BAB 5
AKU
HULUR duit pada pelayan, Ayie tarik dan letak dalam beg tangan aku yang
ternganga.
“Biar
Ayie bayar,” ujar dia.
Aku
ceber bibir. Dalam hati berkata sendiri,
ada ke duit budak sekolah ni nak bayar harga aku makan. Ini dekat Hotel Quality okey. Tapi, bukan aku nak. Dia yang ajak ke sini sebab katanya nak
privacy sikit.
“Biar
kakak bayarlah,” tolak aku.
Ayie
pun menolak sama. “Ayie bayar...” Kali ini suara dia berubah tegas sikit.
Aku
ketap bibir. Kenapa pulak dah dia
ni? Rasanya masa makan tadi elok je
makan, lepas tu dia sengih cakap aku kena belanja dia sebab dia dah kepak
kepala bayar duit tiket pergi dan balik.
“Ayie
mesti dah kepak beli tiket return ke Jerman sana, kan?” tanya aku.
“Tu
papa belikan. Yang sekeping lagi tiket
keluarga pak su dan pak ngah sponsor.”
Selamba dia
“Errr...
sekeping lagi?” Dahi aku dah
berkerut. Jantung bagai kena palu lagi.
“Untuk
siapa?”
“Siapa-siapa
jelah...”
Dia
senyum dan meletakkan note RM50 sebanyak tiga keping di depan pelayan
tersebut.
“Owh...
Ayie nak nikah dengan kakak sebab parent Ayie suruh, ya? Lepas tu nak fly balik Jerman dengan awek
Ayie, kan? Kan? Kan?”
duga aku dengan jari telunjuk yang bergerak pada dia.
Ayie
sengih menyenget. “Kalau kakak tak nak
ikut,” selar dia.
Aku
telan liur. “Are serious, Zakhri
Adha?” soal aku berubah mendatar.
“Which
part?” Dia tongkat dagunya.
“Semuanya...”
Ya,
semuanya. Dari hal rancangan orang tua
kami, persetujuan dia, pelajaran dia, jarak usia kami dan juga kehendak dia
sendiri.
“Part
mana yang kakak rasa Ayie tak serius?”
soal dia kembali.
Aku
mengeluh tipis. “Ini soal masa depan
kita. Masa depan Ayie yang pasti...”
“Ayie
ingatkan kita dah capai kata sepakat semalam dan juga tadi. Tiba-tiba kakak ragu lagi eh? Sebab apa?
Umur Ayie?”
Cepat-cepat
aku angguk. Gila tak risau dengan jarak
umur kami. Boleh jatuh tersembam aku
dimain-mainkan budak ni nanti. Tercalar
kredibiliti Pengurus Projek syarikat papa.
“Ini
akan jadi satu masalah nanti, Ayie? Do you realize it? Atau Ayie saja buat-buat tak sedar? Kalau kata Ayie berminat, kakak boleh
kenalkan Ayie dengan Juita tu. Dia
bujang lagi dan rasanya baya Ayie...”
Dah
kenapa pulak dengan aku? Tiba-tiba nak
jodohkan calon suami sendiri dengan orang lain?
Huh... tapi, dah terlepas cakap, kalau Ayie setuju aku tinggal diam
sudah.
“Yang
tadi tu?”
Aku
angguk.
“Tak
naklah...”
“Sebab?”
“Cantik
sangat...” Dia senyum.
Eh,
ada pulak macam tu. Nak kata Juita lagi cantik
dari aku lah tu. Tapi apa ada hal. Cantik sikit-sikit sudah. Bak kata orang, sesedap mata memandang.
“Beauty lies in the eyes of the beholder...”
sela aku.
Ayie
senyum. “You got the point. Dah tu
kena nak sua bakal suami sendiri kat orang lain? Kalau nak sangat, lepas kita settle down,
kakak sign borang lain, Ayie naik pelamin sekali lagi. Okey macam tu?”
“Tak
okey!” Berkerut dahi aku menerima
kata-kata dia.
Dan
cepat pulak aku menjawab tak. Tak
pasal-pasal mengundang rekahan senyuman pada bibir Ayie.
“Tengok…
kakak sendiri tak suka…”
“Ya,
memanglah. Perempuan mana sudi
diduakan. Sebab tu kakak nak kira Ayie
kenal dengan Juita. Kira sesuai
bergandinganlah… tapi jangan duakan dia pulak,” pesan aku serius.
Nampak
macam ya je Ayie tu setuju bila aku bagi cadangan paling bernas ni. Air yang masih tersisa disisipnya
perlahan. Nampak macam tak cukup sampai
kering air dalam gelas tu pun dia dok sedut lagi hinggakan dah keluar bunyi
pun.
Malu
kat orang. Huh…
“Masalahnya,
Ayie suka yang macam kakak. Yang penting
matang. Ayie tak suka sangat nak
pujuk-pujuk perempuan ni. Kakak-kakak
Ayie tu sampai sekarang kuat merajuk.
Mengada lebih. Mungkin ni salah
satu sebab kenapa Ayie suka cari perempuan lagi tua dari Ayie kot. Tentang masa depan Ayie tu, kita bina
sama-sama. Lepas ni tak jadi masa depan
Ayie dah... masa depan kita. You and me. Aryana dan Zakhri Adha,” jawab dia panjang.
Aku
pandang bening mata Ayie. Nampak
ketulusan tapi tak cukup kuat untuk buat aku yakin sepenuhnya untuk pertaruhkan
hidup dengan dia.
“Kakak
bukan apa, Ayie... kakak tak nak satu hari nanti urusan perjodohan ni
menimbulkan masalah. Pada keluarga
kakak, memang nampak tak ada masalah. Pa
dan mama pun nampak berkenan sungguh dekat Ayie tapi kita pun tak kenal
rapat. Baru kenal dua hari…” Jari aku tegak dua batang di depan dia.
“…
sangat singkat, dik…”
Eh,
aku tekup mulut. Terlepas panggil dia
adik sebab aku memang memandang dia bagai seorang adik saja.
Ayie
menceberkan bibir mendengarkan aku memanggil dia adik.
“Adik? Erm… menarik jugak tu. Boleh je panggil adik ke apa ke
sekarang. Dah settle semua hal nanti,
Ayie naklah dengar kakak panggil Ayie macam mama panggil papa,” pinta dia
dengan mata yang sengaja dia kedipkan.
Langsung
tak menjawab soalan budak ni. Sekali aku
luku, terus gugur rambut dia tak tumbuh-tumbuh.
Dia tak tahu kot, sekali aku sekeh, terencat dia.
“Mama
Ayie panggil papa Ayie apa?”
“Abang…”
Huh,
laju je dia jawab.
“Dah
tu, kakak-kakak awak nak panggil saya apa?”
tanya aku geram.
“Arya
la…diorang tu kira kakak lah nanti.”
“Dah
tu, Ayie nak panggil adik kakak Si Aryan yang lagi tua daripada Ayie tu apa?”
“Aryan
la… elehh panggilan je pun. Tak
berbekas. Janji kedudukan Arya dan Ayie
dalam keluarga dua-dua belah pihak nanti…”
Huh,
serius dia ni pandai berkata-kata. Petah
sungguh. Ahli debat ke apa dulu ni?
“Such
a talker la Ayie ni…”
“Born
with it,” jawab dia bangga.
Aku
jelirkan lidah sedikit. Mula nak
meloya.
“Berbalik
pada apa yang kakak risau tadi, kan… pasal masa. Kita tak kenal lama. Keluarga kita dah kenal lama apa. Nak tahu tak rahsia Ayie, Ayie ni lagi
percayakan keluarga daripada diri sendiri.
Since mama dan papa percayakan kakak, Ayie sekali ganda percayakan
pilihan diorang,” putus dia.
Positif
sungguh budak ni.
Aku
picit pangkal hidung. Berbalam pandangan
masa ni. Perut dah kenyang tapi kenapa
aku rasa masih lapar. Lapar nak makan
orang. Nak makan budak depan aku ni buat
satay atau Ayie golek. Huh…
“Payah
betul nak buat Ayie faham, kan?”
“Sama
lah… payah jugak nak buat kakak faham.”
Dia membidas tenang.
Kemudian
dia bersandar pada belakang kerusi.
Rata-rata orang dah mula beransur keluar. Yang aku risau pulak sekarang, ada ke duit
nak balik. Hehhh..
Jam
sudah menginjak ke angkat dua lima belas.
Dah lepas waktu dah.
“Tak
apalah, Ayie… kita balik dulu. Kakak nak
masuk kerja dah ni. Ayie mesti nak keluar dengan kawan-kawan kan, jarang-jarang
balik Malaysia. Nantilah, ada masa,
berjodoh kita jumpa lagi dan kita cuba faham diri masing-masing, okey?”
Waktu
ni aku dah bangun. Nak gerak dah
sementelah pula pelayan tadi dah datang bagi duit baki pada Ayie yang juga dah
bangun sama.
“Tak
keluar dengan kawan pun…,” selanya.
Aku
toleh pada dia. “Special eh?” tebak aku.
Dia
menggeleng jugak.
“Mama…
dia ajak beli barang untuk hantaran.”
Buk…
beg tangan aku jatuh ke kaki. Rasa tak
ada kudrat tiba-tiba nak pegang beg tangan tu.
Terkaku bagai patung yang bernyawa.
Ayie
tunduk mengutip beg tangan aku dan bila dia mencangkung kemudian mendongak
memandang aku, rasa gemuruh dalam dada.
“You are really serious, kan Ayie?” soal aku saat kami berdua tercegat berdiri di
depan pintu masuk hotel.
Dia
angguk tak menanti lagi. “Damn serious, Aryana…” tekan dia sangat
tegas dalam suara yang begitu datar.
Tiada
lagi kakak pada panggilan dia. Bila dia
memanggil aku Aryana, rasa gegak gempita dalam dada. Bagai gendang kuat dipalu.
Mata
bertentangan mata. Jiwa bagai
berbicara.
“From
now on, I want to call you, Arya. Just
like others… okay?” soal Ayie serius.
Aku
terkulat-kulat tak terkata. Terkejut pun
ya.
“Boleh
tak?” tekan Ayie.
“Tapi…” Aku nak bantah tentang isu dah mula aku rasa
basi. Isu umur.
“Kalau
pasal umur tu, pass… tak nak cerita lagi pasal tu. Percaya pada keluarga kita, okey? Arya?”
pinta dia memangkas kata-kata aku.
“It is really awkward, Ayie…”
“Tak
ada apa yang pelik, Arya… treat me as a
man. You will find there’s nothing weird,”
ujarnya.
Ayie
sedikit berubah sekarang ni.
PINTU
bilik mama aku ketuk beberapa kali. Bila
aku dengar suara mama memberi izin untuk masuk, aku tolak daun pintu
perlahan-lahan. Papa pun ada bersandar
pada katil, membelek buku di tangan dan buku itu adalah novel.
Minat
papa dari dulu. Mama pula nampak sedang
menghadap laptop di sebelah papa. Tak
ada kerja lain, pastilah sedang membetulkan manuskrip yang dihantar oleh
penerbit.
“Kenapa,
Arya?” soal mama.
Dia
senyum. Pembacaan papa juga
terhenti.
“Nak
tolak Ayie ke?” sela papa telus.
Aku
merengus pada papa. Ada ke cakap macam
tu.
“Tak
adalah… Arya ada hal nak tanya sikit.
Saja nak cari kepastian. Kot-kot
papa dengan mama tahu,” ujar aku.
Papa
tepuk tilam di depan dia, minta aku duduk di situ. Mama yang sedang berlunjur menarik kaki dia
dan memasang simpuh, duduk rapat pada bahu papa. Buku yang ada di tangan papa, diletakkan di
sisi.
“Best
ke novel tu?” tanya aku bila melihat
novel yang punyai kulit warna biru dihiasi dengan kuntuman bunga ros dan juga
telapak tangan yang menadah kuntuman ros itu.
Bagai menadah setitis kasih sayang.
Huh,
aku pula dah buat tafsir tentang novel tu.
Tajuk tak perasan pun.
“Best
jugaklah… papa dah lama tak baca novel ni.
Dah tua-tua ni ubah minat baca buku-buku ilmiah la pulak. Tapi, dah mama highly recommended, papa baca
jelah kejap. Papa ni, baca cerita
sesiapa pun cerita mama jugaklah yang melekat di hati,” puji papa dan dia
melirik pada mama.
Aku
rasa… haiiii… romantis sungguh orang tua aku.
Bila agaknya aku nak macam ni.
“Tapi,
kenapa papa tak bagi Arya menulis?”
Papa
dan mama berpandangan. “Sebab mama
untung ada suami yang suka membaca. Arya
nanti, kalau tak dapat suami yang suka membaca, jenuh Arya kena sekat. Lagipun, dunia penulisan sekarang ni dah
macam dunia artis. Mama dulu pun kemain
kena kejar dengan peminat. Papa tak suka
Arya lalu perkara yang sama. Lagipun, nanti papa bersara, bolehlah Arya,
Aryan dan Ayie uruskan syarikat tu.
Kalau tak Arya, siapa lagi, kan?
Kebetulan Arya belajar bisnes, Aryan engineering dan Ayie tu pun
sama. Lengkap dah tu…”
Aku
mengangguk-ngangguk berkali-kali. Mula
mengerti perancangan papa untuk masa depan kami. Apa yang aku banggakan, papa langsung tak
usik syarikat atuk dan nenek. Semua tu
pak long yang uruskan. Syarikat yang ada
ni, diusakan sendiri dengan susah payah yang katanya, bermodalkan bayaran
royalti mama sepanjang mama menjadi penulis.
Cumanya,
teringat pada Aryan, dia ada impian hendak merantau. Tersekat juga. Macam aku sudah lama reda. Aryan tu, nak ke dia reda.
Teringat
pasal Ayie pulak, macam tak ada pilihan lain.
Mama pernah pesan, cari orang yang cintakan kita, yang sayangkan
kita. Bila sampai waktu, Allah akan buka
hati kita untuk menerima, mencintai dan menyayangi dia kembali sebagai mana
telah Allah fitrahkan.
Tapi,
sungguh ke Ayie?
“Pasal
Ayie tu, Arya curiga sikit.” Okey, aku
dah mula nak luah rasa hati ni.
Mama
dan papa diam. Nampak tekun
mendengar.
“Kami
tak pernah kenal tapi dia setuju macam tu je… macam ada benda tak kena. I smell something hanyir, pa… ma…”
Papa
buka kopiah di atas kepalanya. Dia
memandang aku kemudian dahi dia berlapis sedikit memandang mama. Hati aku mula la curiga lagi. Serius bau hanyir makin menyengat.
“Kenapa
Arya fikir macam tu pulak?” tanya mama.
Tak
menjawab dulu, aku mengesot sedikit ke belakang dan merebahkan tubuh di depan
mama dan papa. Selesa. Letih hari ni. Sepagian tak buat kerja, dah petang baru
terburu-buru nak siapkan semua. Mujur
demam dan selsema dah baik.
“Yalah…
dia muda ma… bukan setahun atau dua tahun tapi dekat tujuh tahun. Malu pulak rasa bila Ayie mengaku tunang
Arya tadi dekat ofis. Mujur rupa dia tak
nampak macam umur dia. Kalau tak…
hai…” Menggeleng aku mengingatkan
tingkah Ayie siang tadi.
Tu
belum lagi sikap dia masa kami lepas makan tadi. Paling senang dia cakap…
“Ayie
tak hantar Arya naik ofis. Tahu naik
sendiri, kan? Nak lintas jalan tu,
tengok kiri, kanan, kiri… Ayie balik dulu.
Assalamualaikum.”
Itu
saja pesanan dia dan dia terus menapak menuju ke arah Pertama Kompleks. Tak tahulah dia datang dengan apa.
“Kalau
uncle Zaf, aunty Resa dan Ayie sendiri tak kisah, apa yang menyebabkan Arya nak
kisah?” Suara papa bergema dalam
telinga.
Aku
mendongak pada papa.
“Mahu
Arya tak kisah. Papa tahu kan anak papa
ni umur berapa sekarang? Orang tak
mengata ke nanti?”
“Aryana…
mengata apa? Apa yang kurang pada Arya
papa ni? Sekarang masa yang elok untuk
Arya settle down. Nabi dengan isteri
baginda pun berjarak. Tapi, Khadijah
angkat Rasullullah sebagai seornag suami dan menghormati baginda lebih dari
segalanya. Papa tak kata Arya jadi
sehebat Khadijah. Tak mampu kita nak
saingi isteri baginda tapi Arya boleh contohi Khadijah,” nasihat papa.
Aku
angguk. Banyak kebenaran. Umur hanya angka. Kalau Ayie tulus, aku sudi nak terima. Lagipun, aku dah hampir masuk ke angka tiga
puluh tinggal beberapa tahun je lagi.
Sementelah pula, aku mana ada kawan istimewa. Teman lelaki dan teman wanita biasa tu
ramailah.
Yang
lelaki, pun macam yang Aryan kena. Sebab
aku cucu Tan Sri dan anak pada Encik Mohd Mukhlis yang berjaya dan Puan Anahara
yang glamour tu.. Ayie pulak, kalau papa dah bagi pelepasan,
bermakna dia memang okeylah. Kot…
“Kalau
dia nak Arya sebab Arya ni anak papa?
Dia mungkin fikir Arya ni pewaris papa…”
Papa
gelak tiba-tiba. “Dah memang Arya
pewaris papa nanti. Tapi, Ayie tak macam
tu. Keluarga dia pun kaya apa. Uncle Zaf tu pun dah ada syarikat consultant
apa. Isteri dia tu pensyarah tau. Adik-adik Uncle Zaf tu semua berjaya. Tak silap yang nama Zafrin tu berpangkat
jugak dekat Sime Darby tu. Isteri Zafrin
tu pun pensyarah. Yang bongsu, Zafrina
tu doktor tau. Suami dia yang Doktor
Zayed tu la…”
Habis
papa korek pasal ahli keluarga Ayie.
“Kalau
kata apa-apa jadi dekat papa pun, papa lagi percayakan Uncle Zaf tu jaga
keluarga kita tau… tapi, sekarang ni nak rapatkan hubungan lama. Eratkan yang mana dah dekat. Kalau pasal umur, papa rasa tak ada
masalahlah…,” sambung papa lagi.
Mama
pula tarik tangan aku. “Arya tahu kan
Ayie balik kejap je. Dalam dua minggu
je. Lepas tu dia nak final dah. Kalau kata setuju, nak langsung terus atau
tak, terserah pada Arya. Mama yakin,
Ayie tak memaksa…”
Aku
tak tahu buat apa melainkan angguk, angguk dan terus angguk. Macam mesin dah. Tekan set ‘angguk’… aku pun angguk
jelah. Huh…
Bak
kata Ayie, dia lebih percayakan keluarga daripada pilihan sendiri. Agaknya aku macam dia juga. Selama ni, tak pernah bantah kata-kata mama
dan papa. Apa salahnya kali ini pun aku
ikut juga. Hikmah di depan hari kita tak
tahu.
Pantas,
aku bangkit. Tangan mama dan papa aku
paut. Bibir aku mengulum senyum. Senyuman bertenaga. Bersemangat.
“Arya
lebih percayakan pilihan mama dan papa daripada pilihan Arya sendiri.”
Okey,
aku pinjam kata-kata Ayie siang tadi.
Tapi, apa ada hal. Yang baik aku
sebarkan.
Mama
dan papa mengangguk. “Yakin?” soal mereka hampir serentak.
“Kalau
ma dan pa yakin?”
“Dua
ratus peratus yakin,” jawab papa dan mama peluk aku erat.
Aku
sengih pada papa yang sedang mengusap kepala aku. Hendak dibandingkan dengan Aryan, memang papa
sayangkan aku lebih. Bila aku tanya, dia
kata aku lahir dalam kesukaran biarpun adanya aku ini adalah kerana cinta dan
kasih dia pada mama.
“Kakak…”
Pelukan
terlerai bila Aryan menegur dengan muka mencebik pada aku. Sejak kes hari tu, langsung tak sempat nak meluku kepala dia.
“Apa?” tanya papa.
“Aryan
panggil kakak. Ada call untuk dia,”
jawab Aryan dan terus saja keluar dengan muka merajuk sebab ma dan pa sayang
aku lebih.
“Arya
turun dulu eh…,” pinta aku sambil menyusur turun daripada katil.
“Tidur
awal sikit. Sepertiga malam bangkit,
solat isthikarah. Itu keputusan yang
tepat,” pesan mama lembut sebelum aku rapatkan daun pintu.
Ibu
jari aku tegak bersama seulas senyuman.
Mama memang cool. Padanlah papa
sentiasa hot.
Kaki
aku laju menuruni anak tangga mendekati meja di sisi tangga hendak mencapai
gagang telefon. Aryan yang sedang
bergolek di atas sofa aku pandang.
“Aryan
merajuk ke?” soal aku.
“Pasal
apa?”
“Ma
dan pa sayang kakak lebih…”
Dia
jengulkan kepala dan mencemik. Buat muka
busuk.
“Tak
mainlah merajuk…” Kemudian dia kembali
menonton televisyen. Konon letih lepas
pergi meeting dengan papa siang tadi.
“Hello?” Sapa aku bila teringatkan gagang yang dah
melekap ke telinga.
“Arya.”
Ayie? Malam-malam ni pun call buat apa?
“Ayie
nak apa?”
“Nak
Arya…”
Gulp…
aku menelan liur berkali-kali dengan jawapan Ayie yang aku rasakan cukup tak
munasabah.
~~> bersambung
RM akan edit balik nanti. baiki umur untuk dua2 watak neh... ejaan, grammar dan semua2 lah. for the time being, puan pruf read RM busy... dia tak sempat nak jenguk lagi. sorry for any inconvinience eh..
tang salah ejaan umo tu blkang kira karehan..crita ni ttp best..nak lagi nak lagi
ReplyDeletetengok kiri, tgk kanan tgk kiri, lintaslah debgab selamat
hahaha.kat Jerman pun ada iklan ni eh?
>>k<<
Rasa mcm mlm ni sya akn tdur lena bertemankan si Ayie dlm mimpi. Haha...
ReplyDeleteCite karehan memey xkan mengecewakan saya.
Kak next n3 hehehe. Bestttttttt
ReplyDeletewalaweii..meremang bulu roma untk sesaat. hahaha.
ReplyDeletesyabas sis rehan. kekeke :)
nak lagiiiiiiiiiiiiii
ReplyDeleteBestnye,rm cepat2 ye siapkn. Fighting..
ReplyDelete'Kecairan' sngat kt Ayie yg matang itu...
ReplyDeletethey complete each other
haaa. kan dh dtg matang ayie tu....aweet ayie.. tq rehan
ReplyDeleteBestla rm. Keep up the good and freshh idea of writing style. Kami pembaca akan trus sokong dan doakan yang terbaik buat rm
ReplyDelete"Born with it"...hehhehe i like
ReplyDeletebest! =)
ReplyDeleteSonok citer ni lain drpd yg lain rs comel je ayie ni hehehehe.... lelaki matang yg sangat manja
ReplyDeleteni mcm konfem blk jerman berdua dh nih.. suke2.
ReplyDeletebling bling bling jerrr bila baca n3 SAK....sudah jatuh cinta dgn ayieee.....
ReplyDelete-sab-
tersenget2 mulut tahan senyum..heh..nakal sungguh dak ayie ni..
ReplyDeletesian aryan merajuk dier..
ReplyDeletebaik anak2 mama ngn papa ni..
mendengar kata..
Bersemangat betul Ayie nak kan Aryana....
ReplyDeletesemoga berjaya.... kami mendoakan.... hehehe
cool pasangan hot... hanyir di mana2...
ReplyDeleteRasanya rm bg la perbezaan umur yg kecil.ni 7 tahun jauh sgt at lest 2 tahun ok la kot.apap pun best.
ReplyDeletehehe..CooL!but buat lh knflik ckit kak rehan..mcm sng sgt arya nk stuju...buat2 jual mhl ckit..hik3...bru thrill!!yeayyy..go goo kak rehan..luv...:)
ReplyDeleteSetuju juga akhir nyer....
ReplyDeletekak RM..Cpt la sambung lg...hehehhe..mmg terbaikk la..
ReplyDeleteKk rehan... Nk next n3 plisss
ReplyDeletenak ayie n arya gak ...hehehe
ReplyDeletebestnya...n3 kak rehan..pleseee...cepat! excited nie..
ReplyDeleteArya kne 'bguru' ngan uncle Zaf...care2 bcinte ngan budak skolah...:D
ReplyDeleteBestnye cite ni... Klu bley nk cerpen jgak, bley x k RH
ReplyDeletebest >_< x tau nk ckp ap dah slain ckp best hahahha :)
ReplyDeletebest..nyer... rasaanyer RM dah masuk part anak2 plak kan, anak2 watak dalam novel2 sebelum ni.. suka sangat... citer dia menarik
ReplyDeletehaha..habis suma salasilah nama2 dlm nvel k.rehan kluar..best la..bnyak btul idea.. :D
ReplyDelete