BAB 3
KEPALA
yang tak gatal digaru berkali-kali.
Fateh pening kejap dengan syarat Yuyu.
Diceritakan pada kawan baiknya – Syuk, memang dibantai gelak aje.
“Tak
berubah kot dia…” Dalam makna perubahan
yang Syuk maksudkan. Dia pandang wajah
kawan baik di depan mata. “Boleh ke kau
bertahan ni?” Syuk gelak tak
henti-henti.
Ish…
ish… gelak banyak mati hati boleh budak Syuk ni. Tapi, dia juga turut ketawa tapi tanpa
suara.
“Boleh
aje kot. Lagipun, nak paksa buat apa dah
dia tak sedia lagi. Jadi kes lain
pulak. Ada isteri report suami buat khianat.
Penjara aku.” Seram dia nak
memikir. Benda bukan tak pernah
jadi.
“Lagipun,
aku relaks aje bertabah selama ni.
Setakat dua tiga hari lagi, tak jadi hallah.” Fateh optimis. Tapi, Syuk masih gelak.
“Kau
lelaki, Teh. Aku pun lelaki. Aku faham sangat deria rasa lelaki ni. Nak-nak yang patutnya umur 30 dah
beranak-pinak. Tapi, tak berjodoh
lagi. Takut kau aje tak tahan. No
entry pun, kau redah jugak. Lagipun,
kau kan selalu cakap dekat aku. Harap
tahun ni boleh kahwin. Ini dah nak akhir
tahun, Teh. Kira doa kau Allah
kabulkanlah. Aku faham kehendak kau
tu. Sebab aku pernah lalu benda
sama. Jadi, aku rasa lebih baik kau review balik syarat yang Yuyu tetapkan
tu. Merana jiwa. Perempuan ni bukan faham lelaki. Kadang-kadang, bini aku pun 24 jam tayang
muka tak bersalah. Kau boleh bayang, tak?” Menggeleng Syukri. Serius!
Kaum Hawa adalah kaum yang pelik.
Atau unik? Eh?
Mendengarkan
nasihat pakar motivasi ni – pakar motivasi sungguh okey. Bukan ‘rotibasi’. Sebab, Syukri ni jenis tak boleh kerja dengan
arahan. Fateh rasa banyak benarnya. Betul.
Hampir
setiap sujud, setiap doa, setiap harapan – dia harap dihadirkan bidadari untuk
dia hilangkan resah hati. Lagipun, dia
dah sedia nak jadi suami ni. Yuyu aje
tak tahu kot. Syarat dia itu syariat. Walaupun buatkan hati Yuyu kecewa. Apa yang penting lepas dah hidup
bersama. Nak bina keluarga.
“Tak
boleh jadi la, Syuk. Aku nak call dialah. Lagipun, dia tu tak nak tunang lama
jugak. Tak nak lama dia tu yang aku tak
tahu bila. Jangan kata dia ajak aku
kahwin esok. Pitam aku.” Fateh buat muka ngeri, Syuk gelak mengekek.
“Dasyatlah
kau.”
“Haih,
aku kan. Penakluk kerajaan
Konstantinopel. Sultan Muhamad
Al-Fateh.” Bangga dia dengan nama yang
abah pilih. Walaupun, dapat dekat Syukri
jadi TEH?! Teh o? Teh ais?
Tak pastilah.
“Bajet
aje kau ni…”
“Eh
sungguh. Sejarah tu.” Muka Fateh yakin. Kemudian dia gelak bila Syuk buat muka
bosan.
“Aku
harap aku sehebat Sultan Muhamad Al-Fateh juga.
Menakluk kerajaan yang ego dan bongkak dan dihidupkan dengan Islam dalam
setiap jiwanya.” Senyuman tipis terukir. Harapan itu sentiasa ada. Sebab dididik dan dipaksa hidupnya agar bersyariat. Walaupun tak sehebat Sultan Fateh, tapi
berkongsi nama sama – kenapa dia perlu rosakkan kehebatan nama itu?
“Aku
doakan.” Syukri usap bahu kawan
baiknya. Kawan daripada sekolah menengah
ni. Kawan sama-sama membuli dan
digantung sekolah masa di Alam Shah.
Mujurlah tak kena tendang keluar terus.
Tapi, Fateh berubah kerana satu
perkara. Satu perkara, hanya Fateh, dia
dan Allah saja tahu. Dan itu, kekal
menjadi rahsia.
Mereka
sama-sama bangkit daripada duduk.
Masing-masing dah perlu balik ke rumah.
Dah petang ni. Fateh angkat
tangan pada Syuk. Kemudian berlalu ke
kereta masing-masing. Masuk aje dalam
kereta, telefon terus dilekap pada telinga.
Yuyu
Ikan Yu! Dia sengih. Tahu dek Yuyu, ada kena baham dengan ganas
ni. Talian bersambung. Dan menanti suara yang di sana,
menjawab.
EH! Dia baru nak telefon, orang sana dah telefon
dulu. Betul-betul rindu ni. Bukan cubaan ni. Yuyu lekapkan telefon ke telinga. Duduk diletak di birai katil. Disentuh skrin dan dilekap telefon ke
telinga.
“Assalamualaikum.” Yuyu menyapa tenang. “Nak cakap dengan siapa?” Saja nak kenakan Fateh.
“Waalaikummussalam.” Fateh sengih.
Tahu, Yuyu nak kenakan dia. Mood swing lagi ni. Mesti pasal syarat dia.
“Tolong
bagi dekat orang sebelah awak tu. Saya
nak cakap dengan dia,” pinta Fateh.
Dahi
Yuyu berkerut. Dia kalih ke sisi. Berdebar juga jantung. Fateh ni.
Kalau malam hari, dia melompat jugaklah.
Tapi, ini masih siang. Cuma dah
nak hampiri ke Maghrib.
“Tak
ada oranglah. Pandai aje.” Bibir merah itu dah muncung.
“Ha,
tahu pun awak tak ada orang? Yang tanya
saya nak cakap dengan siapa tu, dah kenapa?
Macamlah awak share nombor ni
dengan Arasy ke apa.” Kan dah
terkena.
“Saya
call nak cakap dengan awak la,
Yuyu. Atau awak harap orang lain call awak?” Dia mula nak menduga ni. Manalah tahu Yuyu dah ada calon. Dia tak nak jadi batu penghalang. Ramai lagi wanita lain di luar sana.
“Yuyu
gurau ajelah,” jawab Yuyu. Nak sentap
pulak dia. Nama dah hebat. Tapi, hati tak hebat manalah. Sempat juga membelek tentang Fateh dalam
hati.
“Awak
telefon nak apa? Yuyu nak siap ni. Kejap
lagi ayah mesti ajak jemaah dekat masjid.”
Dia bukan berasalan tapi sungguh.
Itulah rutin. Tapi, boleh jadi
hari ni di rumah aje. Entahlah.
“Saya
nak awak. Boleh ke?”
Hah? Yuyu telan liur kasar. Dia ni.
Main-main ajelah. “Awak ni,
jangan main-mainlah. Yuyu tanya
betul-betul ni…”
“Habis
tu, awak ingat saya jawab main-main ke?”
sampuk Fateh laju. Apalah. Orang jawab sungguh tu. Dia memang nak Yuyu. Nak jadikan isteri. Ni telefon nak bincang balik pasal syarat
ni.
“Yalah. Awak ajelah serius. Hrmm, nak tanya saya dah cakap belum dekat
umi dengan ayah ke?”
Fateh
diam. Memang itu dia nak tahu. Haji Ahmad dan Hajjah Haniah setuju ke nak
tunang 2 minggu aje? Dia memang jenis
tak kisah.
“Ayah
dengan umi okey aje. Lagi cepat lagi
baik. Lagipun, tunang lama-lama buat
apa. Kot-kot ada yang berubah hati.”
“Yang
berubah hati tu Yuyu la kot.” Tawa Fateh
menyapa telinga Yuyu. “Sebab saya ni
kerja dalam hutan. Ofismate semua
lelaki. Awaklah. Ramai cikgu lelaki silih berganti nanti. Mulalah lupa saya,” seloroh Fateh.
“Assalamulaikum,
my-husband-to-be-Fateh. Jangan pandang orang tak ada mata, ya? Yuyu ni spesis setia, tahu!” Hangen
pulak dengan kata-kata Fateh ni.
“Yes, my-wife-to-be-Yuyu. Saya gurau aje.” Kata-kata Fateh mati di situ. Kalah dengan Yuyu buat pertama kali.
“Kalau
sungguh bagai dikata, nanti saya cakap dekat orang tua sayalah. Esok saya minta diorang ke rumah awak. Saya tak boleh cuti. Kerja tengah banyak musim hujan ni. Ke awak nak datang rumah saya? Nak datang pinang saya?” Soalan itu diakhiri dengan gelak tawa.
Hai. Lemah jiwa Yuyu. “Tak payah buat kelakar. Hambar!”
Fateh
masih ketawa kecil. “Okeylah. Orang tua saya datang nanti. Bagitahu Haji dengan Hajjah. Kita jumpa hari nikah aje. Saya malas nak tengok awak sebelum nikah
ni. Lagi satu, pasal syarat awak…” Fateh berjeda. Dia perlu clarify
balik. Untuk bahagia bersama.
“Yuyu
ada pergi kursus kahwin?”
“Dah.”
Tapi,
jawapan Yuyu tu bukan apa pun. Yuyu pun
cikgu walaupun cikgu kimia. Pasti Yuyu
tahu tanggungjawab suami isteri.
Lagipun, orang tua Yuyu bukan calang-calang dalam bidang ugama.
“Rasanya
dekat kursus kahwin, Yuyu sendiri dah pernah belajar dan ayah Yuyu pun bukan
biasa-biasa. Saya rasa awak tahu hak
suami ke atas isteri dan bahagian isteri dalam diri suami.”
Dah
agak. Yuyu diam lama. Dia dah boleh tahu apa maksud Fateh. Memanglah lelaki.
“Kan
dah janji okey.”
“Saya
tak kata okey. Saya cuma sengih. Saya siap tanya lagi. Awak rasa saya boleh bertahan ke? Tapi, awak kata saya tak ada pilihan. Awak tahu kan, tak reda suami sampai ke pagi
malaikat laknat awak. Pakej dengan dosa
besar tu kalau suami tak maafkan.”
Dah
sudah. Fateh dah mula dah. Ini yang lemah ni. Kepala tak gatal digaru. Bibir dikacip. Mata terpejam. Apa nak jawab ni? Setiap hujah Fateh ni, payah nak sanggah.
“Ala,
bukannya Yuyu nak nafikan hak awak atas Yuyu nanti. Tapi…”
Kata-kata dia mati lagi. Rasa
membahang wajah. Apalah cakap hal ni
sebelum kahwin. Mana nak letak muka.
Tapi, sungguh juga. Kalau tak
bincang sekarang, dia ada ciri-ciri orang pertama menjadi tetamu Malaikat
Zabaniah ni.
Allah. Sabarlah hati melayan Fateh ni.
“Erm,
bagi masa sikit aje. Awak tak nak isteri
yang tak diredhai, kan? Jadi, awak redha
la seketika,” pinta Yuyu lembut. Bukan
nak menggoda tapi memujuk.
Dengan
orang petah macam Fateh yang nyata bukan tin kosong ni, kena pandai reverse-psycology. Lagipun, dia memang perlukan waktu. Nak tukar sekolah, bukan senang. Lagipun, dia tahu Fateh jenis sibuk semedang. Segenap ceruk Tanah Malaya ni dijajah. Itu belum lagi dihantar keluar daripada Tanah
Melayu.
Lama
Fateh memikir dengan suara separuh merayu di hujung talian sana. Hai, dengan suara lembut mendayu macam ni,
manalah adam tak tewas mudah dengan hawa.
Jari-jemari terus menggendang stereng.
Akhirnya, senyuman terbit.
Senyuman manis yang hanya dia dan Allah saja tahu.
“Dah
kalau awak bertegas jugak nak kekalkan dua syarat tu, saya terima. Saya harap awak tak sedihlah nak terima
syarat saya tu, ya? Fair and square.”
Memang
ada rasa tak adil tu. Dia
perempuan. Ada janji dengan kawan-kawan
sebelum dimiliki suami. Memang benda tak
perlu, tapi tak salah juga. Hati dia
mengeluh.
“Tak
adalah gitu. Patutnya awak tanya
Yuyu. Yuyu ada kawan-kawan perempuan
yang dah janji nak jadi bridesmaid
masing-masing. Ada dua orang lagi tak
selesai. Yuyu dengan seorang lagi. Kami tak pernah mungkir janji. Tapi awak…”
Suara lemah Yuyu mati di situ.
Kecewa la jugak. Nanti nak cakap
apa dekat kawan-kawan. Memanglah tak
buat tak dosa. Tapi, sekadar untuk
kenangan.
La,
pasal tu ke? Adeh. Pening kepala Fateh. Dengar suara sedih ni, hati lelaki mulalah tak
dok diam. Tapi, dia bukan nak ajar Yuyu
mungkir janji. Lagipun, benda tu tak ada
dalam syariat. Dia tak kata salah. Dia cuma rasa tak perlu. Itu aje.
“Saya
tak kata tu salah. Tapi, macam tak
perlu, kan?” Perlahan Fateh bersuara
kali ni. Tak nak sinis macam biasa. Mode
suram sekarang ni.
“Tahu,
tapi…”
“Ayuniiiiii…” Panjang Fateh menyeru nama Yuyu bila
mencantas kata-kata gadis itu. “Dengar
sini. Kita memang tak kenal. Jodoh pun
orang tua carikan setelah Allah tetapkan lama dulu. Tapi, Yuyu kena faham. Yuyu nak cantik depan umum atau nak cantik
depan suami je? Yuyu pilih.”
“Tak,”
bantah Yuyu.
“Yuyu
bukan nak minta make-up. Yuyu cuma nak ada kawan-kawan. Itu aje.”
“Okey. Kawan-kawan tu nanti sedondon, kan? Tersenyum temankan Yuyu dekat pelamin. Masa tu semua lawa-lawa. Entahlah…”
Mengeluh Fateh dibuatnya.
Dia
nak jadikan Yuyu hak dia seorang. Semua
tu tak salah. Betul kata Yuyu. Lagipun, Yuyu dah janji dan tak ada salah
kalau dia batalkan salah satu syarat tu.
Dia cuma nak besederhana dalam segala hal.
“Ginilah. Batallah syarat tu. Kira buatlah tempat akad nikah. Tapi, bukan pelamin. Untuk Yuyu duduk dan kita tangkap
gambar. Dayang-dayang Yuyu pun dok
ajelah situ. Temankan.” Sempat dia menyindir Yuyu. Nak berdayang bagai. Haih.
“Tapi,
jangan make-uplah,” sambung
Fateh.
“Sebab?” soal Yuyu laju. Dipancung terus suara Fateh dengan bibir
tersengih.
“Tak
ada sebab. Itu ajelah sekarang. Harap lepas ni jangan dok merayu nak batal
semua syarat. Syarat tu untuk tujuan
syariat. Awak kena ingat tu.” Nada Fateh berubah lagi.
Rasa
macam Yuyu dah boleh cam. Bila suara itu
perlahan, Fateh panggil nama dia. Lepas
tu, bila kembali beku, awak-awak aje.
“Okey. Yuyu nak tambah lagi satu syarat.”
“Apa
lagiiiii?” soal Fateh. Kalah pulak dia kali ni. Syarat Yuyu tak dibatalkan tapi dia yang
membatalkan syarat. Heh.
“Nak
pakai pink, boleh?”
“Hah? Gelinya.”
Spontan Fateh menjawab. “Putih
aje. Noktah. No negotiation!” Tegas.
Dia kena berkeras. Sebab kain dah
beli. Mak lah yang beria.
“Ala,
pink tu…”
“Mati
esok-esok pakai kain kapan aje. Kaler putih jugak tu,” bidas Fateh.
“Negotiation has been terminated. Assalamualaikum.” Terus saja talian mati. Fateh menggeleng.
Mengada
nak pink, dah kenapa? Ikut hati dia nak aje pilih hitam. Biar orang kata majlis berkabung. Entah apalah mulut comel tu mengomel tentang
dia.
Dia
hidupkan kereta. Berpeluh. Dok dalam kereta tak hidup enjin
rupanya. Tapi, tak apalah syarat Yuyu
tak dibatalkan pun. Sabarlah. Jika di situ perjanjian Tuhan. Akhirnya, senyuman manis itu terukir
lagi.
Hikhik mohon dicepatkan lagiii!
ReplyDeleteAlahai fateh dlm lembut ade tegasnye...
ReplyDeleteTerbaik.... ;)
ReplyDeleteYuyu Ikan Yu.. hehe.. nak tau jgk sapa yg mengganas nnti sbnrnya...
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletetxs again for the update walaupun dlm takde idea. Suka dgn couple kali nie walaupun bukan bercinta tapi they make a cute couple. Cite nie habis kat blog or are you planning to be a novel? whatever it is good luck....
ReplyDeleteOHOIIIII..KAK RM...EN3 LAGI...
ReplyDeleteHohoho.. i really like this fateh :3
ReplyDeleteI like Fateh too....
ReplyDeleteterbaek..
ReplyDelete