BAB 26
INI
dikira rumah Ayie. Jadi, dia tak ada aku
tak berani nak ajak tetamu masuk rumah.
Nak-nak ada seorang bukan muhrim, iaitu Khai dan di sebelah dia, ada
Ieza yang pasti.
“Ayie
tak ada. Kuliah. Maaflah tak boleh nak ajak you guys masuk
rumah.” Tenang aku bersuara.
“Tak
ada hal… tahu Ayie kuliah. I tak ada
kuliah lagi hari ni. lagipun, busy
dengan final projek sendiri.” Khai
menjawab.
Aku
senyum dan mengangguk.
Kami
melepak di kawasan depan rumah. Ada beberapa buah bangku
yang memang disediakan sebagai tempat rehat.
Aku menyapu dedaun kering sebelum melabuhkan duduk setentang dengan Khai
dan Ieza.
Wajah
mereka aku tatap lama-lama. Bila mata
aku dan Ieza berlaga, aku nampa k
sebu dalam pandangan dia. Mata dia sikit
bengkak. Aku tahu dia menangis. Dah tu, aku nak pujuk macam mana? Aku memang tak tahu biarpun aku sangat kesian
dekat dia.
Tangan
aku masukkan ke dalam poket baju panas.
Selendang yang melambai-lambai ditiup bayu dingin pagi ini aku pegang
dengan hujung jari.
“Kenapa
you guys datang rumah kami? Ada hal penting?” tanya aku memulakan bicara.
Dah nampa k sangat
masing-masing kehilangan kata. Tak
hantar signal pulak tu nak datang. Orang
beritahulah Ayie. Senang sikit.
Khai
mengeluh tipis. Dia mengerling adiknya
sebelum memandang aku dengan tubuh yang sedikit membongkok ke depan dan
jari-jari yang bersulam.
“I nak
minta tolong you.” Tenang dan lancar
Khai bersuara.
Aku
jongket kening. Bertanya dalam diam.
Dia
pandang adik dia lagi. Kemudian
memandang aku dan mengerling Ieza pulak.
Berbicara dengan isyarat mata tentang perempuan yang memakai topi dan
sedang tunjuk menguis daun-daun kering di atas permukaan jalan.
“Ieza…
are you okay?” Aku tegur dia sopan.
Tapi,
dia langsung tak beri tindakbalas. Khai
angkat tubuh dan menggamit aku agar mengikut langkah dia. Tak banyak cakap pun, aku terus angkat tubuh
dan menjauh sikit daripada Ieza yang masih tunduk menekur ke bumi.
“Apa
tak kena lagi?”
Khai
lepaskan nafas. “She’s is about to
change…”
“To?” Kening aku berkerut seribu.
“To old
her,” jawab Khai.
Aku
mengucap panjang. Sudah aku agak. Dia memang akan berubah tapi tak sangka
secepat ni. Memang aku tak sangka.
“So,
apa pertolongan yang you nak minta daripada kami?”
Khai
menggeleng. “Not both of you. Tapi, you je Aryana…” jawab Khai.
Mata
aku mengecil sedikit memandang Khai.
“Maksud
you…”
Khai
menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam poket jeans. Nafasnya dihela dalam-dalam dan dilepaskan
perlahan. Nampak sangat lelah nak galas
beban ni semua.
“I tak
nak dia jumpa Ayie lagi. I tak salahkan
Ayie. Kalau dia jumpa Ayie dia akan
lebih tertekan…”
“Tapi,
bila dia jumpa I, dia pun tetap akan ingatkan Ayie… Ayie is my other half. Dan I ni separuh jiwa Ayie. Macam mana you boleh cakap dia tak akan ingat
Ayie bila nampa k
I?” soal aku kurang setuju dengan
kata-kata Khai.
Dia
angguk beberapa kali bersama keluhan tipis.
“I tahu
tapi I yakin you pandai nak tune dia semula… pupuk dia, nasihatkan dia supaya
jadi perempuan sejati macam you,” tambah Khai.
Aku
mengerti sangat tu. Sangat
memahami. Cumanya macam mana lagi aku
nak pujuk kalau akulah salah satu penyebab dia berubah?
“Your
parents?”
“Dah
lama tak ada…”
“So,
you berdua je tinggal kat sini?”
Khai
angguk. “Dengan harta yang our parents
tinggalkan. I masih ada saudara dekat Malaysia
tapi tak pernah balik. So, I tak
tahu.”
Kesian
betul diorang ni. Macam anak terbuang
pulak rasanya. Padanlah kot Khairulidza
tu boleh sesuka hati dia nak berubah jadi lelaki. Memang masing-masing sibuk menguruskan hidup
masing-masing. Aku agak Khai ni sibuk
dengan ur usan sendiri dan bila sedar, adik dia dah
tersasar jalan.
“I
afraid I can’t help you, Khai…” Aku
melahirkan rasa kurang yakin.
“I nak
you cuba ,
Arya. Entah kenapa, I rasa I boleh
percayakan you. Ayie dah cuba
dan berjaya tapi gagal akhirnya. I
yakin, you akan berjaya, Arya…,” ujar Khai tekad.
Aku
menggeleng. Tak mudah nak didik oran g. Sungguh.
Berapa ramai yang memang sengaja nak sesatkan diri sendiri? Aku pun tak adalah kuat iman mana. Hanya sedar diri ini adalah hamba Allah yang
dipinjamkan segala-galanya daripada dia.
“I will
do anything to make sure, dia tak balik pada keadaan asal tapi…” Khai menggeleng.
Dia
menjeling ke belakang. Aku pun.
Dan
mata aku bulat bila aku lihat Ieza tarik topi dia daripada kepala. Ohmai… rambut dia. Rambut dia dah kembali pendek. Sangat pendek. Boy cut.
Aku tekup mulut.
“Rambut
dia…”
Khai
angguk. “You akan lebih terkejut kalau I
ceritakan apa yang jadi semalam. I slap
her…”
Wajah
aku jelas terkejut. Ini tak kena. Marah macam mana pun jangan gunakan kekerasan. Nak menentang api, kenapa nak simbah minyak
tanah?
“Itu
salah, Khai…”
“Memang…” Khai angguk beriak kesal.
“Memang
salah tapi abang mana sanggup tengok adik dia cuba kelar tangan sendiri. Lepas I tampa r
dia, tanda protes dia botakkan kepala dia.”
“Astaghfirullah…
ampunkan hamba Ya Allah…” Aku menggeleng
kesal. Siap telapak tangan menekap kedua
belah telinga.
Tanda
tak percaya.
Sampai
macam tu sekali. Dia tak tahu ke kelar
tangan tu, boleh berdarah. Boleh mati
dan kalau mati macam tu dah dikira bunuh diri.
Bunuh diri Allah tak terima nanti.
Setidak-tidaknya kalau dia pengkid sekarang, pintu taubat Allah masih
ternganga lebar.
“Pengkid
dah satu hal… ini nak bunuh diri pulak?”
Khai
diam tak menjawab pertanyaan aku. Masa
ni ringan je hati nak izinkan je Ayie tu terima Ieza tapi aku memang tak
boleh. Macam kata mama, tak reda hati
menderita. Jadi, sila jangan cederakan
hati sendiri. Tak ada plaster yang
sesuai untuk aku tampa l
nanti.
“Dia nampa k makin teruk…”
beritahu aku bila lama aku pandang Ieza
yang nampa k
terangguk-angguk. Boleh jadi melayan
dentuman lagu yang disumbat ke dalam
telinga dia.
“Yeah…
I need help…”
“She’s
beautiful…” Tak pedulikan kata-kata
Khai, aku puji Ieza. Jujur.
Khai
senyum. “My bad. Tak hiraukan dia. Tak sedar diri sendiri siapa dan buat dia
pilih jalan hidup sendiri... hingga akhirnya…”
“Nope…” Aku caras kata-kata Khai.
“Jangan
cakap ini akhirnya. Bumi ni tak terbelah
lagi. Langit tak pecah lagi. Kalau sampai macam tu sekali dah gaya nya, I sudi bantu
tapi I kena minta izin dengan Ayie dulu…”
Khai
senyum. Aku pun.
Bukan
apa, serius aku nampa k Ieza dah macam oran g hilang akal. Manusia, manusia… ini baru hilang kasih
manusia dah macam ni keadaannya. Kalau
hilang terus pandangan kasih sayang Allah, macam mana dia nak hidup dengan
udara yang Allah bagi ni? Tak rasa segan
sendiri ke? Nak abaikan ketentuan
Allah, pergi duduk Marikh. Tak ada udara
tapi itu pun masih planet dari kejadian agung Allah swt.
Aku
berpaling dan terus menapak pada Ieza.
Sebelum perkara semakin melarat, aku rasa aku memang perlu bukak firma
kaunseling. Beri ceramah percuma pada orang-orang
seperti Ieza. For free. Berkhidmat demi Allah dan agama.
Bila
aku betul-betul berdiri di depan dia, Ieza menengadah ke atas, memandang aku
tapi tak lama. Dia kembali menghayunkan
kepala dia mengikut rentak muzik. Ieza
yang sekarang dan yang beberapa hari lepas beza macam langit ke tujuh dan juga
kerak bumi dah.
“Ieza…
I’m sorry…” Aku pun tak tahu kenapa aku
minta maaf.
Dia tak
layan pun. Aku duduk mencangkung di
depan dia dan mendongak sedikit memandang dia.
“Boleh
kita sembang?” tanya aku biarpun aku
tahu dia tak dengar. Tapi, aku yakin dia
boleh baca gera k
bibir aku.
Khai
dah berdiri di sisi dia. Lambat gamaknya
si Ieza ni beri tindakbalas, Khai rentap earphone dari telinga Ieza membuatkan
adik dia tu merengus kuat.
“Don’t
disturb me!”
Tangan
Khai aku nampa k
dah genggam penumbuk. Kalau aku tak ada
ni, sumpah memang jadi laman gusti campuran ni.
“Khai,
please… kalau you sendiri tak sabar, macam mana dengan dia?” tegur aku sedikit datar. Tegang.
Khai
meraup wajah dan duduk di bangku sebelah sana . Sedikit jauh.
“I nak
kacau you sekejap, okey?” Aku sengih
pada Ieza.
Dia
menceber. “Whatever…”
Baru
dia nak pasang semula earphone ke telinga, aku tahan. Aku pegang erat tangan dia membuatkan mata
dia membulat memandang aku.
“Heh,
apa kau nak hah? Aku pun tak tahu kenapa
abang aku heret aku ke sini. Aku dah
cukup sabar dan kau suka-suka je nak cabar sabar aku eh?” tempe lak dia.
Aku
senyum dan bangkit. Duduk di sebelah
dia.
“Saba r itu bukan
untuk dicabar, Ieza… tapi untuk dipertahankan. Ingat mudah ke nak dapat sabar tu. Sebab sabar tu sebahagian daripada iman, memang
payah nak pertahankan. So, kena belajarlah…” jawab aku sedikit sinis.
Ieza
ketap bibir. Dia cuba bangkit tapi aku menahan.
“I
wanna help…” ujar aku.
Dia
senyum sinis. “Kau dan Ayie dah banyak
tolong aku!” bentak dia.
Giliran
aku pula senyum sinis.
“Allah
bantu kita. Sekarang pun Allah yakinkan
hati I untuk bantu you. Anggap jelah I kawan you, bukan isteri Ayie,”
pinta aku tapi Ieza tetap menggeleng.
“Kau
ingat senang?” marah dia lagi.
Aku
ketap bibir seketika. Kepala otak giat
mengarang ayat. Berdepan dengan spesis
macam ni, memang kena kuat fizikal dan mental.
“Tak
mudah. Tak senang. Tapi, I nak bantu untuk bagi senang sikit
jalan untuk you. Okey?”
Aku cuba
berkompromi lagi.
Kali
ini Ieza terdiam. Lama. Sebelum dia kembali bersuara.
“Kau
nak bagi aku senang mudah je… kau bagi Ayie dekat aku.” Bibirnya herot dengan senyuman sinis.
Aku
masih lagi cuba
bertenang. Tak boleh nak melatah. Bukan apa, risau latah aku ni dengan telapak
tangan. Singgah ke muka dia karang, dah
jadi abuse.
“Ayie
bukan barang.”
Ieza
kerutkan kening. Terpukul dengan
kata-kata aku.
“Aku
tahu dia bukan barang…”
“Habis
tu…” pangkas aku.
“Aku
sayang dia…”
“Nope…” Aku geleng. “You tak layak nak sayang sesiapa sebab you
tak pernah sayangkan diri you.” Aku
tarik tangan Ieza. Tepat memegang pergelangan
tangan dia yang berbalut.
Aku
geleng dan mengucap dalam hati.
“You
tak layak nak sayang Ayie atau oran g lain bila
you tak sayangkan diri you sendiri dan oran g
lain tak akan mengasihi you sebab you menzalimi diri sendiri. Ni ha…”
Aku tunjuk balutan di pergelangan tangan dia.
“Rambut
tu…” AKu juih bibir ke kepala dia.
“You
ingat cantik ke? Ayie akan suka? I paksa pun, I sign surat suruh dia nikah pun, he will
refuse. I sedih tengok you macam ni,
Ieza sebab…” Sebak dada aku masa
ni. sedih sungguh lihat kaum sendiri
sebegini gaya
kecudang.
“…you
such a pretty girl, Ieza. Sangat
cantik,” puji aku.
Ieza nampa k diam. Tapi, sekali bersuara, rasa bingit
telingat. Nak tanggal gegendang telinga
aku.
“Kau
jangan nak sibuk hal akulah. Kalau betul
kau sayang sangat dekat Ayie tu, pergi jaga dia. Jangan kacau hidup aku lagi!” bentak dia kasar.
Dia cuba
berlalu tapi suara aku menahan langkah dia.
“Kami
tak kacau hidup you, Ieza. But, you
messed with us. With our family and
clan.”
Ya,
memang dia telah menghuru-harakan segalanya.
Kalau bukan sebab dia aku dan Ayie tak akan ada di sini dan aku tak
perlu nak hadapi dia. Aku sesaat pun tak
persoalkan apa yang telah terjadi. Aku
reda. Syukur bila Allah bagi suami yang
baik untuk aku. Tak kiralah macam mana
kejadiannya.
“You
tak tahu macam mana Ayie menahan maruah dia yang telah ma dengan pa dia ragui,”
beritahu aku bagi jelas sikit.
Ieza
berpaling dan ketap bibir. Tubir mata
dia nampa k
basah dah. Perempuan tetap
perempuan. No woman no cry. Itu hakikat.
“Dan
dia nikah dengan kau pun sebab terpaksa, kan ? Nak buktikan yang dia tu lelaki dan bukan
gay!” jerit Ieza kuat.
Fuh…
kurus jiwa aku yang besar selama ni. Buatnya
jiran-jiran tengok dan terdengar, sia-sia je hidup rumah tangga aku dan
Ayie. dia bukan tak tahu sini kejiranan
budak-budak Malaysia .
“Ya…
memang dia perlu buktikan dan dia dah buktikan pun!” balas aku sedikit kasar.
Terlepas
daripada mulut sebab rasa marah sikit.
Ieza melopong tak terkata. Khai
hanya diam memerhati.
“Everything
is fated, Ieza. Come back to nature…
pada kejadian Allah. Abang you sedih
tengok you macam ni. You berdua je dalam
dunia ni dan kenapa you nak rosa kkan hidup you.
I boleh jadi kakak you as long as you wis h so…”
“I will
nev er wis h
that…”
“Emm…
kalau you tak harapkan, I pun tak nak izinkan isteri I dekat dengan you!”
Aku
terus berpaling lipat maut ke belakang.
Ayie? entah bila sampai tapi
wajah dia merah padam dah. Beg galas dia
betulkan sedikit sebelum tanganya meraih tangan aku.
“Kenapa
tak bagi tahu Ayie?” Mata Ayie memandang
aku tanpa perasaan.
Aku
telan liur. Okey aku salah terabaikan
dia sebab diorang ni pun terjah je.
“Thought
you are on your way,” jawab aku tenang.
Ayie
diam tak membalas. Dia memandang Khai
dan Ieza yang berdiri tegak di depan kami.
“Khai?” seru Ayie.
Khai
menggeleng dan tunduk. Nampak macam Ayie
faham je bahasa Khai tu. Aku sendiri pun
payah nak tebak.
“Aryana
tak boleh tolong pada oran g
yang tak sudi menerima pertolongan…”
Sebaris ayat Ayie tuturkan tenang dan dia terus tarik aku untuk naik ke
rumah.
Aku
kalih dan aku lihat, Khai hampir menampar Ieza sekali lagi. Aku tarik tangan Ayie nak beritahu tu.
“Let
them be. Kita tak mampu bantu setakat
ni. Aba ng percayakan Khai…”
Aku
sekali lagi lipat maut pada Ayie. Bukan
sebab Khai atau Ieza lagi dah. Tapi
sebab… sebab… sebab… ya, sebab yang tiba-tiba tu.
“Kenapa
pandang?” tanya Ayie masa dia nak buka
pintu rumah.
Aku
sengih mengetap bibir. Wajah Ayie masih
tegang.
“Told
ya… don’t but in.” Keras amaran Ayie.
Aku
angguk dalam senyuman. Pintu ditutup
rapat. Aku masih tegak berdiri dekat
dengan daun pintu bila Ayie berlalu ke dapur dan membuka kabinet dan mencapai
sebiji cawan. Air diteguk perlahan
dengan mata memandang aku.
“I’m
mad on you. Itu pun boleh senyum
lagi?” Dia menggeleng dan terus menapak
hendak ke ruang tamu.
“Marah
ke tadi tu?”
Ayie
buat muka. Mata dah menengadah siling
dan mulut terlopong. Muka perli.
“Arya
dengar sesuatu daripada mulut Ayie tadi,” beritahu aku bila aku sudah labuhkan
duduk di atas clippan warna putih tu.
Ayie
capai remote. “Arya nak masak apa hari
ni? Ke nak makan kat luar?”
Wajah
Ayie masa ni dah merah. Aku tahu dia dah
ingat apa yang dia sebutkan tadi. Secara
tiba-tiba tu.
“Masaklah…
tapi tak masak lagi…”
Dia
angguk dan memejamkan mata sambil menyandarkan kepala pada belakang
kerusi.
“Itulah…
lain kali kalau diorang nak jumpa, pastikan Ayie ada sekali,” pesan Ayie.
Aku
kerut kening.
Aik…
Ayie pulak?
“Ayie
pulak?” tanya aku spontan.
Mata
Ayie terbuka biarpun tak pandang aku langsung.
“Dah
tu, siapa?” soal dia mendatar.
Aku
cemikkan wajah. Terus aku angkat tubuh
dan berlalu ke ruang dapur. Sebelum aku
sampai dapur, sempat aku berpaling dan aku nampa k bibir dia koyak lebar dengan
senyuman.
“Sound
nice, huh?” Ayie menjerit tiba-tiba.
“What?”
Dia
pandang aku dan menongkat dagu pada belakang sofa putih itu.
“Arayie…”
Kening
aku berkerut. Apa kaitan Arayie tu
dengan sound nice tu?
“Tak
faham…” Terus aku buka peti ais nak
tengok lauk apa yang tinggal.
“I will
make you understand tonight,” sela Ayie perlahan tapi masih sempat aku
tangkap.
Aku
pandang dia tapi dia terus tersenyum memandang siling. Suka senyum dengan siling.
“Senyum
sorang-sorang makhruh…” Saja aku perli
dia. Biasa suka sangat perli aku macam
tu.
Dan
dia, ledakkan tawa.
~~> bersambung
RM : Told ya... guys.. hehhh >___<
yup.. sound nice..
ReplyDeletehahaha
omo..tergeliat perot bace..haih..heehe
ReplyDeletemulut derhaka... cemana boleh tersebut Abang nih... hahahaha
ReplyDeletesweetttttt
ReplyDeleteadoi..susah betul la nak nasihat kan Ieza ni...tp kesian dia..rupanya mak ngan ayah dia dah tak d..kurang kasih sayang... harap Ieza ni dapat la berubah
ReplyDelete" ABANG " ehemmm...ayie+arya=arayie :)))
layan...tq RM! ;)
ReplyDeletebaca sambil senyum tersengih...ohmai
ReplyDeleteAyie... MAN le sangat!!!!
ReplyDeletenak lagi.....huhuhu...
ReplyDeletesuka n3 ni
ReplyDeleteterbaik la kak Rehan.. thumbs up !!
ReplyDeletesaya peminat akak !!!
nak lagi... weeeeee... :)
senyum dengan siling...
ReplyDeleteShort but still nice :) Thanks..
ReplyDeleteOwhhh sweet nye Ayie.lnakai budak umoq 22 tahun nih
ReplyDeleteterbaik...dah berbaik dah...cepat2lah selesaikan masalah khai beradik tu..membebankan otak lah
ReplyDeleteKu tgh blur ni... Apasal Ayie bengang dgn Arya pulak? Apasal pulak bahasakan diri dia "ayie" and not "abang"? Did I miss anything?
ReplyDeleteakhirnya rindu terubat ...:P
ReplyDelete-sj-
Abang...! I like :) hehehe
ReplyDeleteAyie is my other half.dan I ni separuh jiwa ayie
ReplyDeletesuke ayat nie....
-ekin-
best3x..suka.. :)
ReplyDeleteIeza ni pn..tp ye la kerana cinta...
ReplyDeleteakhirnya...RM nak lg ckit sangat
ReplyDeleteWOWWW...Sekali Abg terus..hehe like2!!!
ReplyDeleteNape short sgt Sis RM.miss so much aryaie.
ReplyDeleteAyie ni memang nakal tau.... suka buat Arya blur... layan ja lah Arya.... tu gabungan nama Arya + Ayie ... Arayie ... so sweettttt..
ReplyDeletebergabunglah mereka malam nanti an..hehe
ReplyDeleteadudduduhhhh!!asyik2 melted..mne bley thn kak rehan oiii..hehehe..nice one.:)
ReplyDeletei think mayb ieza ssuai dgn aryyan kot..nice...hahaha..so, die xkn kacau arayie lg nnt..kikiki
ReplyDeletesetuju !
Deleteaaaaaaaaaaaa.....demam2 bce arayie ni...berlagak plak ieza ni..patut b'syukur igt rmi ke blh nk bik dgn org y ske hubby kte..hehe. sian ieza tu kurg kasih syg dlm hati memberontak...arayie pliss p'tahankan masjid korg jgn runtuh.
ReplyDeletehaha..3 4 kali baca part arya lipat maut tgk ayie..apesal la..upernyer ada ABANG..
ReplyDeletewalaupun rasa pendek je tp cukup la dulu utk ari nih...karang banyak sangat i putus nyawa hehehe
ReplyDeleteHehehehe.....nice....sweet....tunggu lg...
ReplyDeleteakhirnya...trubat rindu kat arayie......bestttttttttt
ReplyDeletesuke...suke..suke...bila baca entry ni ..akak teringat balik kata-kata saidina Ali diatas.Tahniah! Rehan dah menuju ke arah itu...
ReplyDeletesaya suka jalan cerita akak.. semua novel akak saya suka. teruskan berkarya tau kak Rehan. saya sentiasa sokong akak.
ReplyDeletevery nice..
ReplyDeletereaksi sama ngan Arya.
ReplyDelete"Aik, Ayie pulak"..
>>k<<
Arya pon cube le layan2 panggil abang gak...uh..uh..sounds nice..
ReplyDeleterehan u buat kamo daro x suka kpd iez sekarang jatuh kasiham dgn dia..satu yg saya suka yr novel..ianya mengenai penyakit masyarakat skrg..i buka mata yr reader menyedarkan.kami akan sebab sesuatu itu berlaku..syabas..
ReplyDeleteBest2222222x
ReplyDeletesian dat girl..
ReplyDeletesenyum je bila baca.. huhu..
ReplyDeletextau nk omen pa dh..senyum je
ReplyDelete*komen
Deletecter ayie dan arya skit sgt.. :(
ReplyDeletestuju! dh buka page ni byk kl tp update arayie skit..
DeleteTq RM,
ReplyDelete