Cp.
1
KATA
orang, hidup akan lengkap dengan sebuah perkahwinan. Ada suami, ada anak. Kalau yang perempuan pulak, dikira hebat jika
ada cita-cita nak jadi surirumah sepenuh masa.
Duduk di rumah, bangkit Subuh, berjemaah, siapkan sarapan untuk suami
dan anak-anak, hantar suami pergi kerja di muka pintu dan lambai anak-anak naik
bas sekolah. Pagi pergi pasar, tengah
hari balik masak. Petang pulak tunggu
suami balik dari kerja dengan senyuman menawan menggoda. Gitu?
Tak
tahulah apa yang tak kena dengan kepala aku ni, aku tak boleh nak terima tu
semua. Itu pepatah lapuk. Dunia sekarang ni, lelaki dan wanita sama
hebat. Aku tak kata wanita boleh jadi
pemimpin tapi tak mustahil. Hanya satu
yang wanita tak boleh jadi, imam. Itu
dah dikira ajaran sesat tapi masih boleh jadi imam sesama perempuan apa.
Payah
kan, hidup kalau tak terima petua lapuk zaman tok kaduk naik junjung tu. Serius aku rasa nak hantuk kepala pada
dinding, bagi lupa ingatan. Lepas tu
terima semua cadangan atau lebih tepat lagi paksaan mama dengan papa untuk aku
bernikah.
Inilah
yang buatkan aku tak nak balik Malaysia seumur hidup ni kalau tak ingatkan ada
keluarga lagi di sini. Keluarga yang
sangat bahagia pada kakak dan adik aku tapi keluarga yang agak meresahkan pada
aku pulak. Bukan tak bahagia malah kami
sangat bahagia. Mama dengan papa tak
pernah gaduh tapi aku nak hidup bebas.
Terbang ke mana saja yang aku nak.
Galas Canon DSLR yang banyak memberi rezeki untuk aku tu.
Apa
salahnya aku mengembara? Kata mama...
“Tak
elok anak dara mengembara seorang diri.
Cari suami, mengembara sesama...”
Aku
julingkan mata ke atas. Kalaulah suami
tu jenis yang suka mengembara. Buatnya
jenis suka duduk di rumah, jadi anak dara sunti... aku nak jadi apa?
Resah.
Papa
punya pendapat lagilah kolot.
“Papa
tak kisah Auni nak kat siapa. Janji
kahwin, jadi isteri yang baik, duduk rumah, jaga makan pakai suami... bahagia
hidup Auni dunia akhirat. Macam mama
ni...” Papa sengih.
Aku
rasa nak tekup telinga. Dia nak aku jadi
macam mama ke apa? Ya...ya... aku akui
mama tu sangatlah baik. Dulu gambar-gambar mama aku tengok boleh tahan tapi
lepas kahwin, kata nenek mama berubah seratus peratus. Biarpun ada pendidikan tinggi, lama dia
besarkan kami barulah dia mohon jadi Pensyarah.
Itupun sebab mama kahwin muda dan dia dapat aku dan kakak aku, Aina tu
dalam tahun yang sama.
Phew...
mentang-mentang kakak dan adik aku dah selamat mendirikan rumah tangga, aku pun
dipaksa sama. Kononnya adik aku dah
langkah bendul. Hey, lelaki tau adik aku
tu. Dikira langkah bendul jugak ke?
Tak adalah. Bukan perempuan.
KAHWIN?
Erghh...
satu perkataan buat aku tak nak duduk di rumah.
Baru je landing pagi tadi tapi
mama dah sebut pasal urusan nikah kahwin.
Mama tak tahu ke aku balik ni sebab kenduri kahwin si Aina tu. Cukulah tu ada sorang menantu lelaki dan
seorang menantu perempuan. Apa masalah
dia lagi. Tinggal nak dapat cucu je pun.
“Ni
balik berapa lama ni? Bila pulak nak
terbang lagi?”
Aku
tersentak. Baru je rasa nak kemas bagasi
ke dalam almari. Terus tak jadi. Senang cerita biar duduk situ jelah pakaian
aku tu. Senang, kalau rasa nak cabut,
aku heret apa yang ada.
“Soalan
macam tak nak aku duduk rumah je...” Aku
kerling Aina yang sedang ketawa mengekek.
Masa
kecik-kecik aku panggil dia kakak dan dia pun panggil aku adik. Lepas dah dewasa ni, senang ber aku-kau
je. Rasa lebih rapat biarpun sejak habis
belajar aku banyak mengembara. Jadi
nomad moden.
Aina
dah duduk di birai katil. Menyilang kaki
dan menongkat tangan ke belakang. Dia
pandang aku yang dah kaku tak buat apa-apa.
“Kau
nak apa ni?” aku jeling tangan
Aina. Dah pun diinai. Malam ni dia akad nikah dan on the nick of time, aku landing Subuh tadi.
“Aku ingat kau tak nak balik dah?”
“Dah kau hari-hari hantar emel. E-Card la... e-Song la... macam-macam. Semak mailbox
aku!”
Aku
mencebik dalam hati. Gila tak
balik. Inilah satu-satunya kakak yang
aku ada. Terlepas hari kebesaran dia,
aku rasa akulah orang paling rugi nanti sebab kena banish dengan mama dan papa.
Aina
ketawa besar. Dia raih bahu aku dan
menjeling pada sebuah buku skrap yang baru aku bawak keluar daripada beg galas.
“Kali
ni Negara mana pulak?”
Aku
sengih. “Africa.” Gelak.
Aina
merengus. “I am damn serious, Zara Auni!”
Tak
jadi aku nak ketawa. Sejak nak jadi
isteri ni aku nampak Zara Aina ni dah berubah sikit. Suka membebel. Dah jadi macam mak nenek. Dan bertambahlah lagi satu factor yang aku
tak nak kahwin. Nanti jadi tua
sebelum usia. Sia-sia hidup aku.
“Aku
pun...” sela aku tawar.
“Yang
kau ni, kan... padahal sembang dengan aku tiap-tiap hari. Webcam
la, apa la... tapi kenapa aku tak perasan kau berubah eh?”
Dia
kerutkan kening. Tak faham. Muka suci
je. Menyampah.
“Aku
rasa kau dah banyak berubah. Dah suka
membebel. Ke sebab dah dekat nak jadi
isteri sebab tu dah praktis awal-awal cara membebel? Eh?’
Bulat
macam guli mata Aina pandang aku. Tak
puas hati.
“Ei...
dia ni. Ada ke cakap macam tu. Laki aku tu baik tau. Nak membebel apa pulak? Kau ni memang kena bagi kahwin baru otak tu
betul sikit...” Dia tolak kepala aku.
Aku
mengelak. See... kan dah cakap. Dia memang dah lain. Macam mak-mak orang dah. Ataupun isteri yang tunggu suami tak balik
rumah.
“Hey,
kalau aku jadi macam kau sebab kahwin, tak nak aku... cukuplah kau je
kahwin. Aku nak hidup bebas lagi kat
luar sana. Banyak Negara lagi aku tak
pergi. Ni Artartik aku tak sampai lagi,
tahu?”
“Gila!” cemuh Aina.
Aku
buat muka suci biarpun Aina buat muka keji.
“Mama tak adanya nak lepaskan kau pergi macam tu je kali ni kalau kau
tak diikat...”
“Ikatlah
dengan rantai 10 tan sekalipun, aku tetap boleh lepaslah...”
“Mama
ikat Auni dekat suami Auni, nak tengok boleh lepas ke tidak...”
Gulp...
aku telan liur. Aina ketawa halus dan
terus bangkit ke pintu. Mama! Pitam aku.
Tiba-tiba terus je aku rebahkan tubuh buat-buat tak sedar diri sebelum
aku dengar gelak tawa Aina yang pecah lepas.
“Auni
jangan nak berlakon eh...” Mama dan
duduk dibirai katil.
Aku
buat-buat berat mama nak pandang mama.
“Auni ngantuk ni, ma... Auni tidur dululah...”
Mama
bangkit bercekak pinggang. “Zara Auni
binti Zafran!”
Tu
dia... nama penuh okey? Nama penuh
tu. Itu nama penuh aku. Zara Auni binti Zafran. Kakak aku Zara Aina dan adik lelaki aku
Zakhri Adha. Bila mama sebut nama penuh
bermakna memang dia sedang tahan marah.
Automatic
aku bangkit menegakkan duduk. Terpandang
pulak Aina yang sedang tahan ketawa di muka pintu.
“Lepas
ni mana pulak Auni nak pergi?” soal
mama.
Gamaknya
dia dengar kot aku cakap apa dengan Aina tadi.
Siol punya kakak. Saja nak bagi aku terikat kejap dalam rumah ni.
“Err...” Dah sudah.
Hilang kata dah.
“Nak
pergi Antartik pulak?” sergah mama.
Aku
langut kepala. Pandang mama yang nampak
merah wajah dia. Lambat-lambat aku
sengih dan mengangguk.
“Boleh
tak?”
“Boleh...” Jawapan mama buat aku bulat mata, buat Aina
kejang rahang.
“Tapi
kahwin dulu...” Dan sambungan dia buat
aku rebah kembali dan Aina ketawa sampai terguling.
Erghh...
kalau aku tahu, aku tak balik rumah.
Cp. 2
MALAM
ni Aina akad nikah. Esoknya
kenduri. Aku baru merancang, lusa tu aku
nak fly terus ke Jerman. Kat sana ada satu kenangan.
Kenangan aku dengan seseorang lelaki
yang minat dia sama dengan aku.
Terjumpa kerana Ayie dan isteri dia.
Tapi, setakat berjumpa, senyum dan terus ikut haluan masing-masing. Itu kisah lalu tapi tak tahu kenapa rasa nak
ulang kembali waktu tu. Nak sediakan
soalan banyak-banyak untuk aku soal dia.
Tapi itulah... masa berlalu tak kembali lagi.
“Baiki
tudung senget tu...” Teguran mama
membawa aku kembali ke realiti.
Kipas
pulak terus pada aku dan mama. Habislah terbang selendang. Masa ni barulah telinga aku tersapa dengan
ucapan akad dan qabul antara papa dan suami Aina. Rasa sebu lah pulak bila dah sah. Aina menitiskan airmata. Touching terlebihla dia. Sebab tu aku kata, perkahwinan ni akan
mengubah orang. Aina pun salah
seorang yang berubah tapi aku tak
nak. Aku suka diri aku sekarang. Apa masalahnya?
“Alhamdulillah...” Mama peluk Aina dan mengucapkan syukur. Masing-masing pun mengalirkan airmata. Apalah...
“Tahniah
wei... gilalah kau!” Tersasul pulak
kata-kata macam tu tengah-tengah orang ramai ni.
Mama
dah jeling. Papa dah redupkan
pandangan. Aku pulak tunduk buat-buat
peluk Aina dengan muka... err terharu.
Kononnya. Tinggal nak titiskan
airmata je lagi tapi tak mampu.
“Wei... malu ah nangis...” Aku tolak bahu Aina dan memang dia menangis.
Waktu
ni suami dia datang. Encik Luthfi ni dah
lama jugak aku kenal melalui gambar dan emel-emel dia. Tapi, baru kali ni kot berpeluang pandang dia
dekat-dekat. Okeylah nak dipadankan
dengan Aina.
Aina
duduk di depan aku dan mama. Bila Luth
hulur tangan, dia pegang tangan suami dia.
Wow... the most romantic part tonight bila Luth sarungkan cincin emas
putih bermata satu tu pada jari manis Aina.
Jangan kata sebentuk cincin, rantai leher, gelang dan juga rantai kaki
dia bagi pada Aina ni. Habib pulak
tu.
Aku
geleng kagum. Kalau aku kahwin nanti,
cukuplah bagi Canon DSLR keluaran terbaru siap dengan lense dia je. Yang boleh zoom sampai 100 kali tu. Aku akan menangis terharu nanti.
“Alhamdulillah...
semua dah selesai.” Papa bersuara.
Dia
senyum bahagia dan bangga. Sorang lagi
anak dia selamat diserahkan pada orang untuk dipertanggungjawabkan. Papa pandang aku.
“Sorang
lagi anak saya dah selamat. Sebelum kita
makan, ada satu lagi majlis kecil-kecil.
Sebagai memenuhi permintaan pihak lelaki...”
Aku
baru nak angkat kamera menghala papa Aina dan Luth yang indah duduk bersama.
Tapi tak sama rendah sebab Aina ni pendeknya nak dibandingkan dengan Luth. Apa pulak kejutan papa ni.
Mama
jeling aku dan senyum. Tangan mama
mendarat pada peha aku yang sedari tadi melutut, mencari posisi terbaik sebagai
jurukamera percuma pada Aina.
“Silalah,
bang...”
Berkerut
dahi aku. Hadiran yang berapa kerat je
ni dah bercakap-cakap sesama sendiri.
Eh, papa ni janganlah dia buat gimik.
Tengok, orang dah berbisik dah.
“Papa
ni kenapa pulak, ma?”
Mama
senyum. “Auni tunggu jelah...”
Nak
tak nak aku tunggu jelah. Aina kembali
mengesot dekat dengan aku. Luth mengesot
ke tepi tangga. Dekat dengan keluarga
dia. Tiba-tiba, seorang lelaki yang aku kira tua sikit daripada papa masuk
ke ruang tengah. Diikut oleh seorang
perempuan yang ayu dan lembut, turut sama duduk di tengah.
“Ini
niat kami...” Yang perempuan tu hulurkan
sesuatu pada papa. Tepak sirih? Buat apa?
Perempuan
tu senyum pada kami semua. Pada aku
kot? Aku pandang mama. Perempuan tu bangkit dan menapak perlahan
pada kami. Aina dah sengih jahat. Mama hanya senyum menyambut tetamu. Aku masih pegang kamera aku kemas. Jatuh nanti, sia-sia je.
“Boleh
dah ke?”
Mama
angguk bila wanita tu bertanya. Aina
tarik kamera daripada tangan aku dan dia hulurkan pada Luth.
“Abang
tangkap gambar eh?”
Luth
angguk dan terus mengambil posisi.
Aduh... tengok pada cara Luth pegang kamera aku tu, rasa nak koyak
jiwa. Jangan pegang macam tu lah. Nanti gambar tak cantik.
“Auni...” Teguran mama buat aku memandang wanita yang
dah tepat ada di depan aku.
“Kita
sambung dengan pertunangan anak kedua kami pulak... Zara Auni...”
Tangan
aku terkulai ke sisi bila papa bersuara.
Aku pandang mama dengan wajah berkerut.
Tapi mama buat tak tahu.
“Hulur
tangan tu...” suruh mama.
Terketar-ketar
tangan aku naik mendarat pada peha. Masa
ni flash kamera tu buat aku rasa nak pitam je.
Apa ni? Mama? Tapi, mama buat tak tahu je. Dia bantu aku angkat tangan dan disuakan pada
wanita ni. Wanita ni bakal mertua aku
ke? Sungguh? Tak tipu ke?
Selamat. Memang selamat cincin tu mendarat pada jari manis aku. Cincin emas belah rotan diukir dengan emas
putih di atasnya. Cantik tapi aku tak
minat cincin ni. Kalau ya nak tunang
pun, cuba tanya aku dulu, aku nak pakai apa?
Mama...
“Alhamdulillah...
dah selesai. Tarikh semua nanti kita
bincang kemudianlah dengan pengantin lelakinya...” Lelaki
yang papa panggil ‘abang’ tu bersuara.
Wanita
ni tarik aku ke dalam pelukannya.
“Ini
Datin Wafiah. Bakal ibu mertua Auni
tau... ibu tunang Auni, Fifi.”
Jatuh
rahang aku dengar nama ‘tunang’ aku tu.
‘Fifi?”
Datin
tu menjatuhkan kepala. “Nama manja masa kecik-kecik dulu. Sekarang tak panggil Fifi dah. Dia marah...”
Ramah pulak Datin ni bercerita.
“Err...
yalah, Datin...” Kelu lidah aku. Tak tahulah nak kata apa lagi.
Nak meraung sekarang, tak sesuai.
Nak
lari sekarang, tinggal Aina telefon aku mama dengan papa masuk wad jelah. Nak tolak pinangan ni, jahat sangat ke aku
nak kepakkan airmuka kedua-dua buah keluarga.
Nak-nak dia keluarga datin-datuk.
Kami pun bukan calang-calang.
Haru.
“Panggil
ibu je...”
Demam
lagi. Tak dan apa-apa nak aku panggil
ibu dah. Jatuh lagi kepala aku
mengiyakan.
“Tahniah...” Aina menyampuk.
Aku
rasa nak menangis sungguh dah masa ni.
Rasa berat dah tubir mata. Sampailah hati mama. Kalau cakap pun, aku tak bantah... err ye ke
tak bantah. Ya, aku akan bantah tapi
setidak-tidaknya cakaplah sepatah.
Padanlah baju aku pun kemain cantik.
Selendang senget sikit pun dia sibuk nak betulkan.
“Siapa
Fifi ni?” Aku bergumam sendiri.
“Dia
tak ada, Auni. Tak balik lagi. Nanti dia balik Malaysia, ibu suruh dia jumpa
Auni, ya?” Dengar pulak ibu Fifi ni apa
yang aku gumamkan.
Aku
pandang dia dengan mata yang dah basah.
Langsung tak ada senyuman biarpun aku tahu, Luth sedang tangkap gambar
kami.
Aku
pandang mama... airmata aku jatuh bila mama senyum.
Mama...
Cp. 3
SELERA
makan memang dah hilang. Nak kata
apa. Aku nak senyum pun dah tak
larat. Wajah Auni aku pandang lama
sebaik saja selesai majlis bertandang.
Mama dan papa dah ajak balik.
Ayie dan Arya pun dah balik ke rumah keluarga Auntie Anahara.
“Aku
tak bolehlah.” Birai mata aku
basah.
Cepat-cepat
Aina tarik aku ke dalam pelukan dia.
“Syh… jangan nangislah, Auni.
Nanti mama dengan papa nampak.”
“Tapi,
aku memang tak boleh nak terima. Kenapa
kau subahat sama dengan mama dan papa?”
Yang paling aku kecewa adalah Aina.
Kami kongsi segalanya sebelum ni tapi tergamak dia sorok hal yang satu
ni daripada aku?
“Auni…” Dia tolak bahu aku. Tangan aku dia pegang kemas. Mata dia juga nampak berair. “Aku mintak maaf tapi mama dengan papa dah
pesan jangan bagitahu kau. Kalau kau
tahu, mama dengan papa risau kau tak balik…”
“Mana
mama dengan papa tahu aku tak balik? Dia
patut lagi kenal aku sebagai anak dia, Aina.
Bila pernah aku bantah…”
“Bantah
tu tidak.” Giliran Aina pula menyampuk.
“…Tapi kau ligat dengan hobi kau jelajah satu dunia ni. Mama dah naik risau dah dengan kau. Dia tak larang kau nak mengembara ke planet
Marikh sekalipun tapi dia nak kau ada teman.
Dunia sekarang ni macam-macam.
Kau kena faham tu, Auni. Mama
dengan papa buat semua ni demi kebaikan kau.”
Nak
tak nak, aku akur dengan kata-kata Aina.
Mama dengan papa haruslah risaukan aku.
Tapi, aku tahu jaga diri selama ni.
Apa salahnya sekarang? Atau mama
dengan papa risau orang mengata yang aku anak dara tak laku?
“Kau
jangan salah faham dengan mama dan papa, Auni.
Kau ambik semua ni daripada sudut positif. Fifi tu anak Datuk lagipun…”
“Kisah
pulak aku dia anak Datuk?” cebik aku
pada Aina. Aku kesat airmata yang
bergantungan pada alis. “Yang aku cucu
datuk ni dia tak tahu?”
Aina
tahan gelak dengan lawak hambar aku.
Mata Aina aku pandang lama. Entah
ayat apa lagi yang mahu aku luahkan demi mengatakan yang aku benar-benar rasa
kecewa dengan tindakan mama dan papa.
“Atau
kau ni sebenarnya…” Kening Aina
berkerut.
Aku
faham telahan dia dan akhirnya aku angguk.
Biarpun aku tak pasti Iman sukakan aku atau tidak. Tapi, aku sentiasa merindui dia biarpun
jarang bertemu. Cukup sekadar bertanya
khabar melalui emel dan berita terbaru aku dapat tahu yang dia ada di
Berlin. Di mana tempat pertama kami
bersua.
“Kenapa
kau tak cakap kau dah ada pilihan?” soal
Aina sedikit naik angin. Sesekali, dia
jeling pada suami dia, risau Luth memandang.
“Aku
tak tahu dia suka aku atau tak,” jawab aku.
Aina
geleng kepala. Nampak sangat dia lebih frust daripada aku. “Kalau tak tahu, macam mana kau boleh suka
dia? Kan mama selalu pesan, suka orang
yang suka kita. Jangan suka orang yang
kita suka…”
“Aku
tak boleh kawal perasaan aku.”
“Habis
tu? Sekarang ni, macam mana?”
Menerima
soalan Aina, jujurnya aku sendiri tak tahu apa jawapan yang perlu aku
luahkan. Aku berpaling dan mama
tersenyum pada aku. Kemudian aku pandang
jari manis aku sekali lagi.
“Aku
nak lari.” Terluah idea gila yang sejak
semalam berlegar.
“Tak
sayang keluarga, kau buatlah Auni,” ugut Aina.
“Tapi, aku rasa mama dengan papa faham kalau kau luah dekat
diorang.”
Cadangan
dia aku tolak. Mama dan papa adalah yang
berpegang pada janji. Mana mungkin dia
putuskan pertunangan hanya kerana hati aku dah ada orang lain. Ayat klise…
cinta boleh dipupuk.
Cp. 4
MAMA
pandang aku dengan wajah risau. “Auni
bukan nak lari, kan?”
Aku
geleng dalam senyuman. “Auni dah beli
tiket. Dah janji dengan kawan nak jumpa
dekat sana. Ada satu dua tempat lagi
kami dah janji nak pergi sama-sama.
Lepas tu, Auni balik Malaysia…”
“Berapa
lama pulak kali ni?” Entah daripada
mana, papa pula muncul.
Aku
pegang tangan papa pula. “Tak lama
pun. Dalam sebulan lebih aje.”
“Lama
tu, Zara Auni…” Jelas, papa memang tak
setuju tapi aku nampak mama usap lengan papa.
Isyarat mata mereka berbicara dan akhirnya, papa mengalah.
“Lepas
sebulan lebih tu, balik terus dok Malaysia.
Selagi tak kahwin, papa tak benar dah Auni keluarga mengembara
sorang-sorang…”
Suara
papa itu berbentuk arahan. Aku
tahu. Tapi, aku senyum juga walaupun
dalam hati makin terasa walang.
“Bila
Auni kena nikah?” Ini perkara terpenting sekarang. Kena tanya betul-betul.
Mama
dan papa berpandangan. Kemudian
memandang semula pada aku. “Lepas Auni
balik nanti, kira langsung teruslah.
Datuk Ilham dengan Datin Wafiah memang tak nak tunang lama-lama. Sebab katanya, Fifi pun jenis tak lekat di
rumah.”
Mengeluh
aku dalam dada. Makin sempat rongga aku
dibuatnya. Biasanya, kata papa itu
kota. Makanya, tak lama lagilah tu. Dalam kepala aku tergambar wajah Iman. Rindu betul pada dia.
Setidak-tidaknya,
aku perlu temui dia buat kali terakhir dan aku perlu khabarkan pada dia yang
aku sekarang tak macam dulu lagi. Aku dah
berpunya. Tak tahulah dia kecewa atau
tidak. Tapi yang pasti, aku memang
dibalut pasrah.
Cp. 5
SEMINGGU
lepas aku ada dekat Malaysia lagi. Tapi
hari ini, aku sedang berdiri di depan pintu perlepasan KLIA. Iman tukar program saat-saat akhir. Tiket terbang ke Berlin ‘terbakar’ macam itu
saja. Dan, dia emelkan aku tiket baru
yang destinasinya sepatutnya menjadi destinasi kedua kami.
Aina
dan Abang Luth pandang aku. Mama dan
papa hanya diam. Semua ada melainkan
Arya dan Ayie. Entah apa yang mereka
risaukan, aku tak pasti. Padahal bukan
kali pertama tapi aku rasa sebab kepergian aku kali ini bukanlah bersama hati
yang redha. Sebab itu, mama dan papa datang
menghantar kepergian aku.
“Mama
risau.” Suara mama memecahkan
hening.
Aku
pandang dia. “Tak ada apa nak risau pun,
ma…” Kemudian aku pandang Aina. Dia beri isyarat mata yang dia tak cerita apa
dekat mama dan mama tak tahu langsung lagi tentang Iman.
“Mana
dia, Auni?” Papa mendekati. Kepala dia nampak bergerak kiri dan kanan
bagai mencari seseorang. Macamlah papa kenal Iman.
“Iman
ke?”
Papa
angguk.
“Kejap
lagi kot…”
Suasana
kembali sepi. Mama tak lepas pegang
tangan aku. Terasa sejuk kali ini
genggaman mama. Tak hangat seperti
biasa.
“Mama?” seru aku.
Mata kami bersabung. Aku sengih
tapi mama kerut kening. “Auni suka Iman
ni. Sebab dia jenis tak kisah perangai
Auni yang kadang-kadang sewel ni. Tapi,
mama jangan risau. Kami tak pernah ada
hubungan lebih daripada kawan. Perasaan
kami hanya sebagai kawan. Lagipun, Auni
tahu jaga diri,” luah aku pada mama.
Manalah
mama tak risau bila aku katakan yang kawan aku ni, lelaki. Papa hanya diam bila dia tahu. Mama yang nampak terkejut besar. Aina dan Abang Luth juga diam tak berkata
apa.
“Itu
kot…” Papa berbisik dekat dengan
aku.
Laju
aku berpaling dan ya, daripada jauh dia melambai dengan berlari anak.
“Assalamualaikum,
Auni,” sapa dia dengan sinar cahaya yang memancar pada memandang aku. Aku saja!
“Ehem…” Aku beri isyarat mata. Kiri kanan depan belakang ni ada orang lain
bersama aku.
Iman
kerut kening. Kemudian, dia pandang mama
dan papa. Dahi dia kerut. “Orang tua awak?” Bibir dia bergerak tapi suara dia tak ada.
Bila
aku angguk, Iman tepuk dahi. “Allah,
auntie.. uncle. Maaf-maaf. Auni tak bagi pulak yang keluarga dia
hantar.” Tangan papa dijabat mesra dan
dia tunduk pada mama sikit tanda hormat.
“Iman,
tolong jaga dan bawak balik anak dara uncle dengan baik, ya?” pinta papa.
“InsyaALLAH,
uncle. Dia kawan baik saya yang faham
saya.” Iman kenyit mata. Aina siku aku dan aku faham maksudnya bila
Iman dah sebut yang kami ni sekadar kawan baik.
Bermakna, dia hanya pandang aku
sebagai kawan.
Aku
senyum pada Aina. “Tak ada apa lagi yang
aku nak risaukan,” bisik aku.
Mata
Aina nampak berair. Dia gosok bahu aku
sebelum pelukan kami bertaut. Persis aku
ni nak pergi tak kembali.
Cp. 6
KAMI
dalam penerbangan Malaysia Airlines menuju ke Incheon, Seoul jam 0115. Iman pandang aku. “Sorry
batalkan tiket ke Berlin, Auni,” ucap dia.
Ayat pertama setelah kami terbang hampir sejam lebih.
Aku
sengih dan geleng. “Tak apa. Cumanya…”
Ayat aku mati di situ.
“Tentu
awak rindu dengan tempat pertama kita dating,
kan?” soal dia yakin biarpun telahan dia
memang tepat.
“Bila
masa ada istilah dating antara
kita?” Teringat pulak pengakuan dia
depan keluarga aku. Yang aku hanya kawan
baik dia.
Iman
gelak. “Oh kalau dulu tu bukan dating, kira sekaranglah kita dating.
Okey tak macam tu?”
Aku
mencebek sendiri. “Kan awak cakap depan
orang tua saya yang saya ni kawan baik awak?”
Sinis.
“Betullah. Sebelum ni awak kawan baik saya. Tapi, dalam trip kita sekarang, saya nak
jadikan hubungan kita lebih.”
Terkebil-kebil
mata aku mendengar kata-kata Iman.
Jangan cakap… pandangan aku pada
dia penuh syak.
“Melampau
tak kalau saya baru mengaku yang saya suka awak. Suka yang lebih daripada suka?” soal Iman.
Terkedu. Aku kehilangan kata. Indah rasanya bila aku rasa memang Iman pun
ada perasaan pada aku tapi layu harapan yang mekar bila mengingati siapa
aku. Aku cuba sorok jari sendiri di
bawah shawl yang membelit bahu
aku.
“Sejuk?” soal Iman.
Perasaan dengan tingkah aku gamaknya.
Tak menanti jawapan, dia angkat sedikit tubuh sasanya dan menutup air-cond. Kemudian, dia pandang semula pada aku. You
look different, Auni.” Wajah Iman
mati dengan senyuman.
“Meaning?” Memang aku tak faham apa yang maksudkan
dengan berbeza tu.
“Nampak
dingin betul kali ini sedangkan bila berbalas emel awak lain.”
Terpaksalah
aku koyak senyuman palsu. Itu sebelum aku ditunangkan. Tapi sekarang aku dah tak boleh buat
apa. Cuma, aku hanya mampu tunaikan
janji untuk kami menziarah beberapa buah Negara dalam masa sebulan ni. Sebelum aku balik dan diikat kaki dan tangan
malah segalanya.
“Awak
tak suka jumpa saya lepas lama dah tak jumpa?”
Laju
aku geleng. Kalau boleh aku nak
lompat. Tapi… “Mungkin sebab awak tukar
destinasi kita secara mengejut, kot…”
Iman
gelak. “Sorry, Auni. Parents saya tu bila dah balik Malaysia,
nak lepas semula payah sikit. Maklumlah
anak lelaki sorang. Itupun, saya tak
bagi diorang hantar saya dekat airport.”
Aku
mencebek. Ceh. “Saya pulak anak perempuan mama dengan papa
ada dua. Yang sorang dah kahwin masa
saya balik hari tu. Adik saya dah kahwin
lama. Tinggallah saya dan itupun…”
“Dah
berpunya?” duga Iman laju.
Aku
telan liur. Jangan cakap…
“Awak
milik saya,” ujar Iman separuh berbisik.
Langsung tiada nada bergurau dalam sususan ayat dia kali ini. Serius!
Nafas
aku makin sesak. Mana mungkin Iman
tahu. Tapi satu yang aku dah tahu juga,
perasaan kami sama. Airmata aku mula nak
terbit. Cepat-cepat aku larikan wajah memandang
keluar tingkap yang kelam. Sekelam hati
dan perasaan aku sekarang.
“Awak
mengantuk?”
Aku
tak menjawab soalan Iman. Hanya
memejamkan mata rapat-rapat dan aku biarkan air jernih itu mengalir laju
melalui juring mata tanpa dapat Iman kesan.
Apa
yang pasti, aku rasa dia letak selimut di atas tubuh aku.
“You’re not okay, Auni,”
komen dia perlahan tapi terlalu berdengung masuk ke dalam telinga aku.
Cp. 7
APA
nak kata. Itu ayat pertama yang Iman
tuturkan bila aku tunjukkan jari manis aku yang dah bersarung cincin. Dia orang bijak dan pandai. Haruslah dia tahu apa yang aku maksudkan.
“Berapa
lama ikat?” soal dia usai kami
menunaikan solat hormat waktu Subuh di dalam penerbangan.
“Lepas
saya balik daripada trip kali ini, mama dengan papa kata terus nak
langsung.”
Berkerut
dahi Iman terima jawapan aku. “Tak kenal
dulu?” Nampak dia bantah biarpun dalam bahasa yang begitu lembut.
Aku
geleng. “Mama dan papa dah kenal.”
“Tak
takut dia jahat?”
“Tak
mungkinlah mama dengan papa saya nak serah saya dekat orang jahat?” Ada ke dia punya anggapan gitu? Tak logik langsung.
“Beside, I trust my parents more than I trust
myself,” sambung aku separuh berbisik.
Iman
nampak terkedu seketika. “Kalau gitu,
awak nak kata awak tak yakinlah dengan perasaan awak pada saya?” Dia menduga.
Perlahan-lahan,
aku menafi. “I do trust my own feeling, Iman.
But…” Keluhan berat
terlepas. Aku pandang ke luar tingkap di
mana matahari mula naik. Allah… terlalu
indah apa yang sedang Kau hidangkan di depan mata aku.
Nikmat
ini tak semua orang dapat kecapi. Tapi
aku, mama dan papa sediakan segalanya.
Malah sampai hari ni aku tak pernah ada kerja tetap. Tapi, tetap hidup senang tanpa sebarang
rungutan daripada mama dan papa. Lantas,
kenapa aku mahu kecewakan mama dan papa bila mereka sentiasa menjaga hati aku?
“…saya
milik parents saya, Iman,” jawab aku
akhirnya. Airmata kembali
bergenang. Suasana dalam perut kapal
terbang kelas pertama ini sepi. Nampak
ada yang dah lena dan ada yang sedang membaca.
“Betullah
tu, Auni. Saya pun tak ada apa nak kata
bila benda ni melibatkan orang tua, kan?
Siapalah kita anak-anak nak kecewakan permintaan orang tua.” Senyuman dia terlakar indah namun celanya
tetap ada. Tak sempurna seperti
biasa.
Ayat
Iman juga berbaur kecewa. Seperti dia
lalui apa yang dah aku lalu.
“Patutnya,
saya bawak awak jumpa keluarga saya dulu lagi.
Sekarang ni…” Dia sengih tawar dan menggeleng dengan mata yang kembali
terpejam seperti tak mahu berlaga pandang dengan aku lagi.
Cp. 8
KAMI
mendarat di Incheon lebih kurang jam 0815 waktu Korea Selatan. Kata Iman, dia tak rancang apa-apa melainkan
akan ikut arah kaki saja. Dan, kalau dia
terjun longkang, memang aku tak akan terjun longkanglah.
“Kita
naik MRT, ya?”
Aku
hanya angguk. Kami berjalan agak jauh
menuju ke Seoul Square dan bersarapan di Lotteria.
“Boleh
makan benda ni?” Aku pandang burger di depan mata. Kosong.
Melainkan ada sekeping daging di tengah-tengah.
“Ini
daging ke?”
Iman
geleng. “Shrimp. Mostly makanan
diorang yang berasaskan makanan laut, kita boleh makan. Makan dulu yang ni. Nanti kita cari nasik, ya?” Dia kenyit mata. Seperti tiada apa yang dah terjadi.
Lambat-lambat
aku angguk dan telan juga makanan di depan mata dengan dada yang sebak. Nampak tak terkesan mana pada Iman atau
perasaan dia pada aku tak sehebat rasa aku pada dia? Mudah sungguh pemikiran orang lelaki ni
sedangkan aku…
Kami
seterusnya bertolak ke Incheon Station.
“Kita nak stay dekat
mana?” soal aku bila kami selamat masuk
ke dalam MRT.
“Hye-hwa. Kita cari guesthouse
dekat sana. Lagipun, dekat dengan
MRT. Senang nak bergerak,” jawabnya
tanpa memandang aku.
Aku
melingas ke sekeliling. Pertama kali
jejakkan kaki ke Korea Selatan, aku akui yang aku kagum dengan disiplin rakyat
Negara ini. Tidak berbuat bising dalam
MRT dan yang menarik, basikal pun diorang angkut ke dalam MRT.
Empat
puluh lima minit perjalanan kami turun bila tiba di stesen MRT paling akhir di
Cheungjongno. Daripada situ kami tukar
satu lagi MRT Line 2 dan terus menuju ke tempat penginapan di Hyehwa-dong.
Iman
ambik dua bilik. Selesa. Siap ada dapur dan mesin basuh. Suhu yang semakin jatuh dari sehari ke sehari
menghampiri musim sejuk.
Aku
pandang Iman. “Patutnya datang
winter. Boleh mandi salji.”
“Nanti,
datanglah honeymoon dekat sini masa winter.”
Cadangan
dia tu hampir bunuh hati aku. Terasa
hati betul dengan Iman. Kotyapun, dia
tak kisah langsung, jangan tunjuk sangat.
Hati aku tengah menangis ni.
Hari
pertama, Iman bawak aku ke Hong-dae.
Menikmati nasi goreng sea-food
yang digoreng fresh depan mata oleh
jejaka-jejaka tinggi bermata sepet.
Sedap tapi tak mampu aku telan. Chopstick aku letak di sisi.
“Kenapa?” Iman pandang aku. Dia juga terhenti suapan.
“Saya
dah kenyang.” Aku sengih tapi Iman tetap
nampak tak puas hati.
Dia
capai sudu dan disua pada aku. “Eat, Auni. Ini percutian kita bersama untuk kali
terakhir. Kan elok kalau kita jadikan
semua ni sebagai sesuatu yang manis.”
Suara dia jelas memujuk.
Airmata
aku hampir menitis lagi. Aku tunduk dan
pegang sudu yang Iman hulurkan.
Kemudian, aku suap nasi ke mulut.
Pedas hinggakan aku dapat rasa bibir aku bengkak.
“Rasa
ni…” Iman sua sejenis makanan pada aku
dengan penyepit di tangannya. “Ini
sedap. Radish kimchi…”
Tak
berkata apa, aku buka mulut menerima suapan dia dan airmata aku jatuh
lagi. Cepat-cepat aku tunduk sebab aku
tahu, Iman sedang merenung.
“Zara
Auni…” seru dia. Sudu diletak ke tepi. “Apa yang perlu saya buat dengan awak ni,
ya?” Soalan itu lebih pada diri sendiri
dan aku tak ada jawapannya.
Cp. 9
NAMI
Island. Setelah naik MRT hampir setengah
jam, kami menanti bas tiba di depan Lotte World untuk menuju ke
Chung-Chuan. Di mana kami akan mengambil
feri untuk ke Pulau Nami yang terkenal tu.
Entahlah. Aku kurang layan Drama
Korea. Tapi memang aku suka negaranya
sebab cantik. Aku suka bahasa dia aku
suka makanan dia dan aku suka segalanya tentang Korea melainkan ada beberapa
perkara yang aku kurang selesa.
Hampir
setengah hari kami di Pulau Nami.
Mujurlah jumpa nasi biarpun aku tak merasa nasi goncang di Restoran
Library, tapi kami temui makanan halal.
Hampir jam 1600, kami akhirnya keluar daripada Pulau Nami. Menaiki bas yang pagi tadinya membawa kami
dan diturunkan di tempat sama – SongpaGu.
Iman
ajak aku masuk ke dalam Lotte World.
“Orang kata susu pisang dia sedap.”
Iman berbisik pada aku.
Aku
hanya senyum tipis. Entahlah. Tak pernah rasa.
“Jom
kita cari.” Iman paut lengan aku dan
mencari rak susu tapi tak jumpa. Dia
kerut kening. Kemudian, dia bertanya
pada pekerja Lotte tapi sayang, seperti itik berbicara dengan gajah. Iman garu kepala.
Kemudian
aku dekati dia dan pekerja itu. Tunduk
hormat sedikit mengikut budaya mereka. “Anneyoseyo ajuhma. Uyu, odiseyo?”
Iman
pandang aku bulat mata. Tapi, aku hanya
buat tak tahu hanya memberi perhatian pada pekerja yang sedang menunjukkan
arah.
Iman
siku aku. “Tak tahu pun awak boleh cakap
Korea?”
“Sekarang
dah tahu, kan?” Kaki aku menapak ke
bahagian susu. Jujurnya, aku ni spesis
nak ke Negara itu, bahasa basicnya
aku akan belajar. Senang.
“Apa
maksud dia tadi?” tanya Iman sebaik saja
sepaket susu kami capai.
“Maksud
dia… Mak cik, susu dekat mana, ya?”
terang aku.
Iman
tepuk tangan. “Hebat betul.”
Kemudian
kami sama-sama gelak dan kaunter bayaran.
Kali ini, tak perlu bercakap sebab dekat monitor tertera harga semua barang.
Senang. Tak terbelit lidah aku.
Cp. 10
HARI ini, aku
dan Iman hayun tapak kaki ke Myeong-dong.
Cuaca hari ini lebih sejuk daripada semalam. Mencari sebuah kedai makan yang bernama
Red-Sun di mana katanya, masakan dia sedap dan memang aku akui ianya
sedap. Termasuklah nasi goreng rumpai
laut dia yang dia goreng secara langsung depan kami.
Sesekali, aku
lemparkan pandangan ke bawah daripada tingkat tiga. Mungkin kerana musim sejuk bakal menyapa
beberapa hari saja lagi, banyak jualan murah untuk baju-baju musim sejuk.
“Kenapa tak
makan?”
“Hah?” Terkejut dengan sapaan Iman, aku terus
berpaling.
“Kenapa tak
makan?” ulangnya.
Aku sengih
tipis. “Kalau tinggal lama sikit, mesti
sempat tengok salji, kan?”
Bibir Iman
terjongket dengan senyuman sinis. “Bukan
tak pernah tengok…”
“Tapi, orang
kata salji dekat Seoul cantik.”
Iman tongkat
siku atas meja. Dia letak penyepit. Tunak merenung aku. “Puteri Salji depan saya ni lagi cantik.” Kening dia naik tinggi.
“Dah kenapa
panggil saya Puteri Salji?”
“Entahlah. Mungkin sebab bila tengok muka awak rasa
sejuk mata memandang. Tapi sayang bila
saya terlambat…”
“Aegashii,
otteyo? Bashiki-cho?” (Cik, macam mana? Sedap, kan?)
Kata-kata Iman
padam. Kami sama-sama melangut memandang
tauke kedai yang tiba-tiba datang menegur.
Aku senyum. Boleh jadi kerana
kami ini adalah pelancong asing, kami dilayan sedikit istimewa.
“Apa dia
tanya?” Iman dah cuak. Tapi, aku tak jawab soalan Iman terlebih
dahulu, sebaliknya aku halakan pandangan aku pada tauke tadi dan mengangguk.
“Keromyon. Chomal bashikita. Kumawaso, ajuhma.” (Tentulah.
Sedap sangat. Terima kasih, mak
cik).
Dia angguk. Tersengih lebar hingga hilang anak mata
terlindung di balik kelopak.
“Tayingeyo. Chukchuk mokgu.” (Leganya.
Makan pelan-pelan, ya?) Dan dia terus berlalu.
Aku kembali
pandang Iman yang jelas tayang wajah kagum.
“Awak reti berapa bahasa?”
“Beberapa bahasa
tapi Bahasa Melayu saya paling fasih.”
Iman jegil mata
mendengarkan lawak bodoh aku. Kemudian,
wajah dia berubah serius. Perlahan, aku
dengar dia mengeluh tipis. Air putih
diteguk perlahan.
“Tak sampai
sebulan lagi awak akan kahwin.” Ayat itu
terluncur lancar daripada celah bibir dia.
Tiba-tiba.
“Masa saya dapat
tahu hari tu, saya fikir… nak ajak kahwin lari.
Gila, kan?” Dia gelak. “Kita kahwin dekat Seoul, nak? Kita pergi Itaewon lepas ni. Sana ada masjid dan imam besar. Kita mintak dia nikahkan kita,” cadang Iman
dengan wajah yang serius.
Tapi pada aku,
tak lucu langsung. Sebenarnya, aku
hampir lupa yang aku dah bertunang tapi Iman yang kembali sebut hal ini. Pada aku, elok jugak. Nanti aku langsung lupa dekat Fifi.
“Nanti awak
datang, ya?” Aku ajak-ajak ayam. Menyembunyikan perasaan resah sendiri sebenarnya.
“Tak kot.” Dia sengih sinis. Bahunya jatuh. Dia suap sesudu nasik ke dalam mulut dan
mengunyahnya perlahan.
“Sebab?”
Bibir Iman
terkatup seketika. Dia lempar pandangan
ke bawah. “Saya tak nak bila saya
datang, majlis awak rosak.” Serentak
itu, dia pandang semula pada aku. “Saya
takut saya tarik awak dan bawak awak lari, Auni.” Nadanya serius tanpa riak main-main sikit
pun.
Hingga aku
tersedak pickle radish yang sedap
ni. Cepat-cepat aku teguk air dengan
mata yang terkebil-kebil.
Cp. 11
DUA
minggu berada di bumi Korea, aku dan Iman bagai terlupa yang kami tak
berjodoh. Iman, pandai ceriakan aku bila
aku murung. Kata dia…
“Nak
ikut hati, saya bawak awak lari, Auni.
Tapi, cinta saya pada awak bukan nak jatuhkan maruah awak dan keluarga
awak. Cinta saya pada awak ni, adalah
untuk saya minta tangan awak baik-baik daripada papa awak. Cinta saya pada awak, bukan nak bawa awak
jauh daripada Allah.. tidak…” nafi
Iman. “..tapi, untuk bersama awak
mencari Tuhan. Saya tak baik, Auni tapi
saya jugak tak jahat nak hasut awak putuskan pertunangan. Cuma sekarang, saya memang berbelah
bahagi. Tambah pulak esok lusa kita dah
nak balik Malaysia dan awak akan jadi isteri orang. Saya…”
Iman ketap bibir. Nampak sebak
yang membekam dalam dadanya.
Aku
buang pandang ke puncak Namsan Tower.
Penat memanjat hingga ke atas dan aku tak rasa nak turun sebab kaki aku
masih letih dan pemandangan daripada atas sini sangat mengujakan.
“Auni?” seru Iman.
Aku
berpaling pada dia. Tersenyum tipis tapi
masih kekal tawar. “Ikut hati saya, saya
pun tak nak balik, Iman. Tapi, selama
ada dengan awak ni saya setiap kali cakap dekat diri saya, boleh jadi tunang
saya sekaranglah yang lebih sesuai dengan saya.
Bukan saya cakap dia lebih baik dan yang terbaik. Tapi, dia lebih sesuai untuk saya. Awak pulak, akan jumpa jodoh yang sesuai
jugak. Saya sayang awak, Iman tapi saya
lebih sayang mama dengan papa saya.
Lepas ni, saya kena patuh pada Fifi pulak…”
“Hah?” Iman tersedak. Dia batuk berkali-kali hingga mata dia
berair. Cepat-cepat aku suakan sebotol
air mineral yang dan tinggal separuh.
“Awak
kenapa?”
Iman
berdeham kecil. Dia teguk air sedikit
sebelum menjawab. “Saya terkejut dengar
nama dia. Lelaki ke perempuan?” Dia sambung gelak.
Aku
sendiri pun nak gelak ingatkan nama panggilan Fifi. Yang peliknya, Aku tak tanya pun nama betul
dia siapa. Biasalah kalau dah tak
suka. Nama pun aku tak nak tanya. Sampaikan Iman bahankan nama Fifi barulah aku
teringat.
“Jujurnya,
saya tak tanya pun nama betul dia siapa.
Teruk jugak saya ni,” komen aku lebih pada diri sendiri.
Tawa
Iman masih berbaki. “Awak tahu siapa
nama saya?”
“Iman
Firdaus.” Laju aku jawab. Dah kenapa dia tanya aku nama dia pulak. Macamlah aku tak tahu tentang dia. Segalanya tentang dia aku tahu.
“Awak
tahu apa saya suka?”
“Awak
suka saya,” jawab aku yakin.
Iman
angguk. “100. Exactly.
Lagi, awak tahu tinggi saya berapa?”
Aku
pandang kepala yang bertutup hoodie itu.
“177, kan?”
Dia
angguk. “Kurang 1cm. 178.
Apa yang awak tahu tentang tunang awak pulak?”
Sekali
lagi, aku terkebil-kebil memandang Iman.
Apa yang aku tahu tentang tunang aku?
Aku menggeleng sendiri. Apa pun
aku tak tahu melainkan aku tahu yang keluarga dia orang senang. Bapak dia Datuk. Tapi, aku tak pandang semua tu.
Mata
aku kembali memandang Iman dan kali ini, aku geleng yakin. “Tak bertuahnya dia dapat tunang macam saya,
kan?”
Iman
menggeleng. “Bukan tak bertuah tapi
boleh jadi dia salah orang kot.” Iman
silang kaki. Dia campak pandangan dia
jauh ke dada langit. “Bila hati tak suka, Auni… memanglah kita tak
rasa nak tahu apa pun tentang dia.
Tengok macam awak tahu tentang saya.
Sebab awak memang suka saya.”
Serentak itu, Iman pandang aku.
Tepat pada anak mata. Tak
tersasar langsung.
“Betul
tak?” Kening lebat dia terjongket.
Aku
telan liur berkali-kali. Kata-kata Iman
tepat. Tak mampu aku sangkal lagi
melainkan, aku hanya larikan pandangan.
“Awak
memang tak terkesan langsung, kan? Iman
Firdaus?” tanya aku sedikit kecewa. Jika boleh, aku nak dia tunjuk sikit rasa
kecewa dia tapi nyata, Iman kuat.
“Auniiiii,”
seru Iman panjang. Dia bangkit dan duduk
mencangkung di depan aku. “Saya dah
janji dengan papa awak untuk jaga awak dan bawa awak balik dengan selamat. Mana mungkin saya nak jadi pegar yang diharap
tapi pegar jugaklah yang makan pagi.”
Aku
angguk berkali-kali. Tidak sedikitpun
aku salahkan dia malah aku berterima kasih sebab dia sentiasa ingatkan aku agar
membetulkan arah perasaan aku sekarang.
“Jika
mampu, Auni… saya heret awak nikah sekarang.
Tapi, saya tak mampu. Berserahlah
pada Allah semata-mata. Moga Dia buka
jalan yang terbaik buat awak dan saya.
Jangan silap faham bila saya sentiasa ingatkan awak tentang tunang
awak. Saya sendiri tak suka, Auni… tapi
macam saya cakap. Saya terlambat. Lambat nak yakin dengan perasaan sendiri
padahal…” Iman bangkit. Aku dongak memandang dia.
“…saya
dah lama cinta awak,” akui Iman dan dia terus menapak menuruni bukit.
Terkial-kial
aku berlari mendekati dia. Cuba saingi
langkah dia. Aku tahu sekarang. Iman dan aku punyai rasa cinta yang sama
malah rasa kecewa yang sama. Apa
salahnya kami jadi kawan. Ini kali
terakhir dan seperti kata dia, aku akan buat ini menjadi satu memori yang tak
mungkin dilupakan.
“Kita
nak pergi mana?” soal aku buat-buat
ceria.
Iman
senyum. “Kita naik cable-car turun ke Myeongdong pulak,” ajak dia. Wajah dia beransur ceria.
Aku,
mampu hela nafas lega.
Cp. 12
ANGIN
Seoul semakin sejuk. Malah, sepanjang
perjalanan kami daripada Seoul ke Busan dengan KTX pun pemandangan semakin
indah dan kebanyakan pokok sudah tinggal ranting.
“Kata
diorang, winter macam awal tahun
ni. Ada rezeki awak, dapatlah kita
tengok salji.”
Aku
sengih. “Terima kasih, Iman. Bawak saya jalan-jalan…” Walaupun sebelum ini aku memang mampu
bersendiri. Tapi, Iman dah buat aku rasa
aku perlu berdua. Biarpun bukan dengan
dia, janji berdua. Ada teman untuk aku
sandarkan kepala bila aku rasa mengantuk.
“Sama-sama. Lepas ni, awak boleh pulak bawak suami awak
pusing-pusing Korea. Pada saya, Korea
adalah satu Negara yang saya nak lawati lagi lagi dan lagi. Mula-mula tu fikir nak datang dengan awak
aje. Tapi, apa salahnya nanti kita
datang sama-sama dengan keluarga kita, kan?”
Senyuman
hambar terlakar juga. Iman terlalu
positif sedangkan aku dah terlalu semak dengan fikiran negatifnya.
“Saya
tak rasa kita akan jumpa lagi lepas ni, Iman.”
Dia
berkerut memandang aku. “Risau Fifi
marah?” duga dia.
Aku
geleng kecil. Tersengih tipis. “Saya tak fikir dia marah. Sebab, kata mama dan papa saya, dia anak yang
baik. Melainkan suka mengusik, dia
jarang marah.”
“Habis
tu?” Iman nampak tak sabar. Pelik.
Setiap kali berbicara tentang tunang aku, dia pulak teruja lebih. Bukan cakap pasal tunang dia. Itupun, dia tak bertunang pun lagi.
“Saya
nak jaga hati dia. Sebelum dia
marah. Dan, kalau mampu saya tak nak
buat dia marah. Saya tak nak sakitkan
hati dia walaupun seinci,” luah aku jujur.
Cuba
juga bersikap positif terima Fifi walaupun batang hidung dia aku tak nampak
lagi. Memang aku letakkan semua
kepercayaan dan keyakinan pada pandangan dan penilaian mama dan papa.
“Awak
dah mula terima dia, kan?”
Aku
tunduk. “I have no choice, Iman.
Melainkan cuba suka dan cinta dia, buat keluarga bahagia…”
“Awak
yakin dia pun akan suka dan cinta awak?”
Soalan
Iman buat aku termangu beberapa ketika sebelum aku jawab. “Kalau dia tak cuba suka dan cinta saya,
rasanya mama dengan papa dia tak datang sarungkan cincin ke jari saya. Sebab pada saya, dia lelaki. Tak ada siapa boleh paksa dia kahwin
melainkan dia sendiri rela. Walaupun
paksarela.”
“Dan,
kalau orang tua yang paksa dia terima awak dan dia terima sebab orang tua
dia?” Entah kenapa, ayat Iman kali ini
kedengaran lain pulak. Wajah dia serius
benar.
“Maksudnya,
dia memang anak yang mendengar kata orang tualah. Dia nak bahagiakan hati orang tua dia dengan
terima saya. Makanya, dia anak yang
baiklah. insyaALLAh, dia akan terima
saya juga,” jawab aku.
Jujurnya
kurang yakin. Sedikit berbelah bahagi tapi
seperti aku kata, tak cuba tak tahu.
Nanti, aku balik Malaysia aku akan jumpa Fifi sekali. Cukuplah sekali sebelum kami bernikah.
“Awak
memang dah suka dia, kan?”
Aku
sengih. “Habis tu, nak suka awak tak
boleh,” balas aku berseloroh.
Iman
diam. Lama. Tak gelak malah tak juga senyum. Dia gigit bibir sendiri lama sebelum kembali
memandang aku.
“Saya
hantar awak balik esok daripada Busan, ya?”
cadang dia.
“Eh,
kata nak jalan-jalan ke Jeju?” Suara aku
tak puas hati. Patutnya kami satu malam
saja di Busan dan terus terbang ke Jejudo.
“I’m so sorry.
But I can’t…” Ayat Iman mati
mendesak. “…I can’t stay by your side anymore, Zara
Auni. Saya takut saya tak bagi awak
balik selamanya. Sekarang pun…” Iman menyambung dengan melekapkan telapak tangan
ke dadanya.
“…saya
dah hampir kalah dengan hasutan, Auni.
Saya mula tamak. Saya dah rasa
tak nak lepaskan awak pada tunang awak.
Saya nak awak…”
“Iman…” Aku keluh sudahnya.
Apa
dia ni? Kejap dia bagi aku pergi pada
Fifi dan sekarang dia sendiri menyekat.
“I’m so sorry, Auni. Kalau awak nak balik, esok pagi terbang
daripada Busan ke KL. Saya bawak awak ke
Gimpo Airport tapi kalau awak tak turun esok, saya anggap awak sudi hidup jauh
daripada keluarga dengan saya. Ikut saya
ke mana saja tanpa ada rasa kesal,” ujar Iman.
Wajah
dia menyatakan yang dia memang berkata benar.
“Iman,
saya…”
“Think it first, Auni. Jika awak rasa awak tabah dan kuat, stay with me. Stay strong beside me. If not, you may leave to you
husband-to-be. I won’t stop you. I’m so sorry to say this. Before late than never, isn’t it? I love you.”
Dan
aku, apa lagi yang mampu aku kata jika hati sendiri masih berbelah bahagi.
“Iman…” Aku tahan langkah Iman. Tapi, bila dia pandang aku, langsung aku
kehilangan kata.
“Auniiii,”
seru dia panjang. “Saya akan simpan dua
tiket untuk awak. Perjalanan ke Jeju dan
juga Kuala Lumpur. Awak buat keputusan. Keputusan awak, keputusan saya. Saya akan hormati apa saja,” pesan Iman
sebelum dia menghilang daripada pandangan mata aku.
Iman…
Airmata
aku menitis juga setitis.
Cp. 13
KAMI
bermalam di Mrs. Egg Guesthouse, Busan. Daripada semalam, aku tak keluar daripada
bilik setelah Iman bawa aku jalan-jalan di pasar Jalgapchi. Iman juga tak memaksa. Pengembaraan kami terasa makin sempit
jalannya.
Lemah
betul jiwa aku sebagai perempuan. Begitu
mudah aku rasa nak mungkir janji aku dengan mama dan papa. Berjanji untuk pulang, sedangkan aku kian
berat kaki nak melangkah.
Kata
Iman sewaktu kami bersarapan pagi tadi, dia akan terbang ke Jejudo sendiri jika
aku buat keputusan untuk kembali. Dia
akan mendaki Hallasan (Gunung Halla) bersendirian. Dan sekarang, aku dengar ketukan pada
pintu. Aku tahu, Iman dah muncul
memandangkan penerbangan kami kurang tiga jam daripada sekarang. Sama dengan masa untuk aku terbang balik ke
Malaysia.
“Auni, are you in there?” Suara dia kedengaran sayup-sayup di telinga
aku.
“Zara
Auni, Assalamualaikum?” sapanya
lagi.
Aku
jawab salam dalam hati dan terus duduk memeluk lutut erat.
“Auni,
cepat sikit. We’re running out of time now.
Flight kita tak lama dah,” laung Iman lagi sambil terus mengetuk
pintu.
“Auni?”
Aku
bangkit dan membuka pintu. Dengan beg
pakaian yang masih belum dikemas dan diri sendiri masih tak sedia untuk ke mana-mana.
“Tak
siap lagi?” tanya Iman menjenguk ke
dalam bilik aku.
Bila
aku geleng, Iman ketap bibir. Tak
tahulah dia nak ketawa atau sebaliknya bila jelas keputusannya yang aku ini
memang tak nak balik.
“Awak
tak nak balik?” tanya Iman.
Aku
tunduk bermain dengan jari sendiri. Tak
menjawab.
“Kalau
bukan Malaysia, boleh kita ke Jeju?”
Kening dia naik bersama senyuman manis.
Tapi,
aku masih diam. Iman mengeluh
tipis. “Ingat, Auni. Keputusan awak pasti sentiasa terbaik untuk
diri awak sendiri. Awak lebih tahu apa
yang awak nak untuk diri awak. Biarpun
orang lain pilih, andai satu hari awak terluka… awak sendiri juga yang akan
tanggung,” ucap Iman dan dia hilang menuruni anak tangga.
Aku
terduduk di birai katil. Memerhati beg
galas yang masih belum kemas. Satu jam
saja untuk aku buat keputusan. Suara
mama dan papa hadir terngiang-ngiang.
Suara Aina juga. Kemudian,
airmata mama mengalir laju. Wajah papa
murung tak terbendung. Riak Ayie mula
menunjukkan yang dia mula hilang hormat pada aku. Dan Aryana – adik ipar aku. Nampak berkerut dahi saat kami bertentangan
mata.
Tuhan…
apa aku buat ni? Kenapa lemah sangat
sedangkan mama dan papa lepaskan aku pergi bila aku taburkan benih kekuatan
untuk aku kembali pada mereka dan menerima Fifi sepenuh hati? Kenapa aku mahu bunuh kepercayaan mama dan
papa pada aku?
Allah…
aku raup wajah. Kemudian, berlari ke
bilik air. Membasuh wajah resah dengan
air yang terlalu dingin. Hati aku
terlalu kalut hingga aku terlupa untuk memasang water heater. Setelah itu, aku terus capai segala pakaian
yang bergantung dan aku sumbat ke dalam beg galas.
Hanya
setengah waktu yang aku ambil dan aku
dah siap. Bilik aku kemas ala
kadar. Nampaknya, tak banyak kenangan
manis antara aku dengan Iman. Perjalanan
kami masih jauh sebenarnya. Kami akan
jelajah seluruh Jejudo. Kami akan
terbang semula ke Seoul dan akan balik melalui Gimhae Airport. Dan, kisah antara aku dan Iman akan menjadi
satu cerita yang tiada bertajuk.
Aku
tiba di bawah. Pekerja Mrs. Egg menyapa
sopan. “Anegeseyo…” (selamat
jalan). Entah daripada mana dia yakin
aku boleh faham cakap dia, pun aku tak pasti.
Gamaknya, rupa aku ada iras Korean ke?
Melainkan mata yang tercipta sedia sembab tanpa kelopak, itu saja salah
satunya. Yang lain, aku Melayu
sejati.
Iman
dekati aku. Dia tenung aku atas bawah
dengan senyuman tipis. Entah senyuman
kecewa atau tak, aku tak tahu tapi keputusan aku saat ini memang bulat. Lebih bulat daripada bulat. Lebih bulat daripada guli.
“Jom. Nanti lepas flight,” ajak dia dan baru nak melangkah, suara seseorang menyapa
aku. “Dea?” (Ya). Aku
senyum pada jejaka muda di depan aku.
“Yogi-o…” (Ini…) Dia hulurkan aku sekeping poskad
dengan gambar Namsan Park.
“Yigo…
bueyo?” (Ini, apa ya?)
“Sommul. Aegeshi ka sommul.” (Hadiah. Hadiah untuk cik.)
“Choyo?” (Saya?) Terkejut bila dia katakan hadiah
untuk aku. “Kendei… dugumikka?” (Tapi, siapa bagi?)
Dia
senyum. “Aegeshi ka namja chinggu,”
jawabnya. (Teman lelaki cik.)
Makinlah
berkerut kening aku. Tapi, setelah aku
ucapkan terima kasih dia berlalu pergi.
Siapa yang bagi? Tak kanlah
Iman. Saat-saat genting macam ni, mana
boleh dia bagi aku poskad. Lagipun,
sejak bila dia jadi teman lelaki aku?
“Auni… are you coming?” Iman tiba-tiba muncul di depan pintu. Menggamit aku agar pantas.
Laju
kaki aku melangkah. Mengikut Iman ke
sebuah bus-stand untuk ke lapangan
terbang. Kami menaiki bas dan kurang
sejam, kami tiba di airport. Aku dan Iman akan terbang bersama-sama.
Cp. 14
BEG
galas aku letak dan aku labuhkan duduk di atas kerusi. Iman nampak senyum puas bila aku tak berkata
apa jauh sekali untuk aku minta tiket Korean-Air ke Kuala Lumpur daripada
dia.
“Awak
duduk kejap. Saya check-in.” Dia berlari ke
kaunter dan tak lama kemudian, dia kembali bersama senyuman.
“Nah…” Iman hulurkan tiket kapal terbang pada
aku. Lambat-lambat aku sambut dan
sekadar tersenyum tanda ucapan terima kasih.
Aku
pandang boarding pass. PUS-CJU. Sambil senyum sinis pada diri sendiri. Betapa jahatnya aku mempermainkan hati dan
harapan semua orang. Semua orang. Termasuk hati sendiri. Airmata aku bergantungan pada alis.
Baru
nak menapak, Iman rampas boarding pass
tadi. Kening aku berkerut.
“Kenapa?”
Iman
senyum manis. Dia geleng mengisyaratkan
aku aku berhenti menangis. Bila aku
kesat pipi yang tersisa dengan airmata, Iman suakan satu lagi boarding
pass.
“Saya
dah cakap, saya akan sediakan dua boarding
pass. Sekarang, awak pilih.” Dia letak dua-duanya atas telapak tangan
aku. “Yang mana satu awak nak. Saya tahu itu keputusan awak yang terbaik,
Auni.”
Tak
berani aku pandang wajah Iman tapi memang aku nekad. “Maaf, Iman.
Saya suka awak tapi saya pilih untuk cinta bakal suami saya. Saya bahagia dengan awak tapi saya pilih
untuk teruskan bahagia dengan dia. Saya
harapkan awak tapi saya pilih untuk berharap hanya pada DIA,” ujar aku.
Besar
makna DIA yang aku tuturkan dan aku rasa Iman juga mengerti. Hanya pada DIA aku meminta agar hala tuju aku
kali ini tak tersasar. Boarding Pass Korean-Air perjalanan
PUS-KUL aku capai.
“Ini
keputusan saya, Iman. Saya harap awak
doakan saya,” pinta aku.
Katalah
aku tak malu sebab dah lukakan orang tapi masih berharap dia mendoakan
aku. Tapi, apa lagi yang mampu aku
katakan selain ini sekarang.
Dan
bagasi aku?
“Saya
kuat katakan awak akan balik Malaysia sebab awak anak yang baik, Auni,” ucap
Iman sebelum aku sempat bertanya tentang bagasi aku.
“Saya
bangga kawan saya ni tak terpengaruh sekadar dengan cinta dan janji seorang
lelaki. Sebaliknya, awak lebih pegang
janji awak pada keluarga awak dan keluarga tunang awak. Beg awak memang saya check-in untuk penerbangan yang awak pilih,” ujarnya. Suara dia sedikit lemah dan serak.
Iman
nangis ke?
Aku
cuba cari kesan airmata tapi tiada melainkan mata kuyu itu nampak penat. “Saya harap awak enjoy daki Hallasan sorang-sorang nanti.”
Dia
sengih sambil geleng. “Patutnya kita
pergi berdua. Tapi, tak apalah. Nak tahu seronok atau tak, nanti datang bulan
madu sini, ajaklah suami daki gunung,” cadang Iman.
Sekali
lagi dia sebut tentang bulan madu aku tanpa apa-apa rasa ralat. Tapi, kali ini aku mampu angguk dalam
senyuman separuh redha. Separuh redha
lagi akan melengkapi hati aku bila aku tinggalkan Iman di Negara yang bakal
dijengah salji beberapa waktu saja lagi.
“Awak
bila nak balik?”
Iman
betulkan jaket tebalnya. “Saya nak
tunggu first day of winter,” jawab
dia.
Aku
angguk. Rugi tapi tak mustahil aku akan
kembali. Aku ingat setiap laluan dan
tempat yang Iman bawak aku. Aku akan
ingat sebab aku nak abadikan ianya dalam sebuah travelog yang kosong muka depannya.
Seperti aku kata, tak bertajuk.
“Jaga
diri, Iman,” pesan aku.
“Terima
kasih, Zara Auni,” ucap dia.
Biarpun
aku tak faham apa yang Iman maksudkan, aku tetap angguk. Mungkin ucapan terima kasih dia kerana
menemani perjalanan dia seketika. Aku
pulang ke Malaysia awal seminggu dan aku sendiri rasanya sudah cukup sedia
menjadi isteri pada Fifi. Aku
yakin!
Aku
dan Iman Firdaus… berpisah di lapangan terbang Gimpo setelah merangka plot
cerita kami dengan sedikit keindahan.
Kami sama-sama terbang namun haluan dan tujuan kami berbeza. Kami berkongsi udara namun bumi yang bakal
kami pijak nanti berbeza nama tempatnya.
Poskad
yang aku dapat tadi, aku belek di belakangnya.
Kemudian, aku baca tulisannya satu persatu.
Nanti
datang dengan saya pulak, ya?
Saya pun nak
awak temankan sepertimana dia. – FF
Fifi? Aku terus memeluk poskad tersebut. Fifi tahu aku datang dengan Iman. Dia ikut jejak aku. Aku kesat sisa airmata dan mengukir
senyum.
Iman
– dia masa silam.
Dan
Fifi – dia masa hadapan.
Cp. 15
SEGALANYA
aku ceritakan pada Aina. Tak tertinggal
sedikit pun. Hinggakan Aina capai buku
nota aku dan dia belek laju. Tiada satu
pun nama Iman yang aku abadikan dalam buku nota yang aku abadikan setiap
perjalanan aku selama ini.
“Mana
mana dia?”
Aku
pandang Aina pelik. “Dah kau ni kenapa
carik nama dia?”
“Yalah. Patut ada nama dia.”
“Kenapa
mesti ada?”
“Sebab
dia ada dalam hati kau,” jawab Aina laju.
Aku
rampas buku yang ada di tangannya. “Tak
perlu. Dia pernah ada dalam hati
aku. Sekarang, hati aku kosong untuk aku
isi dengan lelaki bergelar suami.”
Kemudian, aku sambung menulis muka surat terakhir sebelum aku
benar-benar mahu tutup buku lama ini dan buka buku baru.
Aina
mengesot mendekati aku yang sedang bersandar pada katil yang sudah dirias. “Auni, ni aku nak bagitahu kau…”
“Aina,
Luth carik.” Mama muncul tiba-tiba
menyekat suara Aina.
Dia
buat isyarat telefon pada aku tapi mama menjeling tajam bagai memberi
amaran. Aina berlalu dan mama duduk
dekat dengan aku.
“So, macam mana perjalanan? Seronok?
Banyak kenangan manis?”
Aku
angguk dan sengih sinis pada diri sendiri.
Apalah sangat yang manisnya bila pengakhirannya sedikit kelat. Tapi, yang kelat itulah boleh menjadi ubat.
“Seronok.” Senang jawapan aku. Aku simpulkan segalanya dalam satu perkataan.
“Iman
tak balik lagi?”
Aku
geleng. Tanda tak tahu sebenarnya. “Banyak lagi benda dia nak buat dalam jadual
dia.”
“Dah
tu, Auni balik dulu. Tak apa ke?”
“Dia
tak ada hak nak sekat. Malah, dia yang
nak Auni balik tunaikan janji. Auni
sendiri pun memang rasa nak balik cepat.
Lagipun, kami cuma kawan, ma,” jawab aku lembut.
Mama
senyum penuh makna. Dia usap rambut
panjang aku. “Mama memang percayakan
anak-anak mama. Nak-nak Auni yang dah
biasa berdikari sejak dulu. Sejak pertama
kali Auni pakai tudung masa pergi jumpa Ayie dulu, mama bertambah yakin yang
Auni memang pandai jaga diri. Tapi, mama
nak dahulukan bahagia Auni…”
Ayat
mama buat aku rasa nak gelak. “Mama,
papa dan keluarga adalah kebahagian Auni, mama…”
“Tapi,
Iman?”
“Sekarang
Fifi, ma. Iman dah berlalu. Dia pun lepaskan Auni dengan baik dan Auni
pun…”
“Yakin
boleh lupakan dia?”
Laju
aku angguk bila mama menyoal. “Kalau tak
yakin, Auni lari dengan Iman, ma.
Mungkin Auni tak balik sampai bila-bila.
Dia ajak Auni kahwin dekat sana.
Dia mintak Auni tabah jika Auni pilih dia. Tapi, Auni budak budak-budak. Auni boleh cari 1000 lelaki sekalipun, tapi
mana lagi Auni nak cari ganti mama dan papa?
Kan?” Suara aku mula
bersendu.
Nescaya,
akan ada airmata yang bakal mengalir.
Sungguh. Sebaik saja mama usap
kepala aku, airmata aku jatuh lebat.
Tapi, tak lama bila mama letakkan beberapa keping borang di atas riba
aku.
“Letak
buku ni…” Mama tarik buku nota aku. “…Auni anak yang baik. Yang taat.
Mama memang harap kebahagian Auni selamanya. Tapi, Auni kena sign dulu borang ni. Keluarga Fifi dah hantar minggu lepas
lagi. Yang lain semua dah selesai. Sign sekarang. Kejap lagi, papa nak hantar ke pejabat
agama. Lusa nak nikah dah. itu pun papa dah pergi cakap dulu dengan
pejabat agama hantar lambat sikit,” jelas mama.
Tanpa
menanti, aku terus belek helaian pertama.
Tipikal perempuan yang bagai dipaksa kahwin. Manalah aku mahu lihat nama pengantin
lelaki. Terus aku hulurkan pada
mama. Tapi, mama tak sambut.
“Baca
betul-betul, Zara Auni. Mama tak nak
Auni nyesal nanti…” ugut mama.
Aku
buat wajah bosan. Tapi, aku belek semula
helaian demi helaian. Semuanya aku dah sign.
Tiada satu borang pun yang tertinggal.
“Dah
sign semua, ma…”
“Mama
tak suruh Auni tengok sign ke
tak. Tapi, check nama Auni, nama
Fifi.” Hint mama jelas.
Terus
aku tengok nama pengantin lelaki. Dan,
demi kerana itu aku pandang mama. Mama
gelak. Muncul juga Aina yang tersengih
dengan wajah bersalah. Dia belot aku
lagi!
“Auni,
sorry. Mama warning…” Tak habis ayat, mama jegilkan mata.
Mereka
saling ketawa tapi aku… kenapa airmata aku mengalir lagi bila aku kata hati aku
sudah lengkap dengan redha?
Cp. 16
DADA
aku berdebar tak sudah menanti kemunculan dia.
macam-macam rasa ada dalam dada. Rasa
nak marah, rasa nak maki. Haih. Padanlah semudah ABC Fifi bagi poskad pada
aku. Semudah itu dia ajak aku temankan
dia kembali mengembara ke bumi Seoul lagi sekali.
Wajah
aku menunduk. Memandang jam. Tapi, seketika aku nampak ada kaki berdiri
tepat di depan aku. Bila aku angkat
mata, dia tersenyum tipis sambil meraup rambutnya berkali-kali.
“Are you waiting for me?” soal dia.
“No. I’m
not. I’m waiting for Mr. Fifi. My husband to-be,” jawab
aku tanpa riak pada wajah.
Bibirnya
terukir senyuman. Kepala digaru. “Dah tahu?”
Aku
diam. Sekadar menajamkan renungan.
“Bila
tahu?”
“Penting
ke semua tu?”
Laju
dia geleng mendengar suara aku yang sedikit tajam. “Tak penting. Cumanya nak tahu. Err… marah?”
“Perlu
ke?”
Sekali
lagi dia geleng. “Sedih… mungkin?” Tersengih dia menahan rasa janggal
gamaknya.
“Nak
tengok saya menangis ke meraung?”
Dia
geleng lagi dan kali ini lebih laju.
“Dua-dua tak nak. But…”
Fifi ukir senyuman penat. “…I miss your smile. Please, smile to me,” pinta dia.
“We’ve never met before. Macam mana awak boleh kata rindu senyuman
saya?” selar aku menahan geram.
Kemudian,
dia ketawa. “Both – Fifi or Iman Firdaus, know you couple years ago. Both – Fifi or Iman Firdaus, misses you so
much. Both, love you. Both -
say sorry to you.”
Wajah
Iman nampak kepenatan. Esok nak akad
nikah hari ni baru dia sampai. Banyak
cantik muka dia. Tak jadi aku nak marah
dia.
“Saya
tahu masa nak sign borang. Bila tanya mama, dia kata kalau bukan awak
tak mungkinlah papa saya benarkan saya pergi dengan awak berdua aje. Tapi sebab awak…”
“Fifi?” sambung dia dengan gelak tawa. Wajah dia sedikit merah. “Mama sayalah ni. orang dah cakap jangan panggil nama tu
lagi. Umur setahun dua bolehlah. Ini dah lebih tiga dekat dok panggil nama
manja tu, memang geli sikitlah nak mengaku.
Betul tak?” Kening dia naik
tinggi.
“Sorry for deceiving you, Zara Auni. Tapi, ujian tu awak lalui dengan begitu
bergaya. Tinggalkan Iman depan pintu boarding hall, untuk kembali pada tunang
awak, Fifi. Ingat tak yang saya terpaksa
batalkan perjalanan ke Berlin sebab mama dan papa sekat. Kita terlewat daripada tarikh asal. Masa tu, mama pujuk saya terima pilihan
dia. Saya cuba tolak tapi bila mama
tunjuk gambar masa dia sarungkan awak cincin, rasanya saya tak mampu
tolak. Cuma, mama asyik cakap awak tak
kenal saya. Sebab tu saya…” Bicara Iman mati. Nampak riak bersalah.
“Awak
marah?”
Aku
geleng. “Terkejut aje. Apapun, benda dah jadi. Nak marah pun, awak dengan Fifi orang yang
sama. Lagipun, betullah cara awak tu. Saya sendiri berbolak balik. Tapi, saya nekad akhirnya. Pada saya, cinta macam ni boleh dicari di
mana-mana tapi cinta saya pada mama dan papa… ianya tak mungkin
bergalang-ganti.”
“Betul
tu. Dan sekarang, boleh kita balik,”
ajak dia. “Saya penat. Semalam baru saya turun daripada Hallasan…”
“Hah? Berapa kali naik?”
“Entah.” Iman gelak.
“Nanti suami awak nak ajak pergi lagi sekali. Kali ini, kita pastikan setiap perjalanan
kita tu manis kisahnya,” bisik Iman.
Dia
betulkan beg galasnya. Kemudian berdiri
di sisi aku.
“Awak…” Poskad hari itu aku keluarkan. “Poskad ni daripada Fifi. Iman kedekut tak bagi saya apa-apa.”
Iman
capai poskad. Dia senyum. Kemudian, dia jeling aku. “Tak apa.
Malam esok Iman bagi kasih sayang lebih sikit tanda mintak maaf.” Suara dia berbaur nakal. Iman ketawa tapi tak hanya seketika.
“Dah
draf cerita tentang kita?” soal
aku.
Aku
angguk. Dia tahu sebab aku pernah cakap
aku akan bukukan perjalanan kami bersama dalam sebuah buku.
“Tajuk
apa?” Iman nampak teruja.
Bahu
aku terjongket. “Tak ada tajuk.”
Dan,
musim sejuk sedang memanggil kami kembali ke Seoul tapi kali ini, kami hanya
perlukan satu bilik, malah ada bahu untuk kami saling bersandar.
“Tak
ada tajuk, habis tu ada apa?” Wajah dia
berkerut pelik.
Aku
sengih lagi. Lebih lebar. Lebih rasa bahagianya. “Cukuplah dah ada titik.” Aku juihkan bibir pada dia. Iya, dialah titik pada perjalanan aku yang
panjang. Titik bertindih. Dan, ianya akan bersambung.
Aku
kenyit mata. Iman menggeleng kecil. Nakal.
Aku baca gerakan bibir dia. Ya,
ini kisah tentang perjalanan. Sebab kisah
ni pendek, aku tak sempat nak cerita setiap ceruk jalan yang aku lalui dengan
Iman. Itu tak campur lagi kami sesat
masuk lorong.
Hati
aku, memang mudah tertumbang-ambing. Tapi,
aku pakukan dengan wajah mama dan papa. Aku
bahagiakan hati mama dan papa, Allah pasti bahagiakan hati aku. Bahagiakan hati orang tua… Allah jaga hati
kalian.
TAMAT
RMsays : Jujurnya, sementara bujang ni. Dengarlah kata orang tua kalian. Bila orang tua dah tak ada, kalian pasti akan rindu bebelannya. Rasa nak share detail setiap perjalanan di Seoul. Setiap ceruk jalannya dan setiap makanannya. Setiap bahasanya. (Sorry, ejaan jadi pelik sebab tak tahu nak eja walaupun tahu cakap.) Tapi, nanti jadi novel la pulak. Kekeke. Harap santai.
Iman Firdaus ni, anak Ilham Fitri dan Nur Wafiah dalam novel pertama saya (yang tak laku tu) Terlerai Kasih.
Zara Auni anak pada Zafran dan Anaresa. Kakak pada Ayie yang ada dalam novel Tiba-tiba Dia Ada. (yang suam2 kuku tu).
Bolehlah recall mana yang patut, kan? :)
PS : Kalau ke Korea, harap jangan makan jagung rebus dia. Nak-nak dalam musim dingin. LoL
Best sngt2.
ReplyDeletebestt sangattt. saya kenal semua watak dalam citer ni. huhuhu
ReplyDeletegomawoyo :-)
Walaupun tanpa tajuk @ takde tajuk,
ReplyDeleteCerita nie mmg hebat..
Tq Rm
Seronok
ReplyDeleteBest citer ni...thank u sis 😊
ReplyDeleteteringat korea...dh 2 kali pegi..
ReplyDeleteserius jagung rebus dia x sedap!!
menarik..bestnya dpt g korea..
ReplyDeleteterima kasih
:)
Nasib jalan jam petang ni... nasib buka fb... abis dah baca... mesej yg baik ..
ReplyDeleteSuka, aish rindu pulak ngn ayie, aryana, zafran n anaresa....
ReplyDeleteBest sgt...family adalah segalanya...
ReplyDeleteHa..ha..xlaku la sgt.... drama betul
ReplyDeleterehannn, novel TERLERAI KASIH tu yang paling saya SUKAAAAAAAA dalam semua novel rehannnnn. like seriously gila punya suka. maybe waktu awak publish novel tu, awak tak popular lagi. but cerita tu paling best pernah saya baca! btw, untuk Mr Iman Firdaus ni, agak agak dia ikut perangai si Ilham tak lepas kahwin? Aherherher *gelak ngengada sambil bagi hint suruh sambung after depa kahwin* kakaka.
ReplyDeleteAkak pun suka cita.
DeleteKmas
Nice.
ReplyDeleteAuni memilih keluarga..walau cinta mati
best sgtttt..Terlerai kasih antara novel yg pling best..suka sgt..harap ada lg watak macam Ilham dalam karya rehan
ReplyDeleteteruskan berkarya..setiap cerita rehan pasti sya tunggu..rehan, buatla kisah seorang playboy atau (macam watak Ilham dalam Terlerai Kasih) yg jatuh cinta pada adik kawan baiknya..walaupn cerita cinta yang biasa hasil garapan rehan pasti luar biasa
ReplyDeletekarehan..nak nangis baca entri ni.sob sob sob
ReplyDelete#n, terima kasih hadiahkan saya buku TERLERAI KASIH tu.
>>k<<
best sgt..
ReplyDeleteBEST SGTttttt.......kenapa tak ada kisah aina & luth.....(nampak tak...buat permintaan dengan Rehan)
ReplyDeleteMana boleh lupa watak2 tu. Rugi tak beli terlerai kasih.
ReplyDeleteMana boleh lupa watak2 tu. Rugi tak beli terlerai kasih.
ReplyDeleteCongratz RM...sentiasa memberi karya hebat utk bacaan kami...
ReplyDeletebest gila3. i've been following ur novel. best sgt kak rehan. terutama sbb da mksud tersirat. redha kedua ibu bapa redha Allah juga. cuma mnusia sering trlupa. thnx for the reminder. love u >.<
ReplyDeleteBest sesangat...semua karya-karya akak sangat best...
ReplyDeletepnya saya penat cari novel terlerai kasih ni....cari punya cari pnya cari....last2 penat...kalau terjumpa syukurlah tp klu tak terjumpaaa apa boleh buatlah. bukan rezekiku huhuhu
ReplyDelete