Thursday, March 19, 2015

Encik Sederhana 4

BAB 4

HARI ni adalah hari pertunangan.  Sebenarnya datang nak sahkan syarat-syarat dan kehendak bakal pengantin berdua, tapi wakil perempuan minta disarungkan saja cincinnya.  Tak jadi masalah.  Hajjah Sabrah sudi menyarungkannya pada bakal menantu tunggal dia ni.  Menantu yang dah lama diimpi.  Dia kenal Yuyu dah lama.  Daripada budak-budak lagi.  Baik.  Taklah macam Fateh.  Nakalnya, nauzubillah.  Mujurlah tak kena buang sekolah. 

“Alhamdulillah.  Dah selamat semua.”  Haji Ahmad meraup wajah.  Lega hati seorang ayah.  Sikit aje lagi tanggungjawab ke atas Yuyu akan bertukar.  Rasa sebak juga mengenangkan tarikh keramat itu nanti.  Dah tak lama.  Tapi, harap semuanya berjalan lancar.
“Ni, memang Fateh tak datang ke, Murad?”  soalnya lagi pada Haji Murad. 
“Tak.”  Haji Murad menggeleng.  “Fateh tu sibuk.  Nak-nak musim hujan ni.  Kena stand-by.  Banyak site rosak.” 
“Oh.  Tak apalah.  Lagipun, tak ada pun agama mensyariatkan lelaki perlu ada hari pertunangan.  Janji dah tengok keadaan bakal pengantin perempuan, dah berkenan, dah setuju – cukuplah,” putus Haji Ahmad. 
Masing-masing bertukar senyuman.  Yuyu hanya diam membisu.  Nasiblah bertunang dalam keadaan yang sangat sederhana.  Ada seorang dua ahli keluarga belah ayah dan umi yang tolong siapkan juadah.  Yang lain tak ada.  Memang seadanya sungguh. 
“Tak sangka saya, Niah.  Terkejut bila Fateh balik semalam, dia suruh datang bincang dengan awak berdua.  Tak sabar budak ni,” bisik Hajjah Sabrah pada Hajjah Haniah.
Mereka tergelak kecil sebelum Hajjah Haniah menjawab.
“Itulah.  Saya lagi terkejut anak dara saya cakap nak tunang dalam dua minggu.  Nak kahwin sebelum bukak sekolah.  Kita ni bakal banyak kerjalah.” 
“Eh, Niah.  Awak jangan dok risau.  Fateh nak biasa-biasa aje.”
“Tahu,” sahut Hajjah Haniah.  “…kan hari tu dia ada bagitahu syarat dia.  Yuyu pun nampak tak bantah.  Kira okeylah tu.  Legalah hati saya.  Harap sangat, Fateh boleh didik Yuyu, bimbing dia betul-betul untuk jadi pendamping Fateh di syurga nanti.  Besar harapan saya, Yah…”  Terasa basah birai mata bila terasa bakal kehilangan anak perempuan. 
“Awak ni, Niah.  Toksah dok risau.”  Hajjah Sabrah mengerling pada Yuyu.  Cantik aje tanpa make-up pun.  Mungkin nampak pucat sikit.  Tempek gincu sikit okeylah nanti.  Tak payah lebih-lebih. 
Padanlah Fateh tu pesan berkali-kali syaratnya.  Tak nak Yuyu make-up.  Gamaknya anak teruna dia tu dah dapat kesan kecantikan – keaslian hasil seni Allah yang Maha Agung.  Keaslian yang tak perlu diubah sana-sini.
“Nanti Yuyu ajarlah Fateh tu berlembut.  Dia tu jenis…” Err, apa nak cakap ya tentang Fateh ni.  Tegas?  Keras?  Jantan? 
“Dia jenis gitu sikit.”  Hajjah Sabrah sengih.  Jenis gitu macam mana tu?  Dia pun tak pasti. 
“Nanti dah kahwin, mana yang buruk tu – Yuyu pandai-pandailah tukarkan pada kelebihan.  Kita hawa ni, lemah.  Anggap ajelah Fateh tu kekuatan Yuyu.  Ya, nak?”  pinta Hajjah Sabrah lagi. 
Hai.  Bakal terbelah dua kasih Fateh nanti.  Tapi, dia tahu Yuyu akan turut sayangkan dia dan suaminya, seperti ibu bapa sendiri.  Kerana dia yakin akan didikan keluarga Yuyu walaupun dia tahu, iman tak dapat diwarisi. 
Sempit dada dengan permintaan dan kata-kata bakal ibu mertuanya.  Yuyu kesat juring mata yang dirasakan berpasir.  Kejap lagi boleh menitis airmata andai dibiarkan begitu.
“InsyaALLAH, mak.  Yuyu ingat.  Yuyu tak baik tapi bila Fateh yang umi dan ayah cari, Yuyu yakin umi dan ayah nampak kebaikan yang ada dalam diri Fateh.  Umi dan ayah yang hidup dulu daripada Yuyu.  Umi dan ayah pasti tahu menilai orang.  InsyaALLAH, Yuyu terima seadanya,” ujar Yuyu pula. 
Jari-jemari mereka bertaut.  Lega.  Pipi Yuyu dipegang.  Kemudian telefon dikeluarkan. 
“Eh, jomlah kita selepie bertiga,” ajak Hajjah Sabrah bila telefon sudah sedia pada mode kamera.
Selepie tu apa, mak?”  Dahi Yuyu berkerut.  Selepie?  Apakah itu?  Bahasa yang belum digezet dalam Kamus Dewankah? 
“Ala, yang sendiri ambik gambar.  Sendiri sengih.  Sendiri syok,” jawab uminya laju.  Bahasa muda-mudi ni nak sebut tak reti.
“Oh, selfie?”  Yuyu gelak.  Hingga mengundang pandangan ayahnya dan abah Fateh.  Kelakar sangat ni.  “Kalau ramai-ramai, wefie.”  Ada ke selepie?  Mujur dia tak gelak guling-guling.  Mak dan umi sama-sama kelakar. 
“Ala, apa-apa jelah.  Cepat-cepat.”  Dan momen itu terpatri di atas sekeping gambar.  Lantas, cepat-cepat gambar itu dikirim pada Fateh yang mungkin sedang tinggi di udara. 


MENGGELENG Fateh saat-saat santai di atas puncak menara besi setinggi 37 tingkat ini.  Kelakar pun, ya.  Mak sekarang, pandai aje selfie.  Dasyat sungguh bahana teknologi ni.  Dia pun tak pernah buat tu. 
Tapi, dia pandang wajah yang ada di tengah.  Wajah yang dah menjadi tunangan orang.  Untuk apa dikotorkan wajah itu dengan alat solekan buatan manusia yang belum tentu sama ada bahan kimia itu memberi kesan atau tidak?  Dia lelaki.  Tak tahu pasal kosmetik tapi yang pasti, akan ada unsur-unsur kimia tu walaupun sedikit. 
“Ini dah lebih daripada okey, Yuyu.  Saya nak cari yang sederhana segalanya.”  Dia lebarkan sengih.  Meneguk air putih yang dibawa dalam tool-bag di atas belakang. 
Pandangan dicampak jauh ke tengah kota.  Jelas nampak kehebatan KLCC.  Terasa dingin angin di atas sini.  Keindahan pun tak dicemari dengan bunyi bising kesesakan lalu lintas.  Atau juga asap-asap kenderaan.  Jelas nampak pokok hijau yang tumbuh segar. 
Air diteguk lagi.  Halkum itu bergerak kasar.  Walaupun langit nampak mula mendung, tapi dia masih dahaga.  Inilah salah satu sebab mengapa dia suka kerja dia sekarang.  Ada masa dia rela panjat sendiri hingga ke puncak menara.  Dia nak lihat bumi Allah daripada tempat tinggi. 
Betapa dia bersyukur.  Betapa dia menikmati keindahan ini.  Bumi, langit dan wanita.  Fateh sengih sendiri.  Malu sendiri pun ya.  Sejak bila pandai tambah wanita tu dalam senarai keindahan, dia tak tahu.  Tapi itu satu pengakuan.  Memang itulah kejadian wanita.  Menjadi hiasan dunia. 
Satu hari, dia akan bawa Yuyu mendaki tempat tinggi.  Dia nak kongsi apa yang dirasa dengan seseorang yang bakal dia kongsi hati, jiwa dan hidupnya.  Hampir matanya terpejam angkara letih.  Namun, tak sempat kelopak mata bertemu, talian telefon berbunyi. 
Dia sengih sinis. 
“Nak apa call time orang kerja?”  tanya Fateh datar bila pemanggilnya itu adalah Yuyu. 
“Tak boleh ke?”  Soalan berjawab soalan.
“Boleh tapi line tak clear ni.”  Bukan nak tipu tapi sungguh.  Kejap OK kejap KO. 
“Tak ada.  Nak bagitahu semua dah selesai.  Esok Yuyu nak balik Sungkai.  Dalam seminggu.  Nanti Yuyu balik sini balik.  Awak buatlah apa yang patut.  Yuyu buat apa yang patut.  Semua borang Yuyu dah sign.  Lagi satu nak bincang pasal PJJ.” 
Hah?  PJJ.  Fateh antara dengar dengan tidak.  Dia bangkit dan berlari ke bucu bangunan.  Okey.  Dah jelas sikit. 
“PJJ?  Yuyu nak sambung sekolah ke?”  duga Fateh tersasar.
Terus Yuyu sengih.  Lurus pulak dia.  “Ya, PJJ kita.  Perkahwinan jarak jauh.  Macam mana?  Boleh nak Yuyu tukar tapi tak tahulah lepas ke tak.  Tak pernah pulak mohon.  Macam mana?”  tanya Yuyu minta pendapat. 
Dia okey aje.  Kenalah dengan syarat kedua dia tu.  Tapi, masalahnya yang nak meredhai inilah.  Okey ke tidak?
“Tak okey, ya?”  Hilang pulak sabar bila Fateh diam. 
Dalam kepala, Fateh dah agak semua ni.  Walaupun Sungkai tu tak jauh mana.  Dalam dua jam aje dah sampai.  Ataupun satu jam setengah.  Tak ada hal.  Cuma, kerja dia tak menentu.  Ada masa ke Selatan.  Ada waktu ke Timur dan Barat.  Kadang-kadang tercampak ke Utara.  Boleh jadi di tengah. 
“Ginilah.  Buat sementara Yuyu rasa nak laksanakan syarat kedua Yuyu tu, duduk ajelah sana dulu.  Sambil-sambil tu mohonlah tukar.  Kalau boleh, saya nak Yuyu tinggal dengan saya, dekat rumah keluarga saya.  Bukan ada orang dah pun.  Mak dengan abah dan saya aje.  Tapi, tahu nak mohon tukar tu payah.  Cuba dulu.  Harap-harap bila dah dapat tukar, syarat kedua tu pun termansuh la.” 
Apapun jadi, bukan Fateh kalau tak memerli.  Dia sengih senget.  Entah berapa lamalah semua tu.  Dia tak tahu.  Dia hanya mampu berdoa.  Bukan dia Menteri Pendidikan untuk dia tukar Yuyu sesuka hati.  Sementelah pulak, dia sendiri pun masih sibuk.  Atau nanti dia minta aje untuk jaga projek di sebelah koridor utara.  Senang. 
“Kalau gitu, nantilah Yuyu fikirkan,” putus Yuyu. 
“Jaga diri, Yuyu abang…” 
Dia mahu matikan talian tapi sayup-sayup suara Fateh di hujung talian dalam pada talian yang putus-putus tu, buatkan dia kerut kening.  Betul ke lelaki ni cakap tu?
Argh, salah dengar ni.  Kemudian dia senyum.  Gambar yang dihantar oleh mak Fateh ditatap.  Sempurna.  Dua mak dara dan seorang anak dara.  Dia dah mula rasa bahang bahagia. 

Cool!  

11 comments:

  1. Yuyu abang yee encik fatehh.. :D

    ReplyDelete
  2. sederhana tapi sempurna.. lagi sweet kalau gitu, hihihi

    ReplyDelete
  3. mmg cool...
    sengih je bila baca...
    Akak..nak lagi boleh..?

    ReplyDelete
  4. Emmmm sweet sgt... berbunga hati...

    ReplyDelete
  5. Hehe best. X cukup. Nak lagi hehe

    ReplyDelete
  6. hermmm dah bertukar panggilan nampak. Sweet nampak dia org nie...

    ReplyDelete
  7. mengaku ya fateh..yuyu abang...mau pengsan yuyu dengar betul2 ne..

    ReplyDelete