Friday, March 23, 2012

Ku Ingin Milikimu [18]

BAB 18

HARI ini, aku hanya duduk di rumah. Setelah penat menghadap komputer, aku membawa Aryana bermain di laman rumah. Waktu petang begini, selesa saja bila berada bersama anak dara tercinta.

Sehingga hari ini, Mukhlis tidak lagi menghubungiku. Apa yang aku harapkan daripada dia, kerana aku sendiri yang berlalu dari dia tanpa meninggalkan jejak lagi.

Sedang aku enak duduk membersihkan depan rumah sambil melihat Aryana yang bermain sendiri, aku dikejutkan dengan kehadiran posmen. Dia tersenyum dan mengucapkan salam.

“Puan Anahara binti Rahman ke?” tanya dia mesra.

Aku mengangguk. Penyapu di tangan aku sandar pada dinding dan terus saja aku mendekat pada dia.

“Ya, saya Anahara binti Rahman,” jawabku.

Dia menghulurkan sepucuk surat padaku. “Ini ada surat berdaftar untuk puan. Minta puan sign kat sini, ya?”

Ibu jarinya diluruskan sopan ke arah kertas yang dia hulurkan. Setelah selesaikan menurunkan tandatangan, surat berdaftar itu bertukar tangan.

“Terima kasih,” ucapku dan posmen itu terus berlalu laju dengan motorsikalnya meninggalkan kawasan perumahanku di Taman Batu 3.

Surat itu aku koyak rakus bila melihatkan cap sebuah bank tertera pada sampul surat itu. Bila aku menatap ayat-ayat di dada kertas putih itu, hampir saja aku terduduk. Pantas aku paut pagar itu. Andai tidak, haruslah aku terjelupuk di situ juga.

“Siapa buat semua ni?” tanyaku pada diri sendiri.

“Apa semua ni? Kenapa dia buat semua ni?” Aku benar-benar keliru.

Sungguh aku tidak mampu mencerna segalanya dengan baik kala ini. Segalanya kabur dan makin kabur.

Bila aku melipat surat itu, tiba-tiba sebuah kereta berhenti tepat di depan pagar rumahku. Dengan penuh sabar, aku menanti empunya diri keluar biarpun aku sudah terlalu cam benar akan kereta itu.

Bila dia keluar, wajah itu tersenyum tipis dengan menapak penuh gaya ke arahku.

“Assalamualaikum.” Dia menghulurkan salam.

“Waa.. waalaikummussalam…,” jawabku tersangkut-sangkut.

“Kenapa awak ada kat sini?” soalku pelik.

“Datang melawat. Rindu…,” jawab dia.

“Kenapa awak buat semua ni?” tanyaku lagi bila aku yakin yang dialah dalang di sebalik semua ini.

“Sebab saya nak awak. Saya tak mudah putus asa. Kan saya dah cakap, saya akan luahkan cinta pada awak dengan cara saya sendiri,” jawab dia ternyata jujur bila mata itu tenang merenungku.

“Surat ni…”

Aku menghela nafas. Tak mampu hendak mengungkap isi surat itu andai dia sendiri yang mengambil tindakan begini. Namun, aku kembali lelah dan lemas.

“Kenapa awak buat saya macam ni, Encik Zafran?” tanyaku tidak puas hati.

“Saya buat apa? Saya buat sebab saya cintakan Ana. Salah ke?”

“Salah tu tak, Encik Zafran. Tapi saya tak suka antara kita ni jadi terlalu rapat. Saya ni ibu tunggal atau nak sedap lagi orang panggil saya ni janda. Senang je nak jadi buah mulut orang nanti, Encik Zafran. Saya tak suka Encik Zafran datang rumah saya dan buat semua ni untuk saya,” luahku memaknakan rasa tak selesa itu.

Surat di dalam genggaman itu aku genggam sampai renyuk bagaikan merasai hati sendiri yang sedang renyuk.

Dia menggeleng. “Jangan salah faham saya, Ana. Saya buat semua ni untuk awak. Saya tak paksa tapi saya tak juga mengalah, Anahara. Bagi saya peluang. Saya kembalikan status isteri tu dalam diri awak,” pujuk dia sambil tangan itu memegang pagar.

Dalam hatiku bersyukur bila waktu begini, kawasan perumahan ini kosong kerana masih ramai yang belum pulang dari pejabat. Andai tidak, sudah pastilah aku menjadi buah mulut orang bila tiba-tiba ada lelaki yang di depan pagar rumahku.

“Jangan bersimpati pada status saya sebagai ibu tunggal, Encik Zafran. I am strong enough and will be remain strong ever!” tekanku.

Zafran diam seketika. “Saya cuba yang terbaik untuk cinta saya, Anahara. Saya cuba yang terbaik untuk raih cinta awak biarpun berkali awak menolak. Berkali juga saya akan memujuk sebab saya lelaki yang tak kenal erti putus asa. Selama ni, Sarina banyak membantu tapi sayang bila tetap tak berhasil. Jadi, tak salah kan kalau saya usaha sendiri pulak untuk wujudkan kisah kita. Kisah hati kita!”

Aku pejamkan mataku seketika. Kisah hati? Kisah yang pernah Mukhlis wujudkan dalam hatiku namun sayang bila ianya sekadar kisah semata-mata. Kisah yang telah tinggal sejarah yang tak mungkin aku lupa buat selamanya.

“Kisah hati tu tak akan ada lagi, Encik Zafran. Kisah hati saya sudah terlakar dalam setiap karya saya. Disitulah saya lebih rela semadikan kisah hati saya daripada menjaga kisah hati antara dua jiwa yang tak mungkin bersama,” tukasku sinis.

“Jangan kerana awak pernah terluka, awak nak lukakan hati orang lain sama, Anahara,” ujarnya lemah.

Mendayu sebenarnya suara itu. Dia menggeleng berkali-kali. Bagaikan kesal dengan ketegasanku tapi aku sendiri tidak pernah mengharapkan kehadiran mana-mana lelaki setelah Mukhlis.

“Saya tak pernah nak lukakan hati sesiapa, sebab tu saya minta Encik Zafran jauhkan diri dari saya. Jangan terjerumus terlalu dalam dalam sesebuah cinta, Encik Zafran. Nanti terlalu sukar untuk encik daki tebing cinta tu kalau sekali encik terjatuh,” pesanku berkias.

“Dan saya rela terjunam berkali-kali demi cinta awak, Anahara!” tegasnya tidak mahu beralah.

Kami diam. Aku langsung tidak memandang dia sebaliknya, aku layangkan mataku ke arah Aryana yang sedang terkedek-kedek mendekati.

“Tak kesian ke awak pada Aryana tu, Anahara?”

Pertanyaan Zafran yang tiba-tiba membuatkan aku tersentak. Lantas aku kalih pada dia.

“Dia perlukan kasih seorang ayah. Mungkin saya tak mampu nak jadi papa kandung tapi saya akan beri kasih sayang pada awak dan Aryana lebih hebat dari Mukhlis, Anahara.”

Aku lihat, tangan itu semakin kemas mencengkam pagar rumahku. Rahang itu turun naik menahan rasa. Namun aku, hanya memandang dia sekadarnya saja. Langsung tiada debar di hati ini.

“Baliklah, Encik Zafran,” suruhku setelah lama mendiamkan diri.

“Jangan buat hidup tenang saya huru-hara macam ni. Saya hormati perasaan encik tu, tapi untuk terima encik dalam hati saya ni, tak semudah tu. Baliklah. Apa yang dah Encik Zafran lakukan pada saya selama ni, saya akan balas balik. Apa-apa pun, terima kasih atas perhatian encik pada kami anak-beranak biarpun saya sangat mampu menjaga anak saya dengan kudrat sendiri,” ucapku.

Wajah Zafran berkerut. “Saya buat?”

Kepalaku, aku jatuhkan mengiyakan soalannya. Memang wajah itu nampak agak kosong. Kening itu hampir bertaut di tengah-tengahnya. Sekadar buat-buat tidak faham dengan apa yang aku katakan ini, membuatkan aku rasa jelek dengan lelaki begini.

Usah mencipta lakonan andai kau bukan seorang pelakon yang hebat. Hendak menyorok hakikat yang jelas terbentang di depan mata.

“Jangan buat-buat tak tahu lagi, encik. Memang encik prihatin tapi prihatin encik tu tak bertempat sebenarnya. Carilah seseorang yang memang tercipta untuk encik dan yang pastinya, bukan Anahara.”

Itulah kata-kata terakhirku pada dia sebelum aku menapak ke dalam rumah bersama anak kecilku itu. Meninggalkan dia yang terkedu sendiri dengan wajah yang berkerut seribu.

***

SARINA tunduk pasrah bila menerima soalanku. Aku tahu dia diserang rasa bersalah kerana pecah amanah selama ini tapi aku sungguh tidak percaya, dia sanggup menjaja kisah yang pernah ada di hati ini kepada Zafran.

“Maafkan aku, Ana,” ucap dia entah kali ke berapa.

Bahunya aku sapa lembut. Mengusapnya, memujuk dia berharap agar rasa bersalah dalam dirinya itu menjauh pergi.

“Tak apalah, Ina. Aku maafkan kau. Aku cuma tanya je, apa lagi yang Zafran tahu pasal aku. Aku ingatkan selama ni dia tak stalk aku tapi sudahnya dia pun nak jadi Mukhlis nombor dua!” keluhku.

Sarina angkat wajah. Dia menangis rupanya membuatkan aku tersenyum pada dia. Pertama kali melihat dia menangis kerana khilafnya padaku.

“Tapi, Zafran tanya aku. Memang kenal kau dari dulu. Mukhlis tu main siasat kau sendiri.” Sarina loyar buruk.
Aku cubit bahuku sikit membuatkan wajah itu menyeringai menahan pedih.

“Tapi, rasanya sebab tu kot aku terpikat pada dia,” selaku sengaja mengusik Sarina.

Sarina menjeling. “Ingat lagi dekat duda dia tu,” cebik Sarina tapi aku ketawa saja sekadar menghalau resah di hati.

Hal perbelanjaan Aryana dan rumah sewa yang telah diselesaikan masih belum sampai ke telinga Sarina. Apatah lagi tentang surat daripada bank beberapa hari sudah. Sungguh membuatkan aku terkaku sendiri. Keretaku yang masih berbaki ansurannya empat tahun lagi juga sudah diselesaikan semua pinjamannya. Hanya menanti pihak bank menukar sepenuhnya nama itu ke atas namaku.

Zafran terlalu berbudi padaku membuatkan aku semakin hendak menjauh daripada dia. Namun di hati ini, niat hendak membayar semula segalanya akan aku segerakan setelah mendapat royalti nanti. Tak mungkin dia dapat mengingatku dengan pengorbanan yang sia-sia itu.

“Mengelamun?” sergah Sarina.

Aku berpaling pada dia dan menguntum senyum lantas mengangguk.

“Ingat siapa?” soal Sarina.

“Zafran,” jawabku spontan.

Sarina tekup mulut. “Ana, jangan cakap kau…”

“Haih kau ni. Tak ada apalah. Jangan fikir bukan-bukan. Bagi aku selesaikan hal aku dulu, nanti kita cerita, ya. Kau tu jangan bersalah sangat. Aku maafkan kamu,” ucapku lalu aku bangkit berlalu ke arah pintu keluar, hendak keluar dari lobby bangunan pejabat lamaku ini.

Sarina menggeleng dengan wajah dan geram tapi aku, hanya mampu mengukir senyum dan terus tersenyum melambai ke arah dia.

Baru saja kau melepasi Starbuck, bahuku ditepuk orang. Bila aku berpaling wajah itu membuatkan aku terkedu sendiri.

“Kakak!!” seru dia kuat lantas menarik aku ke dalam pelukannya di tengah-tengah orang ramai.

Cawan kopi di tangannya terlepas ke lantai membuatkan isinya berhamburan ke lantai.

“Mana kakak pergi? Nayli rindu kakak!” ngongoinya di telingaku.

Aku yang masih terkejut cuba menyapa belakangnya dan mengusap lembut rambut panjang berkilat itu.

“Rindu Aryana,” bisik dia kemudiannya.

Rindu Aryana? Terdetik juga di hati apakah yang tersirat di balik apa yang telah terbit dari bibir mungil Nayli ini. Namun, hendakku persoalkan, tidaklah perlu kerana Mukhlis pastilah membawa khabar kami pada mereka sekeluarga.

Aku tolak bahu Nayli lembut. “Nayli sihat?” tanyaku dalam pada mendamaikan hati yang resah.

Langsung aku tidak menyangka akan bertemu dia di sini dan secara kebetulan pula biarpun aku sering cuba mengelak dari mereka sekeluarga.
Gadis itu mengangguk bersama airmata yang berlinangan. Tangannya tidak lepas memeluk pinggangku bagaikan Mukhlis pula satu waktu dulu. Sentiasa melingkari pinggangku, menyatakan rindu.

Pengunjung yang lalu lalang, langsung tidak mengusik pertemuan kami setelah sekian lama. Namun akhirnya, jariku yang menyeka airmata Nayli terkaku kala ada suara lagi yang menyapa peluput telingaku.

“You!!” tekannya dengan mata yang bulat dan aku sekali lagi terkedu.

22 comments:

  1. x best lah zafran yg bayar, ingat mukhlis,tapi sure duit jagaan Aryana tu Mukhlis bayar sebab tu Aryana asik nak papa dia jer kan, betul tak RM?KH

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..KH dh lama folo RM kan..mesti KH leh tau mcm mn RM buat cite...nantikan je..hehe..tenkiu..

      Delete
  2. sy rasa pun mmg mukhlis yg byrkan semua can't be laa si zafran 2! tapi siapa lg yg anahara jumpa selain nayli 2 yee

    ReplyDelete
  3. sedih la cter ni...kdg2 rasa cm zafran 2 menakutkn je..
    ann mesti jumpa muklis sekali kn..tah2 ngn mak bapa metua dia sekali x....-miss A-

    ReplyDelete
  4. bukan zafran yang bayar..Mukhlis..betul tak RM?..selalu salah faham sebabkan perpisahan kan...dengan sabar menunggu sambungan seterusnya...

    ReplyDelete
  5. rasa pun bukan zafran yg bayar...mesti mukhlis yg bayar...mungkin ada sedikit salah faham kat situ hehehe..nak mukhlis gak tak mau zafran...

    ReplyDelete
  6. hehe..tenkiu sudi singgah..sudi baca..xd ape la..just nntkan ek..hrp dia ddrop komen..

    ReplyDelete
  7. Miss Teletubis : Dah jumpa masa & tempat gtau k...I nak joint skali....

    ReplyDelete
  8. Agak2nya mesti x madu ann kot...rm.....no3

    ReplyDelete
  9. jeng jeng jeng, sapa lak tu...??? suspen... tq rehan

    ReplyDelete
  10. ni mesti Mukhlis yg byr semua..sebab bila Ann ckp pasal tu, Zafran nyer kening berkerut..

    Nayli pun sure dah pernah jumpa Aryana sebelum ni kann..?

    Dan yg tegur Ann to Jes.. betul tak RM?.. :)

    Yati

    ReplyDelete
  11. danish oh a.k.a fikaMarch 23, 2012 at 1:49 PM

    i hope mukhlis yg jdi hero coz klu zafran yg jadi x sedap a x banyak konflik.lgi pon zafra baik sangat.....hihihi

    ReplyDelete
  12. Semua tu Mukhlis yg bayar... cuma Ana yg salah faham kan... kan.. kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. org pun rasa yg mukhlis yg bayar....
      nak mukhlis..nak mukhlis~!!!!! (^_^)

      Delete
  13. mcm bks bini mukhlis je yg dtg tibe2 tu...huhhhh

    ReplyDelete
  14. siapa gerangan org yg menegur si Ana ye... entah-tah
    madu dia tak si Jes...? Sekarang ni semuanya nak rebut
    si Ana... bila dh terluka susah nak sembuh segala
    keperitan dan kelukaan yg dialami.... wmacamana pun
    hanya RM saja yg tau... komen mengikut perasaan masing-
    masing saje yg menentukannya adalah RM sendirikan...
    Cepat sambung lagi ye RM makin hangat je cite ni...
    tapi cite cite RM ni semuanya memang bestlh buat kami
    pembaca semuanya dh tak sabar nk baca setiap kali ada cite baru. Senang cerita kalau lambat sgt nk keversi
    cetak nak jual online pun tak apa sanggup je nk beli
    janji ending mesti happy punya ye...

    ReplyDelete
  15. Mesti yg last tegur tu Jes kan ? haish . Ada lagi pompuan tu . P kawen dengan Zafran la . Jangan kacau Anahara ngan Mukhlis . Hihi . Anyway , sangat best !

    ReplyDelete
  16. sy baca kim 18... ok lh..mula mendatar tp baik sbb cik rm memberi 2 konflik pd pembaca untuk berfikir n tertanya2.. baik sbb ini akan membuat pembaca anda akan menunggu episode seterusnya dgn tak sabar.... thq Q. P.s... naluri sy berkata mukhlis yg byr n jeslina yg di jumpa..

    ReplyDelete
  17. rasanye mmg mukhlis yg bayar semua utang piutang n duit jaggan aryana....
    lgi pn dia lbh dr mampu....
    yg kata 'you' tue mesti jes kot....
    sape lagi yg b'I' n 'U' niekn....

    ReplyDelete
  18. aihhh,xkan jes dtg sapa tiba2 kot.semak samun betulla.mukhlis yg byr ni sbb zafran mcm blur2 jer.

    ReplyDelete