Sunday, March 24, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 11


BAB 11

WAJAH ini aku raup berkali-kali.  Habis sebotol air mineral aku simbah ke wajah bagi menyembunyikan airmata yang mengalir lesu ke pipi.  Malu tak terhingga bila airmata aku menitis di depan Nine.  Menjadikan wajah lelaki itu kaku dan kejung.  Tak terkata apa.  Terkejut barangkali. 

Aku sendiri… terkejut juga.  Tak sangka.  Tak aku duga aku menangis kerana kata-katanya.  Begitu payah aku bertahan selama ini, hari ini tertewas untuk beberapa ketika dan itupun pada lelaki yang baru aku kenali.  Lelaki yang sepatutnya aku dekati hanya kerana urusan rasmi. 
Panas yang membahang seketika tadi mula reda.  Awan petang mula berarak menyorok matahari.  Aku pandang ke dada langit.  Berbalam-balam pandangan aku.  Terhalang dengan airmata yang masih bertakung pada birai mata. 
Ya Tuhan… apa kena dengan aku?  Sungguh, aku tak mengerti. 
Kala ini, Nine entah ke mana dan aku juga di mana bila aku berpaling dan berlari laju, menjauh daripada dia tadi.  Biarpun Nine memanggil, aku mempecatkan langkah kerana aku yakin, dia tak mampu mengejar kerana lukanya. 
Akhirnya, aku terduduk sendiri di atas palang besi yang sedikit terselindung.  Bersendiri dan perlu membaiki rasa aneh di dalam hati aku.  Tak akan kubenarkan hati ini hidup dengan cinta.  Cukuplah rasa cinta ini pada ibu pertiwi.  Bukan pada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi dia.
Lutut aku heret ke rapat ke dada.  Menyembamkan wajah aku ke atas lutut dan melepaskan keluhan yang kian meresahkan.  Usah diduga hati saya, Nine… awak tak mampu bertanggungjawab nanti.  Hatiku berdesis sendiri. 
Are you okay?” 
Aku kerutkan kening bila ada suara menegur mesra.  Bukan suara Nine.  Pantas aku angkat kepala dan susuk tubuh tegap seorang lelaki yang lengkap bertopi ada di depanku.  Tersenyum mesra.
“Awak nampak tak okey?  Sakit ke?  Perlu pertolongan?”  tanya dia lagi.
Aku bangkit dan menepuk sedikit belakang seluar sambil menggeleng laju. 
“Saya okey.  Thanks… but no thanks…,” tolakku sopan sambil tangan menggawang-gawang ke udara.
Lelaki ini menapak setapak.  Tangan kanannya ringan naik mencari pipiku tapi pantas aku menapak ke belakang.
Behave…”
Nope… saya tak ada niat nak sentuh awak pun tapi nampak macam awak menangis,” cantas dia.
Cepat-cepat aku berpaling dan meraup wajah sekali lagi sebelum kembali memandang dia. 
“Tak adalah.  Err… saya pergi dulu.”  Saat ini barulah teringatkan keselamatan Nine.  Cuai sungguh aku kerana mengikut rasa hati. 
“Err… tunggu.  Saya baru kat sini.  Nak tanya tempat, boleh?”  Suara lelaki itu menahan langkahku.
“Err… maaf.  Saya pun kurang familiar dengan Putrajaya.  Saya pergi dulu,”  ujarku meminta izin sekali lagi.
Lelaki  itu tersenyum menyenget belumpun sempat aku menapak. 
“Saya rasa awak kena jaga diri baik-baik.  Perempuan tak elok sorang-sorang.  Elok berteman,” pesan dia dan terus berpaling. 
Hati aku terasa tidak enak.  Aku berpaling ke belakang di mana tempat aku meninggalkan Nine tadi.  Susuk tubuh Nine tiada membuatkan hati aku libang-libu.  Kemudian aku memandang pula ke depan.  Melihat lelaki itu melangkah ke arah motorsikal berkuasa tinggi dari jenis Kawasaki itu. 
Pandangan aku melingas ke kiri kanan.  Bila motorsikal itu menderum laju, ingatan aku kembali pada hari kejadian.  Pantas, aku menghayun kaki.  Berlari laju mencari Nine bila aku semakin rasa gelisah. 
“Nine!”  jeritku bila kurasakan seluruh kawasan tasik ini lengang. 
Kaki aku berlari lagi ke kawasan kiri.  “Nine!!”  Semakin kuat suaraku tapi tiada sahutan.
“Dzulkarnain!!!”  Aku menjerit namanya sekuat hati dengan mata yang mula berair sambil mencengkam rambut sendiri sekuat hati. 
Andai apa terjadi pada dia kali ini, di bawah jagaan aku… pastilah tak mampu aku maafkan diri. 
“Ya Allah… mana dia ni?” 
Aku menukar haluan ke sebelah kanan pula.  Jauh aku berlari hingga hampir tiba di depan masjid.
“Nine!!!” 
Tiada jawapan dan kaki aku, terasa longlai tapi tak sempat jatuh terjelepuk bila ada tangan yang menyambar lenganku.
Bahuku dicengkam kemas.  Hampir saja pelukan bertaut bila dia cuba menarik aku ke dalam pelukannya tapi terlepas namun nafasnya mengah.  Tercungap-cungap.
“Mana you lari?”  soal Nine kerisauan.
“You pergi mana?  I cari you,” tekan aku pula.
Nine merengus kasar.  “You yang lari tinggalkan I, Naina and don’t do this again.  Bahaya!” 
Matanya melilau sekeliling.  “Jom kita lepak dalam kereta.  Nampak lengang dah.  Mungkin petang sikit baru ada orang balik,” ajak dia dan terus saja dia lepaskan cengkaman pada bahu aku. 
Nine menapak ke arah kereta dengan wajah yang bengis dan aku… menitis airmata sekali lagi.  Yang pasti, untuk Nine tapi tidak aku tahu mengapa. 



WAKTU semakin melewati hari.  Pengunjung juga semakin ramai.  Beriadah, bersiar-siar dan ada yang sekadar mengambil angin.  Aku pandang sisi wajah Nine yang sedang memejamkan matanya. 
Hampir sejam berada di dalam kereta tapi dia hanya terlena dengan helaan nafas yang tenang.  Tidak berkata apa. 
“You tak nak balik ke?”  tanyaku sambil menahan mata yang semakin memberat. 
Nine menggeleng.  Huh, dah tak tidur.  Entah berapa lama dia jaga, aku tidak pasti.  Yang pasti sekarang, dia perlukan rehat yang sempurna dan aku juga perlu melelapkan mata untuk seketika. 
“You letih?”  tanya Nine kembali.
Cepat-cepat aku menggeleng.  “I takut you letih.  Luka you tak elok lagi.  Ada baiknya you balik rehat.  Esok you nak fly jauh…”
“You memang nak I balik, kan?”  soal dia lagi.
Aku guriskan senyuman pada dia bila mata itu masih terpejam tapi sayang, bila Nine tiba-tiba membuka matanya.  Merenung tepat ke wajahku dan mengedipkan matany sekali.
“You kantoi…”  Dia sengih.  Hilang wajah tegangnya angkara peristiwa tadi. 
Kantoi apa pulak?”  Senyuman tadi mati langsung.
“You senyum dekat I, kan?  Kenapa senyum masa I pejam mata?  Haa… elok you senyum sekarang masa I pandang you ni.  I nak simpan sebanyak mungkin memori dengan you kat sini sebelum balik esok.  Cepat senyum,” gesa dia persis anak kecil.
Tanpa mempedulikan kata-kata dan permintaan Nine, enjin kereta aku hidupkan.  Cermin aku naikkan dan tangan sudah sedia menggenggam stereng dan juga gear.
“I hantar you balik hotel.”
Nine mengeluh berat.  “You memang sengaja nak seksa hati I,” rungut dia lantas dia jatuhkan belakang tempat duduk dan terus berbaring sambil meletakkan tangan di atas dahi.
“You tak nak balik?” 
“I nak overnight…”
“Kat sini?” 
“Mana-mana je.  Asalkan dengan you!”  tekan Nine sedikit geram.
Kepala aku mencerna pelbagai kemungkinan.  Bila difikirkan, ada benar kata Amar dan pengakuan Nine yang dia sedang mengambil kesempatan terhadap aku.  Mengambil kesempatan di atas tugas yang telah diamanahkan untuk aku.
“I rasa kita kena balik.  I ada report nak kena tulis, you kena kembalikan kudrat you.  I tak boleh ada dengan you sepanjang masa…”
“Eh… kata you, you jaga keselamatan I?”  sinis dia.  Pedas.  Berdesing telinga.
Aku ketap bibir.  Menahan sabar sedikit apatah lagi tubuh semakin keletihan.  Perut juga kosong tak berisi.  Tidur juga tak cukup.  Jika malam ini juga aku tidak lelapkan mata, aku yakin aku adalah golongan makhluk asing.
Yeah…I tahu.  I akan tukar shift dengan Amar.  Dia ada call siang tadi kata nak jaga you sebelah malam.  Besides, you need rest… me too.”
“Letih?”  tanya Nine sepatah dengan air wajah yang kembali jernih dan mesra.
“Agak…”
“Sangat letih.  You sangat letih melayan I.  Malam tadi tak tidur, hari ni lagi I heret you sana-sini.  Check-in?”  soal Nine dengan kening lebatnya yang terjongket tinggi.
What?”  Berkerut dahi aku menerima perkataan check-in itu dalam kepala.
“Pullman ada dekat sini, kan?  Nak drive balik KL, I tak fikir you larat.  You mesti tak larat.  Kita check-in Pullman je.  Everything’s on me,” ujar Nine sambil menepuk dadanya perlahan.
Semakin bergetar jantungku.  Bagai hendak putus bila Nine langsung tidak berasa bersalah bila mengajak aku ke hotel.  Mudah sungguh perilaku orang kaya ini.  Semudah satu dua dan tiga mengajak perempuan masuk ke hotel.
Are you kidding me?”  Aku bertanya dengan wajah jengkel.
I’m not and of course… I’ very serious in every single word.  Kita check-in sini je.  I tak izinkan you balik.  Bahaya,” putus Nine membuatkan darah merah aku menggelegak tiba-tiba.
“I hantar you ke Pullman, then I balik.  Esok pagi-pagi I jemput,” putus aku juga berkeras.
Gear aku tukar pada kedudukan D.  Minyak aku tekan menuju ke destinasi.  Nine hanya tersengih sendiri.  Nampak menahan tawa yang hendak meledak.  Entah apa lucunya.  Kerusi ditegakkan.  Tali pinggang dipasang tapi buat seketika, dia berpaling ke kiri dan merenung ke luar.  Lama. 
“You tengok apa?” 
Nine berpaling pantas.  Senyum dan menggeleng.  “Tak ada apa.  Jom.  I tak sabar nak rebahkan tubuh.” 
Bila Nine bagaikan berselindung, aku juga berpaling ke kanan.  Meninjau kawasan yang nampak sedikit mendung. 



PULLMAN Hotel, Putrajaya.  Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini.  Nampak sedikit lapang.  Dari jauh, aku memerhatikan Nine yang sedang berurusan di kaunter penyambut tetamu.  Membuat tempahan bilik.  Mendesak aku agar bermalam bersamanya di sini.  Dirampas kunci kereta. 
“You ready, Naina?” 
Aku tersentak.  “Ready for what?” 
Nine tersenyum.  Senyuman yang menakutkan.  Senyuman seorang lelaki yang mahukan seorang wanita.
Aku bangkit dan mengangkat jari telunjuk pada dia. 
Don’t you dare…”
“I berani apa.  Tengok, I heret you ke Pullman.  Sekarang I nak heret you masuk bilik pulak,” ujar Nine serius.
Aku lepaskan keluhan.  “Jangan main-main, Encik Nine.  I bertugas dan tolong, hormati…”
Yeah… I sangat hormati you, Naina.  Hormati penyelamat I ni.  Hormati orang yang pertaruhkan nyawa untuk jaga I,”  cantas Nine seraya menggoyangkan kad kunci di depan aku. 
“Bilik sebelah menyebelah.  Okey?  Jangan risau, tak ada link door kat tengah-tengah tu.  You save.  You naik dulu, I nak call Uncle Ben kejap,” suruh Nine tenang.
Kad kunci bertukar tangan.  Dia… ya dia.  Memang suka membuatkan aku resah sendiri.  Suka mencabar rasa hati aku sebagai seorang wanita. 
“Kenapa tak nak naik?  Atau you memang nak kita share satu bilik?”  duga Nine sambil mengenyitkan mata.
“I temankan you.  Kita naik sama-sama.” 
Dia menggeleng.  “I kat lobby ni je.  You naik rehat dulu.  Dalam masa lima minit I ikut you,” putus Nine. 
“You akan okey, kan?” 
Kerdipan mata Nine menjawab soalanku.  Hati aku berasa sedikit lapang.  Rasa tidak sedap hati petang tadi berlalu pergi.  Lega bila melihat Nine tersenyum.
Kaki aku melangkah perlahan.  Belumpun sempat masuk langkah kedua, suara Nine berbunyi.  Bila aku berpaling, dia sedang bercakap di telefon.  Bila aku menapak lagi mencari lif, telefon bimbit aku pula menjerit nyaring. 
Pintu lif ternganga lebar.  Ada seorang pelanggan di dalamnya.  Sedang tunduk membelek sebuah majalah.  Punat lif aku tekan pada tingkat yang mahu aku tuju.  Aneh bila tetamu ini tidak menekan mana-mana punat.
Perlahan-lahan, aku tarik telefon bimbitku dari poket jeans.  Nama Tuan Radzi muncul. 
“You kat mana?” 
Pullman, tuan…”
“Dengan Nine?” 
“Ya, tuan.  Dia selamat,” beritahu cepat-cepat. 
“Naina, I baru dapat berita yang…” 
Tak sempat aku mendengar kata-kata akhir Tuan Radzi, telefon bimbit jatuh ke kaki bila leher aku dipaut seseorang dan kurasakan ada sesuatu sedang diacukan tepat di pinggang aku. 
Aku menjeling tapi ditolak kasar. 
“Kau dok diam je.  Anggap jelah kita pasangan kekasih.  CCTV is working… capturing.  Kalau kau ikut arahan aku, kau selamat dan dia… Nine, akan selamat juga,” bisik lelaki itu dekat pada cuping telingaku.
Aku amat suara itu dan cuba bertenang.  Aku yakin dan tersangat yakin.  Kata hati aku sentiasa tepat.  Sentiasa benar. 
“Apa kau nak?”  tanyaku.
“Nyawa Nine…” balas dia dan dia ketawa kecil.
“Tapi, kenapa aku?  Nine tak ada dengan aku sekarang,” ujarku cuba mencari dalih. 
Dia ketawa kecil. 
“Sebab kau adalah nyawa Nine sekarang!”  gumam dia sedikit keras dan hati aku berdetak hebat bila pautannya pada leherku kian kejap.  

... bersambung

24 comments:

  1. Ayoyoyo! Ni sudah mendatangkan fanik! Must be neo atau kuncunya.. Mcmana nine nak tolong ni sb dia pun injured?

    ReplyDelete
  2. Alamakkkkk...adeiiiii...my hero Nine pasti selamatkan naina nnt...

    Makin suspennnnn SKP skrg ni...

    ReplyDelete
  3. Aiyok.. Ni mesti lelaki yg menegur Naina tadi...

    ReplyDelete
  4. Itulah....? yang dicari atau musuh baru? erm... kali ini Naina agak cuai sedikit, rasanya hero pasti akan menyelamatkan heroin. Nine!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Lelaki bertopi yg Naina jumpa td kot? Pasti Tuan Radzi dengar sbb telefon bimbit tu jatuh kat kaki.. pasti x terpadam!

    ReplyDelete
  7. makin suspen.. tak sabarnya nk tau cerita lanjut

    ReplyDelete
  8. naina mengenali suara itu!... siapakah dia!...

    ReplyDelete
  9. hmmm mesti neo ni... suspen betul la... Rm please next n3...

    ReplyDelete
  10. adehhhhhhhhhh,,,,,,,,,pitam makcik baca,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  11. alahai.. dah start the suspense part.. cepat sambung rm.. tak sabar nak tau citer seterusnya.. naina, don't lose focus and be alert alwazz.. nine, pls be strong and stay wise to plan for ur next action..

    ReplyDelete
  12. ala rm ckernyer...smbng ag ekk...mcm biasa mmg the bestla

    ReplyDelete
  13. Kak RM..tolong jgn apa2kn naina..saya xboleh tahan..hati saya sakit kalau Nine sedih..jadi tolong la kak jgn apa2kn org yg nine cinta.. huhu..

    ReplyDelete
  14. alahai kesiannya nine..nyawanya akan menjadi galang ganti ke dengan minah ni..akak rasa mesti ada org dalam yg memberitau segala makluma tentang Nine dan aktiviti aktivitinya..tapi siapakah dalang nya..dan adakah Nine akan akur bila minah ni dijadikan tebusan pula..

    ReplyDelete
  15. owh....... gasp...gulp....... apakah??? Nine cepat g debik mamat yg kcau Naina tuuuuu... :D

    sngat men"suspen"kan.....

    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  16. Hiiii! takutnya! RM plze jgn biar suspen lama sgt part ni. risau naina n nyawa nain. tn razi... cpt htr bntuan sbb mgkin mcm rkn kta ckp tdi. hp dia kn jtuh n blum terpdm lgi. tn razi dgr smua percakapan tu smua. smbung cpt.

    ReplyDelete
  17. aiiiseeehhh.... siapa yg coba sandra Naina ??
    kak RM cepat sambung kak ^_^

    ReplyDelete
  18. Tak sab o nak tunggu sambungannya...

    ReplyDelete
  19. Tolongg..tolong! Aduyaii.. mana skill pegawai UTK ni. Miss writer..rasa cam le femme nikita la. Kasi brutal sket mamat lif tu kena! Yang si Naina ni kalah dengan emosi dek penangan Nine..susah nak fokus wo! Gear up Naina! Focus! Hee..geram..geramm!

    ReplyDelete