BAB 11
WAJAH ini aku
raup berkali-kali. Habis sebotol air
mineral aku simbah ke wajah bagi menyembunyikan airmata yang mengalir lesu ke
pipi. Malu tak terhingga bila airmata
aku menitis di depan Nine. Menjadikan
wajah lelaki itu kaku dan kejung. Tak
terkata apa. Terkejut barangkali.
Aku sendiri…
terkejut juga. Tak sangka. Tak aku duga aku menangis kerana
kata-katanya. Begitu payah aku bertahan
selama ini, hari ini tertewas untuk beberapa ketika dan itupun pada lelaki yang
baru aku kenali. Lelaki yang sepatutnya
aku dekati hanya kerana urusan rasmi.
Panas yang
membahang seketika tadi mula reda. Awan
petang mula berarak menyorok matahari.
Aku pandang ke dada langit.
Berbalam-balam pandangan aku.
Terhalang dengan airmata yang masih bertakung pada birai mata.
Ya Tuhan… apa
kena dengan aku? Sungguh, aku tak
mengerti.
Kala ini, Nine
entah ke mana dan aku juga di mana bila aku berpaling dan berlari laju, menjauh
daripada dia tadi. Biarpun Nine
memanggil, aku mempecatkan langkah kerana aku yakin, dia tak mampu mengejar
kerana lukanya.
Akhirnya, aku
terduduk sendiri di atas palang besi yang sedikit terselindung. Bersendiri dan perlu membaiki rasa aneh di
dalam hati aku. Tak akan kubenarkan hati
ini hidup dengan cinta. Cukuplah rasa
cinta ini pada ibu pertiwi. Bukan pada
mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi dia.
Lutut aku heret
ke rapat ke dada. Menyembamkan wajah aku
ke atas lutut dan melepaskan keluhan yang kian meresahkan. Usah diduga hati saya, Nine… awak tak mampu
bertanggungjawab nanti. Hatiku berdesis
sendiri.
“Are you okay?”
Aku kerutkan
kening bila ada suara menegur mesra.
Bukan suara Nine. Pantas aku
angkat kepala dan susuk tubuh tegap seorang lelaki yang lengkap bertopi ada di
depanku. Tersenyum mesra.
“Awak nampa k tak okey? Sakit ke?
Perlu pertolongan?” tanya dia
lagi.
Aku bangkit dan
menepuk sedikit belakang seluar sambil menggeleng laju.
“Saya okey. Thanks…
but no thanks…,” tolakku sopan sambil tangan menggawang-gawang ke udara.
Lelaki ini
menapak setapak. Tangan kan annya ringan naik
mencari pipiku tapi pantas aku menapak ke belakang.
“Behave…”
“Nope… saya tak ada niat nak sentuh awak
pun tapi nampa k
macam awak menangis,” cantas dia.
Cepat-cepat aku
berpaling dan meraup wajah sekali lagi sebelum kembali memandang dia.
“Tak
adalah. Err… saya pergi dulu.” Saat ini barulah teringatkan keselamatan
Nine. Cuai sungguh aku kerana mengikut
rasa hati.
“Err…
tunggu. Saya baru kat sini. Nak tanya tempat, boleh?” Suara lelaki itu menahan langkahku.
“Err… maaf. Saya pun kurang familiar dengan
Putrajaya. Saya pergi dulu,” ujarku meminta izin sekali lagi.
Lelaki itu tersenyum menyenget belumpun sempat aku
menapak.
“Saya rasa awak
kena jaga diri baik-baik. Perempuan tak
elok sorang-sorang. Elok berteman,”
pesan dia dan terus berpaling.
Hati aku terasa
tidak enak. Aku berpaling ke belakang di
mana tempat aku meninggalkan Nine tadi.
Susuk tubuh Nine tiada membuatkan hati aku libang-libu. Kemudian aku memandang pula ke depan. Melihat lelaki itu melangkah ke arah
motorsikal berkuasa tinggi dari jenis Kawasaki
itu.
Pandangan aku
melingas ke kiri kan an. Bila motorsikal itu menderum laju, ingatan
aku kembali pada hari kejadian. Pantas,
aku menghayun kaki. Berlari laju mencari
Nine bila aku semakin rasa gelisah.
“Nine!” jeritku bila kurasakan seluruh kawasan tasik
ini lengang.
Kaki aku berlari
lagi ke kawasan kiri. “Nine!!” Semakin kuat suaraku tapi tiada sahutan.
“Dzulkarnain!!!” Aku menjerit namanya sekuat hati dengan mata
yang mula berair sambil mencengkam rambut sendiri sekuat hati.
Andai apa
terjadi pada dia kali ini, di bawah jagaan aku… pastilah tak mampu aku maafkan
diri.
“Ya Allah… mana
dia ni?”
Aku menukar
haluan ke sebelah kan an
pula. Jauh aku berlari hingga hampir
tiba di depan masjid.
“Nine!!!”
Tiada jawapan
dan kaki aku, terasa longlai tapi tak sempat jatuh terjelepuk bila ada tangan
yang menyambar lenganku.
Bahuku dicengkam
kemas. Hampir saja pelukan bertaut bila
dia cuba
menarik aku ke dalam pelukannya tapi terlepas namun nafasnya mengah. Tercungap-cungap.
“Mana you
lari?” soal Nine kerisauan.
“You pergi
mana? I cari you,” tekan aku pula.
Nine merengus
kasar. “You yang lari tinggalkan I,
Naina and don’t do this again.
Bahaya!”
Matanya melilau
sekeliling. “Jom kita lepak dalam
kereta. Nampak lengang dah. Mungkin petang sikit baru ada oran g balik,” ajak dia
dan terus saja dia lepaskan cengkaman pada bahu aku.
Nine menapak ke
arah kereta dengan wajah yang bengis dan aku… menitis airmata sekali lagi. Yang pasti, untuk Nine tapi tidak aku tahu
mengapa.
WAKTU semakin
melewati hari. Pengunjung juga semakin
ramai. Beriadah, bersiar-siar dan ada
yang sekadar mengambil angin. Aku
pandang sisi wajah Nine yang sedang memejamkan matanya.
Hampir sejam
berada di dalam kereta tapi dia hanya terlena dengan helaan nafas yang
tenang. Tidak berkata apa.
“You tak nak
balik ke?” tanyaku sambil menahan mata
yang semakin memberat.
Nine
menggeleng. Huh, dah tak tidur. Entah berapa lama dia jaga, aku tidak
pasti. Yang pasti sekarang, dia perlukan
rehat yang sempurna dan aku juga perlu melelapkan mata untuk seketika.
“You
letih?” tanya Nine kembali.
Cepat-cepat aku
menggeleng. “I takut you letih. Luka you tak elok lagi. Ada
baiknya you balik rehat. Esok you nak fly jauh…”
“You memang nak
I balik, kan ?” soal dia lagi.
Aku guriskan
senyuman pada dia bila mata itu masih terpejam tapi sayang, bila Nine tiba-tiba
membuka matanya. Merenung tepat ke
wajahku dan mengedipkan matany sekali.
“You kan toi…” Dia sengih.
Hilang wajah tegangnya angkara peristiwa tadi.
“Kan toi apa pulak?” Senyuman tadi mati langsung.
“You senyum
dekat I, kan ? Kenapa senyum masa I pejam mata? Haa… elok you senyum sekarang masa I pandang
you ni. I nak simpan sebanyak mungkin
memori dengan you kat sini sebelum balik esok.
Cepat senyum,” gesa dia persis anak kecil.
Tanpa
mempedulikan kata-kata dan permintaan Nine, enjin kereta aku hidupkan. Cermin aku naikkan dan tangan sudah sedia
menggenggam stereng dan juga gear.
“I hantar you
balik hotel.”
Nine mengeluh
berat. “You memang sengaja nak seksa
hati I,” rungut dia lantas dia jatuhkan belakang tempat duduk dan terus
berbaring sambil meletakkan tangan di atas dahi.
“You tak nak
balik?”
“I nak overnight…”
“Kat sini?”
“Mana-mana
je. Asalkan dengan you!” tekan Nine sedikit gera m.
Kepala aku
mencerna pelbagai kemungkinan. Bila
difikirkan, ada benar kata Amar dan pengakuan Nine yang dia sedang mengambil
kesempatan terhadap aku. Mengambil
kesempatan di atas tugas yang telah diamanahkan untuk aku.
“I rasa kita
kena balik. I ada report nak kena tulis, you kena kembalikan kudrat you. I tak boleh ada dengan you sepanjang masa…”
“Eh… kata you, you
jaga keselamatan I?” sinis dia. Pedas.
Berdesing telinga.
Aku ketap
bibir. Menahan sabar sedikit apatah lagi
tubuh semakin keletihan. Perut juga
kosong tak berisi. Tidur juga tak cukup. Jika malam ini juga aku tidak lelapkan mata,
aku yakin aku adalah golongan makhluk asing.
“Yeah…I tahu. I akan tukar shift dengan Amar. Dia ada call siang tadi kata nak jaga you
sebelah malam. Besides, you need rest… me too.”
“Letih?” tanya Nine sepatah dengan air wajah yang
kembali jernih dan mesra.
“Agak…”
“Sangat
letih. You sangat letih melayan I. Malam tadi tak tidur, hari ni lagi I heret
you sana - sini. Check-in?” soal Nine dengan kening lebatnya yang
terjongket tinggi.
“What?”
Berkerut dahi aku menerima perkataan check-in
itu dalam kepala.
“Pullman ada
dekat sini, kan ? Nak drive balik KL, I tak fikir you
larat. You mesti tak larat. Kita check-in
Pullman
je. Everything’s
on me,” ujar Nine sambil menepuk dadanya perlahan.
Semakin bergetar
jantungku. Bagai hendak putus bila Nine
langsung tidak berasa bersalah bila mengajak aku ke hotel. Mudah sungguh perilaku oran g kaya ini. Semudah satu dua dan tiga mengajak perempuan
masuk ke hotel.
“Are you kidding me?” Aku bertanya dengan wajah jengkel.
“I’m not and of course… I’ very serious in
every single word. Kita check-in sini je. I tak izinkan you balik. Bahaya,” putus Nine membuatkan darah merah
aku menggelegak tiba-tiba.
“I hantar you ke
Pullman , then I
balik. Esok pagi-pagi I jemput,” putus
aku juga berkeras.
Gear aku tukar
pada kedudukan D. Minyak aku tekan
menuju ke destinasi. Nine hanya
tersengih sendiri. Nampak menahan tawa
yang hendak meledak. Entah apa lucunya. Kerusi ditegakkan. Tali pinggang dipasang tapi buat seketika,
dia berpaling ke kiri dan merenung ke luar.
Lama.
“You tengok
apa?”
Nine berpaling
pantas. Senyum dan menggeleng. “Tak ada apa.
Jom. I tak sabar nak rebahkan
tubuh.”
Bila Nine
bagaikan berselindung, aku juga berpaling ke kan an.
Meninjau kawasan yang nampa k
sedikit mendung.
“You ready,
Naina?”
Aku
tersentak. “Ready for what?”
Nine
tersenyum. Senyuman yang
menakutkan. Senyuman seorang lelaki yang
mahukan seorang wanita.
Aku bangkit dan
mengangkat jari telunjuk pada dia.
“Don’t you dare…”
“I berani
apa. Tengok, I heret you ke Pullman . Sekarang I nak heret you masuk bilik pulak,”
ujar Nine serius.
Aku lepaskan
keluhan. “Jangan main-main, Encik
Nine. I bertugas dan tolong, hormati…”
“Yeah… I sangat hormati you, Naina. Hormati penyelamat I ni. Hormati oran g
yang pertaruhkan nyawa untuk jaga I,”
cantas Nine seraya menggoyangkan kad kunci di depan aku.
“Bilik sebelah
menyebelah. Okey? Jangan risau, tak ada link door kat tengah-tengah tu.
You save. You naik dulu, I nak call Uncle Ben kejap,” suruh Nine tenang.
Kad kunci
bertukar tangan. Dia… ya dia. Memang suka membuatkan aku resah
sendiri. Suka mencabar rasa hati aku
sebagai seorang wanita.
“Kenapa tak nak
naik? Atau you memang nak kita share satu bilik?” duga Nine sambil mengenyitkan mata.
“I temankan
you. Kita naik sama-sama.”
Dia
menggeleng. “I kat lobby ni je. You naik rehat
dulu. Dalam masa lima minit I ikut you,” putus Nine.
“You akan okey, kan ?”
Kerdipan mata
Nine menjawab soalanku. Hati aku berasa
sedikit lapang. Rasa tidak sedap hati
petang tadi berlalu pergi. Lega bila
melihat Nine tersenyum.
Kaki aku
melangkah perlahan. Belumpun sempat
masuk langkah kedua, suara Nine berbunyi.
Bila aku berpaling, dia sedang bercakap di telefon. Bila aku menapak lagi mencari lif, telefon
bimbit aku pula menjerit nyaring.
Pintu lif
ternganga lebar. Ada seorang pelanggan di dalamnya. Sedang tunduk membelek sebuah majalah. Punat lif aku tekan pada tingkat yang mahu
aku tuju. Aneh bila tetamu ini tidak
menekan mana-mana punat.
Perlahan-lahan,
aku tarik telefon bimbitku dari poket jeans.
Nama Tuan Radzi muncul.
“You kat
mana?”
“Pullman , tuan…”
“Dengan
Nine?”
“Ya, tuan. Dia selamat,” beritahu cepat-cepat.
“Naina, I baru
dapat berita yang…”
Tak sempat aku menden gar kata-kata akhir
Tuan Radzi, telefon bimbit jatuh ke kaki bila leher aku dipaut seseorang dan
kurasakan ada sesuatu sedang diacukan tepat di pinggang aku.
Aku menjeling
tapi ditolak kasar.
“Kau dok diam
je. Anggap jelah kita pasangan
kekasih. CCTV is working…
capturing. Kalau kau ikut arahan aku,
kau selamat dan dia… Nine, akan selamat juga,” bisik lelaki itu dekat pada
cuping telingaku.
Aku amat suara
itu dan cuba
bertenang. Aku yakin dan tersangat
yakin. Kata hati aku sentiasa
tepat. Sentiasa benar.
“Apa kau
nak?” tanyaku.
“Nyawa Nine…”
balas dia dan dia ketawa kecil.
“Tapi, kenapa
aku? Nine tak ada dengan aku sekarang,”
ujarku cuba
mencari dalih.
Dia ketawa
kecil.
“Sebab kau
adalah nyawa Nine sekarang!” gumam dia
sedikit keras dan hati aku berdetak hebat bila pautannya pada leherku kian
kejap.
... bersambung
Ayoyoyo! Ni sudah mendatangkan fanik! Must be neo atau kuncunya.. Mcmana nine nak tolong ni sb dia pun injured?
ReplyDeleteAlamakkkkk...adeiiiii...my hero Nine pasti selamatkan naina nnt...
ReplyDeleteMakin suspennnnn SKP skrg ni...
Aiyok.. Ni mesti lelaki yg menegur Naina tadi...
ReplyDeleteItulah....? yang dicari atau musuh baru? erm... kali ini Naina agak cuai sedikit, rasanya hero pasti akan menyelamatkan heroin. Nine!
ReplyDeleteBestnya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLelaki bertopi yg Naina jumpa td kot? Pasti Tuan Radzi dengar sbb telefon bimbit tu jatuh kat kaki.. pasti x terpadam!
ReplyDeletemakin suspen.. tak sabarnya nk tau cerita lanjut
ReplyDeletenaina mengenali suara itu!... siapakah dia!...
ReplyDeletesambung cepat kak rm....
ReplyDeletehmmm mesti neo ni... suspen betul la... Rm please next n3...
ReplyDeleteadehhhhhhhhhh,,,,,,,,,pitam makcik baca,,,,,,,,,
ReplyDeletealahai.. dah start the suspense part.. cepat sambung rm.. tak sabar nak tau citer seterusnya.. naina, don't lose focus and be alert alwazz.. nine, pls be strong and stay wise to plan for ur next action..
ReplyDeleteala rm ckernyer...smbng ag ekk...mcm biasa mmg the bestla
ReplyDeleteKak RM..tolong jgn apa2kn naina..saya xboleh tahan..hati saya sakit kalau Nine sedih..jadi tolong la kak jgn apa2kn org yg nine cinta.. huhu..
ReplyDeletealahai kesiannya nine..nyawanya akan menjadi galang ganti ke dengan minah ni..akak rasa mesti ada org dalam yg memberitau segala makluma tentang Nine dan aktiviti aktivitinya..tapi siapakah dalang nya..dan adakah Nine akan akur bila minah ni dijadikan tebusan pula..
ReplyDeleteowh....... gasp...gulp....... apakah??? Nine cepat g debik mamat yg kcau Naina tuuuuu... :D
ReplyDeletesngat men"suspen"kan.....
-Syira Azmi-
Sape plak yg muncul tu
ReplyDeleteHiiii! takutnya! RM plze jgn biar suspen lama sgt part ni. risau naina n nyawa nain. tn razi... cpt htr bntuan sbb mgkin mcm rkn kta ckp tdi. hp dia kn jtuh n blum terpdm lgi. tn razi dgr smua percakapan tu smua. smbung cpt.
ReplyDeleteaiiiseeehhh.... siapa yg coba sandra Naina ??
ReplyDeletekak RM cepat sambung kak ^_^
Tak sab o nak tunggu sambungannya...
ReplyDeleten3 segera rm....
ReplyDeletex sabo doh ni
Tolongg..tolong! Aduyaii.. mana skill pegawai UTK ni. Miss writer..rasa cam le femme nikita la. Kasi brutal sket mamat lif tu kena! Yang si Naina ni kalah dengan emosi dek penangan Nine..susah nak fokus wo! Gear up Naina! Focus! Hee..geram..geramm!
ReplyDeleteMesti naim nie.......
ReplyDelete