“Arya tahu tak?”
Dah macam tabiat yang
tak boleh nak elak. Kalau menyoal,
kening mesti naik. Apa nak buat. Kejadian azali lagi.
Ayie tolak pinggan ke
tepi. Dia dekatkan wajah dia dengan
wajah aku.
“I love you.”
Hah?
Terjegil mata aku
dengan sendirinya. Kemudian, Ayie ketawa
dan terus bersandar pada belakang kerusi dengan tangan kiri menggendang
meja.
Senang hati sungguh.
“Lawak eh?” tanya aku kurang puas hati.
Tadi dah masuk musim
bunga dah hati aku biarpun di luar sana
nampa knya suhu makin menurun. Ini terus disimbah sajli. Beku terus bila dia ketawa.
Ayie angguk. “Lawak tengok muka teruja Arya…”
Aku ketap bibir. Terus aku angkat tubuh dan pinggan kotor ke
sinki. Ayie hanya memandang dengan senyuman yang masih
tak lepas.
“Sungguh, Ayie
teruja…” Dia mengulang.
“Stop it…” Aku melarang.
Ayie bangun menolak
kerusi. Lepas tu dia terus menghampiri
tempat aku berdiri. Bila aku buka kepala
paip, dia pun sedang hati tadah tangan kotor dia. Sebelah tangan lagi singgah di bahu aku dan
aku rasa tubuh Ayie semakin rapat di belakang aku.
Dada aku mula nak
berdebar tak tentu hala. Dulu kat Malaysia ,
bunyi kerja-kerja piling pun aku
boleh dengar bunyi kompang… sekarang ni usa h
kata kompang. Dah macam bunyi gendang
perang. Tinggal nak bunyikan semboyan
je.
“Tolong Ayie cuci
tangan…,” bisik dia.
“Basuhlah sendiri. Nah... sabun.” Aku angkat botol Crabtree and Evelyn tu dan
aku picit tepat di atas telapak dia.
Tapi, dia tak memberi
tindak balas. Kaku macam tu jugak. Menanti aku cucikan tangan untuk dia.
“Cucikan…”
“Tangan sebelah lagi
buat apa?” soal aku mengerling dia
sedikit.
Ayie tak jawab. Sebaliknya dia pindah kedudukan tangan dia tu
jatuh ke pinggang aku dan dipeluknya erat.
Jadi, tahulah aku rupanya tangan dia ada kerja lain. Nak tak nak, aku pun basuhkan tangan kan an dia daripada kesan
makanan.
“Dah bersih…”
“Lapkan…”
Aku pandang dia, dia
sengih. “Lapkan…” Dia ulang.
Aku capai kain putih di
hujung dapur dan terus mengelap tangan dia.
Dah kering, aku letak kain di tempat asal.
“Dah siap… Arya nak
basuh pinggan…” Aku bersuara. Datar.
Ayie ketawa halus. “Merajuk?”
Aku diam.
“Merajuk ni, kan ?”
Aku masih diam. Yalah, siapa tak merajuk? Ada
ke cakap cinta lepas tu gela k. Lawak?
Apa yang lawak? Seronok kenakan
aku dengan kata-kata cinta? Suka nak
jual beli jiwa aku ni?
Tangan masih mencuci
pinggan yang dua biji tu. Lepas dah
siap, aku letak atas penyejat dan tangan aku tolak tangan Ayie yang memeluk
pinggang aku. Malas nak cakap dengan
dia. Tengah-tengah mood oran g berbunga, ada ke dia pergi cantas. Tak elok betul.
Ayie mengikut langkah
aku ke ruang tamu.
“Merajuk ni…” Dia membuat rumusan lagi bila aku tak jawab
apa-apa.
Bila aku labuhkan duduk
di atas sofa putih bersih itu, dia pun sama.
Tapi, kaki dia naik berlunjur di atas meja kopi. Remote dicapai dan TV terpasang.
“Pandai merajuk
sekarang?”
“Born with it!” Aku menekan gera m.
Tapi seperti biasa,
Ayie ketawa macam tak ada apa-apa.
“Ayie gurau jelah
tadi. Tak ada lawak pun. Arya sangat comel dengan muka terkejut macam
tu. Serius comel,” puji dia membetulkan
keadaan.
“Sorry eh…”
Aku jeling Ayie. “Tak nak dah dengar Ayie cakap cinta ke love
ke leibe ke…”
Tawa dia yang dah reda tu meletus semula. “Kenapa?
Tak sampai dekat hati Arya ke?”
“Sampai tu sampai, tapi
cepat beku. Tak sempat nak nikmati…” Aku pandang dia dan sengih plastik.
Ayie dah beralih
kedudukan. Sebelah lutut dia dah tindih
peha aku. Satu lagi dah jatuh atas
karpet putih bercorak merah hati.
“Kalau macam tu, bukan
kat sinilah,” ujar dia.
Aku kerutkan dahi. “Merepek eh?”
“Mana ada…” Ayie geleng menafikan. Wajah serius.
Aku dah pandang
siling. Tak tahu nak pakukan pandangan
kat mana. Rasanya wajah dah merah. Bila aku jeling, aku nampak Ayie buat muka
tenang, serius dan tak ada perasaan. Dia
ni, dia dah buat muka aku macam kena tadah bawah matahari pada suhu 40 darjah Celsius,
dia boleh buat muka tak beriak macam tu?
“Sungguh ni!”
Aku pandang dia. Tiba-tiba sungguh?
“Err...” Aku garu belakang leher. “You should rest.” Sengih.
Cuba untuk bangkit tapi Ayie sambar pergelangan tangan aku.
Mata kami berpandang dan
nampak dia ketap bibir, menahan tawa yang bakal terledak. Aku dah kehilangan kata. Ayie tepuk sofa di
sebelah dia, memberi isyarat mata sekali untuk aku terus duduk.
Bila aku dah duduk
kemas di sisi dia, tangan Ayie naik menyentuh rambut aku yang jatuh ke
pipi.
“Ini hukuman merajuk
tadi. Ayie gurau pun merajuk sampai
macam ni. Arya ni kenapa? Rindu Ayie eh?” Dia sengih menduga. Mata dia kembali menatap
pada skrin televisyen.
Aku ceberkan
bibir. “Eleh… padahal Ayie rindu Arya, kan ?”
“Yeah… I miss you damn
much. Apa nak buat ni?” Dia terus tarik bahu aku. Kemas dan kejap.
“Tapi, serius... Ayie
sangat suka usik Arya lepas tu tengok muka Arya macam kena sun burn.” Dia gelak lagi.
Aku redupkan pandangan
seketika sebelum bibir aku kembali mengoyak senyum. Serius, usikan dia ni boleh buat hati aku
libang-libu. Rasa tak muat dada aku nak
tahan hati yang kian mengembang bila dia ada di sisi.
Aku pandang sisi wajah
Ayie. Nak senyum tapi malu. Jadi, hati jelah senyum lebar dan mulut
diketap rapat-rapat tak nak terzahir senyuman malu aku ni. Melihatkan dia tak lokek dengan kata-kata
sayang dan cinta, hati aku mula rasa ada keberanian sikit.
“Love you too…” Perlahan dan sangat perlahan ayat itu aku
ungkapkan buat pertama kali ni dengan mata melihat pada skrin leper TV. Tak berani nak pandang Ayie.
Pertama kali aku berani
berkata begitu pada dia. Pertama kali
juga pada seorang lelaki. Pertama kali
setelah kami diangkat menjadi suami dan isteri.
Pertama kali dan Ayie kena tahu tu.
Ayie tolak bahu aku. Laju. Mata
kami bertentangan lama bila dia paut wajah aku ke kanan. Menatap dia.
“You?”
Aku sengih. “Me what?”
“Ulang balik.” Ayat dia tu dah berupa arahan. Bukan permintaan.
Aku buat tak tahu
kemudian mengalihkan mata pada televisyen yang entah channel dan cerita apalah
yang ditayang. Dalam bahasa Jerman dan
Ayie pulak tak buka subtitles.
“Ulang balik,” suruh
dia sekali lagi.
“Arya cakap sekali
je. Ayie tak dengar, bukan salah
Arya,” tolak aku berdalih. Mata kembali
menonton.
Malu you nak sebut
semula. Ingat senang ke aku kumpul
kekuatan nak sebut perkataan keramat tu.
Sebelum ni pada keluarga je aku katakan itu. Ini pada dia.
Ya dia…
“Baby…” Ayie mengeluh merayu.
Huh, nak gugur jantung
aku. Bergetar seluruh badan bila dia menghimpit
tubuh dia pada aku sisi aku.
“Hadoi… letih hari
ni. nak masuk tidur dah la. Ayie pun pergi rehat. Esok nak sekolah lagi...” Aku tepuk peha Ayie sekali dan terus bangkit
tapi Ayie pantas tarik tangan aku.
Gedebuk…
Okey, aku jatuh ke riba
dia. Tiba-tiba rasa segan bila dia kemas
raih pinggan aku.
“Say it… or I won’t let
you go…,” ugut Ayie.
Aku beranikan diri melawan
kata-kata dia. “Kalau macam tu, kita
tidur macam nilah… Ayie nak kuliah esok…”
Dia sengih. Killer grin.
Dah lama tak tengok. Aku dah
telan liur yang rasa segala perasa.
“I don’t care… Ayie nak
dengar sekali lagi. Baby…” Ayie merengek lagi.
Tak dapat tidak, aku
hela nafas mencari kekuatan semula. Dia
bukan boleh. Kalau dah melekap macam ni, entah bila dia nak lepaskan aku.
Aku apit pipi Ayie
dengan kedua-dua belah telapak tangan.
“Love you…”
Ayie geleng. “Lain…”
“Apa lagi?” Pelik aku.
Itulah yang aku cakap tadi. Nak
cakap apa lagi.
“Cakap lain.” Dia menggiat.
Aku sengih akhirnya
bila faham apa yang dia mahu aku katakan.
“Arya cintakan
Ayie…”
Ayie pejam mata, ketap
bibir dan benamkan wajah dia pada bahu aku.
Pelukan semakin kemas.
“Say it once
again…” Ayie berbisik.
Sudah… budak ni dah
kemaruk.
“Arya cintakan
Ayie…” Aku pun ulanglah jugak.
“Once again…” Ayie angkat wajah dan pandang aku.
Renungan dia aku balas
seadanya. Senyuman tipis aku
hadiahkan. Dah kenapa dia ni? Tak cukup ke?
Aku dia cakap sekali pun aku dah boleh terima dan adapt.
“Dah empat kali.” Jari aku naik empat batang. Siap dengan sinis pada hujung bibir tapi
wajah Ayie serius.
“One more…”
“Told ya… you won’t ask
for more…” Aku ingatkan dia kembali
kata-kata dia beberapa hari lepas kata kami di Tiergarten.
Ayie masih dengan wajah
serius dia. Dia geleng.
“One more…” pinta dia untuk kali ke empat.
Aku pegang pipi dia
sekali lagi dan menggeleng dalam senyuman.
“Say it… out loud. Once…”
Suara Ayie mati.
Tak sempat dia nak
habiskan kata-kata dia, aku matikan bicara dia.
Buat pertama kalinya aku sentuh bibir lelaki itu.
Ayie pegun bila aku
jauhkan wajah kami.
“Is that enough?”
Dia kedipkan matanya
sekali dan akhirnya, dia juga senyum.
AKU menghantar emel
pada mama. Rindu sungguh pada ma, pa dan
Aryan. Entah apa khabar Muhara tanpa
aku. Tapi, aku yakin pa mampu dengan
bantuan Aryan. Entah apa pula khabar
keluarga Ayie.
You have an email.
Suara pada notebook
Ayie berbunyi. Cepat-cepat aku klik pada
sampul surat yang terbang masuk pada dada skrin
laptop. Mama. Aku lebarkan senyuman. Cepat mama balas. Nak ber skype, internet macam kurang okey
pulak hari ni. Ayie pun bukan ada. Pergi kuliah.
Kejap lagi akan balik kalau ikut jadual biasa dia.
Waalaikummussalam,
anak mama sayang.
Muhara
a bit busy. Seems like Aryan tak boleh
nak perform as good as Arya tapi dia rajin belajar. We missed you. Pa kata kalau semua deal baru dengan customer
tu okey, dia nak ajak we all bercuti ke Berlin.
Ma harap Arya dan Ayie sihat. Ma
sibuk sikit sekarang. Kami semua sihat. Pasal hal Ayie tu, ma dah bagi tahu keluarga
Ayie. Diorang syukur sangat. Tapi, ma dan pa mertua Arya pesan, bawak
balik cucu nanti… hahaha. So, how’s
live? Macam mana Arya dengan Ayie? Okey?
Hal Khai tu macam mana? Beri
pertolongan ni biarlah sedaya upaya.
Kalau kata dah habis usaha tapi masih temui jalan buntu, biarlah
dulu. Allah ada.
Aku senyum tawar
membawa coretan balas daripada mama.
Muhara nampa k
macam ada masalah. Papa dapat projek
baru nampa knya. Biasanya permulaan projek ni, nak deal dengan
pelanggan amatlah payah. Aku benar-benar
harap Aryan tak letak semua beban atas bahu papa.
Ma,
regarding Muhara, just trust Aryan. Arya
dah ajar dia banyak benda dulu. Risau
jugak tapi Arya benar-benar percayakan Aryan.
Dia boleh. Tentang Ayie tu,
thanks ya ma… sayang mama. Kami sihat
je. Sangat sihat cuma Ayie busy
lately. Kuliah pagi petang. Tentang kes kawan dia tu, Arya dah cuba dan
akan terus mencuba sementara berpeluang.
Nampak macam boleh nak terima tapi akhirnya, macam tak. Entah…
Aku mengeluh tipis
sebelum menyambung. Rindu sungguh.
I miss
Malaysia. Lain kot kat sini. Biarpun ada Ayie tapi serius Arya rasa
lain. Tapi, bila tengok dia ketawa, Arya
rasa lega. Rasa happy dan syukur sebab
ma dan pa terima pinangan mama Resa dan papa Zaf dulu. Dan
pasal cucu tu, kami akan usahakan eh… J
SEND.
Aku tongkat dagu. Lega bila mampu berbicara dengan mama biarpun
hanya dengan perkataan bisu macam ni.
Setidak-tidaknya dia ada untuk aku.
“Rindu Malaysia ?”
Aku kalih ke belakang. Ayie.
Bila dia sampai. Tak dengar apa
pun derap tapak kaki atau bunyi pintu dibuka ke?
Aku tarik tangan dia
dan bersalam. “Bila sampai? Tak dengar apa pun…”
Ayie sengih. “Arya ralit sangat kot sembang dengan
mama. Itu tak perasan. Ayie sampai masa Arya tengah taip, rindu Malaysia .” Suara Ayie nampa k macam jauh hati sikit kat situ.
Aku pusingkan kerusi
dan pegang tangan dia. Beg galas dia
melurut jatuh ke kaki.
“Nak makan?”
Dia geleng. “Dinner.
Tadi baru makan.”
Aku angguk
mengerti. Dia tarik tangan aku agar
berdiri dan terus sama-sama berlabuh di birai katil.
“Arya rindu Malaysia ?”
Aku angguk. “But I miss you more…” Ayat beli jiwa yang ikhlas daripada hati.
Ayie sengih tawar. “Kita balik.”
Ayie buat lawak. Aku ketawa.
“Mana boleh. You are in the
middle of term. Macam mana nak
balik. Ayie ni…”
Dia sengih dan garu
kepala. “Ya tak ya… tapi Muhara ada
problem ke?”
Aku jongket bahu. “Masalah kecil je kot. Aryan ada…”
“Eh bukan mamat tu tak
suka bisnes ke? Beria cakap dekat Ayie
tak nak kerja dekat Muhara tapi maaflah, Ayie sambar kakak dia, terpaksalah dia
bantu papa Mukhlis ur uskan
Muhara eh?” Ayie gela k sudahnya.
Aku pun. Lucu bila dia berbicara tentang kawan dia.
“Biarlah. Arya dah ajar banyak dulu…”
“Tapi kan …dia nak travel. Macam kesian pulak tak
lepas impian…,” komen Ayie.
Aku diam memikirkan
tentang Aryan. Jangan sebab tak suka,
dia nak rosa kkan masa depan Muhara. Mengamuk pa nanti.
“Tak tahu dah nak pujuk
dia macam mana lagi. Dia ur uskan Muhara sebab
terpaksa. Arya tahu tu…tapi…”
“Biar Ayie cakap nanti…
seperti mana I asked him for your hand
long time ago…”
Aku kerutkan
kening. “Long time ago?”
Bila masa pulak dia
cakap macam tu dekat Aryan dan budak Aryan tu tak ada cakap apa-apa pun. Tak pernah terbit nama Zakhri Adha walaupun
sekali selama ni.
Dia angguk. “It’s about the time to brea k the secret.” Ayie telan liur sebelum
menyambung.
“Long ago, when I was
just 17… Ayie pernah rumah Aryan. Masa
tu kakak dia dekat US A kata
Aryan. Ayie jatuh suka pada Arya dengan
gambar keluarga yang tergantung dekat dinding.
Sejak hari tu, Ayie tak layan mana-mana perempuan sampaikan Aryan and
the gang cakap Ayie tak betul, but they nev er
know… Aryana’s name, already in my heart and now, in my hug.”
Aku melopong. Tujuh belas tahun dah pandai jatuh suka dekat
aku? Dia tak tahu ke umur aku masa tu berapa. Dua puluh empat tahun.
“You’re kidding
me…”
“Nope…” Ayie geleng.
“Ayie tahu masa tu Aryan cakap Arya 24 tahun. Ayie tahu sebab tu dengan mudahnya bila ma
dan pa nak pinangkan seorang Aryana binti Mohd Mukhlis, Ayie just say yes yes yes
and yes. Mujur tak lompat je golek-golek
je…”
Longlai rasanya seluruh
tubuh aku kalau Ayie tak paut pinggang aku kemas-kemas.
“Dah tu kenapa tak
mengaku daripada awal…”
Ayie gela k.
“Tak thrill la kalau bagitahu awal-awal.
You have to love me in return baru Ayie cakap. Jadinya sekarang, dah puas hati dengan penantian. I love you too… ever and ever…”
Aku ketawa dan terus
ketawa. Serius aku rasa nak ketawa
sampai air mata aku meleleh. Aku rasa
nak peluk ma dengan pa sekarang jugak sebab pujuk aku dulu untuk terima Ayie.
“Tadi Ayie nampa k parents kita minta
cucu ke apa?” soal dia nakal.
Aku geleng laju-laju. “Mana ada…”
“Ayie pergi baca
baliklah emel Arya tadi…” Ayie cuba
bangkit hendak mendekati notebook yang masih terbuka.
Aku paut tangan dia
laju-laju buatkan dia kembali terduduk di atas katil, dekat di sisi aku.
“Jangan jadi stalker
eh… itu private Arya dengan ma…”
“Dengan suami sendiri
pun…”
“Yeah… women’s
chat…” Aku ketawa.
Ayie paut bahu aku agar
kami sama-sama rebah di atas katil dan kepala aku berbantalkan lengan dia.
“Letih hari ni. Ayie ada dua tahun lagi sebelum balik Malaysia . Arya nak buat apa dalam tempoh dua tahun
ni?”
Aku tepuk dahi. Baru teringat bila Ayie cakap tentang
ni. Aku ada cakap dekat mama tapi lupa
nak beritahu Ayie.
“Nak kursus bahasalah…”
“What kind of
languages?”
“Germany …”
Ayie gela k.
“Takut kena bahan dengan Ayie lagi eh…”
“Yeah… karang senang,
Ayie ngumpat Arya pun, Arya boleh faham…”
Aku mendongak sikit pada dia.
Bibir dia terceber dan mata dia mengedip sekali.
“Menarik tu. Bila nak mula…”
“So soon…”
“Nan ti
Ayie tolong carikan kelas yang pengajar dia fluent English. Nanti payah nak communicate awal-awal
ni…” cadang Ayie.
Aku angguk setuju. Ayie angkat kaki tiba-tiba. Diluruskan sedikit ke udara.
“Cer angkat kaki Arya,”
suruh dia.
Dah kenapa pulak aku
kena angkat kaki. Tak ada kerja ke dia?
“Kenapa?” Tapi, aku angkat jugak.
Aku pandang kaki aku
dan Ayie. Warna kaki aku putih daripada
kaki dia. Tapi jari kaki dia lebih
panjang daripada aku.
“Sekarang ada dua
pasang kaki, dan dua puluh jari-jemari… You and me…” Ayie sengih.
Aku kerutkan
wajah. Yalah, kalau dah terlebih
bilangan, itu dah kira istimewa. Tapi
semuanya normal. Sepuluh jari
masing-masing.
“Esok-esok akan ada
tiga puluh pasang jari-jemari pelbagai saiz pulak…” Ayie menyambung.
Aku jatuhkan kaki dan
meniarap menentang wajah dia yang masih terlentang lepas.
“Kaki alien eh?” duga aku sengih tapi Ayie menggeleng.
“Anak kita…”
Aku telan liur. Dia sedang serius. Aku tahu.
~~> bersambung
RM cakap : Sorry la guys... saya usik blog saya... akhirnya jahanam.. Ni dah repair sikit. hehh.. lain kali saya repair balik la. Apa2 pun terima kasih.
Kaka Rhan cute lah blog akak. saya suka tapi hati tetap cair dengan ayie...
ReplyDeleteanak kita ?... so sweet !!
ReplyDeletebestnya.. hehe
nak baca agak terganggu...heheh SAK 30 best tapi tula..gangguan dekat tulisan tu tak berap anampak nak kena tengok dekat2. gambar tu kawaiiii
ReplyDeleteso sweet....
ReplyDeleteRM...cantik sangat blog ni....akak suka...tapi macam susah sikit nak baca perkataan kat sebelah kanan tu...tapim bagus juga boleh buat senaman mata supaya lebih tajam...haha..
ReplyDeleteEynaLynn
wahh..sweet nye ayie..suka sangat bab ni! nak lagi! >.< btw,,akak suke cite sungkyungkwan scandal eh? sy pon! Yoo Ah In sexy ♥
ReplyDeletewaduh waduhhhhh saya makin melting lah dengan ayie niii.
ReplyDeletesungguh daku jatuh cinta ngan couple ni sweet sangat
ReplyDeletecute la rehan...xpe nampak fresh. Alamak dah cair dgn budak2 dua orang ni..so sweetttttt..x sabar nak tunggu ending. A good piece my dear.
ReplyDeleteRM...THX FOR THIS N3... TP X LEH NAK BACA TULISAN SAMA COLOR DGN BACKGND
ReplyDeletemakin hari makin jath cinta dengan arayie...tq RM
ReplyDeletehow sweet...... hahahhahah..... comel la ayie serious :D
ReplyDeleteanak!.. hergestellt in Deutschland!..
ReplyDeletesya lbh ska blog dlu sbb msa bca tak ada gangguan. apapun best dn trskn bkarya. sedar tak sedar sya dh bli 3 bku rehan dn sntiasa tak puas dbaca. keluarlah ceta apapun kt blog msti sya ikuti
ReplyDeleteWpn xijau....ttp dikunjungi....demi arya n ayie...emmmm...besttttt......nk jenguk2 lg...n lg....n lg....
ReplyDeletehuhu makasih RM!
ReplyDeletesayang ketat-ketat!!
tak sabar menantikan arayie junior!!!
comel la cara ayie melihat hubungan dia dgn arya...
omo! im meltinggggggg!!!
Anak2 ? Hi hi hi...mmg terrer merancang la Ayie nih
ReplyDeleterumah baru ni celaru sikit sbb akak ni rabun
ReplyDeletebest n3 ni..'esok2 ada 30psg jari jemari pelbagai size pulak....' suka ayat ni comel
dh sebut2 bab baby plak...hehehe..x sbr...
ReplyDeletexpa, biar blog x ijo dh, tp tetap ada arya n ayie...
ReplyDeleteAyie!!!!!! ^_______^
ReplyDeleteHaila...bace bab nie wat org melting +blushing...xtaw da nk cmmnt ape..psngan yg trsgtlah suwit..
ReplyDeletetukar colour font je kot cik penulis.
ReplyDeletepenat mata nak bukak luas2 baca.
comel je kak rehan guna background sungkyunkwan scandal...ape2 pon, arayie ni comeellll sangat2
ReplyDeleteSweetnya.. Ayie! Dapatkah sediakan cucu sebelum balik Malaysia? hehehe
ReplyDeleteSAbar jelah...
ReplyDeletePtt tak boleh bukak tadi...hihi.
ohmaiiii.... like 30juta kali... :D
ReplyDeleteAdoi. .X sabar tak tunggu dibukukan...mesti best
ReplyDeleteSweet sesgt.best giler Rm.tq .karya Rm mmg menyengat hbis.nak lagi.
ReplyDeletemesti dapat punya klu ada rezeki...ada 2 tahunkan..bole buat 2 tu..
ReplyDeletecamner nak baca ni... tak nampak wording..
ReplyDeleteRM - pls tukor.. pls pls pls
Rupa blog dah macam gambar Ayie ja.... hehehe
ReplyDeleteInsyallah 2 tahun tu ... boleh ja kalau nak anak...hehehe
rupanya dah lama Ayie ada hati kat Arya... saja nak duga hati Arya kan Ayie baru besttttt...
hijau is better...calm....tp ini pun ok, cm ggu pembacaan cket...cket jer...kihkihkih...hopefully, rehan makhtar pun update arayie 31 soon...hehehehe
ReplyDeleteserius comel blog RM skrg nie..cute2 blake..mcm arayie..hehehe..
ReplyDeletetdk apa2 lah kak RM...
ReplyDeletetema blog akk ni bagus... hehehehe
cepat sambung yee kak ;)
Sweet2....
ReplyDeletehehheheheehhe....ohsem :) comel je arya and ayie (^_^)
ReplyDeleteyezzz..usaha dpt bby cepat2..gehgeh..emm..RM, prefer blog ijao lg ler..cam bes jer mata nengok kaler ijao..
ReplyDeletex kisahlah rupa blog camana pun.....janti ARAYIE tetap ada......
ReplyDeleteRM..ape da jdi ngn blog ijo.mcm kureng jer blog RM skrg ..x ceria....... homai.. but RM mmg fantastik n bombastik dgn arayie ni.....
ReplyDeleteAyie mmg sweet talker..
ReplyDeleteadehh...sgt comey mereka berdua..
anak dorang sok mesti start A jugak..
super cute...
kak RM episod yg seterusnya biler plak nk kluar?? :)
ReplyDeletehahahha dh x sabar plak nk tau kesudahannya...hehee
SO SWEET...
ReplyDeleteaduhai cik rehan...from left - ayie ; iedza ; khai ; & arya...wakakaka...blh balik dgn senang hati!!!
ReplyDeletehurmm.. 2thn tu nak tunggu ayie abes belajar..
ReplyDeletesempat kot dorg bawa balik arayie junior
utk papa zaf & mama resa..papa mukhlis & mama ana.. ;)
deabak! Rehan.M
anak2 kita..sound sweet..
ReplyDeleteKak Rehan, nak request boleh, lepas ni buat cerita pasal Aryan pula pleaseeeee hehe
ReplyDeletemmh setuju la dgn kata2 org diatas...manis kottt...
ReplyDeleteommaaa..i'm in love with the story~~~~
ReplyDelete