MASA hari pertama aku
sampai, Rozie peluk aku tak lepas. Siap
buat drama airmata. Rindu sangat
katanya. Mana tak rindu, aku hilang
tanpa berita tapi tiap-tiap bulan aje aku masukkan duit sewa ke dalam akaun
Rozie. Kesian dia nak bayar kos rumah
sewa dekat RM800 tu seorang diri. Tak
terbayar kereta Mitshubishi Mirage dia tu nanti.
Sekarang ni pun, aku
masih goyang kaki. Dengar kata Rozie
masa kami santai makan malam bersama dua malam lepas…
“Fendy ada datang cari
kau, Tuah…”
Aku sengih. Menguis nasi kerabu goreng yang aku sendiri
buat. Resepi daripada kawan ma dekat
Kelantan sana . Ini pun kali kelima try, barulah aku agak mahir buat
nasi kerabu goreng ni. (nak
resepi, sila emel)
“Apa dia nak?”
“Kau…”
Tersedak aku dengan
ayat Rozie ni. Ada ke jawab Fendy nak aku? Aku ni bukan barang main nak gitu aje. “Serius la…”
Aku buat muka. Rozie senyum.
“Tapi, memang
betullah. Dia cari kau macam oran g gila. Hari-hari datang. Letih aku nak jawab yang aku memang tak tahu
kau pergi mana. Dia tanya alamat kau
dekat kampung? Aku lagilah tak
tahu…” Rozie mencebek.
Emm… kalau tanya Rozie
memang tak cakap apa. Sebabnya, dia tak
ada maklumat melainkan maklumat tentang aku adalah penderma hati pada errr…
dia.
“Lagi... dia cakap apa?” Saja bertanya. Kotlah Fendy nak kahwin ke.
Bukan sekejap aku hilang.
Setahun!
Bibir Rozie koyak
dengan senyuman. Dia pandang aku sambil
meneguk air. Bila dia letakkan gelas,
barulah dia bersuara.
“Dia cakap dia rindu
kau.”
Terus wajah aku
berkerut lebat. Silap-silap orang boleh
cakap aku ni tua 10 tahun daripada umur asal.
“Pandai awak kenakan
kita, Rozie...” Senyuman sinis tersimpul
kemas.
Rozie ketawa dan
menggeleng. “Okey. Tak tahu kenapa aku gelak...” Tawanya mati.
“Tapi, sungguh. Dia memang cakap
dia rindu kau setengah mati. Aku dengar
ajelah. Nak bagi preskripsi, tak tahu
nak bagi ubat apa...” Senyuman sinis dia
herot.
Aku menggeleng dalam
hati. Fendy... Fendy... aku ingat dah
berubah. Tapi, ini aku main lari macam
itu aje pun dia masih lagi cari aku.
“Erm... kau tak nak call dia ke apa ke?” soal Rozie bila aku diam tak bersuara.
Kepala menunduk
menghadap makanan. Daripada sembang
pasal Fendy, ada baik aku makan diam-diam.
Perut pun kenyang. Hati jadi
girang.
“Tuah!”
Aku panggung
kepala. Rozie dah redupkan pandangan dia
bila aku tak layan soalan dia tu. Habis tu,
dia nak aku jawab apa? Aku tak ada
jawapan. Jangan kata nak call, aku nak balik sini pun fikir empat
lima kali. Ikut hati, aku akan datang
kejap aje ambil barang lepas tu pindah. Tapi
ma kata, tinggal ajelah dengan Rozie. Dah
lama kenal, kan?
“Kita tak rasa nak
telefon dia pun...” Rendah datar aku
mengucapkan kata.
Kening tipis Rozie
bertaut. “Kenapa?”
“Saja...” Aku ukir senyuman tipis. Tawar dan hambar. “Kita tak nak ada kaitan dengan hal setahun
lepas...”
Padahal Fendy tu bukan
hal setahun lepas tapi sebab yang seorang itu, aku rasa aku nak buang memori
aku untuk setahun.
“Kau ni masih cuba lari
daripada Kha...”
“Rozie!” Cepat aku mencantas. Rozie nampak terkejut. Aku bangkit menolak kerusi kasar. Pinggan aku angkat.
Wajah Rozie dah
pucat. Agaknya dia rasa aku nak cepuk
kepala dia dengan pinggan Ikea ni kot. Tak
mungkinlah.
“Kita dah siap
makan. Kita masuk rehat kejap. Kalau ada orang cari kita, cakap aje tak
tahu...” Aku terus berpaling nak menuju
ke dapur tapi terhenti langkah seketika.
“Dan, kita tak ada
ingat apa-apa pun dalam setahun ni. Kita
okey aje dengan ma kita,” sambungku tenang lantas masuk ke dapur.
Letak aje pinggan dalam
sinki, aku paut birai table top. Sikit lagi aku nak rebah. Nafas aku sesak tiba-tiba. Dada aku... sakit!
Hailah...
Keluhan tipis aku lepaskan. Lega sikit
sakit dada dua malam lepas. Biarpun masih
sakit tapi okeylah sikit. Kalau tidak,
mencucuk. Kalau sakit perlukan ubat
senang. Tapi ini, sakit apa pun tak
tahu. Kesan jangka masa panjang akibat
hal setahun lepas ke? Tak mungkinlah
kot. Aku hadir rawatan susulan selama ni
tak ada masalah pun.
Tangan aku menepuk dada
beberapa kali. Ini bukan tempat letaknya
separuh hati aku tapi letaknya jantung. Jantung
yang reti berdegup, berdebar dan darah gemuruh.
Dekat luar pun
hujan. Kilat sabung menyabung sejak
Maghrib tadi lagi. Rozie kerja
petang. Apa yang dia bagi, surat khabar. Kotlah aku nak cari kerja ke tapi rasanya
memang nak cuma bukan sehari dua inilah.
Aku kena kemas barang-barang aku dulu.
Bersawang. Beberapa hari balik
sini, satu apa pun aku tak buat. Buatlah
sikit tapi banyak yang tak buat.
Suara soprano daripada
telefon bimbit aku bernyanyi merdu. Menakutkan
sebenarnya. Kalau Rozie dengar, mesti
dia suruh aku tukar. Nama ma naik. Aku lekapkan Galaxy ke telinga.
“Assalamualaikum, ma...”
“Waalaikummussalam...” Suara ma rasa macam ma duduk dekat kutub
jauhnya. Hujan lebat kemain di luar
sana.
“Hujan dekat sini,
ma. Cakap kuat sikit...”
“Ma tanya, Tuah okey
ke?”
Aku tepuk dada
kiri. Okeykah anda wahai jantung? Jangan awak pulak retak sedangkan hati kita
sudah tinggal separuh.
“Okey... kot...” Lambat aje aku jawab.
Ma diam seketika
sebelum bersuara. “Sounds not okay. What happened?”
Erm... nak bagi tahu ma
ke tidak ni, ya? Nanti dia risau. Tapi, kalau tak bagitahu lagilah dia risau
kenapa.
“Dada Tuah sakit.”
“What?” Amboi ma
terkejut. Macam berlakon pulak. Aku ketawa kecil. Tak mampu aku bayangkan wajah ma masa
ni.
“Kemain ma terkejut...”
“Mahu tidak!” cantasnya.
Terdiam aku kejap. “Tuah
satu-satunya yang ma ada. Ni sakit ni,
dah pergi hospital? Rozie ada?”
“Tak ada...” Aku geleng.
“Rozie kerja malam. Tuah sorang
dan Tuah tak ke spital pun. Tak ada apa
sebenarnya tapi...”
“Tapi?” Laju ma menyoal.
“Dada Tuah aje sakit...”
Ma diam bila aku ulang
ayat itu sekali lagi. Mesti ma tak faham
apa yang aku cuba maksudkan.
“Dada Tuah sakit? Bukan perut tempat operation tu?”
Aku diam. Biarlah ma agak jawapan sendiri. Aku sedang pujuk hati ni. Tiba-tiba, ingatan aku pada dia
membuak-buak. Sangat. Melimpah tebing dah.
Allah... Sakitnya dada aku. Rasa macam nak menangis. Rasa panas duduk. Rasa nak berlari ke luar bila aku rasa punca
kesakitan ini ada di luar sana. Tapi,
kat mana?
“Tuah...”
“Erm...”
“Are you hurt that much?”
“Erm...” Pendek jawapan
aku.
“He’s calling for his other half...”
Ma terus diam.
“Ma... mana ada gitu. It has been
a year, ma. Not a week. Benda dah berlalu...”
“Tapi, hati Tuah ada
dengan dia,” pangkas ma.
Allah.
Kenapa ma cakap
gitu? Aku tak terfikir langsung pasal
Nik Khalifh. Sungguh ni. Tak tipu cumanya sehari dua ini aje aku mula
rasa lain macam. Lepas aku balik sini. Lepas aku macam kembali dan setahun itu bagai
tak berlalu.
“Maaa....” Panjang aku seru nama ma tapi kami sama-sama
kehilangan kata. Perbualan dihiasi
sepi. Aku diam, ma pun sama. Tak lama, ada bunyi salam sayup-sayup bila
hujan mula mereda.
“Ma, nanti Tuah call ma balik. Ada orang bagi salam. Jiran kot...”
Talian mati. Aku letak mug yang dah kosong itu lantas bangkit
menuju ke pintu.
Bila saja aku kuak daun
pintu dan tolak pagar, aku nampak makin jelas susuk tubuh yang sedang
kesejukan. Seluruh seluar dan jaket juga
baju T dia basah lencun. Rambut dia
jatuh menyentuh dahi. Panjang. Dah lebih paras leher.
Aku amati dia
lama. Siapa pulaklah main hujan ni? Malam-malam buta pulak tu. Tak takut demam ke? Wajah yang tadinya tak nampak langsung tu
kian jelas di mata aku dengan bantuan lampu porch yang aku pasang.
Lama kau perhatikan
dia.
“Assalamualaikum...” Salam dihulurkan. Aku berhenti melangkah. Telapak tangan naik ke dada.
Sakit.
Allah. Kenapa ni?
Bila kaki aku kian mendekati, jantung aku bagai terhenti. Macam jatuh tergolek di atas lantai dan
berada tepat di kaki dia. Dia tunduk dan
kutip jantung itu lalu digenggam kemas. Denyutan
jantung aku tu nampak makin lemah.
Aku nak mati dah
ke? Sampai masa dah ke? Pandangan aku kabur. Melihatkan wajah itu tersenyum sambil meraup
rambutnya ke belakang, rasa nak terlepas payung yang ada di tangan.
DIA dah berlalu. Aku kenal dia tapi aku tetap cakap aku tak
kenal. Dia pun langsung tak cam aku. Aku
faham kenapa. Sekarang pun, dia pakai
cermin mata. Tadi aje dia buka sebab dah
banjir kaca tu.
Tangan masih melekap
kemas di dada. Memang sakit. Tak tahu nak kata apa. Aku tak ada ubat kata ma. Minta ubat dengan doktor pakar sekalipun, tak
mampu sembuhkan aku. Airmata aku
menitis. Perlahan-lahan aku menapak ke
luar pagar hinggalah sampai ke tepi jalan raya di depan rumah.
Dalam tak sedar, air
hujan jatuh membasahi seluruh wajah.
Lencun. Sama laju titisan hujan
ni dengan airmata aku dan yang peliknya, aku bukan nak menangis. Airmata itu jatuh dengan sendiri.
Pandangan mata aku
lempar jauh-jauh ke seberang laman sana . Mencari kelibat yang dah hilang dalam
kepekatan malam. Telapak tangan turun
singgah di tengah perut. Dia ke? Sungguh ke dia? Dia yang aku pernah nampak di kafe setahun
lepas dan beberapa kali setelah itu sebelum aku buat keputusan nak lari jauh-jauh.
Kali ini, malam ini di
bawah hujan yang mencurah dalam kegelapan malam, dia hadir lagi. Aku tak silap pandangan mata. Kalau tersalah… tak! Hati aku membantah. Aku menolak apa yang dah aku lihat dan sedang
memori aku imbau ni.
Berdebar jantung. Berdenyut rasanya hati. Aku panjangkan leher mengintai dia yang dah
tiba di tempatnya. Bila aku kecilkan
pandangan, sejalur cahaya masuk menikam anak mata. Menjadikan pandangan aku berpinau dan bila
aku buka mata, kepala rasa berat.
Pandangan berbalam. Nafas rasa
sesak. Dada aku sedang menyempit
ni.
Sakit.
“Allah…”
Aku dengar suara itu menyebut
nama Allah sambil telapak tangannya menyambut kepala aku daripada jatuh
terhantuk pada tembok di depan pagar di dalam hujan yang kembali lebat.
“Allah… kenapa ni?” Sekali lagi suara itu berdengung.
Tiada titisan
hujan. Ada sekaki payung menutup wajah aku daripada
terus dilibas tempias.
Dan, sakit dalam dada
aku berkurang.
... bersambung
RM says : Intermission. Here one more chapter of Khalifah. Enjoyz. Try to finish this story as soon as I can. InsyaAllah...
I guess the MAN is khalifh..
ReplyDeleteAgaknya sy pula dah yg nak kutip jantung ne, berdebar je..ngee~
tankiu vely much hehehe
ReplyDeletekalau dah mmg itu takdirnya...terima jer ler cik Tuah ooiii..heh..
ReplyDeletekhalifh yg dtg sambut kan.
ReplyDeleteYang ni akan dibukukan k habis kat blog?
ReplyDeleteKhalifh yg dtg kn...wahh..jantung sya lak yg berdebar
ReplyDeleteAlong eza
Ma tuah yg lbh memahami.... Suka baca perbualan mrk anak beranak....
ReplyDeleteoooooo.... Khalif... inilah smbg prolog kan?
Selamat Kembali dear..
ReplyDeleteNak baca tanpa henti leh x? Hehe...
ReplyDeleteBertaut semula kisah hati milik tuah bersama khalifhnya. Moga mereka bahagia dan saling mengenali apabila bersua ( bukan hanya tuah sahaja yg mengenali khalifth ).
ReplyDeleteRm nasi kerabu grg? Ke..nasi grg kerabu? Klu nasi kerabu grg, nak gak resepi..heee...bleh?
ReplyDeletedah jadi cam pisang goreng atau goreng pisang la pulak.hehhe.
Deletebest!
ReplyDeletesis sambung peh-lies.....
ReplyDeleteakak..cepatla smbung smpai abis.tq
ReplyDeleterehan, n3 plzzzzzzzzz....
ReplyDeletetq rehan.. lama tunggu dah nie..
ReplyDeleteTQ RM.... betul kami semua merindui buah tangan RM
ReplyDeleteThanks...
ReplyDeleteThanx
ReplyDeletejantung kita pun rasa macam nak terkaluar dah nie......aduh.....
ReplyDeleteYeaaay.. Its khaliff.. Cepat..cepat up next n3 RM B-)
ReplyDeleteAlahai sesak dadaku.
ReplyDeletealahai.. lari jauh mna pun akhirnya bertemu jgak..
ReplyDeleteuishk... main2 ujanlah pulak...ni dah jadi memori daun pisang dah ni
ReplyDeletePandai hati cari member sebelah lgi..dgn mintak bantuan jantung....hehe...terbaek...!!!
ReplyDeletehehehe sgt2 best.. x sangka kan.. pandai tol hati tu jejak yg 1 lg.... bila nk smbung lg nie.... :)
ReplyDeleterasa macam jantung ni pun ikut stop..kidding, if not how can i write this :P kak RM more please :)
ReplyDeleteYayyyy, habis dkt blog
ReplyDeleterasa berdebar pulak hehehe, more RM
ReplyDeleteNi yg prolog tue kan?kita peminat awak.hehehe
ReplyDeleteSgt best....
ReplyDeletesakit dada sebab hati yang separuh lagi dah sampai tu... hehehe
ReplyDeletesalam..... RM
ReplyDeletelama x tinggal jejak kat blog ni...... jd silent reader jer.......
apa pun, citer ni best.... huhuhu... x sabar nak tunggu sambungannya.......
bak kata elly mazlin, Sabarlah Hati....., huhuhuh.... karya awak x menghampakan.... best of luck........
K.I
rasanya mesti Khalifh....dah jumpa ke Tuah dgn Khalifh tu...bestnyaaa..sweet...kita sukaaa sangat...teruskan...jgn lama sangat ya upload bab 10..
ReplyDelete