Friday, May 24, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 23

BAB 23

KERETA Ayie meluncur dalam kadar kelajuan sederhana membelah jalan Brunnenstraße untuk kami kembali ke Home of Nation di Iranische Straße.  Perjalanan yang dekat tu rasa macam jauh je bila Ayie kian perlahankan kenderaan dan duduk di lorong paling kanan.

Sesekali dia gerakkan wiper bila ada daun-daun kering yang singgah di atas permukaan cermin bila dihembus bayu dingin musim luruh Berlin.  Aku pandang dia seketika tapi dia tetap tenang memandu dengan bibir yang tak lepas tersenyum.
“Kenapa?” 
Ayie kalih sesaat dengan kening terangkat.  “Apa yang kenapa?”
“Senyum meleret je sejak tadi...” 
Dia tidak terus menjawab.  Sebaliknya dia memegang kemas stereng dengan kedua-dua belah tangannya dan membelok di satu simpang.  Masuk ke jalan Karl-Liebknecht Straße.  Aku pandang dia.
“Nak pergi mana?” 
“Alexa...”
Aku  kerutkan kening.  “Rumah siapa pulak?  Ayie jangan... tadi nak jumpa dua orang Khai tu pun Ayie tak cakap awal-awal.  Nak terkeluar jantung...”
“Tak apa...,” dia membalas. 
“Tak ada terkeluarnya dan kalau terkeluar pun yang ada dalam dada Arya tu jantung Ayie punya.  Kita dah system barterkan jantung masing-masing, kan?  Jadi toksah nak risaulah... Ayie tak bagi jantung tu keluar merata-rata.  Musim luruh nak masuk musim sejuk ni, biar duduk situ.  Nyaman sikit...,” ujarnya.
Aku serius merekah rahang dengan ayat budak ni.  Serius dia ni memang dilahirkan dengan mulut manis.  Setiap kata-kata dia tak sah kalau tak ada madu. 
“Merepek je tahu...”
Dia ketawa sekali.  “Itu bukan merepek... itu puitis,” bantah dia.
“Huh?” 
“Yeah... puitis untuk orang yang sudi menerima kepuitisan budak engineering macam Ayie ni.”  Ayie kalih seketika dan mengenyit mata pada aku.
“Ehemm...”  Aku berdeham panjang. 
“Yang Alexa tadi awek ke berapa pulak?”  soal aku mengubah topik.
“Yang ni awek seluruh penduduk Berlin  yang sudi menjenguk dia,” jawab dia penuh makna. 
Aku jelirkan lidah.  Geram sungguh.  Kalau aku tanya soalan tak pernah nak jawab dengan lurus.  Mesti ada bengkok atau simpang-siur dia tu. 
“Ayie ni banyak mainlah...”
“Yeah, barulah ceria hidup...”  pangkas dia.
Tengok...
Kan aku dah cakap dia memang spesis ada je nak menjawab kata-kata aku.  Tak hormat langsung.  Huh. 
Malas nak bertekak lagi, aku buka zip beg sandang aku.  Pen dan kertas aku keluarkan daripada beg dan tangan dah bersedia hendak menarikan pena dengan soalan seterusnya. 
“Pen nak buat apa?”  soal dia.
“Nak buat interview sikit...”  Aku sengih jahat.
Ayie telan liur. 
“Arya nak interview apa?  Bukan ke kes Khairulidza tu dah settle ke dan sungguh ni, Ayie kagum dengan jawapan dan pujukan Arya pada dia.  Memang tak sia-sia Ayie buat keputusan nak jumpa diorang petang ni,” ucap Ayie sedikit takut.
Aku senyum manis.  Benda tu dah lepas.  Kalau kata dia tak buktikan pun, aku percayakan dia.  Tapi, bila dia dah buktikan dan aku dah tahu puncanya, rasa tak sedaplah pulak nak biarkan punca masalah t uterus terbelit dan tak terurai.  Kesian Khairulidza. 
“Feel like...”  Aku berjeda sambil melemparkan pandangan jauh ke depan. 
Ayie sengih.  “Helping her?”  duga Ayie.
Aku angguk. 
“Kuat?” 
Aku geleng.  Tak tahu kuat ke tidak nak  berhadapan dengan perempuan yang sukakan suami sendiri.  Itupun silap percaturan boleh buat dia kembali ke dunia pengkid dia tu.  Sesat!
“She will after you,” beritahu Ayie. 
Aku angguk lagi.  Ya, tahu sangat dengan sikap yang macam tu.  Aku lebih tua daripada mereka semua.  Jadi, aku dah boleh agak apa yang akan jadi.  Mesti Khairulidza akan datang cari aku. 
“Macam mana Ayie ayat dia sampaikan dia boleh jatuh suka dekat Ayie?  Boleh berubah?”  soal aku terasa nak tahu.
Kotlah dia ayat budak tu sama macam mengayat aku selama ni, siapa tak cair?  Aku je yang agak kejung.   Ini pun dah hampir meleleh kecairan.  Sikit je lagi Ayie bagi ayat lipat maut, aku memang terkulai.
“Bukan Arya dah ada jawapan tu ke?  Arya dah jawab semua tu pada Ieza tadi, kan?”  tanya dia kembali.
Aku kerutkan kening dan menggeleng.  Tak faham.  Banyak sangat ayat yang aku cakapkan tadi.  Lupa dah. 
“Kan Arya cakap, AYie ni penyebab je.  Macam kompas la.  Penunjuk arah.  Destinasi dan takdir tu Allah dah tetapkan.  Manalah Ayie ayat dia sangat.  Ayie cakap yang betul.  Apa?  Kita ni nak balik ke zaman Nabi Luth ke?  Yang pada akhirnya Allah turunkan bala, tak terkecuali pada seorang hamba pun.  Biasanya Ayie jumpa dia dengan Khai sekali.  Khai selalu juga bawak Ieza tu ke rumah kami.  Tapi, tak adalah sampai masuk dalam rumah.  Kami sembang dekat luar je.  Ayie macam jadi tempat Khai mengadu jelah.  Parent Khai pun tak tahu nak buat apa.  Ayie pun secara tak sengaja sebenarnya.  Bila pandang dia, rasa macam kesian…”  Ayie sengih sekilas pada aku sebelum kembali memandang jalan raya.
Aku mula memikir.  Masih ada soalan yang perlu aku tanya.  Rasa hairan sikit.  Kalau betul dia dah berubah, kenapa dia pakai macam tu lagi? 
“Pakaian dia tu?”  tanya aku.
Ayie berpaling dan angkat kening.
“Kenapa dengan pakaian dia?”
“Kalau betul dia dah berubah, kenapa pakai macam lelaki… melainkan rambut dia dah nampak panjang…”
“Itulah… masa Ayie dan dia agak rapat tu, dia dah mula pakai skirt dan blouse.  Rambut masa tu boleh nampak kulit kepala tapi dia nak berubah.  Jujur, Ayie memang tak tahu dia suka Ayie lebih daripada sepatutnya.  Masa kat Malaysia, Khai ada cakap pada Ayie nampak macam Ieza nak berubah jadi macam asal.  Bermula daripada pakaian.  Tapi, rambut dia tak potong sebab dia masih yakin Ayie akan cinta dia.  Dia berubah semula tu sebab Ayie,” akui Ayie jujur.
Fuh…
Lelah jasad aku.  Tersekat nafas.  Seorang perempuan berubah ke arah kebaikan disebabkan lelaki yang dah jadi suami aku dan dia juga sedang berubah ke arah keburukan juga disebabkan suami aku. 
“Ayie rasa dia akan berubah jadi diri dia yang lama tak?” 
Tak payah tunggu atau berfikir, Ayie angguk mengiyakan. 
“I’d try my best.  Ayie dah cuba dan setakat itu je Ayie mampu.  Yang lain, kita doakan jelah moga dia dapat hidayah.  Lagipun, Ayie kecik hati kot… dia masuk rumah curi-curi tangkap gambar Ayie dengan abang dia macam tu.  Padahal kami biasa je macam tu.  Tak adalah songsang masing-masing pun.  Dia fitnah Ayie pada ma dengan pa… buat diorang tak percayakan Ayie lagi…,” ujarnya.
Aku angguk.  Yalah, tuduhan tu bukannya kecil.  Gila punya tuduhan.  Sampaikan aku sendiri pun jenuh nak pujuk hati. 
“Tapi, bak kata Arya… jodoh kita kehendak Allah.  Ayie terima dengan penuh rasa syukur…cumanya…”  Suara dia meleret. 
Dia berjeda lama sambil bersiul kecil.  Nampak senang hati sungguh. 
“Cumanya?”  Kening aku naik. 
Mendesak sikit soalan tu. Pen di tangan aku putar-putarkan seketika sebelum aku conteng nama aku di atasnya.  Aryana... nak tulis nama Ayie terhenti pula tangan.
“Cumanya macam mana Ayie nak buktikan pada keluarga kita yang Ayie ni tak gay.  Ayie normal.  Macam lelaki biasa dalam dunia ni yang ada sembilan akal dan satu nafsu…”  Senafas Ayie menyambung.
“Don’t worry.  Arya akan cakap dekat ma dan pa Ayie.  Jangan risaulah…”
“Ayie rasa kita kena buktikan…”  Dia sengih.
Aku lipat maut pandang dia.  Kening dah bertaut di tengah.  Apa pulak maksud budak ni.
“Apa…”
“Cer tulis nama Ayie pulak,” suruh Ayie sambil menyiku aku tak sempat aku nak habiskan soalan tu. 
Bila aku mencemik, dia sengih tayang gigi dia.  Putih tersusun dan yeah, harus aku akui aku memang suka tengok orang yang ada gigi cantik.  Nak-nak dia adalah dia.  Ya, dia di sisi aku ni.  Dialah, siapa lagi. 
“Nak jugak...,” cemik aku tapi tangan tetap tulis nama dia di tepi nama aku.
Zakhri Adha...
“How do you feel?”  tanya aku tiba-tiba.
Itu memang soalan tiba-tiba.
Tiba-tiba muncul.
Tiba-tiba rasa nak tanya dan nak tanya.
Tiba-tiba rasa bau hanyir dengan penerimaan Ayie pada aku.  Setakat mana dia terima aku?  Semata-mata nak buktikan yang dia bukan seperti yang ma dan pa dia sangkakan?  Begitukah? 
“Feel what?  I feel good...”  Itu jawapan Ayie.
Aku terus menconteng sekitar nama kami.  Contengan yang entah apa-apa bentuk dah.  Memang tangan aku ni tak bedung.  Tak berseni.
“Apa Ayie rasa nikah dengan orang tua macam Arya?  Seven years?  Bukan sikit tau... tadi pun Ieza panggil Arya tua...” 
“Jauh hati?” 
Aku menggeleng.  Nak jauh hati kenapa dah memang itu hakikat yang terbentang.  Hakikat satu dunia tahu umur aku berapa?  Siapa nak sangkal?  Kalau aku menangis adakah esok umur aku boleh muda setahun daripada Ayie?  Tentulah tidak.  Jadi tak ada istilah jauh hati.
“Just... wonder.”  Aku sengih. 
Ayie senyum dan mencari tangan aku lantas digenggamnya erat. 
“Selagi Arya tak belek kamus Germany... tak faham apa yang Ayie cakap sebelum-sebelum ni dan tadi jugak, selagi tu Arya akan  hidup dalam teka-teki.  You will always hesitate about me...”
Lama aku memikir.  Ini aku buat keluar kertas dan pen ni nak tanya dia pasal ayat-ayat lipat maut dalam bahasa Jerman dia tu lah.  Aku manalah reti nak eja apa yang dia tulis.  Dulu masa belajar, adalah aku ambik bahasa ketiga tapi itu Mandarin.  Ini Jerman? 
“Kan  mudah kalau Ayie terus-terang?”
“As I said before... tak thrill la...”  Dia sengih menyampah.
Aku menceberkan bibir.  “Kalau nak thrill pergilah main buggy jumping,” saran aku.
Macam saja nak suruh Ayie bunuh dia. 
“Okey... jom kita try.  Weekend ni kita pergi buggy jumping,” ujar Ayie teruja.
Aku kelu dengan mata membulat.  Cepat-cepat aku geleng kepala.  Gila ke apa nak main benda tu?  Memang dia saja nak jadi duda muda berhias gamaknya. 
“Takut?” 
Aku geleng.  “Gemuruh...”
“Ayie ada, kan?  Kita lompat sama-sama...” 
Aku geleng lagi.  “Tak nak...”
“Dah tu nak apa?” 
Aku geleng lagi.
“Ayie nak?” 
Cepat pulak aku angguk.  Okey, dah terlebih aksi dah pulak.  Ayie dah gelak sakan sambil menepuk stereng kereta. 
“Ich möchte Sie auch so schlecht.” 
Aku tepuk dahi.  Lagi sekali. 
Aku suakan kertas dan pen pada dia.  Ayie kerutkan kening.  Tawa dia mati. 
“Apa?”
“Lepas balik rumah tulis semua ayat yang Ayie cakap dekat Arya sejak landing Berlin.  Arya nak translate nanti,” arah aku keras.
Ayie ketap bibir menahan senyum.  Dia menggeleng pada mulanya..
“Kalau tak nak Arya balik Malaysia...” Itu ugutan.
“Okey... sampai rumah nanti Ayie tulis.  Tapi sekarang ni...”  Suara Ayie mati.  Dia membelok kereta masuk ke GrunneStraße. 
Tu haa... tersergam si Alexa di depan  mata.  Pasaraya rupanya.  Aku ingatkan apalah tadi. 
“Dah sampai tempat awek Berlin ni.  Alexa...”
Heh... aku sengetkan bibir.  Sinis.  Suka kenakan aku.  Tunggulah dia pergi USA nanti.  Cukup-cukup aku kenakan dia. 



MASUK saja ke dalam mall, Ayie terus tarik tangan aku minta aku berjalan dekat dengan dia. 
“Nak beli apa?”
“Don’t ask me…  Ayie tak tahu…”
Aku mengeluh.  “Dah tu datang buat apa?” 
Masuk mall tak tahu nak beli apa, lepas tu tanya aku pulak?  Baik balik rumah, kemas barang yang tak berusik lagi tu.  Baik dia buat persediaan nak masuk kuliah.  Apa daa…
“Arya kan isteri, manalah suami awak ni tahu nak beli apa?  Barang-barang dapur mungkin?”  duga Ayie dengan kening yang naik.
Huh, masa ni aku berusaha tahan senyum okey.  Aku rasa nak terbang tanpa sayap bila dia cakap macam tu.  Aku  isteri dan dia suami.  Wow… mengujakan, kan?
“Senyum sorang makhruh…”  Ayie menegur sinis.
Aku ketap bibir dan mencemik.  “Orang senyum fikirkan barang apa nak beli la…”
“La… ingat barang nak beli pun boleh senyum?  Arya ni ingat apa sebenarnya?”  duga dia masih tak puas nak kenakan aku.
Aku tarik tangan aku daripada genggaman dia. 
“Tak nak jalan dengan Ayie…”
Aku percepatkan langkah hendak menuju ke escalator hendak turun ke LG.  Di situ letakkan pasaraya barangan harian. 
“Eh, jalan sorang-sorang bahayalah.  Ada suami pun tak nak jalan-jalan sama.  Kalau macam ni, baik Ayie jalan sorang-sorang macam sebelum ni…”
“Kalau nak apa salahnya…”  Aku membalas datar.
Dia muncungkan bibir.  Aku ledakkan tawa. 
“Merajuk?”
Dia diam. 
“Geli ar…”  Aku ketawa. 
“Malam tu Arya merajuk Ayie pujuk… ni Ayie merajuk Arya nak buat apa?”  tanya dia serius.
Jari aku mengetuk dagu sendiri.  Memikir tentang malam tu memang buat aku malu.  Nak-nak perbuatan Ayie tu tertangkap oleh mata dua beradik tu.  Padanlah Khairulidza meletup dengan aku petang tadi.  Dia nampak Ayie bagi killer kiss dekat aku selama tiga saat tu. 
“Arya tak bagus dalam mata pelajaran pujukan…”  Aku sengih kemudiannya.
Ayie sengetkan bibir dia ke kiri. 
“Kalau macam tu, Ayie lebih suka Arya merajuk…” 
Dia sengih.  Sengihan itu.  Ya, yang aku panggil sengihan membunuh. 
“Ayie tahu dah cara mana nak pujuk,” jawab dia mengenyit mata. 
Aku kecilkan pandangan.  Memberi amaran.  Jangan nak buat perangai tak betul kat sini eh… mata aku melilau ke sekeliling.  Ramai orang. 
“Merajuk?”  tanya dia.
“Don’t you dare…”
“If I dare?”  cabar Ayie.
“Arya tak tolong Ayie cakap dekat pa dengan ma yang Ayie ni normal…,” ugut aku.
Dia sengih lagi.  Lantas tangan aku ditarik dan kaki kami menjejaki escalator. Bibir Ayie lebar dengan sengih.
“Kalau macam tu, you give me no choice…”
Langsung aku pandang dia demi mendengarkan ayat dia tu.
“Which means?” 

“Ayie kena buktikan melalui Arya lah… buktikan yang Ayie ni lelaki sejati…,” jawab dia dan terus saja dia menggumam sebuah lagu yang aku tak pasti lagu apa.  

~~> bersambung

RM kata : Eh, mana  yang macam ni?  hehh.. tak ada lagi eh... ada nanti.. 

27 comments:

  1. Horey...horey....hip..hip...horey..... lomantika li amour.... hihihi....

    ReplyDelete
  2. Kena bg Arya mengandung le jawapnya.. sbg bukti Ayie bukan gay! ;)

    ReplyDelete
  3. Tq 4 d n3...♡ it... hbskn dlm blog nanti y :O

    ReplyDelete
  4. haha..arya dh risau nk merajuk dh..lol

    ReplyDelete
  5. "I also want you so bad"
    Aiyark, tiap2 kali nak baca bab baru, kena standby dgn tab google translate..
    I always want to learn to speak german

    ReplyDelete
  6. Habiskn dlm blog je tp bkn skrg...kasi pjg sikit..blm brsedia nk berpisah ngn ayie arya

    ReplyDelete
  7. mula2..tiba -tiba..
    lepas tu..eh la pulak..sgt notty yer..hihihi
    apapun mmg best! nak tunggu arya betul2 cair ngan ayie..
    sbb sekarang ni rasanya bru 80% jer kut.. ;)

    ReplyDelete
  8. oyeh! nk lgi. romantik gitu. pdn la khairulidza jelose smcm jek. dh nmpk ayie kiss arya rupanya.

    ReplyDelete
  9. Ayie nak buktikan lahirkan ahli comel

    ReplyDelete
  10. Dh start berbaik n saling menerima....

    ReplyDelete
  11. tak sabar nak tunggu arya junior dan ayie junior....

    ReplyDelete
  12. akhirnya....penat menunggu seharian utk n3 baru...best gilerr!!!!!

    -sj-

    ReplyDelete
  13. macam makin pening..sorry

    ReplyDelete
  14. wahh..x sia2 bukak blog pagi2 mcm ni..ayie nk buktikan mcmne ek..hahaha..dpt cucu made in jerman lah nnti

    ReplyDelete
  15. rasa berdebar2 lak ni. i love it......

    ReplyDelete
  16. x sabar tunggu next entry.smell.somethin tapi garapan rehan selalu manguja seperti biasa

    ReplyDelete
  17. Bestnye...sambung lagi.

    ReplyDelete
  18. bukan buggy jumping.. bungee jumping ejaan btul.. ap2 pn thanks for the entry.. :D

    ReplyDelete
  19. walaweii.. cair dgn ayie dan arya..
    masing2 matang dalam menyelesaikan masalah.
    good job kak rehan..
    cerita ni ada moral value utk suami isteri.=)

    ReplyDelete
  20. waaa...cucu jerman la nnt..uuntungla kalo ada anak..dpt elaun anak student ag..hakhakhak
    p/s: ayat org mata duitan

    >>k<<

    ReplyDelete
  21. RM the best....bestnyer arya dpt ayie...suuuwiittttt!

    ReplyDelete
  22. Best. Sang at 5***** to kak rm (imah) teruja. Tuk n3 hehehe

    ReplyDelete