Sunday, November 03, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 12

SAYANGNYA nak tukar.  Aku geleng dalam berkali-kali dan letak semula starter pack untuk nombor telefon baru tu.  Tak naklah tukar.  Bukan apa, nanti Khalifh tak boleh nak call atau SMS dah biarpun aku tak rasa dia akan call aku lagi lepas aku hang up panggilan dia hari tu.  Sampai sekarang pun dia diam dan aku juga tinggal buat tak tahu ajelah biarpun hati ni memberontak nak ambil tahu. 

Nombor ma aku dail.  Andai macam ni, ma ajelah tempat meluah perasaan.  Nak harapkan Rozie, aku tak rasa dia boleh faham perasaan aku dan rasanya lepas kes dia ternampak ‘lelaki’ hantar aku balik tempoh hari, Rozie macam tak berapa nak bercakap dengan aku.  Kenapa entah.
Talian bersambung.  “Assalamualaikum, ma...”  Seperti biasa, dengan hati yang berperang dengan minda.  Jantung jadi pengadil.  Buat jantung aku kerja keras. 
“Waalaikummussalam... ni kenapa ni?  Ma tengah mengajar ni...”
Allah, aku tepuk dahi.  Lupa.  Mana pernah kacau ma tengah kerja.  Ini kali kedua dan kali pertama setahun lepas. 
“Tuah?”  Suara mama membawa aku kembali pada perbualan kami yang baru nak mula. 
 “Ada...”  Aku tahu, ma resah di hujung talian sana.  Iyalah, mana aku pernah telefon dia melainkan ada perkara urgent.  Dan ini memang kecemasan apa.  Antara hidup dan mati.  Kononnyalah. 
“Dah tu, diam aje.  Telefon masa ma tengah kerja, mesti ada apa-apa hal penting, kan?”  duga ma. 
“Erm... macam mana nak cakap ya?”  Soalan itu aku tanya lebih pada diri sendiri.  Tapi, ma gelak. 
“Tanya macam mana soalanlah.  Yang berkaitan dan yang perlukan jawapan.  Jangan tanya yang ma tak ada jawapan,” sela ma.  Gembira betul dia.  Biarpun aku tahu ma tak ketawa tapi ma tengah senyum lebar. 
Ma ni...  macam ada yang tak kena aje.  “Erm... tak apalah, ma.  Talk to you later.  Love you.  Assalamualaikum...” 
Terus aku matikan talian. 
Telefon itu aku pandang lagi.  Starter pack itu pun.  lama.  Hingga ada keputusan, aku letak nombor baru itu dalam laci meja solek.  Tak naklah tukar nombor.  Nanti... errr  dia tak boleh nak telefon. 
Baru nak rebahkan tubuh, wajah Rozie muncul di depan aku.  Menolak daun pintu dan menapak masuk ke dalam bilik lantas bertengkek di meja solek menghadap aku yang sedang duduk di tengah katil. 
“Terkejut kita, Rozie...”  Aku urut dada perlahan.  Padahal tak ada terkejut mana pun.  “Kenapa masuk bilik kita malam-malam ni?” 
Wajah Rozie tak beriak.  Lama dia tenung aku semahunya.  Buat aku kerut kening dan muka.  Apalah masalah dia. 
“Awak ni kenapa Rozie?  Ada masalah ke?” 
Dia angguk.  Tanpa jawapan jelas. 
What kind of problem?  Kalau kita boleh bantu awak...”  Aku tawar diri nak selesaikan masalah dia.  Tidaklah rasa mampu, tapi sekadar mencuba. 
He is looking for you...” 
Aku ketap bibir.  Dah faham sikit dengan kerutan pada wajah Rozie sebab aku pun tahu Khalifh tengah cari aku.  Tapi, tak akanlah sampai ke hospital pulak?  Dah setahun, dan tak adanya hospital nak dedahkan maklumat aku. 
“Kita tahu...”  Rendah perlahan aku jawab kata-kata Rozie.  Menelan liur sendiri.  Sakit anak tekak. 
“Kau tahu?” 
Aku panggung kepala memandang Rozie.  “Iya, kita tahu dia cari kita.  Tapi, tak kan sampai hospital?”  Aku memang pelik kalau dia cari aku dekat rumah sebab dia tahu ini rumah Khalifah, bukan Tuah. 
“Siapa yang kau maksudkan tu?”
“Dan siapa pulak yang awak maksudkan?”  Pening aku dengan Rozie.  Dia maksudkan orang lain ke selain Khalifh?
“Bos lama kau...”
“Hah?”  Rahang aku rasa nak tertanggal.  “Siapa?  Fendy?” 
Kali ini kepala Rozie jatuh.  “Dia datang siang tadi. Kebetulan aku baru sampai rumah.  Dia tanya pasal kau.  Tak dapat lagi ke contact kau?  Kau ada dekat mana sekarang?  Banyaklah soalan dia.”
Allah.  Aku ingatkan Khalifh.  Iya, kalau Khalifh memang tak logiklah sebab dia tak tahu lagi aku siapa. 
“Lepas tu awak jawab apa?” 
Rozie bangkit dan menapak ke tingkap.  Diselak sedikit langsir.  Diam seribu bahasa tanpa ada tanda untuk menjawab soalan aku. 
“Awak bagi jawapan apa, Rozie?”  tanya aku sekali lagi. 
“Kau ada dekat rumah...”
HAH?  Apa ke jujur sangat Rozie ni?  Kenapa dia cakap aku ada dekat rumah?  Dan, sejak bila dia pandai belot aku ni?  Sejak bila Rozie jadi pemegang amanah yang ibarat harapkan pegar, pegar makan padi. 
Ya, aku tahu pegar.  Ma yang cakap.  Dulu mati-mati aku ingatkan PAGAR.  Bila fikir balik, sejak bila pagar pandai makan padi?  Dan PEGAR itu adalah sejenis burung yang aku sendiri tak pernah tengok. 
“Macam mana awak boleh bagitahu dia?  Kan kita dah pesan jangan bagi tahu sesiapa pun...”  Kecewa.  Suara aku jelas kecewa.  Memang kecewa. 
“Orang dah tanya, mana boleh aku nak tipu cakap tak tahu, kan?”  Rozie senyum sinis.  Nampak macam tak puas hati dengan aku.  Hailaa... hailaa... kenapa ni, Rozie?
Ya, aku tahu memang tak elok aku minta Rozie tipu untuk aku.  Lagipun, dia dah terlepas cakap dekat Fendy.  Apa lagi  yang mahu aku pertahankan? 
“Jadinya, awak datang ni nak beritahu kita  itu ajelah, ya?” 
Dia geleng.  “One more question...”
What?” 
Mata kami beradu.  Rozie langsung tak senyum.  “Kau ingatkan aku cakap Khalifh ke yang cari kau tadi tu?” 
Hah?  Sekali lagi aku rasa nak terpenggal rahang.  Bidikan Rozie tepat.  Buat aku malu tak tahu nak letak muka dekat mana. 
“Err... tak ada apa.  Just won...der...”  Aku sengih dan Rozie juga sengih tapi penuh sinis. 
Dia berlalu begitu saja.  Tak berkata apa lagi.  Tak tahu kenapa, lepas dia nampak Khalifh hantar aku hari tu, dia jadi lain.  Nak kata dia cam Khalifh, boleh jadi tapi Khalifh tapi nampak jelas ke?  Khalifh dah berbeza betul dari masa dia sakit dulu dengan sekarang. 
Dulu, kalau aku yang jentik dia mahu patah segala tulang rusuk tapi sekarang, rasanya sekali dia pelempang aku, melekat aku dekat dinding.  Dia dah berisi.  Dah sasa. 
“Kenapa dengan awak, Rozie?”  soalan itu aku tanya sendiri.  Dalam tak sedar, telefon berbunyi.  Hailaaa... hailaaa... siapa ni? 
“Ya?” 
Dating dengan saya esok?”
Apa?  Aku pandang telefon.  Peminjam Hati?  Allah, boleh dia main telefon lepas tu semedang dia aje ajak aku dating
“Awak ajak siapa?” 
“Awak lah...”  Dia gelak ngekek-ngekek.  Tak serius langsung.  “Kan saya telefon awak ni.  Tak kan nak ajak ma awak pulak.”  Sarkastik buat hati aku rasa kena jentik. 
Keluhan tipis dilepaskan.  “Terima kasih walaupun kita tahu, awak ajak-ajak ayam aje...”  Suara aku jelas kecewa.  Memang kecewa biarpun aku yakin aku tak akan keluar dengan dia andai benar dia mengajak. 
“I’m serious...”  tekan Khalifh.  “Tak mainlah ajak-ajak ayam.  Ini orang yang ajak.  Bukan ayam, tahu...” 
Aku mencebek lebar.  Ya, tahu orang yang ajak.  “Kita tak boleh kalau betul awak serius ngajak kita pun...”
“Kenapa?”  soal Khalifh tak puas hati. 
Kita letih.  Aku memang letih.  Sejak tanam anggur ni aku selalu keletihan.  Tak buat kerja buat otot-otot tak bergerak.  Terkesot sikit mesti sengal. 
“Kita rasa tak sihat…” 
“Sungguh ke?”  Nada dia dah berubah risau. 
“Iya…”  Aku buat suara lemah sambil memicit kepala.  Memang pening.  Buatnya Fendy datang tercongok depan rumah aku kejap lagi, macam mana? 
Aku kenal sangat Fendy.  Tahu sangat dia tu macam mana.  Dia memang mengambil berat tapi kalau aku jumpa Fendy, semuanya akan terbongkar.  Dan, aku akan diasak dengan bermacam jenis soalan. 
“Demam tak baik lagi ke?” 
“Eh tak,” nafiku.  “Kita demam dah baik tapi biasalah.  Rasa lemah badan sikit.  Erm… kita nak letak telefon dah ni.  Awak pergilah dating dengan orang lain ya.  Sorry tau.  Kita…”
“Tuah!” 
Aku tersentak.  Tak sempat nak habiskan ayat.  Allah, Rozie ni suka buat aku macam ni.  Wajahnya aku pandang lama bersama kening yang terangkat.
“Kau tengah engage ke?” 
“Iya… awak kenapa?”  Peliklah aku dengan Rozie sehari dua ni.  Nampak lain betul. 
He’s here…” 
Kening aku hampir bertaut memandang Rozie.  Dia ada dekat sini?  Siapa?  Jangan cakap Khalifh? 
“Errr… Fen…”
Yeah… ex-boss kau.  Dia ada depan pagar sana…”  Sejurus itu Rozie terus berlalu.  Merapatkan daun pintu bilik.  Aku urut dada.  Haila… hailaa… kenapa Fendy datang masa ni pulak. 
“Err… Khalifh?”  Rasanya aku lupa satu perkara dan harap dia tak dengar dengan jelas yang Rozie panggil aku Tuah. 
“Ya, saya ada… tak apalah kalau kata awak ada date lain.  Take care.  Jangan pengsan macam hari tu, ya?”  pesan Khalifh lalu dia ucapkan salam dan talian dimatikan begitu aje. 
Aku pandang telefon aku lama.  Mulalah rasa nak tukar nombor dengan segera tapi aku sayang.  Sayang tak dapat nak cakap dengan dia lagi.  Sudahnya, aku biarkan saja.  Aku tahu Khalifh merajuk tapi tak ada hal dia nak merajuk dengan aku dan aku masih bebas nak jumpa dengan sesiapa pun. 
Bila fikir, sampai bila aku nak menyorok daripada Fendy.  Sementelah pulak dia dah tahu aku ada dalam rumah ni.  Dan, dia tak akan berganjak selagi tak jumpa apa yang dia hajati. 
Aku letak telefon di atas tilam lantas berlalu keluar setelah memastikan diri cukup menutup yang sepatutnya.  Saat aku tarik pintu utama, memang benar Fendy ada di depan pagar.  Bersandar pada keretanya.  Bila aku rapatkan pintu, dia tegakkan badan dan bibir dia terukir sengihan lebar. 
“Assalamualaikum…”  Janggal.  Hanya itu yang mampu aku katakan waktu ni. 
Waalaikummussalam, Tuah…”  Aku nampak, Fendy juga gagap.  Dia mesti terkejut lepas kami terpisah setahun lalu. 
“Lama tak jumpa, kan?”  Aku pegang pagar.  Tak rasa nak buka,  hanya sedikit mendekat pada Fendy yang juga dah menapak ke depan pagar. 
Dia angguk.  “Tapi tak cukup lama untuk buat I lupakan you…” 
Yeah… Fendy.  Mulut dia sentiasa manis bak madu.  Aku tahu tu.  Tapi, dia tak jahat.  Aku tahu.  Cuma entahkan dia dah berubah hati atau tidak, aku tak pasti. 
“Jom keluar…”  ajak dia tiba-tiba. 
Wajah aku kerut lebat.  Tadi Khalifh ajak.  Ini Fendy pulak.  Nak ditolak, wajah Fendy penuh mengharap.  Dan, tidakkah suara Khalifh juga tadi penuh mengharap? 
“Err… kita kurang sihatlah…”  Aku senyum tipis. 
Fendy mengeluh berat.  “I nampak sihat aje…” 
“Dalaman tak sihat…”  Laju aku menjawab. 
Fendy diam.  Wajahnya jelas kecewa.  Dia meraup rambutnya ke belakang beberapa kali sebelum kembali memandang aku. 
“Please, Tuah.  Bukan berdua.  Kawan-kawan dekat café pun ramai tunggu you tu.”  Fendy dah lempar umpan.  Umpan baik punya.  Buat aku rasa nak makan umpan tu. 
“Tapi…”
“Tuah… please…” rayunya lagi. 
Aku pandang belakang.  nampak Rozie sedang berdiri di muka pintu.  Tak lama, dia kembali masuk ke dalam rumah.  Aku pandang Fendy semula. 
“Erm… iyalah.  Tunggu kejap, kita tukar baju…”
“Tuah…”  Tak sempat aku nak berlalu, Fendy menahan.  “You dah okey macam ni.  Dah cantik, dah sopan.  Tak payah tukar apa-apa…”  Dia senyum. 
Aku pandang diri sendiri.  Memang boleh aje keluar macam ni.  Tak ada masalah apa pun.  Sopan aje pun.  Yang penting bersih dan menutup aurat. 
“Tapi, kejap aje tau…” 
Aku takut.  Takut Khalifh buatnya tersesat ke sana dan jumpa aku, macam mana?  Aku buka pagar.  Dan terus masuk ke dalam perut kereta FEndy yang nyata sedang tersengih gembira. 
Menang. 



MEMANG aku tahu salah aku pergi macam tu aje.  Tapi, aku ada sebab tersendiri.  Bila kembali lepas setahun, ReFreshO tetap sama.  Cuma ada dua orang pekerja baru.  Ada seorang lagi barista baru. 
“Lama tak jumpa…”  Rico senyum.  Aku tahu dia juga rindukan aku. 
“Sihat?”  soal aku sepatah. 
Dia jatuhkan kepala.  Lepas tu dia berlalu masuk ke dalam café.  Pelanggan tengah ramai, kami boleh pulak nak buat jejak kasih. 
Fendy pun sejak sampai, tak habis-habis lagi dalam pejabat.  Ada meeting dengan bos besar.  Habis tu, kenapa nak ajak aku datang kalau tahu diri tu busy.  Sajalah tu, kan
Bosan. 
Tak ada kawan nak ajak sembang.  Air coklat panas itu rasanya dah suam menanti Fendy kembali.  Aku faham bila pelanggan tengah ramai.
“Ingatkan awak betul tak sihat, sebab tu tolak bila saya ajak date.  Rupanya awak ada date dengan orang lain.”  Baru aje nak bangkit masuk ke dalam café, ada suara menegur. 
Hah?  Aku kalih lipat ke belakang.  Allah… Khalifh. 
“Err… awak buat apa dekat sini?”  soal aku sedikit kalut. 
“Saja nak minum.  Lepak sorang-sorang sebab ada orang tu tolak bila saya ajak dia date…”  Sinis.  Pedih hati aku. 
“Err… saya datang sini nak jumpa ka…”  Tapi, suara aku mati. 
Hailaa… hailaa… apa aku cuba bagitahu dia ni?  Tak kan nak cakap, jumpa kawan lama.  siapa?  Fendy?  Budak-budak ReFreshO?  Nak cakap yang aku pernah kerja di sini dulu?
“Err… kita pun…”  Keluhan tipis terlepas. 
Kan senang kalau awak okey kan aje tadi bila saya ajak keluar.  Bukan nak buat apa pun, nak ajak minum dekat sini jugak.  Lepas tu nak bincang…”
Dengar aje perkataan bincang tu, Khalifh dah selamat duduk di depan aku.  Dia kerling aku lama.  Tajam.  Berbentuk amaran. 
“By the way awak dengan siapa ni?” 
“Kawan…”  Laju aku jawab.  “Dia datang kejap lagi…” 
“Okey.  Tak mengganggu kan kalau saya duduk sama.  Lagipun, saya ada perkara nak bincang dengan awak…” 
Dua kali dia sebut perkataan bincang.  Macam urusan hidup mati.  Nilaian juta-juta punya perbincangan. 
“Err… tak sesuai kot sekarang lagipun…”  Aku dah bangkit.  Menggagau telefon bimbit tapi sayang, aku tak bawa pulak dah. 
“Nak pergi mana?”  Mata Khalifh menyoroti wajah aku.  Dia pandang aku penuh persoalan. 
“Err… kita tertinggal handphone kita dekat rumahlah.  Kita nak baliklah…”  Baru nak menapak, Khalifh tarik hujung selendang aku. 
“Nak balik dengan apa?” 
“Teksi…”  Aku tarik semula hujung selendang aku dan terus menapak lari daripada dia tapi nyata, Khalifh memang tengah kejar aku. 
“Khalifah, wait!”  Bila dia dah mampu saingi langkah aku, aku perlahankan kaki.  Pendekkan langkah. 
“Saya hantar…”
“Errr… tak perlulah…”  Kepala aku bergerak beberapa kali.  Menggeleng perlahan. 
“Hari nak hujan ni…”  Dia dongak ke langit.  Memang gelap.  Nak hujan tiba-tiba.  Kenapa kalau aku jumpa dia mesti dalam hujan?  Sadis betullah. 
“Khalifahhhh…”  Panjang dia panggil nama aku kali ini.  “Kan saya cakap ada hal nak bincang…” 
Baru aku ingat, dia kata ada hal nak bincang.  Entah apa.  Tapi yang pasti, lagi cepat siap lagi bagus. 
“Okey… tapi terus ke rumah tahu.  Bincang dalam perjalanan aje…” 
Bibir Khalifh lebar dengan senyuman.  Akhirnya.  Puas menolak tapi aku tetap date dengan dia jugak.  Fendy tu, biarlah dia.  Patut aku marah aje dia ajak aku lepak tapi dia busy. 
Sepanjang perjalanan Khalifh diam.  Hinggalah dia berhenti di taman permainan depan rumah aku, kami sama-sama keluar dan duduk di atas bangku.  Melihat ke arah kanak-kanak yang galak bermain. 
“Saya rasa nak mulakan hidup baru la....” Khalifh senyum tawar. Nampak jauh melemparkan pandangan ke tengah taman. 
“Selama ni hidup awak buruk ke?” Sarkastik tapi aku tahu Khalifh faham maksud soalan aku tu. 
Dia menggeleng kecil dengan senyuman tipis. “Buruk tu tidaklah... tapi rasa dah puas mencari...”
Aku tahu dia maksudkan apa dan aku langsung tak berkata malah Khalifh sendiri pun tak banyak bercerita.  Rupanya, dia nak bincang dengan aku perkara ini.  Apa yang pasti, dia masih tak tahu akulah yang dia cari tu.  Tak apalah, lebih senang macam tu.
“Entahlah...” Bahu aku terangkat. “...kita tak tahu nak kata apa. Kita memang tak tahu...”
“Tak apa...”  Kepalanya menoleh pada aku. Seperti tadi senyuman tawar tu masih terukir.
“...saya tak ada apa nak cakap pasal dia. Dia datang, singgah kejap lepas tu hilang...”
Akulah tu. Bertuah punya Tuah. 
“Kenapa cari dia?” 
“Kalau saya cakap, sebab kami kongsi hati yang sama... awak caya tak?” Gelak. Kat mana lucu pun tak tahulah. Tapi tak payah dia tanya pun aku tahu jugak. Hati aku. 
“Mesti awak tak caya kan?”  duganya. 
Aku hanya senyum tipis. Menyisip lipton ice lemon tea di tangan. Khalifh pula setia dengan tin nescafe dia. 
“Dah cukup kot saya cari dia. Saya ingat nak mula hidup baru sungguh ni. Tak nak buang masa. Mak saya dah bising dah tu...”
“Bising pasal apa?”
Aku nampak bibir Khalifh lebar dengan senyuman. “Saya nak pinang awak, boleh ke?”
Allah... Khalifh ni. Buat aku menggeletar jelah. 
“Boleh tak?” 
Tak menjawab soalan Khalifh... aku angkat tubuh. Bangkit dari jongkang jongkit... menyapu belakang seluar dan terus berlalu dalam senyuman kelat. Dia nak lupakan Tuah dan nak hidup dengan Khalifah. Tak ke kira aku bertuah?
“Khalifah?!” Laungan Khalifh buat aku berpaling. 
“Dah nak Maghrib ni...” Aku lambai pada dia. Nampak Khalifh garu kepala dengan sengih melebar. Hailaaa hailaa... payahnya aku nak terima dia.
“Kenapa awak lari macam tu aje?”  soal Khalifh bila dia dah berjalan tepat di sisi aku. 
“Kita tak ada jawapan untuk soalan awak tu, Khalifh… lagipun, awak suka orang lain tapi awak nampak orang tu dalam diri saya kot,” tebak aku. 
Khalifh kerut kening.  “Awak dengan dia orang berlainan, Khalifh… nama dia lain dan nama awak lain.  Saya Cuma berhutang budi pada dia.  Memang saya rasa saya suka dia tapi dah sampai masa saya berhenti suka orang yang menghilang.  Pertama kali saya nampak awak, sedih dalam hati saya hilang.  Saya mula  yakin, awak adalah penawar kesedihan saya.  Sebab tu saya nak pinang awak,” jawab Khalifh pula. 
“Jadinya, awak dah lupakan dia?” 
Khalifh angguk seketika lantas menggeleng pula.  “Saya tak akan lupakan dia sebab dialah sebab saya ada di sini.  Atau saya ni, sangat berterus terang dengan awak?” 
“Awak nak kita ni, ada cinta ke?”  soal aku tak menjawab soalannya. 
“Perlu ke cinta sekarang atau kita bercinta aje lepas kita nikah?” 
Mudahnya Khalifh buat keputusan.  Kalaulah dia tahu aku Tuah, entah apalah dia rasa.  Aku tak ada niat nak tipu tapi aku takut Khalifh dibayangi budi untuk dia terus cari aku. 
“Kalau kata nanti awak jumpa Tuah tu?”  tanya aku lagi. 
“Kalau masa tu awak dah ada di sisi saya, dia hanya kekal jadi orang yang buat saya ada depan awak sekarang…”  Nada Khalifh berubah serius.  Aku tahu dia memang serius dan rasanya, bukan lagi masa untuk aku main-main. 
Sampai masa aku kena berterus-terang pada dia siapa aku.  Masa tu, kalau dia nak marah pun, aku terima.  Padan muka aku. 
“Keputusan ma kita, ada keputusan kita, Khalifh…”  Aku terus masuk ke dalam rumah tanpa memandang Khalifh lagi. 

Harap dia faham apa  yang aku maksudkan.  

bersambung

RM says :  Nak atur jari atas keyboard, nak jana otak... serius tak berdaya.  hailaa... hailaa... apapun enjoys.

22 comments:

  1. Keputusan ma kita, ada keputusan kita, Khalifh…” woooo..khalif kena minta izin ma dulu...

    ReplyDelete
  2. sambung lg please....nk tau tuah trima khalif x...

    ReplyDelete
  3. lamanya RM x update blog... dh sunyi blog RM ni... ape pun TQVM

    ReplyDelete
  4. Ye la RM. Adakah Rozie sukakan Khalif? ...Kita suka sangat kalau dicepatkan jodoh Khalifh dan Khalifah tu...

    ReplyDelete
  5. Ye la RM. Adakah Rozie sukakan Khalif? ...Kita suka sangat kalau dicepatkan jodoh Khalifh dan Khalifah tu...

    ReplyDelete
  6. hai khalift ni nape la lmbat benor..

    ReplyDelete
  7. napa rozie mcm tu?dia suka khalif?xblh la mcm tu, kata kwn, nnti kawan mkn kawan

    ReplyDelete
  8. sentiasa enjoys..heh..

    ReplyDelete
  9. TQ DIK REHAN....setelah sekian lama menanti

    ReplyDelete
  10. TQ DIK REHAN....setelah sekian lama menanti

    ReplyDelete
  11. cpat khalifh...g masuk meminang...

    ReplyDelete
  12. haa..khalifh..cari mak dia dulu..pikat bakal mak mertua dulu tau..

    ReplyDelete
  13. tuah ni sebenarnya suka khalif kan tu yang sayang nak tukar no tel tu
    tapi tak nak ngaku kan

    ReplyDelete
  14. Ooo..kita pun baru tahu..harapkan Pegar, ya. Klu RM tak bgtau, mati2 ingat PAGAR.. Hehehe...tima kasih atas ilmu RM.

    ReplyDelete
  15. Khalifh pernah cakap ke dia nak cari Tuah? Camne Tuah leh tau pulak?

    ReplyDelete