BAB 7
“NAH... cuba,” suruh
Ayie sambil meletakkan dua bekas cincin di depan aku.
Dia silang kaki dan
bersandar kekenyangan depan aku. Licin
makanan dia. Aku juga masih ada sisa
sikit dan kejap lagi baru aku habiskan.
Nak tengok cincin dia
beli dulu.
“Ni beli semalam?”
Dia angguk. “Mama pilih.
Ayie ikut je.”
“Siapa bayar?”
“Ayie la... untuk bakal
isteri sendiri, tak nak nak suruh ma dengan pa sponsor. Tak thrill...”
Aku cemikkan
wajah. Dalam hati menjawab jugak. Dah kau tu budak sekolah, act la macam budak
sekolah. Nak jadi dewasa sangat tu kenapa.
Tak tahu gamaknya, bukan seronok mana pun jadi dewasa kalau tak pandai
bawa diri. Masalah bertimpa-timpa.
“Waa... kaya betul
student seberang laut sekarang eh? Ayie
kerja ke kat sana?”
Dia sengih dan
angguk.
“Kayalah Ayie. Banyak dapat gaji?”
“Bolehlah nak bermewah...,” tukasnya dalam senyuman yang
singkat.
“Bukalah tengok. Tak cantik, kita buang ke lombong, Ayie bawak
Arya beli lain. Arya tinggal pilih
je. Ayie sanggup bayar,” ujarnya.
Aku bulatkan mata dan
menyengetkan kepala. “Wohoo...
dasyat-dasyat. Mesti bodek pa dengan ma
Ayie kan bagi duit banyak-banyak nak ayat saya, kan?”
“Huh? Ada pulak macam tu? Buat apa nak ayat Arya pakai duit pulak? Bukan keluarga Arya dah kaya-raya ke? Rasanya duit Ayie ni bukan apa-apa pun tapi
as a man. A MAN...,” tekan dia takut aku
tak tahu lagi dia memang lelaki.
“... Ayie ada pride
Ayie sendiri lah untuk Arya. Lagipun,
Ayie tak mengayat Arya pun. Kalau betul
Ayie mengayat, Arya rasa terayat ke? Ayie
tengok macam tak je... kejung, kaku, beku je.
Masih rasa Arya layan Ayie macam adik,” akui dia jujur.
Aku naikkan kening
sedikit. Sungguhlah tu. Memang ada masa aku rasa dia mengayat tapi
tak adalah jiwa berkocak.
Kira boleh tahan
lagilah dengan budak ni. Ada masanya
memang rasa dia adik. Entah bila boleh
layan dia sebagaimana MAN yang dia katakan tu.
Kena kahwin segera ke sebelum dia berangkat ni? Jadi ke?
Sungguh ke?
Aku tarik kedua-dua
kotak baldu tersebut. Wow... nak pakai
cermin mata hitam boleh tak sebab silau sangat.
Bercahaya.
Aku sengih dan menarik
kedua-duanya lantas aku sarung ke jari manis kiri dan kanan. Dua-dua sekali. Sekali cuba.
“Sedang elok...”
“Mama knows your size well...” Sengih bangga.
Aku senyum senget. “Mama awak ke mama saya?”
“Both...”
Eleh... nak jugak
dia.
“So, apa cerita hari ni pulak?
Sebab Ayie, saya dah dua hari tertanggung kerja. Dahlah Aryan tak masuk ofis tolong papa,”
ucap aku sambil membuka kembali cincin tersebut dan diletakkan pada tempatnya.
Mata aku menjeling juga
sesekali. Nak puji depan Ayie cincin tu
takut dia riak pulak. Nak tanya harga,
takut dia kata aku demand pulak.
“Tak ada cerita... saja
nak kenal-kenal sebelum akad nikah minggu depan,” jawab dia.
Aku tongkat dagu
menadah wajah ke langit yang membiru dan juga bumbung kedai yang berwarna coklat
gelap. Lepak santai di ruang kaki
lima. Selesa.
“Sungguh ke kita ni?”
Ayie sengih. Angguk dan menongkat dagu juga.
“Dah nikah nanti, kena
ikut Ayie pergi Jerman ke apa?” Hal ni
pun aku tak fikir lagi.
Satu hal lagi
tertinggal untuk otak aku fikirkan. Dah
kahwin, tak apa ke dia kat Jerman dan aku dekat Malaysia?
“Arya tak nak
ikut?” Dia memang. Suka soal aku kembali bila aku menyoal.
“Kalau tak ikut?” duga aku.
Dalam hati sebenarnya
aku nak ikut. Nak berhenti kerja dan
biar je Aryan uruskan. Bagi Aryan kahwin
dan dia dengan isteri dia terajui Muhara Teguh Sdn. Bhd. milik nama papa dan
mama tu.
Kat sana nanti, boleh
gali balik impian yang dah lama terkubur tu.
Papa tak tahu janji Ayie mengerti
dan mengizinkan.
“Arya tinggal dekat
sini. Tapi, Ayie tak boleh nak balik
selalu, tau...”
“Jauh... are you okay with that?”
Ayie senyum dan
angguk. “Kita kahwin sebab orang tua,
satu hal. Tapi, at least kita cuba menerima diri masing-masing, kan? We are
not trial and error. So, kita cuba jaya. You
need your space, so do I... kita perlu masa untuk sesuaikan diri lepas kita
nikah nanti. Atau Arya fikir lain, Ayie
tak tahulah...” bicara Ayie berubah serius.
Wajah dia pun kian
dekat dengan wajah aku memaksa aku menarik diri ke belakang, melepaskan tangan
di bawah dagu dan bersandar pada belakang kerusi kayu itu.
Aku pegang straw dan
aku sisip sedikit ice lemon tea yang masih separuh berbaki. Wajah Ayie aku pandang sekilas sebelum
melemparkan pandangan jauh ke tengan lautan
manusia yang lalu lang.
Rasa macam sekejap je
tapi perangan ini benar-benar mendapat restu dan reda Tuhan. Kerana itu, perjalanan untuk aku dan Ayie
membina masjid lancar. Tak ada yang
terhalang. Hanya rasa kurang yakin dalam
diri aku je yang mengatasi terus menerus keyakinan Ayie.
“Apa yang Arya
fikir?”
Aku menjeling dia. “Ayie rasa?”
“Fikiran Arya, manalah
Ayie nak tahu kalau Arya tak cakap.
Sebab tu manusia ni perlu komunikasi berkesan. Ayie terima je apa-apa kehendak Arya tapi
jangan kata tak nak sudah... boleh demam pa dengan ma kat rumah tu. Pak ngah dan mak su sekeluarga dah
kecah-kecah tu haa nak jayakan majlis kita, tau,” pesan Ayie risau.
Aku sengih dan
menggeleng. “Tak adalah... ma dengan pa
kat rumah tu pun dah kecoh-kecoh jugak.”
Tapi, entah apa aku
fikir dan entah apa aku rasa. Nak luah
pun tak tahu apa. Sebab rasa fikiran
sangat kosong. Empty...
“Pasal umur lagi?”
Aku geleng. Itu papa dah pujuk. Termakan pujuk dah pun.
“Kenal Ayie tak
lama?”
Pun aku geleng. Itu pun Aryan dah tolong aku sedapkan hati
aku ni.
“Habis tu? Takut Ayie sia-siakan Arya dengan perangai
jiwa muda Ayie ni?” tebak dia.
Kali ini aku tegakkan
tubuh. Rasa tepat bidikan Ayie. Jari jemari menggenggam sesama sendiri. Sedikit menggeletar.
Ayie angkat
kening. “Betul ke?”
Aku gigit bibir. Kepala mulalah fikir bukan-bukan dan
macam-macam lagi. Buatnya sungguh, macam mana nasib aku?
“You will not, won’t
you?”
Ayie sengih mendengar
soalan gagap aku tu.
“You are a gift,
Aryana. Jujur, Ayie tak rasa Arya lagi
tua dari Ayie... raut wajah, sikap dan ada masanya, nampak manja tu... how old
are you actually?” tanya dia dengan
wajah yang semakin dia dekatkan dengan muka aku.
“Jangan tanya
umur. Kan Ayie dah tahu...”
“Yeah, tahu... tapi tak
rasa Arya macam umur sekarang ni. Rasa Arya lagi muda daripada Ayie...”
“So?!” Kening aku naik tinggi.
“Let’s us get
marry. Okay?”
Yakin suara dia. Raut dia dan juga penampilan dia biarpun masih dengan jeans lusuh yang agak
londeh.
“Kena bincang lebih
serius ni,” tukas aku meredakan gendang dalam dada.
Sikit lagi Ayie buat
muka macam tu, rusuk aku patah sebatang demi sebatang dek paluan gendang
ni.
“Okey... silakan. Memang Ayie datang sebab tu pun. Mama nak Ayie tanya Arya sendiri, berapa
hantaran Arya nak? Kalau kata Arya pun
tak tahu, Arya kena ikutlah hantaran yang Ayie bagi nanti...” Dia berkata-kata setelah meregangkan tubuh
tegaknya tadi. Turut sama bersandar..
“Oh, hantaran eh?” Aku ketuk pipi dengan jari telunjuk.
“Dua puluh ribu, Ayie
ada?”
Bulat mata Ayie. Sikit lagi nak keluar daripada soket.
Aku senyum. Budak sekolah. Mana mampu dan aku pun tak adalah tak
munasabah langsung nak minta macam tu sekali.
Macam jual diri pulak.
“Hutanglah macam
tu. Ayie bayar ansur-ansur. Boleh?”
tanya dia serius.
Aku ledakkan tawa. Main-main sungguh dia ni. Ada ke patut aku yang cute dan matang ni dia nak bagi hantaran secara
ansuran. Bila nak kaya?
“Lambatlah saya kaya
nanti...” sela aku serius.
Ayie nampak telan
liur. “Arya serius ke nak dua puluh ribu
tu? Rupiah ke apa?”
Berkerut dahi aku. Rupiah buat apa? Aku dok Negara mana?
“Kita kat
Malaysia. Ringgit Malaysialah...”
Tangan Ayie menyentuh
dahi. Dia lap peluh jantan di dahi
dia. Heh, padan muka. Selalu kenakan aku. Sekali aku kenakan dia, berpeluh terus.
Mata Ayie melilau ke
kiri kanan. Barangkali dok cari idea
manalah nak cekau duit ni. Aryana mesti
gila. Mata duitan. Hantaran kemain mahal.
“Kalau tak ada,
tundalah tunggu Ayie kerja best-best dulu... kumpul dua puluh ribu tu tapi masa
tu rasanya saya up lagi jadi tiga puluh, atau empat puluh... mungkin,” usik aku
lagi.
Wajah tak payah
cerita. Sehabis serius aku tayang. Dalam hati aku tergolek-golek gelak.
“Parahlah macam ni... Ayie
sekolah lagi. Nak cekau duit banyak-banyak
kat mana? Tak kan nak minta ma dengan pa
sponsor kot... Arya suka ke Ayie
berhutang keliling pinggang nak bagi hantaran dekat Arya?” tanya dia bersungguh-sungguh.
“Hutang dengan
bank?”
Dia tunjuk diri dia dan
menggeleng. “Tak layak...”
“Dah tu...”
“Lintah darat?” Kening Ayie naik.
Aku jegilkan mata. Huh, cari penyakit. Budak Ayie ni serius pulak dia aku
main-main.
“Ayie ni main-main
eh?” duga aku bila aku nampak dia sengih
saat aku tayang wajah terkejut.
“Arya main-mainkan Ayie
dulu... padahal Ayie serius...”
Huh... nak melompat
jantung aku keluar tadi.
“So, kali ni
betul-betul bagi jawapan. Berapa?”
“Berapa Ayie ada?”
Dia garu kepala. Jari-jemari dia mengira-ngira. Nampak macam banyak duit simpanan sangat
ni. Teruja aku. Tiba-tiba mata timbul $$$.
Lama tu, Ayie
geleng. “Cukup-cukup untuk tamping Ayie
belajar...”
“Huh, dah tu beria
fikir. Membazir imaginasi je...”
Sekali lagi Ayie
ketawa. “Imaginasi tu mana
membazir. Ikutlah nak berangan banyak
mana pun. Tapi sungguh ni, Ayie tak ada
duit sangat. Ma dengan pa nak bantu tapi
Ayie tak naklah. Kalau Arya minta dua ribu ke Ayie adalah lagi...” Sengih kambing.
Aku tegakkan dua batang
jari. “Dua ribu?”
Dia angguk dan aku
senyum. Tak adalah lahap sangat duit
tu. Bak
kata Ayie, mama dengan papa aku sendiri dah banyak duit. Sekarang ni bukan duit jadi masalah untuk aku
tapi hubungan kami ni.
“Duit hantaran kira
pass... saya tak nak fikir. Ayie pun
belajar lagi dan saya tak kejam mana.
Ini haa...” Aku tunjuk pada bekas
cincin yang ada di atas meja.
“... entah berapa pulak
harga dia Ayie belanjakan. Nak saya
ganti ke? Nanti tak cukup duit belanja
pulak. Tentang duit hantaran tu, Ayie bayar
some day la... dalam bentuk lain pun boleh.
Hantaran je pun. Bukan mas kahwin,”
ujar aku optimis.
Sengih Ayie melebar.
“Satu sen pun tak
nak?”
Aku angkat bahu. “Bukan tak nak langsung, satu hari nanti saya
tuntutlah duit hantaran saya tu berapa yang Ayie nak bagi. Ada faham?”
Ayie meraup wajah. Mengucapkan Alhamdulillah, tanda syukur. Lepas azab nak cari duit kat mana
agaknya. Aku memang senang. Kalau nak wayang sangat, minta papa tulis cek
lima puluh ribu pun boleh. Tapi, bak
kata Ayie, dia ada pride sendiri dalam hubungan kami. Aku pun
malas nak kata apa.
“Duit bukan
masalahlah...” Aku memutuskan begitu
akhirnya.
“Apa yang lagi penting?”
tanya dia. Kening dah terangkat
dua-dua belah. Hehh...
“Ayie rasa apa? Borang permohonan dah kena submit ni kalau
betul nak cepat. Barang-barnag lain
suruh je ma siapkan. Persalinan,
biasa-biasa sudah. Ready made
banyak...”
Lagi senang aku nak
fikir. Eh, bukan ke aku ni nikah sekali
seumur hidup ke? Dah kenapa ambik mudah
sangat? Tak nak grand-grand ke? Tapi, kata pa dengan ma ikut suka aku. Macam inilah aku suka.
Sementara aku terbuka
hati, terkuak jiwa ni, baik sekarang. Karang,
aku ke mana, Ayie ke mana, mama dengan papa kami dua-dua belah ternganga.
“Itu yang Arya rasa?”
“Habis tu, bukan kita
nak nikah koboi, dik oi...” Adik lagi
aku panggil dia.
“Pada Ayie yang penting
adalah hati Arya sendiri.”
Ohmai...
Jawapan dan kata-kata
Ayie tu boleh buat aku bau setanggi syurga.
Hilang terus bau hanyir selama ni.
Serius budak ni dididik untuk menjadi kaki ayat paling berjaya dalam
dunia.
Kalau orang lain
dengar, boleh jadi rebah tersungkur. Cair
macam aiskrim kena jemur panas. Tapi aku,
Aryana... nak cair tu payahlah jugak. Melainkan
hati rasa agak kembang. Rasa macam dia
ma dengan pa. Janji aku bahagia tapi
dalam masa yang sama, permintaan tu dah jadi bentuk arahan.
“Kali terakhir Ayie
tanya.”
Aku tersentak. Ayie bersuara lagi.
“Arya benar-benar
sudi? Reda? Terima seikhlas hati?” soal Ayie dengan kening naik tinggi.
Mata dia redup
memandang aku. Dia tolak gelas yang dah
kosong tu ke tepi. Menongkat siku di
atas meja. Menyulam jari-jemari kasar
dia.
“Ayie nampak macam adik
ke pada mata Arya?” soal dia lagi.
“Atau nampak macam tak
layak nak jadi seorang suami?” Sekali
lagi soalan dia bergendang dalam telinga aku.
“Tak pun rasa Ayie tak
layak berada di sisi Arya?”
Banyak kemain soalan. Okey, aku terdiam. Bukan apa.
Tengah buat timbang tara nak jawab yang mana satu dulu daripada bersusun
soalan yang dia bagi.
“Banyak sangat soalan,”
gumam aku menunduk.
“Jawablah satu
persatu. Kita tak rushing pun. Ayie tunggu ni. Jawablah...,” giat dia sambil menongkat pipi
kembali.
“Err... okey...” Aku pegang selendang sedikit. Membetulkan letak duduk selendang yang aku
rasa senget.
“Saya sudi that’s why I
am here.” Satu soalan aku jawab.
“Saya sudi dan haruslah
saya reda dengan ketentuan hidup saya.”
Soalan dia terus aku jawab.
Mata kami
bersabung. Ayie mengecilkan
pandangan. Eleh, tak percayalah tu.
“Sungguh ni. Lagipun, pasal adik ke apa, saya perlu masa
sikit. Macam Ayie cakap tadi, saya
perlukan waktu nak terima semua yang telah, sedang dan bakal terjadi
nanti. Especially, you. As long as you know who you are, a MAN...” Aku tekan perkataan MAN tu.
“... going to be a
husband, soon... sudah tentu Ayie layak berada di sisi saya. Cuma saya risau saya tak layak untuk
Ayie. Nanti bukan apa, tak segan ke nak
kenalkan saya dekat kawan-kawan Ayie.
How old is your wife? What are
you going to say? Older than me...
ohmai...”
Aku pegang kedua-dua
belah pipi buat mata terbelalak ke atas.
Bagi contoh ayat siap dekat Ayie ni.
Nak kata dia gugup,
langsung tidak. Tapi terus saja dia
gelak besar.
“Skrip tu siapa punya
sebenarnya?”
“Your friend... of
course...”
“Tapi, itu keluar
daripada mulut Arya apa... don’t worry la, sister. They won’t ask. Ini Ayie lah... tiap-tiap yang Ayie pilih
untuk diami hati ni, adalah yang tersangat istimewa dan errr...”
Aku redupkan pandangan
menentang mata Ayie. Dia sengih dan garu
belakang kepalanya. Kolar baju T
dibetulkan sedikit sebelum dia menyambung.
“Dan pemilik mutlak
seluruh jasad dan hati Ayie...”
Aku tepuk dahi dan
menggeleng. Gila tak budak ni? Aku rasa dia ni pergi belajar dengan William
Shakepear mungkin? Atau kalau melayan
puisi gubahan A. Samad Said? Huh, gila
berjiwang. Kalau aku ni ais dah lama
cair. Tapi mujur aku ni iceberg. Degil sikit.
“Salah oranglah nak
mengayat...” sela aku mencebir.
“Mana ada ayatlah...
itu pengakuan la, cik kak. Tak reti nak
beza ke?” sembur dia.
Automatik, aku angkat
tangan tunjuk penumbuk. Ayie
ketawa.
“Berani tumbuk Ayie?”
“Heh, ingat saya
penakut ke?”
“Yeah... sangat
berani. Nak tahu Arya ni betul-betul
berani ke tidak, kita tunggu wedding night kita nanti...”
“Wow... wedding night?” soal aku teruja.
Mata Ayie
mengecil. Aku ketawa halus.
“Seronoknya. Tak dapat lagi
ni. Waa tak sabar,” ujar aku sedikit
terjerit dan wajah yang gatal tambah
teruja.
Gatal tu saja nak
kenakan Ayie dan teruja tu memang aku teruja.
“Aryana, are you
okay? Errr...”
“Kenapa? Tak teruja ke? Saya kemain teruja tunggu wedding night tu
tau...”
Jatuh rahang budak Ayie
ni. Terkebil-kebil dia pandang aku. Agaknya dia dah dilanda wabak kuning dalam
kepala. Otak dia pun tercalar salah
faham dengan ayat yang memang aku nak suruh dia salah faham.
“Fikir apa, Zakhri
Adha?”
Ayie telan liur bila
aku menyoal.
“Mesti otak awak dah
carik, kan? Eii... geli ar... wabak
kuning menular awak ni...” Aku
menggeleng dan berdecit.
“Salah ke Ayie fikir
kuning tu? Siapa buat otak Ayie calar?”
“Not me, okay? Saya cakap pasal buku terbaru Sophie
Kinsella. Dah masuk MPH ke belum
eh. Tajuk dia Wedding Night. Wow... nanti bagi hantaran buku tu sebuah eh?” pinta aku dengan wajah buat-buat comel.
Giliran Ayie pulak
tepuk dahi.
“Aryana!” jerit dia dan aku bangkit dan ketawa.
Meninggalkan dia yang
masih terjerit-jerit memanggil aku.
“Such a manipulator ...”
Aku angkat tangan tanpa
memandang dia.
“Born with it...,”
jawab aku.
Aku kalih dan Ayie
senyum mengenyitkan mata.
~~> bersambung.
Sekali Ayie terkena.. hehh... serve him right huh?! LOL
hahaha...terkena bang bang boom dh ayie ni
ReplyDeleteBestnya..tahniah ya sis..teruskan berkarya
ReplyDeletesooo cuteeee..
ReplyDeletewow! best sesangat. huhuhu. padan muka ayie. hoho!
ReplyDeletekan da kena. hehehe.
hahaha...ayie terkna...
ReplyDeleteBestnya kak... Nak lagi
ReplyDeletesetiap cerita xpenah mengampakan.. Memamg ditunggu-tunggu setiap hari.. keep i up..
ReplyDeletePS : Melting dgn Ayie nieh, ;)
Arya nie comeii2 je wataknye...
tq RM..
##menghampakan.. :)
DeleteFirst time nk komen,best semua crte rm semoga berjaye dan dpt mghsil kn novel2 yg best lg
ReplyDeleteSoo sweet ... TQ RM u betul betul taip laju eh.. Sayang RM ketat2
ReplyDeleteOh Ayie....
ReplyDeleteSaya terbayang wajah cute Choi Minho lak..hahahaha
hehe...tp not bad la kalau ayie bahasakan arya kakak pun... ecececeh.... sweet sbg adik adalah.. haha
ReplyDeleteHehe..kan da tkena..
ReplyDeleteTk sbr tngu ayie dan arya kawin.
ReplyDeletesuka.....ayie dn aryana sempoi...
ReplyDeleteHahaha..blh tahan gak ayie ni
ReplyDeleteAyie terkono....hahahahah...
ReplyDeleteArya dah bau setanggi syurga tu...
harap dipermudahkan urusan mereka berdua ni.
ha..kan dah kena....comel jer citer nie
ReplyDeletehahaga...kelakar..
ReplyDeleteborn with it. ahaks. :)
ReplyDeleteAkak best sgt this story.. Next story pulak buat citer aryan n auni.. Mesty best kn..
ReplyDeletewawawa.. pdn muka ayie! :D
ReplyDelete-athirah-
Ha..ha...ha... Sekali sekala usik budak tu.. Gementar dia sekejap..chaiyokkk Arya!
ReplyDeletehahaha..ambik hang ayie..
ReplyDeletearyana pun ada bakat mengenakan org tau =D
hahaha..
cpat2 la dorang kawen..nak ikut g Jerman
ReplyDelete>>k<<
fuyooo..Ayie mmng gentleman lh straight je xconer2...best RM..^_*
ReplyDeletenie mini or wat
ReplyDeleteayie si comel hahahahah :) serious comel hahaha
ReplyDeleteBest.......
ReplyDeletesangat seronok kak RM .hehe next entry pleaseeee :) :)
ReplyDeletehahaa...jgn nk main2 dgn pompuan yg matured, kn da trkena...sambungggg lg
ReplyDeletesalam cik writer.
ReplyDeletenak tanya ni, blog awak ni tak mobile-friendly ke?
hehe. tanya je. baibai.
amekaw...hehhee....
ReplyDeletesuweeet..
ReplyDeleteni siapa yang otak kuning... adik ke kakak...hehehe
ReplyDeleteBEST SGT2... GOOD JOB RM....
ReplyDeleteHuh..sekali ayie terkena...hmmmm...hangitttt... chaiyokkkk la aryana...
ReplyDeleteRM...mmg class u :-)
Shida Halim