Aku rancang nak tulis dalam beberapa bahagian cerita ni. Anggap ajelah baca cerpen yang berdasarkan kisah benar.
Misi sebenar sedang bermula. Kami akan ke Golmarg. Sebuah pergunungan yang diliputi salji. Kan dah beritahu, misi kami adalah menjejaki salju di danau rindu. Tapi, rindu itu mencair. Aku tak berjaya sampai di danau dan rindu sekadar dihembus sepi.
Sebelum itu, aku cerita kejadian awal pagi itu.
Jam 8.30 aku turun ke lobby hotel. Seperti biasa, memang tak puas aku pandang ruang lobby ni sebab cantik. Nampak exotic. Selain suka menulis dan membaca, aku suka seni. Konon.
Sarapan dia, masih tak boleh nak makan sangat sebab capati/tosei ni bukan selera aku sejak sekian lama. Maka, aku capai 2 biji telur rebus. Cukup dah tu. Travel pun, makan kena jaga. Gittew.
Perjalanan bermula lewat sikit. Dalam 10 minit aje lewatnya. Jauh juga Gulmarg ni. Aku lupa berapa kilometer yang Farhan cakap. Rasanya berkali-kali aku tanya. Tapi, itulah aku lupa. Paling kelakar, aku tanya nama tour guide tempatan tu berkali-kali juga dan aku tetap lupa sampaikan dia suruh aku tulis nama dia siap-siap. Senang nanti tak perlu tanya. Dan ya... aku tulislah. Ikut arahan. (facepalm)
Aku ingat-ingat lupa dalam 2 jam kot perjalanan yang sangat tak terasa kerana mata aku liar melihat keindahan alam. Gunung-ganang yang memutih itu terasa sangat dekat. Sepertinya, aku dapat capai dengan tangan. Namun, percayalah. Yang indah ini tak ubah seperti fatamorga. Di mana, kita rasa sangat dekat dan dapat dicapai dek tangan, kenyataannya ia sangat jauh untuk dipegang.
Pemandangan memanjat gunung itu adalah sesuatu yang tak akan aku lupa. Dan, ini buatkan aku jatuh cinta berkali-kali pada sesuatu yang sama.
Kan dah cerita, Kashmir ni tempat mencabar. Kembali ke episod kena sidai. Kali ini lagi teruk. Tapi, memikirkan semula, betapa hati kami semua sangat reda dan tenang. Semua saling memahami.
Aku ringkaskan. Kami tiba di stesen gondola untuk naik ke puncak Golmarg. Semangat membara, harapan menyala. Untuk kami terima berita yang gondola itu berlaku kerosakan yang akhirnya terpaksa dihentikan pada hari itu. Bayangkan setelah kami berdiri di kena sidai berjam-jam. Saat ini, barulah aku rasa betapa letihnya aku berdiri. Lelah lagi aku menanti. Andai dikata penantian itu satu penyeksaan, kala itu aku perlu akui. Padahal, aku sangat pandai menanti.
Aku tanya diri, aku kecewa ke? Tak. Cuma letih. Anak-anak sekadar berguling dalam salji di kawasan itu yang juga masih tebal. Jujurnya, aku kena akui yang aku tak berapa gemar sebab tempat peranginan pun dijaga oleh askar yang berwajah bengis dan berhati singa.
Kami mengalah untuk tidak lagi menanti. Bukan salah sesiapa jika mesin itu rosak. Lebih baik tidak ke atas daripada sangkut di atas. Malah, bukan kami aje. Semua orang. Yang nak berski semua tak oleh naik. Farhan nampak tenang hadapi semua kerana kami tak marah dia pun. Masa ini juga dia sangat membantu bila ada anak-anak peserta yang tak sihat, kesejukan, keletihan berdiri dan macam-macam. Jujurnya, kami saling membantu. Malah, ada rakyat Malaysia lain yang aku ingat bukan rakyat Malaysia juga membantu.
We Malaysian are always Malaysian. No matter what are our genders, religions or races. We will help each others.
Setelah rehat seketika, bagi anak-anak tenang dan kami sendiri hilangkan kaki lenguh (dimamah kecewa), kami putuskan untuk pergi makan. Hilltop Restoran di situ. Ada port OOTD minum kopi berlatarkan salju. Disebabkan aku letih dan lapar, aku tak berminat lagi untuk itu.
Satu lagi yang aku kesalkan selain gelang zamrud tu adalah, aku dah siap makan pinggan dah kosong, baru aku teringat untuk ambil gambar. Jadi, dalam kisah aku ini, tak akan ada gambar makan.
Siap makan, kami semua dah energatic balik. Keputusan yang kami capai secara bersepakat adalah kami akan naik ATV mengelilingi kawasan pergunungan. Kawasannya cantik. Semua orang dalam kumpulan aku tu, berani bawa ATV tu. Dan, hanya aku seorang aje tak berani langsung nak bawa. Pemandu tu suruh aku bawa pun, aku lebih rela jalan kaki turun daripada gunung tu daripada bawa ATV. I am always firm with my decision. Tapi, malu juga sebab anak-anak semua berani. Hurm.
Setelah puas bergolek dalam salji dan bergambar, kami pun turun dan ya, aku masih tak bawa ATV tu walau dipujuk dan digula-gulakan orang Kashmir tu cakap aku cute ke apa. Aku hampir-hampir nak suruh dia berhenti nak jalan turun. Dia ketawa.
Akhirnya, kami sampai ke bawah dengan selamat. Pendekkan kisah untuk hari kedua ini, masuk mini-bus kami, bertolak turun dan singgah di Tangmarg. Pulangkan boot sewa dan segala yang disewa. Dioranglah sewa kasut. Aku tak sewa sebab boot kuning aku tu dah kembali berjasa.
Masuk mini-bus, dan bertolaklah kami menuju ke Sinagar. Dalam perjalanan tu, kita singgah di Snow World. Masa tu aku mati-mati ingatkan macam Ice City ke apa. Aku tak tanyalah Farhan. Sekali, ia adalah kedai karpet, beg dan kain. Sutera crepe hasil bumi Kashmir. Haha, nasib baik aku simpan aku rasa nak tahu aku ni. Buat malu aje. Pelik macam mana aku boleh fikir, itu macam Ice City tempat main padahal seluruh tempat tu dah cukup bersalji. Yang bukan-bukan aje aku ni.
Di situlah, kita semua solat. Sebab, di Kashmir ini, mazhab mereka tidak membenarkan wanita bersolat di mana-mana masjid atau surau. Tak boleh masuk pun sebenarnya. Aku sangat teringin nak masuk sebab seni bina luarnya cantik-cantik belaka. Bayangkan dalamnya macam mana.
Maka, benarlah bagai dikata, masuk kandang kambing mengembek lah kita.
Kedai kain tu sediakan tempat solat yang selesa. Semua selesai solat dan membeli-belah baju raya tahun hadapan katanya. Aku pula dalam bersusun kain dan pashmina, handbag dan lain-lain kraf yang cantik, hanya 1 yang aku berkenan. Iaitu sikat. Diperbuat daripada kayu walnut. Itu aje aku beli. Lame, kan? Tak apa sebab aku minat sikat jenis kayu.
Perjalanan diteruskan lagi. Maka kami sampai di hotel dan makan malam di hotel. Kan dah cakap kat atas tu, aku tak sempat nak fikir ambik gambar makanan. Aku terlalu lapar untuk semua itu. Satu yang aku boleh janjikan, ia sangat sedap. Presentation juga cantik. Ada bentuk love lagi seingat aku.
Seusai makan dan biarpun malam masih muda di sana, pada aku... mata Malaysia aku mula layu. Aku tahu kami semua sangat penat pada hari itu. Penat menunggu. Penantian memang bukan untuk aku rasanya. Penat hinggakan bila aku tanya Farhan tanya aku 500+500 pun aku tak boleh bagi jawapan. Dia juga sama. 5+5 juga perlu kira pakai kalkulator.
...bersambung
Rasa macam ke sana sama. Terubat juga lah rindu nak baca penulisan kak Rehan.
ReplyDeleteBest . Dapat rasa seronoknya walaupun membaca catatan ni..
ReplyDelete