BAB 26
CUTI tamat begitu
sahaja.
Langsung tidak tenang
malah semakin kelam kelibut kepala aku.
Mak ngah risau melepaskan aku pergi.
Bimbang aku mengikut emosi dalam menjalankan tugas tapi aku pandai juga
memujuk biarpun hati sendiri sudah menjeruk rasa.
“Ini Inspektor Zunaina,
mak ngah. Pegawai terlatih mental dan
fizikal. Mana boleh ikut emosi.”
Mak ngah senyum dalam
tangisan saat itu. Saat merelakan
kepergian aku kembali bertugas dan itupun rasanya sudah tidak sabar hendak
menghadap wajah Tuan Radzi dan menerima jawapan positif tentang permohonan yang
aku kemukakan.
“Tahu kau tu polis yang terlatih tapi soal hati dan jiwa ni,
hanya Allah yang mampu melatih kau dengan sempurna. Banyak-banyakkan berdoa pada Dia, moga Dia
tenangkan hati kau, hati Nine…”
BAM!!!
Sedas tembakan aku
lepaskan tepat mengenai sasaran. Tepat
mengenai jantung. Gambar lukisan
penjenayah itu tepat aku tembak di dada kirinya. Jika itu adalah manusia, pasti rebah
menyembah bumi.
Biarpun pada jarak 200
meter, aku masih mampu menembaknya secara tepat. Hilang pesanan mak ngah bila nama Nine naik
dalam kepala.
“Are you okay?” Amar menegur mesra.
Aku diam tidak
berkalih. Penutup telinga aku betulkan
sedikit. Tanpa google menjadi alas mata,
aku dekatkan laras senjata ke sisi wajah sekali lagi. Melihat melalui kan ta pembesar yang memberi jarak
tepat.
Tanpa menjawab soalan
Amar, aku lepaskan tembakan sekali lagi.
kali ini juga tepat tapi di tengah dahinya. Bibir aku menggariskan senyuman. Khabar gembira yang aku terima sebaik saja
aku melaporkan diri kembali bertugas pagi tadi sedikit sebanyak mengubat rawan
hati aku dengan karenah Naim dan pemergian Nine.
“Nine ada jumpa
you?” soal Amar yang entah bila ada di
sisi aku.
Meninggalkan posisi
asalnya. Senjatanya terletak elok di
rusuk. Cermin mata hitamnya ditarik
jatuh. Mata itu tunak merenung aku yang
sekadar menjeling dia.
“Ada .”
Sepatah aku menjawab dan magazin
aku isikan lagi. Magazin ke empat untuk latihan ini.
“Apa yang dia
cakap?” soal Amar lagi.
Aku ketap bibir dan mata
terus tersasar rakus pada sasaran baru yang kini sedikit bergerak ke kiri dan kan an. Mahu menguji kepintaran aku bermain dengan
senjata.
“Naina, I’m asking…”
“And I am training,
Amar.” Tak jadi aku hendak lepaskan
tembakan bila Amar menarik lengan aku.
“Apa yang you nak tahu
sebenarnya daripada I? tentang
Nine? I sendiri pun tak tahu siapa dia
sebenarnya? I rasa I dah cukup kenal dia
tapi sebenarnya tak. Kalau you nak tahu
sangat, I pun…” tekan aku dengan nafas yang mengah.
“Kita siasat tentang dia
sama-sama. Boleh macam tu?” soalku sinis.
Aku lihat Amar menelan
liur. Hampir seminggu aku bercuti tak
pernah aku temui tenang. Melangkah ke
tempat kerja, diasak pula oleh Amar.
“Apa yang you dapat
tentang Nine? You ada berita tentang
dia? Nak share dengan I?” duga aku lagi.
Amat ketap bibir. Dia melompat naik di atas pagar tembok tempat
aku menjalani latihan.
“Kalau you tak ada apa
nak cakap, balik tempat you. Teruskan
latihan. I pun nak teruskan,” arah aku
tegas tapi Amar hanya diam di situ.
Bersandar pada tiang dan
hanya memandang aku.
Kali ini aku bersedia
lagi. sasaran sedang bergerak dan
kedudukan asal. Setelah aku yakin akan
ketepatan peluru yang bakal menembusi sasaran, picu aku tarik dan tembakan
dilepaskan. Bam… tepat juga mengenai
jantung sasaran.
Amar menepuk
tangan. Aku memandang dia sambil membuka
sarung tangan dan meletakkan senjata latihan pada tempatnya.
“I nak ajak you sit down
untuk kes arwah oran g
tua you. I rasa I dapat maklumat lain
juga selain yang ada di dalam fail tu,” ujar Amar cuba menarik minat aku.
Dan ya… aku
tertarik.
“Kalau macam tu, kejap
lagi I datang.”
Amar angkat kening dan
dia melompat turun. Kakinya diatur kemas
keluar daripada tempat latihan.
Mata aku menghantar
langkah Amar. Lemah sebenarnya semangat
aku. Jika benar apa yang aku rasakan
ini… tidaklah aku bakal hidup bersama airmata buat selamanya?
FAIL itu Amar belek
perlahan. Setelah ditemui apa yang dia
inginkan, disuakan fail itu didepan mata aku.
Silang kaki aku
terlerai. Mata Amar aku pandang seketika
sebelum kembali merenung fail yang dia hulurkan tadi.
“Ini apa?” soal aku padanya.
“You baca sendiri. Ini yang I dapat selama you cuti. Sedikit maklumat yang berkaitan dengan
penjenayah yang arwah ayah you buru satu masa dulu. Ada
maklumat mengatakan, dia hilang macam tu saja.
Tak dapat dikesan. Ada juga maklumat
mengatakan yang dia telah ditembak mati tapi mayatnya tak ditemui. Ada
lagi yang mengatakan dia bunuh diri semasa dikejar pasukan berkuasa tapi I
lebih percayakan ini…”
Tangan Amar pantas
membelek helaian berikutnya. Mata kami
sama-sama merenung ke situ. Pada satu
perenggan dia mana…
“I lebih percayakan
ini. Dia lari ke Negara jiran dan sumber
yang terbaru I dapatkan, dia tukar nama…”
Kening aku
berkerut. Pantas aku merenung wajah Amar
yang hanya terpisah beberapa inci saja.
“You kena percayakan I,
Naina. I yakin dengan sumber ni,” ujar
Amar lagi.
Dia menjauhkan tubuhnya
dan bersandar pada kerusi. Baru hendak
bersuara, Sarjan Mazlan muncul di depan pintu dengan sebuah lagi fail yang
lain.
“Hah, Jan? Jumpa?”
soal Amar pada Sarjan Mazlan.
Sarjan Mazlan mengangguk
dan mendekati kami. Dia senyum pada aku
dan melabuhkan duduk di sisi Amar.
“Sihat, puan?” soal dia ramah.
Aku hanya senyum dan
mengangguk.
“Macam mana, Jan?” tanya Amar lagi.
“Dari sumber yang saya
dapatkan daripada polis Thai, ada satu rekod di hospital di selatan Thai yang
menjalankan kegiatan plastic surgery secara tidak sah. Rekod ini ada dalam simpanan polis setelah
klinik itu di sita beberapa tahun sudah dan ada rekod yang mengatakan tahun
Bohari masuk ke Negara jiran pada tahun yang sama,” jelas Sarjan Mazlan pada
Amar.
Aku kerutkan dahi. “Siapa Bohari tu, Amar?”
“You belek muka depan
tadi, Naina dan you akan tahu siapa dia…”
Aku mengikut saja arahan
Amar. Bila aku amati, ternyata tertera
nama Bohari di situ. Penjenayah paling berbahaya
pada zaman ayah bertugas dan sebagai perisik, ayah ditugaskan mengintip gera k-gerinya.
“Tahun gambar ni sama
dengan tahun kematian ayah I,” gumam aku sendiri tapi masih mampu didengari
oleh dua oran g
lelaki di hadapan aku.
“Yes…” Amar ketik jari.
“Kalau you perasan,
memang itu yang I nak you tahu. You
kenal wajah Bohari ni?” tanya Amar lagi.
Aku menggeleng sambil
terus mengamati wajah itu. Mana hendak
aku kenal. Tak pernah aku lihat biarpun
sekali wajah itu. Ini kali pertamanya
dan inilah oran g
yang ayah buru.
“Tak silap saya, puan…
gambar tu memang dibawa oleh arwah Zul sendiri bila kali terakhir dia turun padang menjalankan tugas
sebelum dia kemalangan. Masa tu, saya
masih lagi seorang Kopral. Saya bantu
arwah untuk tangkap penjenayah tersebut.
Lepas didapati Bohari hilang, saya ada juga cuba
menjejaki tapi akhirnya kes ditutup bila pihak polis Bangkok pun tak dapat mengesan oran g seperti dalam gambar dan juga dengan nama yang
sama…,” jelas Sarjan Mazlan.
“Dan lepas tu, sekarang
ni I syak dia lakukan pembedahan plastik.
Bila kami siasat, rekod ini yang kami terima.”
Amar menyuakan fail yang
Sarjan Mazlan bawakan tadi. Dibukanya di
depan aku dan tertera pula sekeping gambar lainnya.
Hampir terjatuh aku dari
duduk. Mata Amar aku tenung lagi.
“Is this for real,
Amar?”
Bibir Amar
menceber. “Kalau tak yakin, kita siasat
lagi. ini hanya klu untuk kita bawa pada
penjenayah sebenarnya. Mean while, we
are after Neo. Boleh jadi mereka oran g yang sama dan I
juga yakin, mereka dari kumpulan yang sama,” tegas Amar.
Dia menjeling Sarjan
Mazlan.
“Betul tu, puan. Setakat
yang terbaru, berita yang saya dapat… mereka berpangkalan di Bangkok sejak tahun
kematian arwah Zul. Sebelum ni boleh
dikatakan mereka hanya ulang alik tapi setelah Bohari terlepas dan tak dapat
dikesan, mereka sepenuhnya berpangkalan di Bangkok ,”
tambah Sarjan Mazlan cuba
meyakinkan aku.
Fail di tangan aku belek
lagi. Silih berganti dengan wajah Amar
dan Sarjan Mazlan.
“Ini ke yang you tanya I
sedia ke tak tu?” soal aku tanpa
memandang dia.
“More than that, Naina…
things as not that easy as we think. You
have to be strong. Stand where you
stood. I ada dengan you…” pujuk Amar penuh makna.
Makna yang punyai rahsia
yang masih belum Amar jelaskan di sebaliknya.
“I kuat, Amar tapi macam
payah I nak percaya dengan gambar ni.”
“Ini siasat awalan
kita. Boleh jadi silap dan boleh jadi
juga sangat tepat. Kalau kata semua
maklumat sudah tepat, I akan aturkan satu operation dan I tak rasa you boleh
ikut serta,” ujar Amar.
“Kenapa?”
Amar mengeluh. Dia kembali bersandar pada belakang kerusi.
“Well, perkara tak
disahkan lagi. Kita hanya
menyiasat. Apapun, lupa nak tanya, macam
mana cuti? Okey?” Amar senyum.
Aku senyum juga tapi
senyum menyenget.
“Okey.” Dalam dada saja jawapan itu aku luahkan.
“Macam tak okey?” duga Amar.
Hendak aku jawab,
rasanya malas hendak menyebut perkara yang sudah berlaku. Nine, Neo dan masalah ini… semakin
menghimpit. Hari ini naik lagi nama baru, Bohari.
“Banyak benda tak
terduga terjadi, Amar…”
“Termasuk Nine?” tebak dia.
Aku ketap bibir dan kehilangan
kata. Mengerti dengan perasaan yang
sedikit gela bah,
Amar bersuara, mengarahkan Sarjan Mazlan keluar daripada bilik aku.
“Jan, boleh keluar
kejap. Nanti kalau ada maklumat baru,
bagitahu kami, ya?”
Menurut perintah. Sarjan Mazlan bangun dan meninggalkan kami
berdua.
Daun pintu tertutup
rapat kembali dan Amar bangkit mendekati tempat duduk aku bersama kerusinya.
“Apa dah jadi,
Naina? Nine call I,” akui Amar sambil
menyentuh belakang telapak tangan aku.
Terkejut dengan
pengakuan Amar, aku membulatkan mata memandang dia.
“Apa you cakap?”
“Nine call I. Apa dah jadi?” tanya Amar risau.
Air wajahnya jelas
menunjukkan yang dia dilanda kegusaran yang maha hebat.
“Dia call you? Bila?”
“Dua tiga hari sudah…”
Bermakna pada hari yang
sama Nine keluar daripada rumah mak ngah.
Hari yang sama Naim muncul di depan rumah. Hari yang sama semuanya. Seperti dirancangkan.
“Apa dia cakap?”
“Dia minta I
tengok-tengokkan you sementara dia selesaikan satu perkara penting. Dia kenapa dan you kenapa? I tahu dia sukakan you dan you macam
mana? Kenapa dia boleh sampai ke rumah
you kat kampung? I rasa pelik sikit.”
Aku hanya memandang Amar
dengan renungan kosong. Dalam kepala
berfikir lagi akan kemungkinannya.
Pelbagai persoalan tapi semakin terbelit otak aku hendak merungkaikan
setiap simpulan ini.
“You jangan salah faham…
I bukan nak busybody tapi I care about you, Naina.” Amar menokok sedikit.
Bimbang aku memarahi.
Cepat-cepat aku
menggeleng.
Tak ada guna aku
memarahi dia jika Nine sendiri yang menghubunginya dan mendedahkan lokasi dia
di mana saat itu.
“Dia datang pun I tak
sangka, Amar… dan dia pergi pun I tak pernah suruh. Datang pergi dia macam tu je. Tak ubah macam I ni bertugas jaga dia. Jadi ikut suka dia dan tiba-tiba you cakap
dia call you minta you jaga I sementara dia tak ada?” soal aku bersama tawa sinis.
“You tak menjawab soalan
I tapi tak apalah…” keluh Amar.
“I tak kisah semua tu
tapi promise me… it won’t happen again.
Jauhkan diri you dari Nine. Dia
tak sebaik yang you sangka, Naina. Buat
masa sekarang, I tak ada bukti lagi tapi percayalah pada I… dia memang
sayangkan you tapi I tak rasa dia ikhlas,” tegas Amar dan bangkit sambil
menutup fail-fail yang terbuka.
Aku diam melangut
pandangan pada Amar. “Apa maksud you?”
“Selagi I tak cukup
kutip bukti, biarlah kita sampai sini je.
I akan tolong you tangkap pembunuh ayah dan umi you. Mungkin dia akan bawa kita pada Neo dan
geng-gengnya,” jawab Amar dan dia terus berlalu keluar.
Aku termangu memikirkan
kata-kata Amar. Nine terlibat dengan
semua inikah dan… fail tadi aku belek sekali lagi. Menatap gambar itu membuatkan aku berfikir
beberapa kali. Benarkah?
Nice..keep on writting kak..xsabar nak baca sambungannya
ReplyDeletegambar siapa? haiyooh, RM awak ni saja je kan. cubit nak?
ReplyDeletegambar sape plak tu? naim ke?
ReplyDeletehah..siapakah itu?
ReplyDeletesape tu?
ReplyDeleteNINE ke?
pleaselah...sesak nafas....fikir...suspens....cptlah next entri...
ReplyDeleteadoi..gmbr sapa plk tu..kak rehan mmg bikin suspen lah..
ReplyDeleteamar ni pun, nine tu ikhlas, tp da yg mnghalang lh...kak, xnk la naina dgn amar
gambo nine ke tu...saspen nyerrrr...
ReplyDeletersa sy, gmbar nain sbb tulah naina terperanjat sgt. Hihi misteri sungguh. lgi pn nain asyik mtk naina utk x siasat jek kematian ayah n umi naina tuh. kn pelik tuh? smbung plzzze.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteNaim adalah NEO?
Mana Nine pergi?
hadoyai.... things getting more complicated nmpaknya..... nine knapa? neo? naim? bnyak gila qustion mark... hahha :D
ReplyDeleteGambar sape 2??? Byk konflik la novel ni...suspen..semua ade..tp best jln crite die..
ReplyDelete