WAJAH mama dan
papa dipandang lama. Arel senyum
tipis. Apa lagilah ni…
“Mama dengan
papa macam tak puas hati betul dengan Arel, kan?” tanya Arel.
“Mahunya tak
puas hati. Buat majlis akad aje. Kalau buat sekali harung, apa salahnya. Bukan kita tak mampu. Ikutkan sangat kata Isra tu. Nanti apa orang kata…” Mama dah mula membebel.
Perkara yang
sama sejak dia beritakan tentang kehendak Isra.
“Ikutlah orang
nak kata apa, ma. Kita buat benda
baik. Dalam Islam sendiri, nikah tu
senang. Itu suruhan agama. Kalau nak ikut adat, memang berjelalah
senarainya, ma. Apa salahnya kita buat
yang wajib dulu. Nanti kita bagi makan
dekat fakir miskin. Kita hebahkan
perkahwinan. Itu lebih elok. Arel tak fikir kehendak Isra tu teruk…”
“Ikutkan sangat
kehendak budak tu. Belum jadi bini lagi,
semua dah nak ikut kehendak dia… haih…”
Arel
bangkit. Duduk di sisi mama. Dipegang tangan mama kemas. Nampaknya, mama masih tak terima Isra
sepenuhnya.
“Bukan gitu,
ma. Isra tu budak baik. Dia tahu Arel ni kerja macam mana. Nak cuti susah. Jauh sekali fikir nak bawak dia bulan madu
nanti. Rasanya, memang tak ada
masa. Yang penting, Arel syukur dia nak
duduk dengan mama nanti lepas kahwin.
Dia bersyukur dapat suami yang berkhidmat dengan masyarakat
katanya. Dia tak nak membazir. Jadi, apa yang tak eloknya kalau Arel ikut
kata dia kali ni, ma?” tanya Arel
lembut.
Mama
terdiam. Bahunya jatuh. Seperti orang tewas. “Entahlah, Rel. Mama masih cuba nak terima dia. Tapi, tak apalah. Kalau itu yang Arel dah cakap, mama pun tak
boleh nak bangkang lagi dah. Ada masa
ada rezeki nanti, kita pujuk Isra buat majlis sikit. Jemput kawan, jiran dan saudara jauh. Ini, baju nikah dah ambik belum?”
Arel geleng. Dia lupa.
Banyak sangat kerja.
“Budak bertuah
ni. Esok lusa dah nak nikah. Haih… kamu ni.”
Arel sengih bila
mama dah membebel kembali. Bila mama
bangun dan berlalu ke bilik, Arel pandang wajah papa.
“Papa tengok
kamu nak kahwin macam bukan nak jadi pengantin.
Ada masalah ke?”
Arel sengih
tipis. Langsung tak memandang pada
papa. “Papa dengan mama dulu, mesti
kahwin tak kenal, kan? Orang tua
aturkan? Tanpa cinta?”
Papa tergelak
dengan soalan Arel. Dah tentulah macam
tu. Semua orang tua aturkan. Kenal isteri pun hari akad nikah tu. Budak-budak sekarang, boleh bercinta kenal
hati budi dulu.
“Kenapa tanya
soalan gitu?”
“Cinta tu boleh
datang ke lepas nikah, pa?”
“Eh,
haruslah. Tengok mama dengan
papalah. Yang Arel tanya ni, kenapa?” Pelik pulak dia. Bukan ke Arel dan Isra bercinta.
“Arel ada
masalah dengan Isra ke?”
Arel menggeleng
pantas.
Isra sayangkan
dia. Dia juga sama. Jadi, apa lagi yang buat dia rasa puas
hati? Haih… ujian bakal pengantin ni
kuat sungguh.
“Arel naik tidur
dulu, pa. Takut pulak nak jadi suami
ni…” Sempat dia kenyit mata.
“Eleh, takut ke
tak sabar…” usik papa pula.
Arel garu kepala
tak gatal. Menuju ke bilik dengan
senyuman namun sebaik saja daun pintu terkatup rapat, senyumnya mati.
“Jangan minta
maaf, Rel. Aku cuma jaga jodoh kau
selama ni. Jangan rasa bersalah…”
Suara dan
kata-kata Zam pada kali terakhir dia nampak lelaki itu di KLIA tempoh hari
mengaum tak henti-henti. Zam jagakan
Isra untuk dia.
Dan, dia akan
jaga Isra dengan baik. Hatinya tekad.
PENERBANGAN
hampir tujuh jam, begitu memenatkan. Tak
pernah dia sangka, dia akan naik kapal terbang dan terbang ke negara
orang. Dia pandang Arel. Begitu tenang memandang dia. Susah payah cuti kerana dia. Buatkan hatinya kian terpaut.
“Terima kasih
bawak saya kenal tempat orang…” ucap
Isra.
“Untuk awak, apa
saja…” Arel kenyit mata.
Sebaik saja
kapal terbang mendarat, mereka jalan beriringan. Dalam senyuman manis yang tak lekang daripada
bibir. Sesekali, Isra gelak besar. Dia macam jakun pun ada. Bumi sonata benar-benar buat dia jatuh
hati. Selama ni hanya lihat dalam kaca
tv tapi hari ni, dengan mata kepala sendiri.
Musim luruh yang
terasa dingin. Angin sejuk yang menampar
wajah, buatkan urat pipinya terasa kaku.
Dia tak minta semua ini, tapi Arel yang susah payah demi dia.
“Saya rasa kalau
kita pergi dalam Malaysia pun dah okey…”
ujar Isra sewaktu mereka sama-sama menapak ke pintu perlepasan domestic. Tujuannya masih belum sampai.
“Setidak-tidaknya,
sekali aje saya nak bawak awak jalan-jalan tempat orang. Apa salahnya, kan? Saya nak awak happy…”
“Dekat mana-mana
pun saya happy. Tak perlu sampai sini…” Isra mengeluh kecil.
“Tapi, kita dah
sampai pun. Kita teruskan destinasi
kita. Satu flight lagi, kita akan sampai
tempat yang sangat cantik. Awak akan
rindu nak datang lagi lepas ni…”
“Sungguh?”
“Haruslah. Tempat tu adalah salah satu daripada
keajaiban dunia yang semulajadi… kita mengembara, melihat bumi Tuhan, mengaguminya. Moga dengannya, membawa kita lebih kenal diri
kita yang kita ini hanya hamba. Merancang
segalanya, tapi bukan penentu. Betul tak?” Arel kenyit mata.
Isra hanya mampu
mengangguk dengan kata-kata Arel. Bertuahnya
dia ditemukan dengan lelaki sebaik ini. Biarpun
dia banyak cela dulu, tapi Tuhan hantarkan dua lelaki yang begitu baik. Biarpun seorang dah pergi, tapi yang ada ini
dah lebih daripada mencukupi.
BUMI Jeju. Sepanjang perjalanan ke guesthouse, daun
menguning seperti helaian emas menghiasi alam.
Mata Isra tak lepas memandang ke sekeliling bila Arel tenang menandu di
tempat duduk sebelah kiri. Terasa aneh
tapi nampak Arel begitu selesa dan seperti dah biasa.
“Berapa kali dah
datang sini?” soal Isra bila kereta
compact itu meluncur laju mencari destinasi.
“Kali pertama…”
“Tipu…”
“Dengan awak…” Arel gelak.
Isra mencebek.
“Sebelum ni
dengan siapa?”
Arel cuba
ingat. Dah lama kot. “Zaman belajar tak? Entah.
Dah lupa…” Sekali lagi dia gelak
bila dapat buat muncung Isra keluar sedepa.
“Suka tengok
awak muncung…”
“Amboi… kiranya
memang sengajalah nak usik saya tu…”
Arel angguk. “Rindu dengan Isra yang perengus dulu…”
“Benci!” Isra mencebek lebar tapi langsung tak
berbekas dalam hati Arel melainkan dia terus ketawa.
“Tapi kan… boleh
saya tanya?” soal Isra tiba-tiba.
“Silakan tanya,
sayang…” Sekali lagi, Arel gelak
mengekek.
“Kenapa sini?” soal Isra.
“Sebab sini
destinasi untuk awak…”
“Untuk kita?” soal Isra kembali.
Arel angguk. “Ya, untuk kita…” balasnya sebelum dia tumpukan sepenuhnya
pandangan mata di atas jalan raya.
Andai dia tak
bertegas, tentu mereka tak di sini. Kerana
dia begitu nekad untuk menjaga wanita ini, kerana itu mereka ada bersama
sekarang. Apalah sangat masanya andai
nak dibandingkan dengan bahagia seorang Israfil.
Mata Isra terus
terpaku pada lukisan alam. Warna emas
yang mewarnai bumi Tuhan… buat dia begitu kagum hingga tiada kata yang
terbit.
“Seongpanak-trail,
Israfil…”
“Apa?”
“Seongpanak-trail. Sini antara pemandangan musim luruh paling
indah di seluruh Pulau Jeju. Dan, di
akhir perjalanan kita nanti… awak akan nampak lebih lagi keindahannya…”
Isra angguk. Hati dia melonjak gembira. Dia begitu tak sabar untuk menanti apa yang
ada di hujung jalan sana seperti kata Arel.
Alahaiiiiii.....adkh di penghujung jln sana ada zam?��
ReplyDeleteDah kahwin kah...
ReplyDeleteNak dipertemukan dengan siapa agaknya tu..
Nape arel cuma kt nk jaga isra?
ReplyDelete