Sebelum tu, Ayie nak
tanya satu soalan boleh?”
Huh…. Aku
mengeluh. Siapa tanya siapa dulu
ni? Aku yang tanya dia dulu. jawablah.
Ini dia pulak nak aku menjawab dulu.
“Arya tanya Ayie
dulu…” Suara aku dah sedikit keras.
“Melawan…
melawan…” Dia menegur.
“Melawan suami tak
baik. Berdosa tau. Kan mama Arya pesan, muda ke tua ingat
kedudukan Ayie dalam diri Arya,” pesan dia menokok tambah.
Huh, tahu pulak apa
yang mama aku pesan pada aku.
Entah-entah mama pun belot.
“Yalah…”
Ayie sengih. Eleh, nak kata dia menanglah tu lawan dengan
aku.
“Yang semalam tidur
pakai baju strap macam tu je, kenapa?
Dengan seluar macam tu, spaghetti melekap dekat tubuh… Arya kenapa?”
Bibir Ayie koyak dengan senyuman.
“Eh, kenapa apa
pulak? Memang Arya tidur kat rumah pakai
macam tu.”
“Sejak kahwin ni tak
ada pun. Tiap-tiap malam pakai baju
lengan panjang je. Mujur tak pakai
tudung je tidur. Mimpi eh semalam
tu?” usik Ayie.
Aku dah tahu apa yang
tersirat dan bersarang dalam kepala Ayie ni.
Dia sengih tak lepas.
“Semalam panas…”
“Panas tapi tidur
berbungkus?”
Aku diam mengetap
bibir. Kepala ligat mengingatkan
peristiwa pagi tadi. Ayie juga
berbungkus. Padahal tak sejuk mana.
Aku sengih jugak.
Killer grin aku
pulak.
Ayie aku lihat menelan
liur.
“Yang Ayie tu kenapa
tidur berbungkus kemain. Berbaju panas,
berlapis-lapis bagai. Nak kata demam tak
pun…”
Giliran Ayie pulak
menelan liur dan terkebil-kebil.
“Ayie… Ayie…”
“Salji masuk dalam
bilik eh?” Jari telunjuk aku bergoyang
di depan dia.
Ayie pantas
mencapainya. “Ayie gemuruh la. Memang Ayie ada darah gemuruh. Nak-nak dengan perempuan…”
Tubuh aku tegak. Kata-kata dia hari ni dah tak macam kata-kata
dia sebelum ni. Dah berubah statement
budak ni.
“Eh, Ayie cakap Ayie
tak ada rasa dengan perempuan?”
Dia sengih. “Dengan perempuan tak halal. Memang tak ada rasa…”
Aku telan liur. Aku ini halal. Boleh jadi Ayie berpakaian macam tu semalam
sebab nak elak daripada aku eh?
“Err… maksud Ayie tu
Ayie…”
“Dengan depan mata ni
ada rasa…”
Serta-merta tubuh aku mengeras
dengan sendiri.
Kaku.
Kejung.
Kejang.
“Err… err…” Aku kehilangan kata.
Tak tahu dah nak cakap
apa.
“Tak percayalah... Ayie
bukan suka Arya pun...,” bantah aku cuba meredakan ketegangan.
“Try me tonight kalau Arya
tak percaya yang Ayie ni bukan gay,” bisik dia lalu dia berlari ke tengah
padang dengan mendepangkan tangan siap dengan sound effect.
“Woo… seronoknya hidup,”
jerit Ayie sambil terus berlari macam kapal terbang di tengah padang sana.
Aku tepuk dahi. Menggeleng kesal. Baru aku tahu aku kahwin dengan seorang
lelaki matang yang memang masih ada sikap keanak-anakan tu.
Dia terus ketawa dan
ketawa. “Gott sei Dank, ich habe Sie,”
laung Ayie hinggakan pengunjung yang lain pun dah memandang dia.
Lama-lama aku pun boleh jadi pekak dan bisu
sebab tak faham apa yang dia cakap. Tak
banggakan bahasa ibunda langsung budak Ayie ni
~> bersambung
RM : hehh... translate sendiri la... hehhh.. sesapa tahu sila tulis dekat komen... kita share2.. RM tak mo share..LOL (doakan RM boleh tidur malam neh... hehhh.. kalau tak tido jugak rasanya RM ni dari planet Oblivion.. erkkk..kidding ).. do comment and happy reading. Selamat menjelalah Berlin eh...
RM : hehh... translate sendiri la... hehhh.. sesapa tahu sila tulis dekat komen... kita share2.. RM tak mo share..LOL (doakan RM boleh tidur malam neh... hehhh.. kalau tak tido jugak rasanya RM ni dari planet Oblivion.. erkkk..kidding ).. do comment and happy reading. Selamat menjelalah Berlin eh...
Best.
ReplyDeletehehehe...1st time jd yg pertama...
ReplyDelete"terima kasih...saya adalah mereka" betul tak akak translate
errr??? try him... haha
ReplyDeletesangat best... hoho..
ReplyDeletesanggup bukak google traslate semata2 nak traslate.. hehehe
tahniah cik writer
senyum...sengih .. nak ketawa tapi nanti org sebelah cakap sy gila plak.
ReplyDeletehu hu hu... macam berteka-teki je ni si Ayie >,< nak cari tau kat google translate sje kak RM :D :-p hehehehe cepat sambung yee...!! ;)
ReplyDeletebest best.....
ReplyDeleteThanks god
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya mempunyai mereka.. betui ka rehan makhtar?
ReplyDeleteAlhamdulillah..ayie mmg normal n dia ada rasa pada arya. Thanks God, I got her..(pakcik google yg translate kan)
ReplyDeletealhamdullilah saya mempunyai....
ReplyDeletebetul ke cikgu???
syabas dik RM
ayie nk ckp "Thanks God, I have u" ke?
ReplyDeletealahai tetiba rs ayie sgt sweet...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMaksudnya..Terima kasih Allah, dia milik saya..betul tak RM..
ReplyDeletebestnyaaaaa.......
ReplyDeleteterima kasih Allah.. moga RM boleh tido lena bertemankan bidadari malam...
ReplyDeleteTq RM best... hope bangun sok pagi ada n3 terbaru dari RM lagi heheheh...
ReplyDeleteAlhamdulillah, Aku memiliki kamu?? translator en. google tak tau la tepat ke tak huhuhu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletealhamdulillah...saya ada dia...
ReplyDeletecepat-cepatle aryana google erti bahasa jerman yang ayie cakap tu.....x sabar
ReplyDeleteAlhamdulilah, saya mempunyai ,nak lagi kak hihihi (imah)
ReplyDeletecepat-cepatle aryana google erti bahasa jerman yg ayie cakap tempoh hari dan dijeritkan di padang tu.....
ReplyDeletedah cari pacik google...tp masih keliru lah..teka teki sebesar alam sungguh...n3 lg kak tak puas lg nie
ReplyDeleteBest sesngt
ReplyDeleteTKNAK ESK PAGI, MLM NI JG NAK N3 BR BLH TAK?
ReplyDeleteisk..isk..suka sgt berteka teki si ayie nih...ckp jer lerr...
ReplyDeleteThank God, I have.....
ReplyDeletebest....
ReplyDeleteThank God,i have you
ReplyDeletethanks god, i have her.. am i right?
ReplyDeleteAlaaaa.. Ayie tu cakap je! Kenapa semalam x try? hehehe
ReplyDeletetry je arya...tgk ayie ada bran dak...
ReplyDeleteThank God, I have her? Thanks, akak 4 da new en3
ReplyDeleteThanks Rehan! Byk betol teka teki c Ayie ni
ReplyDeleteKan dah cakap bila Ayie lebih sikit ja Arya dah kejung... tu belum sentuh lagi.... mahu terus beku.... hahaha
ReplyDeleteThank god,i have her.btl tk rm? He.akak siap smpan pintasan laman web utk translate bhsa german to english.:-)
ReplyDeleteGott sei Dank, ich habe Sie=thank Got, i got u
ReplyDeletekak rehan Sie tu untuk awak(org kehormat) du/dich mungkin lebih sesuai..kalau salah mohon betulkan :)
Sie - utk perempuan, inh - lelaki, kalu mr. Google salah saya pun salah
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesie tu sendiri ada 3 cara penggunaan merujuk pd group yg berbeza..sie dgn huruf s kecil merujuk pd she/they..utk Sie huruf s besar utk awk dlm formal conversation
Deletethank god, i have you...
ReplyDeletewahh...
ReplyDeleteterasa ada di Berlin la..
sungguh indah..
hehe good kak rehan!! =)
wowowo...
ReplyDeletebravo Ayie...
so Arya, jgn curiga lg ya.
lepas ni sama2 lah korang jd detektif.
apa ya maksud tu RM?
" Dear God, I love her" ke?
RM,bestttttttttttttttttttttttttttt,next plzzzzzzzzzz.KH
ReplyDeletenk lgi RM. kengkawan dh pun translate mcm2 versi. ok la tu. tpi nape arya kejang lak. smlm berani goda ayie? hihihi
ReplyDeletekesian kt arya, blur je xtau apa ayie ckp.yg masa turun bus pn xtau lgi, ni plk yg kt padang tu..nasib dh da yg tolong translate, klu x, terkebil jgk mcm arya..haha..thanz pd yg tolong trnslate n to u sis
ReplyDeletealahai..mcm mna Arya nak Google Translate..nak tgkap apa yg Ayie ckp pun susa..kita x pe la blh rjuk...ksian Arya..moh kita bca blog ijo ni, bru blh tahu mksd..jom Arya jom
ReplyDeleterasanya si ayie ni baik budaknya..dan keluarga telah menyalah ertikan akan sebuah persahabatan nya dengan khai hanya dengan beberapa keping gambar yg memperlihatkan keintimannya..dan adakah siayie akan melayari malam pertamanya dengan aryan untuk memperlihatkan yg dirinya adalah lelaki yg normal dan apa yg difikirkan oleh mereka mereka adalah silap..
ReplyDeleteAyie ada ada rasa...klu tty mlm nt tu ternyata la tak gay kan.....selamat arya.....
ReplyDeleteich liebe dich Ayie und Arya
ReplyDeleteIch brauche mehr, bitte?
ReplyDeletebest......nk lg rm.
ReplyDeletekasi gempak......
marathon 3 n3 terus. hihihih
ich liebe euch Ayie und Arya.Ihr bleibt in meinem Herz
ReplyDeleteIch erinnere mich an die schoenste Zeit in Deutschland. Ein wunderbares Land.
ReplyDelete