Wednesday, June 05, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 30

USAI makan malam.  Aku pandang Ayie, dia pandang aku.  Tangan masing-masing belum berbasuh.  Sama-sama angkat tangan kemudiannya,  Ayie sengih tipis. 
“Arya tahu tak?” 
“Tahu apa?”  Serentak itu, kening pun terjongket. 
Dah macam tabiat yang tak boleh nak elak.  Kalau menyoal, kening mesti naik.  Apa nak buat.  Kejadian azali lagi. 
Ayie tolak pinggan ke tepi.  Dia dekatkan wajah dia dengan wajah aku. 
“I love you.” 
Hah?
Terjegil mata aku dengan sendirinya.  Kemudian, Ayie ketawa dan terus bersandar pada belakang kerusi dengan tangan kiri menggendang meja. 
Senang hati sungguh.
“Lawak eh?”  tanya aku kurang puas hati.
Tadi dah masuk musim bunga dah hati aku biarpun di luar sana nampaknya suhu makin menurun.  Ini terus disimbah sajli.  Beku terus bila dia ketawa.
Ayie angguk.  “Lawak tengok muka teruja Arya…” 
Aku ketap bibir.  Terus aku angkat tubuh dan pinggan kotor ke sinki.  Ayie  hanya memandang dengan senyuman yang masih tak  lepas. 
“Sungguh, Ayie teruja…”  Dia mengulang.
“Stop it…”  Aku melarang.
Ayie bangun menolak kerusi.  Lepas tu dia terus menghampiri tempat aku berdiri.  Bila aku buka kepala paip, dia pun sedang hati tadah tangan kotor dia.  Sebelah tangan lagi singgah di bahu aku dan aku rasa tubuh Ayie semakin rapat di belakang aku. 
Dada aku mula nak berdebar tak tentu hala.  Dulu kat Malaysia, bunyi kerja-kerja piling pun aku boleh dengar bunyi kompang… sekarang ni usah kata kompang.  Dah macam bunyi gendang perang.  Tinggal nak bunyikan semboyan je.
“Tolong Ayie cuci tangan…,”  bisik dia.
“Basuhlah sendiri.  Nah... sabun.”  Aku angkat botol Crabtree and Evelyn tu dan aku picit tepat di atas telapak dia. 
Tapi, dia tak memberi tindak balas.  Kaku macam tu jugak.  Menanti aku cucikan tangan untuk dia. 
“Cucikan…”
“Tangan sebelah lagi buat apa?”  soal aku mengerling dia sedikit. 
Ayie tak jawab.  Sebaliknya dia pindah kedudukan tangan dia tu jatuh ke pinggang aku dan dipeluknya erat.  Jadi, tahulah aku rupanya tangan dia ada kerja lain.  Nak tak nak, aku pun basuhkan tangan kanan dia daripada kesan makanan. 
“Dah bersih…”
“Lapkan…” 
Aku pandang dia, dia sengih.  “Lapkan…”  Dia ulang. 
Aku capai kain putih di hujung dapur dan terus mengelap tangan dia.  Dah kering, aku letak kain di tempat asal. 
“Dah siap… Arya nak basuh pinggan…”  Aku bersuara.  Datar.
Ayie ketawa halus.  “Merajuk?” 
Aku diam.
“Merajuk ni, kan?” 
Aku masih diam.  Yalah, siapa tak merajuk?  Ada ke cakap cinta lepas tu gelak.  Lawak?  Apa yang lawak?  Seronok kenakan aku dengan kata-kata cinta?  Suka nak jual beli jiwa aku ni?
Tangan masih mencuci pinggan yang dua biji tu.  Lepas dah siap, aku letak atas penyejat dan tangan aku tolak tangan Ayie yang memeluk pinggang aku.  Malas nak cakap dengan dia.  Tengah-tengah mood orang berbunga, ada ke dia pergi cantas.  Tak elok betul.
Ayie mengikut langkah aku ke ruang tamu. 
“Merajuk ni…”  Dia membuat rumusan lagi bila aku tak jawab apa-apa. 
Bila aku labuhkan duduk di atas sofa putih bersih itu, dia pun sama.  Tapi, kaki dia naik berlunjur di atas meja kopi.  Remote dicapai dan TV terpasang. 
“Pandai merajuk sekarang?” 
“Born with it!”  Aku menekan geram.
Tapi seperti biasa, Ayie ketawa macam tak ada apa-apa. 
“Ayie gurau jelah tadi.  Tak ada lawak pun.  Arya sangat comel dengan muka terkejut macam tu.  Serius comel,” puji dia membetulkan keadaan. 
“Sorry eh…” 
Aku jeling Ayie.  “Tak nak dah dengar Ayie cakap cinta ke love ke leibe ke…” 
Tawa dia  yang dah reda tu meletus semula.  “Kenapa?  Tak sampai dekat hati Arya ke?”
“Sampai tu sampai, tapi cepat beku.  Tak sempat nak nikmati…”  Aku pandang dia dan sengih plastik. 
Ayie dah beralih kedudukan.  Sebelah lutut dia dah tindih peha aku.  Satu lagi dah jatuh atas karpet putih bercorak merah hati. 
“Kalau macam tu, bukan kat sinilah,” ujar dia.
Aku kerutkan dahi.  “Merepek eh?” 
“Mana ada…”  Ayie geleng menafikan.  Wajah serius.
Aku dah pandang siling.  Tak tahu nak pakukan pandangan kat mana.  Rasanya wajah dah merah.  Bila aku jeling, aku nampak Ayie buat muka tenang, serius dan tak ada perasaan.  Dia ni, dia dah buat muka aku macam kena tadah bawah matahari pada suhu 40 darjah Celsius, dia boleh buat muka tak beriak macam tu?
“Sungguh ni!” 
Aku pandang dia.  Tiba-tiba sungguh? 
“Err...”  Aku garu belakang leher.   “You should rest.”  Sengih.  Cuba untuk bangkit tapi Ayie sambar pergelangan tangan aku.
Mata kami berpandang dan nampak dia ketap bibir, menahan tawa yang bakal terledak.   Aku dah kehilangan kata. Ayie tepuk sofa di sebelah dia, memberi isyarat mata sekali untuk aku terus duduk.
Bila aku dah duduk kemas di sisi dia, tangan Ayie naik menyentuh rambut aku yang jatuh ke pipi.    
“Ini hukuman merajuk tadi.  Ayie gurau pun merajuk sampai macam ni.  Arya ni kenapa?  Rindu Ayie eh?”  Dia sengih menduga. Mata dia kembali menatap pada skrin televisyen.
Aku ceberkan bibir.  “Eleh… padahal Ayie rindu Arya, kan?” 
“Yeah… I miss you damn much.  Apa nak buat ni?”  Dia terus tarik bahu aku.  Kemas dan kejap. 
“Tapi, serius... Ayie sangat suka usik Arya lepas tu tengok muka Arya macam kena sun burn.”  Dia gelak lagi. 
Aku redupkan pandangan seketika sebelum bibir aku kembali mengoyak senyum.  Serius, usikan dia ni boleh buat hati aku libang-libu.  Rasa tak muat dada aku nak tahan hati yang kian mengembang bila dia ada di sisi. 
Aku pandang sisi wajah Ayie.  Nak senyum tapi malu.  Jadi, hati jelah senyum lebar dan mulut diketap rapat-rapat tak nak terzahir senyuman malu aku ni.  Melihatkan dia tak lokek dengan kata-kata sayang dan cinta, hati aku mula rasa ada keberanian sikit.
“Love you too…”  Perlahan dan sangat perlahan ayat itu aku ungkapkan buat pertama kali ni dengan mata melihat pada skrin leper TV.  Tak berani nak pandang Ayie. 
Pertama kali aku berani berkata begitu pada dia.  Pertama kali juga pada seorang lelaki.  Pertama kali setelah kami diangkat menjadi suami dan isteri.  Pertama kali dan Ayie kena tahu tu. 
Ayie tolak bahu aku.  Laju.  Mata kami bertentangan lama bila dia paut wajah aku ke kanan.  Menatap dia. 
“You?” 
Aku sengih.  “Me what?” 
“Ulang balik.”  Ayat dia tu dah berupa arahan.  Bukan permintaan.
Aku buat tak tahu kemudian mengalihkan mata pada televisyen yang entah channel dan cerita apalah yang ditayang.  Dalam bahasa Jerman dan Ayie pulak tak buka subtitles. 
“Ulang balik,” suruh dia sekali lagi.
“Arya cakap sekali je.  Ayie tak dengar, bukan salah Arya,”  tolak aku berdalih. Mata kembali menonton.
Malu you nak sebut semula.  Ingat senang ke aku kumpul kekuatan nak sebut perkataan keramat tu.  Sebelum ni pada keluarga je aku katakan itu.  Ini pada dia.  Ya dia…
“Baby…”  Ayie mengeluh merayu.
Huh, nak gugur jantung aku.  Bergetar seluruh badan bila dia menghimpit tubuh dia pada aku sisi aku.
“Hadoi… letih hari ni.  nak masuk tidur dah la.  Ayie pun pergi rehat.  Esok nak sekolah lagi...”  Aku tepuk peha Ayie sekali dan terus bangkit tapi Ayie pantas tarik tangan aku. 
Gedebuk…
Okey, aku jatuh ke riba dia.  Tiba-tiba rasa segan bila dia kemas raih pinggan aku. 
“Say it… or I won’t let you go…,” ugut Ayie.
Aku beranikan diri melawan kata-kata dia.  “Kalau macam tu, kita tidur macam nilah… Ayie nak kuliah esok…”
Dia sengih.  Killer grin.  Dah lama tak tengok.  Aku dah telan liur yang rasa segala perasa. 
“I don’t care… Ayie nak dengar sekali lagi.  Baby…”  Ayie merengek lagi.
Tak dapat tidak, aku hela nafas mencari kekuatan semula.  Dia bukan boleh. Kalau dah melekap macam ni, entah bila dia nak lepaskan aku. 
Aku apit pipi Ayie dengan kedua-dua belah telapak tangan. 
“Love you…”
Ayie geleng.  “Lain…”
“Apa lagi?”  Pelik aku.  Itulah yang aku cakap tadi.  Nak cakap apa lagi. 
“Cakap lain.”  Dia menggiat.
Aku sengih akhirnya bila faham apa yang dia mahu aku katakan. 
“Arya cintakan Ayie…” 
Ayie pejam mata, ketap bibir dan benamkan wajah dia pada bahu aku.  Pelukan semakin kemas.
“Say it once again…”  Ayie berbisik.
Sudah… budak ni dah kemaruk.
“Arya cintakan Ayie…”  Aku pun ulanglah jugak. 
“Once again…”  Ayie angkat wajah dan pandang aku. 
Renungan dia aku balas seadanya.  Senyuman tipis aku hadiahkan.  Dah kenapa dia ni?  Tak cukup ke?  Aku dia cakap sekali pun aku dah boleh terima dan adapt. 
“Dah empat kali.”  Jari aku naik empat batang.  Siap dengan sinis pada hujung bibir tapi wajah Ayie serius.
“One more…”
“Told ya… you won’t ask for more…”  Aku ingatkan dia kembali kata-kata dia beberapa hari lepas kata kami di Tiergarten. 
Ayie masih dengan wajah serius dia.  Dia geleng. 
“One more…”  pinta dia untuk kali ke empat. 
Aku pegang pipi dia sekali lagi dan menggeleng dalam senyuman.
“Say it… out loud.  Once…”  Suara Ayie mati.
Tak sempat dia nak habiskan kata-kata dia, aku matikan bicara dia.  Buat pertama kalinya aku sentuh bibir lelaki itu. 
Ayie pegun bila aku jauhkan wajah kami. 
“Is that enough?” 
Dia kedipkan matanya sekali dan akhirnya, dia juga senyum. 



AKU menghantar emel pada mama.  Rindu sungguh pada ma, pa dan Aryan.  Entah apa khabar Muhara tanpa aku.  Tapi, aku yakin pa mampu dengan bantuan Aryan.  Entah apa pula khabar keluarga Ayie. 

   You have an email.

Suara pada notebook Ayie berbunyi.  Cepat-cepat aku klik pada sampul surat  yang terbang masuk pada dada skrin laptop.  Mama.  Aku lebarkan senyuman.  Cepat mama balas.  Nak ber skype, internet macam kurang okey pulak hari ni.  Ayie pun bukan ada.  Pergi kuliah.  Kejap lagi akan balik kalau ikut jadual biasa dia. 

Waalaikummussalam, anak mama sayang.
Muhara a bit busy.  Seems like Aryan tak boleh nak perform as good as Arya tapi dia rajin belajar.  We missed you.  Pa kata kalau semua deal baru dengan customer tu okey, dia nak ajak we all bercuti ke Berlin.  Ma harap Arya dan Ayie sihat.  Ma sibuk sikit sekarang.  Kami semua sihat.  Pasal hal Ayie tu, ma dah bagi tahu keluarga Ayie.  Diorang syukur sangat.  Tapi, ma dan pa mertua Arya pesan, bawak balik cucu nanti… hahaha.  So, how’s live?  Macam mana Arya dengan Ayie?  Okey?  Hal Khai tu macam mana?  Beri pertolongan ni biarlah sedaya upaya.  Kalau kata dah habis usaha tapi masih temui jalan buntu, biarlah dulu.  Allah ada.


Aku senyum tawar membawa coretan balas daripada mama.  Muhara nampak macam ada masalah.  Papa dapat projek baru nampaknya.  Biasanya permulaan projek ni, nak deal dengan pelanggan amatlah payah.  Aku benar-benar harap Aryan tak letak semua beban atas bahu papa. 

Ma, regarding Muhara, just trust Aryan.  Arya dah ajar dia banyak benda dulu.  Risau jugak tapi Arya benar-benar percayakan Aryan.  Dia boleh.  Tentang Ayie tu, thanks ya ma… sayang mama.  Kami sihat je.  Sangat sihat cuma Ayie busy lately.  Kuliah pagi petang.  Tentang kes kawan dia tu, Arya dah cuba dan akan terus mencuba sementara berpeluang.  Nampak macam boleh nak terima tapi akhirnya, macam tak.  Entah…

Aku mengeluh tipis sebelum menyambung.  Rindu sungguh.

I miss Malaysia.  Lain kot kat sini.  Biarpun ada Ayie tapi serius Arya rasa lain.  Tapi, bila tengok dia ketawa, Arya rasa lega.  Rasa happy dan syukur sebab ma dan pa terima pinangan mama Resa dan papa Zaf dulu.   Dan pasal cucu tu, kami akan usahakan eh… J

SEND. 
Aku tongkat dagu.  Lega bila mampu berbicara dengan mama biarpun hanya dengan perkataan bisu macam ni.  Setidak-tidaknya dia ada untuk aku.
“Rindu Malaysia?” 
Aku kalih ke belakang.  Ayie.  Bila dia sampai.  Tak dengar apa pun derap tapak kaki atau bunyi pintu dibuka ke?
Aku tarik tangan dia dan bersalam.  “Bila sampai?  Tak dengar apa pun…” 
Ayie sengih.  “Arya ralit sangat kot sembang dengan mama.  Itu tak perasan.  Ayie sampai masa Arya tengah taip, rindu Malaysia.”  Suara Ayie nampak macam jauh hati sikit kat situ. 
Aku pusingkan kerusi dan pegang tangan dia.  Beg galas dia melurut jatuh ke kaki. 
“Nak makan?” 
Dia geleng.  “Dinner.  Tadi baru makan.” 
Aku angguk mengerti.  Dia tarik tangan aku agar berdiri dan terus sama-sama berlabuh di birai katil.
“Arya rindu Malaysia?” 
Aku angguk.  “But I miss you more…”  Ayat beli jiwa yang ikhlas daripada hati.
Ayie sengih tawar.  “Kita balik.” 
Ayie buat lawak.  Aku ketawa.  “Mana boleh.  You are in the middle of term.  Macam mana nak balik.  Ayie ni…” 
Dia sengih dan garu kepala.  “Ya tak ya… tapi Muhara ada problem ke?” 
Aku jongket bahu.  “Masalah kecil je kot.  Aryan ada…” 
“Eh bukan mamat tu tak suka bisnes ke?  Beria cakap dekat Ayie tak nak kerja dekat Muhara tapi maaflah, Ayie sambar kakak dia, terpaksalah dia bantu papa Mukhlis uruskan Muhara eh?”  Ayie gelak sudahnya.
Aku pun.  Lucu bila dia berbicara tentang kawan dia.
“Biarlah.  Arya dah ajar banyak dulu…” 
“Tapi kan…dia nak travel. Macam kesian pulak tak lepas impian…,” komen Ayie. 
Aku diam memikirkan tentang Aryan.  Jangan sebab tak suka, dia nak rosakkan masa depan Muhara.  Mengamuk pa nanti. 
“Tak tahu dah nak pujuk dia macam mana lagi.  Dia uruskan Muhara sebab terpaksa.  Arya tahu tu…tapi…” 
“Biar Ayie cakap nanti… seperti mana I asked him for your  hand long time ago…” 
Aku kerutkan kening.  “Long time ago?” 
Bila masa pulak dia cakap macam tu dekat Aryan dan budak Aryan tu tak ada cakap apa-apa pun.  Tak pernah terbit nama Zakhri Adha walaupun sekali selama ni.
Dia angguk.  “It’s about the time to break the secret.” Ayie telan liur sebelum menyambung.
“Long ago, when I was just 17… Ayie pernah rumah Aryan.  Masa tu kakak dia dekat USA kata Aryan.  Ayie jatuh suka pada Arya dengan gambar keluarga yang tergantung dekat dinding.  Sejak hari tu, Ayie tak layan mana-mana perempuan sampaikan Aryan and the gang cakap Ayie tak betul, but they never know… Aryana’s name, already in my heart and now, in my hug.” 
Aku melopong.  Tujuh belas tahun dah pandai jatuh suka dekat aku?  Dia tak tahu ke  umur aku masa tu berapa.  Dua puluh empat tahun.
“You’re kidding me…” 
“Nope…”  Ayie geleng.  “Ayie tahu masa tu Aryan cakap Arya 24 tahun.  Ayie tahu sebab tu dengan mudahnya bila ma dan pa nak pinangkan seorang Aryana binti Mohd Mukhlis, Ayie just say yes yes yes and yes.  Mujur tak lompat je golek-golek je…”
Longlai rasanya seluruh tubuh aku kalau Ayie tak paut pinggang aku kemas-kemas. 
“Dah tu kenapa tak mengaku daripada awal…”
Ayie gelak.  “Tak thrill la kalau bagitahu awal-awal.  You have to love me in return baru Ayie cakap.  Jadinya sekarang, dah puas hati dengan penantian.  I love you too… ever and ever…” 
Aku ketawa dan terus ketawa.  Serius aku rasa nak ketawa sampai air mata aku meleleh.  Aku rasa nak peluk ma dengan pa sekarang jugak sebab pujuk aku dulu untuk terima Ayie. 
“Tadi Ayie nampak parents kita minta cucu ke apa?”  soal dia nakal.
Aku geleng laju-laju.  “Mana ada…” 
“Ayie pergi baca baliklah emel Arya tadi…”  Ayie cuba bangkit hendak mendekati notebook yang masih terbuka.
Aku paut tangan dia laju-laju buatkan dia kembali terduduk di atas katil, dekat di sisi aku.
“Jangan jadi stalker eh… itu private Arya dengan ma…” 
“Dengan suami sendiri pun…”
“Yeah… women’s chat…”  Aku ketawa. 
Ayie paut bahu aku agar kami sama-sama rebah di atas katil dan kepala aku berbantalkan lengan dia. 
“Letih hari ni.  Ayie ada dua tahun lagi sebelum balik Malaysia.  Arya nak buat apa dalam tempoh dua tahun ni?” 
Aku tepuk dahi.  Baru teringat bila Ayie cakap tentang ni.  Aku ada cakap dekat mama tapi lupa nak beritahu Ayie.
“Nak kursus bahasalah…”
“What kind of languages?” 
Germany…”
Ayie gelak.  “Takut kena bahan dengan Ayie lagi eh…” 
“Yeah… karang senang, Ayie ngumpat Arya pun, Arya boleh faham…”  Aku mendongak sikit pada dia.  Bibir dia terceber dan mata dia mengedip sekali.
“Menarik tu.  Bila nak mula…” 
“So soon…” 
Nanti Ayie tolong carikan kelas yang pengajar dia fluent English.  Nanti payah nak communicate awal-awal ni…”  cadang Ayie.
Aku angguk setuju.  Ayie angkat kaki tiba-tiba.  Diluruskan sedikit ke udara. 
“Cer angkat kaki Arya,” suruh dia. 
Dah kenapa pulak aku kena angkat kaki.  Tak ada kerja ke dia?
“Kenapa?”  Tapi, aku angkat jugak. 
Aku pandang kaki aku dan Ayie.  Warna kaki aku putih daripada kaki dia.  Tapi jari kaki dia lebih panjang daripada aku. 
“Sekarang ada dua pasang kaki, dan dua puluh jari-jemari… You and me…”  Ayie sengih. 
Aku kerutkan wajah.  Yalah, kalau dah terlebih bilangan, itu dah kira istimewa.  Tapi semuanya normal.  Sepuluh jari masing-masing. 
“Esok-esok akan ada tiga puluh pasang jari-jemari pelbagai saiz pulak…”  Ayie menyambung.
Aku jatuhkan kaki dan meniarap menentang wajah dia yang masih terlentang lepas. 
“Kaki alien eh?”  duga aku sengih tapi Ayie menggeleng.
“Anak kita…” 

Aku telan liur.  Dia sedang serius.  Aku tahu.

~~> bersambung

RM cakap : Sorry la guys... saya usik blog saya... akhirnya jahanam.. Ni dah repair sikit.  hehh.. lain kali saya repair balik la.  Apa2 pun terima kasih.

49 comments:

  1. Kaka Rhan cute lah blog akak. saya suka tapi hati tetap cair dengan ayie...

    ReplyDelete
  2. anak kita ?... so sweet !!
    bestnya.. hehe

    ReplyDelete
  3. nak baca agak terganggu...heheh SAK 30 best tapi tula..gangguan dekat tulisan tu tak berap anampak nak kena tengok dekat2. gambar tu kawaiiii

    ReplyDelete
  4. RM...cantik sangat blog ni....akak suka...tapi macam susah sikit nak baca perkataan kat sebelah kanan tu...tapim bagus juga boleh buat senaman mata supaya lebih tajam...haha..
    EynaLynn

    ReplyDelete
  5. wahh..sweet nye ayie..suka sangat bab ni! nak lagi! >.< btw,,akak suke cite sungkyungkwan scandal eh? sy pon! Yoo Ah In sexy ♥

    ReplyDelete
  6. waduh waduhhhhh saya makin melting lah dengan ayie niii.

    ReplyDelete
  7. sungguh daku jatuh cinta ngan couple ni sweet sangat

    ReplyDelete
  8. cute la rehan...xpe nampak fresh. Alamak dah cair dgn budak2 dua orang ni..so sweetttttt..x sabar nak tunggu ending. A good piece my dear.

    ReplyDelete
  9. RM...THX FOR THIS N3... TP X LEH NAK BACA TULISAN SAMA COLOR DGN BACKGND

    ReplyDelete
  10. makin hari makin jath cinta dengan arayie...tq RM

    ReplyDelete
  11. how sweet...... hahahhahah..... comel la ayie serious :D

    ReplyDelete
  12. anak!.. hergestellt in Deutschland!..

    ReplyDelete
  13. sya lbh ska blog dlu sbb msa bca tak ada gangguan. apapun best dn trskn bkarya. sedar tak sedar sya dh bli 3 bku rehan dn sntiasa tak puas dbaca. keluarlah ceta apapun kt blog msti sya ikuti

    ReplyDelete
  14. Wpn xijau....ttp dikunjungi....demi arya n ayie...emmmm...besttttt......nk jenguk2 lg...n lg....n lg....

    ReplyDelete
  15. huhu makasih RM!

    sayang ketat-ketat!!

    tak sabar menantikan arayie junior!!!

    comel la cara ayie melihat hubungan dia dgn arya...

    omo! im meltinggggggg!!!

    ReplyDelete
  16. Anak2 ? Hi hi hi...mmg terrer merancang la Ayie nih

    ReplyDelete
  17. rumah baru ni celaru sikit sbb akak ni rabun
    best n3 ni..'esok2 ada 30psg jari jemari pelbagai size pulak....' suka ayat ni comel

    ReplyDelete
  18. dh sebut2 bab baby plak...hehehe..x sbr...

    ReplyDelete
  19. xpa, biar blog x ijo dh, tp tetap ada arya n ayie...

    ReplyDelete
  20. Haila...bace bab nie wat org melting +blushing...xtaw da nk cmmnt ape..psngan yg trsgtlah suwit..

    ReplyDelete
  21. tukar colour font je kot cik penulis.
    penat mata nak bukak luas2 baca.

    ReplyDelete
  22. comel je kak rehan guna background sungkyunkwan scandal...ape2 pon, arayie ni comeellll sangat2

    ReplyDelete
  23. Sweetnya.. Ayie! Dapatkah sediakan cucu sebelum balik Malaysia? hehehe

    ReplyDelete
  24. SAbar jelah...

    Ptt tak boleh bukak tadi...hihi.

    ReplyDelete
  25. ohmaiiii.... like 30juta kali... :D

    ReplyDelete
  26. Adoi. .X sabar tak tunggu dibukukan...mesti best

    ReplyDelete
  27. Sweet sesgt.best giler Rm.tq .karya Rm mmg menyengat hbis.nak lagi.

    ReplyDelete
  28. mesti dapat punya klu ada rezeki...ada 2 tahunkan..bole buat 2 tu..

    ReplyDelete
  29. camner nak baca ni... tak nampak wording..
    RM - pls tukor.. pls pls pls

    ReplyDelete
  30. Rupa blog dah macam gambar Ayie ja.... hehehe
    Insyallah 2 tahun tu ... boleh ja kalau nak anak...hehehe
    rupanya dah lama Ayie ada hati kat Arya... saja nak duga hati Arya kan Ayie baru besttttt...

    ReplyDelete
  31. hijau is better...calm....tp ini pun ok, cm ggu pembacaan cket...cket jer...kihkihkih...hopefully, rehan makhtar pun update arayie 31 soon...hehehehe

    ReplyDelete
  32. serius comel blog RM skrg nie..cute2 blake..mcm arayie..hehehe..

    ReplyDelete
  33. tdk apa2 lah kak RM...
    tema blog akk ni bagus... hehehehe

    cepat sambung yee kak ;)

    ReplyDelete
  34. hehheheheehhe....ohsem :) comel je arya and ayie (^_^)

    ReplyDelete
  35. yezzz..usaha dpt bby cepat2..gehgeh..emm..RM, prefer blog ijao lg ler..cam bes jer mata nengok kaler ijao..

    ReplyDelete
  36. x kisahlah rupa blog camana pun.....janti ARAYIE tetap ada......

    ReplyDelete
  37. RM..ape da jdi ngn blog ijo.mcm kureng jer blog RM skrg ..x ceria....... homai.. but RM mmg fantastik n bombastik dgn arayie ni.....

    ReplyDelete
  38. Ayie mmg sweet talker..
    adehh...sgt comey mereka berdua..
    anak dorang sok mesti start A jugak..
    super cute...

    ReplyDelete
  39. kak RM episod yg seterusnya biler plak nk kluar?? :)
    hahahha dh x sabar plak nk tau kesudahannya...hehee

    ReplyDelete
  40. aduhai cik rehan...from left - ayie ; iedza ; khai ; & arya...wakakaka...blh balik dgn senang hati!!!

    ReplyDelete
  41. hurmm.. 2thn tu nak tunggu ayie abes belajar..
    sempat kot dorg bawa balik arayie junior
    utk papa zaf & mama resa..papa mukhlis & mama ana.. ;)

    deabak! Rehan.M

    ReplyDelete
  42. Kak Rehan, nak request boleh, lepas ni buat cerita pasal Aryan pula pleaseeeee hehe

    ReplyDelete
  43. mmh setuju la dgn kata2 org diatas...manis kottt...

    ReplyDelete
  44. ommaaa..i'm in love with the story~~~~

    ReplyDelete