BAB 14
BARANG-BARANG dah siap
semuanya. Tinggal nak terbang je
lagi. Yang pasti, kat rumah ni, baru
lepas kenduri doa selamat sempena keberangkatan kami. Aku pula masih sibuk di depan laptop. Banyak amanat yang aku nak tinggalkan pada
Aryan untuk membantu papa menjaga Muhara.
“Busy?”
Aku kalih. Ayie.
Tak menjawab dengan suara, aku angguk aje. Memang busy.
Masa makin suntuk. Bimbang Aryan
tak faham nanti. Jadi, aku memang nak
kena tinggalkan nota serah tugas yang sempurna pada dia.
“Tetamu dah ramai
balik,” beritahu Ayie lalu dia duduk di sisi aku.
Menongkat siku di atas
meja dengan mata memandang skrin laptop aku ni.
“Erm… keluarga pak ngah
dengan mak su pun dah balik ke?”
Ayie angguk. “Esok diorang kerja lagi.”
Okey, memang esok
Jumaat. Orang kerja lagi. Majlis ni malam Jumaat. Sebut pasal malam Jumaat aku dah rasa lain
sikit. Sikit jelah tak banyak.
“Ayie pergilah
tidur. Seharian penat tolong selesaikan
hal saya. Saya nak buat kerja sikit
lagi. Nak bagi pada Aryan ni nanti. Takut dia kurang faham.”
Tanpa memandang Ayie,
aku teruskan kerja. Ayie pandang aku
lama sebelum dia bangun dan beralih pada katil.
Aku kerling dia seketika. Bibir
aku senyum. Okey, dia dah nampa k tenang sikit lepas
apa yang terjadi antara kami dan kedua-dua ma dan pa kami.
“Arya jangan tidur
lewat sangat tau,” pesan Ayie.
“Tak adalah… kejap je
lagi. Ayie tidur dulu eh…” suruh aku
tanpa memandang dia.
“Nite, baby,” ucap Ayie.
Aku ketap bibir. Bila dia panggil baby tu rasa gegak gempita
dalam dada. Aku lekapkan telapak tangan
ke dada kiri. Sungguhlah, jantung aku
berdetak lain macam. Aku kalih pada dia
yang sudah terbaring mengiring membelakangi aku. Liur aku telan sebiji-biji.
“Good nite, ayang,”
balas aku cukup perlahan untuk diri sendiri saja.
TAK tahulah dah berapa
lama aku terlena menyungkur di atas permukaan meja tulis milik Ayie ni. Bila aku kali ke belakang, menatap katil Ayie
tiada di situ. Gebar pula ada tersangkut
pada bahu aku.
Aku bangkit dan
menggeliat ke kiri dan kanan. Membetulkan
urat saraf yang aku rasa dah hampir nak kejang.
Laptop dah dimatikan entah bila.
Kertas kerja pun dah siap dicetak dan siap dijilid lagi. Tinggal untuk hantar je esok.
Aku melilau sekeliling
bilik. Pintu gelungsur terbuka tapi Ayie
tak ada kat situ. Pintu bilik air juga
terbuka sedikit dan memang tak nampak bayang Ayie pun kat situ. Dah tu, dia ke mana pulak tengah-tengah malam
ni.
Mata aku tertangkap
pada jam di dinding. Dah melewati jam
12.00 tengah malam. Agaknya berapa lama
aku terlena ya? Ayie selimutkan aku dan
dia lesap. Huh, mana dia hilang?
Aku ikat tuala kecil
pada kepala dan terus menapak keluar hendak mencari Ayie. Risaulah jugak takut dia tak boleh nak
lupakan lagi bebelan ma dengan pa kami. Aku
memang tak kisah mana-mana je tapi sekarang, hati aku lebih berat untuk ikut
dia.
Ini bukan sebab curiga atau cemburu tapi sebab
satu perkataan lain yang aku tak jumpa lagi perkataan yang sesuai untuk aku
gambarkan rasa hati aku kala ini pada dia.
Bila aku mengatur
langkah hendak ke bawah, telinga aku tiba-tiba tertangkap dengan suara mama dan
papa Ayie. Eh, sembang apa pulak la
diorang malam-malam buta ni? Marah suami
aku lagi ke?
Perlahan-lahan aku atur
langkah. Bukan niat nak mengintip
perbualan diorang tapi bila nama aku naik menjadi topik hangat, aku mula bau
hanyir. Rasa ingin tahu membuak-buak
dalam diri.
Pintu yang tidak
tertutup rapat tu memudahkan aku untuk mendengar dengan jelas setiap patah
perkataan yang terbit dari mulut mereka.
Suara yang pertama aku dengar adalah suara papa Zaf. Agak tegang.
“Papa tak sangka Ayie
memang tak nak Arya ikut.” Tone dia lain
macam.
“Ayie bagi pilihan pada
dia, pa. Dia pun tak sedia...”
“Dia ke Ayie yang
memang tak sedia?” sergah mama Resa
pulak.
Okey, baru aku tahu mama dengan papa mertua aku
agak tegas orangnya. Nak kata garang
macam tak adil sebab mereka sangat baik.
Mungkin pada diorang Ayie memang dah buat silap tapi aku juga salah
dalam hal ni kalau betul keputusan kami
sebelum ni silap.
Aku perlu tampil
membela Ayie tapi kaki aku macam dah kena gam pada lantai parquet rumah ni bila
aku dengar lagi suara mereka.
“Ayie memang tak sedia
lagi tapi Arya jugak. Kami sama-sama tak
bersedia dan kami janji akan belajar bersedia.
Tak salah, kan? Ayie dah bincang
awal lagi dengan Arya,” bantah Ayie lemah.
Aku mengangguk
berkali-kali. Betul macam tu.
“Kalau sebab umur, mama
tak percaya,” tekan mamanya lagi.
“Umur tu bukan faktor kami
tak sedia walaupun Ayie tahu Arya tu berat hati pada mulanya. Mama tengok dengan mata kepala sendiri kan
betapa mesranya kami. Kenapa mama tak
percaya lagi?” soal Ayie dan kali ini
intonasi dia sedikit tawar.
Dia sedang bersedih dan
aku nak intai pun takut tertangkap. Jadi
aku bayang jelah wajah sedih Ayie tu macam mana. Ohmai, kesian suami aku.
“Memang. Mama nampak dengan mata mama sendiri yang dia
memang mesra dan Ayie pun nampak mula sesuaikan diri. Tapi, macam mana ma dengan pa nak percaya
kalau Ayie sendiri cakap yang Arya boleh tak ikut Ayie ke sana. Ayie jangan nak kelepet ma dengan pa. Gambar tu mama simpan lagi buat bukti, tau
tak?”
Hampir berdentum suara
mama mertua aku ni. Serius dia agak
garang saat ini. Tak mampu aku bayangkan
riak wajah dia memarahi Ayie.
“Pa, tolonglah...” Ayie merayu papa Zaf pula.
“Papa pun macam
mama. Papa memang terkejut pada mula
papa terima gambar ni tapi papa nak percayakan Ayie. Bila kami suruh Ayie bawak teman wanita, Ayie
kata tak ada. Kawan perempuan pun tak
pernah ada. Mana kami tak curiga. Nak-nak Ayie dok jauh daripada mata
kami. Apa yang kami nak buat? Apa yang Ayie expect ma dengan pa rasa kalau
sampai kami dah bagi kahwin pun Ayie masih tak nak bawa Arya ke sana...”
Aku gigit bibir
menerima bicara papa mertua aku. Gambar apa? Nampak macam Ayie dipaksa je kahwin dengan
aku? Sungguh ke kami ni akan jadi macam
tipikal kahwin paksa dalam drama tu?
“Ayie masih muda, ma...
pa...”
“Kami tahu sebab tu
kami pilih Aryana untuk Ayie. Dia sangat
baik untuk AYie persiakan,” balas mama Resa.
Dup... jantung aku dah
hampir gugur ke bumi dengarkan ayat tu. Mujur
aku sempat sambut tapi satu aku tak sempat nak sambut, airmata aku. Gugur setitis. Dah kenapa aku rasa sebu sangat ni?
“Ayie tak akan
persiakan dia. Selamanya...,” janji Ayie
membuatkan airmata aku masuk gear reverse.
Bibir aku senyum tapi
tak lama.
“Selamanya apa kalau
Ayie masih dengan perasaan tak betul Ayie tu.
Mama risau pada mulanya. Lepas syak
dan memang tak sangka Ayie memang tak
nak bawak Aryana pergi Jerman sebab sayang nak putuskan hubungan Ayie kat sana,
kan? Hubungan yang tak betul tu!”
Tak payah cakap apa,
memang airmata aku mengalir tak terseka.
Mula-mula tekan minyak gear satu lepas tu terus masuk gear dua dan seterusnya. Laju mengalir melalui lebuhraya wajah aku ni.
“Mama... gambar tu tak
memberi makna apa-apa pun. Itu semua
salah faham. Kami tak ada hubungan macam
tu la...,” dalih Ayie.
Aku tekup mulut. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Sungguh aku rasa tertipu.
“Tak memberi apa-apa
makna apanya? Kalau macam tu, Ayie kena
bawak Arya tinggal dengan Ayie kat sana.
Nanti mama minta kawan mak ngah carikan tempat tinggal korang berdua. Mama
harap Ayie benar-benar berubah dan terima Arya sepenuhnya tanpa ada
ragu-ragu...”
“Ayie tak ragu-ragu
pun, ma... sungguh!” Keras suara Ayie
menafikan.
“Gambar tu tak beri
apa-apa makna. Itu semua salah
faham. Mama dengan papa yang terlebih
fikir. Ayie tak ada buat perkara
terkutuk yang dilaknat tu. Tak ada kawan
perempuan tak bermakna Ayie ni songsang, ma... Ayie waras...”
“Kalau betul tak
songsang, Ayie betul dah jadi suami yang sebetulnya suami?” caras papa Zaf.
Aku jenguk ke dalam
bilik sedikit. Wajah papa Zaf
tegang. Wajah mama Resa juga sedikit tegang. Kedua-duanya nampak macam kesal betul dengan
Ayie. Aku lagilah terasa kesal. Kalau aku tahu inilah punca mama dan papa dia
marah tak tentu pasal, memang aku juga akan mengaku kesal masa Ayie menyoal
semalam.
Sungguh ke dia songsang? Dan songsang tu yang macam mana? Apa yang dia dah buat kat sana dan gambar jenis
macam mana yang mama dan papa mertua aku dah lihat.
“Itu... itu...” Ayie
menggeleng.
Dia mengerti maksud
pertanyaan papa dia tu. Aku pun
faham. Bendul sangat aku kalau tak
faham. Tapi memanglah, aku ada jugak
tergoda tapi aku tak tahulah Ayie macam mana.
Kalau lelaki lain boleh jadi dah selamat aku ni. Tapi ini Ayie...
Ohmai... Aku tekap
kedua-dua belah telapak tangan ke pipi.
Sungguh ke dia macam
tu?
Betul ke dia begitu?
Boleh jadi memang dia
ada perasaan songsang?
Ada kemungkinan ke?
Atau ini hakikat?
Ya Allah... terangilah
hati hamba.
“Ayie tak sedia lagi,
pa...”
“Abang... you see.. You
see what had happened to our son. Our only
son,” keluh mama sedih.
Yang ni aku kurang
setuju dengan mama. Bukan apa, kami baik amat baik berdua biarpun baru beberapa
hari dinikahkan. Tentang hubungan yang
terlebih mesra tu aku sendiri pun masih takut-takut.
Atau boleh jadi Allah
tiupkan rasa takut aku ni sebab Dia nak tunjuk yang Ayie tu tak ada perasan pada
perempuan? Dan kerana itu ma dan pa dia
meminta aku nikah dengan dia dengan kadar segera bagi mengelakkan fitnah?
“Sabar, sayang... kita
masih ada masa dan jalan nak bawa Ayie ke pangkal jalan,” pujuk papa Zaf pada
mama.
Bahu mama dipeluk
erat. Airmata sepi di wajah mama diusap
perlahan. Aku juga nak Ayie macam tu
dengan aku tapi nampaknya, aku dah dengar lagu Hyperact.
Sungguh...
Harapan, harapan
menjadi layu. Layu tak nak mekar
lagi. Airmata yang tersisa aku lap bagi kering.
Nafas yang kalut tadi aku hela tenang.
Kesian dah dekat Ayie
yang diasak macam-macam. Dia memang
menafikan tapi boleh jadi memang betul dia pernah ada rasa dan perasaan pada
kaum sejenis. Aku adalah mangsa tapi
kini dia suami. Perbuatan itu dosa besar
dan dilaknati. Aku yakin Ayie tahu dan
kalau dia perlukan aku untuk memimpin tangan dia, aku mahu memegang tangan dia
selamanya.
“Apa pun jadi, Arya
kena percayakan Ayie.”
Berdengung dalam kepala
permintaan Ayie pada aku. Boleh jadi
kerana perkara ini dan memang aku yakin,
hal inilah yang buatkan mama dan papa curiga bila aku tak ikut sama ke
sana. Bimbang Ayie kembali pada kekasih
gelap dia.
Daun pintu aku tolak
perlahan. Ayie bangkit terkejut. Mama dan papa juga memandang aku tak
berkelip.
“Arya sendiri pun tak
sedia, ma...”
Aku senyum. Tubuh Ayie yang berdiri tegak bagai tiang
bendera dekat Dataran Merdeka tu aku dekati.
Tangannya aku pegang.
“Ini ke yang buatkan
diorang marah dan sebab Ayie tak dapat nak jawab soalan saya?” tanya aku lemah.
Memang aku lemah. Tipulah kalau sekarang ni tak berasa
curiga. Memang aku curiga tapi aku
matang. Jadi, aku kena bertindak macam
orang matang. Tak ada guna nak
jerit-jerit minta cerai dan tampar-tampar wajah Ayie lepas tu menangis.
Benda dah jadi. Apa yang penting pada aku, aku kena betulkan
keadaan. Biarpun nanti Ayie tak memilih
aku dan memungkiri janji dia untuk kembali pada aku, aku akan tetap bantu dia
mencari jalan yang benar.
Bibir aku carik dengan
senyuman. “Ini ke hal sebenarnya?”
Sekali lagi aku
utarakan soalan itu bila Ayie diam. Gamam.
Dia tunduk. Gambar yang ada ditangannya aku capai dan
hati aku tercarik berkali-kali bila aku tengok memang gambar Ayie tidur dan
berpelukan dengan seorang lelaki. Hanya memakai
baju panas dan juga seluar pendek. Manakala
lelaki tu langsung tak berbaju.
“Ini ke sebab Ayie tak
pernah ada mana-mana perempuan?”
Aku masih cuba
senyum.
Mata Ayie aku pandang
dalam-dalam berharap dia bersuara biarpun aku dah tahu jawapannya daripada
perbualan mereka tadi.
“Ini ke sebab Ayie
kahwin dengan perempuan tua macam saya?”
Saat ini aku dah rasa sedih benar.
Mama datang dekati aku
dan memeluk aku erat.
“Ampunkan mama dan
papa, Arya,” pinta dia merayu.
Bahu mama aku
tolak. Aku hadiahkan dia sekuntum
senyum.
“Mama tak salah. Mama dah buat perkara yang betul tapi Arya
risau...” Aku berjeda. Mata aku mengeling Ayie yang masih diam.
“... mampu ke Arya jadi
isteri yang baik pada Ayie?” Aku tujukan
kata-kata itu khas buat Ayie.
Memang aku nak dia
faham yang aku dah mula sayangkan dia. Bukan
lagi macam adik. Tapi macam seorang
lelaki yang halal untuk aku.
“Arya tak aakan
tinggalkan Ayie, kan?” soal papa Zaf
risau.
Aku menggeleng. “Selagi Arya diperlukan,” jawab aku mudah.
Yalah, dah nampak Ayie
berat hati je dah nak terima aku. Kalau kata
aku diceraikan, serius aku tak balik lagi Malaysia. Biarlah apa nak jadi. Jadi janda berhias aku.
“Maaf, ma... pa... Arya
tak sengaja terdengar. Tapi, hal ni
kita-kita jelah tahu. Family Arya tak boleh
tahu. Apa pun jadi, Arya akan jaga maruah Ayie dan keluarga
mertua Arya. Buat masa sekarang ni,
boleh tak Arya ajak Ayie balik bilik. Kami
dah nak berangkat sikit masa lagi. Arya
nak ajak dia rehat. Arya yakin, kat
sini...” Aku tekan sisi kepala aku.
“... dia lagi
kelam-kabut daripada kita. Boleh ya,
ma... pa?” Mata mama dan papa Ayie aku
pandang.
Merayu-rayu sepenuh
hati. Tangan Ayie yang sedari tadi aku
genggam, tak terlerai lagi. Biarpun dia
tak membalas, aku tetap pegang tangan dia.
Lepas apa yang aku tahu, lagilah aku tak rasa nak lepaskan. Aku kena selamatkan dia. Itu matlamat perkahwinan aku sekarang biarpun
aku sendiri rasa nak terjun dalam kolam renang dekat rumah mama dan papa
aku.
“Ayie ikut Arya rehat,”
suruh mama lembut.
Pipi Ayie dipegang dan
dahi Ayie dikucup lama. Aku perasan
airmata yang masih mengalir lesu pada wajah mama Resa. Papa Zaf hanya mengulum senyum pada aku. Tak payah cakap, aku tahu dia nak puji aku
baik.
“Arya memang dilahirkan
atas kesabaran Anahara dan kehebatan cinta Mukhlis. Papa bertuah dapat menantu macam Arya,” puji
papa Zaf juga bila dia dekati aku.
Aku senyum dan menggaru
kepala. Tangan Ayie aku tarik untuk keluar daripada bilik mama.
“Kita doakan yang
terbaik. Moga Aryana mampu sembuhkan
Ayie dan buat dia bertaubat nasuha...”
Itulah kata-kata akhir papa Zaf yang sempat diterima gegendang telinga
aku.
“Malam ni Arya tidur
dengan Ayie eh?” ujar aku pada Ayie bila kaki kami sama-sama dah masuk ke bilik
dia.
Aku renung Ayie...
Dia membalas
renungan.
Lama.
Bila aku rasakan memang
dia tak ada rasa dah nak genggam tangan aku, aku pun tarik tangan sendiri. Tapi, tak sempat lepas Ayie menyambar lengan
aku dan menarik aku ke dalam pelukan dia.
Ada keluhan tipis
hinggap pada telinga aku.
“Tak sangka perkara
jadi sangat teruk,” bisik Ayie pada aku.
Aku senyum. Tapi, ada juga airmata mengalir.
Boleh tak nak cakap
yang aku ada rasa curiga pada dia sekarang.
Bukan cemburu, malah jauh sekali nak percaya melainkan keyakinan aku
pada Allah yang satu saja.
~~> bersambung
RM : Hehh... terjawab kan kenapa? LOL... jangan risau. Konflik ringan je.. pasangan sejenis? Hehh... dasat2... tapi ramai kat luar sana, kan? So, kita tengok ya ke budak Ayie ni ada perasaan songsang dan bagaimana Aryana dengan errr... nak kata kurang cerdik kasar eh.. so dengan matangnya menjadi isteri pada Ayie kali ni... pasti mencuti hati yu all...
Ps : Dont emo2 eh... kalo rasa nak emo emel RM.. LOL.. sayang semua... terima kasih atas komen dan sokongan.. Rm dok masak tetiba gas takdak... sementera menanti gas sampai di rumah, post bab SAK.. hehhh.. (takde kaitan tapi nak cerita jgk)
RM : Hehh... terjawab kan kenapa? LOL... jangan risau. Konflik ringan je.. pasangan sejenis? Hehh... dasat2... tapi ramai kat luar sana, kan? So, kita tengok ya ke budak Ayie ni ada perasaan songsang dan bagaimana Aryana dengan errr... nak kata kurang cerdik kasar eh.. so dengan matangnya menjadi isteri pada Ayie kali ni... pasti mencuti hati yu all...
Ps : Dont emo2 eh... kalo rasa nak emo emel RM.. LOL.. sayang semua... terima kasih atas komen dan sokongan.. Rm dok masak tetiba gas takdak... sementera menanti gas sampai di rumah, post bab SAK.. hehhh.. (takde kaitan tapi nak cerita jgk)
Nk lg.pleaseee:-D
ReplyDeleteorg pertama baca.. terkejut ada n3.. hehe smakin berdebar-debar...
ReplyDeleteOhmai....sis next plz adoiyai semua kisah sis buat mmg xjemu la...xbosan malah superb best
ReplyDeleteakak..klo camni biar gas tu xde tiap2 10 minit lah.baru cepat dpt n3.hehehe...xpenah bosan baca ayat2 akak.rasa sampai ke lubuk hati.ngeh3..:D
ReplyDeletenampak dah konflik dia.makin kuat pula bau hanyirnye :D
ReplyDeletebab 15 plz
ReplyDeleteAla pendek ls pulak.tak puas rasanya.Rm masak lu.pas tu samb semula en3 baru ye.
ReplyDeleteAla pendek ls pulak.tak puas rasanya.Rm masak lu.pas tu samb semula en3 baru ye.
ReplyDeleteRM, x mo la sadis2 lg...cukup la dlm HIKC . Cdeh la baca n3 kali ni
ReplyDeleteadus....tq
ReplyDeleteoh no...x sbr tggu next n3...
ReplyDeletejanganla bagi ayie songsang!!! sungguh x rela n x boleh terimala rehan.
ReplyDeleteoh no...x sbr tggu next n3...
ReplyDeletemula2 dulu mcm x blh agak, tp bila baca yg family ayie ni marah, n ayie sebut nama khai..ohmaiii..harap2 bukan ye sis
ReplyDeleteoh ayie.........x mungkin la dia songsang. slh phm ni! x sbar ni tggu SAK 15 pulak. :)
ReplyDeleteRM... dok menelan airmata akak mlm2 ni! Harap2 x benarlah tu. Khai? Tu le kwn tidur Ayie. Tido je! Mungkin ada kwn yg pedajal ambik gambar dorang tgh tido kot?
ReplyDeleteye ke Ayie songsang..x caya lah..nampak sgt dia gatal kat Arya..hakhakhak
ReplyDeleteerrr...yg tiada kesempurnaan dlm watak karehan ni sbb komen yang lepas ke.kata mcm Arya ni kurang bijak..hekhek..(gigit bibir smbil garu kpla)
>>k<<
patutlah Allah berikan jodoh ayie sorang yg matang. kalau betul ayie ada masalah, moga Arya dpt bimbing ayie..isteri kan pelengkap suami..harapnya mmg betul2 salah faham la kan..
ReplyDeleteohmai..pegang pipi..next2! TqRM!
ReplyDeleteSedih la...
ReplyDeleteterima kaseh akak bub post n3 bwu..nty pos lgy ea..
ReplyDeleteNk lgiii... post n3 bbnykkk erk kak rm...
ReplyDeleteBaca N3 ne sengeh2 padahal n3 ya sedih takleh terima ayie gay huhuhu(imah )
ReplyDeleteomo!!!
ReplyDeletedh agak, mesti ada kaitan dgn songsang ni...
ReplyDeletesmbung lg kak RM...xsbr nk tau
hahha..mengena(rse nak menari tango padahal xpandai pon)...go go RM..xramai author melayu berani menulis citer pesal gay mybe coz our culture yg polite. but actly,gay cases dah makin teruk kot.=)thumbs up.
ReplyDeleteRehan..kamu...x tau nak cakap apa speachless..tetapi tetap suka
ReplyDeletereading ur story sama perasaan cm bila kita duduk 1 place yg crowded n keep watching what people doing..some people look nice but actually kurang ajar,look very poor but actually really rich,look non-muslim but actually muslim,look daring but actually ckp psl hadith ckp makan kacang je..i'm, a person that learn from observation and reading.So,pls miss author dont feel sad if certain people hate ur story..emas yg tgh mahal tu pon bukan semo org minat pe ntah lagi kita manusia..hahahaha
ReplyDeleteSee?! Kan dah kt Ayie tu gay..hm..tp tkpe ini cter RM..mesti ada turning point yang tak di sangka2 kan? SO BL LAGI GAS RUMAH RM NAK ABIS? HAHAHA kira nak n3 lain la....
ReplyDeleteOh my...kan dh agk parents ayie ni ingt ayie ni gay...hrp2 x la.sian arya
ReplyDeleteini satu misteri nie.....misteri yg terungkap...cobaan...
ReplyDeletesakit jaantung....
Mmg sengal bab ni...
ReplyDeleteharap2 ini semua hnya salah faham...
hrp2 ayie ni tak sonsang ye... huhuhu..
ReplyDeleteohmai..jgn lah Ayie ni songsang...x mau lah..ksian Arya nanti... herm..
ReplyDelete#Schariedah Schalus
hoho.. terbaik la... nak lagi2...
ReplyDeletetahniah writer
best2...suke sgt x kira apa konfliknyer...thanks RM.
ReplyDeleteohmai...bebudak camtu mmg suke nak carik pasal...bkn yg dok abroad aje..kt sini pon ramai..saje nak suke2 katenya...gud job RM..
ReplyDeletethumb up again kak rehan!
ReplyDeletenext entry plesae =)
hehe..
Ohmai... sediah lah pulak.... Rasanya Ayie x ada apa-apa pasal gambar tu...
ReplyDeleteInsyallah dengan keyakinan yang kuat dari Arya akan beri semangat buat Ayie...
terbaikkk
ni sapa yg yakin ni? hehe cm sue je?
Deleteapa pun citer ni berjaya rolling hati org yg membaca..tahniah RM,harap sgt Ayie straight,kesian Arya,penat berbantah dgn parents utk setuju kawen dgn ayie
akhirnya ada n3 bru..syg kak RM..hehehe..tp knp plk konflik cm tu..sedihnyer..huhuhu..nk lg N3 baru..hehehe..
ReplyDeletesedih pulak n3 nie....x sedar airmata mengalir, nasib x ada org kat opis nie....hailah....
ReplyDeletehaaaaaai.... mmg RM buat saya rasa (nada sedih) nak hantuk kepala. hahah. oh no
ReplyDeletekesian arya, luluh.. luruh hatinya.. dah jadi 1 tggjawab besar bakal dipikul.. semangat arya!!..
ReplyDeletenak bagi idea ni, makanan yg dah lemau nak bagi rangup balik... perlu bakar je semula dlm oven.. heh..heh..
Ohmai jgn la bg ayie trjbak lbih jauh ek rm..bg arya tbur bunga2 cinta kt ayie....
ReplyDeleteEmo ckit baca part hati Arya. Kesiannya Arya kalau betul Ayie ni songsang... tapi mcm tak jer
ReplyDeleteharap kematangan arya dapat memberi kewarasan akal kepadanya untuk terus sokong ayie. Walau apa pun pandangan orang, harap kasih dan cinta yang baru bercambah kepada ayie dapat terus bertahan dan mekar. Arya ni kan matang, matlamat dan misinya sebagai seorang isteri dah bertambah. Semoga aryana terus kuat ek. Go RM, jadikanlah kami yang sentiasa positif dan support RM ni sebagai tukang kipas susah mati ek untuk halau bahang2 negatif yang emndatang.
ReplyDeletemula2 baca n3 kali ni rasa nak nangis dah bila ayie camtu, tapi bila arya menerima apa yang dia dengar tu dengan positif macam tak sabar nak tahu n3 seterusnya apa plan arya apa ayie.. cepatlah RM sambung n3 setrusnya... :)
ReplyDeleteKak RM.. Tersentuh hati sy tgk kematangan Arya.. =)
ReplyDeleteRm,lepas bca bab ni..Saya pla yg rasa down sgt. Ksian aryana. Tp rasanya slh fham je kot.
ReplyDeleteehhh...rm betui ka ayie tu,,,tak caya...tak caya...muskikl3...
ReplyDeletelagi rm
wwannurr
berdebar sey tunggu entry baru... kesian arya but salute to her coz she faced it upfront... thumbs up!!!!
ReplyDeleteini semua fitnahhhhhh.... oh tidak, ayie bukan begitu...
ReplyDeletetu la kan da kata pilihan org tua pasti trbaekkk...hopefully si khai tu je yg terlebih2 kat ayie...budak jambu la katakn. idea yg bernas RM.
ReplyDeletealamak....ohmaiiiii. kiranya btol lh ni. ohnoooooo
ReplyDeleteBetul ke ayie mcm tu?, baca lg.....
ReplyDelete