Saturday, March 21, 2015

Encik Sederhana 5

BAB 5

BETUL ke ni?  Yuyu garu kepala tak gatal.  Walaupun tak berapa jelas tapi dia memang dengar.  Berdengung dalam kepala dia sekarang tentang apa yang Fateh katakan dua tiga hari lepas.  Termenung sudahnya memikir antara khayalan dan kenyataan. 

Eh, tak boleh percayalah Fateh ni.  Bukan tak boleh percaya apa.  Kalau dia nak jadi romantik tu, macam aneh aje. Sejak hari pertama jumpa asyik sinis aje manjang.  Tak pernah nak cakap elok.  Okey, tipu!  Ada la sekali dua dengar Fateh berlembut.  Bila fikirkan Fateh berlembut ni, rasa macam…errr… eiii… tak nak fikirlah.  Meremang bulu roma. 
Bibir Yuyu koyak dengan senyuman. 
“Cikgu berangan, ya?” 
“Hah?”  Terkejut dia.  Terlupa siapa yang ada di depan.  Hingga ada yang menegur. 
“Korang ni sergah cikgu.  Nasib cikgu tak kojol.”  Yuyu urut dada.  Apalah pelajar dia ni.  Tapi, dia kembali senyum. 
“Dah siapa semua?”  Matanya memandang pada hiasan bilik.  Ada sikit jamuan istimewa yang dia nak adakan untuk pelajar yang akan jadi bekas pelajar tahun baru ini.  Wajah-wajah lega terpancar masing-masing setelah tamat SPM minggu lepas.  Masing-masing nekad nak tinggal di asrama untuk seminggu lagi demi rasa terima kasih pada cikgu tersayang.  Dipandang wajah sekumpulan pelajar kelasnya silih berganti. 
 “Sedih bila ingat nak lepaskan kamu semua pergi.  Rasa macam kejap aje dua tahun cikgu ajar kamu.  Rindulah nanti.”  Airmata Yuyu mengalir setitis. 
“Ala, sebenarnya kami lagi berat hati nak lepaskan cikgu.  Tapi, jasa dan pengorbanan serta kebaikan cikgu akan kami kenang seumur hidup.  Selama dekat sini, cikgu adalah satu-satunya cikgu yang tak pernah marah, tak pernah kerut kening.  Malah yang paling suka tersenyum.  Kami nak cikgu tahu, senyuman cikgu tu yang buat kami makin teruja nak study.  Cikgu jangan sedih,” pujuk Sadreni, penolong ketua kelas. 
“Betul tu, cikgu.  Kalau cikgu menitis airmata macam ni, rasanya budak-budak perempuan ni meraung nanti.  Banjir kelas kita, cikgu.  Dahlah musim banjir.”  Azuwa, si ketua kelas pulak buat loyar buruk. 
Dijeling tajam oleh Sadreni.  “Engkau, Wawa… kalau kenakan budak-budak perempuan kemain.  Macamlah kau tu tak sedih.  Tak ada hati?” 
“Hati lelaki  hati yang kental,” balas Azuwa pulak.  Disokong pulak oleh geng-geng lelaki.  Di boo oleh pelajar perempuan. 
“Iyalah tu kau.”  Lebar Sadreni mencebek.  Baran sungguh dia dengan Si Wawa ni.  Dahlah nama manja Wawa.  Macam perempuan. 
Yuyu gelak halus.  Dia kesat pipi yang basah.  “Kamu berdua ni.  Daripada tingkat empat sampai dah habis sekolah, bergaduh aje.  Berjodoh nanti baru tahu,” usik Yuyu.
“Eh, ye ke, cikgu?  Kalau asyik gaduh nanti ada jodoh?”  Dahi Sadreni dah kerut. 
“Entahlah.”  Bahu Yuyu terangkat.  “Cikgu bagitahu apa yang orang cakap aje.  Tapi biasanya betul kot.  Sebab masa bergaduh tu sebenarnya dalam proses mengenal jiwa masing-masing.” 
Eceh, tahu pulak dia.  Habis tu dia dengan Fateh tu tak pernah kenal pun.  Harap pada hubungan keluarga aje yang rapat.  Mana pernah dia tengok Fateh tu walaupun tinggal satu kawasan. 
“Eii, tak naklah saya.”  Sadreni buat muka geli.  Dia pandang Azuwa di sisi. 
“Wa,” seru Sadreni. 
“Apa?”  tanya Azuwa muka bosan. 
“Jom kita baik-baiklah.  Lagipun, dah nak habis sekolah ni.  Belum tentu lagi jumpa lepas ni.”  Sadreni sengih. 
“Kau tu, bukan ikhlas nak berbaik,” bidas Azuwa.  “Kau risau ada jodoh dengan aku, kan?” 
Alamak.  Sadreni sengih makin janggal.  Nampak sangat ke dia nak elak daripada berjodoh dengan Azuwa ni? 
“Ala, bukanlah.  Kau ni.  Tengok cikgu, nak berbaik pun tak nak,” adunya pada Yuyu. 
Tapi, Yuyu kekal senyum.  Dia bangkit dan memeluk bahu Sadreni yang memang sama tinggi dengan dia.  Azuwa ni lagilah tinggi.  Dipandang semuanya silih berganti. 
“Jodoh ni kita tak tahu sesiapa.  Walaupun Allah dah bagitahu yang DIA telah ciptakan sejak azali tapi kita masih kena cari.  Kalau bukan kita cari, mungkin orang tua kita yang tolong carikan.  Macam cikgu ni.” 
Rasanya inilah masa sesuai untuk jemput semua anak murid ke majlis nanti. 
“Cantik tak?”  Yuyu angkat tangan kirinya.  Di situ tersarung cincin belah rotan pada jari manis.  Berkilau indah dengan ukiran emas putih. 
“Waaa, cikgu dah tunang?!”  Suara pelajarnya bertanya serentak.  Gamat suasana. 
Yuyu angguk.  Malu juga.  Tak tahulah apa yang bakal ditanya.  Pelajar dia ni semua kaya dengan soalan.  Kalau masa mengajar, dua jam tu mana cukup.  Soalan saja.  Tak payah dia ajar lebih-lebih.  Sekadar jawab soalan aje. 
“Kacak tak dia?”  Sadreni sengih lebar. 
“Tinggi tak, cikgu?”  Siti Azimah pulak menyoal.
“Mesti romantik, kan cikgu?”  Norizan pula menyampuk.
Jealous.”  Rosilawati tayang muka terharu. 
“Eh, awak semua ni.  Ada ke tanya macam tu.”  Malu dia.  Manalah dia tahu sangat nak menilai lelaki ni. 
“Tapi, nak kata tinggi tu, dia lagi tinggi daripada Azuwa.  Tapi, Azuwa kurus.  Dia tubuh kasar.”  Bayangan Fateh hadir menjelma tiba-tiba.  Angkara soalan budak-budak ni. 
“Lagi satu, dia gelap sikit.  Nak kata romantik tu cikgu tak tahulah.  Cikgu tak kenal dia sangat lagi.  Orang tua cikgu carikan.  Anak kawan baik orang tua cikgu.  Orang tua dia baik dan cikgu rasa dia pun baik,” sambung Yuyu kemudian dia tunduk memusing cincin pada jari. 
Macam tak percaya.  Masa umi telefon hari tu kata ada yang datang merisik, dia dah terkejut.  Tapi tak sangka, balik aje dia jadi tunang orang dan kurang dua minggu lagi dia akan jadi isteri orang. 
“Okey.  Dalam dua minggu lagi cikgu nikah, tau.  Awak semua datang, ya?  Majlis sederhana je pun.  Dia tu memang jenis err…”  Kata-kata tergantung seketika.
Apa ya dia nak gambarkan Fateh ni.  Nak kata kedekut, boleh ke?  Yalah, sampai air dia yang tak habis pun Fateh sedut habiskan.  Membazir katanya.  Betul dah tu.  Tapi, pelik jugaklah sikit.  Lagi satu, semua nak cantas.  Tak boleh itu, tak boleh ini.  Nasiblah akan ada kawan-kawan temankan.  Itu dah syukur.  Sebab janji! 
Cantas impian dia tu, tak dikira kedekut ke?  Nampak sangat Fateh nak jimatkan kos.  Haih.  Kecut hati bila fikir. 
“Dia tu macam… errr… apa ya yang sesuai cikgu gambarkan.  Dia tu jenis bersederhana kot.  Dalam semua hal dia sederhana.” 
Okey.  Betullah tu gamaknya.  Itulah perkataan yang sesuai dengan Fateh.  Memang sederhana.  Kalau kata kedekut tu kejam sangat pulak.  Lagipun, apa nanti pelajar-pelajar dia fikir nanti. 
“Oh, Encik Sederhana lah ni.”  Pelajar Yuyu bersuara serentak. 
Sekali lagi kelas gamat dengan tawa.  Yuyu sengih.  Garu kepala yang dibalut tudung.  Ada aje istilah yang diorang nak bagi.  Hai budak-budak ni.  Tapi, gelak tawa inilah yang akan dia rindu.  Tambah pulak ini adalah pelajar-pelajar perintis setelah dia keluar daripada UPSI. 
Tapi kan, Encik Sederhana?  Erm… menarik nama tu.  Muhamad Al-Fateh a.k.a Encik Sederhana.  Yuyu gelak dalam hati.  Seronok pun sorok-sorok sikit. 
Malu! 


SOALAN Arasy tu jelas macam tak percaya.  Dia saja tanya Arasy macam mana Fateh tu.  Kan Arasy ada dekat rumah.  Mesti kenal jugak dengan Fateh. 
“Iya ke dia cakap gitu?  Kak Yu salah dengar ni?”  Arasy rasa nak gelak aje.  Macam pelik aje. 
Walaupun dia tak rapat dengan Fateh tapi dia kenal jugaklah daripada mulut kawan-kawan dia.  Lagipun, Fateh tu senior dia daripada Sekolah Alam Shah.  Cerita kepala gangster yang berubah langsung tanpa apa tahu sebabnya memang sentiasa dijadikan contoh. 
“Itu yang Kak Yu tanya Arasy.  Arasy mesti kenal dia jugak.”
“Kenal tu, betullah, Kak Yu.  Tapi dia umur berapa nak compare dengan Arasy.  Jauh beza tu.  Tujuh tahun tu.  Manalah berkawan.  Tegur-tegur gitu ajelah.  Tak tahulah pulak dia tu pesen macam mana,” terang Arasy. 
“Tapi kan kak…”  Laju dia menyambung belum sempat Yuyu meneruskan kata. 
“Arasy rasa kalau dia cakap gitu dekat Kak Yu, kira romantik jugaklah dia tu.” 
“Iyalah tu,” bantah Yuyu. 
“Arasy tak tahu dia tu cakap dengan Kak Yu macam mana.  Ada masa rasa nak aje jahit mulut dia tu.  Jangan cakap.  Haih.  Macam manalah umi dengan ayah berkenan…” 
“Tapi, Arasy lagi pelik,” cantas Arasy.  “Macam manalah Kak Yu boleh terima?”  Terus dia gelak.  Dapat kenakan Kak Yu sekali, okey jugak. 
“Arasy bin Ahmad!”  jerit Yuyu.  Nak kena budak ni.  Tak ada duit, kakaklah.  Tak lepas periksa dulu pun kakaklah tukang cover.  Semua kakak.  Tapi, kalau kenakan kakak.  Kemain. 
“Gurau ajelah.  Nantilah Arasy pergi tanya dia lepas Isyak nanti.”
“Eh, jangan.”  Yuyu melarang tegas.  “Biarlah dia.  Malas nak fikir.”
“Iya ke malas nak fikir?  Kalau malas, Kak Yu tak tanya Arasy hal ni.  Nak senang, kakak call ajelah dia tanya.  Pengesahan daripada empunya diri.”
Erm… cadangan Arasy boleh tahan.  Boleh tahan buat dia malu.  Malaslah dia.  Biarlah jadi rahsia Fateh.  Tak jadi hallah. 
“Arasy panggil umi jap.  Dah siap masak kot.” 
“Okey.  Kejap.  Arasy nak keluar tanya Abang Fateh ni.”  Sempat lagi dia usik kakaknya. 
“Jangan!” 
Sempat Yuyu menjerit.  Tapi, dia hanya tak membalas.  Terus mendapatkan umi di meja makan dan disua telefon.  “Kak Yuyu.” 
Telefon bertukar tangan.  Hajjah Haniah senyum.  “Bila nak balik?” 
“Umi ni.  Kan Yuyu baru balik sini dua tiga hari.  Lagi empat harilah Yuyu balik.  Esok kami ada majlis dekat kelas.  Lepas tu, nak kemas-kemas barang sikit.  Kan cuti lama.  Nanti umi mintak Arasy jemput, ya?” 
“Tadi tak cakap dekat dia?”  Leher Hajjah Haniah memanjang mengintai kelibat Arasy yang santai di depan TV.  Balik ayah dia nanti, kena bebel.  Tahulah.  Balik lepas Maghrib.  Tak ke masjidlah jawabnya. 
“Lupa.  Tadi sembang hal lain.  Nanti umi ajelah bagitahu dia.  Duit minyak dia Yuyu bagi.”  Kadang-kadang geram jugak dengan Arasy ni.  Tapi, masih bergelar pelajar.  Tak apalah dia tanggung pun. 
“Dia balik lambat hari ni.  Yuyu tau?  Ayah tu tinggal masa aje nak tangankan budak Arasy ni,” bebel umi.
Yuyu hanya gelak.  “Umi, dia ada kerjalah tu dengan kawan-kawan dia.  Dia kan dah final year.  Umi kena faham.  Lagipun, Yuyu yakin dia tahu jaga diri.  Jangan risaulah,” pujuk Yuyu lagi. 
“Erm, Yuyu suka sangat bela dia.  Naik lemak dia.  Lepas Yuyu kahwin nanti, tahulah dia macam mana.  Eh, sebut pasal kahwin ni mak Fateh ada hantar baju akad nikah Yuyu.  Dah siap.  Saiz ikut baju kurung Yuyu.  Nanti balik boleh cuba.  Kot kena repair mana-mana lagi.” 
“Eh?  Yuyu ingat umi yang  sediakan?”  Jelas, dia memang terkejut. 
“Eh, mana ada.  Fateh yang beli.  Dia beli masa dia ada conference dekat Vietnam katanya.  Warna putih.” 
La, padanlah.  Mendengarkan kata umi, dia kehilangan kata.  Terkejut pun, ya?  Dah lama ke Fateh merancang nak kahwin dengan dia?  Atau sekadar buat persiapan perkahwinan tanpa ada calon lagi?  Atau sememangnya dah ada calon tapi tak jadi sebab mereka berdua dijodohkan?  Jadinya persalinan itu bertukar jasad?  Adeh, pening memikir. 
“Fateh tu memang dah ada calon ke sebelum ni, umi?” 
Hajjah Haniah sengih.  “Kata mak dia dah ada.  Entahlah.”  Dia dan Hajjah Sabrah sendiri pun tak faham sangat apa yang Fateh kata hari merisik tu.  Budak tu berahsia betul. 
“Habis tu, Yuyu ni batu penghalang ke apa?”  duga dia.  Fateh kata dia yang boleh jadi ada calon lain tapi sebaliknya ni. 
“Taklah.  Dia yang setuju bila kami nak jodohkan dia dengan Yuyu tanpa fikir panjang pun.  Terus setuju,” jawab umi.
Lagilah pening kepala Yuyu.  Haih, Encik Sederhana ni memang banyak betul rahsia pohon cemara. 
“Tak apalah, umi.  Nantilah Yuyu try bila dah balik.” 
Bila diingat, padanlah Fateh tak nak warna pink.  Dah ada rupanya.  Mati-mati dia ingat baru nak beli tapi dah siap tersedia.  Sekali fikir, bertuah juga dia.  Orang lain biasa lepas kahwin masuk rumah cuci kaki.  Tapi dia, sebelum kahwin dah cuci kaki tangan sekali. 
“Ni Fateh tanya.  Yuyu nak apa untuk hadiah masa akad nikah?  Cincin jugak atau barang kemas lain?” 
“Erm…”  Apa ya?  Dia jauh memikir.  Apalah yang sesuai.  Dia bukan jenis gila barang kemas sangat.  Yang umi dan ayah hadiahkan lama dulu pun, itu ajelah yang satu.  Lepas tu cincin sebentuk dijari.  Ini pun Fateh bagi. 
“Apa-apa ajelah yang dia mampu, umi.  Yuyu malas nak fikir.”  Dalam kepala dia masih risau jika Fateh tu sebenarnya terpaksa.  Jika dia, dia dah rela saat dia sarungkan cincin ini ke jari.  Cuma tinggal nak gugurkan syarat kedua itu aje. 
“Iyalah…” 
Talian mati akhirnya.  Yuyu letak lengan atas dahi.  Sepinya.  Dah ramai orang balik kampung.  Bercuti.  Tinggal staff ajelah yang masih kerja seperti waktu pejabat biasa.  Baru aje nak lelapkan mata, telefonnya bergetar.
Dilarikan jari telunjuk di atas skrin.  Whatapps daripada Fateh! 

            Termenung?

Eh, tahu pulak dia kita termenung? 
“Mana tahu Yuyu termenung?”  Mulut berbicara, jari menekan telefon.  Terus dihantar pada Fateh. 

            Agak aje.  Sebab mesti bosan sekolah dah tutup. 
            Tapi, ada seorang cikgu yang saya kenal ni, gilakan sekolah.
            Sampai sekolah dah tutup pun, masih ada dekat sekolah lagi. 

“Hah, siapa pulak?”  Hantar! 
Yuyu dah syak pelik-pelik.  Ni mesti awek dia ni.  Cikgu jugak.  Sebab tu Fateh terima dia sebab profesion sama. 

            Cuba awak tengok cermin.  Orang dalam cermin itulah.  Kehkehkeh.

Ceh.  Yuyu herotkan mulut.  Kena aku lagi.  Dia ni kalau tak kenakan orang tak salah.  Baru nak dibalas, panggilan Fateh masuk.  Amboi, tak sabar.  Baru nak balas.
“Baru nak balas,” ujar Yuyu. 
“Lambat sangat.  Lagipun, malas la taip-taip ni.  Asyik typo aje.  Dah tengok cermin belum?”  Fateh ketawa mengekek. 
Mata Yuyu menjeling ke atas.  “Kan Yuyu dah cakap.  Tak payah buat kelakar.  Hambar sangat.”
“Iyalah.  Saya hambar.  Awak ajelah yang kelakar,” bidas Fateh. 
Eleh, sentap pulak orang tua ni.  “Ini alang-alang telefon.  Yuyu nak tanya pasal baju akad nikah.  Awal persiapan awak?  Untuk siapa sebenarnya?” 
Soalan itu berbaur nada sedih sebenarnya.  Jika ya, mesti rasa bersalah sebab dia Fateh dan cinta hati tak bersatu. 
“Untuk bakal isteri saya.”
“Siapa?”  Memang dia nak tahu sangat.  Jika ada, dia sudi undur diri. 
“Sekarang awak yang nak jadi isteri saya.  Awaklah.  Kenapa?  Tak nak pulak?” 
“Eh, Yuyu tak kata tak nak.  Cuma tanya.  Sebab benda dah ada.  Mesti calon pun dah pernah ada,” beritahu Yuyu masih tegas dengan sangkaannya.
“Betul tak?”  giat Ayuni bila Fateh hanya diam tak menjawab apa. 
“Ayuniiiiii…”  seru Fateh panjang. 
Hai, lemah jiwa dengan Fateh ni.  “Janganlah panggil Yuyu panjang macam tu,” larang dia. 
“Kenapa?  Takut ke?”  Fateh sengih.  Tahu dah kelemahan Yuyu. 
“Bukan.  Gemuruh.”
Kuat Fateh gelak dengan pengakuan jujur Yuyu.  Baru tahu siapa dia Muhamad Al-Fateh ni. 
“Pasal persiapan tu, tak salah pun.  Apa salahnya beli siap-siap.  Saya nak bagi senang bakal isteri saya.  Janji dia setuju terima saya seadanya.  Setuju dengan syarat saya yang asalnya tiga, lepas tu batal satu…”  Diperli juga Yuyu. 
“…saya sediakan semua.  Don’t bother.”  Sambung Fateh.
Waa, memang betullah Encik Sederhana ni.  “Kalau gitu, tak apalah.  Yuyu kira balik sehari sebelum akad nikah jelah.  Kan semua awak dah sediakan,” perli Yuyu.
“Oh, tak kisah.  Tak balik pun tak apa.  Janji setuju aje.  Itu yang penting,” jawab Fateh tenang. 
Sungguh dia tak kisah.  Dia dah usaha ada.  Kena minta dengan Allah moga dipermudahkan.  Pakai baju kurung biasa pun tak apa.  Dia lagi suka. 
“Yalah.  Ini nak ucap terima kasih.”
“Sama-sama tapi untuk apa, ya?”  Lembut Fateh menyoal. 
“Sebab sediakan baju nikah tu.  Dengar kata beli dekat Vietnam?  Nanti bolehlah bawak Yuyu honeymoon dekat sana.”  Yuyu gelak.  Dia manalah berpeluang lagi ke Negara orang. 
“Oh, kalau nak pergi honeymoon, kena gugurkan syarat kedualah.  Kalau tak, tak istilah honeymoon.”  Sekali lagi Fateh kenakan dia.
Wajah Yuyu monyok.  Terus hilang mood nak melancong.  “Yalah.  Dok Malaysia ajelah.  Dok rumah aje.  Dah tak ada syarat kedua Yuyu tu nanti, kita tak payah pergi mana-mana.  Berkurung ajelah,” balas Yuyu dengan nada sedih. 
Mendengarkan suara tunang rendah persis merajuk, Fateh memang rasa nak aje dia ketawa tapi dia tahan.  Hanya senyuman tipis yang carik. 
“Ayuniiiii…”  seru  Fateh panjang.  Lagi lagi dan lagi.  Dia tak tahu Yuyu dah hampir kejang. 
“…Yuyu tak rasa ke nanti, bila ada saya bersama Yuyu.  Situlah tempat honeymoon yang paling indah?” 
Gulp!  Liur yang ditelan terasa payau dengan soalan Fateh.  Ini kali kedua dia dengar ayat berunsur romantik ni. 

Akhirnya, tiada jawapan pada soalan itu.  Dia kaku dan dia tahu Fateh di sana sedang gelakkan dia.  

21 comments:

  1. En Serdahana mmg terbaik 👍👍

    ReplyDelete
  2. Ermmm...adoiiiiii......

    ReplyDelete
  3. Comel sungguh yuyu.... en serdahana tu makin tunjuk sikap romantik... :)

    ReplyDelete
  4. ~~~> Dia sederhana cukup sederhana bila belum mutlak haknya disisi nyata DIA. Tatkala saat itu, yakinlah... dialah yang paling dermawan filantropis terhebat.. betul tak Fateh? RM, silam tu kalau tepat jalinan pohonnya pasti makbul.. :-) you touched me deeply again n again.. haiyooo...

    ReplyDelete
  5. cetak....cetak.....cepat..

    ReplyDelete
  6. Hahha...so sweet berdua ni..

    ReplyDelete
  7. Kikiki.....sekali fateh beromantika...kejung ayuni

    ReplyDelete
  8. sweet jgk en sederhana ni ya... Best...

    k.mid

    ReplyDelete
  9. Pandai ye Fateh mengayat....terkedu terus Yuyu...

    ReplyDelete
  10. mmg rasa nak pengsan nie
    terbaeklahhh....
    semoga dipermudahakn cik penulis kita nie
    mengayat lg power seterus dan seterusnya

    ReplyDelete
  11. erkkkkk........
    kencing manis den

    ReplyDelete
  12. Rindunya nak baca cerita akak. Rindu dengan ayat suwit muwit akak.

    ReplyDelete
  13. cair .....cair...... dok sengeh je dari tadi ni ... tq rehan....

    ReplyDelete
  14. cair jugakkkkk.....dah meleleh leleh dah tahap cair dia nie......best lah......tak sangka pulak si Fateh yang kayu ni bila romantik boleh jadi gula overdos nie.......

    ReplyDelete
  15. best....x sabar nk peluk en.sederhana

    ReplyDelete
  16. wajib carik kat PBAKL 2015 nnt..
    dah la limited, harap2 sempat grab T_T
    agak2 hall mane eh?

    ReplyDelete