PEMANDANGAN yang
hampir buat dia putus nafas.
Seopjikoji. Isra menapak sendiri
bila Arel menyuruhnya menikmati alam sementara lelaki itu menanti sotong
panggang mereka siap. Kata Arel, rugi
andai tak menikmati makanan laut bila ke sini.
Sesekali dia menoleh ke belakang.
Arel masih sedia menanti dan sesekali melambai padanya dan mengisyarat
agar dia terus terus melangkah.
“Saya ikut
belakang nanti…”
Isra cuba baca
gerak bibir Arel dan dia hanya angguk.
Memberanikan diri. Lagipun, ini
pulau yang paling selamat. Katanya,
kadar jenayah adalah sifar. Sesekali,
dia betulkan jaketnya bila angin laut berhembus garang. Rumput mula menguning. Namun, bunga carnola masih giat tumbuh. Menjadikan padang rumput ini begitu
indah.
Daripada jauh,
mata Isra menangkap rumah api. Nampak
dekat tapi hakikatnya agak tinggi dan dia masih perlu menapak dalam tiga km
untuk mendekatinya. Di sebelah kiri,
terdapat rumah coklat, nun jauh di depan sana, terdapat muzium Zippo malah ada
juga replicanya yang besar. Di sebelah
kanan, di situlah terdapat rumah api.
Nampak seperti kurang pengunjung.
Mungkin kerana cuaca dingin, orang tempatan hanya suka berkurung.
Isra melangkah
laju. Anak tangga pertama dipanjat. Anak tangga kedua dan seterusnya. Hingga akhirnya dia atas di atas rumah api
tersebut, airmatanya jatuh tiba-tiba.
Keindahan sebegini, dia mahu kongsi dengan semua orang. Dia taknak hanya mata dia yang menikmatinya.
Bila dia rasa
ada yang memandang, cepat-cepat dia toleh ke arah laut. Mengesat airmata yang dirasakan begitu
sejuk. Ditala ke laut yang luas
terbentang dan tersenyum bila melihat sekumpulan dolphin yang berenang.
Hadiah ini, tak
ternilai untuknya daripada Arel. Dia
menoleh ke bawah. Arel sedang
melambai. Tapi, senyuman lelaki itu
nampak sedikit tawar. Barangkali kerana
keletihan.
“Jujurnya, orang
lebih suka datang sini musim bunga.
Sebab pemandangan dia lagi cantik.
Tapi, apa nak kata, Jeju-do
memang sebuah pulau yang sangat cantik.
Lepas ni, abang bawak korang ke Sangumburi. Situ pun sesuai untuk kita lawat bila musim
luruh. Kita ada beberapa tempat lagi
yang kita nak cover untuk hari ni…”
Isra kerut
dahi. Suara itu… pelancong daripada
Malaysia ke?
Waa… rasa begitu
teruja bila dengar bahasa sendiri di negara orang. Dia bergerak mengelilingi rumah api. Semakin dekat, semakin teruja. Apatah lagi mendengarkan gelak tawa
sekumpulan pelancong daripada tempat sendiri.
Dia jengulkan
kepala. Ya, memang orang Malaysia. Hingga dia senyum sendiri. Tapi, tak sempat lagi dia nak berundur, Arel
ada di belakang. Tersenyum letih.
“Sini, tempat
yang saya maksudkan tu, Isra…”
“Destinasi?” soal Isra ceria.
Arel
angguk. Dia tolak bahu Isra untuk terus
melangkah mendekati sekumpulan rombongan tersebut.
“Kita kena join
grup ni ke?” tanya Isra aneh.
Arel kerdipkan
matanya sekali.
“Awak kena join
grup ni…”
“Tapi awak…”
“Saya okey
aje…” ujar Arel. “…saya hanya menjaga jodoh orang…”
“Apa?” Isra makin tak faham. Rasa bahagia dia tadi pergi begitu saja. Kenapa dengan Arel ni?
Dekat Malaysia
buat masalah. Dekat tempat orang pun
buat masalah.
“Tu…” Bibir Arel muncul ke depan.
Isra
menoleh. Matanya bulat. Hujung jari yang sudah sedia sejuk, menggigil
tiba-tiba. Airmatanya mula bertakung dan
terus menitis. Semua mata tertumpu
padanya. Tapi, mata yang sepasang itu
juga yang buat dia terpaku.
“Zam… aku hantar
jodoh kau pada kau. Selama kau pergi,
aku hanya jaga jodoh ni bagi pihak kau,” ujar Arel lembut.
Kumpulan itu
hanya memandang tanpa berkelip. Tak
faham. Hanya Zam yang mendekati. Apa dah jadi sebenarnya ni? Padahal Arel kata datang nak bulanmadu. Habis tu, ini apa? Jaga jodoh dia? Isra?
“Arel, aku ingat
kau…”
“Kami tak
kahwin…” ujar Arel.
Zam terus
gelak. Gelak buat-buat. “Kau jangan nak buat drama Korea dekat sini,
Zam. Tak sesuai dengan kita.”
“Aku tak buat
drama. Ini hakiakt, Zam. Seperti mana masa kali terakhir dekat airport
hari tu, kau cakap kau jaga jodoh aku sekarang aku juga sama. Aku jaga dan aku hantar untuk kau dengan
selamat…”
“What the…” Bicara Zam mati bila matanya beradu dengan
mata bundar Isra yang dah basah.
Langsung dia tak
hirau lagi pada pandangan kumpulannya.
Yang ada di depan mata ini sudah begitu mengejutkan. Selama dia mengembara, menjadi pemandu
pelancong sebaik saja tamat pengajian… akhirnya.. di bumi ini dia kembali
bersuara dengan Isra.
“Israfil?” seru Zam.
“Erm…”
“Aku
terkejut…” Ya, dia terkejut bila Arel
dan Isra tak jadi kahwin. Tapi, kenapa?
“Sebab kami tak
jadi kahwin atau sebab aku ada depan kau?”
tanya Isra
“Dua-dua…”
Saat ini,
dirasakan hanya ada mereka berdua di sini.
Rupanya, bukan Arel yang buat drama Korea. Dia yang sedang shooting drama Korea versi
Melayu.
“Kenapa,
Isra?”
“Kau pergi… jenuh
aku cari di mana hati aku untuk aku bagi pada orang lain. Tapi, bila aku sedar, rupanya kau dah bawa
pergi,” jawab Isra.
Rahang Zam
seperti nak terpenggal. Rasanya dah
dekat setengah tahun dia mengembara ke seluruh pelusuk dunia. Dua hari lepas dia terima emel Arel. Bulan madu katanya. Dia harus akui, hati dia kecewa juga. Entah mampu atau tidak untuk dia lihat, cinta
hatinya ada dalam dakapan lelaki lain.
Tapi, seperti kata ayah… andai berjodoh, Tuhan akan temukan dia di
tempat dan waktu yang hanya Tuhan ketahui dan tempat dan waktu itu adalah
sekarang. Di sini.
“Rel, aku…”
“Don’t be,
Zam. Jangan rasa bersalah. Anggap ajelah aku datang mencelah antara kau
dan Isra untuk buat kau sedar, betapa dalamnya kasih kau pada dia. Dan, seperti kata kau dulu… aku Cuma jaga
jodoh kau. Dan, sebagai balasannya aku
dapat dua orang kawan. Kau dan
Isra…”
Tak semena, Zam
meluru pada Arel. Dipaut erat tubuh
itu. Ditahan agar airmata tak
menitis.
“So, kau nak ke
tak? Kalau kau tak nak, aku bawak balik…
aku tak hantar dah. Aku memang jadikan
milik aku selamanya…” bisik Arel.
Terus Zam tumbuk
bahu Arel. “Kau gila. Dah hantar sini, aku ambiklah. Ingat senang ke aku tunggu selama ni…” Sudahnya, tawa mereka bersatu.
Pelukan sekali
lagi bertaut dan pandangan mata antara Zam dan Isra juga bertaut erat. Airmata Isra jatuh. Kepala Zam menggeleng berharap moga
dihentikan titisan itu.
KATA Isra, dia
sendiri terkejut bila Arel putuskan untuk menjadi abang angkatnya saja. Malah Arel sendiri yang tarik cincin tunang
mereka daripada jari manis Isra tanpa mampu gadis itu lakukan apa saja. Kerana Arel boleh nampak betapa dalamnya
perasaannya pada Zam hingga tak mampu untuk Arel timbus.
“Setiap yang
terjadi ni bersebab, Isra. Setiap
kehadiran dan kepergian seseorang dalam hidup kita, juga bersebab dan atas
kehendaknya. Tuhan hadirkan segalanya
untuk buat kita sedar akan sesuatu.
Anggap ajelah kehadiran saya ni adalah salah satu sebab untuk awak sedar
akan perasaan awak pada Zam selama ni.
Cinta ni banyak bentuk, Isra.
Andai tak dapat awak sebagai isteri, saya tak akan kehilangan awak
sebagai kawan. Hati kita milik Tuhan,
Isra. Dia gerakkan hati saya untuk
sayangkan awak tapi Dia pakukan hati awak untuk terus sayangkan Zam. Awak tak salah, saya tak salah. Semua orang tak salah. Tapi, bila dilepaskan peluang kedua, itu
memang salah. Sebab, peluang tak datang
berkali-kali.” Arel tenang bersuara satu
petang itu. Dua hari sebelum majlis akad
nikah mereka.
Isra menitiskan
airmata tapi entah kenapa dia terima airmata itu sebagai airmata lega. Airmata lapang dada.
“…saya dah
bagitahu keluarga saya. Semua orang
faham dan mama papa juga tak pernah halang apa saja keputusan saya sebab dorang
tahu, saya dah fikir masak-masak kesannya.
Ini adalah demi bahagia kita semua, Isra. Saya tahu, awak boleh serahkan apa saja untuk
saya lepas jadi isteri saya. Tapi saya
ni jenis tamak, Isra. Bukan saja tubuh…
tapi hati, perhatian, perasaan, jiwa, zahir batin… saya nak awak bagi dekat
saya. Saya dapat segalanya tapi satu
saya yakin saya tak kan dapat… rasa cinta awak biarpun awak sayang saya. Usah keliru Isra. Sayang dan cinta, adalah dua perkara
berbeza. Dan, yang berbeza itu adalah
milik Zam. Saya ikhlas lepaskan awak dan
seperti Zam pernah cakap pada saya yang dia hanya jaga bakal isteri saya, saya
nak buat benda sama. Kita cari Zam. Saya nak tengok dengan mata kepala saya
sendiri yang dia terima awak dan janji akan jaga awak dengan baik…”
Panjang lebar
Arel bersuara tanpa sempat Isra menyampuk sepatah pun. Hanya mampu menyeka airmata yang jatuh ke
pipi.
“Habis tu? Kenapa dah lebih setengah tahun baru datang
cari?” soal Zam sebaik saja Isra
tamatkan cerita sebaik saja Arel lepasi balai perlepasan. Membiarkan dia di sini bersama Zam.
Sungguh. Arel kotakan janji. Untuk hantar dia pada Zam dengan selamat
lantas kembali.
“Aku perlu
istikharah lagi dan lagi, Zam. Keputusan
yang Arel bagi pada aku, tak mudah untuk aku terima saat aku benar-benar yakin
untuk terima dia…” Isra pandang Zam di
sisi.
“Jawapannya?” tanya Zam resah.
Isra
senyum. “Kau tahu jawapannya bila aku
ada dekat sini, depan kau…” Mata
dikenyit.
Zam nak ketawa
tapi dia terus tutup mulut. Wajahnya
tergambar jelas rasa lega.
“Cantik tudung
kau,” puji Zam tiba-tiba.
Isra pegang
tudungnya. “Aku rasa dah sampai masa kau
belikan aku tudung baru. Aku asyik pakai
yang kau bagi ini aje sejak dulu. Dah
lusuh dah…” cebik Isra.
Zam ketawa
sudahnya. “Lusuh tudung tak apa. Jangan lusuh rasa cinta you pada I aje,
sayang…”
Uekk… Isra
tayang muka loya. Geli betul bila Zam
bersayang segala.
“Geli ke?”
“Sangat
geli…” Raut wajah Isra jelas berkerut
sana-sini.
“Kena
biasakanlah yang geli tu. Sebab, kita
tak kan aku kau lagi lepas ni…”
“Eh, lambat
lagi…”
“Siapa cakap
lambat?” soal Zam bulat mata.
“Nak kena balik
Malaysia dulu…”
“Siapa cakap
kalau nak kahwin dekat Malaysia aje?
Dekat sini tak boleh?”
“Sini?” Isra dah bulat mata.
“Kita nikah
dekat Masjid besar Itaewon bila kita terbang ke tanah besar nanti. Aku dah minta budak lain ganti aku dekat
sini. Lagipun, nikah ikut rukun Islam tu
mudah sangat, Isra. Pengantin, wali,
akad, saksi, imam… dah. Atau kau nak
tanggung lagi setengah tahun?” soal Zam
separuh mengugut.
“Kalau kau nak,
setengah abad pun boleh…”
“What the…” Zam sebak rambutnya yang dah kembali panjang.
“…kau sanggup ke
tengok aku lari bawak hati kau lagi?
Sanggup hidup tanpa hati? Kau
tahu tak betapa masa tu lambat aje berlalu bila aku pergi dulu?”
“Well, aku tahu
macam mana nak bagi masa tu cepat berlalu…”
ujar Isra.
Zam jongket
kening. Bertanya dalam diam.
“Ada dengan kau,
masa tu memang cepat sangat berlalu,” jawab Isra.
“Plagiat ayat
aku!” cebik Zam.
Isra gelak.
“Dan kau tahu
tak macam mana untuk buat masa tu jadi lambat?”
soal Zam pula.
Giliran Isra
pula angkat kening.
“Kita kahwin
cepat. Jadi isteri aku dan aku akan ajar
kau bercinta sampai syurga…”
“Confirm sampai
syurga?”
“Confirm tu tak,
sayang. Tapi, insyaallah…” balas Zam lembut.
Tidak dapat
menolak, Isra angguk berkali-kali tanda setuju.
“By the way, Zam…
jangan potong rambut pendek macam hari kau nak pergi dulu tu…”
“Kau datang?”
Isra diam.
“Patutlah aku
tengok ada orang nangis terduduk. Aku ingat
aku berhalusinasi. Rupanya kau…”
“Kenapa kau tak
datang masa tu? Andai sekali kau datang
pada aku…”
“Syhh….” Zam hentikan suara Isra bila dirasakan ada
getaran dalam nadanya.
“…aku nak pergi
tapi masa tu aku dah janji dengan Arel, Isra.
Kalau aku pergi masa tu, aku akan jadi sangat pentingkan diri. Pada aku, jika kau jodoh… Arel akan
pulangkan. Aku terlalu percaya dengan
janji Tuhan, Isra. Kau adalah wanita
terbaik untuk aku. Perempuan terbaik
yang aku tunggu selama ini. Yang aku
biarkan pergi dan kini, telah kembali.
Kau angsa hitam yang akan kekal hitam tapi aku tak kisah kerana aku
tahu, di sebalik bulu yang hitam itu, ada kulit yang begitu putih bersih dan
aku tak perlu canang pada dunia blackswan milik aku, putih sebenarnya. Cukuplah aku tahu dan Dia tahu,…” Jari telunjuk Zam tegak.
Airmata Isra
kembali bertakung. Dia kehilangan
kata.
“Hey, blackswan…” seru Zam.
Isra angkat
pandangan.
“Tak ada lagi
istilah, aku tak boleh ada tempat kau dan kau pun sama. Kau ada dalam hati aku dan selamanya kekal di
situ, Israfil.” Zam terus menapak
meninggalkan Isra di belakang.
Baru beberapa
langkah, dia hentikan langkah. Menoleh pada
Isra dengan senyuman paling manis terukir pada wajah tampannya.
“Kau nak pergi
mana?” soal Isra.
“There’s no where
to run, I have no place to go.” Zam
berbisik sebaik saja Isra merapati.
“Then I surrender
my heart, body and soul,” balas Isra. Mata
dikenyit.
Zam ketawa.
Isra juga.
TAMAT
Ada kalanya,
yang hadir sekadar untuk menjadi jambatan penyambung dua destinasi.
X sangka at the end Isra dengan Zam jugak
ReplyDelete#teamzamisra
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerbaik RM!!!
ReplyDeleteBerdebar membaca episod demi episod....takut zam bukan dgn isra....
Akhirnya..
ReplyDeleteWalau 1 hati akn sakit, tp cinta tidak semestinya harus memiliki...
👍🏻
Yeayyy,kan dh ckp #teamzam
ReplyDeleteHappy ending, Bila cinta perpaksikan Tuhan.. RM always the best.
ReplyDeleteHuhu..sedih bkn ngn arel..
ReplyDeleteHaihhhh arel ��
ReplyDeletePengorbanan arel...kebahagian isra dan zam...tq rehan
ReplyDeleteSE please kak rehan. rase tak puas lagi ni walaupon dah tahu ending dia. hehehe peleaseeee
ReplyDeleteplease SE pulak kak rehan..
ReplyDeleteTq RM....last bahagia til jannnah...best sangat....
ReplyDeleteArel, takpe.. ai kan ada.
ReplyDeleteahaks!
wah.....sgt lega.....akhirnya Isra dengan zam
ReplyDelete#teamarel sini.. Nangisssss
ReplyDeleteYeay isra dengan zam. Besttttttttt. #teamzam
ReplyDeleteTq sis create cite yg ohsem.mcm2 perasaan yg rase,plg terasa bab yg akhir.sampai menangis dibuatnya..hihi...ape2 pn,kipidap sis...selalu support sis..
ReplyDeleteTq sis create cite yg ohsem.mcm2 perasaan yg rase,plg terasa bab yg akhir.sampai menangis dibuatnya..hihi...ape2 pn,kipidap sis...selalu support sis..
ReplyDeleteTqvm for the awesome story, RM! 👍👍👍 wp mula2 dulu #teamarel, tp jelas sgt zam lbh baik utk isra..lbh sekufu. bahagia isra blm tentu bila keluarga arel Xikhlas merestui. Tqvm again RM! Klu ada SE pon best ni..wink wink 😁😀
ReplyDeleteTerima kasih untuk ending yang terindah. Sayang RM.
ReplyDeleteTerima kasih untuk ending yang terindah. Sayang RM.
ReplyDeleteAkhirnyaa,bahagia jugak
ReplyDeleteAkhirnyaa,bahagia jugak
ReplyDeleteRM,please SE utk kisah Isra & Zam ni..
ReplyDeleteyes!!!... suka sangat bila Isra dgn Zam...
ReplyDelete..bahagia itu milik mereka berdua... tq Rehan
smoga jadi novel jugak.. nnt wat crite arel plop... ehehe
ReplyDeleteKesian nye arel..huuuu
ReplyDelete