KERANA sekaki
payung. Boleh tak aku karang sebuah
cerita dengan tajuk tu? Macam menarik,
kan? Lepas tu cerita tentang aku dan
Khalifh. True story. Not just a fiction tahap lima. Aku pandang skrin notebook. Melayari internet
cari kerja. Padahal saja. Semata melarikan pandangan daripada renungan
Rozie yang penuh syakwasangka.
“Kau pergi mana malam
semalam?” Dua kali dah soalan itu
berdengung. Aku tetap tak bagi
jawapan. Sebenarnya, tak ada
jawapan. Tak tahu nak susun jawapan
macam mana. Nanti Rozie syak
bukan-bukan.
“Tuah!” Rozie bangkit bercekak pinggang. Barulah aku berpaling memandang dia.
“Kita ada hal sikitlah,
Rozie. Kan kita dah bagitahu
awak...” Keluhan tipis dilepaskan. Memang aku ada hal. Hal pengsan aku dalam hujan. Dramatik macam Hindustan.
“Serius la, Tuah. Kau pergi mana? Aku balik pagi semalam kau tak ada. Tiba-tiba, kau muncul bila ada orang hantar. Siapa tu?
Kau jangan cakap kau tidur rumah jantan mana-mana, Tuah...”
Hah? Excuse
me! Aku renung Rozie tajam. Sampai hati dia telah aku buat benda
bukan-bukan tu. Mana aku pernah. Teman lelaki pun tak ada ini nak keluar
dengan lelaki. Okey, aku terima Khalifh
tu lelaki tapi bukan teman lelaki. Besar
beza tu.
“Kita tak buat kerja
jahat gitulah, Rozie. Sungguh. Allah tahu tu. Tak baiklah awak tuduh kita macam tu...” Aku minimize
window google chrome dan aku biar notebook
disitu. Bangkit membawa langkah ke
bilik.
Letihlah dengar Rozie
membebel. Sakit telinga kita. Dahlah kita sakit kepala ni. Hari tu, beria dia larang Khalifh jangan
hantar dia, tapi Khalifh berkeras. Lepas
tu dalam kereta...
Hailah... aku rebahkan
diri di atas tilam bujang ni. Selesa
biarpun kepala masih sakit. Teringat hal
dua hari sudah, memang boleh buat jantung pulak tak sihat.
Akhirnya, terbukti keputusan aku benar.
KERETA meluncur
tenang. Aku pun tak tahulah macam mana
Khalifh boleh bukak kereta dia yang terkunci malam tragedi tu.
“Err... awak marah ke?”
Aku geleng dengan
pertanyaan Khalifh. Elok-elok aku diam,
kenapa nak cakap aku marah? Marah sungguh
nanti.
“Muka ketat?” Dia senyum tipis.
“Kita kan tak sihat...” Tanpa nada, aku menjawab. Aku buang pandang ke luar. Lengang jalan. Selengang kepala aku ni.
“Saya minta maaf,” ujar
Khalifh tiba-tiba. Aku terus pandang
dia yang sememangnya tengah pandang
aku.
“Kenapa minta maaf?”
“Rasa bersalah pulak...”
“Sebab?” Rajin pulak aku menggiat. Khalifh senyum tipis dan memandang ke jalan
raya semula.
“Saya rasa saya
susahkan awak pinjam payung, sampai awak pitam terus. Tapi, bila doktor kata awak tak apa-apa, lega
hati saya...” Khalifh urut dada dan
lepaskan nafas tenang. Tanda dia
benar-benar lega.
“Tak apa... awak
kesusahan. Kita bantu mana perlu
aje. Jangan nak minta maaf...” Memanglah.
Dia tak salah pun sebenarnya. Kalau
nak kira salah, akulah kot yang salahnya.
Rajin sangat pergi ke luar pagar dalam hujan tu kenapa?
Bajet macam Hindustan? Ataupun Korea? Oh tidak.
Otak aku ni bukan jenis fiction tahap jingga. Tak pernah berharap pada kisah cinta seindah
Cinderella atau semanis Snow White. Tak mungkin
juga seperti Rapunzel dan Beauty and The Beast sebab aku tak dikategorikan
sebagai Beauty dan Khalifh pulak jauh sekali nak digelar The Beast.
Itu kisah dongeng tapi
aku ni nyata. Parut dekat perut aku ni
ada aje lagi. Terang terentang.
“Tak apalah. Saya minta maaf jugak...”
Aku angkat kepala. Mengerling pada Khalifh yang masih merenung
jalan raya. Mata yang jarang sekali berkedip. Tak masuk habuk ke?
“Kita maafkan... harap
lepas ni...” Kata-kata terhenti beberapa
saat. Mencari ayat yang sesuai tapi tak
jumpa pulak sampai Khalifh menyoal.
“Harap apa?” Dia senyum.
Masih lagi tak pandang aku. Aku
pun dah pandang ke depan. Membetulkan shawl yang membaluti tubuh. Sejuk.
“...harapnya, kita tak
jumpa lagi lepas ni?”
Teruk Khalifh brek
mengejut. Mujur tak tersungkur pada dashboard. Apalah dia ni? Matanya tepat merenung
aku. Tanpa senyuman.
“Errr...” Aku kehilangan kata. Tapi, lepas Khalifh kembali senyum, aku hela
nafas lega.
“Saya faham...” Dia mengangguk.
“Kan awak pun nak cari
orang yang awak nak cari tu?” giat
aku. Khalifh gelak.
“Dia?”
Angguk.
“Dia bukan sesiapa...”
Dang! Aku rasa nak
hantuk kepala pada dashboard
biar amnesia dan lupa terus apa yang pernah jadi. Dia tak pernah ada niat bersungguh nak cari
aku. Dan, pertemuan ini adalah pertemuan
tak terduga. Biarlah begitu dan aku akan
kekal berahsia.
Hai... dalam tak sedar
aku mengeluh. Itu peristiwa dua hari
lepas dan sekarang rasa lega sikit. Kerja
masih tak ada ni. Bukan tak ada tapi aku
rasa malas lagi. Bajet banyak duit dalam
bank. Banyak sekalipun, kalau hari-hari
tarah, meratalah ia.
Aku capai sebiji bantal
hendak ditekup ke muka bila telefon berbunyi.
Lagu skema aje. Tak tukar lagu
lain. Malas. Tanpa melihat pada skrin, aku terus lekapkan
ke telinga. Paling tidak pun, ma...
sebab ini nombor baru. Tak kan Rozie
pulak? Fendy mana dia tahu. Tak pernah jumpa lagi lepas setahun
dulu.
“Ma...”
Aku terima tawa di
hujung talian. Suara parau lelaki. Bukan ma yang pasti. Pantas aku bingkas bangun. Duduk memandang skrin telefon. Nombor yang tak ada dalam senarai. Siapa?
“Errr... who’s on the line please?”
Sopan dan tetiba.
“Me...” Ketawa lagi.
Kali kedua dia ketawa,
aku dah boleh cam siapa dan daripada mana dia dapat nombor telefon aku ni? “Awak curi nombor telefon kita, ya?”
“Eh, curi ke gitu?” Suara Khalifh kedengaran tegang.
“True...” Memanglah mencuri
kalau tak minta izin. Tahulah telefon
aku ada pada dia tapi janganlah ambik curi-curi. Kalau nak sila minta.
“Kalau gitu, saya minta
maaf...” Ya, dia memang murah dengan
kata-kata maaf.
“Ermm... dah tahu nak buat macam mana lagi, kan?”
Kami sama-sama
diam. Khalifh rasa bersalah kali. Aku pula tak tahu nak kata apa. Terkejut satu hal.
“Boleh saya
tanya?”
Aku diam. Malaslah nak bercakap. Aku letih ni. Sungguh.
Dengan bebelan Rozie dan campur pulak dengan soalan demi soalan daripada
dia.
“May I?” Sekali lagi dia
tanya.
“Iya... boleh.” Rendah perlahan aku membalas. Dengan suara letih. Letih sungguh.
Khalifh ketawa kecil di
hujung talian sana. “Err... saya rasa
saya pernah jumpa awak. Dekat mana,
ya?” tanya dia. Entah kali ke berapa.
Sudah. Ini mesti dia ingat masa aku dengan Fendy
dulu ni. “Err... iya ke? Kat mana?
Saya tak ingat pun...” Sajalah
aku berbahasa menutup resah.
“Tapi, saya ingat
dengan baik...”
Okey, kalau kata dia
ingat pertemuan antara kami dan Fendy sehari sebelum aku letak jawatan dulu tu,
tak apa. Jangan peristiwa di...
“Hospital kot,” duga
Khalifh.
Aku ketap bibir. Allah... jangan. Aku tak sudi, aku tak sedia. Bukan sekarang.
“Awak nurse ke?” Telahan dia tersimpang jauh.
Setelah damaikan nafas
dan jiwa, aku menjawab, “Bukan... kita tanam anggur.” Memang itulah hakikat. Aku tak kerja sekarang.
“Sungguh?”
“Iya...”
“Waaa...” Suara Khalifh teruja. “Maknanya awak hidup sendiri, tak kerja...
anak orang kaya la ni, ya?” Dia gelak
ingatkan aku main-main.
“Mana adalah. Ma kita cikgu aje...” Pap...
aku tekup mulut. Allah, tersasul. Kenapa aku bagitahu dia? Apa yang aku dapat nanti.
“Tahu...” Dia berjeda dua saat. “Aunty dah bagitahu saya malam tu...”
Allah, ma pun. Rajin sangat bercerita pada orang tak kenal
kenapa?
“Kalau awak kata kita
tak pernah jumpa, tak apalah. Saya pun
lupa. Boleh jadi sebab saya terlalu
mencari seseorang kot...sampaikan semua orang pun saya rasa dia...” Kali ini, tawa Khalifh tawa kecewa.
“Errr... siapa?” Menyibuk pulak aku.
Khalifh lepas
gelak. “Bukan sesiapa pun. Just
wanna see her and say thanks. That’s
all...”
Hah? Itu aje?
Itu aje? Jadinya, memang aku tak
akan ngakulah jawabnya. Keputusan aku
tepat. Dah dua kali dia cakap ‘dia’ tu
bukan sesiapa pada dia. Jadinya, buat
apa aku nak jadikan diri aku ni ‘seseorang’ pada dia pulak, kan?
“Oh, maknanya bukan
orang yang penting la, kot...”
“Pentinglah... dia dah
bantu saya. Nak ucap terima kasih aje
atas jasa dia,” ulang Khalifh.
“Lepas ucap terima
kasih?” Tenanglah hati... tenang. Memang ini yang aku nak. Biarlah kami menjauh kerana memang daripada
awal, aku tak nak dia terikat budi dengan aku.
Senang macam tu. Lepas ni, aku
tukar nombor telefon lagi.
“Ermm, dah cakap terima
kasih, cukuplah tu...”
“Kalau gitu, doakan aje
dia, dah cukup rasanya...” Candangan
bernas aku dah keluar. Kot kata dia
doakan aku pun elok jugak. Doakan aku
sentiasa sihat. Temui jodoh yang
baik.
“Memanglah dia pernah
cakap, dia ikhlas dan dah jawab sama-sama tapi rasa nak juga cakap bila dah
sihat ni. Tapi, kalau awak kata doa itu
sudah memadai saya rasa nak berhenti cari dialah...”
Senang.
Memang senang keputusan
Khalifh tapi kalau aku pun, buat apa cari pada orang yang tak sudi
ditemui. Andai kata dia nak muncul,
biarlah dia muncul sendiri. Tak larat
kaki nak berlari setiap kali pun. Sampai bila nak mencari?
Tapi, hati aku menipu
aku lagi. Hati aku menangis.
“Err... awak tak sihat
ke, Khalifah?” soal Khalifh
prihatin.
Aku cepat-cepat raup
wajah. Ketawa kecil sebelum
menjawab. “Mana ada. Kita dah okey. Terima kasih sudi teman kita hari tu.”
Terima kasih sudi
selimutkan kita. Sedih hati aku
menyambung.
“Saya sebenarnya
telefon cuma nak tanya khabar.”
“I’m just fine... thank
you!” Cepat aku balas. Tak sabar dah nak letak telefon ni.
“Dan rasanya saya nak
berhenti cari orang sebab saya dah temui seseorang...” Kata-kata Khalifh sekadar mendatar tanpa rasa
teruja atau gembira. Namun, menusukkan
ke hati buatkan airmata aku menitis.
Aku ingat gurauan dia
pada aku dulu. Aku ingat kembali tapi
memang tak akan menjadi. Aku tahu sejak dulu dan terbukti kini.
“Awak tak akan carilah
dia tu...”
“I stop by now...”
Aku terus matikan
talian telefon. Khalifh mengayat aku
tadi tu. Aku tahu. Dia nak lupakan Tuah dan nak datang pada
Khalifh setelah pertemuan dua kali. Tanpa
dia tahu, Tuah dan Khalifh tu ada nama lain di tengah-tengah, iaitu NUR dan aku
rasa aku nak pakai nama Nur pulak lepas ni.
Lepas tu masuk SMS
dia.
Nape? Sy dh lama mencari. Bila jmp, xd masa nk kelek ke hulur ke
hilir. Umo
dah
lama. Kalo sudi, kita kenal.
Allah... mudahnya dia
pujuk rasa.
~~> bersambung
RM says : sebelum tiba masanya, kita perang hingga sampai masa. Allah bless...
tuah rajuk dlm diam!... tau takut khalifh tak nak cari dia lagi... saje je khalifh memainkan perasan tuah, ya!...
ReplyDeleteemmm..moga terbuka hati Tuah nak sambut salam kenal Khalish..sendri lari sendri sakit plak Tuah nih..sigh..
ReplyDeletebest citer nie...hope RM bleh sambung lg...
ReplyDeletetuah n khalifh sweet sgt....
comellah khalifh ni
ReplyDeleterasa-rasanya macam Khalifh tu tahu je Khalifah tu Tuah..asyik tanya kita pernah jumpa ke...
ReplyDeleteAlahai hati Tuah yg tinggal separuh pun pandai merajuk ya....
ReplyDeletetapi rajuk dalam diam ni lagi parah...hehehe
Wah..heroin kita main tarik2 tali dlm,diam nie
ReplyDeletecepat2 masuk konflik. tak sabar dah.
ReplyDeletesib baek nama ader 3.. kalo nama ade 2 jer.. sure kena guna nama bapak lah si tuah ni... hihihi
ReplyDeletekecik ati tuah...
ReplyDelete#Khalifh dh tahu kan? kan?
ReplyDeletesaja nak mainkan perasaan #Tuah #Nur #Khalifah kan? kan?
tapi RM ... I've been there.. huhu so direct & pure.. innoncent sgt! :-)
khalifh mengayat.. lebihkan sikit bunga2 tu..
ReplyDeletethanks byk2 rehan......lamer akak menunggu sambungan. Harap kesudahan yg baik antara mrk. Masing2 memendam rasa tu.....
ReplyDeletebest. please smbg
ReplyDeleteKhalif sweet sgt..tuah rajuk dlm diam
ReplyDeleteDaebakkkk!!!!! I love ur writing kak RM :-)
ReplyDeleteBest sgt...tq rm...
ReplyDeleteWarghhh!!!! tuah jwp apa yer??? Rm cpt2 smbung.. nice story, nice writter :)
ReplyDeleteadakah..khalif kenal tuah sebenarnye....jeng3x
ReplyDeleteHehehe...nice story. Tq.
ReplyDeletesweet sgt2.. cpt2 sambung ea.... ;)
ReplyDeleteSalam..best..tak menghampakn..tapi hati ni rase sayu je..ni ke tuah rase?
ReplyDeleteSalam, best sgt RM tq
ReplyDeleteBest!
ReplyDeleteassalamualaikum...geramnya..semoga yg ini habis di blog.. sy in indonesia, disini cari novel RM susah sekali..TK, STK, ga tau bagaimana habisnya...jd sedih..saya peminat awak tau..love you so much
ReplyDeleteAl
ap susah....xde di indonesia...beli je online....jom ramai2 support karya RM...beli...jangan xbeli!!!
Deletekhalifh dah tahu tu tuah sebab tu dia berhenti mencari. nak cari buat apa bila dah ada depan mata...go go khalifh!
ReplyDeleteSekarang jenguk seminggu sekali. Entry dh semakin slow .... Dulu2 hampir setiap hari mesti intai blog RM. Rindu gitu ...
ReplyDeletetuah jngan la tolak tuah.. dah khalifh nak 2 terima je la..hehe
ReplyDeletebl nk smbung lg ni RM....jenuh dh intai blog n hr2....rndu giler kt tuah&khalif nih....
ReplyDeletetak de sambungan ke???
ReplyDelete