Thursday, May 16, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 14


BAB 14

BARANG-BARANG dah siap semuanya.  Tinggal nak terbang je lagi.  Yang pasti, kat rumah ni, baru lepas kenduri doa selamat sempena keberangkatan kami.  Aku pula masih sibuk di depan laptop.  Banyak amanat yang aku nak tinggalkan pada Aryan untuk membantu papa menjaga Muhara. 
“Busy?” 

Aku kalih.  Ayie.  Tak menjawab dengan suara, aku angguk aje.  Memang busy.  Masa makin suntuk.  Bimbang Aryan tak faham nanti.  Jadi, aku memang nak kena tinggalkan nota serah tugas yang sempurna pada dia. 
“Tetamu dah ramai balik,” beritahu Ayie lalu dia duduk di sisi aku. 
Menongkat siku di atas meja dengan mata memandang skrin laptop aku ni. 
“Erm… keluarga pak ngah dengan mak su pun dah balik ke?” 
Ayie angguk.  “Esok diorang kerja lagi.” 
Okey, memang esok Jumaat.  Orang kerja lagi.  Majlis ni malam Jumaat.  Sebut pasal malam Jumaat aku dah rasa lain sikit.  Sikit jelah tak banyak. 
“Ayie pergilah tidur.  Seharian penat tolong selesaikan hal saya.  Saya nak buat kerja sikit lagi.  Nak bagi pada Aryan ni nanti.  Takut dia kurang faham.”
Tanpa memandang Ayie, aku teruskan kerja.  Ayie pandang aku lama sebelum dia bangun dan beralih pada katil.  Aku kerling dia seketika.  Bibir aku senyum.  Okey, dia dah nampak tenang sikit lepas apa yang terjadi antara kami dan kedua-dua ma dan pa kami.
“Arya jangan tidur lewat sangat tau,” pesan Ayie. 
“Tak adalah… kejap je lagi.  Ayie tidur dulu eh…” suruh aku tanpa memandang dia. 
“Nite, baby,” ucap Ayie.
Aku ketap bibir.  Bila dia panggil baby tu rasa gegak gempita dalam dada.  Aku lekapkan telapak tangan ke dada kiri.  Sungguhlah, jantung aku berdetak lain macam.  Aku kalih pada dia yang sudah terbaring mengiring membelakangi aku.  Liur aku telan sebiji-biji. 
“Good nite, ayang,” balas aku cukup perlahan untuk diri sendiri saja. 



TAK tahulah dah berapa lama aku terlena menyungkur di atas permukaan meja tulis milik Ayie ni.  Bila aku kali ke belakang, menatap katil Ayie tiada di situ.  Gebar pula ada tersangkut pada bahu aku.
Aku bangkit dan menggeliat ke kiri dan kanan.  Membetulkan urat saraf yang aku rasa dah hampir nak kejang.  Laptop dah dimatikan entah bila.  Kertas kerja pun dah siap dicetak dan siap dijilid lagi.  Tinggal untuk hantar je esok. 
Aku melilau sekeliling bilik.  Pintu gelungsur terbuka tapi Ayie tak ada kat situ.  Pintu bilik air juga terbuka sedikit dan memang tak nampak bayang Ayie pun kat situ.  Dah tu, dia ke mana pulak tengah-tengah malam ni. 
Mata aku tertangkap pada jam di dinding.  Dah melewati jam 12.00 tengah malam.  Agaknya berapa lama aku terlena ya?  Ayie selimutkan aku dan dia lesap.  Huh, mana dia hilang? 
Aku ikat tuala kecil pada kepala dan terus menapak keluar hendak mencari Ayie.  Risaulah jugak takut dia tak boleh nak lupakan lagi bebelan ma dengan pa kami.  Aku memang tak kisah mana-mana je tapi sekarang, hati aku lebih berat untuk ikut dia. 
Ini  bukan sebab curiga atau cemburu tapi sebab satu perkataan lain yang aku tak jumpa lagi perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan rasa hati aku kala ini pada dia.
Bila aku mengatur langkah hendak ke bawah, telinga aku tiba-tiba tertangkap dengan suara mama dan papa Ayie.  Eh, sembang apa pulak la diorang malam-malam buta ni?  Marah suami aku lagi ke?
Perlahan-lahan aku atur langkah.  Bukan niat nak mengintip perbualan diorang tapi bila nama aku naik menjadi topik hangat, aku mula bau hanyir.  Rasa ingin tahu membuak-buak dalam diri. 
Pintu yang tidak tertutup rapat tu memudahkan aku untuk mendengar dengan jelas setiap patah perkataan yang terbit dari mulut mereka.  Suara yang pertama aku dengar adalah suara papa Zaf.  Agak tegang. 
“Papa tak sangka Ayie memang tak nak Arya ikut.”  Tone dia lain macam.
“Ayie bagi pilihan pada dia, pa.  Dia pun tak sedia...”
“Dia ke Ayie yang memang tak sedia?”  sergah mama Resa pulak. 
Okey,  baru aku tahu mama dengan papa mertua aku agak tegas orangnya.  Nak kata garang macam tak adil sebab mereka sangat baik.  Mungkin pada diorang Ayie memang dah buat silap tapi aku juga salah dalam  hal ni kalau betul keputusan kami sebelum ni silap. 
Aku perlu tampil membela Ayie tapi kaki aku macam dah kena gam pada lantai parquet rumah ni bila aku dengar lagi suara mereka. 
“Ayie memang tak sedia lagi tapi Arya jugak.  Kami sama-sama tak bersedia dan kami janji akan belajar bersedia.  Tak salah, kan?  Ayie dah bincang awal lagi dengan Arya,” bantah Ayie lemah.
Aku mengangguk berkali-kali.  Betul macam tu.
“Kalau sebab umur, mama tak percaya,” tekan mamanya lagi.
“Umur tu bukan faktor kami tak sedia walaupun Ayie tahu Arya tu berat hati pada mulanya.  Mama tengok dengan mata kepala sendiri kan betapa mesranya kami.  Kenapa mama tak percaya lagi?”  soal Ayie dan kali ini intonasi dia sedikit tawar.
Dia sedang bersedih dan aku nak intai pun takut tertangkap.  Jadi aku bayang jelah wajah sedih Ayie tu macam mana.  Ohmai, kesian suami aku. 
“Memang.  Mama nampak dengan mata mama sendiri yang dia memang mesra dan Ayie pun nampak mula sesuaikan diri.  Tapi, macam mana ma dengan pa nak percaya kalau Ayie sendiri cakap yang Arya boleh tak ikut Ayie ke sana.  Ayie jangan nak kelepet ma dengan pa.  Gambar tu mama simpan lagi buat bukti, tau tak?”  
Hampir berdentum suara mama mertua aku ni.  Serius dia agak garang saat ini.  Tak mampu aku bayangkan riak wajah dia memarahi Ayie. 
“Pa, tolonglah...”  Ayie merayu papa Zaf pula.
“Papa pun macam mama.  Papa memang terkejut pada mula papa terima gambar ni tapi papa nak percayakan Ayie.  Bila kami suruh Ayie bawak teman wanita, Ayie kata tak ada.  Kawan perempuan pun tak pernah ada.  Mana kami tak curiga.  Nak-nak Ayie dok jauh daripada mata kami.  Apa yang kami nak buat?  Apa yang Ayie expect ma dengan pa rasa kalau sampai kami dah bagi kahwin pun Ayie masih tak nak bawa Arya ke sana...”
Aku gigit bibir menerima bicara papa mertua aku.  Gambar apa?  Nampak macam Ayie dipaksa je kahwin dengan aku?  Sungguh ke kami ni akan jadi macam tipikal kahwin paksa dalam drama tu?
“Ayie masih muda, ma... pa...”
“Kami tahu sebab tu kami pilih Aryana untuk Ayie.  Dia sangat baik untuk AYie persiakan,” balas mama Resa.
Dup... jantung aku dah hampir gugur ke bumi dengarkan ayat tu.  Mujur aku sempat sambut tapi satu aku tak sempat nak sambut, airmata aku.  Gugur setitis.  Dah kenapa aku rasa sebu sangat ni?
“Ayie tak akan persiakan dia.  Selamanya...,” janji Ayie membuatkan airmata aku masuk gear reverse.
Bibir aku senyum tapi tak lama. 
“Selamanya apa kalau Ayie masih dengan perasaan tak betul Ayie tu.  Mama risau pada mulanya.  Lepas syak dan  memang tak sangka Ayie memang tak nak bawak Aryana pergi Jerman sebab sayang nak putuskan hubungan Ayie kat sana, kan?  Hubungan  yang tak betul tu!” 
Tak payah cakap apa, memang airmata aku mengalir tak terseka.  Mula-mula tekan minyak gear satu lepas tu terus masuk gear dua dan seterusnya.  Laju mengalir melalui lebuhraya wajah aku ni.
“Mama... gambar tu tak memberi makna apa-apa pun.  Itu semua salah faham.  Kami tak ada hubungan macam tu la...,” dalih Ayie.
Aku tekup mulut.  Sedihnya hanya Allah yang tahu.  Sungguh aku rasa tertipu. 
“Tak memberi apa-apa makna apanya?  Kalau macam tu, Ayie kena bawak Arya tinggal dengan Ayie kat sana.  Nanti mama minta kawan mak ngah carikan tempat tinggal korang berdua. Mama harap Ayie benar-benar berubah dan terima Arya sepenuhnya tanpa ada ragu-ragu...”
“Ayie tak ragu-ragu pun, ma... sungguh!”  Keras suara Ayie menafikan.
“Gambar tu tak beri apa-apa makna.  Itu semua salah faham.  Mama dengan papa yang terlebih fikir.  Ayie tak ada buat perkara terkutuk yang dilaknat tu.  Tak ada kawan perempuan tak bermakna Ayie ni songsang, ma... Ayie waras...”
“Kalau betul tak songsang, Ayie betul dah jadi suami yang sebetulnya suami?”  caras papa Zaf.
Aku jenguk ke dalam bilik sedikit.  Wajah papa Zaf tegang.  Wajah  mama Resa juga sedikit tegang.  Kedua-duanya nampak macam kesal betul dengan Ayie.  Aku lagilah terasa kesal.  Kalau aku tahu inilah punca mama dan papa dia marah tak tentu pasal, memang aku juga akan mengaku kesal masa Ayie menyoal semalam.
Sungguh ke dia songsang?  Dan songsang tu yang macam mana?  Apa  yang dia dah buat kat sana dan gambar jenis macam mana yang mama dan papa mertua aku dah lihat. 
“Itu... itu...”  Ayie  menggeleng.
Dia mengerti maksud pertanyaan papa dia tu.  Aku pun faham.  Bendul sangat aku kalau tak faham.  Tapi memanglah, aku ada jugak tergoda tapi aku tak tahulah Ayie macam mana.  Kalau lelaki lain boleh jadi dah selamat aku ni.  Tapi ini Ayie...
Ohmai... Aku tekap kedua-dua belah telapak tangan ke pipi. 
Sungguh ke dia macam tu?
Betul ke dia begitu?
Boleh jadi memang dia ada perasaan songsang?
Ada kemungkinan ke?
Atau ini hakikat? 
Ya Allah... terangilah hati hamba. 
“Ayie tak sedia lagi, pa...”
“Abang... you see.. You see what had happened to our son.  Our only son,” keluh mama sedih.
Yang ni aku kurang setuju dengan mama. Bukan apa, kami baik amat baik berdua biarpun baru beberapa hari dinikahkan.  Tentang hubungan yang terlebih mesra tu aku sendiri pun masih takut-takut. 
Atau boleh jadi Allah tiupkan rasa takut aku ni sebab Dia nak tunjuk yang Ayie tu tak ada perasan pada perempuan?  Dan kerana itu ma dan pa dia meminta aku nikah dengan dia dengan kadar segera bagi mengelakkan fitnah? 
“Sabar, sayang... kita masih ada masa dan jalan nak bawa Ayie ke pangkal jalan,” pujuk papa Zaf pada mama. 
Bahu mama dipeluk erat.  Airmata sepi di wajah mama diusap perlahan.  Aku juga nak Ayie macam tu dengan aku tapi nampaknya, aku dah dengar lagu Hyperact.
Sungguh...
Harapan, harapan menjadi layu.  Layu tak nak mekar lagi.  Airmata yang tersisa aku lap  bagi kering.  Nafas yang kalut tadi aku hela tenang. 
Kesian dah dekat Ayie yang diasak macam-macam.  Dia memang menafikan tapi boleh jadi memang betul dia pernah ada rasa dan perasaan pada kaum sejenis.  Aku adalah mangsa tapi kini dia suami.  Perbuatan itu dosa besar dan dilaknati.  Aku yakin Ayie tahu dan kalau dia perlukan aku untuk memimpin tangan dia, aku mahu memegang tangan dia selamanya.
“Apa pun jadi, Arya kena percayakan Ayie.”
Berdengung dalam kepala permintaan Ayie pada aku.  Boleh jadi kerana perkara ini dan memang aku yakin,  hal inilah yang buatkan mama dan papa curiga bila aku tak ikut sama ke sana.  Bimbang Ayie kembali pada kekasih gelap dia. 
Daun pintu aku tolak perlahan.  Ayie bangkit terkejut.  Mama dan papa juga memandang aku tak berkelip. 
“Arya sendiri pun tak sedia, ma...” 
Aku senyum.  Tubuh Ayie yang berdiri tegak bagai tiang bendera dekat Dataran Merdeka tu aku dekati.  Tangannya aku pegang.
“Ini ke yang buatkan diorang marah dan sebab Ayie tak dapat nak jawab soalan saya?”  tanya aku lemah. 
Memang aku lemah.  Tipulah kalau sekarang ni tak berasa curiga.  Memang aku curiga tapi aku matang.  Jadi, aku kena bertindak macam orang matang.  Tak ada guna nak jerit-jerit minta cerai dan tampar-tampar wajah Ayie lepas tu menangis.
Benda dah jadi.  Apa yang penting pada aku, aku kena betulkan keadaan.  Biarpun nanti Ayie tak memilih aku dan memungkiri janji dia untuk kembali pada aku, aku akan tetap bantu dia mencari jalan yang benar. 
Bibir aku carik dengan senyuman.  “Ini ke hal sebenarnya?” 
Sekali lagi aku utarakan soalan itu bila Ayie diam.  Gamam.
Dia tunduk.  Gambar yang ada ditangannya aku capai dan hati aku tercarik berkali-kali bila aku tengok memang gambar Ayie tidur dan berpelukan dengan seorang lelaki.  Hanya memakai baju panas dan juga seluar pendek.  Manakala lelaki tu langsung tak berbaju. 
“Ini ke sebab Ayie tak pernah ada mana-mana perempuan?” 
Aku masih cuba senyum. 
Mata Ayie aku pandang dalam-dalam berharap dia bersuara biarpun aku dah tahu jawapannya daripada perbualan mereka tadi.
“Ini ke sebab Ayie kahwin dengan perempuan tua macam saya?”  Saat ini aku dah rasa sedih benar. 
Mama datang dekati aku dan memeluk aku erat.
“Ampunkan mama dan papa, Arya,” pinta dia merayu.
Bahu mama aku tolak.  Aku hadiahkan dia sekuntum senyum. 
“Mama tak salah.  Mama dah buat perkara yang betul tapi Arya risau...”  Aku berjeda.  Mata aku mengeling Ayie yang masih diam.
“... mampu ke Arya jadi isteri yang baik pada Ayie?”  Aku tujukan kata-kata itu khas buat Ayie. 
Memang aku nak dia faham yang aku dah mula sayangkan dia.  Bukan lagi macam adik.  Tapi macam seorang lelaki  yang halal untuk aku. 
“Arya tak aakan tinggalkan Ayie, kan?”  soal papa Zaf risau.
Aku menggeleng.  “Selagi Arya diperlukan,” jawab aku mudah.
Yalah, dah nampak Ayie berat hati je dah nak terima aku.  Kalau kata aku diceraikan, serius aku tak balik lagi Malaysia.  Biarlah apa nak jadi.  Jadi janda berhias aku. 
“Maaf, ma... pa... Arya tak sengaja terdengar.  Tapi, hal ni kita-kita jelah tahu.  Family Arya tak boleh tahu.  Apa pun  jadi, Arya akan jaga maruah Ayie dan keluarga mertua Arya.  Buat masa sekarang ni, boleh tak Arya ajak Ayie balik bilik.  Kami dah nak berangkat sikit masa lagi.  Arya nak ajak dia rehat.  Arya yakin, kat sini...”  Aku tekan sisi kepala aku.
“... dia lagi kelam-kabut daripada kita.  Boleh ya, ma... pa?”  Mata mama dan papa Ayie aku pandang. 
Merayu-rayu sepenuh hati.  Tangan Ayie yang sedari tadi aku genggam, tak terlerai lagi.  Biarpun dia tak membalas, aku tetap pegang tangan dia.  Lepas apa yang aku tahu, lagilah aku tak rasa nak lepaskan.  Aku kena selamatkan dia.  Itu matlamat perkahwinan aku sekarang biarpun aku sendiri rasa nak terjun dalam kolam renang dekat rumah mama dan papa aku. 
“Ayie ikut Arya rehat,” suruh mama lembut. 
Pipi Ayie dipegang dan dahi Ayie dikucup lama.  Aku perasan airmata yang masih mengalir lesu pada wajah mama Resa.  Papa Zaf hanya mengulum senyum pada aku.  Tak payah cakap, aku tahu dia nak puji aku baik. 
“Arya memang dilahirkan atas kesabaran Anahara dan kehebatan cinta Mukhlis.  Papa bertuah dapat menantu macam Arya,” puji papa Zaf juga bila dia dekati aku.
Aku senyum dan menggaru kepala.  Tangan Ayie aku tarik untuk  keluar daripada bilik mama.
“Kita doakan yang terbaik.  Moga Aryana mampu sembuhkan Ayie dan buat dia bertaubat nasuha...”  Itulah kata-kata akhir papa Zaf yang sempat diterima gegendang telinga aku.
“Malam ni Arya tidur dengan Ayie eh?” ujar aku pada Ayie bila kaki kami sama-sama dah masuk ke bilik dia.
Aku renung Ayie...
Dia membalas renungan. 
Lama. 
Bila aku rasakan memang dia tak ada rasa dah nak genggam tangan aku, aku pun tarik tangan sendiri.  Tapi, tak sempat lepas Ayie menyambar lengan aku dan menarik aku ke dalam pelukan dia.
Ada keluhan tipis hinggap pada telinga aku. 
“Tak sangka perkara jadi sangat teruk,” bisik Ayie pada aku.
Aku senyum.  Tapi, ada juga airmata mengalir. 
Boleh tak nak cakap yang aku ada rasa curiga pada dia sekarang.  Bukan cemburu, malah jauh sekali nak percaya melainkan keyakinan aku pada Allah yang satu saja.  

~~> bersambung

RM : Hehh... terjawab kan kenapa?  LOL... jangan risau.  Konflik ringan je.. pasangan sejenis?  Hehh... dasat2... tapi ramai kat luar sana, kan?  So, kita tengok ya ke budak Ayie ni ada perasaan songsang dan bagaimana Aryana dengan errr... nak kata kurang cerdik kasar eh.. so dengan matangnya menjadi isteri pada Ayie kali ni... pasti mencuti hati yu all... 

Ps : Dont emo2 eh... kalo rasa nak emo emel RM.. LOL.. sayang semua... terima kasih atas komen dan sokongan.. Rm dok masak tetiba gas takdak... sementera menanti gas sampai di rumah, post bab SAK.. hehhh.. (takde kaitan tapi nak cerita jgk)

56 comments:

  1. Nk lg.pleaseee:-D

    ReplyDelete
  2. org pertama baca.. terkejut ada n3.. hehe smakin berdebar-debar...

    ReplyDelete
  3. Ohmai....sis next plz adoiyai semua kisah sis buat mmg xjemu la...xbosan malah superb best

    ReplyDelete
  4. akak..klo camni biar gas tu xde tiap2 10 minit lah.baru cepat dpt n3.hehehe...xpenah bosan baca ayat2 akak.rasa sampai ke lubuk hati.ngeh3..:D

    ReplyDelete
  5. nampak dah konflik dia.makin kuat pula bau hanyirnye :D

    ReplyDelete
  6. Ala pendek ls pulak.tak puas rasanya.Rm masak lu.pas tu samb semula en3 baru ye.

    ReplyDelete
  7. Ala pendek ls pulak.tak puas rasanya.Rm masak lu.pas tu samb semula en3 baru ye.

    ReplyDelete
  8. RM, x mo la sadis2 lg...cukup la dlm HIKC . Cdeh la baca n3 kali ni

    ReplyDelete
  9. janganla bagi ayie songsang!!! sungguh x rela n x boleh terimala rehan.

    ReplyDelete
  10. mula2 dulu mcm x blh agak, tp bila baca yg family ayie ni marah, n ayie sebut nama khai..ohmaiii..harap2 bukan ye sis

    ReplyDelete
  11. oh ayie.........x mungkin la dia songsang. slh phm ni! x sbar ni tggu SAK 15 pulak. :)

    ReplyDelete
  12. RM... dok menelan airmata akak mlm2 ni! Harap2 x benarlah tu. Khai? Tu le kwn tidur Ayie. Tido je! Mungkin ada kwn yg pedajal ambik gambar dorang tgh tido kot?

    ReplyDelete
  13. ye ke Ayie songsang..x caya lah..nampak sgt dia gatal kat Arya..hakhakhak

    errr...yg tiada kesempurnaan dlm watak karehan ni sbb komen yang lepas ke.kata mcm Arya ni kurang bijak..hekhek..(gigit bibir smbil garu kpla)

    >>k<<

    ReplyDelete
  14. patutlah Allah berikan jodoh ayie sorang yg matang. kalau betul ayie ada masalah, moga Arya dpt bimbing ayie..isteri kan pelengkap suami..harapnya mmg betul2 salah faham la kan..

    ReplyDelete
  15. ohmai..pegang pipi..next2! TqRM!

    ReplyDelete
  16. terima kaseh akak bub post n3 bwu..nty pos lgy ea..

    ReplyDelete
  17. Nk lgiii... post n3 bbnykkk erk kak rm...

    ReplyDelete
  18. Baca N3 ne sengeh2 padahal n3 ya sedih takleh terima ayie gay huhuhu(imah )

    ReplyDelete
  19. dh agak, mesti ada kaitan dgn songsang ni...
    smbung lg kak RM...xsbr nk tau

    ReplyDelete
  20. hahha..mengena(rse nak menari tango padahal xpandai pon)...go go RM..xramai author melayu berani menulis citer pesal gay mybe coz our culture yg polite. but actly,gay cases dah makin teruk kot.=)thumbs up.

    ReplyDelete
  21. Rehan..kamu...x tau nak cakap apa speachless..tetapi tetap suka

    ReplyDelete
  22. reading ur story sama perasaan cm bila kita duduk 1 place yg crowded n keep watching what people doing..some people look nice but actually kurang ajar,look very poor but actually really rich,look non-muslim but actually muslim,look daring but actually ckp psl hadith ckp makan kacang je..i'm, a person that learn from observation and reading.So,pls miss author dont feel sad if certain people hate ur story..emas yg tgh mahal tu pon bukan semo org minat pe ntah lagi kita manusia..hahahaha

    ReplyDelete
  23. See?! Kan dah kt Ayie tu gay..hm..tp tkpe ini cter RM..mesti ada turning point yang tak di sangka2 kan? SO BL LAGI GAS RUMAH RM NAK ABIS? HAHAHA kira nak n3 lain la....

    ReplyDelete
  24. Oh my...kan dh agk parents ayie ni ingt ayie ni gay...hrp2 x la.sian arya

    ReplyDelete
  25. ini satu misteri nie.....misteri yg terungkap...cobaan...
    sakit jaantung....

    ReplyDelete
  26. Mmg sengal bab ni...
    harap2 ini semua hnya salah faham...

    ReplyDelete
  27. hrp2 ayie ni tak sonsang ye... huhuhu..

    ReplyDelete
  28. ohmai..jgn lah Ayie ni songsang...x mau lah..ksian Arya nanti... herm..
    #Schariedah Schalus

    ReplyDelete
  29. hoho.. terbaik la... nak lagi2...

    tahniah writer

    ReplyDelete
  30. best2...suke sgt x kira apa konfliknyer...thanks RM.

    ReplyDelete
  31. ohmai...bebudak camtu mmg suke nak carik pasal...bkn yg dok abroad aje..kt sini pon ramai..saje nak suke2 katenya...gud job RM..

    ReplyDelete
  32. thumb up again kak rehan!
    next entry plesae =)
    hehe..

    ReplyDelete
  33. Ohmai... sediah lah pulak.... Rasanya Ayie x ada apa-apa pasal gambar tu...
    Insyallah dengan keyakinan yang kuat dari Arya akan beri semangat buat Ayie...
    terbaikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sapa yg yakin ni? hehe cm sue je?
      apa pun citer ni berjaya rolling hati org yg membaca..tahniah RM,harap sgt Ayie straight,kesian Arya,penat berbantah dgn parents utk setuju kawen dgn ayie

      Delete
  34. akhirnya ada n3 bru..syg kak RM..hehehe..tp knp plk konflik cm tu..sedihnyer..huhuhu..nk lg N3 baru..hehehe..

    ReplyDelete
  35. sedih pulak n3 nie....x sedar airmata mengalir, nasib x ada org kat opis nie....hailah....

    ReplyDelete
  36. haaaaaai.... mmg RM buat saya rasa (nada sedih) nak hantuk kepala. hahah. oh no

    ReplyDelete
  37. kesian arya, luluh.. luruh hatinya.. dah jadi 1 tggjawab besar bakal dipikul.. semangat arya!!..
    nak bagi idea ni, makanan yg dah lemau nak bagi rangup balik... perlu bakar je semula dlm oven.. heh..heh..

    ReplyDelete
  38. Ohmai jgn la bg ayie trjbak lbih jauh ek rm..bg arya tbur bunga2 cinta kt ayie....

    ReplyDelete
  39. Emo ckit baca part hati Arya. Kesiannya Arya kalau betul Ayie ni songsang... tapi mcm tak jer

    ReplyDelete
  40. harap kematangan arya dapat memberi kewarasan akal kepadanya untuk terus sokong ayie. Walau apa pun pandangan orang, harap kasih dan cinta yang baru bercambah kepada ayie dapat terus bertahan dan mekar. Arya ni kan matang, matlamat dan misinya sebagai seorang isteri dah bertambah. Semoga aryana terus kuat ek. Go RM, jadikanlah kami yang sentiasa positif dan support RM ni sebagai tukang kipas susah mati ek untuk halau bahang2 negatif yang emndatang.

    ReplyDelete
  41. mula2 baca n3 kali ni rasa nak nangis dah bila ayie camtu, tapi bila arya menerima apa yang dia dengar tu dengan positif macam tak sabar nak tahu n3 seterusnya apa plan arya apa ayie.. cepatlah RM sambung n3 setrusnya... :)

    ReplyDelete
  42. Kak RM.. Tersentuh hati sy tgk kematangan Arya.. =)

    ReplyDelete
  43. Rm,lepas bca bab ni..Saya pla yg rasa down sgt. Ksian aryana. Tp rasanya slh fham je kot.

    ReplyDelete
  44. ehhh...rm betui ka ayie tu,,,tak caya...tak caya...muskikl3...

    lagi rm

    wwannurr

    ReplyDelete
  45. berdebar sey tunggu entry baru... kesian arya but salute to her coz she faced it upfront... thumbs up!!!!

    ReplyDelete
  46. ini semua fitnahhhhhh.... oh tidak, ayie bukan begitu...

    ReplyDelete
  47. tu la kan da kata pilihan org tua pasti trbaekkk...hopefully si khai tu je yg terlebih2 kat ayie...budak jambu la katakn. idea yg bernas RM.

    ReplyDelete
  48. alamak....ohmaiiiii. kiranya btol lh ni. ohnoooooo

    ReplyDelete
  49. Betul ke ayie mcm tu?, baca lg.....

    ReplyDelete