BAB 25
AYIE
dah pergi kuliah. Tinggal aku
sorang-sorang. Nak sembang tak ada
kawan. Adalah jiran yang lain tapi tak
pulak aku jumpa secara berdepan. Macam
mana rupa pun aku tak tahu tapi kata Ayie kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia .
Aku
buka laptop Ayie. Segera aku log in
Skype. Rindu pada mama dan papa serta
Aryan tak terkira lagi. Rasa macam dah
berzaman aku bersanggah di Berlin
bila pelbagai perkara yang terjadi pada aku dan Ayie dalam masa terdekat
ni.
Mata
aku tunak merenung skrin i-Mac milik Ayie.
Tak sabarnya nak tatap wajah-wajah yang aku rindu ni. Nak-nak lepas apa yang terjadi ni, aku
lagilah rindukan ma. Rasa macam banyak
perkara nak diceritakan pada dia. Dari
hari pertama hingga ke saat ini.
Tak
mampu menahan diri, aku senyum lebar.
Kata Ayie, makhruh senyum sorang-sorang.
Tapi aku senyum hanya ingatkan dia seorang. Kenakalan dia dan sikap dia suka kenakan aku
tu, memang boleh buat jantung aku terkehel.
Lama
aku nanti. Biasanya mama akan online
waktu ni. Sesambil membetulkan manuskrip
yang dihantar pada dia. Aku yakin mama
ada. Cumanya, network agak kurang okey.
Nak tak nak kena sabar.
Aku
tongkat dagu sambil menggendang meja dengan jari-jemari. Sesekali rambut yang masih lembab yang jatuh
di birai wajah, aku selak ke belakang telinga.
“Aryana?”
Aku
tegakkan badan. Serta-merta aku sentuh
cursor dan memaksimakan gambar mama yang sedang terpampang pada skrin.
“Mama!!!” Aku dah jerit. Teruja.
Mama
menggeleng bersama senyuman.
“Assalamualaikum…”
Okey,
rasa diperli di situ. Baru beberapa hari
tinggalkan Negara sendiri, aku boleh pulak lupa nak bagi salam pada mama. Aku garu kepala dan tersengih.
“Waal aikummusalam, ma… Rindu…” Cepat-cepat aku ucapkan rindu sebelum mama
bagi tazkirah pasal aku lupa nak bagi salam.
Mama
menceber. Dia pun dah tahu taktik aku
yang agak kurang teknik tu. Tapi, dia
layankan saja.
“Busy
benar Arya dengan Ayie, kan ? Sampaikan sekali je call ma… ma nak call pun
takut you all busy. Yalah, Ayie nak
masuk kuliah, Arya nak sesuaikan diri…”
ujar mama persis menjauh hati.
Aku
senyum dan aku dekatkan bibir aku pada skrin.
Mata aku pejam dan aku anggap jelah bibir aku menyentuh pipi mama
biarpun sebenarnya melekap pada skrin i-Mac Ayie.
“Maaf… kami baru dua hari masuk rumah sewa dan
macam-macam hal jadi. Tak sempat nak
call. Ini pun Ayie dah mula kuliah,
sempatlah Arya call ma pagi ni…”
Ma
senyum. “Owh, kat sana
pagi, kan ?”
Aku
angguk.
“Ma
lupa. Kat sini dah nak masuk
petang. Pa dengan Aryan tak balik
lagi. Rambut Aryana basah tu, tak ada
hair dryer ke?” soal mama tenang.
Gulp…
Aku
telan liur. Sebutir-butir rasa macam
telan guli pulak bila mama tegur macam tu.
Tak kan lah…
“Mama
perasan tang rambut tu? Tak ada
hair-dryer ke?” Mama ulang soalan
dia. Tapi dalam nada yang masih lembut
dan tenang.
Tak ada
rasa sinis atau usikan.
Aku
berdeham sikit sebelum menjawab.
“Tak
ada… Arya punya kat sana
lupa nak bawak…” Selamba aku jawab.
Mama
ketawa halus. Dia baiki sedikit web cam
dia sebelum bersuara semula.
“Tak
apa… Ayie yang buat Arya mandi pagi cuci
rambut, biar dia keringkan…”
Okey,
itu ayat mengusik mama dah. Serius dia
memang tengah usik aku.
Ohmai…
Aku
sedang fikir, mana nak letak wajah aku masa ni.
Rasa nak offline terus buat waktu sekarang. Nanti dah reda rasa malu baru aku online
balik.
“Eh,
mama ni… Arya tak faham pulak mama cakap apa?”
Tu dia, aku corner lipat dekat selekoh paling tajam bila buat-buat tak
mengerti dengan usikan mama.
Mama
tekup mulut. Aku tahu sangat. Mama tu bila dia nak ketawa sangat, dia tekup
mulut. Takut tersembur ketawa besar dia
tu.
“Yalah…
yalah… so, how’s life? Okey? Nak kami ke sana ke?”
tanya mama mengalih topik.
Fuh…
Aku
hela nafas lega. Jangan mama ungkit lagi
hal macam ni. Aku sendiri pun masih tak
percaya yang aku dan Ayie mampu menerima diri masing-masing seadanya lepas apa
yang terjadi.
“Biasa
je. Seronoklah jugak. Cumanya, nak sesuaikan diri tu macam payah
sikit. Rindu pada keluarga tak payah
cakaplah. Okey jugaklah daripada tak
okey langsung, kan ?” jawab aku bersama bibir yang terceber.
Mama
tongkat dagu. Nampak wajah dia semakin
dekat dengan skrin. Aku pula angkat
tangan dan menyentuh skrin itu sekali lagi.
Bibir aku herot dengan senyuman.
Rasa
sentuh pipi mama pulak dan mama juga melakukan perbuatan yang sama.
“You
guys gonna be alright together. Selagi
masing-masing saling percaya, saling menjaga, saling mencinta… insya-Allah…
semuanya Allah akan permudahkan,” pesan
mama.
Aku
angguk. Itulah.
Memang
betul kata mama. Kalau aku ni jenis
baran, tak percaya Ayie, tak cinta dia dan tak ada rasa nak jaga dia, memang
aku lari laju-laju balik Malaysia
lepas apa yang terjadi tapi aku tetap di sini malah telah rela diri diikat
dalam dan luar.
“Pray
for us, ma…” Aku senyum
Mama
angguk. “Always, Aryana… always.”
“Macam
mana dengan Aryan? Okey ke dia tolong
pa?” Aku lebih risaukan Aryan dariapada
papa. Dia bukan minat sangat dengan
bisnes keluarga ni.
“Erm…
macam tu lah. Macam masa Arya ada. Cumanya dulu Arya manjakan dia sangat. Bolehlah dia main-main sikit. Ini dengan pa, memang tak adalah. Ada
jugaklah ma dengar dia merungut pasal kerja dia. Dia okey je tapi ma fahamlah sebab bukan
minat dia. Dia minat nak
mengembara. Tapi, ikut kata family. Lagipun, pa tu dah tak larat tu. Kalau tak harapkan Aryan, nak harapkan
siapa. Arya kan dah banyak bantu pa,” jelas mama.
Adoi…
rasa sebak pulak dengan apa yang ma
ceritakan. Yalah, mesti Aryan kemain
kena marah dengan pa. Pa tu memang
penyayang habis dekat rumah. Tapi,
melibatkan kerja sesiapa pun dia marah.
Melainkan ma je boleh sejukkan dia, yang lain memang haram.
Apalah
Aryan buat dekat syarikat tu, ya? Kepala
aku tak boleh nak lepas berfikir tentang syarikat. Memang aku pun kurang minat pada Muhara tapi
itu amanah pa untuk kami.
“Sekarang
Arya dah jadi hak oran g. So, tak bolehlah nak harapkan Arya lagi. biarlah Aryan tu belajar. Sampai masa nanti, kalau betul dia tak
berminat dengan bisnes keluarga, nak merantau… ma pujuklah pa izinkan Aryan tu
pergi,” sambung ma.
Aku
angguk dengan bibir yang terceber. Sedih
okey.
“Cakap
dekat Aryan, kalau ada apa tak kena,
takut nak tanya pa… suruh dia call Arya.
Rasa tak betah sungguh nak biar dia selesai masalah sorang-sorang,” ujar
aku prihatin.
Ma
ketawa halus. “Jangan risaulah… dia
lelaki. Tahu jaga diri dan kerja
dia. Lagipun, ma ada, kan ?
Setakat nak ayat Mukhlis tu, tak ada masalah,” sela mama senang hati.
Aku
senyum dan angguk. Tahu sangat memang pa
cair dengan ma. Apa mendrem yang ma
pakai pun aku tak tahu tapi pastinya mendrem itu berasaskan kasih sayang yang
diredhai Allah.
“Erm… sebut
pasal ma, sihat ke dia. sihat?”
Mama senyum. “Selagi dia ada mama insya-Allah dia
sihat…” Mama gela k.
Huh,
boleh tak nak cakap mama aku perasan sikit masa ni. Tapi, riak wajah mama tu memang buat aku
ketawa juga.
“Amboi…” Hanya itu ayat aku membalas dia.
“Apa
pulak amboi… macam Arya tak tahu papa tu.
Kalau tak ada mama, macam patah sayap dia haa…”
“Eh,
salahlah ma…” Aku memotong kata-kata
mama.
“Macam
hilang seluruh jiwa. Ada jasad bern yawa
tapi tak berjiwa. Bagai hati tanpa
perasaan, hidup tanpa tujuan…”
Aku
ketawa setelah menyudahkan ayat tu. Ayat
yang aku pernah jumpa dalam novel mama sebelum ni. Manalah pa tak cair kalau sampai macam tu
sekali ayat mama pada pa.
“Main- mainkan mama eh…,” tegur mama mencemik tapi akhirnya
dia ketawa juga.
“Tapi,
betullah tu… memang macam tu lah hidup suami isteri. Saling melengkapi untuk setiap kelebihan dan
kekurangan. So, Arya dengan Ayie macam
mana? Dah mula saling melengkapi ke
tak?”
Aku
diam seketika. Belakang aku bawa
bersandar pada belakang kerusi. Jari
kembali mengetuk meja mengeluarkan sedikit bunyi yang agak tersusun.
“Ada masalah?” duga mama cepat.
Aku
geleng. Kemudian mengoyak senyum.
“Kami
dah mula sesuaikan diri…” Sebaris ayat
aku tu aku harap mama faham maksud yang
tersirat yang ada di dalamnya.
“Alhamdulillah…
so, masalah yang kata Ayie gay tu, apa macam?”
Okey,
mujur mama sebut pasal hal tu. Kalau tak
aku pun dah lupa. Ralit sangat sembang
hal lain. Sepatutnya hal itu dulu aku
utarakan. Yalah, oran g tua semua pakat-pakat risau dengan Ayie
tu.
“Arya
dah jumpa lelaki tu, ma…” Aku memulakan
kata.
Ma
mengangguk beberapa kali tapi tanpa suara.
Memberi ruang dan peluang aku meneruskan kata.
“Memang
lelaki yang dalam gambar tu. Kawan
serumah Ayie. Tapi, diorang tak seperti
yang digambarkan. Tak macam apa yang mama
Resa dan papa Zaf bayangkan tentang Ayie.
Gambar tu boleh bagi seribu satu maksud tapi tak adalah tentang hal
songsang tu…”
Kening
mama berkerut. “Habis tu, siapa yang
tangkap gambar tu? Sampai pos ke rumah
Ayie dekat sini. Nak kenakan Ayie ke apa?”
Aku
senyum dan menyentuh skrin laptop lagi sekali.
Kalaulah mama ada. Kalaulah dia
depan mata… kalaulah kalau… huh, kalau guna kalau laut pun boleh kering. Jadi, mama tetap dalam hati.
“Yang
tangkap gambar tu adik pada lelaki dalam gambar tu…”
“Hah?” Mama terkejut.
Aku nampa k mama hampir
bangkit dari duduk. Tapi, dia betulkan
semula kedudukan dia dan mendekatkan wajah dia pada skrin.
“Mama
tak faham? Adik pada lelaki tu lelaki
jugak ke? Songsang?”
Aku
geleng dengan telahan mama.
“Perempuan. Kebetulan dia datang rumah sewa abang dia,
which means rumah sewa Ayie jugaklah.
Dia tangkap gambar tu sebab nak fitnah Ayie… konon nak buat Ayie dibuang
keluarga la,” jelas aku tenang.
Mama
pegang dada. Dia mengucap panjang dan
menggeleng kesal.
“Sampai
macam tu sekali? Apa masalah dia? Dia suka Ayie ke? Awek Ayie?”
Serentak empat soalan yang mama ajukan.
Aku
senyum dan terus menggeleng dan mengangguk kemudiannya. Kalau Ayie tengok ni mesti dia hangen. Yalah, ya ke tidak? Angguk pun ya, geleng pun ya? Mana satu?
“Arya
ni mana satu?” soalan mama dah berentak
tak puas hati.
“Saba rlah… nak jawablah ni…” Suka-suka aku kenakan
mama.
Mama
jegilkan mata tapi dalam senyuman.
“Dia
memang suka Ayie. Tapi, Ayie tak suka
dia. Dia buat macam tu dengan harapan
Ayie lari dari Malaysia dan
balik Berlin
untuk bersama dia…”
Itulah
mukadimahnya. Lepas tu aku cerita satu
persatu akan apa yang terjadi sejak aku memijak tanah Berlin .
Tentang Khairulizam dan yang
paling penting, Khairulidza, adiknya.
Tentang songsangnya Ieza, tentang pertemuan kami, tangisan dia dan
amarah dia. Tak tertinggal.
Ya,
kalau oran g tahu mesti oran g
kata aku sengaja nak aibkan oran g. Islam melarang. Allah pesan, andai kita menjaga aib oran g, Allah akan menutup
aib kita. Tapi, kes ni lain. Bukan nak aibkan Ieza dan Khai tapi nak minta
buah fikiran daripada mama. Kotlah dia
ada pendapat dan nasihat yang bern as.
Lagipun,
mama tak kenal pun siapa Khairulidza tu.
Bukan nampa k
rupa pun. Kira dalam kurungan, bukan
nama sebenarlah.
Lama
mama diam. Kami saling merenung. Sesekali wajah mama nampa k kabur dan pecah tanda network kurang
menjadi.
“Mama
ada nasihat yang bagus untuk dia? Untuk
Arya dan Ayie sekali?” soal aku menutup
renungan mama yang tak putus-putus.
Keluhan
tipis keluar daripada pembesar suara i-Mac.
“Tak
ada apa lagi yang mama nak katakan… semua Arya dah beritahu dia, kan ? Jangan bagi Allah murka. Cakap pada dia, mohon ampun sebab kasih
sayang Allah tu sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Tapi, kalau Arya cakap sebab Ayie tolak dia,
dia nak berubah balik… apa yang dia dapat?
She will gain nothing, Arya…”
“Told
her, ma… dah bagi tahu…”
“Habis
tu?”
“Entah…” Aku angkat bahu. Pasrah atau reda tak tahulah. Yang pasti bukan menyerahlah.
“…seems
like dia tetap berkeras. Dia sanggup
jadi nombor dua…”
Mata
mama bulat. “Nombor dua? Isteri nombor dua?” tanya mama sedikit terkejut.
Aku
angguk.
Mama
menggeleng laju.
“Arya
dengan Ayie tak akan kuat nak hadap benda macam ni. Percayalah.
Mama dah lalu dulu. Kalau kata
sungguh takdir bawa korang bertiga bersama, niat Arya baik nak bantu
Khairulidza moga tak kembali sesat, dan Ayie setuju dalam paksa… benda payah
nak turn to the right place. Salah
seorang akan terluka, Aryana… kalau hati masing-masing tak reda…” pesan mama bersungguh-sungguh.
Aku
senyum dan mengangguk. Tahu sangat
kenapa mama cakap macam tu. Papa juga
pernah duakan mama tanpa rela. Itupun
sebab mama meminta-minta demi menjaga hubungan pa dengan keluarga sendiri. Tapi, kata ma… dia menderita. Hinggalah takdir bawa mereka kembali bersama
hingga saat ini dan aku doakan moga untuk selamanya.
“Mama
tak nak Arya lalu apa yang pernah mama
lalu. Mama kenal anak mama. Mama tahu Arya keras tapi hati Arya sangat
lembut. Mama tak nak Arya terluka,”
pesan mama.
Aku
angguk lagi.
Sebenarnya
tak ada terni at
langsung. Bila Ieza meminta Ayie
daripada aku, aku dah jawab dengan begitu tenang. Aku dah beritahu sebab-musababnya kenapa dia
tak boleh memiliki Ayie.
Tapi
masalahnya, jiwa baik aku ni memang tak boleh tak fikirkan tentang hal
Ieza. Risau benar aku dia berubah
semula. Bukan ke kami ni dikira menjadi
punca.
“Kalau
kata boleh korbankan satu jiwa untuk selamatnya tiga jiwa, okey tak?” duga aku.
Mama
jegilkan mata. “Stop it, Aryana… mama
tak suka. Jangan fikir bukan-bukan. Ayie tu sayang Arya. Jangan buat benda tak patut. Arya tu buat masa sekarang jangan fikir
tentang budak perempuan tu. Kasik
keadaan tenang dulu. Sekarang ni tegang
sangat. Dah reda nanti, cuba
bawak-bawak berkawan. Nasihat dia secara
halus. Arya tu teman Ayie belajar. Ni
ha…”
Mama
tarik nafas dan menelan liur.
“… pa
ada tanya ma… Arya dok sana
nak goyang kaki saja ke? Atau nak buat
benda lain?”
Aku
garu pipi. Baru teringat. Nak tunggu Ayie habis belajar lagi dua tahun,
apa aku nak buat? Nak goyang kaki,
tunggu Ayie balik kuliah lepas tu masak, makan, tidur? Membina badan? Kot-kot boleh masuk sukan bina badan
nanti?
“Nak
ambik kursus bahasalah…”
Mama
kerutkan kening. “Mandarin dah…”
“Germany la, ma… kan Arya dekat tanah Ado lf
Hitler ni…”
Mama
ketawa halus. Hilang terus wajah tegang
dia tadi. Aku pun mampu dah hela nafas
lega. Membincangkan perkara serius tu
memang buat jantung kami tegang.
“Bagus
tu…” Mama dah setuju.
“Nan ti ma minta pa transfer duit belanja untuk korang
eh?”
Aku
menggeleng. “Duit kami ada lagi, ma…
biarlah dulu. Tak ada nanti baru minta
eh…” Aku sengih manja.
Mama
angguk. “Yalah… malam ni ma nak ajak pa
ke rumah keluarga mertua Arya la… nak bagitahu berita baik ni,” ujar mama lagi.
Aku
angguk. “Lebih cepat lebih baik…”
“Emm…
yang Arya tu pergilah lap rambut tu bagi kering. Jangan tak dan nak kering, kena basah
lagi. Jenuh…”
Dan
mama… terus gela k
sebelum talian di matikan dan wajah mama hilang daripada skrin. Hai… ada ke macam tu? Bukan ke aku memang selalu basahkan rambut
setiap kali mandi ke? Aku memang tak
boleh air tak kena kulit kepala. Mesti
rasa kepala aku merekah.
Panas. Tak selesa.
Gatal dan sama maksud dengannya.
Bila wajah mama hilang, aku tahan bibir nak ketawa. Teringatkan Ayie boleh buat dunia aku
tonggang terbalik.
“Wow…
your life gonna be more and more and more exciting, Aryana…” Aku beritahu diri sendiri.
Kemudian,
aku tarik cermin kecil yang memang ada di sisi laci. Aku tatap pantulan wajah aku. Nam pa k cerita biarpun
agak pucat. Tiba-tiba mata tertancap
pada satu kesan. Aku tekap dengan
telapak tangan dan menggeleng.
Cepat-cepat cermin aku letak ke bawah.
Malu. Apalah…
Baru
nak angkat punggung, aku telefon bimbit aku menjerit la pulak. Aku tolak kerusi dan capai telefon
tersebut. Nama Ayie naik. Dah nak apa pulak dia? Tertinggal apa-apa ke?
“Ayie
tertinggal barang ke?” Aku menyoal
tenang biarpun dalam dada ni dilanda puting beliung dah bila dengar suara dia.
Ayie
gelak halus. “Ha’ah. Tertinggal Aryana. Kalau boleh nak nak bawak je pergi
mana-mana. Tak boleh lepas, macam
mana?” Dia ketawa lagi.
Dia ni,
memang suka main-mainlah. Aku kemain
serius ni. Dia tak tahu ke?
“Jangan
main-main eh,” tegurku lembut.
Tawa
Ayie masih tersisa. “Miss you,” akui dia
tiba-tiba.
Tiba-tiba
mengaku rindu. Memang tiba-tiba tanpa
ada petanda.
“Kalau
rindu baliklah…,” sela aku mudah.
Ingatkan
nak kenakan Ayie tapi silap bila dia bersorak-sarai.
“Kuliah
tak habis ni… I’m coming home…” Aku
boleh bayang riak wajah dia sekarang ni.
serius aku boleh cakap dia tengah renyeh tak hengat dunia.
Aku
mencebik. “Tipikal budak sekolah… suka
sangat kalau kelas batal ke, prof sakit ke… haih…”
“You
knew it very well…” Dia membela diri.
“Tak…
Arya tak macam tu dulu. Tak ada kuliah,
Arya menangis…” Aku smash dia
sedas.
“Tapi,
budak sekolah tu ta sesuai untuk Ayie dah sekarang…” Ayie menyambung dalam tawa comel.
Erk,
tawa comel? Macam mana pun aku tak
tahu. Yang pasti Ayie memang comel.
“You’re
a student at all…”
Tapi,
Ayie tetap tak kalah dengan kata-kata aku.
“Yeah…
budak sekolah pun boleh. As long as I’m
a MAN…” Seperti biasa, dia tekan
perkataan MAN tu.
Aku
ketap bibir. “Cakap…”
“Born
with it, baby… I was born with it.” Dia gela k lepas lantas
matikan talian begitu saja.
Aku
pandang telefon aku lama. dia telefon
kenapa? Bukan nak tanya aku dah makan
ke? Masak ke? Sihat ke?
Telefon nak merepek meraban je?
Huh? Telefon nak nyatakan
rindu? Ohmai, budak ni apa kena? Tapi, aku memang tak mampu nak sembunyikan
senyuman lagi. Ala ng-alang Ayie cakap nak balik awal, aku
lebih baik sediakan apa yang patut.
Sikit pun jadilah.
Tak
sempat nak melangkah ke dapur, loceng rumah berdengung. Sekali aku buat tak hirau. Dua kali aku dah terkam ke pintu.
Baru
dah feeling-feeling cakap dengan mama, ada pulak nak datang. Siapa, ya?
Aku capai tudung dan aku lilit ala kadar sambil kaki menghala ke pintu.
Sangka
aku Ayie mungkin. Tapi, dia bawa
kunci. Aku tarik tombol pintu dan terus
menjenguk keluar sedikit. Mata aku terus
terbuntang luas.
“Can we
talk?” tanya dia.
Aku
terkebil-kebil tak menjawab. Dahlah Ayie
tak ada. Nak ajak sembang sekarang tak
sesuailah pulak. Aku mula rasa tak sedap
hati sebab tiba-tiba rasa aku ni berjodoh betul dengan dua oran g ni.
Tiba-tiba
rasa semput nafas.
Tiba-tiba
rasa nak jerit suruh Ayie balik sekarang.
Mereka
pun muncul dan itupun secara… tiba-tiba.
~~> bersambung
RM cakap : Terima kasih pada semua. tak dan nak reply komen satu2... serius. Tapi, tak apa... RM sangat hargai dan baca stiap patah komen2 membina dr anda. Enjoyss...
khai kuasa 2 ni dtg nk apa..hishhh..x suka lah khai ppuan kacau ayie
ReplyDeletehahaha..khai kuasa dua..like it!
Deletehaiyok..ieza ke tu??
ReplyDeleteTak leh tido...jenguk2 blog ijo...wah! Ada n3 baru. Thanks RM....Ayie dh tampal cop mohor ya
ReplyDeleteaduhlaaaaa.... x naklah konflik yg menduga hati n perasaan lg.... ish ish ish....minta2lah mrk dtg utk berdamai...takpun si khai nak minta arya ajarkan si ieza....
ReplyDelete-sj-
Khai berdua ke?
ReplyDeletecian arya sorang2 ke ngan khai bdua tu.....cepatlh balik ayie......
ReplyDeletesape plak dtg ni...kaco tul..
ReplyDeleteHais,cepatlah ayie balek.. sian Kat arya layan tamu tak Di undang tu.. RM nak lagiiiiiiii
ReplyDeleteTu mesti khai dgn ieza tu dtg
ReplyDeleteHaish Khai2 lah tu, nyibuk sungguh
ReplyDeleteSibuk ar derang ni...Ayie...cpt balik!!!!
ReplyDeletemengangu lagilah khai-khai nie.....jgn nak minta madu lagi sudahlah......nak kena pelengkung jugak nie
ReplyDeletealamak dah dtg si khai 2 tu..
ReplyDeletesuspens.. huhu =)
alahaiiii...sape plak yg nak menyebok nih...dont open the door or ckp je kt luar or tunggu je si ayie balik..grr..
ReplyDeletealamak, jgn la depa p serang Arya pulak..cptla Ayie blik..
ReplyDelete_AY_
Baru nak TERfeeling2 yg Ayie balik dr kuliah... Tengok2 dua beradik tu pulak dah.... Mara bahaya.....
ReplyDeleteHuhuhu....sape tamu yg xdiundang tu....haih saspen ●︿●
ReplyDeletesure malaun dua beradik tu yg datang...
ReplyDeletebaru nk feeling2 ayie balik..hehhehe
adeh la semput dgn telatah dak ayie sowang neh...abeh la pasni ayie dah x leyh nak ngayat pakai bhs german sgt dah sbb arya dah amek kelas bhs 2...dia dah leyh phm ape ayie ckp direct dah x yah guna translation mr gugel dah hahahha.....adoyyy ape la yng dak khail 2 owng 2 nak ngan arya lagi ni....masalahhhhh
ReplyDeleteadoi khai n khai ke yg datang..nak apa lg..haaa..
ReplyDeleteHahahaha.... Confirm blushing la tu muka Arya...
ReplyDeleteCye... Arya yang baru up graded jadi lady... Hehehe
TQ RM, Best... tak sabar nak tahu sape yang bertanfang umah Arya, dalam masa yang sama dapat bayangkan muka arya yang ala2 sweet gitu bila ayie telefon hehehehehe...
ReplyDeleteRm,tk mau la sejarah lama brulang kmbli,ksian arya.:-(
ReplyDeleteayie tengah angau le tu..hehehe
ReplyDeletesuka ayie cakap " I'm a MAN "...
kak RM please jangan de kisah bermadu yer... x suke .. :-(
Up....mmg terbaekkkkkkkkkk....
ReplyDeleteX habis-habis Khai kuasa2 ni.... Arya call Ayie beritahu dahulu... jangan sampai salah faham.... bunga-bunga cinta baru nak kembang ni....
ReplyDeleteAdakah Khai nak minta nasihat buat Adik dia.... semoga pintu hati Leza terbuka kembali ke pangkal jalan....
Ayie yg angau...arghhhh siapa pula yang datang mengganggu tu :(
ReplyDeleteadusss...bru happy2 bce ayie call arya coz rindu tetibe ade tetamu x diundang.sape ek?jgnla khai 2 org tu yg dtg..mengganggu suasana harmoni jer...
ReplyDelete~Syahira_Ira~
Hai...x sbr nk tahu kisah seterusnya. Stop study...hihihihhi
ReplyDeleteamboii..amboi2x..happy sungguh ayie ni yer..
ReplyDeletemaklumla dah jadi 'LELAKI' sejati..kihkihkih..
arya..dgr nasihat ma tu,
jgn lembut hati sgt dgn khai tu yer..
tq Rehan.M ;)
saya sanggup tidur pukul 4.30 pg, bangun pukul 7 pg (sbb kelas pukul 8)semata-mata nk baca cerita ni je tau.. best sgt!
ReplyDeletecbe arya try buat twist and say, "im sorry,my husband is not around.come and talk when he's around". tuh baru gaya isteri solehah..maka xmuncullah mslh rumah tngga~
ReplyDeleteBila nak sambung ni RM... Rindu sudah pada Arayie dah...
ReplyDeleteHehehe
Ayo apalagi la yg 2 beradikk khai ni nk????
ReplyDeletepastilah Si Khai bersaudara yg datang :D
ReplyDeleteayie mana ?!? mana Ayie ?!?