Thursday, October 10, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 9

MASA hari pertama aku sampai, Rozie peluk aku tak lepas.  Siap buat drama airmata.  Rindu sangat katanya.  Mana tak rindu, aku hilang tanpa berita tapi tiap-tiap bulan aje aku masukkan duit sewa ke dalam akaun Rozie.  Kesian dia nak bayar kos rumah sewa dekat RM800 tu seorang diri.  Tak terbayar kereta Mitshubishi Mirage dia tu nanti. 

Sekarang ni pun, aku masih goyang kaki.  Dengar kata Rozie masa kami santai makan malam bersama dua malam lepas…
“Fendy ada datang cari kau, Tuah…” 
Aku sengih.  Menguis nasi kerabu goreng yang aku sendiri buat.   Resepi daripada kawan ma dekat Kelantan sana.  Ini pun kali kelima try, barulah aku agak mahir buat  nasi kerabu goreng ni.  (nak resepi, sila emel)
“Apa dia nak?” 
“Kau…” 
Tersedak aku dengan ayat Rozie ni.  Ada ke jawab Fendy nak aku?  Aku ni bukan barang main nak gitu aje.  “Serius la…”  Aku buat muka.  Rozie senyum. 
“Tapi, memang betullah.  Dia cari kau macam orang gila.  Hari-hari datang.  Letih aku nak jawab yang aku memang tak tahu kau pergi mana.  Dia tanya alamat kau dekat kampung?  Aku lagilah tak tahu…”  Rozie mencebek. 
Emm… kalau tanya Rozie memang tak cakap apa.  Sebabnya, dia tak ada maklumat melainkan maklumat tentang aku adalah penderma hati pada errr… dia. 
“Lagi... dia cakap apa?”  Saja bertanya.  Kotlah Fendy nak  kahwin ke.  Bukan sekejap aku hilang. 
Setahun!
Bibir Rozie koyak dengan senyuman.  Dia pandang aku sambil meneguk air.  Bila dia letakkan gelas, barulah dia bersuara. 
“Dia cakap dia rindu kau.”
Terus wajah aku berkerut lebat.  Silap-silap orang boleh cakap aku ni tua 10 tahun daripada umur asal. 
“Pandai awak kenakan kita, Rozie...”  Senyuman sinis tersimpul kemas. 
Rozie ketawa dan menggeleng.  “Okey.   Tak tahu kenapa aku gelak...”  Tawanya mati.  “Tapi, sungguh.  Dia memang cakap dia rindu kau setengah mati.  Aku dengar ajelah.  Nak bagi preskripsi, tak tahu nak bagi ubat apa...”  Senyuman sinis dia herot. 
Aku menggeleng dalam hati.  Fendy... Fendy... aku ingat dah berubah.  Tapi, ini aku main lari macam itu aje pun dia masih lagi cari aku. 
“Erm... kau tak nak call dia ke apa ke?”  soal Rozie bila aku diam tak bersuara. 
Kepala menunduk menghadap makanan.  Daripada sembang pasal Fendy, ada baik aku makan diam-diam.  Perut pun kenyang.  Hati jadi girang. 
“Tuah!” 
Aku panggung kepala.  Rozie dah redupkan pandangan dia bila aku tak layan soalan dia tu.  Habis tu, dia nak aku jawab apa?  Aku tak ada jawapan.  Jangan kata nak call, aku nak balik sini pun fikir empat lima kali.  Ikut hati, aku akan datang kejap aje ambil barang lepas tu pindah.  Tapi ma kata, tinggal ajelah dengan Rozie.  Dah lama kenal, kan?
“Kita tak rasa nak telefon dia pun...”  Rendah datar aku mengucapkan kata. 
Kening tipis Rozie bertaut.  “Kenapa?” 
“Saja...”  Aku ukir senyuman tipis.  Tawar dan hambar.  “Kita tak nak ada kaitan dengan hal setahun lepas...” 
Padahal Fendy tu bukan hal setahun lepas tapi sebab yang seorang itu, aku rasa aku nak buang memori aku  untuk setahun. 
“Kau ni masih cuba lari daripada Kha...”
“Rozie!”  Cepat aku mencantas.  Rozie nampak terkejut.  Aku bangkit menolak kerusi kasar.  Pinggan aku angkat. 
Wajah Rozie dah pucat.  Agaknya dia rasa aku nak cepuk kepala dia dengan pinggan Ikea ni kot.  Tak mungkinlah. 
“Kita dah siap makan.  Kita masuk rehat kejap.  Kalau ada orang cari kita, cakap aje tak tahu...”  Aku terus berpaling nak menuju ke dapur tapi terhenti langkah seketika. 
“Dan, kita tak ada ingat apa-apa pun dalam setahun ni.  Kita okey aje dengan ma kita,” sambungku tenang lantas masuk ke dapur. 
Letak aje pinggan dalam sinki, aku paut birai table top.  Sikit lagi aku nak rebah.  Nafas aku sesak tiba-tiba.  Dada aku... sakit!


Hailah... Keluhan tipis aku lepaskan.  Lega sikit sakit dada dua malam lepas.  Biarpun masih sakit tapi okeylah sikit.  Kalau tidak, mencucuk.  Kalau sakit perlukan ubat senang.  Tapi ini, sakit apa pun tak tahu.  Kesan jangka masa panjang akibat hal setahun lepas ke?  Tak mungkinlah kot.  Aku hadir rawatan susulan selama ni tak ada masalah pun. 
Tangan aku menepuk dada beberapa kali.  Ini bukan tempat letaknya separuh hati aku tapi letaknya jantung.  Jantung yang reti berdegup, berdebar dan darah gemuruh. 
Dekat luar pun hujan.  Kilat sabung menyabung sejak Maghrib tadi lagi.  Rozie kerja petang.  Apa  yang dia bagi, surat khabar.  Kotlah aku nak cari kerja ke tapi rasanya memang nak cuma bukan sehari dua inilah.  Aku kena kemas barang-barang aku dulu.  Bersawang.  Beberapa hari balik sini, satu apa pun aku tak buat.  Buatlah sikit tapi banyak yang tak buat. 
Suara soprano daripada telefon bimbit aku bernyanyi merdu.  Menakutkan sebenarnya.  Kalau Rozie dengar, mesti dia suruh aku tukar.  Nama ma naik.  Aku lekapkan Galaxy ke telinga. 
“Assalamualaikum, ma...” 
“Waalaikummussalam...”  Suara ma rasa macam ma duduk dekat kutub jauhnya.  Hujan lebat kemain di luar sana. 
“Hujan dekat sini, ma.  Cakap kuat sikit...” 
“Ma tanya, Tuah okey ke?” 
Aku tepuk dada kiri.  Okeykah anda wahai jantung?  Jangan awak pulak retak sedangkan hati kita sudah tinggal separuh. 
“Okey... kot...”  Lambat aje aku jawab. 
Ma diam seketika sebelum bersuara.  “Sounds not okay.  What happened?” 
Erm... nak bagi tahu ma ke tidak ni, ya?  Nanti dia risau.  Tapi, kalau tak bagitahu lagilah dia risau kenapa. 
“Dada Tuah sakit.”
What?”  Amboi ma terkejut.  Macam berlakon pulak.  Aku ketawa kecil.  Tak mampu aku bayangkan wajah ma masa ni. 
“Kemain ma terkejut...”
“Mahu tidak!”  cantasnya.  Terdiam aku kejap.  “Tuah satu-satunya yang ma ada.  Ni sakit ni, dah pergi hospital?  Rozie ada?” 
“Tak ada...”  Aku geleng.  “Rozie kerja malam.  Tuah sorang dan Tuah tak ke spital pun.  Tak ada apa sebenarnya tapi...”
“Tapi?”  Laju ma menyoal. 
“Dada Tuah aje sakit...” 
Ma diam bila aku ulang ayat itu sekali lagi.  Mesti ma tak faham apa yang aku cuba maksudkan. 
“Dada Tuah sakit?  Bukan perut tempat operation tu?” 
Aku diam.  Biarlah ma agak jawapan sendiri.  Aku sedang pujuk hati ni.  Tiba-tiba, ingatan aku pada dia membuak-buak.  Sangat.  Melimpah tebing dah. 
Allah...  Sakitnya dada aku.  Rasa macam nak menangis.  Rasa panas duduk.  Rasa nak berlari ke luar bila aku rasa punca kesakitan ini ada di luar sana.  Tapi, kat mana?
“Tuah...” 
“Erm...”
Are you hurt that much?” 
“Erm...” Pendek jawapan aku.
He’s calling for his other half...”  Ma terus diam. 
Ma... mana ada gitu.  It has been a year, ma.  Not a week.  Benda dah berlalu...”
“Tapi, hati Tuah ada dengan dia,” pangkas ma. 
Allah. 
Kenapa ma cakap gitu?  Aku tak terfikir langsung pasal Nik Khalifh.  Sungguh ni.  Tak tipu cumanya sehari dua ini aje aku mula rasa lain macam.  Lepas aku balik sini.  Lepas aku macam kembali dan setahun itu bagai tak berlalu. 
“Maaa....”  Panjang aku seru nama ma tapi kami sama-sama kehilangan kata.  Perbualan dihiasi sepi.  Aku diam, ma pun sama.  Tak lama, ada bunyi salam sayup-sayup bila hujan mula mereda. 
“Ma, nanti Tuah call ma balik.  Ada orang bagi salam.  Jiran kot...”  Talian mati.  Aku letak mug yang dah kosong itu lantas bangkit menuju ke pintu. 
Bila saja aku kuak daun pintu dan tolak pagar, aku nampak makin jelas susuk tubuh yang sedang kesejukan.  Seluruh seluar dan jaket juga baju T dia basah lencun.  Rambut dia jatuh menyentuh dahi.  Panjang.  Dah lebih paras leher. 
Aku amati dia lama.  Siapa pulaklah main hujan ni?  Malam-malam buta pulak tu.  Tak takut demam ke?  Wajah yang tadinya tak nampak langsung tu kian jelas di mata aku dengan bantuan lampu porch yang aku pasang. 
Lama kau perhatikan dia. 
“Assalamualaikum...”  Salam dihulurkan.  Aku berhenti melangkah.  Telapak tangan naik ke dada. 
Sakit. 
Allah.  Kenapa ni?  Bila kaki aku kian mendekati, jantung aku bagai terhenti.  Macam jatuh tergolek di atas lantai dan berada tepat di kaki dia.  Dia tunduk dan kutip jantung itu lalu digenggam kemas.  Denyutan  jantung aku tu nampak makin lemah. 
Aku nak mati dah ke?  Sampai masa dah ke?  Pandangan aku kabur.  Melihatkan wajah itu tersenyum sambil meraup rambutnya ke belakang, rasa nak terlepas payung yang ada di tangan. 


DIA dah berlalu.  Aku kenal dia tapi aku tetap cakap aku tak kenal.  Dia pun langsung tak cam aku. Aku faham kenapa.  Sekarang pun, dia pakai cermin mata.  Tadi aje dia buka sebab dah banjir kaca tu. 
Tangan masih melekap kemas di dada.  Memang sakit.  Tak tahu nak kata apa.  Aku tak ada ubat kata ma.  Minta ubat dengan doktor pakar sekalipun, tak mampu sembuhkan aku.  Airmata aku menitis.  Perlahan-lahan aku menapak ke luar pagar hinggalah sampai ke tepi jalan raya di depan rumah. 
Dalam tak sedar, air hujan jatuh membasahi seluruh wajah.  Lencun.  Sama laju titisan hujan ni dengan airmata aku dan yang peliknya, aku bukan nak menangis.  Airmata itu jatuh dengan sendiri. 
Pandangan mata aku lempar jauh-jauh ke seberang laman sana.  Mencari kelibat yang dah hilang dalam kepekatan malam.  Telapak tangan turun singgah di tengah perut.  Dia ke?  Sungguh ke dia?  Dia yang aku pernah nampak di kafe setahun lepas dan beberapa kali setelah itu sebelum aku buat keputusan nak lari jauh-jauh. 
Kali ini, malam ini di bawah hujan yang mencurah dalam kegelapan malam, dia hadir lagi.  Aku tak silap pandangan mata.  Kalau tersalah… tak!  Hati aku membantah.  Aku menolak apa yang dah aku lihat dan sedang memori aku imbau ni. 
Berdebar jantung.  Berdenyut rasanya hati.  Aku panjangkan leher mengintai dia yang dah tiba di tempatnya.  Bila aku kecilkan pandangan, sejalur cahaya masuk menikam anak mata.  Menjadikan pandangan aku berpinau dan bila aku buka mata, kepala rasa berat.  Pandangan berbalam.  Nafas rasa sesak.  Dada aku sedang menyempit ni. 
Sakit. 
“Allah…” 
Aku dengar suara itu menyebut nama Allah sambil telapak tangannya menyambut kepala aku daripada jatuh terhantuk pada tembok di depan pagar di dalam hujan yang kembali lebat. 
“Allah… kenapa ni?”  Sekali lagi suara itu berdengung. 
Tiada titisan hujan.  Ada sekaki payung menutup wajah aku daripada terus dilibas tempias. 

Dan, sakit dalam dada aku berkurang.

... bersambung 

RM says : Intermission.  Here one more chapter of Khalifah.  Enjoyz.  Try to finish this story as soon as I can.  InsyaAllah... 

35 comments:

  1. I guess the MAN is khalifh..
    Agaknya sy pula dah yg nak kutip jantung ne, berdebar je..ngee~

    ReplyDelete
  2. tankiu vely much hehehe

    ReplyDelete
  3. kalau dah mmg itu takdirnya...terima jer ler cik Tuah ooiii..heh..

    ReplyDelete
  4. Yang ni akan dibukukan k habis kat blog?

    ReplyDelete
  5. Khalifh yg dtg kn...wahh..jantung sya lak yg berdebar

    Along eza

    ReplyDelete
  6. Ma tuah yg lbh memahami.... Suka baca perbualan mrk anak beranak....
    oooooo.... Khalif... inilah smbg prolog kan?

    ReplyDelete
  7. Nak baca tanpa henti leh x? Hehe...

    ReplyDelete
  8. Bertaut semula kisah hati milik tuah bersama khalifhnya. Moga mereka bahagia dan saling mengenali apabila bersua ( bukan hanya tuah sahaja yg mengenali khalifth ).

    ReplyDelete
  9. Rm nasi kerabu grg? Ke..nasi grg kerabu? Klu nasi kerabu grg, nak gak resepi..heee...bleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi cam pisang goreng atau goreng pisang la pulak.hehhe.

      Delete
  10. akak..cepatla smbung smpai abis.tq

    ReplyDelete
  11. tq rehan.. lama tunggu dah nie..

    ReplyDelete
  12. TQ RM.... betul kami semua merindui buah tangan RM

    ReplyDelete
  13. jantung kita pun rasa macam nak terkaluar dah nie......aduh.....

    ReplyDelete
  14. Yeaaay.. Its khaliff.. Cepat..cepat up next n3 RM B-)

    ReplyDelete
  15. alahai.. lari jauh mna pun akhirnya bertemu jgak..

    ReplyDelete
  16. uishk... main2 ujanlah pulak...ni dah jadi memori daun pisang dah ni

    ReplyDelete
  17. Pandai hati cari member sebelah lgi..dgn mintak bantuan jantung....hehe...terbaek...!!!

    ReplyDelete
  18. hehehe sgt2 best.. x sangka kan.. pandai tol hati tu jejak yg 1 lg.... bila nk smbung lg nie.... :)

    ReplyDelete
  19. rasa macam jantung ni pun ikut stop..kidding, if not how can i write this :P kak RM more please :)

    ReplyDelete
  20. rasa berdebar pulak hehehe, more RM

    ReplyDelete
  21. Ni yg prolog tue kan?kita peminat awak.hehehe

    ReplyDelete
  22. sakit dada sebab hati yang separuh lagi dah sampai tu... hehehe

    ReplyDelete
  23. salam..... RM
    lama x tinggal jejak kat blog ni...... jd silent reader jer.......
    apa pun, citer ni best.... huhuhu... x sabar nak tunggu sambungannya.......
    bak kata elly mazlin, Sabarlah Hati....., huhuhuh.... karya awak x menghampakan.... best of luck........

    K.I

    ReplyDelete
  24. rasanya mesti Khalifh....dah jumpa ke Tuah dgn Khalifh tu...bestnyaaa..sweet...kita sukaaa sangat...teruskan...jgn lama sangat ya upload bab 10..

    ReplyDelete