BAB 4
ZAKHRI ADHA BIN ZAFRAN!
Ohmai... kenapalah nama
itu menghantui kepala aku. Kerja pejabat
satu pun tak bersentuh. Mama dah larang
tadi daripada ke pejabat dan papa pun tak bagi aku masuk kerja. Memang badan tak sihat lagi tapi memikirkan
perkara ‘adik’ aku tu, lagilah buat aku tak sihat.
Mana mungkin aku
berkurung di dalam bilik seharian dan mengingati setiap lirikan nakal dan
kata-kata yang kononnya matang itu daripada Ayie. Bila aku ingat balik, barulah memori itu
kembali sedikit demi sedikit.
Aku dah besar masa tu
bila Zakhri Adha lahir. Cuma tak sangka,
masa tu dia lagi kecil dari aku dan kini, dia lebih tinggi, lebih tegap dan
sasa. Bila aku di sisi dia, rasa kerdil
sungguh.
Aku pegang tulang
selangka. Tak adalah kurus tapi tidaklah
gemuk. Cumanya sekali kena pelempang dek
tangan kasar Ayie tu, mahu aku melekap ke dinding jadi spiderwoman. Huh...
Kononnya nak sibukan
diri dengan kerja pejabat tapi satu apa pun tak masuk kepala. Kertas-kertas laporan yang berselerakan pun
aku pandang sepi. Tak tahu nak jamah
mana satu.
Jam di dinding aku
kerling lama.
Sesaat... dua
saat. Aku pejam mata.
Ding!
Itu bunyi jam sekali
menandakan tepat pukul satu. Pukul satu
yang membawa maksud waktu makan tengah hari dah tiba dan waktu ‘temujanji’ aku
juga tiba.
Ohmai... apa kata budak
pejabat nanti kalau diorang tahu siapa Ayie tu pada aku. Tidak ke malu atau boleh jadi diketawakan dan
kredibiliti aku sebagai seorang bos dipersoalkan? Oh... kenapa papa dan mama, nenek dan atuk tak
fikir semua ni?
Atuk dan nenek, tak
risau ke status Tan Sri dan Puan Sri dia dipertikaikan bila cucu sulungnya
dinikahnya dengan lelaki yang begitu muda?
“Ya Allah... ini ke
kesudahan hamba?” Aku menggumam dengan
wajah menyungkur ke meja.
Rasa nak hantuk dahi
tapi kesan terlanggar pintu kaca semalam masih terasa. Buat sakit sendiri sedangkan hati aku ni
masih tak terubat.
“Tak sudah
lagilah...”
Pling... Aku buka mata
laju-laju.
Tapi, kenapa berat nak
angkat bila aku dengar suara itu menegur.
Aku rasa nak menangis ni. Macam
mana dia boleh masuk? Tak ada ke Juita,
cik setiausaha aku tu kat luar sana?
Biasa Juita kalau nak makan, dia bagitahu aku dulu tapi ini tak ada apa
pesan tengok-tengok...
“Kenapa tak ketuk
dulu?”
Ayie. Aku pandang dia. Wajah dia.
Senyuman dia dan bening matanya serta penampilannya. Masih biasa pada pandangan mata aku. Masih gaya budak-budak remaja dengan kasut
bertali banyak, jeans lusuh yang terlondeh sedikit, baju T berkolar warna biru
cair juga rambut yang sudah agak panjang.
“Lama betul pandang
saya? Rindu ke apa?” Dia menegur bila aku ralit memerhatikan
dia.
Aku terngadah. Terkena batang hidung sendiri bila ralit
meneliti penampilan Ayie. Tapi, sempat
aku mencebirkan bibir dan menggeleng sebelum memandang diri sendiri.
Gaya aku? Juga biasa tapi kemas dan bersih. Tidaklah menjadi hamba fesyen, janji berkenan
di hati dan mampu aku miliki, aku akan dapatkan.
Hari ini? Hanya blouse lengan panjang, punyai taburan
manik di bahagian dada, labuh melepasi punggung, seluar kain kapas yang separa
buku lali berwarna krim dan dipadankan dengan selendang biru gelap, memberi
kontra pada seluar dan baju.
Berbeza, kan?
“Kan dah cakap, jangan
pakai seluar lusuh,” tegur aku malas.
Kerusi aku pusing dan
aku pandang ke luar cermin sepenuhnya.
Menghidangkan mata aku dengan pemandangan puncak KLCC yang berdiri
gah. Tanda kehebatan Malaysia.
“Ini je seluar yang
saya ada dan percaya tak, saya dah tak basuh seluar ni dah dekat dua
tahun. Selama saya dekat oversea saya
tak basuh tau... nampak season, kan?”
Tak sedar, bila Ayie
mendekat dia dah bersuara di belakang aku.
Cepat-cepat aku pusingkan kerusi.
Terkejut beruk aku dengan kata-kata dia.
Pengakuan pelik. Sepelik
orangnya.
“Awak ni...
errr...” Gagap jugak aku nak sebut
perkataan itu.
“Apa?” sergah Ayie.
“Pelik.”
Ayie ketawa halus
dengan jawapan aku. Ya, dia memang
pelik. Semuanya pelik. Bukan tak ada perempuan lain. Tapi, kenapa aku? Tak mungkin sebab niat orang tua dia je. Tak ke aneh.
Ini dunia apa? Bukan zaman batu
atau zaman ibu mertuaku.
Dan juga, tak
mungkinlah...
Tiba-tiba, timbul satu
keraguan dalam kepala aku ni. Aku
dekatkan wajah sendiri pada wajahnya.
Ayie pun sama. Mesti ikut sama perbuatan
aku.
“Awak tak sayang awek
yang dah ada ke?”
Dia sengih dan
angguk.
“Habis tu? Tak risau dia kecewa?” tanya aku lagi.
Ayie diam. Aku berdecit.
Kembali menyandarkan tubuh pada belakang kerusi dan menghela nafas
tenang sebelum menyambung.
“Tak elok tau buat anak
dara orang menangis, sedih... nanti satu hari Tuhan balas dekat awak, baru awak
tahu langit bawah atau bumi ni kat atas.”
Perumpaan aku dah tak
betul tapi biarkan Ayie kerut dahi sikit.
Tangan Ayie sudah
meliar. Semua barang di atas meja aku
disentuhnya. Tak cukup dengan keyboard
dan mouse yang ada di atas meja, dia tarik tanda nama aku yang terletak kemas
di depan mata.
“Aryana binti Mohd
Mukhlis?” Keningnya naik dan matanya
merenung aku. Tunak.
Aku angguk. “Ya, saya...”
“My wife to-be... soon. Very soon,”
tambah dia.
Aku terbatuk
kecil. Penangan budak Ayie ni seluruh
hidup aku mula kelam-kelibut. Rasa kena
tibai dek puting beliung. Rasa kena
langgar oleh garuda. Dalam dada macam
kena palu sekuat-kuatnya.
“Ayie, cut all this crap... let us be frank to each
other. Okay?” tanya aku sambil mengangkat ibu jari pada
dia.
“What crap?” soalnya tenang.
“Kita tak ditakdirkan
untuk bersama. You know that deep down in your heart, don’t you?”
Kepalanya digelengkan tanda
tidak setuju dengan kata-kata aku.
“So, kakak suruh saya
datang ni nak bagi saya dengar yang kakak fikir rancangan parents kita ni,
mengarut? Tak boleh diterima akal? Macam tu?”
Tak menjawab soalan
aku, dia menyoal. Huh... tangannya sudah
memusing-musing sebatang pen di hujung jari dan itu pen mahal aku. Pen pemberian atuk dan nenek bila aku pertama
kali duduk di kerusi ni dulu.
“Kakak tak kata
mengarut ke apa. Tapi, kakak rasa awak
sendiri ada life awak dengan kawan-kawan...”
“Sampai bila nak
berkawan?” cantas dia.
Aku mengeluh. “Let me
finish my line first, okay?” Mata
aku jegilkan dan Ayie mengangguk.
“Awak muda lagi. Sangat muda nak dibandingkan dengan
kakak. Tengok... awak panggil kakak,
kan? KAKAK,” tekan aku sebelum
menyambung.
“Awak baru nak mula
hidup, Ayie. Baru nak kenal dunia. Awak mesti nak bebas tak nak terikat...”
“Tapi, saya yang nak
diikat,” pangkas dia lagi sekali.
Aku tahan hati. Nafas aku sedut dalam-dalam mencari kekuatan
nak hadap budak matang ni.
“Ayie, please... kalau betul awak nak diikat,
kenapa dengan kakak? Kan awak ada awek
sendiri? Tak sayang awek? Atau saja nak main-mainkan hati perempuan lain?
Awak tak berani nak tolak kehendak parents awak, biar kakak cakap dengan
diorang. Okey macam tu?”
Mencanak naik angin
lintang aku menghadapi ketenangan Ayie.
Semalam memang aku rasa dah setuju tapi bila dah tidur, bangkit balik
ternyata aku tak setuju. Memang tak
setuju dua ratus peratus. Noktah.
“Saya nak diikat dengan
kakak. Salah ke? Tak berdosa, kan? Lagipun, girlfriend
tu ramailah. Special tak ada...”
Senangnya dia memberi alasan.
“Dah tu girlfriend tu bukan teman wanita?”
Tap... giliran dia pula
ketik jari. Tubunya menegak. Dia labuhkan sikunya di atas meja aku.
“Kakak betul di situ
tapi salah pemahaman. Girlfriend tu memang teman wanita dan
kalau kakak nak tahu... saya bagi tahu.
Kot-kot la kakak tak tahu, kan?”
Kening dia naik dua-dua belah.
Perli.
“Boyfriend pulak adalah teman lelaki. Saya ada kedua-duanya tapi yang special, yang bermaksud istimewa tu tak
ada. Boleh saya minta kakak jadi yang special tu?”
Nak menangis dah aku
dengar loyar buruk Ayie ni. Siapa cakap
dia matang? Dia tak matang. Dia kebudak-budakan dan suka kenakan aku
.
“Can you pay may some
respect, my dear Zakhri Adha?” soal aku
cuba berlembut.
Mama kata perempuan ini
fitrahnya lembut. Biarkan kelembutan itu
menjalar dalam ketegasan. Biar kita tak
mudah ditindas, tapi mudah dilentur.
“Dear? Who?
Me?” tanya dia dengan suara dan
wajah teruja sambil menepuk dada sendiri.
“Yes... ada orang lain
lagi ke dalam bilik ni selain daripada awak?”
tanyaku sinis.
Ayie melebarkan
senyuman pada bibirnya yang nampak merah basah.
Berkerut dahi aku cuba mengingati wajah kedua-dua orang tua dia. Entah perangai siapalah dia ikut. Andai benar kami berjodoh, anak-anak kami
nanti janganlah ikut perangai miang dia.
Tak sanggup aku.
Eh, anak? Ya, aku sebut tentang anak. Adakah bermakna aku benar-benar dah bersedia
nak punyai adik dalam bracket ini? Ya
Tuhan... tunjukkan jalan yang benar.
“Maknanya, kakak dah
setuju nak cuba jaya?” soal dia.
“Kalau kakak tak
setuju, awak boleh balik sekarang?
Tinggalkan kakak sendiri?” tanya
aku kembali.
Ayie menggeleng. “Saya tunggu sampai kakak setuju.”
“Huh... dah tu? Terpaksalah setuju...,” jawab aku
meleret.
Ayie sengih dan terus
sengih. Kena sawan sengih gamaknya. Boleh jadi nanti rahang dia cramp, jangan
minta aku tolong hantar hospital sebab otot kejang.
“Jangan dok sengih
lagilah. Karang jammed otot tu, padan
muka,” cemik aku.
Lepas gelak Ayie. Gelak lelaki dengan suara kasarnya. Tapi jujurnya, pertama kali melihat dia semalam, tak rasa dia muda. Gaya dan penampilan dia benar-benar nampak
matang. Cumanya agak sememeh. Jiwa masih muda.
“Kalau macam tu, kita
mula langkah pertama, okey?”
“Silalah
melangkah. Itu pintu.” Bibir aku terjuih pada pintu yang sedikit
terbuka.
Ayie kerutkan kening.
“Sama-samalah, kak...”
Aku jongketkan
bahu. Apa-apa jelah, Ayie. Malas nak layan karenah dia. Mengalahkan Aryan aku rasa. Kalau Aryan sekali aku kata tidak dia dia
terus merengek, terus aku jeling dan dia pasti diam mengalah.
Ini Ayie. Zakhri Adha.
Anak pada keluarga kawan mama dan papa.
Menantu pilihan keluarga aku untuk aku yang dah berumur ni.
“Jomlah. Ingat semalam ajak saya jumpa nak makan
tengah hari dengan saya?” tanya dia
dengan suara merajuk.
Aku jongketkan bibir
sebelah.
“Merajuk?” soal aku ringkas.
Dia angguk dan menunduk
ke bawah dengan mata menjeling aku sesekali.
Kononnya nak nampak manja.
“Geli ar...”
Tawa Ayie pecah. “Saya bukan budak-budak nak merajuk. Bukan jugak perempuan. I am a man.
MAN!” tekan Ayie takut-takut aku
tak tahu dia ni lelaki.
Huh...
“Lunch sama. Boleh mula
langkah pertama berkenalan ke, apa ke.
Nak mesra-mesra tak sampai masa lagi...,” ajak dia bersama bersama
sengihan menakutkan.
Aku panggung kepala,
mendongak ke atas. Nak intai kepala Ayie
ni dah tumbuh tanduk ke belum dan
ternyata belum. Pheww... nafas lega
dilepaskan. Risau.
“Awak belanja kakak,”
suruh aku lantas aku gapai beg tangan dan terus menapak keluar tanpa
mempedulikan dia.
Baru saja kaki aku
melepasi pintu selangkah, muncul Juita dan beberapa orang staf yang lain. Masing-masing terhenti langkah kakii bila aku
terpaku di situ. Terkejut.
Kepala aku menoleh ke
belakang seketika dan ternyata, Ayie sedang merapatkan daun pintu bilik pejabat
aku.
Ohmai... apalah yang
diorang nak fikir pasal aku nanti. Rasa
nak merayu pada semua orang yang aku tak bersalah. Ini pertama kali. Pertama kali lelaki datang waktu makan tengah
hari. Biasanya pelanggan je. Tak pun aku dan Aryan atau papa. Ini... dia.
“Errr... awal
balik?” soal aku dan mengerling jam di
pergelangan tangan kiri.
1.30 petang. Bertekak
dengan Ayie sampai setengah jam juga.
Tapi ternyata, kelembutan dalam ketegasan aku ni tak mampu nak buat dia
mengalah. Tapi, aku pulak yang
tertewas.
“Tak makan pun,
cik. Saja pusing-pusing bawah mall ni
je.” Juita senyum. Yang lain juga sebelum mereka duduk di tempat
masing-masing.
“Oh...” AKu angguk beberapa kali tanda mengerti.
Terus kehilangan
kata. Biasanya aku petah juga dengan
mereka tapi disebabkan Ayie yang dah berdiri di sebelah aku, aku kelu. Terkedu.
“Err... baru nak keluar
makan dengan kawan ke, cik?” soal Rohayu
pula.
Kerani kewangan di
sini. Senyuman dia nampak lain
macam. Aku juga terasa janggal.
“A’ah tapi ini bukan
kawan. Lebih pada a...”
Tak sempat aku tamatkan
ayat aku tu, Ayie dah bersuara terlebih dahulu.
Menyampuk perbualan aku lagi.
“Hai...” Tangannya dilambai beberapa kali.
Diorang ni pulak,
ringan tangan membalas lambaian Ayie.
“Saya Ayie. Tunang Aryana.”
Aku ketap bibir dan
memejamkan mata. Dia dah up-gradekan
status antara aku dan dia. Baru kenal
semalam, terus dia rasa diri dia boleh jadi tunang aku.
Ohmai... apa awak buat
ni, Ayie?
Dia aku jeling
tajam. Memberi amaran tapi dia tenang
merenung soerang demi seorang staf aku yang ternyata dengan muka terkujat.
“Err... tak pernah tahu
pun?” sela Juita.
Aku senyum bila bola
mata aku dan Juita berlaga. Kemudian
tunduk kembali. Nak tengok drama apa
yang Ayie nak lakonkan nanti.
“Owh... baru balik dari
oversea dua tiga hari ni je. Ini pun
seminggu dua je. Tak habis belajar lagi
kat sana. Balik nak up-gradekan Cik Aryana
ni jadi Puan Aryana,” jawab dia sambil melirik pada aku.
“Yelah, tak pernah tahu
Cik Aryana dah bertunang?” tanya Rohayu
pula.
Aku sengih. Mati kutuk, kering kontang idea.
“Eh, tak apalah tak
tahu. Kami memang tak nak orang
tahu. Bertunang je pun. Elok disimpan. Kalau dah nikah nanti, wajib kami
hebah-hebahkan untuk mengelakkan fitnah.
Betul tak?” Ayie angkat kening
pada mereka.
Huh... boleh tahan juga
dia menjawab. Selamat aku buat masa
sekarang ni. Biarpun aku tak pernah
mendengar mereka kecoh tentang status aku yang masih bujang, tapi rasanya
mereka pasti pelik kenapa aku masih sendiri.
Hari ini biar mereka tahu yang aku sudah diikat biarpun dengan kadar
segera.
Tiba-tiba rasa nak
senyum manis pada Ayie dan ucapkan terima kasih berjuta kali sebab selamatkan
aku dengan jawapan yang matang dan bernas.
“Nanti, majlis tu kami
jemputlah, ya?” sambung Ayie.
“Kami pergi makan
dulu. See ya?”
Sempat dia lambai pada
mereka semua sebelum kami menuju ke pintu keluar dan terus kepada pintu
lif.
Pheww... nafas lega
terhela lagi bila kami sama-sama dalam perut lif.
“Thanks,” ucap aku
lega.
“What for? Kakak mungkir janji!” tekan Ayie tanpa memandang aku.
Aku kerutkan dahi. “Apa yang mungkir? Ayie yang tipu diorang, kan?” tekan aku mula rasa hangat dalam dada.
“Kata tak nak cakap
saya ni adik depan orang ramai tapi tadi tu...”
Bibir dia muncung.
Kali ini tak tahu
kenapa, aku tak boleh nak rasa menyampah.
Tiba-tiba rasa lucu memandang dia yang berwajah kelat. Mana pergi matang dia? Atau selama ni matang itu dibuat-buat saja.
“Dah memang kita tak
ada apa-apa hubungan lagi. Awak macam
adik kakak je. Macam Aryan tu haa...
tapi awak lagi muda. Tentulah kak bagi
tahu awak adik. Tak kan nak cakap awak
suami pulak?” selar aku dalam
kelembutan.
Biar dia rasa sedikit
terhiris.
Kepala Ayie menoleh
pada aku. Dia angkat kening tinggi. Bagai mencabar.
“Okey kalau macam tu...
semalam kakak ada deal dengan saya, kan?
Sebelum saya balik belajar kita nikah.
Senang nanti, kakak tak ada alasan lagi nak kata saya adik ke apa
ke? Boleh cedera jantung saya,” bebel
Ayie lalu dia keluar dari perut lif yang sudah sedia ternganga pintunya di
ruang legar.
Ohmai... Ayie?!
Kenapa suka buat aku
terlopong macam ni? Ayie... hati aku
menyeru dia minta dia berhenti melangkah dan berpaling.
Sungguh, dia mendengar
dan dia kalih. “Ini bukan main-main atau
cubaan. Ini betul-betul punya
permintaan. Deal is a deal. You promised me
last night,” sambung dia dan terus saja dia menonong melangkah.
Apa yang terkesan di
mata aku adalah, senyuman sinis dia.
~~> bersambung
Hati sya da cedera dek ayie ni...
ReplyDeleteSenyem meleret samba baca…like father like son:)
ReplyDeletebestnye cite ni..tak sbr2 nk tngu sambungan die..
ReplyDeletecedera juga jantung saya!!.. lelaki bujang muda belia cepat2 sgt nak menikah...
ReplyDeleteHahaha....cepat sambung, x sabarnyaa
ReplyDeletesengeh sorang sorang bace n3 nie...cute tgok si Ayie n Arya betekak...hahaha...Ayie ni noti,peel same mcm papa die...bestxxx :D
ReplyDeleteHomai..... still lg panggil KAKAK.... tp klu ayie yg panggil KAKAK mesti sweet kan ^_^
ReplyDeletesaya juga!!!ohmaiii..kak rehan next!!!!
ReplyDeleteohmai......senyum smpai ketelinga dgn telatah ayie nie..........
ReplyDeleteoh my!!! excited ni. tak sabar nak tahu cerita ni dgn lebih lanjut.
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhh...
huh..gambate abis dak ayie nih..chaiyok arrr...anak bapak dia nih...hhehe..
ReplyDeleteMacam papa Zaf ja... 1 minggu terus ajak kahwin.... hehehe
ReplyDeletebapak borek anak bintik-bintik ni.... hahaha
Mmg arr ikut spesis bapak dia zafran.... Klu dah berkenan, si sambar terus, tak kira dah... Kasih redah!
ReplyDeletesuka..suka ...suka....
ReplyDeleteohmai... rehan apa dh jadi nie... sweet la sgt2..tq rehan
ReplyDeleteexcited nak tahu kelanjutan cerita ni, anak ngan papa sama je... ^^
ReplyDeleteCaya lah kat RM ..mmg dah mulai cedera juga hati saya dek tersuka watak mereka nik.. bijak macam zafran ayi nik.. hehehe dah terbalik kesah chenta orang tua die dah.. apapun.. always waiting next n3.. cepat up eh RM ..
ReplyDeleteCaya lah kat RM ..mmg dah mulai cedera juga hati saya dek tersuka watak mereka nik.. bijak macam zafran ayi nik.. hehehe dah terbalik kesah chenta orang tua die dah.. apapun.. always waiting next n3.. cepat up eh RM ..
ReplyDeleteEh..yg citer psl zafran tu tajuk pe ek?
ReplyDeleteKerana sekali cinta
DeleteTq...nk bc skang hehe
DeleteDh baca.. suwiiittty sgt...hope ayie & arya lg suwittt beganda2 dr zafran ye k.RM ;)
DeleteKak RM nak lagiiiiiiiiiiii! Hehehe sweet sangat. (imah)
ReplyDeleteohmai...ohmai.... hehe...kelakar..
ReplyDeleteohmai..bkn setakat jantung je cedera... hati pun sama ooo...
ReplyDeletesweet la diorg..tak prasan pon beza umur tu..
ReplyDeleteohmyyy.. =)
ReplyDeleteohmai....
ReplyDeletesenyum ke telinga....
oh ayie...............
ReplyDeleteso sweet both of you...
arya, age is just a number
phewittttt.,....
ReplyDeletex sabo x sabooo...sok de x new n3....
ReplyDeleteKak Rehan...superbbbbb!!Ohmaiiiiiiiii!!!x lena tido dibuatnye..hehehe..keep it up kak..luv uuu...<3
ReplyDeleteayie mcm acuan zafran, zafrin, zayed n ziyad all together... brani, tegas dlm keputusan and semestinya lebih klakar!!!
ReplyDeleteCuma nak clear umur arya 27 jdi umur ayie 20 la klau ikut dr bab 2..entry yg amat besttttt nak n3 please RM....
ReplyDeleteayie oh ayie, degil dia ni mmg amik zafran n anaresa la
ReplyDeleteAmbik ko aryana...deal sgt kn...
ReplyDeleteayie tomey !! hehe
ReplyDeletelike father like son..... hahahhaha.... serious best cter nie... :)
ReplyDeleteAlahai......comel..
ReplyDelete